Percubaan SPM Prinsip Perakaunan (Kertas 1) 2009 – WP Putrajaya ©PP WP Putrajaya 2009.
1. Pada peringkat awal, rekod perakaunan dicatatkan pada a. kulit b. tanah liat c. papyrus d. kain Percubaan SPM - Putrajaya 2009 • • • •
Liabiliti pemilik tidak terhad Bilangan ahli maksimum 20 orang Ditubuhkan dengan atau tanpa perjanjian Kewujudan tidak berterusan
2. Antara berikut, jenis perniagaan yang manakah menepati ciri-ciri di atas? a. Klinik Mai dan Din b. Kedai Runcit Maidin c. Syarikat Maidin Berhad d. Syarikat Maidin Sdn Bhd Percubaan SPM - Putrajaya 2009
3. Maklumat berikut menerangkan tentang ciri suatu konsep perakaunan. “Urusniaga belian aset direkodkan berasaskan kos belian pada tarikh belian tersebut dilakukan.” Namakan konsep perakaunan tersebut. a. Materialiti b. Kos Sejarah c. Entiti Berasingan d. Tempoh Perakaunan Percubaan SPM - Putrajaya 2009
4. Perakaunan asas akruan merangkumi pemadanan hasil bagi tempoh perakaunan tertentu berbanding dengan belanja yang terlibat untuk memperoleh hasil tersebut. Ini selaras dengan a. konsep berterusan b. prinsip pemadanan c. prinsip catatan bergu d. konsep entiti berasingan Percubaan SPM - Putrajaya 2009
5. Maklumat berikut merujuk kepada Kedai Buah Segar. “Memulakan perniagaan menjual buah-buahan pada 1 April 2009. Tempoh perakaunannya berakhir setiap enam bulan.” Antara berikut, yang manakah tempoh perakaunan perniagaan Kedai Buah Segar? a. 1 April 2009 hingga 1 Oktober 2009 b. 1 April 2009 hingga 30 Oktober 2009 c. 1 April 2009 hingga 1 September 2009 d. 1 April 2009 hingga 30 September 2009 Percubaan SPM - Putrajaya 2009
Percubaan SPM Prinsip Perakaunan (Kertas 1) 2009 – WP Putrajaya ©PP WP Putrajaya 2009.
6. Antara berikut, yang manakah dikelaskan sebagai aset? I. Tunai, Bank II. Penghutang, Stok III. Pemiutang, Modal IV. Overdraf bank, Perabot a. b. c. d.
I dan II I dan IV II dan III II dan IV Percubaan SPM - Putrajaya 2009
7. Antara berikut, yang manakah liabiliti semasa? I. Overdraf bank II. Insurans terdahulu III. Kadar bayaran terakru IV. Faedah diterima terdahulu a. b. c. d.
I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV Percubaan SPM - Putrajaya 2009
8. Data di bawah menunjukkan aset dan liabiliti sebuah perniagaan pada 30 April 2009. RM Perabot Stok Penghutang Overdraf bank Insurans terdahulu Sewa diterima terdahulu
7 250 1 450 2 210 1 360 350 280
Hitung modal pada tarikh tersebut a. RM 5 200 b. RM 8 920 c. RM 9 620 d. RM10 180 Percubaan SPM - Putrajaya 2009
Percubaan SPM Prinsip Perakaunan (Kertas 1) 2009 – WP Putrajaya ©PP WP Putrajaya 2009.
9. Antara berikut, perkara yang manakah ditunjukkan dalam Kunci Kira-kira pada suatu tarikh tertentu? I. II. III. IV. a. b. c. d.
Kedudukan kewangan perniagaan Kedudukan pendapatan perniagaan Kedudukan ekuiti pemilik dan liabiliti Kedudukan aset semasa dan aset bukan semasa I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV Percubaan SPM - Putrajaya 2009
10. Antara berikut, pilih pasangan yang betul antara urus niaga dan dokumen yang akan digunakan? Urus Niaga I. Pulangan barang II. Bayar gaji pekerja III. Belian aset secara kredit IV. Ambilan barang oleh pemilik . a. I, II dan III b. I, II dan IV c. I, III dan IV d. II, III dan IV
Dokumen Nota kredit Baucar tunai Makluman kredit Memo
Percubaan SPM - Putrajaya 2009
Soalan 11 hingga Soalan 12 berdasarkan dokumen di bawah.
Dokumen 1 11. Nyatakan Buku Catatan Pertama bagi merekod urus niaga di atas. a. Lejar Am b. Jurnal Am c. Jurnal Khas d. Buku Tunai Percubaan SPM - Putrajaya 2009
Percubaan SPM Prinsip Perakaunan (Kertas 1) 2009 – WP Putrajaya ©PP WP Putrajaya 2009.
12. Berapakah nilai cek untuk urus niaga ini? a. RM2 500 b. RM4 000 c. RM20 000 d. RM22 500 Percubaan SPM - Putrajaya 2009
13. En. Hakim memulakan perniagaan menjual alatan sukan. Beliau membawa masuk perabot lama dari rumah untuk kegunaan pejabat. Nyatakan dokumen yang digunakan untuk urus niaga itu. a. Memo b. Slip Bank c. Nota debit d. Baucar pembayaran Percubaan SPM - Putrajaya 2009
14. Harga barang X dalam senarai harga ialah RM 25 seunit. Diskaun niaga yang ditawarkan ialah seperti berikut: 100 hingga 200 unit..............20% 201 hingga 400 unit..............25% 401 unit ke atas....................10% Pada 10 Julai, En. Haikal membeli 350 unit dan 10 hari kemudian beliau membeli 50 unit lagi. Kirakan jumlah yang perlu dibayar. a. RM 6,812.50 b. RM 7,500.00 c. RM 7,812.50 d. RM 8,000.00 Percubaan SPM - Putrajaya 2009
15. Maklumat berikut diperoleh daripada seorang peniaga. Ogos 10 Encik Upin, seorang peniaga membeli barang daripada Pembekal Chong Bhd. secara kredit. 12 Encik Upin menjual secara kredit kepeda Encik Abun, seorang pelanggan. 14 Encik Abun memulangkan barang rosak kepada Encik Upin. 15 Encik Upin memulangkan barang rosak kepada Pembekal Upin Bhd. Berdasarkan keterangan di atas, nyatakan dokumen-dokumen yang terlibat I. Invois II. Nota debit III. Nota kredit IV. Makluman kredit a. b. c. d.
I dan II I dan III II dan III I dan IV Percubaan SPM - Putrajaya 2009
Percubaan SPM Prinsip Perakaunan (Kertas 1) 2009 – WP Putrajaya ©PP WP Putrajaya 2009.
16. Dokumen 2 disediakan oleh kerani akaun Kedai Jahit Selesa.
Dokumen 2 Apakah catatan bergu urus niaga di atas? Debit Kredit a. Kenderaan Jualan b. Kenderaan Belian c. Bank Kenderaan d. Tunai Kenderaan Percubaan SPM - Putrajaya 2009
Soalan 17 berpandukan rajah di bawah ini.
Rajah 1 17. Antara yang berikut, yang manakah benar mengenai dokumen X, Y dan Z dalam rajah di atas? Dokumen X Dokumen Y Dokumen Z a. Memo Memo Resit b. Invois Nota Debit Resit c. Invois Nota Kredit Resit d. Bil Tunai Nota Kredit Resit Percubaan SPM - Putrajaya 2009
Percubaan SPM Prinsip Perakaunan (Kertas 1) 2009 – WP Putrajaya ©PP WP Putrajaya 2009.
18. Urusniaga yang manakah akan dicatat dalam Jurnal Am? I. II. III. IV. a. b. c. d.
Peniaga mengambil barang untuk tujuan promosi Peniaga mengambil barang niaga untuk kegunaan sendiri Peniaga mengeluarkan cek unyuk menjelaskan sewa rumah Peniaga mengambil tunai untuk membayar insurans nyawa anaknya I dan II I dan IV II dan III III dan IV Percubaan SPM - Putrajaya 2009
19. Antara berikut, keadaan manakah akan berlaku apabila akaun aset, liabiliti dan ekuiti pemilik diimbangkan? a. Akaun aset akan mempunyai baki kredit b. Akaun liabiliti dan ekuiti pemilik akan mempunyai baki debit c. Baki akhir akaun ialah baki debit jika jumlah debit melebihi jumlah kredit d. Baki akhir akaun ialah baki kredit jika jumlah debit melebihi jumlah kredit Percubaan SPM - Putrajaya 2009
20. Akaun hasil dan belanja yang melibatkan untung kasar atau rugi kasar ditutup dengan memindahkan bakinya ke a. Kunci Kira-kira b. Imbangan Duga c. Akaun Untung Rugi d. Akaun Perdagangan Percubaan SPM - Putrajaya 2009
21. Antara berikut yang manakah digunakan untuk mencatatkan urusniaga yang tidak dibukukan atas nama firma atau individu? a. Akaun Nyata b. Akaun Nominal c. Akaun Perorangan d. Akaun Bukan Perorangan Percubaan SPM - Putrajaya 2009
22. Antara berikut, yang manakah definisi yang paling sesuai bagi Imbangan Duga? a. Merupakan satu senarai baki-baki pada satu tarikh tertentu b. Satu akaun khas yang merekodkan semua baki-baki dalam buku c. Menunjukkan kedudukan kewangan sesuatu perniagaan pada akhir tempoh perakaunan d. Merupakan satu senarai baki yang diambil daripada akaun dalam lejar dan Buku Tunai pada satu tarikh tertentu Percubaan SPM - Putrajaya 2009
Percubaan SPM Prinsip Perakaunan (Kertas 1) 2009 – WP Putrajaya ©PP WP Putrajaya 2009.
23. Imbangan Duga yang seimbang tidak selalunya betul kerana mungkin terdapat kesilapan berikut kecuali a. Kesilapan komisen b. Kesilapan catatan terbalik c. Kesilapan pada catatan asal d. Kesilapan ketinggalan satu catatan Percubaan SPM - Putrajaya 2009
24. Antara berikut, akaun yang manakah dicatatkan di ruangan kredit Imbangan Duga? I. II. III. IV. a. b. c. d.
Akaun Aset Akaun Hasil Akaun Liabiliti Akaun Ekuiti Pemilik I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV Percubaan SPM - Putrajaya 2009
“Tahun kewangan Perniagaan Rizal berakhir 30 September. Pada 1 Januari 2008, Perniagaan Rizal telah membayar premium insurans sebanyak RM 2 400 untuk setahun sehingga 31 Disember 2008.” 25. Antara berikut, yang manakah betul mengenai pernyataan di atas? a. Insurans terakru ialah RM 200 b. Insurans terakru ialah RM 600 c. Insurans terdahulu ialah RM 200 d. Insurans terdahulu ialah RM 600 Percubaan SPM - Putrajaya 2009
Soalan 26 dan 27 berdasarkan Imbangan Duga di bawah. Imbangan Duga pada 31 Disember 2008 RM Kadar bayaran 1700 Komisen diterima
RM 3 300
Maklumat lain:
Kadar bayaran terakru Komisen diterima terdahulu Komisen diterima terakru
1 Jan 2008 RM 100 60
31 Dis 2008 RM 180 200 -
26. Berapakah kadar bayaran yang dipindahkan ke Akaun Untung Rugi? a. RM 1 700 b. RM 1 780 c. RM 1 800 d. RM 1 880 Percubaan SPM - Putrajaya 2009
Percubaan SPM Prinsip Perakaunan (Kertas 1) 2009 – WP Putrajaya ©PP WP Putrajaya 2009.
27. Hitungkan komisen diterima yang sebenarnya untuk tahun 2008. a. RM3 040 b. RM3 100 c. RM3 160 d. RM3 440 Percubaan SPM - Putrajaya 2009
28. Butir yang telah direkodkan oleh perniagaan tetapi belum direkodkan oleh bank ialah I. II. III. IV. a. b. c. d.
Deposit belum dikreditkan Cek belum dikemukakan Dividen pelaburan Faedah overdraf I dan II I dan IV II dan III III dan IV Percubaan SPM - Putrajaya 2009
29. Antara butir yang berikut, manakah yang direkodkan dalam belanjawan tunai? I. II. III. IV. a. b. c. d.
Modal Belian tunai Belian kredit Peruntukan hutang ragu I dan II I dan IV II dan III III dan IV Percubaan SPM - Putrajaya 2009
30. Akaun Penamat Perkongsian merangkumi I. II. III. IV. a. b. c. d.
Kunci Kira-Kira Akaun Untung Rugi Akaun Perdagangan Akaun Pengasingan Untung Rugi I, Il dan lll I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV Percubaan SPM - Putrajaya 2009
Percubaan SPM Prinsip Perakaunan (Kertas 1) 2009 – WP Putrajaya ©PP WP Putrajaya 2009.
31. Pembubaran Perkongsian berlaku apabila I. II. III. IV. a. b. c. d.
persetujuan sesama pekongsi-pekongsi untuk pembubaran kematian dan ketidaksiuman salah seorang pekongsi penukaran perkongsian kepada syarikat berhad berlaku kebankrapan salah seorang pekongsi I, II dan III I, II dan IV II, III dan IV I, II, III dan IV Percubaan SPM - Putrajaya 2009
32. Tatawujud Syarikat ialah dokumen yang menentukan hubungan syarikat dengan pihak luar. Antara berikut yang manakah butiran yang terkandung dalam dokumen tersebut? a. Nama Syarikat b. Cara pembayaran dividen c. Pengurusan dan Pentadbiran d. Perlantikan Lembaga Pengarah Percubaan SPM - Putrajaya 2009
33. Encik Azhar Yusof hendak membuka sebuah perniagaan berbentuk Syarikat Berhad. Berikan cadangan nama yang sesuai untuk perniagaan beliau. a. Azhar Enterprise b. Kedai Runcit Azhar c. Perniagaan Azhar dan Yusof d. Syarikat Azhar Sendirian Berhad Percubaan SPM - Putrajaya 2009
34. Pendapatan modal ialah wang yang diterima bukan daripada kegiatan biasa kelab dan persatuan. Antara berikut, yang manakah merupakan pendapatan modal? I. II. III. IV. a. b. c. d.
Jualan perabot Yuran pertandingan Faedah atas pelaburan Derma untuk membiayai sesuatu projek I dan II I dan IV II dan III III dan IV Percubaan SPM - Putrajaya 2009
Percubaan SPM Prinsip Perakaunan (Kertas 1) 2009 – WP Putrajaya ©PP WP Putrajaya 2009.
35. Akaun-akaun yang disediakan oleh kelab dan persatuan berbeza dengan entiti perniagaan yang lain. Antara berikut, yang manakah benar berkaitan dengan perbandingan antara kelab dan persatuan dan milikan tunggal.
a. b. c. d.
Kelab dan Persatuan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi Buku Tunai Untung / Rugi Bersih Dana Terkumpul / Kumpulan Wang Terkumpul
Milikan Tunggal Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan Akaun Penerimaan dan Pembayaran Lebihan / Kurangan Ekuiti Pemilik / Modal Percubaan SPM - Putrajaya 2009
36. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang kos tetap? a. Jumlah kos tetap tidak dipengaruhi oleh volum pengeluaran b. Contoh kos tetap bagi sebuah firma ialah upah buruh langsung c. Kos tetap seunit adalah malar walaupun volum pengeluaran berubah d. Hubungan antara jumlah kos tetap dengan volum pengeluaran adalah secara langsung Percubaan SPM - Putrajaya 2009
Soalan 37 dan 38 berdasarkan maklumat di bawah ini. Firma Faizul mengeluarkan sejenis barang. Kos yang terlibat adalah seperti berikut; Kos Tetap Kos Berubah Seunit Harga Jualan Seunit
RM 3,000.00 RM 2.00 RM 5.00
37. Titik pulang modal ialah a. 1 000 unit b. 1 500 unit c. 2 000 unit d. 3 000 unit Percubaan SPM - Putrajaya 2009
38. Berapakah unit jualan untuk mendapat untung RM 4 500? a. 1,000 unit b. 1,500 unit c. 2,000 unit d. 2,500 unit Percubaan SPM - Putrajaya 2009
39. Berikut ialah faedah penggunaan komputer dalam perakaunan berbanding dengan sistem perakaunan secara manual, kecuali a. kesilapan berpunca daripada kecuaian manusia boleh dikurangkan. b. pelbagai jenis laporan boleh disediakan dengan lebih cepat dan lengkap. c. proses untuk mengemas kini maklumat dapat dibuat dengan lebih cepat. d. kos awal rendah tetapi dalam jangka masa yang panjang, kosnya lebih tinggi. Percubaan SPM - Putrajaya 2009
Percubaan SPM Prinsip Perakaunan (Kertas 1) 2009 – WP Putrajaya ©PP WP Putrajaya 2009.
40. Antara yang berikut, manakah simbol operasi bahagi dan darab di dalam Lembaran Hamparan Elektronik? I. II. III. IV. a. b. c. d.
\ / @ * I dan III I dan IV II dan III II dan IV Percubaan SPM – Putrajaya 2009
KERTAS SOALAN TAMAT