CIMB Auto Finance – Promosi untuk Kenderaan Asing Baharu Terma-terma dan Syarat-syarat Promosi 1.
2.
“CIMB Auto Finance – Promosi untuk Kenderaan Asing Baharu”(“Promosi”) dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (“CIMB Bank”) dan akan berlangsung dari 1hbApril 2017 hingga 31hb May 2017, termasuk kedua-dua tarikh tersebut (“Tempoh Promosi”). Promosi ini dianjurkan bersama-sama dengan “CIMB Auto Finance - Promosi untuk Kenderaan Asing Baharu”yang dianjurkan oleh CIMB Islamic Bank Berhad (“CIMB Islamic Bank”). Dengan menganjurkan Promosi bersama-sama dengan CIMB Islamic Bank, Ganjaran di bawah Promosi ini akan diambil daripada himpunan Ganjaran yang sama yang disediakan untuk Promosi yang dianjurkan oleh CIMB Islamic Bank.Sebanyak empat ratus dan tujuh puluh (470) Ganjaran akan disediakan dalam himpunan Ganjaran untuk kedua-dua Promosi CIMB Auto Finance untuk Kenderaan Asing Baharu yang dianjurkan oleh CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank. CIMB Bank berhak mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Promosi dengan memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari kalendar.
Kelayakan 3.
Promosi ini terbuka kepada pelanggan individu CIMB Bank yang memenuhi salah satu kriteria berikut:i.
Mempunyai Aset Dalam Pengurusan (‘Asset Under Management’) (AUM) sebanyak sekurang-kurangnya RM50,000 dengan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank; atau
ii. Mempunyai status Preferred/ Private Wealth/ Private Banking dengan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank; atau iii. Mempunyai apa-apa pinjaman / pembiayaan dengan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank; atau iv. Mempunyai Akaun Simpanan CIMB Bank atau Akaun Simpanan-i CIMB Islamic Bank dengan tag CAW (Customer@Work) – merujuk kepada pelanggan individu yang mempunyai akaun gaji dengan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank (Dirujuk secara kolektif sebagai “Pelanggan Layak”) 4.
Individu/entiti berikut TIDAK layak menyertai Promosi ini:i. Kakitangan atau pekerja tetap, kontrak dan/atau sementara CIMB Bank (termasuk anak-anak syarikatnya dan syarikat-syarikat berkaitannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu suami/isteri, anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik). ii. Keempunyaan Tunggal, Perkongsian, Organisasi/Pertubuhan Amal/Bukan Untung, Pelanggan Korporat dan Perdagangan, Syarikat Disenarai Awam, Syarikat Sendirian Berhad, Kelab, Persatuan dan Koperasi. 1
Kriteria Kelayakan 5.
Untuk menyertai Promosi ini, Pelanggan Layak hendaklah berjaya memohon pembiayaan Sewa Beli dengan jumlah minimum sebanyak RM120,000 daripada CIMB Bankuntuk pembelian mana-mana kenderaan baharu daripada pengedar Honda, Toyota, Mazda, BMW, Lexus dan Mercedes Benz dalam panel CIMB Bank (“Pengedar”) (“Kenderaan Asing Baharu”) dalam Tempoh Promosi.
6.
Untuk mengelakkan keraguan, Pelanggan Layak yang memohon pembiayaan Sewa Beli di bawah Promosi ini adalah tertakluk kepada dan hendaklah mematuhi terma-terma pembiayaan semasa, penilaian kredit dan dasar dan proses perniagaan semasa CIMB Bank. Hanya Pelanggan Layak dengan pembiayaan Sewa Beli yang diluluskan dan yang pembiayaan Sewa Belinya berjaya dilepaskan berhak menerima Ganjaran (yang ditakrifkan di dalam ini) di bawah Promosi ini.
Ganjaran 7.
Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini, Pelanggan Layak yang memenuhi Kriteria Penyertaan yang dirujuk dalam Klausa 5 dan 6(“Pelanggan Layak Yang Diluluskan”)layak menerima satu unit Beg Troli Valentino Creations 20” (“Ganjaran”)untuk setiap pembiayaan Sewa Beli yang diluluskan dan berjaya dilepaskan.
8.
Ganjaran: i.
disediakan atas dasar “siapa cepat dia dapat”;
ii. disediakan atas dasar “sementara stok masih ada”; iii. tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau kredit atau dalam bentuk barang; dan iv. tidak termasuk sebarang aksesori atau barang yang dipaparkan dalam bahan pemasaran dan/atau promosi yang ditunjukkan dalam risalah atau laman web CIMB Bank, yang hanyalah bagi tujuan ilustrasi. 9.
Setiap Pelanggan Layak Yang Diluluskan berhak menerima lebih daripada satu Ganjaran berdasarkan bilangan pembiayaan Sewa Beli yang diluluskan dan berjaya dilepaskan.
10.
Ganjaran yang berhak diterima oleh Pelanggan Layak Yang Diluluskan di bawah Promosi ini akan dihantar ke alamat surat menyurat Pelanggan Layak Yang Diluluskan yang disimpan dalam rekod CIMB Bank dalam masa lapan (8) minggu (“Tarikh Penghantaran”)selepas pelepasan penuh pembiayaan Sewa Beli. Apa-apa Ganjaran yang tidak dapat dihantar dan masih tidak dituntut oleh Pelanggan Layak Yang Diluluskan selepas tiga (3) bulan dari Tarikh Penghantaran akan ditarik balik. CIMB Bank tidak akan dipertanggungjawabkan atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami oleh Pelanggan Layak Yang Diluluskan kerana penarikan balik tersebut.
2
Terma-terma dan Syarat-syarat Am 11.
Dengan menyertai Promosi ini, Pelanggan Layak dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam ini dan sebarang keputusan oleh CIMB Bank berkenaan dengan setiap aspek Promosiadalah muktamad, mengikat dan konklusif dengan syarat sentiasa bahawa keputusan dibuat dengan adil dan munasabah.
12.
CIMB Bank mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk menyingkirkan dan/atau menolak mana-mana Pelanggan Layak yang ditentukan atau disyaki dengan munasabah telah mengganggu proses atau operasi Promosi ini, atau bertindak melanggar Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam ini.
13.
CIMB Bank tidak menjamin bahawa Promosi ini tidak akan mengalami gangguan dan/atau kesilapan. Dengan menyertai Promosi ini, Pelanggan Layak dengan ini mengakui dan bersetuju secara tak boleh batal bahawa CIMB tidak akan dalam apa cara jua bertanggungjawab terhadap kerosakan teknikal tidak kira jenisnya, apa jua gangguan, penggendalaan dan/atau kesilapan elektronik yang berbangkit daripada Promosi ini kecuali berbangkit daripada dan disebabkan secara langsung oleh kecuaian melampau atau keingkaran yang disengajakan oleh CIMB.
14. CIMB Bank berhak menggantung, melanjutkan atau memendekkan tempoh dan/atau menamatkan Promosi ini dengan memberikan notis selama empat belas (14) hari kalendar kepada Pelanggan Layak. Untuk mengelakkan keraguan, apa-apa pembatalan, penamatan atau penggantungan Promosi ini oleh CIMB Bank tidak akan memberikan hak kepada Pelanggan Layak atau mana-mana orang lain untuk membuat sebarang tuntutan atau menuntut sebarang pampasan terhadap CIMB Bank atas sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung atau dialami yang diakibatkan secara langsung atau tidak langsung oleh tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan. 15. CIMB Bank berhak menurut budi bicara mutlaknya memodifikasi, mengubah, memotong atau menambah mana-mana Terma dan Syarat di dalam ini atau manamana bahagian daripadanya (“Pindaan”) dengan memberikan makluman terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Pelanggan Layak. Makluman tentang Pindaan kepada Pelanggan Layak akan dilakukan menurut budi bicara mutlak CIMB Bank melalui mana-mana satu cara komunikasi berikut, iaitu melalui pos biasa ke alamat Pelanggan Layak yang terakhir diketahui atau dengan memaparkan notis tentang Pindaan di setiap cawangan CIMB Bank dan peruntukan terperinci mengenai Pindaan boleh dibentangkan di dalam notis itu sendiri atau boleh diberikan kepada Pelanggan Layak apabila diminta atau dengan menyiarkan iklan tentang Pindaan dalam satu akhbar pilihan CIMB Bank, atau melalui laman web CIMB Bank atau melalui mel elektronik atau melalui perkhidmatan pesanan ringkas kepada nombor mudah alih Pelanggan Layak yang disimpan dalam rekod CIMB Bank atau melalui sebarang cara notis lain yang boleh dipilih oleh CIMB Bank dan Pindaan akan dianggap mengikat Pelanggan Layak dari tarikh makluman Pindaan atau dari sebarang tarikh lain yang boleh ditetapkan oleh CIMB Bank dalam makluman. 3
16. CIMB Bank tidak akan walau bagaimanapun jua bertanggungjawab atas apa-apa kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, gantirugi langsung atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas yang ditanggung oleh mana-mana pihak (termasuk pihak ketiga)yang walau bagaimanapun jua berbangkit, berhubung dengan tindakan menyertai atau tidak menyertai Promosi ini melainkan jika disebabkan oleh kecuaian melampau atau keingkaran yang disengajakan oleh CIMB Bank. 17. Dengan menyertai Promosi ini, Pelanggan Layak bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan CIMB Bank dan ahli gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan agen mereka masing-masing untuk dan terhadap sebarang tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang ditanggung oleh CIMB Bank dan ahli gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan agen mereka masing-masing berhubung dengan penyertaan Pelanggan Layak dalam Promosi ini. 18.
CIMB Bank hanyalah pembiaya bagi pembelian Kenderaan Asing Baharu oleh Pelanggan Layak yang diedarkan oleh Pengedar dan tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan dalam apa jua cara terhadap apa jua perkara atau tuntutan berbangkit daripada Kenderaan Asing Baharu.Kenderaan Asing Baharu bukan produk CIMB Bank dan oleh itu bukan obligasi di pihak CIMB Bank dan tidak dijamin oleh CIMB Bank.CIMB Bankdengan nyata mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, jaminan, atau pengindorsan, nyata atau tersirat, bertulis atau lisan, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan mengenai mutu, kebolehdagangan atau kesesuaian Kenderaan Asing Baharu yang dibeli daripada Pengedar bagi sebarang tujuan khas.
19. Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam ini sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa hendaklah mengatasi sebarang peruntukan atau representasi yang terkandung dalam apa-apa bahan promosi lain yang mengiklankan Promosi ini. 20. CIMB Bank tidak akan menanggung sebarang tanggungjawab untuk Ganjaran yang ditawarkan di bawah Promosi ini. Ganjaran ditawarkan dan/atau disediakan sematamata oleh vendor dan penyedia yang berkenaan, selaras dengan sebarang terma dan syarat yang ditentukan oleh vendor dan penyedia tersebut. 21. CIMB Bank tidak akan melayan sebarang aduan pun jua berkaitan dengan Ganjaran. Ganjaran tidak diperakui oleh CIMB Bank dan kemasukan apa-apa Ganjaran dalam Promosi ini tidak boleh dalam apa cara jua ditafsirkan sebagai sokongan atau syor terhadap Ganjaran tersebut oleh CIMB Bank. Jika mana-mana Pelanggan Layak tidak berpuas hati dengan apa-apa Ganjaran, Pelanggan Layak tersebut hendaklah membawa perkara ini secara terus kepada vendor/penyedia yang berkenaan. Setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang, CIMB Bank dengan nyata mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, jaminan, atau pengindorsan, nyata atau tersirat, bertulis atau lisan, bagi semua Ganjaran yang ditawarkan di bawah Promosi ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan mengenai 4
mutu, kebolehdagangan, kesesuaian bagi sebarang tujuan khas, kesihatan dan keselamatan. Semua risiko, kerugian, kerosakan dan/atau kecederaan berkaitan dengan penggunaan Ganjaran hendaklah ditanggung oleh Pelanggan Layak.
22.
CIMB Bank tidak menanggung sebarang tanggungjawab atas sebarang implikasi cukai, cukai barangan dan perkhidmatan, kos sampingan dan/atau sebarang caj lain dan/atau kerosakan yang diakibatkan oleh mana-mana Ganjaran dan/atau sekiranya manamana agen/pengedarnya tidak memenuhi obligasi mereka. Sebarang obligasi pemfailan cukai atau sebarang pembayaran cukai yang kena dibayar kepada manamana pihak berkuasa atau sebarang kos sampingan dan/atau sebarang caj lain yang mungkin berbangkit akibat penerimaan Ganjaran kekal sebagai tanggungjawab tunggal Pelanggan Layak. Setiap Pelanggan Layak bertanggungjawab mendapatkan nasihat bebas tentang kemungkinan implikasi cukaidi bawah Promosi ini.
23.
Terma-terma dan Syarat-syarat ini (sebagaimana mungkin dipinda dari semasa ke semasa selaras dengan Klausa 17) hendaklah dibaca bersama-sama dengan Termaterma dan Syarat-syarat semasa yang mengawal akaun sewa beli Pelanggan Layak dengan CIMB Bank. Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam ini akan mengatasi apaapa peruntukan atau representasi yang terkandung dalam apa-apa bahan pengiklanan dan/atau promosi lain berkaitan dengan Promosi.
24.
Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten, konflik, kesamaran atau percanggahan antara versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris atau bahasa lain, versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, jika permintaan dibuat oleh Pelanggan Layak dan dicatat dan diakui oleh CIMB Bank dalam rekodnya bahawa versi terma-terma dan syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengawal operasi Perjanjian Sewa Beli, maka versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi yang lain.
25.
Untuk maklum balas dan/atau aduan berkaitan dengan Promosi ini, Pelanggan Layak boleh menghubungi ‘Customer Resolution Unit’ CIMB Bank di alamat, nombor telefon dan nombor faks berikut (atau di mana-mana alamat, nombor telefon dan nombor faks lain yang boleh diubah oleh CIMB Bank dengan memaklumkan Pelanggan Layak): Customer Resolution Unit Aras 19, MenaraBumiputra-Commerce 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tel: 60362047788/ Faks: 603 26913248/ e-mel:
[email protected]
5