TERMA DAN SYARAT TAMBAHAN KEMPEN “JomPAY Nationwide” NOTA PENTING: Terma dan Syarat Tambahan ini harus dibaca bersama dengan Terma dah Syarat Promosi yang boleh didapati di www.jompay.com.my Terma dan Syarat Tambahan dan Terma dan Syarat Promosi (secara kolektif “Terma dan Syarat”) hendaklah mengikatke atas semua Pelanggan yang menyertai Promosi ini (“Pelanggan yang Layak”). Definisi di dalam Terma dan Syarat Promosi adalah terpakaimelainkan ia dinyatakan dengan jelas di dalam Terma dan Syarat Tambahan. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan diantara Terma dan Syarat Tambahan dan Terma dan Syarat Promosi, Terma dan Syarat Promosi akan digunakan. Kemasukan dan penyertaan dalam Promosi ini akan dianggap sebagai penerimaan tanpa syarat oleh Pelanggan yang Layak. 1.
RHB Bank Berhad (No. Syarikat 6171-M) akan dirujuk sebagai “RHB”.
TEMPOH KEMPEN 2.
Kempen “JomPAY Nationwide”ini (“Kempen”) akan berlangsung dari 17 April 2017 hingga 31 Julai 2017, termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Kempen”).
KELAYAKAN 3.
4.
Kempen ini terbuka kepada peserta seperti berikut:(a)
Pengguna Perbankan Internet dan/atau Mudah Alih RHB Now RHB Bank/RHB Easy dengan Akaun Semasa dan/atau Akaun Simpanan, Kad Kredit dan/atau Kad Debit yang berdaftar dengan Perbankan InternetRHB Now yang aktif dan sah (“Peserta yang Layak”) sepanjang Tempoh Kempen sehingga tarikh pemberian Hadiah; dan
(b)
Pengguna RHB Reflex RHB Bank (“Peserta yang Layak”) sepanjang Tempoh Kempen sehingga tarikh pemberian Hadiah.
Individu-individu/entiti berikut tidak layak untuk menyertai Kempen ini:(a) Pengguna RHB Now dengan Akaun Simpanan Wadiah (b)
Pengguna RHB Reflex yang statusnya “Tidak aktif” atau “Ditamatkan” semasa Tempoh Kempen
(c)
Kakitangan tetap dan/atau kontrak Kumpulan Perbankan RHB dan ahli keluarga terdekat mereka (ibu bapa, pasangan, anak-anak dan adik-beradik); pemastautin dan bukan pemastautin
Page 1 of 5
MEKANIK, TEMPOH & HADIAH KEMPEN CAMPAIGN REGISTRATION
5. Membuat sebarang pembayaran bil melalui JomPAY (pembayaran terbuka atau kegemaran) ION dari RHB Now dan/atau RHB Reflex semasa Tempoh Kempen. 6.
Dua puluh (20) Peserta yang Layak dari RHB Now dan dua puluh (20) Peserta yang Layak dari RHB Reflex dengan jumlah bilangan transaksi JomPAY yang tertinggi dalam seminggu (seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah) akan memenangi hadiah wang tunai bernilai RM50 setiap seorang (“Pemenang Hadiah Mingguan”). Minggu Kempen Minggu1 Minggu2 Minggu3 Minggu4 Minggu5 Minggu6 Minggu 7 Minggu8 Minggu 9 Minggu 10 Minggu11 Minggu 12 Minggu13 Minggu14 Minggu 15
7.
Tempoh 17 April 2017 sehingga 23 April 2017 24 April 2017 sehingga 30 April 2017 1 Mei 2017 sehingga 7 Mei 2017 8 Mei 2017 sehingga 14 Mei 2017 15 Mei 2017 sehingga 21 Mei 2017 22 Mei 2017 sehingga 28 Mei 2017 29 Mei 2017 sehingga 4 Jun 2017 5 Jun 2017 sehingga 11 Jun 2017 12 Jun 2017 sehingga 18 Jun 2017 19 Jun 2017 sehingga 25 Jun 2017 26 Jun 2017 sehingga 2 Julai 2017 3 Julai 2017 sehingga 9 Julai 2017 10 Julai 2017 sehingga 16 Julai 2017 17 Julai 2017 sehingga 23 Julai 2017 24 Julai 2017 sehingga 31 Julai 2017
Hadiah-hadiah Kempen: Kategori Hadiah
Hadiah
Jumlah Pemenang 20 Pemenang setiap minggu melalui RHB Now
Hadiah Mingguan
Hadiah wang tunai bernilai RM50 20 Pemenang setiap minggu melalui RHB Reflex
8.
Hadiah wang tunai bernilai RM50 akan dikreditkan ke dalam Akaun Semasa/Akaun Simpanan/Kad Kredit/Kad Debit Pemenang Hadiah Mingguan yang ditag ke Perbankan Internet RHB Now/RHB Reflex.
9.
Pendaftaran Kempen adalah automatik tertakluk kepada Pelanggan yang Layak memenuhi syarat-syarat di dalam Terma dan Syarat ini. Tiada pra-pendaftaran atau Perkhidmatan Pesanan Ringkas (“SMS”) atau borang penyertaan Kempen diperlukan.
Page 2 of 5
PEMILIHAN PEMENANG REGISTRATION 10.CAMPAIGN Pemenang Hadiah Mingguan akan ditentukan seperti berikut: ION Bulan April 2017 (2 minggu) Bulan penkreditan: Mei 2017 Bulan Mei 2017 (5 minggu) Bulan penkreditan: Jun 2017 Bulan Jun 2017 (4 minggu) Bulan penkreditan: Julai 2017 Bulan Julai 2017 (4 minggu) Bulan penkreditan: Ogos 2017
11.
Pemenang Hadiah Mingguan akan dipilih oleh system RHB berdasarkan kepada jumlah bilangan transaksi JomPAY tertinggi dalam seminggu.
12.
Setiap Pemenang Hadiah Mingguan layak untuk memenangi sekali sahaja untuk Hadiah Mingguan sepanjang Tempoh Kempen. Pemenang Hadiah Mingguan adalah berpeluang untuk memenangi Hadiah Utama (seperti yang ditetapkan dalam Terma dan Syarat Promosi). Semua Pemenang Hadiah Mingguan akan dimaklumkan melalui Mesej Inbox RHB Now/RHB Reflex.
13.
Akaun Semasa/Akaun Simpanan/Kad Kredit Pemenang yang ditagkan kepada Perbankan Internet RHB Now/RHB Reflex mesti kekal terbuka, aktif dan sah dari Tempoh Kempen sehingga 31 Ogos 2017 bagi tujuan pengkreditan hadiah wang tunai. Sekiranya Akaun Semasa/Simpanan Akaun Kad/Kredit ditutup/ditamatkan kerana apa-apa sebab sekalipun pada atau sebelum 31 August 2017 (termasuk pada sebarang masa sepanjang Tempoh Kempen), Peserta yang Layak akan secara automatik dianggapterbatal kelayakannyadaripada menerima Hadiah mingguan.
TERMA DAN SYARAT AM CAMPAIGN REGISTRATION
1. Keputusan RHB ke atas semua perkara yang berkaitan dengan Kempen ini termasuk ION penentuan pemenang-pemenang adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik dan tertakluk kepada Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini. Sebarang surat-menyurat, pertanyaan, rayuan atau bantahan tidak akan dilayan. 2.
RHB berhak untuk membatalkan mana-mana dan semua penyertaan dari mana-mana Peserta yang Layak bagi Kempen ini dan melarang orang tersebut daripada terus menyertai Kempen ini sekiranya terdapat syak wasangka bahawa Peserta yang Layak tersebut telah mengubah atau mendapat manfaat daripada peraturan-peraturan yang telah diubah di dalam Kempen ini atau Terma dan syarat yang dinyatakan di sini.
3.
RHB berhak untuk membatal, menamatkan atau menggantung Kempen ini. Sebarang pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen oleh RHB tidak akan melayakkan Peserta yang Layak untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap RHB bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh Peserta yang Layak yang diakibatkan secara langsung dan tidak langsung dari pembatalan, penamatan atau penggantungan
Page 3 of 5
tersebut. RHB hendaklah memberikan notis terlebih dahulu sama ada dengan memaparkan di laman web RHB dan/atau lain-lain cara komunikasi yang difikirkan sesuai oleh RHB. 4.
Keputusan RHB adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat mempertikaikan keputusan RHB tidak akan dilayan. RHB berhak mengikut budi bicaranya dengan syarat RHB telah memberikan notis dua puluh hari (21) hari kalendar kepada Peserta yang Layak untuk mengubah, memadam atau menambah mana-mana Terma dan Syarat ini dari semasa ke semasa samada dengan memaparkan di laman web RHB dan / atau lain-lain cara komunikasi yang difikirkan sesuai oleh RHB. Jika mana-mana pengubahsuaian masa depan Terma dan Syarat ini adalah tidak boleh diterima oleh Peserta, maka mereka perlulah berhenti daripada terlibat seterusnya dalam Kempen ini.
5.
RHB tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang keingkaran berkaitan Kempen ini yang disebabkan oleh bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, sekat masuk, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, ribut, kegagalan teknikal atau sistem atau sebarang kejadian di luar kawalan munasabah RHB .
6.
Semua hadiah tidak boleh dipindah milink kepada mana-mana pihak ke-3, sama ada sebahagian atau sepenuhnya.
7.
Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan di antara Terma dan Syarat ini dan apa-apa risalah lain, bahan pemasaran atau promosi yang berkaitan dengan Kempen, Terma dan Syarat ini akan digunakan.
8.
Dengan menyertai Kempen ini, Perserta yang Layak memberikan kebenaran kepada RHB untuk memproses maklumat peribadi mereka bagi tujuan pentadbiran Kempen ini dan bagi menghubungi mereka berkenaan perkara yang sama (“Tujuan”).
9.
Adalah penting untuk RHB memproses maklumat peribadi Peserta yang Layak untuk Tujuan, tanpanya Peserta yang Layak tidak dapat mengambil bahagian di dalam Kempen ini.
10.
Maklumat peribadi Peserta yang Layak boleh didedahkan kepada syarikat-syarikat lain dalam Kumpulan Perbankan RHB (yang hendaklah termasuk syarikat induk, anak syarikat dan manamana syarikat berkaitan, termasuk mana-mana syarikat akibat daripada sebarang penyusunan semula, penggabungan, penjualan atau pengambilalihan), pembekal perkhidmatan dan mana-mana ejen masing-masing, pegawai dan/atau mana-mana orang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia untuk Tujuan, jika berkenaan, tertakluk pada setiap masa kepada mana-mana undang-undang (termasuk peraturan, piawaian, garis panduan dan /atau obligasi) yang terpakai kepada RHB.
11.
Dengan menyertai Kempen ini, Perserta yang Layak bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini.
12.
Peserta yang Layak digalakkan untuk hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan RHB di 03 9206 8118 untuk mengemaskini maklumat terbaru mereka.
Page 4 of 5
-
Tamat -
Page 5 of 5