PESANAN BELIAN - TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT 1. DEFINISI 1.1 “PEMBELI” ertinya Indah Water Konsortium Sdn Bhd (No. Syarikat 211763-P); 1.2 “MENGHANTAR” ertinya, berkenaan dengan pembekalan, penyerahan PENGHANTARAN kepada wakil PEMBELI yang diberikuasa ke tempat yang ditetapkan di dalam PESANAN BELIAN dan berkenaan dengan PERKHIDMATAN, perlaksanaan PERKHIDMATAN yang sempurna dan memuaskan. “PENGHANTARAN” hendaklah ditafsirkan sewajarnya; 1.3 “PENGHANTARAN” ertinya pembekalan BARANGAN dan/atau perlaksanaan PERKHIDMATAN; 1.4 “TARIKH PENGHANTARAN” ertinya tarikh yang dijadualkan untuk PENGHANTARAN pembekalan BARANGAN dan/atau perlaksanaan PERKHIDMATAN yang memuaskan, mengikut mana yang berkenaan, yang ditetapkan di dalam PESANAN BELIAN atau seperti yang dinyatakan di dalam jadual implementasi yang dilampirkan; 1.5 “BARANGAN” ertinya produk-produk, bahan-bahan, peralatan, benda, item yang dinyatakan di dalam PESANAN BELIAN ini; 1.6 “PESANAN BELIAN” ertinya PESANAN BELIAN ini, Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini dan kesemua lampirannya (jika ada); 1.7 “PENJUAL” ertinya mana-mana orang atau entiti yang mana PESANAN BELIAN dialamatkan, yang bertanggungjawab untuk membekalkan PENGHANTARAN; 1.8 “PERKHIDMATAN” ertinya penyelenggaraan, pembinaan atau perkhidmatan atau kerja yang lain yang dinyatakan di dalam PESANAN BELIAN ini; dan 1.9 “TEMPOH WARANTI” ertinya tempoh dua belas (12) bulan sebaik sahaja berikutan penerimaan PENGHANTARAN yang diakuterima oleh PEMBELI secara bertulis atau tempoh yang lain sepertimana yang mungkin ditetapkan di dalam PESANAN BELIAN. 2. PENERIMAAN PERJANJIAN Akuan penerimaan PENJUAL akan PESANAN BELIAN ini atau permulaan PERKHIDMATAN atau pembekalan BARANGAN oleh PENJUAL, yang mana berlaku terlebih dahulu, merupakan penerimaan PESANAN BELIAN ini dan kesemua terma-terma dan syarat-syaratnya. PEMBELI dengan ini membantah kepada mana-mana terma-terma yang dicadangkan oleh PENJUAL di dalam penerimaan atau akuan penerimaan PENJUAL akan tawaran PEMBELI yang menambah kepada, mengubah daripada, atau bertentangan dengan terma-terma PESANAN BELIAN ini. Sebarang cadangan termaterma tersebut tidak akan berfungsi sebagai penolakan tawaran ini tetapi adalah disifatkan sebagai perubahan material, dan tawaran ini hendaklah disifatkan diterima oleh PENJUAL tanpa tambahan atau perbezaan terhadap terma-terma tersebut. Sekiranya PESANAN BELIAN ini disifatkan sebagai satu penerimaan tawaran terdahulu oleh PENJUAL, penerimaan sedemikian adalah secara nyata terhad kepada terma-terma yang terkandung di dalam PESANAN BELIAN ini.. 3. SPESIFIKASI PENGHANTARAN yang dihantar atau dilaksanakan oleh PENJUAL kepada PEMBELI hendaklah perlu benar-benar mematuhi spesifikasi PEMBELI dan/atau skop PERKHIDMATAN seperti dinyatakan di dalam PESANAN BELIAN dan/atau lampiran kepada PESANAN BELIAN. Di dalam ketiadaan spesifikasi tersebut dan di dalam kesemua kes selain daripada pembekalan PERKHIDMATAN, PENGHANTARAN hendaklah mematuhi spesifikasi semasa pengilang. PENGHANTARAN hendaklah bebas daripada sebarang kerosakan atau kecacatan, yang mana sekiranya gagal, PEMBELI boleh menolak mana-mana PENGHANTARAN tanpa sebarang apa jua tanggungan kepada PENJUAL atau PENJUAL hendaklah, di atas permintaan PEMBELI menggantikan, membaiki atau membetulkan sebarang pembekalan yang tidak mencukupi, item-item yang rosak atau item-item yang tidak memenuhi spesifikasi yang dinyatakan, atas kos PENJUAL sendiri. PESANAN BELIAN ini adalah tidak eksklusif dan tidak mengikat PEMBELI untuk membeli sebarang PENGHANTARAN pada kuantiti
1
minima. PENJUAL hendaklah perlu benar-benar mematuhi arahan wakil PEMBELI dalam apa jua perkara. 4. PENGHANTARAN PENJUAL bersetuju bahawa masa adalah intipati kepada perlaksanaan PESANAN BELIAN oleh PENJUAL dan PENJUAL hendaklah menghantar BARANGAN dan/atau melaksanakan PERKHIDMATAN secara pematuhan ketat terhadap TARIKH PENGHANTARAN atau jadual implementasi yang dilampirkan, mengikut mana yang berkenaan. Jika sebahagian bilangan yang diperuntukkan untuk PENGHANTARAN ditukar oleh sebab keusangan, penggantian atau sebab-sebab lain, PENJUAL hendaklah memaklumkan PEMBELI akan penukaran sedemikian sebelum PENGHANTARAN. PENJUAL hendaklah bertanggungjawab untuk membekalkan segala tenaga buruh, perkakas, peralatan dan bahan-bahan bagi melaksanakan PENGHANTARAN tanpa sebarang caj tambahan kepada PEMBELI. Kecuali dinyatakan sebaliknya, PENJUAL mestilah MENGHANTAR kuantiti penuh PENGHANTARAN atau melaksanakan kuantiti sepenuhnya PERKHIDMATAN pada tahap yang memuaskan PEMBELI, sebelum sebarang pembayaran menjadi perlu dibayar oleh PEMBELI. Sekiranya berlaku pembekalan separa PEMBELI mempunyai hak untuk menolak pembekalan separa tersebut dan PENJUAL hendaklah menanggung rugi dan melindungi PEMBELI daripada segala kos dan perbelanjaan yang mungkin ditanggung oleh PEMBELI termasuk tetapi tidak terhad kepada cukai, duti dan caj kargo dan gudang. 5. ARAHAN-ARAHAN PENGHANTARAN Terma-terma penghantaran dan arahan-arahan penghantaran adalah dinyatakan di dalam PESANAN BELIAN. 6. WARANTI PENJUAL hendaklah menyediakan segala tenaga buruh, bahan-bahan, perkakas, peralatan, kakitangan, pemantauan dan kemudahan yang perlu untuk menyediakan BARANGAN atau melaksanakan PERKHIDMATAN, dengan perlu benar-benar mematuhi terma-terma dan syarat-syarat disini dan sebarang jadual, spesifikasi, lukisan, buku arahan PEMBELI atau manual perkhidmatan dan dokumen-dokumen lain yang dilampirkan atau dirujuk disini secara khusus. PENJUAL secara nyata menjamin bahawa kesemua BARANGAN atau PERKHIDMATAN yang disediakan dibawah PESANAN BELIAN ini hendaklah boleh dijual, bebas dari kecacatan dari segi bahan-bahan dan kemahiran, berkualiti paling tinggi, dan hendaklah mematuhi segala spesifikasi yang terpakai dan piawaian industri yang sesuai. Jika PENJUAL tahu atau mempunyai sebab untuk mengetahui tujuan tertentu PEMBELI berniat untuk menggunakan BARANGAN atau PERKHIDMATAN, PENJUAL menjamin bahawa BARANGAN atau PERKHIDMATAN tersebut hendaklah sesuai untuk tujuan tertentu tersebut. PENJUAL selanjutnya menjamin bahawa BARANG adalah baru sepenuhnya dan mengandungi komponen-komponen dan bahagian-bahagian baru keseluruhannya. PENJUAL selanjutnya menjamin bahawa PERKHIDMATAN akan dilaksanakan oleh orang yang berkelayakan. PENJUAL selanjutnya menjamin bahawa ia mempunyai hak untuk memberikan dan dengan ini memberikan kepada PEMBELI lesen yang tidak eksklusif, kekal, bebas dari royalti untuk menggunakan PENGHANTARAN. Waranti-waranti ini akan terus hidup walaupun selepas pemeriksaan, penerimaan dan pembayaran. Jika sebarang kecacatan berlaku di dalam TEMPOH WARANTI, PENJUAL hendaklah, diatas kosnya sendiri membaiki atau menggantikan atau melaksanakan semula PENGHANTARAN yang mana sekiranya gagal PEMBELI boleh membaiki atau menggantikan atau melaksanakan semula PENGHANTARAN tersebut dan PENJUAL hendaklah membayar balik PEMBELI segala kos termasuk tetapi tidak terhad kepada kos pengangkutan dan pemasangan semula, cukai dan duti kastam yang ditanggung oleh PEMBELI. Waranti keatas PENGHANTARAN yang telah
2
diperbaiki, diganti atau dilaksanakan semula hendaklah berterusan untuk TEMPOH WARANTI dari tarikh pembaikan, penggantian atau perlaksanaan semula yang sempurna. PENJUAL hendaklah menanggung rugi dan melindungi PEMBELI bagi segala kerugian-kerugian yang timbul daripada sebarang kemungkiran waranti-waranti ini. Tambahan kepada waranti-waranti diatas, PENJUAL hendaklah memberikan segala waranti-waranti yang sama yang diterima daripada pembekalnya kepada PEMBELI. Kemungkiran waranti-waranti yang termaktub didalam peruntukkan ini, atau mana-mana terma lain di dalam PESANAN BELIAN ini, akan memberi hak kepada PEMBELI ke atas segala remedi-remedi yang sedia ada. PENJUAL selanjutnya secara nyata menjamin bahawa BARANGAN atau PERKHIDMATAN yang disediakan di bawah PESANAN BELIAN ini tidak akan melanggar hak harta intelektual mana-mana pihak. 7. PEMBAYARAN Kecuali dinyatakan sebaliknya di dalam PESANAN BELIAN, pembayaran hendaklah dibuat enam puluh (60) hari daripada tarikh penerimaan oleh PEMBELI invois asal yang betul yang mengandungi deskripsi butir-butir kesemua perbelanjaan, caj-caj, kos-kos, deskripsi dan dokumen-dokumen sokongan sesuai yang membuktikan penerimaan PENGHANTARAN oleh PEMBELI. Caj-caj untuk PERKHIDMATAN, peralatan/bahan-bahan, fee lesen dan royalti perisian, jika terpakai, hendaklah dibutirkan secara berasingan. Invois yang salah atau invois tanpa dokumen sokongan yang sesuai akan dipulangkan kepada PENJUAL oleh PEMBELI untuk dikeluarkan semula. Kesemua invois hendaklah diserahkan apabila PEMBELI menerima PENGHANTARAN di dalam keadaan sempurna di tempat penghantaran yang dinyatakan di dalam PESANAN BELIAN atau perlaksanaan PENGHANTARAN yang memuaskan, mengikut mana yang berkenaan, atau masa lain sepertimana yang dipersetujui diantara pihak-pihak dan dinyatakan di dalam PESANAN BELIAN. Jika hari ke-enam puluh (60) jatuh pada hari cuti umum yang digazetkan di Selangor dan Kuala Lumpur, dengan itu hari kerja berikutnya disifatkan sebagai tarikh patut dibayar. PEMBELI adalah berhak pada setiap masa untuk menahan atau menolak sebarang amaun tertunggak atau perlu dibayar kepada PENJUAL dibawah ini terhadap sebarang tuntutan atau caj yang PEMBELI mungkin ada terhadap PENJUAL dibawah PESANAN BELIAN ini atau sebarang kontrak lain yang mungkin PENJUAL telah masuki dengan PEMBELI. Bayaran adalah bukan, merupakan penerimaan atau kebenaran terhadap PENGHANTARAN atau penepian oleh PEMBELI ke atas sebarang hak. 8. HARGA Kecuali dinyatakan sebaliknya di dalam PESANAN BELIAN, harga hendaklah ditetapkan dan tiada kenaikan harga hendaklah dibenarkan dan harga adalah termasuk bagi kegunaan sebarang dan segala hak harta intelektual termasuk lesen pihak ketiga (jika ada) dan segala cukai, levi, duti dan caj fiskal, walau bagaimanapun ditetapkan, dikenakan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan kecuali bagi duti kastam dan cukai jualan yang dikenakan oleh pihak berkuasa di Malaysia. 9. CUKAI DAN DUTI PEMBELI mempunyai hak untuk menahan cukai terhadap pembayaran yang perlu dibayar kepada PENJUAL jika penahanan tersebut dikehendaki di bawah undang-undang. Pembayaran oleh PEMBELI kepada pihak berkuasa kerajaan yang berkenaan akan sejumlah wang yang ditahan akan melepaskan PEMBELI dari sebarang obligasi selanjutnya kepada PENJUAL berkenaan sebarang amaun yang ditahan tersebut. PENJUAL hendaklah tidak melupuskan atau sebaliknya mengendalikan PENGHANTARAN tersebut termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang skrap atau bahan-bahan yang telah rosak, tanpa
3
kebenaran bertulis PEMBELI terlebih dahulu sekiranya PENGHANTARAN adalah diimpot dibawah pengecualian duti kastam PEMBELI. 10. GANTIRUGI YANG DITETAPKAN DAN DIPASTIKAN (“LAD”) Tanpa prejudis terhadap hak-hak PEMBELI yang lain di dalam PESANAN BELIAN atau di bawah undang-undang, jika PENJUAL gagal untuk MENGHANTAR atau melaksanakan PENGHANTARAN pada TARIKH PENGHANTARAN, PENJUAL hendaklah membayar sebagai gantirugi yang ditetapkan dan dipastikan (“LAD”) dikira bermula dari TARIKH PENGHANTARAN sehingga masa PENGHANTARAN sebenar atau perlaksanaan kuantiti penuh PENGHANTARAN berdasarkan PESANAN BELIAN, pada kadar peratusan seperti dinyatakan di dalam PESANAN BELIAN atau jika tidak dinyatakan di dalam PESANAN BELIAN, pada kadar satu peratus (1%) sehari daripada nilai jumlah keseluruhan PESANAN BELIAN dengan syarat bahawa jumlah LAD yang ditetapkan tidak akan melebihi sepuluh peratus (10%) daripada nilai jumlah keseluruhan tersebut. 11. PERLANJUTAN MASA (“EOT”) Sekiranya PENJUAL lewat dalam menghantar BARANGAN atau melaksanakan PERKHIDMATAN atau jika sebarang perbuatan, kecuaian atau kehendak PEMBELI menyebabkan kelewatan di dalam penghantaran BARANGAN atau perlaksanaan PERKHIDMATAN yang diluar kawalan PENJUAL yang dengan ini secara adil boleh menjustifikasikan sesuatu EOT untuk perlaksanaan atau penghantaran tersebut, PENJUAL hendaklah dalam masa empat puluh lapan (48) jam daripada berlakunya kejadian tersebut, memberi PEMBELI notis bertulis akan niat untuk menuntut EOT dan tempoh EOT yang diperlukan bersama dengan segala butiran mengenai kejadian kelewatan tersebut untuk pertimbangan PEMBELI, yang mana pemberian EOT adalah di atas budi bicara mutlak PEMBELI.
12. TANGGUNG RUGI PENJUAL hendaklah menanggung rugi PEMBELI dan melindungi PEMBELI terhadap segala tuntutan, prosiding dan kausa tindakan yang diambil terhadap PEMBELI berkenaan dengan sebarang (a) kemungkiran Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini; (b) kerosakan atau kerugian yang timbul daripada tuntutan bahawa PEMBELI dengan mengunakan PENGHANTARAN melanggar hak harta intelektual mana-mana pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada, paten, hakcipta, rahsia perdagangan atau hak ketuanpunyaan pihak ketiga yang lain dan (c) kerosakan, kerugian (disebabkan oleh kecurian atau sebaliknya) kecederaan, termasuk kematian, terhadap mana-mana orang atau harta yang timbul daripada tindakan atau ketinggalan (sama ada kecuaian atau sebaliknya) PENJUAL, pekerjapekerjanya atau ejen-ejennya atau sub-kontraktornya kecuali jika kecederaan, kematian atau kerosakan harta atau kerugian adalah disebabkan oleh kecuaian PEMBELI semata-mata, PENJUAL hendaklah membayar bagi pihak PEMBELI, segala kos, kerugian, fee guaman dan perbelanjaan lain yang munasabah yang berkaitan dengan tindakan atau tuntutan tersebut. PENJUAL hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya dan hendaklah membetulkan sebarang kerosakan, kemusnahan atau kerugian (disebabkan oleh kecurian atau sebaliknya) sebarang harta PEMBELI atau pekerja-pekerjanya atau ejen-ejennya atau mana-mana orang lain di tempat tersebut disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh sebarang perbuatan atau ketinggalan (sama ada kecuaian atau sebaliknya) PENJUAL, penerima serah haknya dan sub-kontraktornya atau mana-mana orang yang diambil bekerja atau dilantik olehnya. Obligasi PENJUAL untuk menanggung rugi dan membetulkan menurut Klausa ini adalah berterusan dan berkekalan selepas penamatan PESANAN BELIAN ini. 13. PEMATUHAN UNDANG-UNDANG
4
PENJUAL hendaklah mematuhi dan memastikan pematuhan oleh pekerja-pekerjanya, ejen-ejennya, atau sub-kontraktornya akan prosedur kesihatan dan keselamatan PEMBELI dan segala undangundang terpakai termasuk sebarang kaedah, peraturan, ordinan, undang-undang kecil dan arahan mana-mana pihak berkuasa kerajaan dan hendaklah menanggung rugi dan melindungi PEMBELI daripada sebarang tuntutan, kerugian, saman dan penalti yang timbul daripada kegagalan PENJUAL untuk mematuhi undang-undang terpakai tersebut. Ini termasuk PENJUAL mendapatkan kesemua permit-permit atau lesen-lesen impot yang perlu apabila terpakai. 14. RASUAH DAN HADIAH KORUP PENJUAL dilarang untuk menawar atau memberi atau bersetuju untuk memberi kepada pekerja atau ejen PEMBELI sebarang pemberian atau balasan dalam apa-apa bentuk pun sebagai pendorong atau ganjaran untuk mendapatkan pertimbangan yang menyebelahinya untuk mendapatkan dan/atau dalam perlaksanaan PESANAN BELIAN ini, di mana pemberian, balasan atau tawaran itu akan disifatkan sebagai sogokan atau pemberian rasuah daripada PENJUAL kepada orang itu dan di dalam keadaan ini PEMBELI berhak menamatkan PESANAN BELIAN ini dengan serta-merta tanpa tanggungan terhadap PENJUAL dan tanpa prejudis kepada hak-hak dan remedi-remedi lain PEMBELI. Sekiranya pada bila-bila masa dari tarikh penerimaan tender, PENJUAL telah melakukan suatu perbuatan untuk mana ia kemudiannya ditangkap atau didakwa di atas kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, atau ketidakjujuran atau suatu kesalahan jenis yang sama di bawah sebarang undang-undang yang sedang berkuatkuasa, PEMBELI boleh dengan serta-merta menamatkan PESANAN BELIAN ini. Sebarang perbuatan atau percubaan untuk secara korup menawarkan atau memberikan, mendapatkan atau menerima sebarang pemberian atau pembalasan kepada dan daripada sesiapa yang berkaitan dengan pemerolehan ini adalah merupakan satu kesalahan jenayah dibawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. 15. SUB-KONTRAK DAN KAKITANGAN PENJUAL PENJUAL hendaklah bertanggungjawab bagi segala perbuatan kakitangan-kakitangannya, pekerjapekerjanya, ejen-ejennya dan/atau sub-kontraktornya yang menghantar BARANGAN dan/atau melaksanakan mana-mana PERKHIDMATAN menurut PESANAN BELIAN. 16. PENGURUSAN KESELAMATAN PENJUAL hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya bagi kecukupan, kestabilan dan keselamatan perlaksanaan PENGHANTARAN dan hendaklah memastikan pematuhan oleh kakitangankakitangannya, pekerja-pekerjanya, ejen-ejennya dan/atau sub-kontraktornya kepada peruntukan mana-mana undang-undang, perintah, peraturan, ordinan, arahan atau piawaian semasa atau selepas ini berkuatkuasa termasuk tetapi tidak terhad kepada peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967. PENJUAL hendaklah bertanggungjawab dan hendaklah pada setiap masa menyediakan pemantauan dan kakitangan yang secukupnya dan cekap bagi semua kerja dalam memastikan kesemua kakitangan, pekerja-pekerjanya, ejen-ejennya dan sub-kontraktornya perlu benar-benar mematuhi segala undang-undang/kaedah-kaedah, kehendak-kehendak dan prosedur-prosedur keselamatan dan kesihatan termasuk perlindungan alam sekeliling. PENJUAL hendaklah diatas perbelanjaannya sendiri melaksanakan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan yang perlu, program pengurusan risiko bahaya, perlindungan alam sekeliling dan program pengurusan bahan buangan dan hendaklah diatas kosnya sendiri menyediakan perkakas, peralatan, alatan perlindungan, pakaian seragam, kasut yang perlu dan peralatan lain yang mungkin perlu atau dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan untuk perlaksanaan PENGHANTARAN yang sempurna dan selamat. PENJUAL hendaklah memastikan bahawa segala peralatan, perkakas, kemudahan dan item-item lain yang digunakan oleh kakitangannya di dalam melaksanakan PENGHANTARAN adalah berada di
5
dalam keadaan yang selamat, baik dan berfungsi dan adalah beroperasi secara selamat dan cekap dan PENJUAL hendaklah mendapatkan segala permit-permit dan/atau sijil kelayakan yang perlu. PENJUAL hendaklah bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan piawaian kesihatan dan keselamatan ke atas premis PEMBELI dalam menyediakan PENGHANTARAN dan hendaklah dengan serta-merta meremedi sebarang keadaan yang menyebabkan kesalahan tersebut. 17. HARTA INTELEKTUAL Semua item di dalam sebarang medium yang disediakan atau dihasilkan untuk PENJUAL atau oleh PENJUAL untuk PEMBELI atas permintaan PEMBELI berkaitan dengan PENGHANTARAN adalah harta eksklusif PEMBELI. PENJUAL dengan ini menyerah hak dan memindahkan kepada PEMBELI secara penyerahakkan dan pemindahan semasa kesemua hak-hak, hakmilik dan kepentingan semasa dan akan datang di dalam dan kepada item-item tersebut termasuk tetapi tidak terhad kepada hak-hak harta intelektual. 18. FORCE MAJEURE PENJUAL dan PEMBELI adalah tidak bertanggungjawab terhadap kegagalan perlaksanaan disebabkan oleh hal luar jangka diluar kawalannya seperti bencana alam, peperangan, pemberontakan, perbuatan sabotaj oleh ekstremis atau musuh awam (“Keadaan Force Majeure). Jika penghantaran BARANGAN atau perlaksanaan PERKHIDMATAN akan menjadi lewat disebabkan oleh keadaan tersebut, PENJUAL hendaklah dengan serta-merta memaklumkan PEMBELI secara bertulis dan PEMBELI boleh sama ada: (i) melanjutkan masa untuk perlaksanaan atau (ii) menamatkan kesemua atau sebahagian PESANAN BELIAN yang belum dilaksanakan tanpa kos kepada PEMBELI. Kegawatan kewangan adalah bukan suatu Keadaan Force Majeure. 19. KERAHSIAAN PENJUAL hendaklah menganggap segala maklumat yang diperolehi oleh PENJUAL semasa perlaksanaan kerja berkaitan dengan PESANAN BELIAN sebagai rahsia dan sulit dan hendaklah tidak mendedahkan sebarang maklumat tersebut kepada mana-mana orang lain tanpa kebenaran bertulis PEMBELI. Walau bagaimanapun, segala maklumat termasuk spesifikasi, lukisan, lakaran, model, contoh, perkakas, maklumat dan data teknikal, tidak mengambil kira format atau medium, yang diberikan kepada PEMBELI oleh PENJUAL dalam melaksanakan PESANAN BELIAN ini adalah tidak disifatkan sulit atau propritori melainkan dipersetujui bersama secara bertulis oleh PEMBELI dan PENJUAL. 20. PENAMATAN PEMBELI boleh menamatkan PESANAN BELIAN: 20.1
serta-merta dengan notis bertulis secara kesuluruhan atau sebahagian tanpa sebarang liabiliti jika PENJUAL:a) memungkiri sebarang peruntukan PESANAN BELIAN atau Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada kegalalan untuk MENGHANTAR PENGHANTARAN pada TARIKH PENGHANTARAN; atau b) mengingkari atau memungkiri mana-mana kontrak lain yang PENJUAL mungkin masuki dengan PEMBELI; atau c) telah melakukan perbuatan kebankrapan atau mempunyai perintah penerimaan dibuat terhadapnya atau kompaun dengan pemiutangnya atau sebagai sebuah syarikat mempunyai petisyen penggulungan (selain dari petisyen penggulungan sukarela bagi tujuan penggabungan atau pembentukan semula) diserahkan terhadapnya atau menjalankan perniagaan dibawah seorang penerima untuk manfaat kesemua pemiutangnya.
6
20.2
secara menyeluruh atau sebahagian, untuk kesenangannya tanpa memberi sebarang sebab dengan memberi notis bertulis tiga puluh (30) hari kalendar. Dalam keadaan tersebut PENJUAL dan PEMBELI hendaklah secara suci hati dan atas dasar komersial yang munasabah bersetuju akan kuantum caj pembatalan (jika ada) dan dimana caj pembatalan terdahulu telah dipersetujui, caj yang dipersetujui tersebut hendaklah dipakai DENGAN SYARAT caj pembatalan tersebut adalah hanya kos dan perbelanjaan sebenar yang ditanggung oleh PENJUAL sehingga tarikh penamatan yang mana hendaklah tidak melebihi harga belian PESANAN BELIAN ini dan Dengan Syarat bahawa PENJUAL menyerahkan tuntutan bagi koskos tersebut kepada PEMBELI dalam masa tiga puluh (30) hari daripada penerimaan notis penamatan. PEMBELI adalah tidak mempunyai liabiliti lain yang timbul daripada penamatan dan adalah berhak untuk menerima kesemua PENGHANTARAN sama ada yang sedang dijalankan atau yang telah sempurna dilaksanakan pada tarikh penamatan. PENJUAL hendaklah memastikan disediakan kepada PEMBELI untuk pemeriksaan kesemua inventori termasuk tuntutan dan segala buku-buku dan rekod-rekod berkaitan dengan tuntutan kos tersebut. Selepas berpuas hati dengan sebarang tuntutan, PENJUAL hendaklah menghantar kepada PEMBELI sebarang dan segala bahan-bahan, kerja yang sedang dijalankan, data, perisian, atau lain-lain yang dimasukkan dalam tuntutan PENJUAL.
Selepas penamatan PESANAN BELIAN ini untuk apa jua sebab, obligasi pihak-pihak menurut PESANAN BELIAN ini, kecuali jika dinyatakan sebaliknya, hendaklah berakhir dan PENJUAL hendaklah menghentikan kerja serta-merta, menamatkan sub-kontrak-sub-kontrak dibawah PESANAN BELIAN ini, memberikan kesemua PENGHANTARAN yang sedang dijalankan atau yang telah siap pada tarikh penamatan. PEMBELI adalah tidak bertanggungjawab kepada PENJUAL terhadap sebarang kerugian, kos dan/atau tuntutan termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan pendapatan atau keuntungan kecuali untuk sebarang kemungkiran terdahulu PESANAN BELIAN ini. 21. KONFLIK TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Berikut adalah merupakan turutan keutamaan yang terpakai sekiranya terdapat sebarang konflik di dalam dokumen-dokumen yang terkandung di dalam PESANAN BELIAN (i) arahan atau terma-terma di dalam PESANAN BELIAN (ii) lampiran yang dilampirkan pada PESANAN BELIAN dan (iii) TermaTerma dan Syarat-Syarat ini . Sekiranya terdapat sebarang konflik dalam sebarang dokumen-dokumen terkandung di dalam PESANAN BELIAN, PENJUAL hendaklah dengan serta-merta berunding dengan PEMBELI bagi suatu penyelesaian sebelum menyambung kerja tersebut. Jika PESANAN BELIAN dikeluarkan menurut satu kontrak yang ditandatangani diantara PEMBELI dan PENJUAL, terma-terma dan syarat-syarat kontrak tersebut adalah terpakai sebagai ganti Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini. 22. PENGUBAHSUAIAN DAN PINDAAN Sebarang perubahan kepada PESANAN BELIAN, termasuk sebarang variasi kepada TARIKH PENGHANTARAN hendaklah dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh wakil PEMBELI yang diberikuasa. Terma-terma dan syarat-syarat di dalam PESANAN BELIAN tidak boleh diubahsuai melainkan melalui instrumen bertulis yang ditandatangani oleh wakil diberikuasa pihak yang mana pengubahsuaian tersebut hendak dikuatkuasakan. Setiap PENGHANTARAN yang diterima oleh PEMBELI daripada PENJUAL adalah disifatkan dibuat menurut terma-terma PESANAN BELIAN ini atau kontrak tersebut (apabila PESANAN BELIAN dikeluarkan menurut sesuatu kontrak), tidak mengambil kira mana-mana terma yang mungkin terkandung di dalam sebarang penerimaan, resit atau invois atau borang PENJUAL yang lain. Tidak mengambil kira perkara diatas, PEMBELI mempunyai hak untuk meminda, mengubahsuai, mengubah atau menambah Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini pada bila-bila masa tanpa perlu merujuk selanjutnya kepada PENJUAL. 23. INSURANS
7
Tanpa prejudis kepada tanggung rugi PENJUAL yang dinyatakan diatas, PENJUAL dikehendaki mengambil atau memastikan diambil satu polisi insurans “Contractors’ All Risks” (“Polisi CAR”) dan/atau insurans “comprehensive general liability” dan insurans kerosakan harta untuk meliputi sebarang PERKHIDMATAN yang akan dilaksanakan menurut sebarang PESANAN BELIAN yang dikeluarkan yang akan melindungi PEMBELI dengan secukupnya daripada risiko dan tuntutan sedemikian. PEMBELI hendaklah dimasukkan sebagai satu pihak yang diinsuranskan di bawah Polisi CAR. Adalah dengan ini dipersetujui secara nyata bahawa tanggungjawab dan liabiliti bagi sebarang kerugian dan kerosakan kepada harta PENJUAL adalah terletak pada PENJUAL semata-mata. 24. KONTRAKTOR BEBAS PENJUAL dengan ini bersetuju bahawa (a) ia menjalankan perniagaan bebas dan akan melaksanakan obligasinya di dalam PESANAN BELIAN atau Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini sebagai kontraktor bebas dan bukan sebagai ejen atau pekerja PEMBELI; (b) ia tidak mempunyai kuasa untuk mewakili PEMBELI atau mengikat PEMBELI dalam apa jua cara, atau untuk berhutang atau menanggung liabiliti bagi pihak PEMBELI; (c) ia adalah semata-mata bertanggungjawab untuk segala perbuatan pekerjapekerjanya, ejen-ejennya dan sub-kontraktornya yang melaksanakan sebarang kerja atau PERKHIDMATAN menurut PESANAN BELIAN; (d) ia adalah semata-mata bertanggungjawab bagi segala perkara berkaitan dengan bayaran kakitangannya, pekerja-pekerjanya, ejen-ejennya dan/atau sub-kontraktornya termasuk tetapi tidak terhad kepada pematuhan pampasan pekerja, insurans kemalangan peribadi, cukai pendapatan peribadi, bayaran yang perlu dibayar, levi-levi dan permitpermit kerja. PENJUAL hendaklah menanggung rugi dan melindungi PEMBELI daripada sebarang kausa tindakan yang timbul dari liabiliti kakitangan, pekerja-pekerja, ejen-ejen dan/atau sub-kontraktor PENJUAL. 25. REKOD DAN AUDIT PENJUAL hendaklah menyimpan rekod-rekod segala caj-caj yang ditanggung oleh PEMBELI di bawah PESANAN BELIAN ini dengan lengkap dan tepat, menurut prinsip-prinsip akaun yang diterimapakai secara umum, selama tujuh (7) tahun daripada tarikh penerimaan bayaran. PEMBELI adalah berhak untuk memeriksa rekod-rekod PENJUAL setelah memberikan notis yang munasabah dan akan menyimpan salinan tersebut. 26. LIABILITI BERSESAMA DAN BERASINGAN Jika lebih dari satu pihak adalah dirujuk di dalam PESANAN BELIAN sebagai PENJUAL, obligasi mereka adalah secara bersesama dan berasingan. 27. KESELURUHAN PERJANJIAN PESANAN BELIAN ini merupakan keseluruhan perjanjian diantara PENJUAL dan PEMBELI dan menggantikan kesemua komunikasi terdahulu secara lisan dan/atau bertulis diantara pihak-pihak berkenaan PENGHANTARAN. Walau bagaimanapun, apabila PESANAN BELIAN dikeluarkan hanya sebagai arahan/pesanan kerja menurut satu kontrak sedia ada yang ditandatangani diantara pihakpihak disini, terma-terma kedua-dua kontrak sedia ada tersebut dan PESANAN BELIAN ini adalah secara kumulatif membentuk perjanjian yang lengkap diantara PEMBELI dan PENJUAL. 28. PERKHIDMATAN Definisi “TEMPOH WARANTI” dan “TARIKH PENGHANTARAN” adalah tidak terpakai kepada PENGHANTARAN merangkumi PERKHIDMATAN berulang atau bertempoh. Tarikh-tarikh permulaan dan perlaksanaan PERKHIDMATAN tersebut hendaklah ditetapkan di dalam PESANAN BELIAN atau dinyatakan di dalam jadual implementasi yang dilampirkan kepada PESANAN BELIAN. 29. PENYERAHAKKAN DAN SUBKONTRAK
8
PENJUAL tidak boleh menyerahak atau memindah mana-mana bahagian PESANAN BELIAN ini mahupun sub-kontrak atau mewakilkan obligasinya di bawah PESANAN BELIAN ini tanpa kebenaran bertulis PEMBELI terlebih dahulu. 30. TEMPOH LIABILITI KECACATAN Tempoh Liabiliti Kecacatan (“DLP”) bagi PERKHIDMATAN (jika terpakai) adalah merupakan tempoh seperti yang dinyatakan di dalam PESANAN BELIAN bermula dari tarikh “Certificate of Practical Completion” (“CPC”). PENJUAL dikehendaki membetulkan segala kecacatan, yang mungkin timbul semasa DLP pada tahap yang memuaskan PEMBELI dan pemeriksaan bersama hendaklah dijalankan sebelum tamat tempoh DLP. Sebaik sahaja kerja-kerja membaiki kecacatan telah dibetulkan kesemuanya pada tahap yang memuaskan PEMBELI, “Certificate of Completion of Making Good Defect” (“CMGD”) hendaklah dikeluarkan kepada PENJUAL. Sekiranya PENJUAL gagal untuk mematuhi tuntutan bertulis PEMBELI untuk membetulkan kecacatan tersebut, PEMBELI boleh melantik pihak ketiga untuk membetulkan kecacatan tersebut dimana kos-kos yang ditanggung hendaklah ditanggung oleh PENJUAL atau ditolak sama ada daripada baki jumlah harga kontrak yang perlu dibayar kepada PENJUAL atau daripada Bon Jaminan yang dipegang oleh PEMBELI (jika ada). Jika kos yang ditanggung melebihi jumlah yang boleh dituntut di bawah Bon Jaminan, baki tersebut atau kekurangan kos tersebut hendaklah dibayar oleh PENJUAL dalam masa empat belas (14) dari tarikh tuntutan daripada PEMBELI, yang mana jika gagal, PEMBELI berhak untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap PENJUAL bagi mendapatkan kembali kos tersebut tanpa merujuk selanjutnya kepada PENJUAL, di mana PENJUAL adalah bertanggungan bagi semua kos guaman dan perbelanjaan yang ditanggung. 31. PENGUKURAN MUKTAMAD Kuantiti yang diberikan di dalam PESANAN BELIAN ini mungkin sementara dan mungkin perlu diukur semula. Jumlah yang perlu dibayar hendaklah ditetapkan dengan mengukur semula PERKHIDMATAN yang telah diluluskan dan dilaksanakan dengan lengkap. Setelah PERKHIDMATAN dilaksanakan, PENJUAL hendaklah mengatur untuk membuat penilaian pengukuran bersama di antara wakil PENJUAL yang diberikuasa dan wakil PEMBELI yang diberikuasa. Sekiranya PENJUAL gagal untuk mengatur atau menghadiri penilaian pengukuran bersama tersebut, pengukuran PEMBELI hendaklah diambil sebagai pengukuran yang betul. 32. PENJAGAAN TEMPAT/TAPAK (JIKA TERPAKAI) PENJUAL adalah disifatkan telah menyelia dan memeriksa tempat/tapak tersebut dan kawasan sekelilingnya dan telah memperolehi segala maklumat yang perlu sebelum menghantar tender dan sebelum PESANAN BELIAN ini dikeluarkan. 33. PERTIKAIAN BURUH Apabila sebarang pertikaian buruh yang berlaku atau mungkin berlaku melewatkan atau memungkinkan kelewatan perlaksanaan PESANAN BELIAN ini, PENJUAL hendaklah dengan sertamerta memberi notis bertulis dan mengandungi segala maklumat berkaitan dengan pertikaian tersebut. Kejadian pertikaian buruh tersebut tidak akan menjejaskan fakta bahawa masa adalah intipati PESANAN BELIAN ini. PEMBELI boleh mengambil tindakan bagi gantirugi jika ia memilih untuk berbuat demikian dan kos guaman dan termasuk kos yang terlibat dalam penghantaran lewat akan ditanggung sepenuhnya oleh PENJUAL. 34. POLISI BAHAN TEMPATAN PENJUAL adalah berobligasi untuk menggunakan barang-barang buatan tempatan supaya selaras dengan polisi Kerajaan Malaysia bagi Bahan Tempatan, apabila terpakai. PEMBELI berhak untuk menolak mana-mana barang yang dibekalkan jika PENJUAL tidak mematuhi polisi tersebut.
9
35. UNDANG-UNDANG BERKUATKUASA PESANAN BELIAN ini hendaklah tertakluk kepada dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia. Mahkamah Malaysia mempunyai bidangkuasa eksklusif untuk mendengar dan menentukan segala tindakan dan prosiding yang timbul dari PESANAN BELIAN ini. 36. KETIDAKPENEPIAN Sebarang kelewatan atau kegagalan oleh PEMBELI dalam menguatkuasakan sebarang hak yang diperuntukkan oleh PESANAN BELIAN ini tidak boleh disifatkan sebagai penepian hak sedemikian oleh PEMBELI. Tiada hak-hak, remedi-remedi atau warranti-warranti yang sedia ada di bawah PESANAN BELIAN ini atau melalui operasi undang-undang yang diketepikan atau diubahsuai melainkan diketepikan atau diubahsuai dengan nyata secara bertulis. 37. KEBOLEHASINGAN Jika mana-mana peruntukan di dalam PESANAN BELIAN ini adalah tidah sah, atau bertentangan dengan polisi awam atau sebaliknya tidak boleh dikuatkuasakan, ketidaksahan dan ketidakbolehan penguatkuasaan tersebut adalah disifatkan disingkirkan atau diubahsuai, setakat mana di dalam pendapat mahkamah, adalah perlu untuk membuat peruntukan selebihnya berkuatkuasa. 38. NOTIS-NOTIS Semua notis dan komunikasi yang lain di bawah ini hendaklah dibuat secara bertulis. Notis-notis adalah disifatkan telah dihantar secara sempurna (a) Jikalau dihantar melalui serahan tangan, pada waktu hantaran dibuat; (b) Jikalau dihantar melalui pos, selepas tamat tempoh tiga (3) hari sampul surat mengandungi notis tersebut telah dipos; (c) Jikalau dihantar melalui faksimili, selepas penerimaan pengesahan transmisi. 39. KONTRAK TIDAK EKSKLUSIF PESANAN BELIAN ini adalah satu kontrak yang tidak eksklusif dan PEMBELI berhak untuk melantik mana-mana kontraktor/pembekal/perunding lain untuk melaksanakan perkhidmatan yang sama atau serupa dengan PERKHIDMATAN atau untuk membekalkan dan menghantar barang-barang yang sama atau serupa dengan BARANGAN. 40. PENGGUNAAN BURUH ASING PENJUAL hendaklah mengambil warganegara Malaysia sebagai pekerja, ejen atau tenagakerja melainkan jika PENJUAL telah memperolehi kebenaran Kementerian Sumber Manusia untuk mengambil warganegara asing sebagai pekerja (“pekerja asing”). PENJUAL hendaklah memastikan bahawa permit kerja yang sah diperolehi dan kesemua undang-undang Malaysia berkenaan pengambilan pekerja asing telah dan sentiasa dipatuhi sebelum dan semasa perlaksanaan PESANAN BELIAN ini. PENJUAL tidak boleh mengambil sebagai pekerja sesiapa yang tidak boleh diambil bekerja di bawah undang-undang buruh dan imigresen Malaysia serta kaedah-kaedahnya berkaitan dengan perlaksanaan PERKHIDMATAN. PENJUAL dikehendaki dari masa ke semasa memastikan pekerja asing tersebut mengemukakan untuk pemeriksaan, dokumentasi yang diperlukan yang dipegang oleh mereka pada setiap kali gaji dibayar untuk memastikan bahawa pekerja asingnya adalah diambil bekerja secara sah di sisi undang-undang. PENJUAL hendaklah mendeklarasikan kepada PEMBELI jika terdapat sebarang perubahan kepada pekerja asingnya sebelum melaksanakan perubahan tersebut bagi kebenaran bertulis PEMBELI terlebih dahulu. PENJUAL pada permulaan PERKHIDMATAN dikehendaki menyerahkan kepada Unit Pejabat IWK yang berkenaan, butir-butir pekerja asingnya yang berkenaan dengan PESANAN BELIAN ini dan sebarang laporan rasmi (returns) seperti yang diperlukan berkenaan dengan tenaga kerja yang diambil olehnya mengikut keperluan semasa Akta Kerja 1955, Akta Kerja (Sekatan) 1968, Peraturan Keselamatan Dalam Negeri (Pendaftaran Buruh) 1960 dan undang-undang Malaysia lain. Sebarang kesalahan disebabkan oleh pengambilan pekerja asing yang tidak sah oleh PENJUAL adalah merupakan kemungkiran PESANAN
10
BELIAN ini dan akan mengakibatkan penamatan serta-merta. PENJUAL hendaklah memastikan sub-kontraktornya (termasuk sub-kontraktor “buruh sahaja") mematuhi syaratsyarat/peruntukan ini dan PENJUAL tidak boleh sub-kontrak seluruh atau mana-mana bahagian obligasi-obligasi di bawah PESANAN BELIAN ini tanpa kebenaran bertulis daripada PEMBELI terlebih dahulu. PENJUAL dikehendaki untuk memberikan senarai kesemua pekerja asing yang diambil bekerja oleh PENJUAL dalam melaksanakan PESANAN BELIAN ini bersama dengan permit-permit kerja untuk kelulusan PEMBELI terlebih dahulu sebelum bermulanya PESANAN BELIAN. 41. PERBEZAAN Sekiranya terdapat sebarang perbezaan atau konflik di antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia bagi PESANAN BELIAN ini, versi Bahasa Inggeris harus diterima.
11