PERATURAN PENGGUNAAN DAN PEMINJAMAN KENDERAAN UMT 1.0
Pendahuluan Peraturan penggunaan dan peminjaman kenderaan yang disediakan ini adalah bertujuan untuk memberikan panduan kepada semua warga UMT yang meliputi staf dan pelajar mengenai tatacara yang perlu dipatuhi di dalam menggunakan kenderaan-kenderaan
universiti.
Peraturan
ini
hendaklah
dipatuhi
dan
digunapakai pada tarikh ianya diluluskan. 2.0
Tafsiran
Ketua PTJ – Ketua Pusat Tanggungjawab yang ada di dalam UMT Pemohon /pegawai – staf/kakitangan yang sedang berkhidmat di UMT Pemohon / pelajar – pelajar yang sedang mengikuti pengajian di UMT meliputi pelajar pra-siswazah dan pasca siswazah
Pegawai Meluluskan – pegawai Bahagian Pengurusan Kenderaan yang diberikan kuasa untuk meluluskan penggunaan/peminjaman kenderaan
Pemandu – pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk memandu kenderaan UMT / dibenarkan membawa kenderaan oleh Ketua PTJ 3.0
Jenis Kenderaan Jenis kenderaan yang disediakan adalah bas, van, kereta, pacuan 4 roda dan kenderaan pelbagai guna (MPV).
4.0
Penggunaan Kenderaan Penggunaan kenderaan dikategorikan kepada urusan rasmi dan tidak rasmi.
1
4.1
Urusan Rasmi. Ia merangkumi urusan berikut: 4.1.1 Pengajaran 4.1.2 Penyelidikan 4.1.3 Pengembangan 4.1.4 Perundingan 4.1.5 Pentadbiran 4.1.6 KoKurikulum
4.2.
Urusan Tidak Rasmi. Ia merujuk kepada selain daripada urusan rasmi di atas.
5.0
Permohonan/Kelayakan 5.1
Semua pegawai/pelajar adalah layak untuk memohon menggunakan kenderaan UMT.
5.2
Permohonan bagi tujuan tugas rasmi dan menggunakan vot PTJ hendaklah mendapat kelulusan Ketua PTJ.
5.3
Permohonan bagi tujuan tidak rasmi, pemohon perlu menanggung kadar sewaan seperti mana yang telah ditetapkan.
5.4
Bagi permohonan oleh pelajar untuk aktiviti akademik ia perlu mendapat sokongan Ketua PTJ/Ketua Jabatan/Ketua Projek.
2
6.0
Tatacara dan Tempoh Permohonan 6.1
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang disediakan. Permohonan secara lisan / melalui telefon tidak akan diambilkira.
6.2
permohonan perlu dikemukakan seawal-awalnya 2 bulan dan selewatlewatnya 7 hari sebelum program/aktiviti.
6.3
Setiap perjalanan yang melibatkan pelajar mestilah diiringi oleh pegawai pengiring.
6.4
Sebarang perubahan
masa hendaklah
dimaklumkan kepada pihak
Bahagian Pengurusan Kenderaan. Tempahan dikira terbatal dengan sendirinya apabila pengguna tidak menghadirkan diri di tempat menunggu dalam masa tiga puluh (30) minit selepas masa tempahan yang telah ditetapkan. Kos yang timbul akibat pembatalan akan dituntut daripada pemohon. 7.0
Pertimbangan Kelulusan Kelulusan untuk permohonan penggunaan kenderaan universiti pada prinsipnya dibuat berdasarkan permohonan yang terdahulu diterima (first come first serve). Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku pertembungan permohonan, kelulusan akan dibuat berdasarkan keutamaan penggunaan.
8.0
Pegawai Meluluskan Pegawai di Bahagian Pengurusan Kenderaan, Pejabat Pendaftar.
9.0
Tempat Mengambil/Menurunkan Penumpang. Tempat mengambil/menurunkan penumpang hanya dipusatkan di UMT sahaja.
10.0 Hak Pembatalan Kelulusan Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Pegawai Meluluskan berhak pada bila-bila masa membatalkan tempahan. 3
11.0 Tanggungjawab Pengguna 11.1
Pengguna adalah bertanggungjawab untuk memastikan kenderaan hanya digunakan untuk tujuan yang diluluskan sahaja.
11.2
Pengguna hendaklah memastikan bahawa kenderaan sentiasa berada di dalam keadaan bersih sepanjang penggunaan.
11.3
Pengguna tidak dibenarkan membawa sebarang jenis peralatan dan bahan-bahan yang merbahaya dan terlarang. Keselamatan penumpang dan kenderaan hendaklah sentiasa diutamakan.
11.4
Pengguna / PTJ pemohon hendaklah mendahulukan wang untuk bayaran tol, bayaran tempat meletak kenderaan dan lain-lain bayaran yang berkaitan. Bahagian Pengurusan Kenderaan (BPK) yang meluluskan kenderaan
dan
pemandu
pada
masa
berkenaan
adalah
tidak
bertanggungjawab untuk menyediakan bayaran-bayaran ini. 11.5
Pengguna tidak dibenarkan membawa penumpang melebihi daripada jumlah yang telah dinyatakan di dalam borang permohonan dan mematuhi jumlah maksimum penumpang sesebuah kenderaan.
12.0 Peminjaman Kenderaan Tanpa Pemandu 12.1
Dalam keadaan-keadaan tertentu peminjaman tanpa pemandu boleh dipertimbangkan.
Pengguna
hendaklah
mengambil
peranan
dan
tanggungjawab sebagai pemandu kenderaan tersebut. Pengguna juga hendaklah memiliki lesen memandu yang bersesuaian dengan kenderaan yang hendak dibawa. 13.0 Klasifikasi Pengguna dan Kadar Bayaran 13.1
Penguna-penguna bas UMT boleh diklasifikasikan seperti berikut:13.1.1 Pengguna Tidak Dikenakan Bayaran a)
Program Rasmi
–
seperti mewakili UMT di dalam
seminar/pameran/sukan (pelajar/staf) yang disokong oleh TNC HEPA/Ketua PTJ dan diluluskan oleh Pendaftar. 4
b)
Program Pengajaran – seperti aktiviti amali, lawatan Kilang Industri yang disokong oleh Ketua PTJ dan diluluskan oleh Pendaftar.
c)
Program Kelab Pelajar – yang disokong oleh TNC HEPA dan diluluskan oleh Pendaftar.
d)
Program Kelab Kakitangan – yang disokong oleh Naib Canselor dan diluluskan oleh Pendaftar.
13.1.2 Pengguna Dikenakan Bayaran a)
Program Penyelidikan Jangka Pendek/Panjang
b)
Program Bukan Pengajaran/tidak rasmi
c)
Program yang tiada kertas kerja.
d)
Permohonan oleh agensi luar.
Bayaran tol dan parking adalah tanggungjawab pengguna. 13.2
Kadar Bayaran Sewaan Kenderaan Kadar bayaran yang dikenakan kepada pengguna adalah tertakluk kepada peraturan yang diluluskan dari semasa ke semasa. (sila rujuk Lampiran
1) 14.0 Pengendalian Kenderaan Universiti 14.1 Penggunaan
dan
pengendalian
kenderaan
universiti
hendaklah
berpandukan Garis Panduan Pengendalian Kenderaan Universiti Malaysia Terengganu. 15.0 Penutup 15.1 Peraturan ini hendaklah digunapakai sepenuhnya oleh semua PTJ agar proses penggunaan dan peminjaman kenderaan dapat diperkemaskan, berjalan lancar serta memenuhi keperluan semua pihak.
5