CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat
_____________________________________________________________________________________________ Mukasurat | 1
Terma-terma dan Syarat–syarat CashLite Program CashLite 1. Program CashLite (“Program”) ditawarkan kepada Pemegang Kad prinsipal kad kredit CIMB Bank Berhad (No. Syarikat 13491-P) (“Bank CIMB”) tertakluk kepada terma-terma dan syaratsyarat ini. Kesemua kad Tambahan Bank CIMB, Kad Korporat dan Kad Islam Bank CIMB adalah tidak layak untuk Program ini. 2. Amaun CashLite (“Amaun CashLite”) adalah di sini dirujuk kepada amaun yang boleh dikeluarkan oleh Pemegang Kad dari kad kredit mereka melalui Program ini. 3. Program ini hanya dibuka kepada Pemegang Kad yang telah dihubungi melalui telefon oleh Bank CIMB untuk menyertai Program atau memberitahu Bank CIMB bahawa mereka ingin menyertai Program ini. Had Minimum dan Maksimum CashLite 4. Setiap permohonan adalah tertakluk kepada ketersediaan had kredit kad kredit Pemegang Kad. Bank CIMB menyimpan haknya untuk menolak mana-mana permohonan keseluruhannya atau meluluskan Amaun CashLite yang lebih rendah. Permohonan oleh Pemegang Kad akan dianggap sebagai tawaran Pemegang Kad untuk Bank CIMB untuk mengambil Amaun CashLite, pada kadar faedah dan tempoh yang ditunjukkan kepada Bank CIMB atau sebagai mungkin dinyatakan dalam mana-mana Borang Permohonan pada Terma-terma dan Syarat-syarat yang dinyatakan di sini. Bank CIMB adalah dianggap telah menerima tawaran Pemegang Kad apabila Bank CIMB memberitahu Pemegang Kad secara bertulis Amaun CashLite yang diluluskan, tempoh dan faedah di bawah Klausa 15 di sini. Sekiranya Bank CIMB tidak menerima tawaran Pemegang Kad tetapi sebaliknya menawarkan kepada Pemegang Kad Amaun CashLite yang berbeza, kadar faedah dan/atau tempoh, mengikut mana yang berkenaan, Pemegang Kad boleh menerima tawaran balas tersebut secara lisan atau dengan menggunakan Amaun CashLite yang ditawarkan oleh Bank CIMB yang telah dikreditkan ke akaun Pemegang Kad yang dirujuk dalam Klausa 16 di sini, mengikut mana-mana yang berlaku sebelum ini. Sebarang perbezaan di antara Amaun CashLite, kadar faedah atau tempoh dipohon dan amaun, kadar faedah atau tempoh akhirnya diluluskan oleh Bank CIMB tidak akan menjejaskan kesahan Terma-terma dan Syaratsyarat ini. Rujukan kepada Amaun CashLite ini ditafsirkan sebagai merujuk kepada Amaun CashLite yang diluluskan untuk jumlah yang dipohon atau Amaun CashLite yang diluluskan untuk jumlah yang berbeza (mengikut mana yang berkenaan). 5. Amaun CashLite minimum yang boleh dipohon atau diluluskan oleh Bank CIMB adalah RM1,000.
Akaun CashLite Berasingan 6. Apabila permohonan Pemegang Kad untuk Program diluluskan, akaun CashLite dengan 16-digit nombor akaun (“Akaun CashLite”) akan diberikan untuk tujuan Amaun CashLite yang diluluskan. Pemegang Kad akan menerima satu penyata berasingan dengan Amaun CashLite yang diluluskan secara terperinci (termasuk tempoh, kadar faedah yang dikenakan dan amaun yang perlu dibayar untuk ansuran bulanan (“Pembayaran Bulanan”)). Amaun bagi Pembayaran _____________________________________________________________________________________________ Mukasurat | 2
Bulanan adalah berdasarkan kepada Amaun CashLite yang diluluskan dan jenis pelan yang dipohon oleh Pemegang Kad. 7. Setiap Pembayaran Bulanan akan dicajkan ke Akaun CashLite Pemegang Kad. Pembayaran Bulanan akan dinyatakan pada penyata CashLite CIMB Pemegang Kad dan mesti dibayar sepenuhnya. Sekiranya Pembayaran Bulanan tidak dibayar sepenuhnya pada tarikh matang setiap bulan, caj pembayaran lewat 1% atas baki tertunggak Pembayaran Bulanan yang ditetapkan (tertakluk kepada RM10.00 minimum dan RM100.00 maksimum) akan dicajkan selepas tarikh matang dan caj pembayaran lewat mesti dibayar sepenuhnya pada tarikh matang penyata seterusnya. Caj pembayaran lewat adalah dikenakan sebagai ganti rugi dan bukan sebagai penalti dan mesti dibayar sebelumnya, termasuk selepas apa-apa perintah mahkamah atau penghakiman. Caj Kewangan 8. Berdasarkan kepada garispanduan Bank Negara Malaysia, Bank CIMB boleh mengenakan caj kewangan di atas baki tertunggak Pembayaran Bulanan yang ditetapkan yang dicajkan kepada akaun CashLite Pemegang Kad tertakluk kepada kadar maksimum semasa 18% setahun (berdasarkan kepada cara pembayaran seperti yang dicatatkan di dalam garispanduan Bank Negara) sekiranya Pemegang Kad gagal untuk membayar baki tertunggak Pembayaran Bulanan yang ditetapkan pada tarikh matang dan caj kewangan terakru mesti dibayar sepenuhnya pada tarikh matang penyata seterusnya. Had Kredit 9. Apabila permohonan Pemegang Kad diluluskan, ketersediaan gabungan had kredit Pemegang Kad akan dikurangkan sementara dengan menyekat amaun yang setara dengan Amaun CashLite yang diluluskan dan jumlah faedah dicajkan pada amaun CashLite (dan fi pemindahan antara bank (“IBG”) sebanyak RM2 dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang kena dibayar ke atas IBG (jika berkenaan) sekiranya Pemegang Kad meminta amaun CashLite dibayar ke akaun bank lain Pemegang Kad), tetapi had kredit akan secara progresif dinaikkan dan disediakan untuk kegunaan Pemegang Kad (atas budi bicara tunggal dan mutlak Bank CIMB) dengan amaun bahagian prinsipal setiap Pembayaran Bulanan apabila setiap Pembayaran Bulanan dibayar dan sehingga pembayaran sebenar diterima oleh Bank CIMB. 10. Amaun CashLite yang diluluskan akan membentuk sebahagian daripada jumlah ketersediaan had kredit untuk kesemua akaun kad kredit Pemegang Kad Bank CIMB, termasuk akaun kad kredit tambahan. Tiada peningkatan kepada ketersediaan had kredit samada setara dengan Amaun CashLite yang diluluskan atau sebaliknya. Hak untuk menolak 11. Program ini adalah sah untuk satu tempoh sebagaimana Bank CIMB atas budi bicara mutlaknya tentukan. 12. Sekiranya Bank CIMB menawarkan Program ini kepada Pemegang Kad tetapi mendapati kemudiannya bahawa Pemegang Kad telah memungkiri terma-terma dan syarat-syarat kad kredit _____________________________________________________________________________________________ Mukasurat | 3
mereka ("Perjanjian Kad") atau tidak mempunyai had kredit yang mencukupi, Bank CIMB berhak untuk membatalkan tawaran dibuat dan menarik balik Amaun CashLite yang diberikan. Pembatalan & Pembayaran Awal 13. Sekiranya Pemegang Kad ingin membatalkan permohonan CashLite, Pemegang Kad mesti menghubungi Pusat Panggilan Kad CIMB dalam tempoh masa 24 jam dari masa permohonan CashLite dibuat oleh Pemegang Kad. Untuk pembatalan atau pembayaran awal Akaun CashLite oleh Pemegang Kad sebelum tarikh luput tempoh yang dipersetujui, Pemegang Kad mesti menghubungi pusat panggilan Bank CIMB dan memberikan Bank CIMB notis terlebih dahulu tidak kurang daripada tiga puluh (30) hari. Pemegang Kad mesti membayar semula Bank CIMB jumlah baki tertunggak (iaitu Ansuran Bulanan tertunggak termasuk caj lewat dan caj kewangan) dan jumlah amaun prinsipal Akaun CashLite yang dihutang di bawah Akaun CashLite untuk pembatalan atau pembayaran awal. Surat Notifikasi 14. Satu surat notifikasi generasi sistem akan dihantar kepada Pemegang Kad memberitahu samada permohonan di bawah Program telah diluluskan atau ditolak. Di mana permohonan telah diluluskan, satu surat notifikasi akan menyatakan Amaun CashLite yang diluluskan, tempoh dan faedah yang dicajkan.
Pembayaran 15. Apabila permohonan Pemegang Kad diluluskan (di mana CIMB boleh meluluskan keseluruhan atau sebahagian untuk amaun rendah di bawah Klausa 4 di sini), Bank CIMB akan mengkreditkan Amaun CashLite yang telah diluluskan dalam denominasi Ringgit Malaysia ke satu akaun bank Malaysia yang dibuka oleh Pemegang Kad seperti yang dispesifikasikan di dalam permohonan Pemegang Kad yang diperolehi. Akaun yang diberikan tidak boleh akaun nama bersama. 16. Untuk pengkreditan Amaun CashLite yang telah diluluskan ke akaun bank lain Pemegang Kad, kos IBG RM2 dan GST yang kena dibayar ke atas IBG (jika berkenaan) setiap transaksi akan dibayar oleh Pemegang Kad. Bank CIMB menyimpan haknya untuk mencajkan RM2 untuk setiap IBG seterusnya disebabkan butiran IBG yang tidak sah dan/atau tidak tepat yang diberikan oleh Pemegang Kad. Caj-caj IBG akan dicajkan ke akaun CashLite Pemegang Kad. Amaun CashLite yang diluluskan akan dikreditkan ke akaun Simpanan/Semasa Bank CIMB Pemegang Kad atau ke akaun bank Pemegang Kad yang lain dalam tempoh masa 7 hari bekerja dari hari permohonan diterima. Tiada Mata Bonus atau Rebat Tunai 17. Transaksi yang dikaitkan dengan Program ini adalah tidak layak untuk apa-apa Mata Bonus atau rebat tunai. Peristiwa Keingkaran
_____________________________________________________________________________________________ Mukasurat | 4
18. Sekiranya Pemegang Kad gagal untuk membayar Pembayaran Balik untuk 3 bulan berturut-turut tidak kira samada peristiwa keingkaran telah berlaku, Bank CIMB berhak atas budi bicara mutlaknya pada bila-bila masa dengan notis terlebih dahulu kepada Pemegang Kad, membatalkan Program yang disediakan kepada Pemegang Kad, di mana kesemua wang yang perlu dibayar dan masih terhutang di bawah kemudahan CashLite Pemegang Kad yang merangkumi jumlah tertunggak ansuran bulanan CashLite dan jumlah prinsipal CashLite yang belum dibilkan bersama-sama dengan caj kewangan dan faedah yang dikenakan dan baki kesemua wang yang perlu dibayar dan masih terhutang di bawah akaun CashLite Pemegang Kad adalah terhutang dan harus dibayar serta-merta, di mana Bank CIMB berhak untuk menuntut sepenuhnya dari Pemegang Kad. Bank CIMB berhak untuk menggunakan haknya di bawah Perjanjian Kad. Permohonan melalui Panggilan Telefon 19. Persetujuan Pemegang Kad yang diperolehi melalui panggilan telefon adalah dianggap bukti konklusif arahan Pemegang Kad untuk memohon Program dan menerima Amaun CashLite yang diluluskan atas terma-terma dan syarat-syarat ini dan terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian Kad. Hak untuk meminda, undang-undang Malaysia & Perjanjian Kad 20. Bank CIMB menyimpan haknya atas budi bicara tunggal dan mutlaknya untuk mengubah, meminda, memotong atau menambahkan mana-mana terma dan syarat di dalam ini pada bilabila masa dengan memberikan Pemegang Kad notis terdahulu dua puluh satu (21) hari dan terma-terma dan syarat-syarat yang telah dipinda akan menjadi sah pada tarikh tersebut di mana Bank CIMB boleh tentukan dan nyatakan di dalam notis. 21. Terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini adalah tertakluk kepada dan ditafsir menurut undangundang Malaysia. 22. Terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini adalah tambahan kepada dan tanpa prejudis kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan pada Perjanjian Kad. Sekiranya terdapat percanggahan di antara terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini dan terma-terma dan syaratsyarat di dalam Perjanjian Kad berkenaan Program, terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini akan mengatasi dan menjadi konklusif. 23. Bank CIMB tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa keingkaran berkenaan dengan Program ini disebabkan apa-apa bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, sekat masuk, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, kemarau, rebut, kegagalan teknikal atau sistem atau sebarang peristiwa di luar kawalan munasabah Bank CIMB. 24. Untuk sebarang bantuan, Pemegang Kad boleh menghubungi Bank CIMB melalui: Pusat Kad Bank CIMB Alamat: Level 2, Menara SBB 83, Medan Setia 1, Plaza Damansara, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur _____________________________________________________________________________________________ Mukasurat | 5
Tel: Faks: Emel:
03-6204 7788 03-2381 7198/ 2095 3690
[email protected]
25. Untuk bantuan dan pembelaan, Pemegang Kad boleh menghubungi di bawah: No 1
2
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Alamat: Tingkat 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur. Tel: 1-800-88-2575 Emel:
[email protected],my Bank Negara Malaysia LINK or TELELINK Alamat: Block D, Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur Tel: 1-300-88-5465 Faks: 03-21741515
Klausa Privasi 26. Pemegang Kad dengan ini mengesahkan bahawa Pemegang Kad telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi Kumpulan Syarikat Bank CIMB (yang boleh didapati di www.cimbbank.com.my atau www.cimbislamic.com) dan klausa-klausa di dalam ini, yang berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadi Pemegang Kad. Bagi mengelakkan keraguan, Pemegang Kad bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut hendaklah disifatkan sebagai terkandung di dalam terma-terma dan syarat-syarat. 27. Sekiranya Pemegang Kad memberikan maklumat peribadi dan kewangan yang berkaitan dengan pihak ketiga, termasuk maklumat yang berkaitan dengan waris seterusnya dan tanggungan (di mana Pemegang Kad seorang individu) atau maklumat yang berhubungan dengan pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin individu dan pemberi jaminan Pemegang Kad (di mana Pemegang Kad sebuah perbadanan), untuk tujuan membuka atau mengendalikan akaun / kemudahan Pemegang Kad dengan pihak Bank atau sebaliknya melanggan produk dan perkhidmatan Bank CIMB, Pemegang Kad (a) mengesahkan bahawa Pemegang Kad telah mendapatkan persetujuan mereka atau sebaliknya berhak untuk memberikan maklumat ini kepada Bank CIMB dan untuk Bank CIMB menggunakannya mengikut terma-terma dan syaratsyarat ini; (b) bersetuju untuk memastikan bahawa maklumat peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut adalah tepat; (c) bersetuju untuk memberi kemas kini secara bertulis sekiranya ada apaapa perubahan yang material kepada maklumat peribadi dan kewangan tersebut; dan (d) bersetuju akan hak Bank CIMB untuk menamatkan terma-terma dan syarat-syarat ini, sekiranya persetujuan dari mana-mana pihak ketiga tersebut ditarik balik. 28. Di mana Pemegang Kad mengarahkan Bank CIMB untuk melaksanakan sebarang bentuk transaksi rentas sempadan (termasuk untuk membuat atau menerima pembayaran), butiran yang berkenaan dengan transaksi merentas sempadan tersebut (termasuk maklumat yang berkaitan dengan sesiapa yang terlibat di dalam urusniaga tersebut) boleh diterima dari atau dihantar ke luar negara, di mana ia mungkin boleh diakses (sama ada secara langsung atau tidak langsung) oleh pengawal selia dan pihak berkuasa luar negara berkaitan dengan kewajipannya yang sah (contohnya, pencegahan jenayah). Dalam mengarahkan Bank CIMB dan/atau ejen-ejen Bank CIMB untuk memasuki apa-apa transaksi rentas sempadan bagi pihak Pemegang Kad, _____________________________________________________________________________________________ Mukasurat | 6
Pemegang Kad bersetuju akan pendedahan tersebut di atas bagi pihak diri sendiri dan orang lain yang terlibat dalam urus niaga rentas sempadan tersebut. 29. Bank CIMB mungkin menggunakan agensi pelaporan / rujukan kredit untuk membantu membuat keputusan, contohnya apabila Bank CIMB perlu (a) memeriksa butiran mengenai permohonan kredit, berkaitan dengan kredit atau permohonan kemudahan lain; (b) menguruskan akaun atau kemudahan kredit atau berkaitan dengan kredit, termasuk menjalankan semakan portfolioportfolio Pemegang Kad; dan/atau mendapatkan semula hutang. Pemegang Kad akan dihubungkan oleh agensi pelaporan/rujukan kredit kepada mana-mana nama lain yang Pemegang Kad gunakan atau telah gunakan, dan mana-mana pemohon bersama dan berasingan. Bank CIMB juga boleh berkongsi maklumat tentang Pemegang Kad dan bagaimana Pemegang Kad menguruskan akaun/kemudahan Pemegang Kad dengan agensi-agensi laporan/rujukan kredit yang berkenaan. 30. Selepas Pemegang Kad memberi maklumat Pemegang Kad kepada Bank CIMB, Pemegang Kad masih mempunyai pilihan untuk menarik balik kebenaran yang diberikan sebelum ini. Dalam keadaan itu, Bank CIMB mempunyai hak untuk tidak memberi atau memberhentikan penyediaan mana-mana produk, perkhidmatan, akaun dan/atau kemudahan yang berhubung dengan maklumat tersebut. 31. Bank CIMB menyimpan hak untuk meminda Klausa Privasi (iaitu Klausa 26 sehingga 33 di sini) dari masa ke semasa mengikut budi bicara mutlak Bank CIMB dan akan memberi notis terdahulu secara bertulis kepada Pemegang Kad dan meletakkan pindaan tersebut di dalam laman web dan/atau meletak notis-notis di dewan perbankan atau di tempat-tempat yang bersesuaian di dalam cawangan-cawangan Bank CIMB. 32. Untuk tujuan Klausa Privasi ini, Kumpulan CIMB terdiri daripada CIMB Group Holdings Berhad dan semua syarikat yang berkaitan dengannya sebagaimana yang ditakrifkan di dalam Seksyen 6, Akta Syarikat 1965 yang menyediakan perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan lain yang dikawal selia, yang tidak termasuk syarikat, cawangan, pejabat dan bentuk kehadiran lain yang beroperasi di luar Malaysia, dan penggunaan perkataan “Bank CIMB” hendaklah dibaca sebagai merujuk kepada Kumpulan CIMB. 33. Klausa ini adalah tanpa prejudis kepada klausa-klausa lain di dalam terma-terma dan syaratsyarat ini yang berkaitan dengan pendedahan maklumat. Terma-Terma dan Syarat-syarat Bahasa Malaysia 34. Sekiranya berlaku sebarang percanggahan, konflik, kesamaran atau percanggahan di antara teks Bahasa Inggeris atau versi Bahasa Malaysia Terma-terma dan Syarat-syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. Walau apa pun yang dinyatakan di atas di mana permintaan dibuat oleh Pemegang Kad untuk versi Bahasa Malaysia terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini Bank hendaklah memberikannya dan membenarkan Pemegang Kad untuk melengkapkan borang-borang berkenaan dalam Bahasa Malaysia dan apa-apa bentuk dalam Bahasa Malaysia lengkap dan ditandatangani hendaklah menjadi asas kontrak di antara Bank dan Pemegang Kad.
_____________________________________________________________________________________________ Mukasurat | 7