TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB- IKEA
Tempoh Kempen 1)
2)
“Kempen Belanja dan Menang CIMB-IKEA” (“Kempen ini”) dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (“CIMB Bank” atau “Bank”) dan akan berlangsung dari 1 November, 2016 hingga 31 Disember, 2016 termasuk kedua-dua tarikh tersebut (“Tempoh Kempen”). CIMB Bank berhak mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh luput Tempoh Kempen dengan memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari kalendar.
Kelayakan 3) Kempen ini terbuka kepada semua pemegang kad kredit utama CIMB yang baharu dan sedia ada (kecuali Pemegang Kad Platinum Business CIMB Bank dan Pemegang Kad Fuel Tanker CIMB Bank) yang dikeluarkan oleh CIMB Bank Malaysia sahaja dan yang nombor mudah alih mereka didaftarkan dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi Maxis, Celcom, Digi atau U-Mobile dan disimpan di dalam rekod CIMB Bank (“Peserta Layak”). 4)
Kategori orang berikut TIDAK layak menyertai kempen ini:i) Keempunyaan tunggal, Perkongsian, Organisasi/Persatuan Amal/Bukan Untung, Pelanggan Korporat dan Perdagangan; ii) Kakitangan atau pekerja tetap, kontrak dan/atau sementara CIMB dan IKEA (termasuk anak syarikat dan syarikat berkaitannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu suami/isteri, anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik); dan iii) Wakil dan/atau agen (termasuk agen pengiklanan dan promosi) CIMB, VISA Worldwide Pte. Limited, sebuah syarikat yang didaftarkan di Singapura, yang mempunyai pejabatnya di 30, Raffles Place, #10-00, Chevron House, Singapore 048622 (“VISA”) dan MasterCard Worldwide, sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah State of Delaware, yang mempunyai pejabat dan tempat perniagaan utamanya di 2000 Purchase Street, Purchase, New York, NY 10577-2509, United States of America (“MasterCard”) (termasuk anak syarikat dan syarikat berkaitan mereka masing-masing); iv) Wakil dan/atau agen (termasuk agen pengiklanan dan kempen, vendor dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga) CIMB Bank (termasuk anak syarikat dan syarikat berkaitan mereka masing-masing) dan pekerja tetap dan/atau kontrak mereka dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu suami/isteri, anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik);dan v) Individu di bawah umur 18 tahun.
5)
Untuk mengelakkan keraguan, Pemegang Kad Tambahan tidak berhak memenangi Hadiah dalam Kempen. Hadiah yang dimenangi oleh pemegang kad tambahan, jika ada, akan diberikan kepada Pemegang Kad Kredit Utama.
Hadiah dan Kriteria Penyertaan 6)
Hadiah berikut tersedia kepada pemenang terpilih Kempen ini:Pemenang 1x Hadiah Utama 1x Hadiah Kedua 1x Hadiah Ketiga 40x Hadiah Sagu Hati
Hadiah Kad Hadiah IKEA bernilai RM 3,000 Kad Hadiah IKEA bernilai RM 2,000 Kad Hadiah IKEA bernilai RM 1,000 Kad Hadiah IKEA bernilai RM 100 setiap satu
Nota: Kad Hadiah IKEA adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat IKEA yang berasingan daripada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini. Mekanisme Kempen 7)
Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini, untuk menyertai Kempen ini, Peserta Layak boleh mendapatkan penyertaan atau penyertaan-penyertaan (“Penyertaan” atau “Penyertaan-penyertaan” mengikut keadaan) dan berpeluang memenangi Hadiah yang dirujuk dalam Klausa 6 di atas dalam cara berikut:i)
Peserta Layak hendaklah membuat pembelian minimum sebanyak RM 500 dari segi Perbelanjaan Runcit dalam satu resit dan memilih 0% Easy Pay bagi Akaun Kad Kredit Peserta Layak dalam Tempoh Kempen di Gedung IKEA (seperti yang ditakrifkan dalam Klausa 9 di dalam ini) (“Transaksi Perbelanjaan Runcit”). Setiap Transaksi Perbelanjaan Runcit hendaklah dipost kepada Akaun Kad Kredit Sertaan Peserta Layak pada atau sebelum 5hb Januari, 2017 dan ini memberikan hak kepada Peserta Layak untuk mendapatkan satu (1) Penyertaan bagi setiap transaksi perbelanjaan runcit. Contoh: Pada 15 November 2016, Pelanggan A membeli sofa di IKEA yang bernilai RM 1,000 dan memilih ansuran 12 bulan yang membolehkannya memperolehi 1 penyertaan. Pada 1 Disember 2016, Pelanggan A membeli satu lagi meja di IKEA bernilai RM 500 dan memilih ansuran 6 bulan yang membolehkannya memperolehi 1 lagi penyertaan.
8)
0% Easy Pay berikut tersedia kepada Peserta Layak:Tempoh Jumlah Pembelian Minimum
9)
6 bulan RM 500
12 bulan RM 1,000
24 bulan RM 1,000
“Transaksi Perbelanjaan Runcit” bermaksud transaksi pembelian bagi barangan dan perkhidmatan yang ditanggung untuk penggunaan peribadi di IKEA Malaysia dan bukan bagi tujuan perniagaan dan tidak termasuk transaksi perjudian atau pertaruhan. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, transaksi berikut juga dengan ini dikecualikan dengan nyata dan tidak akan dianggap Transaksi Perbelanjaan Runcit atau perbelanjaan runcit bagi tujuan Kempen ini:-
i) ii) iii)
Transaksi yang dibuat di IKEA Malaysia melalui Kad Platinum Business CIMB dan Kad Fuel Tanker CIMB; Transaksi Kuasi Tunai iaitu transaksi yang melibatkan pembayaran atau pemberian wang tunai (contohnya: transaksi perjudian dan/atau pertaruhan); Transaksi pembelian layak yang selepas itu dibatalkan atau dikembalikan wang, transaksi yang dipertikaikan, tidak dibenarkan atau menipu.
10)
Meskipun perkara di atas, sebarang penentuan oleh CIMB tentang apakah yang merupakan Transaksi Perbelanjaan Runcit yang dirujuk dalam Klausa 9 adalah konklusif dan tidak boleh dicabar dalam apa cara jua kecuali jika nampaknya benar-benar tidak adil atau tidak saksama.
11)
Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini, Transaksi Perbelanjaan Runcit yang dirujuk dalam Klausa 9 adalah berdasarkan jumlah perbelanjaan Pemegang Kad Kredit (utama dan tambahan) yang disatukan. Jika Pemegang Kad Kredit mempunyai beberapa akaun Kad Kredit, transaksi perbelanjaan runcit yang dilakukan terhadap semua kad Kredit oleh Pemegang Kad Kredit utama dan Pemegang Kad Kredit tambahannya akan disatukan dan tidak akan dilihat secara individu untuk mencapai Transaksi Perbelanjaan Runcit dan kriteria penyertaan dalam Tempoh Kempen.
Proses Pemilihan Pemenang 12)
Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini, Peserta Layak hanya boleh menperolehi dan mengumpul penyertaan bermula dari hari pertama Kempen sehingga akhir Tempoh Kempen.
13)
Peserta Layak yang telah memperolehi Penyertaan/Penyertaan-penyertaan yang dirujuk dalam Klausa 7 akan disenarai pendek secara rawak oleh sistem automatik daripada kumpulan penyertaan-penyertaan yang layak bagi penentuan Pemenang yang dirujuk dalam Klausa 6 di dalam ini.
14)
Pemenang Disenarai Pendek akan dihubungi oleh CIMB Bank melalui sistem pesanan ringkas (SMS) di nombor mudah alih mereka yang didaftarkan dengan Penyedia Perkhidmatan Komunikasi Maxis, Celcom, U Mobile atau Digi yang disimpan di dalam rekod CIMB Bank untuk menjawab satu (1) soalan dalam tarikh dan masa yang ditetapkan dalam SMS.
15)
Makluman SMS akan dihantar oleh CIMB Bank kepada Pemenang Disenarai Pendek SEKALI sahaja dan hanya kepada mereka yang membalas SMS dengan jawapan yang tepat dalam tarikh dan masa yang ditetapkan akan disahkan sebagai pemenang melalui satu lagi makluman SMS. Tiga Pemenang Disenarai Pendek pertama yang menjawab soalan dengan tepat akan diisytiharkan sebagai pemenang Hadiah Utama, Hadiah Pertama dan Hadiah Kedua masing-
masing (menurut Klausa 6). Peserta selainnya yang menjawab soalan dengan tepat akan diisytiharkan sebagai pemenang Hadiah Sagu Hati. 16)
Sekiranya mana-mana Pemenang Disenarai Pendek tidak dapat menjawab atau membalas SMS pada atau sebelum tarikh dan masa yang ditetapkan atau jika jawapan yang diberikan adalah tidak tepat, Pemenang Disenarai Pendek akan dianggap tidak berjaya dalam penyertaan yang berkenaan. Makluman SMS akan dihantar kepada pemenang yang disingkirkan. Pemenang Disenarai Pendek yang baharu akan dipilih daripada kumpulan Pemenang Disenarai Pendek dan kemudian dihubungi melalui SMS dan dikehendaki menjawab SMS dengan sewajarnya menurut cara yang ditetapkan di dalamnya. Proses ini akan diulang sehingga kesemua 43 Pemenang Hadiah telah berjaya dikenal pasti.
17)
Untuk mengelakkan keraguan, semua caj untuk SMS yang dihantar oleh Bank kepada Pemenang Disenarai Pendek adalah tertakluk kepada sebarang caj yang mungkin dikenakan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang relevan. Caj telekomunikasi standard untuk balasan SMS akan dikenakan.
18)
Semua soalan dan jawapan akan ditentukan, dihakimi dan diputuskan oleh satu panel hakim yang dipilih oleh CIMB Bank dan keputusan panel hakim semasa mengisytiharkan Pemenang Kempen adalah muktamad, konklusif dan mengikat dengan syarat sentiasa bahawa keputusan tersebut hendaklah nampaknya adil dan munasabah.
19)
Pada masa pemilihan Pemenang Kempen, akaun kad kredit CIMB Bank Peserta Layak yang terpilih HENDAKLAH dalam keadaan baik dan Peserta Layak TIDAK BOLEH memungkiri sebarang terma dan syarat dalam perjanjian kredit CIMB Bank atau ingkar, dan/atau tidak sah atau dibatalkan menurut definisi CIMB Bank, jika tidak mereka akan disingkirkan daripada menyertai atau menjadi Pemenang Kempen.
20)
Peserta Layak hanya layak memenangi satu (1) Hadiah sepanjang Kempen. Hadiah tidak boleh dipindahkan kepada orang lain atau ditukar untuk wang tunai dan tidak termasuk kos dan perbelanjaan berkaitan lain.
21)
Surat pengesahan akan dikeluarkan oleh CIMB Bank untuk memaklumkan Pemenang Kempen bersama-sama dengan Hadiah. Senarai Pemenang akan disiarkan di laman web CIMB Bank di www.cimbbank.com.my dalam masa 12 minggu selepas akhir Tempoh Kempen.
22)
Bank berhak menarik balik apa-apa hadiah yang dimenangi dan menyingkirkan Peserta Layak sekiranya berlaku balikan transaksi atau pembatalan atau penamatan transaksi dan/atau Kad Kredit dalam Tempoh Kempen dan/atau kegagalan untuk mematuhi sebarang terma dan syarat di dalam ini.
Terma-terma dan Syarat-syarat Am 23)
Pemenang Kempen ini bersetuju dan memberi kuasa kepada CIMB Bank untuk mendedahkan butir-butir pemenang (termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor K/P, nombor telefon dan alamat) kepada pengedar/agen yang kemudian akan menghubungi pemenang tentang penghantaran atau penebusan Hadiah. Pemenang bertanggungjawab membuat pengaturan yang perlu dengan CIMB Bank dan/atau pengedar/agen untuk memungut atau menebus Hadiah mereka. CIMB Bank tidak akan menanggung sebarang kos penginapan dan/atau pengangkutan dan/atau kos lain yang mungkin atau terpaksa ditanggung oleh pemenang semasa menebus atau menggunakan Hadiah.
24)
Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan keputusan CIMB Bank.
25)
Peserta Layak bertanggungjawab memastikan alamat surat-menyurat dan nombor telefon mudah alih yang diberikan dan disimpan dalam rekod CIMB Bank adalah terkini dan dikemaskinikan. CIMB Bank berhak menarik balik Hadiah sekiranya nombor telefon mudah alih Peserta Layak yang disimpan dalam rekod CIMB Bank adalah tidak sah dan/atau tidak dikemaskinikan.
26)
CIMB Bank berhak, menurut budi bicara mutlaknya, untuk mengubah, memadamkan atau menambah mana-mana Terma dan Syarat ini atau mana-mana bahagian daripadanya dan/atau menggantikan Hadiah yang ditawarkan di bawah Kempen ini dengan hadiah yang serupa atau sama kosnya dan/atau melanjutkan, memodifikasi, memendekkan, memberhentikan, membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen ini (“Pindaan”). Pelanjutan, modifikasi, pemberhentian, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen atau Pindaan hendaklah mengikat Peserta Layak dan dianggap dibawa kepada perhatian Peserta Layak melalui apa-apa notis terdahulu selama sekurang-kurangnya 21 hari yang dihantar oleh CIMB Bank kepada Peserta Layak melalui komunikasi elektronik termasuk melalui ‘electronic direct mail’ (“EDM”) dan/atau perkhidmatan pesanan ringkas (“SMS”) ke alamat atau nombor telefon mudah alih Peserta Layak yang terakhir diketahui dan/atau dengan menyiarkannya di laman web CIMB Bank di www.cimbbank.com.my. Tiada pampasan dalam bentuk wang tunai atau dalam bentuk barang akan diberikan kepada Peserta Layak berbangkit daripada perubahan, pemadaman, penambahan atau pindaan Termaterma dan Syarat-syarat ini dan/atau pelanjutan, modifikasi, pembatalan, penggantungan atau penamatan Kempen ini.
27)
Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam ini (sebagaimana mungkin dipinda dari semasa ke semasa selaras dengan Klausa 26) hendaklah dibaca bersama-sama dengan Terma-terma dan Syarat-syarat yang berkuat kuasa yang mengawal kad kredit CIMB Peserta Layak dan akan mengatasi sebarang terma, syarat, peruntukan atau representasi yang tidak konsisten yang
terkandung dalam sebarang bahan promosi dan/atau pengiklanan lain berkaitan dengan Kempen ini. 28)
Keputusan CIMB Bank dan/atau hakim CIMB berkaitan dengan Kempen adalah muktamad, mengikat dan konklusif, kecuali kesilapan nyata. CIMB Bank merizab hak dan budi bicara mutlak untuk menyingkirkan dan/atau menolak mana-mana Peserta Layak yang ditentukannya atau dengan munasabah disyakinya mengganggu proses atau operasi Kempen, atau bertindak melanggar Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam ini.
29)
CIMB Bank tidak menanggung sebarang tanggungjawab kepada mana-mana Peserta Layak atau mana-mana pihak atas sebarang kerugian atau kerosakan tidak kira sifatnya yang dialami oleh Peserta Layak atau mana-mana pihak kecuali sebarang kerugian atau kerosakan yang diakibatkan secara langsung oleh ketinggalan atau kecuaian CIMB Bank. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, CIMB Bank tidak akan dalam apa cara jua bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, gantirugi langsung atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas yang ditanggung oleh mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) yang walau bagaimanapun jua berbangkit, sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya berkaitan dengan Kempen ini.
30)
Dengan menerima Hadiah, Pemenang Kempen bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan CIMB dan ahli gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan agen mereka masing-masing bagi dan terhadap sebarang tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang ditanggung oleh CIMB dan ahli gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan agen mereka masing-masing berhubung dengan penyertaan pemenang tersebut dalam Kempen atau penerimaan, penebusan atau penggunaan Hadiah, kecuali sebarang tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang diakibatkan oleh kecuaian atau ketinggalan CIMB.
31)
CIMB Bank tidak menanggung sebarang tanggungjawab untuk sebarang implikasi cukai yang mungkin berbangkit daripada Hadiah atau penggunaannya. Sebarang kewajipan pemfailan cukai atau sebarang pembayaran cukai yang kena dibayar kepada mana-mana pihak berkuasa akibat penerimaan Hadiah kekal sebagai tanggungjawab peserta semata-mata. Setiap peserta bertanggungjawab mendapatkan nasihat bebas tentang kemungkinan implikasinya terhadap situasi kewangannya sendiri.
32)
Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten, konflik, kesamaran atau percanggahan antara versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris atau bahasa lain, versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, jika permintaan dibuat oleh Peserta Layak dan dicatat dan diakui oleh CIMB Bank dalam rekodnya bahawa versi terma-terma dan syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengawal operasi Kempen, maka versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi yang lain.
33)
Untuk maklum balas dan/atau aduan berkaitan dengan Promosi ini, Pelanggan Layak boleh menghubungi ‘Customer Resolution Unit’ CIMB Bank di alamat, nombor telefon, dan nombor faks dan e-mel berikut (atau di mana-mana alamat, nombor telefon dan nombor faks dan e-mel lain yang boleh diubah oleh CIMB dengan memaklumkan Pelanggan Layak): Customer Resolution Unit, Aras 19, Menara Bumiputra-Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tel: 603 6204 7788 / Faks: 603 2691 3248 Alamat e-mel:
[email protected].