TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Program Faedah Bonus CIMB 2015 1. “CIMB” merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P). Tempoh Kempen 2. “Program Faedah Bonus CIMB 2015” (“Kempen ini”) akan berlangsung dari 1 September 2015 hingga 29 Februari 2016, termasuk kedua-dua tarikh tersebut (“Tempoh Kempen”). 3. CIMB berhak mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen dengan memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar.
Kelayakan 4. Kempen ini terbuka secara eksklusif kepada semua pemegang akaun bagi Akaun Semasa dan atau Akaun Simpanan Konvensional CIMB Bank (tidak termasuk Akaun Mata Wang Asing) sedia ada (“Akaun Sertaan”) dan yang menerima Direct Mailer daripada CIMB Bank tentang Kempen ini sebagai pelawaan untuk menyertai Kempen ini (selepas ini dirujuk sebagai “Peserta Layak”) KECUALI kategori orang berikut: i)
ii)
iii) iv)
Kakitangan atau pekerja tetap, sementara dan/atau kontrak CIMB (termasuk anak syarikat dan syarikat berkaitannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu suami/isteri, anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik); dan/atau Wakil dan/atau agen (termasuk agen pengiklanan dan promosi) CIMB, MasterCard Worldwide Pte. Limited, sebuah syarikat yang ditubuhkan di State of Delaware,yang mempunyai pejabat dan tempat perniagaan utamanya di 2000 Purchase Street, Purchase, New York, NY 10577-2509, United States of America (“MasterCard”) (termasuk anak syarikat dan syarikat berkaitan mereka masing-masing); dan/atau Keempunyaan tunggal, Perkongsian, Organisasi/Pertubuhan Amal/Bukan Untung, Pelanggan Korporat dan Perdagangan Individu berusia kurang daripada 18 tahun.
Berhubung dengan Akaun Sertaan bersama, hanya pemegang akaun yang pertama sekali dinamakan iaitu pemegang akaun utama layak menyertai Kempen (“Pemegang Akaun Utama”). Bagi tujuan Kempen ini, pemegang akaun bersama akan diperlakukan sebagai satu pemegang akaun. Untuk mengelakkan keraguan, pemegang akaun Simpanan/Semasa sekunder tidak layak menyertai Kempen ini. Sila lihat jadual di bawah untuk ilustrasi klausa ini. Jenis Akaun
Pemegang Akaun
Hak
Akaun Semasa Individu Akaun Simpanan Individu Akaun Simpanan Semasa
Vernon Vernon Vernon (Pemegang Akaun Utama) & Abang (Pemegang Akaun Sekunder)
Ya Ya Ya
Program Faedah Bonus CIMB
Muka surat1
Akaun Semasa Bersama
Vincent (Pemegang Akaun Utama) & Vernon (Pemegang Akaun Sekunder)
Tidak
Kriteria Kelayakan 5. Untuk menyertai Kempen ini, Peserta Layak hendaklah: i) Memenuhi jumlah deposit tambahan minimum dalam Akaun Sertaannya seperti yang dinyatakan dalam Direct Mailer dan mengekalkan jumlah tersebut dalam Akaun Sertaannya sepanjang Tempoh Kempen; dan ii) Melaksanakan mana-mana satu (1) daripada transaksi berikut: a) Membuat 2 pembayaran bil melalui CIMB Clicks pada atau sebelum 31 Oktober 2015, atau b) Mengecaj perbelanjaan runcit sebanyak minimum RM200 kepada mana-mana Debit Mastercard CIMB Bank sertaan Peserta Layak pada atau sebelum 31 Oktober 2015. 6. “Deposit Tambahan” dalam Klausa5i) ditakrifkan sebagai Baki Purata Tambahan (“IAB”) dalam Akaun Sertaan Peserta Layak yang dikira sepanjang Tempoh Kempen. IAB dikira berdasarkan baki purata bulanan (“MAB”) berbanding dengan “Jumlah Asas” seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah: Jumlah Asas Baki Purata Bulanan 1 (“MAB1”) Baki Purata Bulanan 2 (“MAB2”) Baki Purata Bulanan 3 (“MAB3”) Baki Purata Bulanan 4 (“MAB4”) Baki Purata Bulanan 5 (“MAB5”) Baki Purata Bulanan 6 (“MAB6”) Baki Purata sepanjang 6 bulan (“AVB”) Baki Purata Tambahan (IAB)
Jumlah penuh baki hariandari 1 Mei 2015 – 31 Julai 2015 Bilangan haridari 1 Mei 2015 – 31 Julai 2015 Jumlah penuh baki hariandari 1 Sep 2015 – 30 Sep 2015 Bilangan haridari 1 Sep 2015 – 30 Sep 2015 Jumlah penuh baki hariandari 1 Okt 2015 – 31 Okt 2015 Bilangan haridari1 Okt 2015 – 31 Okt 2015 Jumlah penuh baki hariandari 1 Nov 2015 – 30 Nov 2015 Bilangan haridari1 Nov 2015 – 30 Nov 2015 Jumlah penuh baki hariandari 1 Dis 2015 – 31 Dis 2015 Bilangan haridari 1 Dis 2015 – 31 Dis 2015 Jumlah penuh baki hariandari 1 Jan 2016 – 31 Jan 2016 Bilangan haridari1 Jan 2016 – 31 Jan 2016 Jumlah penuh baki hariandari 1 Feb 2016 – 29 Feb 2016 Bilangan haridari 1 Feb 2016 – 29 Feb 2016 MAB1 + MAB2 + MAB3 + MAB4 + MAB5 + MAB6 6 AVB–Jumlah Asas
7. Perbelanjaan runcit yang dirujuk dalam Klausa 5ii)b)bermaksud transaksi pembelian untuk barangan dan perkhidmatan yang ditanggung untuk penggunaan peribadi dan bukan bagi tujuan perniagaan dan tidak termasuk transaksi pertaruhan atau perjudian. Untuk mengelakkan keraguan, transaksi berikut juga dikecualikan dengan nyata di dalam ini dan tidak akan dianggap perbelanjaan runcit:i) Transaksi Kuasi Tunai – (contoh: transaksi pertaruhan dan/atau perjudian); ii) Yuran dan caj;
Program Faedah Bonus CIMB
Muka surat2
iii) Pembayaran untuk premium insurans dan/atau sumbangan takaful tidak kira jenisnya; iv) Transaksi pengeluaran/deposit tunai; v) Transaksi pembelian layak yang selepas itu dibatakan atau dikembalikan, dipertikaikan, tidak dibenarkan atau menipu. 8. Sebarang penentuan oleh CIMB tentang apakah Perbelanjaan Runcit yang dirujuk dalam Klausa 7 adalah konklusif dan tidak boleh dicabar dalam apa cara jua kecuali penentuan tersebut nampaknya benar-benar tidak adil. 9. Pembayaran bil yang dirujuk dalam Klausa5ii)a)bermaksud pembayaran bil yang dibuat daripada Akaun Sertaan berkaitan dengan yang berikut sahaja: i) CIMB Clicks Favourite Biller; dan ii) CIMB Clicks Biller. Mekanisme Kempen 10. Tertakluk kepada terma dan syarat di dalam ini, Peserta Layak yang memenuhi keperluan yang dinyatakan dalam Klausa 5 berhak menikmati faedah bonus tambahan sebanyak 3% setahun ke atas IAB (“Faedah Bonus”). 11. Pengiraan faedah bonus tambahan sebanyak 3% setahun adalah seperti berikut: IAB x Kadar Bonus (3%) x Bil. hari dalam Tempoh Kempen / 365 hari 12. Untuk kemudahan rujukan, jadual di bawah adalah ilustrasi pengiraan IAB dan Faedah Bonus yang berhak diperolehi oleh Peserta Layak dalam Tempoh Kempen:Senario 1: Dengan andaian bahawa Pelanggan A mempunyai jumlah asas sebanyak RM500 dan dikehendaki mengekalkan Baki Purata Tambahan (IAB) minimum sebanyak RM3,000 sepanjang Tempoh Kempen: Tempoh
Bilangan Hari
Baki Purata Bulanan (MAB)
Sep-15 (MAB1) Okt-15 (MAB2) Nov-15 (MAB3) Dis-15 (MAB4) Jan-16 (MAB5) Feb-16 (MAB6) Jumlah Pengiraan
30 31 30 31 31 29 182
RM3,500 RM3,900 RM4,550 RM4,070 RM3,070 RM3,780
AVB IAB Faedah Bonus
MAB1 + MAB2 + MAB3 + MAB4 + MAB5 + MAB6 6 AVB –Jumlah Asas IAB x Kadar Bonus (3%) x 182 / 365 hari
RM3,812 RM3,312 RM49.54
Pelanggan A layak memperolehi Faedah Bonus sebanyak RM49.54.
Program Faedah Bonus CIMB
Muka surat3
Senario 2: Dengan andaian bahawa Pelanggan B mempunyai jumlah asas sebanyak RM2,000 dan dikehendaki mengekalkan Baki Purata Tambahan (IAB) minimum sebanyak RM3,000 sepanjang Tempoh Kempen: Tempoh
Bilangan Hari
Baki Purata Bulanan (MAB)
Sep-15 (MAB1) Okt-15 (MAB2) Nov-15 (MAB3) Dis-15 (MAB4) Jan-16 (MAB5) Feb-16 (MAB6) Jumlah Pengiraan
30 31 30 31 31 29 182
RM5,000 RM5,400 RM6,050 RM5,570 RM4,570 RM5,280
AVB IAB Faedah Bonus
MAB1 + MAB2 + MAB3 + MAB4 + MAB5 + MAB6 6 AVB – Jumlah Asas IAB x Kadar Bonus (3%) x 182 / 365 hari
RM5,312 RM3,312 RM49.54
Pelanggan B juga layak memperolehi Faedah Bonus sebanyak RM49.54. Senario 3: Dengan andaian bahawa Pelanggan C mempunyai jumlah asas sebanyak RM10,000 dan dikehendaki mengekalkan Baki Purata Tambahan (IAB) minimum sebanyak RM5,000 sepanjang Tempoh Kempen: Tempoh
Bilangan Hari
Baki Purata Bulanan (MAB)
Sep-15 (MAB1) Okt-15 (MAB2) Nov-15 (MAB3) Dis-15 (MAB4) Jan-16 (MAB5) Feb-16 (MAB6) Jumlah Pengiraan
30 31 30 31 31 29 182
RM12,000 RM12,100 RM15,100 RM16,100 RM15,600 RM15,000
AVB IAB Faedah Bonus
MAB1 + MAB2 + MAB3 + MAB4 + MAB5 + MAB6 6 AVB – Jumlah Asas IAB x Kadar Bonus (3%) x 182 / 365 hari
RM14,317 RM4,317 RM0
Pelanggan C TIDAK layak memperolehi Faedah Bonus kerana Deposit Tambahannya adalah kurang daripada RM5,000.
Program Faedah Bonus CIMB
Muka surat4
Senario 4: Dengan andaian bahawa Pelanggan D mempunyai jumlah asas sebanyak RM2,000 dan dikehendaki mengekalkan Baki Purata Tambahan (IAB) minimum sebanyak RM3,000 sepanjang Tempoh Kempen: Tempoh
Bilangan Hari
Baki Purata Bulanan (MAB)
Sep-15 (MAB1) Okt-15 (MAB2) Nov-15 (MAB3) Dis-15 (MAB4) Jan-16 (MAB5) Feb-16 (MAB6) Jumlah Pengiraan
30 31 30 31 31 29 182
RM2,000 RM2,000 RM8,500 RM8,800 RM8,700 RM9,000
AVB IAB Faedah Bonus
MAB1 + MAB2 + MAB3 + MAB4 + MAB5 + MAB6 6 AVB –Jumlah Asas IAB x Kadar Bonus (3%) x 182 / 365 hari
RM6,500 RM4,500 RM67.32
Pelanggan D layak memperolehi Faedah Bonus sebanyak RM67.32. 13. Peserta Layak boleh terus melaksanakan pengeluaran dan deposit ke dalam Akaun Sertaan mereka selagi Baki Purata Tambahan dikekalkan sepanjang Tempoh Kempen. 14. Sekiranya Peserta Layak mempunyai beberapa Akaun Sertaan, Baki Purata Bulanandalam Akaun Sertaan akan diagregat untuk mengira AVB danIAB sepanjang Tempoh Kempen. 15. Tertakluk kepada terma dan syarat di dalam ini, Faedah Bonus akan dikreditkan kepada Akaun Sertaan Peserta Layak dengan baki tertinggi dalam masa 6 hingga 8 minggu selepas Tempoh Kempen. Terma-terma dan Syarat-syarat Am 16. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak bersetuju terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan keputusan CIMB. Akaun Sertaan HENDAKLAH (i) tidak memungkiri terma dan syarat material dalam perjanjian akaun CIMB atau Perjanjian Perbankan Internet CIMB Clicks atau Perjanjian Perbankan Mudah Alih CIMB Clicks; (ii) masih dibuka dan tidak ditamatkan atau ditutup atau dikenakan sebarang penahanan, perintah bertentangan yang dibuat oleh Mahkamah atau apa-apa pihak berkuasa yang dibenarkan oleh undang-undang, mungkir, dan/atau menjadi tidak sah atau dibatalkan menurut takrifan CIMB Bank, jika tidak Peserta Layak akan disingkirkan daripada menyertai Kempen ini dan tidak layak menerima Faedah Bonus. 17. Keputusan hakim CIMB Bank berhubung dengan setiap aspek Kempen adalah muktamad, mengikat dan konklusif dengan syarat sentiasa bahawa keputusan hendaklah nampaknya adil dan munasabah. Sebarang surat-menyurat lanjut, rayuan, bantahan atau percubaan untuk mempertikaikannya tidak akan dilayan.
Program Faedah Bonus CIMB
Muka surat5
18. CIMB tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan dalam apa cara jua berhubung dengan sebarang kerosakan teknikal apa jua jenisnya, apa jua campur tangan, gangguan dan/atau kepincangan elektronik atau manusia dalam pentadbiran dan/atau pemprosesan transaksi yang dilaksanakan melalui CIMB Clicks kecuali ini disebabkan kecuaian atau keingkaran melampau CIMB Bank. 19. CIMB berhak menggantung, membatalkan, menamatkan atau menarik balik Kempen ini secara keseluruhan atau sebahagian, dengan memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Peserta Layak. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang penggantungan, pembatalan, penamatan atau penarikan balik Kempen ini tidak akan memberikan hak kepada Peserta Layak untuk membuat sebarang tuntutan atau mendapat sebarang pampasan terhadap CIMB atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Peserta Layak yang diakibatkan secara langsung atau tidak langsung oleh tindakan penggantungan, pembatalan atau penamatan kecuali ini disebabkan oleh kecuaian melampau atau keingkaran yang disengajakan oleh CIMB. 20. CIMB berhak, dengan memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar untuk mengubah (sama ada dengan menambah, memotong, memodifikasi, meminda atau sebaliknya walau bagaimanapun jua) (“Pindaan”) mana-mana terma dan syarat ini pada bila-bila masa. Makluman tentang Pindaan kepada Peserta Layak akan dilakukan melalui mana-mana satu cara komunikasi berikut menurut budi bicara mutlak CIMB, iaitu melalui pos biasa ke alamat Peserta Layak yang terakhir diketahui atau dengan memaparkan notis tentang Pindaan di setiap cawangan CIMB atau menyiarkan iklan mengenai Pindaan dalam satu akhbar pilihan CIMB atau melalui laman web CIMB dan Pindaan akan dianggap mengikat dari tarikh makluman Pindaan atau dari sebarang tarikh lain yang boleh ditetapkan oleh CIMB dalam makluman. 21. CIMB tidak menanggung sebarang tanggungjawab kepada mana-mana pihak, termasuk Peserta Layak, atas sebarang kerugian atau kerosakan tidak kira sifatnya yang dialami oleh Peserta Layak atau mana-mana pihak (termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kecederaan atau kematian, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, gantirugi langsung atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas yang ditanggung oleh mana-mana pihak) berkaitan dengan tindakan Peserta Layak menyertai dan/atau tidak menyertai Kempen termasuk berbangkit daripada Direct Mailer yang diterima, tidak diterima dan/atau lewat diterima oleh Peserta Layak kecuali ini disebabkan oleh kecuaian melampau dan keingkaran yang disengajakan oleh CIMB. 22. Untuk maklum balas dan/atau aduan berkaitan dengan Kempen ini, Peserta Layak boleh menghubungi ‘Customer Resolution Department’ CIMB di alamat, nombor telefon dan nombor faks berikut (atau di mana-mana alamat, nombor telefon dan nombor faks lain yang boleh diubah oleh CIMB dengan memaklumkan Peserta Layak): Customer Resolution Unit, Level 19, Menara Bumiputra-Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tel: 1 300 880 900 / Faks: 603 2691 3248/
[email protected].
Program Faedah Bonus CIMB
Muka surat6