Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat 1. United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (271809-K) ("UOBM") "Promosi Hujung minggu Preferred Platinum" ("Promosi") adalah terbuka kepada semua ahli kad kredit Preferred Platinum UOBM utama dan tambahan sahaja ("Ahli Kad") yang mempunyai akaun semasa, sah, masih wujud dan dalam kedudukan kredit yang baik sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM atas budi bicara mutlaknya.
2. Promosi ini hanya layak untuk Kad UOB Preferred Platinum yang diisukan di Malaysia sahaja. 3. Individu berikut adalah tidak layak untuk Promosi ini:a) Ahli Kad dengan akaun(-akaun) yang telah ditamatkan, digantung atau dibatalkan dalam Tempoh Promosi; b) Semua Ahli Kad UOBM yang lain yang tidak tidak memegang Kad UOB Preferred Platinum. c) Sebarang akaun yang dipegang dengan UOBM yang delinkuen atau didapati tidak memuaskan seperti yang ditentukan oleh UOBM pada budi bicara mutlaknya; d) Individu yang merupakan atau menjadi tidak siuman, meninggal dunia, dihukum bankrap atau mempunyai prosiding undang-undang dalam apa-apa bentuk yang dilaksanakan terhadap mereka. Tempoh Promosi 4. Tempoh Promosi adalah dari 26 Julai 2014 hingga 31 Disember 2014 (termasuk kedua-dua tarikh) ("Tempoh Promosi"), kecuali diberitahu sebaliknya. Kriteria Pendaftaran 5. Untuk menyertai Promosi ini, Ahli Kad mesti mendaftarkan nombor Kad Kredit Preferred Platinum UOB beliau melalui SMS dalam Tempoh Promosi. Semua kad tambahan di bawah akaun kad Preferred Platinum UOB yang berdaftar secara automatik akan dikesan bagi tujuan menjadualkan Perbelanjaan yang Layak (ditakrifkan di Fasal 10 di bawah). Proses pendaftaran adalah seperti berikut: a. SMS: UOB1 <jarak> 16-digit Kad Kredit Preferred Platinum UOB anda kepada 66300; atau b. Pemegang Kad yang layak yang menerima jemputan SMS dari UOBM untuk mengambil bahagian dalam Promosi ini mestilah mengikut arahan untuk mendaftar sebagaimana yang telah dinyatakan; atau c. Mengikut arahan untuk mendaftar yang telah dinyatakan dalam bahan-bahan komunikasi umtuk tujaun pemasaran. Caj telekomunikasi standard akan dikenakan bagi setiap SMS yang dihantar.
6. Pendaftaran boleh dilakukan sama ada oleh Ahli Kad utama atau tambahan 7. Selepas pendaftaran berjaya, Ahli Kad akan menerima pengesahan melalui SMS. Pengesahan tersebut akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang digunakan untuk pendaftaran. Pendaftaran secara SMS tidak dianggap berjaya melainkan Ahli Kad menerima pengesahan pendaftaran melalui SMS.
8. Sekiranya SMS tidak lengkap / tidak sah, SMS akan dihantar kepada Ahli Kad tanpa sebarang kos memberitahu mereka untuk mendaftar semula melalui SMS. Walau bagaimanapun, Ahli Kad hendaklah memastikan bahawa mereka telah memasukkan nombor Kad Kredit Preferred Platinum UOB yang betul dalam SMS. 9. Selepas pendaftaran SMS yang berjaya, Ahli Kad mesti menggunakan Kad Kredit Preferred Platinum UOB mereka dengan cara seperti di Fasal 14 di bawah. Perbelanjaan Yang Layak 10. Perbelanjaan yang Layak untuk tujuan promosi ini bermaksud sebarang perbelanjaan untuk makanan yang dibuat pada hujung minggu sepanjang Tempoh Promosi di tempat-tempat di Malaysia dibawah Kod Kategori Saudagar (“MCC”) seperti di dalam system UOBM:- MCC 5811 untuk “Penyedia Makanan” - MCC 5812 untuk “Tempat Makan & Restoran” - MCC 5813 untuk “Tempat Minum – Bar/ruang istirahat/disko” - MCC 5814 untuk “Restoran Makanan Segera” 11. Bagi mengelakkan keraguan, hujung minggu ditakrifkan sebagai setiap hari Sabtu dan Ahad berturut-turut dalam Tempoh Promosi; dari 12.00 tengah malam hari Sabtu hingga 11:59 pada hari Ahad daripada hari berikutnya. 12. Semua bayaran mesti dibuat dengan menggunakan Kad UOB Preferred Platinum bagi apaapa perbelanjaan untuk layak sebagai Perbelanjaan Layak di bawah Promosi ini. 13. Perbelanjaan yang Layak dibuat dalam Tempoh Promosi mesti diperoleh oleh sistem kad kredit yang dikekalkan oleh UOBM untuk layak untuk menyertai Promosi ini. Mekanik Promosi 14 Ahli Kad yang memenuhi Kriteria Pendaftaran dinyatakan dalam fasal 5 di atas dan memenuhi Perbelanjaan Layak terkumpul minimum RM300 sepanjang Bulan Penyertaan yang dinyatakan dalam fasal 17 di bawah menggunakan Kad UOB Preferred Platinum ("Kriteria Kelayakan") berhak untuk menerima 5% pulangan tunai untuk Perbelanjaan yang Layak ("Pulangan Tunai"). 15. Perbelanjaan yang Layak dibuat oleh pemegang kad utama dan tambahan Kad UOB Preferred Paltinum akan digabungkan bagi menentukan sama ada Kriteria Kelayakan yang dinyatakan dalam fasal 14 di atas dipenuhi. 16. Penentuan sama ada Kriteria Kelayakan yang dinyatakan dalam fasal 14 di atas dipenuhi hendaklah berdasarkan pada tarikh urusniaga Perbelanjaan yang Layak dibuat oleh Ahli Kad.
17. Jumlah maksimum Pulangan Tunai bagi setiap Bulan Penyertaan yang dinyatakan dalam jadual di bawah adalah RM25,000 sepanjang Tempoh Promosi yang akan diberikan atas dasar – yang dahulu, didahulukan dan berdasarkan rekod transaksi UOBM. UOBM tidak mempunyai apa-apa obligasi untuk memaklumkan mana-mana Ahli Kad yang Pulangan Tunai setiap bulan telah mencapai had pembayaran maksimum. Bulan Penyertaan Julai Ogos
Pulangan Tunai Max. diperuntukkan Sebulan RM25,000 RM25,000
September
RM25,000
Oktober
RM25,000
November
RM25,000
Disember
RM25,000
Hujung Minggu yang Menyertai 26 & 27 Julai 2014 2 & 3 Ogos 2014 9 & 10 Ogos 2014 16 & 17 Ogos 2014 23 & 24 Ogos 2014 30 & 31 Ogos 2014 6 & 7 September 2014 13 & 14 September 2014 20 & 21 September 2014 27 & 28 September 2014 4 & 5 Oktober 2014 11 & 12 Oktober 2014 18 & 19 Oktober 2014 25 & 26 Oktober 2014 1 & 2 November 2014 8 & 9 November 2014 15& 16 November 2014 22 & 23 November 2014 29 & 30 November 2014 6 & 7 Disember 2014 13 & 14 Disember 2014 20 & 21 Disember 2014 27 & 28 Disember 2014
18 Baki Pulangan Tunai yang diperuntukkan bagi Bulan Penyertaan yang tidak digunakan (jika ada) akan dibawa ke hadapan untuk Bulan Penyertaan seterusnya. 19. Jumlah maksimum Pulangan Tunai yang akan dianugerahkan untuk Ahli Kad utama dan tambahan secara kolektif ditetapkan pada RM25 bagi setiap Bulan Penyertaan. 20. Pulangan Tunai (yang diperolehi oleh kedua-dua Ahli Kad utama dan tambahan) akan dikreditkan ke dalam Akaun Kad UOB Preferred Platinum Ahli Kad utama dalam tempoh empat (4) hingga lapan (8) minggu dari hari terakhir setiap Bulan Penyertaan dan dinyatakan dalam Penyata Akaun Bulanan yang berikut selepas tarikh Pulangan Tunai dikreditkan. 21. UOBM berhak: (a) untuk membatalkan Pulangan Tunai sekiranya terdapat pembalikan dalam transaksi Perbelanjaan yang Layak atau penamatan Kad UOB Preferred Platinum sebelum Pulangan Tunai diberikan kepada Ahli Kad, atau tidak mematuhi atau melanggar syarat-syarat ini dan syarat Perjanjian Ahli Kad Visa / MasterCard UOB ("Perjanjian Ahli Kad") dengan notis terlebih dahulu tanpa memberikan apa-apa sebab; (b) menggantikan Pulangan Tunai dengan mana-mana produk lain yang sama atau lebih rendah dengan notis terlebih dahulu; (c) Untuk menarik balik, menangguhkan, melanjutkan atau menamatkan Promosi ini lebih awal sebelum tamat Tempoh Promosi secara keseluruhan atau sebahagian, pada bila-bila masa dengan notis mengikut budi bicara mutlaknya.
22. Pulangan Tunai yang diberikan tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak atau pihak-pihak lain selain daripada Ahli Kad dan tidak boleh ditukar untuk kredit atau barangbarang lain, selain sebahagiannya atau sepenuhnya.
Terma dan Syarat Am 23. Dengan menyertai Promosi ini, Ahli Kad bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini dan Perjanjian Ahli Kad Visa / MasterCard UOB. 24. Rekod transaksi adalah dikekalkan oleh UOBM dan keputusan UOBM mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Promosi ini adalah muktamad, tidak boleh dipertikaikan dan mengikat Ahli Kad. UOBM tidak bertanggungjawab untuk memberi sebarang alasan atau membuat apa-apa surat-menyurat dengan mana-mana orang mengenai apa-apa perkara berkaitan Promosi. 25. UOBM tidak bertanggungjawab untuk sebarang kegagalan atau kelewatan dalam penghantaran bukti transaksi jualan oleh Visa International Incorporated, MasterCard Worldwide, pertubuhan pedagang, pihak pos atau telekomunikasi yang berkuasa atau manamana pihak lain yang mungkin menyebabkan Ahli Kad tersingkir dari proses pemilihan semasa Tempoh Promosi. 26. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, UOBM dengan nyata mengecualikan dan menafikan sebarang perwakilan, waranti atau pengendorsan, tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, tanpa had kepada penerbitan dalam mana-mana media awam, bahan pemasaran atau pengiklanan besar-besaran, termasuk tetapi tidak terhad kepada, apa-apa jaminan kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu berkenaan dengan Promosi ini dan Pulangan Tunai di bawah Promosi ini. 27. UOBM tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa pernyataan yang salah atau salah nyataan fakta berkenaan dengan Promosi dan diterbitkan di dalam mana-mana media, pemasaran atau pengiklanan. 28. UOBM tidak akan bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang liabiliti dalam apa-apa bentuk dan bagaimana sekali pun yang timbul atau dialami oleh Ahli Kad dan/atau pihak ketiga akibat secara langsung atau tidak langsung daripada Promosi dan/atau Pulangan Tunai. 29. Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan antara terma dan syarat ini dengan sebarang pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan-bahan lain yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan Promosi, terma dan syarat ini akan diguna pakai. 30. UOBM berhak untuk menambah, memadam atau mengubah terma dan syarat Promosi ini, dari semasa ke semasa, keseluruhannya atau sebahagiannya, mengikut budi bicara mutlaknya, dengan menyediakan dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu kepada Ahli Kad melalui paparan di laman web UOBM, memaparkan notis di mana-mana cawangan UOBM dan/atau memasukkan pernyataan dalam penyata Akaun.
31. Terma dan syarat ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan Ahli Kad bersetuju untuk menyerahkan kepada bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah Malaysia.