PENTING: BACA PERJANJIAN INI DENGAN TELITI. INI ADALAH PERJANJIAN UNDANG-UNDANG ANTARA AVG TECHNOLOGIES CZ, s.r.o. (“AVG TECHNOLOGIES”) DAN ANDA (BERTINDAK SEBAGAI SEORANG INDIVIDU ATAU, JIKA BERKAITAN, BAGI PIHAK INDIVIDU ATAU ENTITI YANG KOMPUTERNYA DIPASANG DENGAN PERISIAN TERSEBUT). JIKA ANDA MENGKLIK PILIHAN “TERIMA” ATAU MEMASANG PRODUK PERISIAN YANG DISERTAKAN BERSAMA PERJANJIAN INI (“PERISIAN”), ANDA AKAN TERIKAT DENGAN PERJANJIAN INI. Anda tidak diwajibkan untuk menerima terma-terma ini tetapi Perisian tersebut tidak akan dipasang dan anda tidak akan dibenarkan untuk menggunakan Perisian tersebut kecuali dan sehingga anda menerimanya. Jika anda tidak ingin bersetuju dengan terma-terma ini, sila klik “TIDAK TERIMA” dan dapatkan bayaran balik harga belian seperti berikut: Jika anda telah membeli muat turun, ikut arahan yang terdapat dalam e-mel pengesahan yang anda terima berkaitan dengan pembelian itu. Sila benarkan tiga puluh (30) hari untuk mendapatkan wang tersebut dalam akaun anda. Untuk semua pembelian lain, musnahkan kesemua salinan Perisian tersebut yang anda mungkin telah buat (termasuk salinan arkib) dan kembalikan Perisian tersebut di dalam bungkusan asalnya berserta dengan resit anda ke tempat belian. NOTIS: PERISIAN TERSEBUT MUNGKIN MENGANDUNGI CIRI “TAMAT MASA” YANG AKAN MENYEBABKAN PERISIAN TERSEBUT TIDAK BERFUNGSI DI AKHIR TEMPOH (SEPERTI YANG DIJELASKAN DI BAWAH). PERJANJIAN LESEN PERISIAN PENGGUNA AKHIR 1. Pemberian Lesen; Peruntukan-Peruntukan Berkaitan. a. Pemberian Lesen. Tertakluk kepada terma dan syarat Perjanjian ini, AVG Technologies, dengan ini memberi anda lesen tak eksklusif dan tak boleh pindah milik semasa Tempoh terbabit untuk menggunakan Perisian tersebut hanya dalam bentuk boleh laku atau kod objek semata-mata bagi tujuan peribadi atau perniagaan dalaman anda. Lesen ini membenarkan anda menggunakan Perisian tersebut pada atau bersama dengan sehingga (i) bilangan komputer yang ditentukan oleh pesanan anda untuk Perisian tersebut, atau (ii) bilangan yang ditentukan pada bungkusan Perisian sekiranya Perisian tersebut dibeli dalam bentuk CD atau bahantara fizikal lain, atau (iii) jika anda menerima Perisian tersebut yang digabungkan dengan perkakasan atau perisian lain, hanya bersama dengan perkakasan atau perisian lain sedemikian. b. Pembatasan. Anda tidak akan, dan tidak akan membenarkan mana-mana pihak ketiga untuk (i) membuat salinan pendua Perisian tersebut bagi apa-apa tujuan selain daripada semunasabahnya perlu untuk menggunakan Perisian yang sama seperti diperincikan oleh Perjanjian ini dan bagi tujuan arkib luar talian dan pemulihan bencana, (ii) memasang Perisian tersebut pada komputer kedua kecuali bagi pemindahan sementara jika berlaku kepincangan tugas komputer, (iii) menggunakan sebarang nombor lesen yang dibekalkan oleh AVG Technologies (setiap satunya dirujuk sebagai “Nombor Lesen”) berkaitan dengan lebih daripada
satu (1) salinan Perisian tersebut pada bila-bila masa, (iv) mendedahkan sebarang Nombor Lesen kepada mana-mana pihak selain daripada AVG Technologies atau wakil yang dilantik oleh AVG Technologies, seperti yang diperlukan untuk mendapatkan perkhidmatan sokongan berkenaan dengan Perisian tersebut, (v) menerbitkan Perisian tersebut atau sebarang Nombor Lesen atau menggunakannya selain daripada bagi tujuan yang diterangkan dalam Seksyen a Perjanjian ini, (vi) melakukan kejuruteraan undur, menyahhimpun, menyahsusun, menterjemahkan, membina semula, mengubah atau mengekstrak Perisian tersebut atau mana-mana bahagian Perisian tersebut (termasuk tanpa pembatasan, sebarang tandatangan malware berkaitan dan rutin pengesanan malware) kecuali dibenarkan dengan nyata oleh undang-undang, (vii) mengubah, mengubah suai atau sebaliknya menukar Perisian tersebut (termasuk tanpa pembatasan, sebarang tandatangan malware berkaitan dan rutin pengesanan malware) kecuali dibenarkan dengan nyata oleh undang-undang, (viii) memindahkan, mencagar, menyewa, berkongsi atau mensublesenkan Perisian tersebut selain daripada berkaitan dengan penjualan, pajakan, penyewaan atau pemindahan lain komputer terbabit yang dipasang pada mulanya dengan Perisian tersebut, (ix) memberi mana-mana pihak ketiga capaian kepada atau menggunakan Perisian tersebut melalui biro perkhidmatan, perkongsian masa, perkhidmatan langganan atau pembekal khidmat aplikasi atau cara serupa lain, atau (x) mengatasi atau memintasi, cuba mengatasi atau memintasi, atau membenarkan atau membantu mana-mana pihak ketiga untuk mengatasi atau memintasi kawalan pada pemasangan atau menggunakan salinan Perisian tersebut. c. Pengemaskinian. Dari masa ke masa semasa Tempoh terbabit, AVG Technologies mungkin menyediakan pengemaskinian untuk Perisian tersebut dan/atau tandatangan malware disertakan di dalamnya (setiap satunya dirujuk sebagai “Pengemaskinian”). Pengemaskinian akan dianggap Perisian bagi semua tujuan di bawah Perjanjian ini. Anda mengakui bahawa anda mesti memuat turun dan membenarkan pemasangan Pengemaskinian secara rutin supaya dapat memperoleh faedah maksimum daripada Perisian tersebut. AVG Technologies tidak mempunyai kewajipan untuk membekalkan anda dengan Pengemaskinian dalam apa jua keadaan berikutan tamatnya tempoh atau penamatan Perjanjian ini, dan mengikut budi bicaranya semata-mata mungkin menamatkan pengemaskinian untuk sebarang versi Perisian tersebut selain daripada versi terkini, atau untuk penggunaan Perisian berkaitan dengan versi sebarang sistem pengendalian, atur cara e-mel, atur cara pelayar dan perisian lain pihak ketiga selain daripada versi terkini. d. Komen Pelanggan. AVG Technologies mengalu-alukan komen anda berkenaan dengan Perisian tersebut, termasuk pemberitahuan bahawa anda telah mengalami kegagalan, ralat atau kepincangan tugas lain Perisian dan cadangan bagi ciri dan fungsi tambahan atau berbeza. Sila hantarkan kepada kami komen dan cadangan anda menggunakan borang web yang ditempatkan di http://www.avg.com/ms.customer-feedback. AVG Technologies tidak mempunyai kewajipan untuk membalas atau bertindak ke atas sebarang komen atau cadangan sedemikian tetapi anda memberi AVG Technologies hak dan lesen berkekalan, tak boleh batal, berbayar sepenuhnya, bebas royalti dan seluruh dunia di bawah hak harta intelektual (jika ada) untuk melaksanakan komen dan cadangan anda dalam Perisian tersebut serta produk dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh AVG Technologies, anggota-anggota gabungannya, dan pemberi lesen, pemegang lesen, pengganti dan pemegang serah hak masing-masing. 2. Tempoh, Penamatan. -2-
a. Tempoh. Tempoh permulaan Perjanjian ini akan bermula pada tarikh anda memuat turun atau sebaliknya memperoleh Perisian tersebut dan akan berterusan (i) selama tempoh yang anda tentukan dalam pesanan anda untuk Perisian tersebut, atau (ii) selama tempoh yang tercetak pada bungkusan Perisian tersebut jika anda membeli Perisian tersebut dalam bentuk CD atau bahantara fizikal lain, atau (iii) selama tempoh yang ditentukan oleh pembekal anda jika anda menerima Perisian tersebut yang digabungkan dengan perkakasan atau perisian lain. Jika tempoh pembaharuan tersedia, AVG Technologies akan memberi notis menawarkan anda peluang untuk membeli pembaharuan mengikut harga pembaharuan semasa pada masa itu. Tempoh permulaan dan apa-apa pembaharuan yang dibeli dirujuk sebagai “Tempoh” dalam Perjanjian ini. b. Penamatan. Di samping hak lain sedemikian yang mungkin ada mengikut undangundang atau ekuiti, AVG Technologies akan berhak menamatkan lesen yang diberikan oleh Perjanjian ini tanpa liabiliti (i) bagi kemudahan dengan memberikan notis terdahulu lima (5) hari, dengan syarat bahawa AVG Technologies akan, mengikut budi bicaranya semata-mata, sama ada membayar balik kepada anda bayaran lesen yang anda telah bayar berkaitan dengan tempoh permulaan atau tempoh pembaharuan semasa pada masa itu, prorata mengikut tempoh yang diguna pakai, atau memberikan lesen untuk produk yang serupa pada umumnya selama baki Tempoh terbabit, atau (ii) atas sebab pada bila-bila masa tanpa notis jika anda melakukan pelanggaran material Perjanjian ini. c. Kesan Penamatan. Apabila Perjanjian ini tamat tempoh atau ditamatkan, anda akan berhenti menggunakan Perisian tersebut, AVG Technologies boleh berhenti menyediakan Pengemaskinian untuk anda, dan Perisian tersebut mungkin berhenti berfungsi. Seksyen b, d, 3, 4, 5 dan 6 tidak akan terjejas walaupun Perjanjian ini tamat tempoh atau ditamatkan. 3. Pemilikan. AVG Technologies memiliki semua hak ke atas Perisian tersebut yang tidak diberikan dengan nyata oleh Perjanjian ini. Semua hak cipta, tanda dagangan dan hak harta intelektual yang dapat difikirkan dalam dan ke atas Perisian tersebut (termasuk tetapi tidak terhad kepada, tandatangan malware dan fail data lain, imej yang muncul dalam Perisian tersebut dan paparan skrin serta sebarang dan semua dokumentasi berkaitan dengan Perisian tersebut) dimiliki oleh AVG Technologies atau pemberi lesennya, dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta, triti antarabangsa dan undang-undang yang diguna pakai lain di Amerika Syarikat dan luar negeri. Sebarang salinan Perisian tersebut yang anda dibenarkan untuk buat menurut Perjanjian ini mestilah mengandungi seluruh hak cipta dan notis lain disertakan bersama salinan asal Perisian tersebut.
4. Waranti. a. Am. AVG Technologies menjamin, bahawa pada masa penyerahan Perisian tersebut dan selama tempoh tiga puluh (30) hari selepas itu, bahantara (jika ada) yang digunakan untuk menyerahkan Perisian tersebut akan bebas daripada kerosakan bahan, dan Perisian tersebut akan berfungsi pada umumnya menurut spesifikasinya. Waranti di atas merangkumi hanya -3-
Perisian tersebut seperti yang diserahkan pada asalnya dan tidak merangkumi Pengemaskinian. Remedi tunggal dan eksklusif anda bagi pelanggaran Waranti ini adalah penggantian media atau Perisian yang rosak atau, mengikut pilihan AVG Technologies, kembalikan Perisian tersebut untuk mendapatkan bayaran balik penuh. Supaya dapat menggunakan hak anda di bawah Seksyen 4, anda mesti membuang pemasangan dan memusnahkan kesemua salinan Perisian tersebut yang anda mungkin telah buat (termasuk kesemua salinan arkib), dan (i) mengikut arahan yang terdapat dalam e-mel pengesahan yang anda terima berkaitan dengan pembelian itu jika anda telah membeli Perisian tersebut melalui muat turun, atau (ii) mengembalikan Perisian tersebut di dalam bungkusan asalnya berserta dengan resit anda ke tempat belian untuk semua pembelian lain. b. Versi Beta. Walaupun terdapat peruntukan Seksyen a, PERUNTUKAN SEKSYEN 4.b INI DIGUNAKAN SEBAGAI GANTI UNTUK SEKSYEN 4.a JIKA (DAN HANYA JIKA) PERISIAN TERSEBUT ADALAH VERSI “UJIAN BETA”. Memandangkan sifat penilaian Perisian, Perisian dibekalkan secara “seperti sedia ada”, “seperti tersedia”, tanpa waranti dan tanpa sokongan atau perkhidmatan lain oleh AVG Technologies. ANDA BERSETUJU UNTUK MENGGUNAKAN PERISIAN BETA AVG TERSEBUT SEMATAMATA BAGI TUJUAN PENILAIAN DAN PENGUJIAN, DAN BAHAWA PERGANTUNGAN ANDA PADA KETERSEDIAAN ATAU KETEPATAN PERISIAN BETA AVG TERSEBUT ADALAH ATAS RISIKO ANDA SEPENUHNYA. c. Penafian. KECUALI DISEDIAKAN DENGAN NYATA OLEH SEKSYEN a PERJANJIAN INI, AVG TECHNOLOGIES MENAFIKAN SEMUA WARANTI LAIN BERKAITAN DENGAN PERISIAN TERSEBUT, MEDIA DAN SEBARANG PERKARA LAIN DALAM PERJANJIAN INI, SAMA ADA NYATA ATAU TERSIRAT, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, WARANTI TERSIRAT KEBOLEHDAGANGAN, WARANTI TERSIRAT KESESUAIAN BAGI TUJUAN TERTENTU DAN WARANTI TERSIRAT KETIDAKPELANGGARAN. AVG TECHNOLOGIES TIDAK MENJAMIN BAHAWA OPERASI PERISIAN TERSEBUT TIDAK AKAN TERGANGGU ATAU BEBAS DARIPADA RALAT, ATAU BAHAWA PERISIAN TERSEBUT AKAN MEMBERIKAN PERLINDUNGAN 100%. Sesetengah bidang kuasa tidak membenarkan pembatasan ke atas waranti tersirat, jadi pembatasan di atas mungkin tidak berkaitan dengan anda. Anda mungkin mempunyai hak lain yang berbeza mengikut bidang kuasa. d. Persekitaran Yang Berbahaya. Anda mengakui bahawa Perisian tersebut tidak direka bentuk atau dilesenkan untuk penggunaan dalam persekitaran yang berbahaya, termasuk tanpa pembatasan, operasi kemudahan nuklear, sistem navigasi pesawat udara, sistem komunikasi pesawat udara, kawalan lalu lintas udara, sistem sokongan hayat atau senjata dan sebarang persekitaran lain yang boleh menyebabkan kecederaan tubuh atau kematian akibat kegagalan Perisian tersebut atau ketidakupayaan untuk menggunakan Perisian tersebut. Tanpa mengehadkan peruntukan Seksyen b dan c Perjanjian ini, AVG Technologies dan pemberi lesennya, dengan ini menafikan sebarang waranti nyata atau tersirat kesesuaian untuk penggunaan sedemikian. 5. Pembatasan Liabiliti. SEHINGGA TAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG DIGUNA PAKAI, AVG TECHNOLOGIES ATAU PEMBEKALNYA ATAU PENJUAL SEMULANYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB -4-
KEPADA ANDA ATAU MANA-MANA PIHAK KETIGA DALAM APA JUA KEADAAN TERHADAP KEROSAKAN TIDAK LANGSUNG, LANJUTAN, SAMPINGAN, PUNITIF ATAU KHAS APA PUN, TANPA MENGHIRAUKAN SEBAB ATAU TEORI LIABILITI (TERMASUK TANPA PEMBATASAN, KEROSAKAN YANG DITANGGUNG AKIBAT KEHILANGAN KEUNTUNGAN ATAU HASIL PERNIAGAAN, KEHILANGAN PRIVASI, KEHILANGAN PENGGUNAAN SEBARANG KOMPUTER ATAU PERISIAN TERMASUK PERISIAN TERSEBUT, GANGGUAN PERNIAGAAN, KEHILANGAN MAKLUMAT PERNIAGAAN ATAU KERUGIAN KEWANGAN LAIN) YANG TIMBUL DARIPADA PERJANJIAN INI ATAU PERISIAN TERSEBUT YANG DIBEKALKAN DI BAWAH INI, WALAUPUN JIKA AVG TECHNOLOGIES TELAH DINASIHATKAN TENTANG KEMUNGKINAN KEROSAKAN SEDEMIKIAN. DALAM APA JUA KEADAAN, LIABILITI AVG TECHNOLOGIES BERKAITAN DENGAN PERISIAN TERSEBUT TIDAK AKAN MELEBIHI HARGA YANG LEBIH RENDAH ANTARA HARGA YANG ANDA SEBENARNYA BAYAR UNTUK PERISIAN TERSEBUT DAN HARGA RUNCIT CADANGAN AVG TECHNOLOGIES UNTUK PERISIAN TERSEBUT PADA TARIKH ANDA MENERIMANYA. PEMBATASAN DI ATAS AKAN DIGUNAKAN WALAUPUN TERDAPAT APA SAHAJA KEGAGALAN TUJUAN PERLU BAGI SEBARANG REMEDI TERHAD. 6. Pelbagai. a. Notis. AVG Technologies mungkin menghantar sebarang notis kepada anda melalui tetingkap timbul, kotak dialog atau cara lain, walupun anda mungkin tidak menerima notis itu kecuali dan sehingga anda melancarkan Perisian tersebut. Sebarang notis sedemikian akan dianggap telah dihantar pada tarikh AVG Technologies mula-mula membuatnya tersedia melalui Perisian tersebut, tanpa mengira bila anda sebenarnya menerimanya. b.
Privasi.
i Anda mengakui bahawa AVG Technologies mengumpul dan menghantar kepada AVG Technologies maklumat tertentu berkenaan dengan pengguna Perisian tersebut, termasuk sesetengah maklumat yang dapat mengenal pasti secara peribadi serta maklumat tertentu daripada komputer pengguna terbabit, termasuk (i) maklumat tertentu tentang perisian dan perkakasan komputer anda seperti alamat IP, sistem pengendalian, perisian dan versi pelayar Web anda, (ii) data berkenaan dengan ancaman malware berpotensi terhadap komputer anda dan sasaran ancaman itu, termasuk nama fail, cincang kriptografi, vendor, saiz, cap tarikh, maklumat tentang titik semak sistem komputer anda, yang mungkin termasuk nama laluan, fail dan aplikasi, (iii) menyalin aplikasi atau atur cara yang dianggap berniat jahat dan juga maklumat berkenaan dengan tingkah laku yang ia tunjukkan telah dikesan sebagai berniat jahat serta seting dan konfigurasi aplikasi, seperti kekunci pendaftaran berkaitan, dan (iv) maklumat tentang aplikasi yang telah salah dikelaskan sebagai berniat jahat, bermaksud bahawa ia telah dibenarkan untuk berjalan oleh pengguna terbabit selepas pengesanan. Dengan ini anda mengizinkan pengumpulan dan penggunaan maklumat sedemikian oleh AVG Technologies, dan bersetuju bahawa pengumpulan dan penggunaan maklumat sedemikian oleh AVG Technologies akan dikawal selia oleh Dasar Privasi AVG Technologies yang diterbitkan pada masa ini di www.avg.com kerana AVG Technologies mungkin menyemak semulanya dari masa ke masa.
-5-
ii DENGAN MENERUSKAN PEMASANGAN BAR ALAT, ANDA MENGAKUI DAN MENERIMA BAHAWA BAR ALAT TERSEBUT AKAN MENGUBAH SUAI “DNS ERROR PAGE” DAN “ERROR 404 PAGE” MELALUI SETING PELAYAR ANDA SELEPAS PEMASANGANNYA. TAMBAHAN PULA, SEBAIK SAHAJA DIPASANG, BAR ALAT TERSEBUT MUNGKIN MENYAMPAIKAN SESETENGAH MAKLUMAT PENGGUNAAN ASAS KEPADA VENDOR BAR ALAT TERSEBUT ATAU WAKILNYA UNTUK MEMBANTU VENDOR TERSEBUT MENYUSUN STATISTIK GLOBAL BERKENAAN DENGAN PENGGUNAAN BAR ALAT TERSEBUT OLEH PENGGUNA (contohnya berkenaan dengan bilangan pemasangan dan pengguna unik, bilangan pengklikan yang diterima oleh Bar alat tersebut, bilangan carian yang dilakukan oleh pengguna, dll.). Maklumat statistik sedemikian tidak akan termasuk sebarang maklumat yang dapat mengenal pasti pengguna secara peribadi. c. Lesen Kerajaan Amerika Syarikat. Apa-apa Perisian yang diberikan kepada Kerajaan Amerika Syarikat akan turut diberikan dengan hak dan sekatan lesen komersial yang diterangkan di bahagian lain di dalam ini. AVG Technologies memiliki semua hak tak diterbitkan di bawah undang-undang hak cipta Amerika Syarikat. d. Perjanjian Lengkap. Perjanjian ini membentuk Perjanjian Lengkap antara pihakpihak terbabit dan menggantikan semua komunikasi dan perwakilan atau perjanjian terdahulu, sama ada lisan atau bertulis, berkaitan dengan perkara tersebut. e. Pindaan, Penepian. Perjanjian ini mungkin diubah suai atau diubah sepenuhnya atau sebahagian daripadanya dengan cara apa pun melalui bentuk bertulis dan ditandatangani dengan sewajarnya oleh kedua-dua pihak pada dokumen ini atau melalui perjanjian elektronik selanjutnya yang dikemukakan oleh AVG Technologies dan diterima oleh anda. Kegagalan AVG Technologies untuk memaksa atau menguatkuasakan pelaksanaan yang tegas ke atas mana-mana peruntukan Perjanjian ini tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai penepian mana-mana peruntukan atau hak. f. Kebolehasingan. Pihak-pihak terbabit ingin dan mahu agar semua peruntukan Perjanjian ini boleh dikuatkuasakan sehingga takat maksimum yang dibenarkan oleh undangundang. Jika mana-mana peruntukan Perjanjian ini atau penggunaannya ke atas mana-mana orang atau keadaan ditafsirkan sebagai menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan sepenuhnya atau sebahagian daripadanya sehingga sebarang takat, maka peruntukan sedemikian akan ditafsirkan dengan cara untuk membenarkan kebolehkuatkuasaannya di bawah undang-undang yang diguna pakai sehingga takat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang. Walau bagaimanapun, terma-terma Perjanjian ini yang tinggal atau penggunaannya ke atas mana-mana orang atau keadaan, selain daripada yang telah ditentukan sebagai menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, akan terus berkuat kuasa dan dilaksanakan. g. Undang-Undang Yang Menguasai. Perjanjian ini akan dikawal selia oleh undangundang Negeri Delaware, Amerika Syarikat. Bidang kuasa eksklusif untuk sebarang pertikaian akan merupakan sidang mahkamah negeri atau persekutuan di Negeri Delaware, Amerika Syarikat.
-6-
h. Kawalan Eksport. Anda mengakui bahawa beberapa bahagian Perisian tersebut mungkin berasal dari Amerika Syarikat. Anda bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang Amerika Syarikat dan antarabangsa yang diguna pakai yang mengawal selia eksport dan eksport semula Perisian tersebut, termasuk Peraturan Pentadbiran Eksport Amerika Syarikat, serta sekatan pengguna akhir, kegunaan akhir dan destinasi yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat dan kerajaan lain. i. Bahasa. Asalnya Perjanjian ini disediakan dalam bahasa Inggeris. Walaupun AVG Technologies mungkin menyediakan satu atau lebih terjemahan untuk kemudahan anda, versi bahasa Inggeris akan diutamakan jika berlaku apa-apa konflik atau percanggahan.
-7-