POLISI PENGURUSAN TENAGA UMT
Perisytiharan Komitmen
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) komited untuk melaksanakan aktivitiaktiviti kecekapan tenaga dan pemuliharaannya di seluruh kampus melalui penerapan budaya berhemah di dalam penggunaan tenaga serta pengaplikasian teknologi terkini untuk mewujudkan persekitaran kampus yang kondusif dan lestari
bagi
aktiviti
pengajaran
dan
pembelajaran,
penyelidikan,
serta
pembangunan intelektual.
Kenyataan Dasar
Polisi Pengurusan Tenaga UMT ini adalah untuk mengurus penggunaan tenaga secara efisien melalui sistem pengurusan tenaga yang berterusan, berkesan dan menyeluruh untuk diterapkan kepada semua PTJ di dalam UMT. Proses dan prosedur kecekapan tenaga disokong oleh usaha kreatif dan inovatif warga kampus serta dipacu oleh teknologi terkini tanpa mengorbankan keselesaan dan keselamatan warga kampus. Pengurusan tenaga UMT akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Tenaga tanpa mengabaikan pematuhan terhadap Akta Bekalan Tenaga Elektrik 1990.
Objektif
i.
Sasaran Segera
a) Melaksanakan
latihan
dan
program
kesedaran
terhadap
pembentukan budaya pemuliharaan di dalam komuniti kampus UMT. 1
b) Mewujudkan
budaya
menguruskan tenaga
persaingan
sihat
dalam
usaha
untuk
secara berkesan oleh semua PTJ melalui
pemikiran kreatif dan penyelesaian inovatif.
c) Menyokong serta menguatkan prosedur pengurusan tenaga.
d) Melaksanakan langkah yang tepat bagi mengurangkan penggunaan tenaga
melalui
budaya
berhemah,
penyelenggaraan
secara
berkesan serta penggunaan peralatan atau kelengkapan elektrik yang jimat tenaga.
ii.
Sasaran Jangkamasa Panjang
a) Muncul sebagai salah sebuah universiti yang mengamalkan sistem pengurusan tenaga yang lestari.
b) Mewujudkan budaya penjimatan di kalangan komuniti kampus.
c) Mengurangkan pembebasan karbon dan pemanasan global melalui pengurusan tenaga yang cekap.
d) Mengurangkan kebergantungan kepada bahan bakar fosil.
e) Memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui.
f) Mendahului dalam agenda kelestarian tenaga dan mempromosikan amalan terbaik tempatan dan antarabangsa.
2
Tatacara Pengurusan Tenaga
1.
Penggunaan tenaga dengan cara yang paling cekap, ekonomi dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Ini akan memerlukan kawalan dan pengurusan rekabentuk bangunan dan sistem yang digunakan pada pemasangan. Setiap pengubahsuaian dan perluasan
bangunan
harus
mempertimbangkan
keperluan
untuk
bangunan tersebut dan sistem untuk beroperasi pada kecekapan tenaga yang optimum.
2.
Penerapan teknologi terkini serta amalan kecekapan tenaga di dalam setiap aspek operasi organisasi. Hal ini boleh dicapai melalui tinjauan secara berterusan terhadap perkembangan
teknologi
serta
amalan
kecekapan
tenaga
dan
melaksanakan amalan-amalan tersebut melalui operasi organisasi secara sistematik dan berstruktur.
3.
Mencari segala peluang pengurangan penggunaan tenaga secara berterusan. Hal ini boleh dicapai melalui pemantauan secara berterusan, menganalisa penggunaan tenaga serta menggalakkan kakitangan dan pelajar di semua peringkat untuk turut terlibat dan menyertai pengurusan kecekapan tenaga.
4.
Menguruskan kecekapan tenaga dengan mempertimbangkan keperluan
undang-undang
serta
kebolehpercayaan
operasi
sistem. Pengurusan kecekapan tenaga harus mempertimbangkan keperluan anggota dan sistem keselamatan serta kebolehpercayaan sistem tersebut. Amalan pengurusan kecekapan tenaga harus memenuhi keperluan undang-undang. 3
5.
Mengadakan
latihan
dan
maklumat
yang
relevan
untuk
kakitangan di dalam pengurusan kecekapan tenaga. Latihan dan maklumat yang relevan akan disediakan oleh pihak pengurusan kecekapan tenaga kepada warga kampus yang membolehkan penyertaan dan sumbangan secara efektif terhadap usaha organisasi di dalam pengurusan kecekapan tenaga.
6.
Menyumbang kepada usaha kerajaan untuk mengurangkan pembebasan gas berbahaya termasuk karbon dioksida. UMT memahami dan mengambil berat terhadap isu peningkatan pemanasan dunia dan penipisan bahan bakar fosil.
Kebimbangan
ini
akan tercermin di dalam semua aktiviti UMT. Warga haruslah peka bahawa kemerosotan perubahan iklim yang serius boleh mempengaruhi persekitaran dan generasi masa depan.
Usaha-usaha yang bertepatan
perlu diambil untuk menangani permasalahan tersebut. Setiap warga akan aktif menyertai usaha-usaha kearah kecekapan penggunaan tenaga.
Tanggungjawab
Jawatankuasa Pengurusan Tenaga UMT akan terdiri daripada pihak pengurusan PPH dan wakil-wakil daripada PTJ.
Jawatankuasa ini akan diketuai oleh
Pengarah PPH yang berperanan sebagai Pengerusi. Ahli jawatankuasa adalah terdiri daripada Ketua Bahagian Penyelenggaraan selaku Pengurus Tenaga UMT dan Penolong Pendaftar di setiap PTJ yang akan bertindak sebagai Pengurus Tenaga PTJ. Jawatankuasa ini bertanggungjawab sepenuhnya untuk merancang dan melaksanakan dasar kecekapan tenaga di UMT.
4
Kaedah Komunikasi
Pengurus Tenaga UMT akan menyediakan Laporan Pengurusan Tenaga yang mengandungi maklumat berkaitan segala kegiatan dan kemajuan pengurusan tenaga. Ia juga meliputi inisiatif pengurusan tenaga serta kawalan penggunaan tenaga di PTJ. Laporan ini akan disediakan setiap 3 bulan sekali kepada Jawatankuasa Pengurusan Tenaga UMT. Pencapaian sasaran pengurangan tenaga keseluruhan pula akan dilaporkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Tenaga UMT kepada Mesyuarat Pengurusan Universiti pada setiap 6 bulan sekali.
Sumber
Jawatankuasa Pengurusan Tenaga akan disokong dengan penggunaan peralatan audit serta peruntukan kewangan yang mencukupi.
Ulasan
Jawatankuasa Pengurusan Tenaga akan memantau aktiviti pengurusan tenaga secara berkala. Audit prestasi tahunan terhadap sistem pengurusan tenaga akan dilakukan. Amalan terbaik serta tindakan pembaikan yang berkesan akan diaplikasikan secara bersama oleh semua PTJ. Dasar tenaga UMT akan melalui proses penambahbaikan yang berterusan.
Tarikh Kuatkuasa
Polisi ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2012.
5