“Lebih Rangup Lagi Best” Peraduan TERMA DAN SYARAT KELAYAKAN & TEMPOH PERADUAN “Lebih Rangup Lagi Best” Contest ("Contest") dianjurkan oleh BJC Foods (Malaysia) Sdn. Bhd. (115128-A) (“BJFM”) dan peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang menetap di Malaysia berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas. Peserta yang berumur di bawah lapan belas (18) tahun mestilah mendapatkan kebenaran daripada ibubapa dan/atau penjaga sebelum mengambil bahagian dalam Peraduan ini. Peraduan ini akan bermula jam 00:00:00 AM pada 1st Ogos 2017 sehingga jam 23:59:59 PM pada 31st Oktober 2017 (“Tempoh Peraduan”). BJFM mempunyai hak untuk mengubah Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis pemberitahuan. Semua permohonan yang diterima di luar dari Tempoh Peraduan tidak akan dipertimbangkan sama sekali. Kakitangan BJFM (termasuk syarikat gabungan dan syarikat-syarikat berkaitan) dan ahli keluarga terdekat, wakil, pekerja dan / atau ejen pengiklanan dan / atau penyedia perkhidmatan promosi BJFM (termasuk syarikat gabungan dan syarikat-syarikat berkaitan) dan ahli keluarga terdekat mereka dan / atau vendor percetakan yang dipilih oleh BJFM dan juga pemaju perisian mereka dan (termasuk ahli keluarga mereka yang terdekat) tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini.
ARAHAN PERADUAN/ PENYERTAAN 1. Untuk menyertai peraduan ini, peserta perlu beli mana-mana satu Tasto Potato Chip 55g atau Tasto Potato Crisps 110g. 1 belian = 1 penyertaan= 1 SMS 2.
Peserta dihendaki untuk menjawab pernyataan berikut dengan jawapan A atau B: Tasto is… A. Try new thing B. Same is Good
3. Peserta perlu SMS kami dengan dengan name, I/C, Jawapan A atau B, tarikh resit dan kod rujukan (jika ada): Taip Tasto
Name Penuh I/C No Jawapan A atau B Tarikh Resit Name rujukan (jika ada) Contoh: Dengan rujukan Tasto Amirah Binti Muhammad 990901135648 B 010517 02 (jika ada) Contoh: Tanpa rujukan Tasto Amirah Binti Muhammad 990901135648 B 010517
Orang rujukan ialah orang yang dipilih dari peraduan Jejak dan Menang tahun lepas 2016 (pemenang bulanan dan pemenang hadiah utama). Setiap daripada mereka akan diberikan kod rujukan untuk kawan- kawan serta ahli keluarga lain untuk ditaipkan dalam SMS.
Kod Rujukan
Nama Rujukan
I/C No
01
Ngu Seng Hing
75xxxx-xx-5319
02
Kalijah Binti Lebai Abd Samad
55xxxx-xx-5542
03
74xxxx-xx-5523
04
Heong Mun Choong Tan Eng Teng
05
Nurul Amiza Nadhirah Binti Rashid
92xxxx-xx-5942
06
Chow Kien Wei
89xxxx-xx-5415
07
Sin Yew Kin
81xxxx-xx-5959
08
Murni Binti Azmi
82xxxx-xx-5436
09
Vania Quah Shih Lyn
92xxxx-xx-6174
10
Chua Wei Jim
91xxxx-xx-5011
11
Nur Izzaty Tiffany Rizalynnaz
90xxxx-xx-6344
12
NURUL WAHIDA BINTI SAHRUDDIN
85xxxx-xx-5000
13
Mohd Syaufiq bin Mat Saad
87xxxx-xx-5623
14
MOHAMAD ZAMRI BIN MOHAMAD FAZIL
85xxxx-xx-5587
15
Tan Khe Beng
46xxxx-xx-5693
16
etelka michelle warner
88xxxx-xx-5056
17
DHALIA @ EVELYN BINTI LAMJIN
85xxxx-xx-5068
18
MAHYUDIN BIN IBAK
66xxxx-xx-6277
19
SHUM SIEW CHOONG
76xxxx-xx-5931
20
Wong Sy Ji
75xxxx-xx-5378
21
Wee Choon Lan
44xxxx-xx-5250
22
Hoh Kah Wei
97xxxx-xx-5611
23
Loh Liat Fong
66xxxx-xx-5411
24
KHALID BIN ISMAIL
48xxxx-xx-5271
25
Mohd Azaruddin bin Ramli
75xxxx-xx-8131
26
Low Kah Veng
75xxxx-xx-5191
27
Fareen Farisya/ Izuana Binti Mahmad Sani
03xxxx-xx-0044
28
Nor Zalinah Binti Othman
62xxxx-xx-5342
29
Mohd Syauqi Bin Mat Saad
96xxxx-xx-5057
30
Howe Yene Chan
85xxxx-xx-5971
31
Nurul Nabilah Binti Mahyudin
98xxxx-xx-6290
32
Azlan Bin Abdul Aziz
70xxxx-xx-5243
33
Lee Ah Foo
45xxxx-xx-5468
34
Raja Zainah Binti Daing Kadir
62xxxx-xx-5274
35
Makandran A/L Subramanian
71xxxx-xx-5079
36
Ahmad Relauddin Bin Ismail
73xxxx-xx-5951
37
Azman Bin Idris
72xxxx-xx-5717
38
Ismail Bin Hussin
70xxxx-xx-5679
39
Kang Eng Lee
46xxxx-xx-5335
40
Tan Ching Ping
72xxxx-xx-5566
79xxxx-xx-5657
4. Para peserta akan mendapat pengesahan melalui SMS daripada BJFM. (Simpan resit dan pembungkusan untuk bukti pembelian)
SYARAT-SYARAT ASAS UNTUK PENYERTAAN Penyertaan yang lengkap mestilah ada:a) Resit dan bungkusan Tasto mesti disimpan sebagai bukti pembelian, apabila peserta dipilih sebagai pemenang, resit akan disahkan oleh BJFM b) Jawab pernyataan dengan betul diikuti dengan format SMS yang ditetapkan. c) Nama Peserta (mengikut kad pengenalan) dan Nama Penjaga (bagi peserta yang berumur di bawah 18 tahun) d) Para peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan (1 belian= 1 penyertaan= 1 SMS / 10 belian = 10 penyertaan= 10 SMS)
TEMPOH MASA PERADUAN DAN PEMILIHAN Pemenang Bulanan Pemenang Bulanan akan dipilih berdasarkan pembelian produk Tasto yang paling banyak dengan maklumat yang tepat dan jawapan yang betul dalam SMS. Sepuluh pemenang dengan pembelian yang tertinggi akan dipilih melalui penjejakan SMS. Terdapat 30 hadiah dalam tempoh 3 bulan. Bulan 1 Bulan 2 Bulan 3
: : :
Hadiah-hadiah bulanan: Hadiah Pertama x 1 Hadiah Kedua x 1 Hadiah Ketiga x 1 Hadiah Keempat x 1 Hadiah Kelima x 1 Hadiah Keenam x 1 Hadiah Ketujuh x 1 Hadiah Kelapan x 1 Hadiah Kesembilan x 1 Hadiah Kesepuluh x 1
1st Ogos- 31st Ogos 2017 1st September – 30th September 2017 1st Oktober – 31st Oktober 2017
: : : : : : : : : :
Hua Wei P9 Lexis Resort 2d1n Lexis Resort 2d1n Petronas Gift Card bernilai RM500 Petronas Gift Card bernilai RM500 Wang Tunai RM300.00 Wang Tunai RM300.00 Wang Tunai RM200.00 Wang Tunai RM200.00 Wang Tunai RM200.00
(1 pemenang) (1 pemenang) (1 pemenang) (1 pemenang) (1 pemenang) (1 pemenang) (1 pemenang) (1 pemenang) (1 pemenang) (1 pemenang)
Pemenang Hadiah Utama Pemenang Hadiah Utama akan dipilih secara rawak berdasarkan kiraan.Lima puluh (50) peserta melalui SMS akan disenarai pendek menjadi “pemenang disenaraikan pendek” berdasarkan kriteria di mana “pemenang disenaraikan pendek” belum pernah memenangi apa-apa hadiah sebelum ini. Jumlah penyertaan yang betul akan dibahagikan dengan jumlah bilangan pemenang yang disenarai pendek. Contoh: Terdapat sebanyak jumlah 500 penyertaan. Jumlah penyertaan akan dibahagikan dengan 50 dan pemenang yang ke-10 dengan penyertaan yang betul akan dipilih sebagai pemenang hadiah utama.
Terdapat lima hadiah untuk pemenang hadiah utama. Hadiah Pertama
:
Wang Tunai RM20 ,000.00
Hadiah Kedua
:
Baucar Percutian RM5,000.00
Ipad Pro Wang Tunai RM1,000.00 Hadiah Ketiga
:
Baucar Percutian RM4,000.00 Go Pro Wang Tunai RM1,000.00
Hadiah Keempat
:
Baucar Percutian RM3,000.00 Samsung Tablet Wang Tunai RM1,000.00
Hadiah Kelima
:
Baucar Percutian RM2,000.00 Petronas Giftcard bernilai RM500 Wang Tunai RM1000.00
Hadiah Istimewa Hadiah istimewa adalah khusus untuk pemenang peraduan Jejak dan Menang tahun 2016 (pemenang bulanan dan pemenang hadiah utama). Setiap daripada mereka akan diberikan kod rujukan untuk disertakan bersama di dalam SMS. Pemilik kod rujukan berkenaan perlu memperkenalkan peraduan ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain. Terdapat lima hadiah untuk hadiah istimewa: Hadiah Pertama x 1 : Wang Tunai RM2,000.00 Hadiah Kedua x 1 : Wang Tunai RM1,000.00 Hadiah Ketiga x 1 : Wang Tunai RM800.00 Hadiah Keempat x 1 : Wang Tunai RM500.00 Hadiah Kelima x 1 : Wang Tunai RM200.00
Pemenang akan ditentukan oleh panel hakim daripada BJFM selepas peraduan tamat. Hadiah yang tidak dituntut oleh pemenang akan diberikan kepada pemenang seterusnya. Hadiah bulanan dan hadiah utama akan ditentukan oleh pihak BJFM. BJFM tidak akan bertanggungjawab selain daripada yang dinyatakan dalam erma dan syarat ini. Para pemenang akan dimaklumkan melalui TASTO Facebook Wall, TASTO laman web, telefon, SMS atau apa-apa cara komunikasi yang lain yang disifatkan sesuai oleh BJFM.
PARA PEMENANG 1. BJFM akan menghantar hadiah kepada para Pemenang melalui pos atau mana-mana cara penghantaran yang dianggap sesuai oleh BJFM. 2. Para Pemenang hendaklah menanggung segala kos yang dikenakan sama ada secara langsung ataupun sampingan (jika ada) untuk menuntut hadiah masing-masing. 3. BJFM tidak akan bertanggungjawab sekiranya hadiah tersebut hilang atau rosak dalam proses penghantaran kepada para Pemenang. Untuk hadiah wang tunai, cara penerimaan hadiah adalah melalui cek “akaun penerima sahaja” yang dikeluarkan oleh BJFM. Tiada penggantian cek akan dilayan sekiranya butiran yang diberikan adalah tidak betul. 4. Para Pemenang dikehendaki memberikan nama penuh seperti di dalam kad pengenalan, nombor kad pengenalan, alamat surat-menyurat, nombor telefon atau telefon bimbit bagi membolehkan BJFM menghantar hadiah kepada mereka.
5. Hadiah-hadiah tersebut tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar kepada sebarang bentuk lain. 6. Penyerahan hadiah tersebut kepada Pemenang merupakan pembebasan dan pelepasan BJFM, oleh atau dari mana-mana dan semua liabiliti, tuntutan, permintaan, tindakan dan / atau ganti rugi yang Pemenang mungkin ada, sama ada diketahui atau tidak diketahui pada masa ini, walau apa pun sifatnya, yang timbul daripada atau berkaitan dengan Peraduan ini. 7. Para Peserta membenarkan BJFM untuk menggunakan nama mereka, gambar-gambar, rakaman suara atau video dan penyertaan tanpa membuat sebarang pembayaran kepada para Peserta atau untuk tujuan publisiti, pengiklanan, perniagaan atau promosi dalam mana-mana media. 8. Keputusan BJFM dalam sebarang perkara yang berkaitan dengan Peraduan adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan. Sebarang permintaan untuk rayuan dan semakan tidak akan dilayan. 9. Para Pemenang akan dimaklumkan melalui telefon, SMS atau apa-apa cara komunikasi yang lain yang disifatkan sesuai oleh BJFM selepas tarikh akhir pertandingan berdasarkan butir-butir yang diberikan kepada BJFM semasa tempoh peraduan. 10. BJFM tidak akan bertanggungjawab sekiranya para pemenang tidak dapat dihubungi atas apa jua sebab. 11. BJFM tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kelewatan penghantaran apa-apa pemberitahuan kepada pemenang. BJFM berhak untuk berurusan dengan semua hadiah yang tidak dituntut dalam apa-apa cara yang disifatkannya patut. 12. Butiran setiap Pemenang akan disiarkan pada www.facebook.com/tastopotatochips atau www.tasto.my ("Laman Web") dan Peserta dinasihatkan untuk memeriksa Laman Web sentiasa. BJFM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kegagalan, masalah teknikal atau kelewatan pengumuman Pemenang.
TIADA JAMINAN 1. BJFM dan anak syarikatnya, para pegawai, pengarah, pekerja, ejen, pembekal dan / atau subkontraktor yang menyediakan perkhidmatan ini secara "sedia ada" dan tanpa sebarang jaminan atau syarat, sama ada nyata atau tersirat. 2. BJFM dan anak syarikatnya, pegawai, pengarah, pekerja, ejen, pembekal dan / atau subkontraktor secara khusus menafikan jaminan hakmilik yang tersirat, kebolehdagangan, prestasi, kesesuaian untuk tujuan tertentu dan jaminan ketiadaan pelanggaran hak. 3. Selain itu, tidak ada nasihat atau maklumat yang diperoleh (sama ada secara lisan atau bertulis) oleh para peserta dari BJFM akan mewujudkan sebarang jaminan.
TERMA DAN SYARAT PELBAGAI 1. Dengan menyertai Peraduan ini, semua Peserta dianggap telah membaca dan memahami dan sedar dan menerima semua terma, syarat dan keputusan yang dibuat oleh BJFM. 2. Dengan bersetuju untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk BJFM menggunakan nama penuh mereka, nombor kad pengenalan, dan maklumat hubungan bagi tujuan mengendalikan Peraduan ini dan membekalkan apa-apa hadiah, mengumumkan dan memberitahu Pemenang, dan untuk sebarang kempen akan datang yang dianjurkan oleh BJFM.
3. Semua imej yang dihantar akan diambil sebagai karya Peserta yang menghantar mereka dan mestilah tidak pernah diterbitkan di tempat lain atau telah memenangi hadiah dalam mana-mana pertandingan fotografi lain. Adalah menjadi tanggungjawab setiap peserta untuk memastikan bahawa mana-mana imej yang dikemukakan mereka telah diambil dengan kebenaran subjek dan tidak melanggar hak cipta mana-mana pihak ketiga atau mana-mana undang-undang. Peserta memberi jaminan bahawa gambar yang dikemukakan mereka adalah kerja mereka sendiri dan mereka memiliki hak cipta untuk itu. 4. BJFM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan oleh Peserta atau tuntutan pihak ketiga atau kehilangan dalam sebarang bentuk, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kehilangan keuntungan, punitif, tidak langsung, khas, bersampingan atau berbangkit atau kerosakan lain dan sebarang tuntutan berkaitan apa-apa bentuk, termasuk, secara langsung, tidak langsung, pihak ketiga berbangkit atau ganti rugi yang lain akibat daripada atau berkaitan dengan Peraduan ini. 5. BJFM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan kerugian atau kerosakan kepada harta atau apa-apa kecederaan atau kehilangan nyawa akibat daripada atau berkaitan dengan Peraduan ini. Had ini tidak mengecualikan apa-apa liabiliti kerana kecuaian oleh BJFM atau kematian atau kecederaan diri yang berpunca daripada kecuaian itu. 6. BJFM tidak akan bertanggungjawab untuk melaksanakan mana-mana kewajipannya di bawah Peraduan ini atau berkenaan dengan hadiah-hadiah jika ia tidak dapat berbuat demikian akibat daripada keadaan yang di luar kawalan dan tidak bertanggungjawab untuk membayar pampasan kepada Peserta dalam keadaan sedemikian. 7. BJFM mempunyai hak tunggal dan mutlak untuk menarik balik, meminda dan / atau mengubah mana-mana bahagian atau keseluruhan terma dan syarat berkaitan dengan Peraduan ini pada bilabila masa tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu kepada Peserta dan Peserta bersetuju untuk terikat dengan perubahan tersebut. 8. BJFM berhak untuk membatalkan mana-mana Peserta yang melanggar kewajipan / beliau atau mana-mana terma dan syarat Peraduan ini. Walau apa pun BJFM di atas berhak untuk menolak mana-mana penyertaan mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya tanpa perlu memberikan sebarang alasan. 9. BJFM tidak mengambil sebarang tanggungjawab dalam hal suatu peristiwa yang boleh menghalang peserta daripada menyertai Peraduan ini, akibat daripada sekatan-sekatan teknikal tertentu atau had lain yang khusus atau force majeure yang termasuk tetapi tidak terhad kepada aktiviti kawal selia, arahan kerajaan, bencana alam dan lain-lain. 10. BJFM tidak bertanggungjawab bagi apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh Peserta, dan tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kesilapan, peninggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kemusnahan, virus atau sebaliknya. 11. Semua gambar, slogan, reka bentuk kreatif, dan lain-lain akan menjadi harta BJFM. Para peserta bersetuju membenarkan BJFM untuk menggunakan nama dan maklumat peribadi yang dikemukakan mereka dalam Peraduan ini untuk tujuan promosi. 12. Dengan menyertai peraduan ini, Pemenang dengan ini memberikan BJFM hak untuk menyiarkan nama, gambar, slogan atau mempamerkan sebarang perkara yang berkaitan dengan mana-mana daripada pemenang untuk tujuan pengiklanan dan publisiti yang berkaitan dengan Peraduan tanpa sebarang notis kepada Pemenang.
13. Peserta tidak dibenarkan untuk menggunakan gambar-gambar yang dihantar di platform media sosial yang lain dan mana-mana medium untuk mana-mana peraduan tanpa pengetahuan BJFM (kecuali untuk menyokong tujuan promosi BJFM ini). 14. Hubungan di antara BJFM dan peserta adalah terhad sebagai penganjur peraduan dan tiada sebarang tuntutan boleh dikenakan ke atas atau dipertanggungjawabkan oleh BJFM selain daripada yang dinyatakan dalam terma dan syarat.
PAMPASAN
Para Peserta dengan ini mengaku janji untuk menyertai Peraduan pada risiko mereka sendiri dan bersetuju untuk membayar pampasan dan memastikan BJFM dibayar pampasan daripada dan terhadap semua tuntutan, kerosakan, liabiliti, kekurangan, penalti, kerugian, kos, perbelanjaan (termasuk tanpa had, yuran guaman dan pengeluaran dasar tanggung rugi secara sepenuh) yang mungkin menyebabkan BJFM menderita, menanggung atau mengekalkan akibat daripada atau berikutan dengan atau berhubung dengan sebarang pelanggaran mana-mana perwakilan, jaminan, aku janji dan terma yang terkandung di dalam terma dan syarat-syarat penggunaan.
KEBOLEHASINGAN
Jika mana-mana peruntukan terma ini dan syarat-syarat yang diadakan tidak boleh dikuatkuasakan, maka peruntukan itu hendaklah diubah suai untuk mencerminkan niat pihak-pihak. Semua peruntukan lain dalam terma dan syarat ini akan terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya.
VARIASI
BJFM berhak untuk mengubah suai, menggantung atau menamatkan Peraduan atas sebarang sebab, tanpa notis, pada bila-bila masa. BJFM juga berhak untuk mengubah peruntukan terma dan syarat-syarat mengenai Peraduan pada bila-bila masa tanpa notis selanjutnya kepada Peserta.
TAMBAHAN
BJFM tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan menanggung sebarang liabiliti dalam apa jua yang timbul atau dialami oleh peserta dan / atau pihak ketiga secara langsung atau tidak langsung daripada Peraduan dan / atau Hadiah. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di antara terma dan syarat ini dan sebarang perwakilan, pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan-bahan lain yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan Peraduan ini, terma dan syarat ini akan kekal. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau konflik di antara Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia versi terma dan syarat ini maka versi Bahasa Inggeris dirujukan. Terma-terma dan syarat-syarat Peraduan ini akan dikawal dan diertikan mengikut undang-undang Malaysia. Peserta bersetuju untuk menyerahkan kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia atas segala perkara berbangkit daripada Peraduan ini.