SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) KAD KREDIT INGIAFAM-BSN VISA PLATINUM BISNES 1. Apakah Kad Kredit INGIAFAM-BSN? Ini adalah kad jenama bersama yang dikeluarkan oleh BSN dengan kerjasama strategik bersama AIA Insurance Agency Force Association Malaysia (AIAFAM), dahulunya dikenali sebagai “INGIAFAM” direka khas eksklusif untuk komuniti AIAFAM. 2. Siapakah yang layak untuk memohon Kad Kredit INGIAFAM-BSN? a) Pemegang Polisi Insurans Nyawa Premium AIAFAM b) Ahli dan Pengurus Agensi AIAFAM c) Pihak Pengurusan dan Kakitangan AIAFAM 3. Apakah syarat-syarat untuk memohon kad ini? Umur Minimum Pendapatan Minimum Warganegara
Kad Utama – 21 tahun Kad Tambahan – 18 tahun RM32,000 setahun Malaysia
4. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon Kad ini? Sila hantarkan dokumen-dokumen berikut bersama borang permohonan anda: a) Salinan Kad Pengenalan (depan belakang termasuk pemohon untuk Kad Tambahan, jika berkaitan) b) Individu Bergaji: Salinan Penyata Gaji bagi 2 bulan terkini atau salinan Penyata KWSP terkini. c) Berpendapatan Komisen: Salinan Penyata Komisen untuk 1 tahun. d) Bekerja Sendiri: Salinan Penyata Akaun Bank bagi 3 bulan terkini atau salinan Borang BE terkini serta resit cukai rasmi. Salinan Borang 9,24,49 atau Sijil Pendaftaran Perniagaan 5. Apakah faedah dan keistimewaan yang saya dapat nikmati sebagai Pemegang Kad Kredit INGIAFAM-BSN? a) Percuma Yuran Tahunan Sepanjang Hayat (Kad Utama & Kad Tambahan). b) Percuma Kad Touch n’ Go BSN Zing PLUSMiles c) Percuma Pelan Perlindungan Kemalangan Pelancongan sehingga RM1,000,000: Perlindungan insurans pelancongan secara automatik sehingga RM1,000,000 apabila anda membayar penuh tambang perjalanan dengan menggunakan Kad INGIAFAM-BSN. Anda juga akan dilindungi atas kesulitan semasa penerbangan yang disebabkan oleh kelewatan atau terlepas penerbangan, kelewatan atau kehilangan bagasi tertakluk kepada terma dan syarat polisi. d) Program Ganjaran: Anda boleh memilih salah SATU daripada faedah berikut untuk transaksi Premium Insurans Nyawa yang dipasarkan oleh AIAFAM. 2% Pulangan Tunai ATAU Pelan Tanpa Faedah untuk 12 bulan (ZIP) bagi Premium Insurans Nyawa melebihi RM601
e) Program Pulangan Tunai: 0.6% Pulangan Tunai untuk transaksi runcit tempatan dan luar negara (tidak termasuk transaksi Premium Insurans Nyawa AIAFAM di bawah Program Pelan Tanpa Faedah untuk 12 Bulan dan Program 2% Pulangan Tunai). f) Perkhidmatan Concierge 24 jam: Nikmati keistimewaan dan penjimatan dari beberapa organisasi pelancongan, hotel, restoran dan peruncit yang terkenal. Anda boleh bergantung kepada pasukan perkhidmatan Visa Concierge untuk memberikan layanan kelas pertama pada bilabila masa yang anda perlukan. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Visa Platinum Concierge di +612-9235-0260 atau layari www.visa.com. 6. Apakah kemudahan dan keistimewaan lain yang saya dapat nikmati sebagai Pemegang Kad Kredit INGIAFAM-BSN? Anda juga akan menikmati kemudahan dan keistimewaan yang kini ditawarkan oleh BSN kepada semua Pemegang Kad yang lain seperti: a) Pelan Pindahan Baki BSN b) Pelan Pembayaran Mudah BSN. c) Pelan Kemudahan Tunai BSN. d) Keistimewaan Merchant BSN. e) Kemudahan pembayaran menerusi rangkaian cawangan BSN, Mesin ATM/ Mesin Deposit Tunai BSN, secara online di www.mybsn.com.my, perbankan internet BSN, SMS dan InterBank GIRO. f) Talian Perkhidmatan Platinum 24 jam di 1-800-22-0800 atau +603-2688 0800 (Luar Negara). 7. Sekiranya saya adalah Pemegang Kad Kredit Utama BSN sedia ada, adakah saya boleh memohon Kad Kredit INGIAFAM-BSN? Ya, anda boleh. Anda boleh memohon Kad ini jika anda memenuhi syarat-syarat permohonan seperti yang dinyatakan dalam butiran 2 dan 3 di atas. Kelulusan untuk permohonan Kad ini adalah tertakluk kepada penilaian kredit yang baru. Anda dikehendaki untuk mengisi borang permohonan Kad Kredit INGIAFAM-BSN dan menyerahkan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada ejen jualan AIAFAM yang berkenaan/dibenarkan atau mel kepada BSN. 8. Bagaimana pula dengan had kredit untuk Kad Kredit INGIAFAM-BSN? Had kredit akan ditentukan berdasarkan kelayakan pendapatan individu dan polisi penilaian kredit BSN. 9. Jika saya adalah Pemegang Kad Kredit BSN sedia ada dan memohon Kad Kredit INGIAFAM-BSN, adakah saya akan mendapat had kredit yang berasingan? Had kredit yang akan ditawarkan adalah had kredit gabungan kad kredit sedia ada. Walau bagaimanapun, anda boleh memohon untuk kenaikan had kredit dengan menyertakan salinan pendapatan terkini untuk pertimbangan BSN. 10. Adakah Kad Kredit INGIAFAM-BSN diterima di luar negara? Ya. Kad ini diterima dan diiktiraf di seluruh dunia, termasuk kemudahan untuk pengeluaran wang tunai menerusi rangkaian besar Visa dan mesin ATM PLUS.
11. Adakah yuran tahunan dikenakan ke atas Kad Kredit INGIAFAM-BSN? Tidak. Kad-kad adalah percuma seumur hidup dengan tiada syarat yang dikenakan. Keistimewaan ini juga diberikan kepada Pemegang Kad Tambahan anda. 12. Bagaimana dengan bayaran minimum bulanan? Bayaran minimum bulanan adalah 5% daripada jumlah baki tertunggak tertakluk kepada minimum RM50 akan dinyatakan di dalam penyata bulanan. 13. Apakah caj-caj pembayaran lewat? Caj bayaran lewat adalah 1% daripada jumlah baki tertunggak tertakluk kepada minimum RM10 dan maksimum RM75 akan dinyatakan di dalam penyata bulanan yang seterusnya. 14. Apakah caj-caj kewangan untuk Kad Kredit INGIAFAM-BSN? a) Pembelian Runcit Caj Kewangan akan dikenakan ke atas baki tertunggak transaksi runcit yang tidak dibayar selepas tarikh akhir pembayaran. Pengiraan Caj Kewangan bermula dari tarikh transaksi diposkan sehingga bayaran penuh diterima dan dikreditkan ke dalam Akaun Kad berdasarkan kadar berikut: Tahap
Kadar
Syarat Tahun Pertama Keahlian Menjelaskan sekurang-kurangnya bayaran minimum SEBELUM atau PADA tarikh akhir bayaran.
I
13.5% setahun
Tahun Kedua Keahlian dan seterusnya Menjelaskan sekurang-kurangnya bayaran minimum TEPAT pada masanya selama 12 bulan berturutturut. Tahun Kedua Keahlian dan seterusnya
II
16% setahun
Menjelaskan sekurang-kurangnya bayaran minimum TEPAT pada masanya bagi sekurang-kurangnya 10 bulan dalam kitaran 12 bulan. Tahun Pertama Keahlian Menjelaskan bayaran.
III
17.5% setahun
bayaran
SELEPAS
tarikh
akhir
Tahun Kedua Keahlian dan seterusnya Menjelaskan sekurang-kurangnya bayaran minimum TEPAT pada masanya kurang dari 10 bulan dalam kitaran 12 bulan.
b) Pendahuluan Tunai
Caj Kewangan akan dikenakan pada kadar 1.5% sebulan yang bersamaan 18% setahun dan dikira pada kadar harian dari tarikh Pendahuluan Tunai dibuat sehingga pembayaran penuh diterima dan dikreditkan ke dalam Akaun Kad. 15. Apakah caj untuk transaksi pendahuluan tunai? Anda akan dikenakan caj sebanyak 5% daripada jumlah pendahuluan tunai atau minimum RM10 bagi setiap urusan pendahuluan tunai. Anda layak untuk mengeluarkan sehingga 75% daripada had kredit anda yang ada. 16. Saya ingin memohon Kad Kredit INGIAFAM-BSN tetapi saya masih mempunyai baki tertunggak dari kad kredit saya dengan bank lain. Apakah yang perlu saya lakukan? Pertama, anda perlu memohon Kad INGIAFAM-BSN. Setelah permohonan diluluskan, anda boleh memohon Program Pindahan Baki kami untuk memindahkan baki tertunggak anda kepada Kad INGIAFAM-BSN yang baru. Anda perlu melengkapkan borang Pindahan Baki BSN dengan melampirkan salinan terkini penyata kad kredit bank lain anda dan menghantar dokumen-dokumen tersebut kepada mana-mana cawangan BSN. 17. Bagaimana saya boleh memohon atau mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Kad Kredit INGIAFAM-BSN? a) Hubungi ejen jualan AIAFAM yang berkenaan/dibenarkan; atau b) Layari laman web BSN di www.mybsn.com.my; atau c) Hubungi Khidmat Pelanggan BSN di 1-300-88-1900 atau +603-2613 1900 (Luar Negara. 18. Adakah saya layak untuk mengambil bahagian dalam kedua-dua Program 2% Pulangan Tunai dan Pelan 12 Bulan Tanpa Faedah (ZIP) yang ditawarkan untuk Kad Kredit INGIAFAM-BSN pada masa yang sama? Tidak. Anda hanya layak untuk mengambil bahagian dalam Program 2% Pulangan Tunai atau Pelan 12 bulan Tanpa Faedah (ZIP). Anda perlu memilih Program yang ingin anda ikuti apabila menandatangani borang permohonan Kad Kredit INGIAFAM-BSN. 19. Bagaimana saya akan mendapat 2% Pulangan Tunai? Anda akan mendapat 2% Pulangan Tunai apabila anda membuat transaksi Premium Insurans Nyawa dengan menggunakan Kad Kredit INGIAFAM-BSN anda. 20. Bilakah saya akan mendapat 2% Pulangan Tunai? Pulangan Tunai yang terkumpul setiap bulan akan ditunjukkan dalam penyata bulanan kad kredit anda yang seterusnya. 21. Adakah saya akan mendapat 2% Pulangan Tunai untuk transaksi Premium Insurans Nyawa di bawah Pelan 12 Bulan Tanpa Faedah (ZIP)? Tidak. Transaksi Premium Insurans Nyawa anda di bawah Program ZIP tidak layak untuk mengikuti Program 2% Pulangan Tunai. 22. Adakah saya masih layak mendapat 2% Pulangan Tunai selepas menukar transaksi Premium Insurans Nyawa saya kepada Pelan 12 Bulan Tanpa Faedah (ZIP)? Tidak. Transaksi Premium Insurans Nyawa anda tidak boleh ditukar kepada Program ZIP jika ia berada di bawah Program 2% Pulangan Tunai.
23. Adakah saya masih layak mendapat 2% Pulangan Tunai jika saya membatalkan/menamatkan transaksi Premium Insurans Nyawa saya? Tidak. 2% Pulangan Tunai ke atas transaksi Premium Insurans Nyawa anda akan dibatalkan. 24. Adakah saya akan mendapat 2% Pulangan Tunai untuk transaksi runcit saya yang lain? Tidak. 2% Pulangan Tunai akan hanya diberi kepada transaksi Premium Insurans Nyawa sahaja. Anda akan mendapat 0.6% Pulangan Tunai apabila anda mengecas transaksi runcit tempatan dan luar negara. 25. Apakah jenis transaksi yang termasuk/dikecualikan di bawah Program 0.6% Pulangan Tunai? Transaksi Runcit (Transaksi di bawah adalah termasuk untuk pulangan tunai) i. Pembelian tempatan dan luar negara ii. Auto-bil / Transaksi Berulang iii. E-dagang / Internet / Online iv. Pesanan Mel / Pesanan Telefon
Bukan Transaksi Runcit (Transaksi di bawah adalah dikecualikan daripada pulangan tunai) i. Pindahan Baki BSN ii. Kemudahan Tunai BSN iii. Pelan Pembayaran Mudah BSN iv. Pengeluaran Tunai / Transaksi Pengeluaran Tunai v. Pembalikan / Pengembalian Transaksi vi. Pertikaian, tidak sah dan/atau Penipuan Transaksi Runcit vii. Pecahan dan/atau Transaksi Terbatal viii. Sebarang yuran dan caj seperti Cukai Perkhidmatan Kerajaan (GST), Yuran Pendahuluan Tunai, Caj Kewangan dan Caj Bayaran Lewat.
26. Adakah terdapat had maksimum untuk Pulangan Tunai pada Kad Kredit INGIAFAM-BSN setiap bulan? Tidak. Tiada had pada amaun Pulangan Tunai yang diberikan kepada anda. 27. Adakah terdapat had maksimum untuk Pelan 12 Bulan Tanpa Faedah (ZIP) pada Kad Kredit INGIAFAM-BSN setiap bulan? Tidak. Tiada had pada ZIP selagi penggunaan masih di bawah had kredit. 28. Adakah saya layak untuk Pelan 12 bulan Tanpa Faedah (ZIP) jika had kredit Kad Kredit saya masih didapati di bawah had kredit sementara? Tidak. Jumlah amaun transaksi Premium Insurans Nyawa yang menggunakan manamana had kredit tambahan yang diberikan oleh BSN untuk kad anda secara sementara tidak boleh ditukar kepada Program ZIP.
29. Adakah had kredit Kad Kredit saya akan dikurangkan pada setiap bulan untuk transaksi Pelan 12 Bulan Tanpa Faedah (ZIP)? Setelah mendapat kelulusan daripada BSN untuk transaksi Premium Insurans Nyawa, had kredit anda akan dikurangkan dengan jumlah penuh transaksi. Apabila setiap ansuran bulanan ZIP dibayar balik, jumlah bersamaan dengan ansuran bulanan ZIP akan dikembalikan kepada had kredit kad anda. 30. Adakah saya layak untuk Pelan 12 Bulan Tanpa Faedah (ZIP) jika transaksi Premium Insuran Nyawa saya adalah kurang daripada RM601? Tidak. Jumlah amaun transaksi mestilah melebihi RM601 untuk layak mengikuti Program ZIP tetapi jika amaun transaksi adalah kurang daripada RM601, transaksi itu secara automatik akan mendapat ganjaran 2% Pulangan Tunai tanpa mengira sama ada anda telah memilih Program ZIP di dalam borang permohonan Kad Kredit INGIAFAM-BSN anda. 31. Adakah saya akan mendapat mata ganjaran ke atas semua urus niaga saya? Tiada mata ganjaran akan ditawarkan di bawah Kad Kredit INGIAFAM-BSN. 32. Adakah pemegang kad tambahan saya dapat menikmati faedah yang sama seperti saya? Ya. Pemegang kad tambahan layak untuk mengikuti program yang sama dipilih oleh anda seperti di borang permohonan Kad Kredit INGIAFAM-BSN anda.
Versi bertarikh 01/04/2015