Peraduan Kata Buddyz – Terma & Syarat 1. Peraduan Kata Buddyz ("Peraduan") adalah dianjurkan oleh DiGi Telecommunications Sdn. Bhd (201283-M) ("DiGi dan/atau Penganjur") dan dikawalselia oleh terma dan syarat ini serta manamana butiran Peraduan yang disertakan selanjutnya (jika ada) sebagaimana yang diperuntukkan oleh pihak Penganjur (secara kolektif dirujuk sebagai "Terma"). Setiap peserta bersetuju bahawa dia telah membaca dan memahami Terma penyertaan mereka dalam Peraduan ini, dan bersetuju untuk mematuhi segala Terma. 2. Peraduan ini akan bermula pukul 8.55 malam (waktu Malaysia) pada 5 Jun 2013 dan berlangsung sehingga 11:59 malam (waktu Malaysia) pada 28 Julai 2013 (termasuk) ("Tempoh Peraduan"). Peraduan ini mengandungi 8 pusingan (“Pusingan”). Setiap Pusingan berlangsung dari 8.55 malam setiap Rabu sehingga 11.59 malam setiap Ahad seterusnya (“Tempoh Pusingan”). Penyertaan yang diterima selepas Tempoh Pusingan akan terbatal secara automatik. 3. Kelayakan Peraduan: 3.1. Kecuali jika dikecualikan di bawah perenggan 3.2 dan 3.5 di bawah, Peraduan ini adalah terbuka kepada semua individu di Malaysia dalam Tempoh Peraduan ("Peserta Layak"). 3.2. Kategori berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini; 3.2.1.Pekerja tetap, kontrak dan sementara DiGi serta sekutu DiGi dan Ahli Keluarga Terdekat pekerja. 3.2.2.Agensi pengiklanan / pertandingan, pembekal kandungan yang relevan, agensiagensi lain dan pembekal yang berkaitan, termasuk subsidiary-subsidiari serta sekutu dan Ahli Keluarga Terdekat mereka. Ahli Keluarga Terdekat bermaksud mana-mana yang berikut: pasangan, bekas pasangan, pasangan de-facto, anak atau anak tiri (sama ada anak kandung atau anak angkat), ibu bapa, ibu bapa tiri, datuk atau nenek, datuk atau nenek tiri, bapa saudara, emak saudara, anak saudara, abang, kakak, saudara tiri, adik tiri atau sepupu. 3.3. Semua maklumat yang dikemukakan mestilah tepat dan lengkap serta tertakluk kepada bukti di atas permintaan oleh pihak Penganjur. 3.4. Peserta yang layak di bawah umur 18 tahun dikehendaki mendapatkan kelulusan ibu bapa atau penjaga yang sah untuk mengambil bahagian di dalam Peraduan.
Peraduan Kata Buddyz – Terma & Syarat
Halaman 1
3.5. Penganjur berhak, pada bila-bila masa, untuk mengenalpasti kesahihan penyertaan dan peserta serta membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak diserahkan mengikut Terma ditetapkan atau yang mengganggu proses penyertaan. Penyertaan yang tidak lengkap, tidak teratur, tidak boleh dibaca atau tidak betul catatan atau apa-apa penyertaan yang melanggar Terma, secara automatik akan terbatal. Tambahan pula, pihak Penganjur berhak untuk menolak mana-mana penyertaan dan / atau membatalkan hadiah seperti yang dinyatakan dalam perenggan 6 di bawah (termasuk keadaan di mana Penganjur percaya bahawa terdapat perbuatan dan amalan yang menyalahi undang-undang, menipu dan / atau penipuan); dan / atau mengubah, memotong atau menambah kepada mana-mana langkah, hadiah atau Terma, mengubah, membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan atau mana-mana bahagiannya tanpa sebarang notis. 4. Langkah Peraduan dan pemilihan Pemenang Peraduan: 4.1. Dalam mengambil bahagian dalam peraduan ini, Peserta Layak diperlukan untuk menjalankan langkah-langkah berikut dan / atau pengaktifan dan memenuhi syarat-syarat berikut: Langkah 1 Kenal pasti Kata Buddyz setiap Pusingan melalui episod #Buddyz. Langkah 2 Tweet secara kreatif menggunakan Kata Buddyz Pusingan dan hantar dengan #KataBuddyz dan #Buddyz. Pastikan akaun Twitter adalah “awam” untuk penyertaan diambil kira. 4.2. Pemenang bagi Peraduan ini akan dipilih oleh DiGi berdasarkan tweet paling kreatif ("Pemenang Peraduan"). 1 Pemenang Peraduan akan dipilih untuk setiap Pusingan. 8 Pemenang Peraduan kesemuanya dalam Tempoh Peraduan. 4.3. Peserta Layak dibenarkan untuk menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka ingin tetapi setiap akaun Twitter hanya boleh memenangi 1 hadiah seperti yang dinyatakan dalam perenggan 6 di bawah ("Hadiah"). 4.4. Semua keputusan yang dibuat dan pengumuman Pemenang Peraduan oleh DiGi adalah muktamad dan konklusif dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Pemilihan Pemenang Peraduan hendaklah mengikut budi bicara tunggal dan mutlak DiGi. 5. Pemberitahuan Pemenang Peraduan 5.1. Pemenang Peraduan akan dihubungi oleh DiGi melalui Twitter setiap Selasa selepas Tempoh Pusingan antara 11 Jun 2013 hingga 30 Julai 2013 ("Tweet Pemberitahuan").
Peraduan Kata Buddyz – Terma & Syarat
Halaman 2
5.2. Setiap Pemenang Peraduan mestilah membalas Tweet Pemberitahuan selewat-lewatnya 24 jam daripada masa Tweet Pemberitahuan untuk menuntut Hadiah. DiGi tidak akan bertanggungjawab jika penerimaan Tweet Pemberitahuan dan penghantaran Tweet Pemberitahuan kepada Pemenang Peraduan terganggu disebabkan oleh rangkaian atau lainlain isu-isu teknikal yang dihadapi oleh Pemenang Peraduan. Akuan penerimaan Tweet Pemberitahuan dan tweet maklum balas daripada Pemenang Peraduan hendaklah direkodkan oleh DiGi dan butir-butir tersebut yang direkod oleh DiGi adalah muktamad dan konklusif. 5.3. Kegagalan Pemenang Peraduan untuk memberi maklum balas kepada DiGi dalam masa (seperti yang dinyatakan dalam perenggan 5.2) akan menyebabkan kemenangan Pemenang Peraduan itu terbatal secara automatik ("Pemenang Hilang Kelayakan") dan DiGi berhak untuk memilih satu lagi Pemenang Peraduan mengikut budi bicara tunggal dan mutlak DiGi. Pemenang Hilang Kelayakan tidak akan mengemukakan apa jua tuntutan terhadap DiGi. 5.4. Satu senarai penuh Pemenang Peraduan juga akan disiarkan di http://digi.com.my/buddyz selepas 30 Julai 2013. 5.5. DiGi mestilah dapat menghubungi Pemenang Peraduan pada bila-bila masa sehinggalah Hadiah diberikan kepada Pemenang Peraduan. Sekiranya DiGi tidak dapat menghubungi Pemenang Peraduan untuk membuat persediaan mengenai Hadiah sehingga mengakibatkan kesulitan kepada DiGi atau DiGi menanggung kos tambahan, DiGi atas pilihannya berhak untuk menghubungi Pemenang Peraduan seterusnya atau melucutkan Hadiah tersebut. Pemenang Peraduan yang tidak dapat dihubungi tidak boleh mengemukakan apa jua tuntutan terhadap DiGi di atas pembatalan dan pelucutan tersebut. 6. Hadiah 6.1. Hadiah bagi Peraduan ini ialah 8 telefon HTC One bernilai RM2,299 setiap satu, anjuran HTC Malaysia. 6.2. Hadiah tidak boleh ditukar hakmilik dan / atau ditukar ganti dan bukan untuk dijual. Wang tunai tidak akan ditawarkan sebagai alternatif. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menggantikan mana-mana hadiah yang telah dinyatakan di atas dengan hadiah yang sama nilai tanpa pemberitahuan awal. Bagi mengelakkan keraguan, jika Pemenang Peraduan tidak dapat menerima Hadiah, Penganjur berhak memilih pemenang terdekat di dalam senarai mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya dan dalam perihal ini, Pemenang yang tidak dapat menerima Hadiah tidak boleh mengemukakan apa jua tuntutan terhadap pihak Penganjur. 6.3. DiGi tidak bertanggungjawab bagi sebarang perbelanjaan dan / atau kos untuk menerima Hadiah, dan sebarang perbelanjaan dan / atau kos tersebut perlulah ditanggung oleh Pemenang Peraduan.
Peraduan Kata Buddyz – Terma & Syarat
Halaman 3
6.4. Sekiranya Pemenang Peraduan didapati tidak layak pada bila-bila masa semasa atau selepas Tempoh Peraduan, DiGi berhak untuk membatalkan Pemenang tersebut dan untuk membatalkan / menarik balik / memanggil balik atau menahan Hadiah daripada dihantar kepada Pemenang yang tidak layak. Jika Pemenang telah menikmati Hadiah, Pemenang yang tidak layak dengan ini bersetuju dan akujanji untuk mengembalikan Hadiah kepada DiGi atau atas pilihan DiGi, membayar ganti rugi kos Hadiah kepada DiGi, yang sekiranya gagal, DiGi mempunyai hak untuk mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan perlu terhadap Pemenang yang tidak layak. 6.5. Terma dan syarat yang mentadbir barangan Hadiah hendaklah terpakai. 6.6. Pemenang Hadiah mesti menandatangani dan mengembalikan mana-mana Perlepasan Liabiliti / Hadiah Borang Penerimaan yang diberikan (jika ada). Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan kehilangan kelayakan dan pemilihan pemenang alternatif. 7. Setiap peserta bersetuju:7.1. Untuk melepaskan dan tidak menyalahkan Penganjur dan / atau Pihak Ditentukan terhadap mana-mana dan / atau segala kerugian, kerosakan, hak, tuntutan dan sebarang jenis tindakan berhubung dengan Peraduan (termasuk akibat daripada penerimaan, pemilikan, penggunaan, atau penyalahgunaan mana-mana hadiah, atau perjalanan ke atau dari apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan hadiah dan tuntutan berdasarkan fitnah, atau pencerobohan privasi). 7.2. Bahawa pihak Penganjur dan / atau Pihak Ditentukan tiada membuat waranti, tersurat atau tersirat, dalam fakta atau di sisi undang-undang, berkaitan dengan penggunaan atau penikmatan mana-mana hadiah, termasuk, tanpa had, kualiti mereka, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu. 7.3. Bahawa Penganjur dan / atau Pihak Ditentukan tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian, ganti rugi, hak, tuntutan dan tindakan apa-apa jenis (termasuk tanpa terhad kepada kehilangan kerosakan kepada harta atau mana-mana kecederaan peribadi atau kehilangan nyawa, kehilanganpendapatan, keuntungan atau namabaik, secara langsung atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau ganti rugi khas mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) walau bagaimanapun timbul sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya, berkaitan dengan Peraduan, dan / atau hadiah, walaupun Penganjur telah dinasihatkan kemungkinan kerugian tersebut terlebih dahulu, sama ada atau tidak disebabkan dan / atau timbul daripada: 7.3.1.kegagalan, gangguan, komunikasi tidak sampai atau kesukaran dalam apa jua bentuk, sama ada manusia, mekanikal atau elektrik berkaitantelefon, elektronik, perkakasan atau program perisian, rangkaian, internet, pelayan atau komputer, ,
Peraduan Kata Buddyz – Terma & Syarat
Halaman 4
termasuk, tanpa had kepada, penerimaan dan kemasukan maklumat yang tidak betul atau tidak tepat atas talian; 7.3.2.Emel yang lewat, hilang, tertangguh, salah arah, tidak lengkap, tidak boleh dibaca atau difahami; 7.3.3.Serangan virus dan / atau jangkitan sebarang perisian yang berbahaya kepada telefon bimbit pelanggan yang timbul daripada memuat turun kandungan ini, manamana yang gagal, tidak lengkap, hilang, tidak teratur, campur aduk, terganggu, ketiadaan ada atau kelewatan penghantaran elektronik; 7.3.4.Apa-apa keadaan yang disebabkan oleh peristiwa-peristiwa di luar kawalan Penganjur termasuk yang disebabkan oleh apa-apa tindakan Tuhan, perang, rusuhan, mogok, sekat masuk, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, kemarau, ribut atau sebarang kejadian di luar kawalan munasabah Penganjur; 7.3.5.Mana-mana cetakan atau kesilapan tipografi dalam mana-mana bahan-bahan yang berkaitan dengan Peraduan; 7.3.6.Apa-apa tuntutan oleh pihak ketiga bagi pelanggaran hak harta intelek; Pihak Ditentukan bermaksud: DiGi, dan pekerjanya, pegawai, pengarah, pemegang saham, syarikat induk, sekutu, subsidiari, pemegang lesen, ejen, wakil-wakil dan kontraktor termasuk pengiklanan, Peraduan , dan agensi-agensi pemenuhan, dan penasihat undang-undang dan / atau penganjur bersama. 8. Dengan menyertai Peraduan ini, setiap peserta bersetuju dan membenarkan butiran-butiran tersebut termasuk tanpa had data peribadi / maklumat yang dikumpul, diproses dan digunakan oleh pihak Penganjur untuk: 8.1. Tujuan Peraduan; 8.2. Pemasaran dan aktiviti Peraduan yang dijalankan mengikut apa-apa cara sebagaimana Penganjur melihat patut di seluruh dunia di mana-mana media termasuk tanpa had Internet, tanpa kebenaran nyata selanjutnya dari, dan bayaran atau balasan kepada peserta berkaitan. Aktiviti pemasaran dan Peraduan termasuk tanpa had penggunaan dan / atau penerbitan apaapa maklumat yang disediakan di dalam dan / atau berkaitan penyertaan, bahan temu bual termasuk maklumbalas dan gambar-gambar yang berkaitan. Dalam hal ini, setiap peserta bersetuju untuk bekerjasama dan mengambil bahagian tanpa persetujuan nyata lanjut dan / atau bayaran atau balasan, dalam semua aktiviti pengiklanan dan publisiti munasabah Pengajur yang berkaitan dengan Peraduan.
Peraduan Kata Buddyz – Terma & Syarat
Halaman 5
8.3. Pemberitahuan/maklumat Peraduan lain, pemasaran dan publisiti termasuk Peraduan masa depan, pemasaran dan pemberitahuan publisiti / maklumat dari Penganjur dari masa ke semasa. 9. Di samping itu, jika mana-mana data / maklumat terutamanya data peribadi berkaitan dengan para peserta dan / atau pihak ketiga (jika berkenaan) telah diserahkan kepada Penganjur dan / atau oleh mana-mana peserta berkaitan dengan Peraduan ini, setiap peserta: 9.1. Waran bahawa dia memiliki segala kebenaran yang perlu dan hendaklah terus mengekalkan kebenaran tersebut seperti mungkin diperlukan untuk Penganjur dan / atau penggunaan dan pemprosesan data / maklumat; 9.2. Bersetuju bahawa ia hendaklah menjadi tanggungjawab peserta tersebut untuk menasihati Penganjur secara bertulis sekiranya ada apa-apa perubahan yang relevan dalam data / maklumat yang diberikan kepada Penganjur yang memerlukan tindakan pada bahagian Penganjur. 10. Di mana perkataan termasuk atau khususnya digunakan di sini, mereka dianggap mempunyai perkataan tanpa had mengikuti mereka. Jika konteks membenarkan, perkataan yang lain dan sebaliknya adalah ilustrasi dan tidak boleh membataskan maksud perkataan sebelum mereka. 11. Kegagalan oleh DiGi untuk menguatkuasakan mana-mana Terma dalam apa-apa keadaan tidak akan menimbulkan situasi di mana tuntutan boleh dibuat oleh mana-mana orang. 12. Semua terma dan syarat lain yang mengawalselia penggunaan mana-mana perkhidmatan telekomunikasi mudah alih DiGi terpakai di sini mutatis mutandis. 13. Terma & Syarat bagi Peraduan disediakan di http://digi.com.my/buddyz.
Peraduan Kata Buddyz – Terma & Syarat
Halaman 6