PROGRAM 5X UNIRINGGIT KAD PRVI Miles UOBM TERMA DAN SYARAT KAD PRVI Miles UOBM (“KAD”) 1. Program 5X UNIRINGGIT (“Program”) United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (271809-K) (“UOBM”) ini terbuka kepada semua Ahli Kad Kredit utama dan tambahan PRVI Miles UOBM (“Ahli Kad”) yang mempunyai akaun terkini, sah, wujud dan dalam keadaan kredit yang baik yang ditentukan oleh UOBM mengikut budi bicara mutlaknya. 2. Program ini hanya dibuka kepada Kad PRVI Miles UOBM yang dikeluarkan di Malaysia. 3. Berikut adalah mereka yang tidak layak untuk Program ini :a. Ahli Kad yang akaun(-akaun)nya telah ditamatkan, digantung atau dibatalkan dalam Tempoh Program; b. Semua Ahli Kad Kredit dan Debit UOBM lain yang tidak memiliki Kad PRVI Miles UOB; c. Sebarang akaun dengan UOBM yang didapati delinkuen, atau tidak diuruskan dengan baik sepertimana yang ditentukan oleh UOBM mengikut budi bicara mutlaknya; d. Individu yang didapati atau menjadi tidak siuman, telah meninggal dunia, bankrap atau mempunyai prosiding undang-undang dalam apa-apa bentuk yang dikenakan terhadap mereka. TEMPOH PROGRAM 4. Program ini sah dari 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016 (termasuk kedua-dua tarikh) (“Tempoh Program”), kecuali dimaklumkan sebaliknya.
MEKANISME PROGRAM 5. Dalam Program ini, Ahli Kad layak mendapat lima (5) UNIRinggit untuk setiap perbelanjaan RM1.00 ('Perbelanjaan Layak') yang dicaj dan didebitkan ke akaun Kad PRVI Miles UOBM mereka dalam Tempoh Program untuk kategori-kategori perbelanjaan yang dinyatakan dalam kolum 1 Jadual A berikut (“Kategori Perbelanjaan Layak”) dan termasuk di cawangan yang berdaftar dengan Kod Kategori Dagang (MCC) atau kod mata wang (Currency Code) yang dinyatakan dalam kolum 2 Jadual A berikut (“Cawangan Layak”):
Jadual A Kategori Perbelajaan Layak Luar Negara
Syarikat Penerbangan Hotel
Kod Kategori Dagang (MCC)/ Kod Mata Wang (Currency Code) Contoh: (tetapi tidak terhad kepada contoh-contoh berikut) SGD – Singapore Dollar CNY – China Yuan GBR – Great Britain Pound JPY – Japan Yen HKD – Hong Kong Dollar USD – USA Dollar EUR – Euro AUD – Australia Dollar NZD – New Zealand Dollar 3000-3298 4511 3501-3999 7011
7012 Agensi Pelancongan
4722
Visa payWave Transactions
-
Penerangan
Pembayaran yang dibuat di luar negara dan/atau dalam mata wang asing selain daripada Ringgit Malaysia (MYR) (Termasuk transaksi Online).
Syarikat penerbangan dan pengangkut udara Penginapan – Hotel, Motel, Resort Penginapan – Hotel, Motel, Resort, Perkhidmatan Tempahan Tengah (yang tidak dikelaskan di mana-mana) Timeshares Agensi Pelancongan and Pengendali Perjalanan Bayaran dibuat melalui Visa payWave Contoh pedagang Visa payWave: AEON BiG, AEON Stores, AEON Wellness, Borders, Golden Screen Cinemas, Jaya Grocer, KLIA Ekspres, PETRONAS Service Stations, RadioShack, SOGO Kuala Lumpur, TGV Cinemas, The Coffee Bean & Tea Leaf. Layari www.visa.com.my/personal/features /visapaywave.shtml untuk senarai pedagang Visa payWave yang terkini.
6. 5X UNIRinggit yang diberikan untuk Perbelanjaan Layak yang dibuat oleh Ahli Kad utama dan tambahan adalah terhad kepada RM3000 untuk perbelanjaan Luar Negara, Syarikat Penerbangan, Hotel dan Agensi Pelancongan sebulan. Setiap perbelanjaan RM1.00 berikutnya yang lebih daripada amaun yang dihadkan akan diberikan dengan 1X UNIRinggit. Contoh peruntukkan UNIRinggit ditunjukkan dalam Jadual B di bawah:
Jadual B Kategori Perbelajaan Layak
Had Amaun Perbelanjaan Layak untuk Peruntukkan 5X UNIRinggit – setiap pelanggan sebulan
Jumlan Perbelanjaan Bulanan (RM)
UNIRinggit yang diperuntukkan
1. Luar Negara
RM3,000 dalam Gabungan Kategori Perbelanjaan Layak Setiap perbelanjaan RM1.00 berikutnya yang lebih daripada amaun yang dihadkan akan diberikan dengan 1X UNIRinggit.
RM1,500
5X UNIRinggit x RM1,500 = 7,500 UNIRinggit
RM2,000
(a) 5X UNIRinggit x RM1,500 = 7,500 UNIRinggit (b) 1X UNIRinggit x RM500 = 500 UNIRinggit
RM1,500
1X UNIRinggit x RM1,500 = 1,500 UNIRinggit
RM 0
NA
2. Syarikat Penerbangan
3. Hotel 4. Agensi Pelancongan
Jumlah UNIRinggit diperuntukkan = 1 + 2(a) + 2(b) + 3 + 4 = 17,000 UNIRinggit 5. Transaksi Visa payWave
Tiada had
RM600
5X UNIRinggit x RM600 = 3,000 UNIRinggit
7. Segala pembayaran untuk Perbelanjaan Layak mesti dibuat dengan Kad PRVI Miles UOBM untuk menyertai Program ini. 8. Perbelanjaan Layak yang dibuat dalam Tempoh Program mesti direkod dalam sistem kad kredit yang diselenggara oleh UOBM untuk menyertai Program ini. 9. Transaksi yang dibuat oleh Ahli Kad tambahan akan dijumlahkan dengan perbelanjaan Kad utama dan UNIRinggit hanya akan dikreditkan kepada akaun kad utama sahaja. 10. Penentuan bagi UNIRinggit maksimum yang diberikan untuk Perbelanjaan Layak yang dinyatakan dalam fasal 6 di atas adalah berdasarkan tarikh caj diproses oleh UOBM dan didebitkan ke dalam akaun Ahli Kad PRVI Miles UOBM dan bukan tarikh transaksi Perbelanjaan Layak dibuat oleh Ahli Kad. 11. Pembayaran UNIRinggit maksimum sebulan untuk setiap Kategori Perbelanjaan Layak sepanjang Tempoh Program adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual C. UNIRinggit akan diberikan atas dasar siapa cepat dia dapat, berdasarkan rekod transaksi UOBM. UOBM tidak mempunyai sebarang tanggungjawab untuk memaklumkan mana-mana Ahli Kad sekiranya pembayaran Rebat UNIRinggit mencapai had pembayaran maksimum.
Jadual C Kategori Perbelanjaan Layak
Had Peruntukkan UNIRinggit Bulanan
Luar Negara, Syarikat Penerbangan, Hotel, dan/ atau Agensi Pelancongan
12,000,000 UNIRinggit untuk Gabungan Kategori Perbelanjaan Layak
Visa payWave
Tiada had
12. UNIRinggit akan dikreditkan ke dalam Akaun Ahli Kad PRVI Miles UOBM dan dinyatakan di dalam Penyata Akaun bulanan yang dikeluarkan oleh UOBM kepada Ahli Kad dalam tempoh dua (2) bulan dari bulan Perbelanjaan Layak telah dibuat seperti yang ditunjukkan di Jadual D: Jadual D Perbelanjaan Layak dalam bulan 1 Januari 2016 – 31 Januari 2016 1 Februari 2016 – 29 Februari 2016 1 Mac 2016 – 31 Mac 2016 1 April 2016 – 30 April 2016 1 Mei 2016 – 31 Mei 2016 1 Jun 2016 – 30 Jun 2016 1 Julai 2016 – 31 Julai 2016 1 Ogos 2016 – 31 Ogos 2016 1 September 2016 – 30 September 2016 1 Oktober 2016 – 31 Oktober 2016 1 November 2016 – 30 November 2016 1 Disember 2016 – 31 Disember 2016
UNIRinggit dikredit dalam bulan Februari 2016 / Mac 2016 Mac 2016 / April 2016 April 2016/ Mei 2016 Mei 2016/ Jun 2016 Jun 2016/ Julai 2016 Julai 2016/ Ogos 2016 Ogos 2016/ September 2016 September 2016/ Oktober 2016 Oktober 2016/ November 2016 November 2016/ Disember 2016 Disember 2016 / Januari 2017 Januari 2017/ Februari 2017
13. Ketika pemberian UNIRinggit, akaun Ahli Kad PRVI Miles UOBM mestilah sah, terkini, wujud dan dalam keadaan kredit yang baik sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM mengikut budi bicara mutlaknya dan tidak bercanggah dengan mana-mana terma dan syarat yang termasuk dalam Perjanjian Ahli Kad UOBM Visa/MasterCard. 14. Sebarang prop, aksesori atau peralatan yang dipaparkan bersama-sama dengan UNIRinggit dalam semua bahan-bahan cetakan, laman web atau cawangan UOBM adalah untuk tujuan perhiasan sahaja dan tidak akan menjadi sebahagian daripada UNIRinggit. 15. UOBM berhak untuk: a. Membatalkan UNIRinggit sekiranya terdapat pembalikan entri Perbelanjaan Layak dalam Kategori Perbelanjaan yang layak di Cawangan Layak atau penamatan Kad PRVI Miles UOBM Ahli kad sebelum UNIRinggit dikreditkan ke dalam Akaun Kad PRVI Miles UOBM atau tidak mematuhi atau melanggar terma dan syarat ini atau Visa / Perjanjian Ahli Kad MasterCard UOB atau UNIRinggit Program Ganjaran 2016 Terma dan Syarat ini dengan memberi notis terlebih dahulu tanpa memberikan apa-apa sebab. b. Menggantikan UNIRinggit dengan produk lain yang sama atau lebih rendah dengan notis terlebih dahulu. c. Menarik balik,menangguhkan, melanjutkan atau membatalkan Program ini lebih awal sebelum tarikh tamat Tempoh Program secara keseluruhan atau sebahagiannya pada bila-bila masa dengan notis terlebih dahulu mengikut budi bicara mutlaknya. 16. UNIRinggit yang diberikan tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dengan barangan lain. 17. UNIRinggit yang diperolehi oleh Ahli Kad tidak mempunyai nilai wang.
TERMA DAN SYARAT AM 18. Program ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat ini, terma dan syarat UNIRinggit Program Ganjaran 2016 dan Perjanjian Ahli Kad UOBM Visa/ MasterCard. 19. Dengan menyertai Program ini, Ahli Kad bersetuju dan terikat dengan terma dan syarat ini, terma dan syarat UNIRinggit Program Ganjaran 2016 dan Perjanjian Ahli Kad UOBM Visa / MasterCard. 20. Rekod transaksi yang dikekalkan oleh UOBM dan keputusan UOBM mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Program ini adalah muktamad, tidak boleh dipertikaikan dan terikat. UOBM tidak akan bertanggungjawab untuk memberi sebarang sebab atau membuat apa-apa surat-menyurat dengan mana-mana individu mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan Program ini. Sebarang rayuan atau surat-menyurat daripada Ahli Kad tidak akan dilayan. 21. UOBM tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kegagalan atau kelewatan dalam penghantaran bukti transaksi penjualan oleh Visa International Incorporated, MasterCard Worldwide, pertubuhan pedagang, pihak pos atau telekomunikasi atau lain-lain pihak yang mungkin mengakibatkan Ahli Kad tidak layak menerima UNIRinggit daripada Program ini. 22. UOBM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang perwakilan atau salah tafsiran fakta oleh mana-mana pihak ketiga yang tidak sah berkenaan dengan Program dan/atau UNIRinggit dan diterbitkan dalam mana-mana bahan media massa, pemasaran atau pengiklanan. 23. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, UOBM secara jelas mengecualikan dan menafikan sebarang perwakilan, waranti atau pengendorsan, sama ada tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, tanpa terhad kepada apa-apa yang diterbitkan dalam manamana media massa, bahan pemasaran atau pengiklanan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang jaminan kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu berkenaan dengan Program dan UNIRinggit ini. 24. UOBM tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan menanggung sebarang liabiliti dalam apa jua bentuk yang dialami oleh Ahli Kad dan/atau pihak ketiga secara langsung atau tidak langsung daripada Program dan UNIRinggit ini. 25. UOBM tidak mempunyai kaitan dengan Cawangan Layak dan tidak membuat sebarang perwakilan atau jaminan berhubung dengan kualiti barangan atau kesesuaiannya untuk sebarang tujuan. 26. Jika terdapat sebarang percanggahan antara terma dan syarat ini dengan sebarang bahan pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan-bahan lain yang berkaitan dengan Program ini, terma dan syarat ini akan digunakan. 27. UOBM berhak untuk menambah, memadam, menggantung atau mengubah terma dan syarat Program, dari semasa ke semasa, secara keseluruhan atau sebahagian, mengikut budi bicara mutlaknya, dengan memberi notis dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu kepada Ahli Kad melalui paparan di laman web UOBM, memaparkan notis di cawangan UOBM dan / atau dalam Penyata Akaun dan / atau apa-apa cara lain sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM dari semasa ke semasa.
28. UOBM berhak untuk membatal, menghenti, menggantung atau melanjutkan Program ini
tanpa notis terlebih dahulu. Untuk mengelakkan keraguan, pembatalan, pemberhentian, penggantungan atau pelanjutan Program oleh UOBM tidak akan melayakkan Ahli Kad untuk sebarang tuntutan atau pampasan terhadap UOBM untuk apa jua dan semua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Ahli Kad sama ada secara langsung atau tidak langsung akibat daripada pembatalan, pemberhentian, penggantungan atau pelanjutan tersebut. 29. Terma dan syarat ini adalah ditadbir dan ditafsirkan mengikut dengan undang-undang Malaysia dan Ahli Kad bersetuju untuk tertakluk kepada bidang kuasa yang tidak eksklusif mahkamah Malaysia. - TAMAT -