SYARAT DAN PERATURAN PERADUAN “MIGHTY BITE” Penganjur dan Kelayakan 1. “PERADUAN MIGHTY BITE” (“Peraduan”) dianjurkan oleh Mighty Bakery Sdn Bhd [Co. No. 358975-H]. 2. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas (“Peserta”). 3. Kategori individu yang tidak layak untuk menyertai peraduan ini adalah seperti berikut: a. Semua kakitangan Penganjur (termasuk syarikat yang bersekutu dan berkaitan dengannya), serta ahli keluarga terdekat mereka; dan b. Semua wakil, kakitangan, pekerja, ejen penyedia khidmat pengiklanan atau promosi Penganjur (termasuk semua syarikat berkaitan dengannya), serta ahli keluarga terdekat mereka. 4. Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan Peserta yang tidak termasuk dalam kategori Peserta dan/atau yang melanggar Syarat dan Peraturan Peraduan ini. Tempoh Peraduan 5. Tempoh Peraduan bermula pada pukul 12:00 tengah malam, 1 April 2016 sehingga pukul 11:59 malam, 14 Julai 2016. Pihak Penganjur berhak untuk melanjutkan, menangguhkan atau menukar tempoh peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Kriteria Kelayakan dan Syarat Penghantaran Penyertaan 6. Untuk menyertai peraduan ini, Peserta dikehendaki membuat pembelian kek produk Mighty White bernilai RM5.00 dan ke atas dalam satu resit asal dan rasmi. 7. Penyertaan Peraduan adalah melalui sistem pesanan ringkas ("SMS"), dan tertakluk kepada kadar bayaran tetap perkhidmatan telko telekomunikasi (min. RM0.50/sms). 8. Untuk menyertai peraduan ini, para Peserta diminta mengikut langkah-langkah berikut bagi penyertaan melalui SMS: Langkah 1: Beli mana-mana Kek Produk Mighty White bernilai RM 5.00 dan ke atas dalam satu resit asal dan rasmi. Langkah 2: Jawab soalan yang diberikan dan hantarkan jawapan melalui SMS. Soalan : “Does Mighty White own a Social Media Facebook?” Bagi pengguna Maxis, Digi dan UMobile, sila hantar SMS kepada 38888:MW<jarak>YES/NO<jarak> No.IC<jarak>Resit Nombor 4 digit terakhir CONTOH : MW YES 90041206XXXX 1234 Bagi pengguna Celcom, sila imbas QR Code di bawah dengan “QR Code Reader”, dan isikan semua maklumat yang diminta dalam laman web tersebut.
Langkah 3: Tunggu pengesahan dan simpan semua resit asal dan rasmi anda sehingga pengumuman pemenang diumumkan. Resit tersebut diperlukan sebagai bukti sekiranya anda dipilih sebagai pemenang.
9. Setiap penyertaan yang tidak lengkap atau tidak disertakan dengan No. resit/invois sebagai bukti pembelian akan dibatalkan dengan serta-merta. 10. Para Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan No. resit/invois yang rasmi sebagai bukti pembelian. Setiap SATU (1) invois/resit yang rasmi hanya layak untuk SATU (1) penyertaan sahaja. 11. Resit yang tidak rasmi perlulah disertakan dengan cop kedai sebagai bukti pembelian. Resit yang tidak rasmi tanpa cop kedai akan dibatalkan kelayakkan. 12. Penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, lewat atau tidak mempunyai bukti pembelian (No. invois/resit) yang sah atau mencukupi akan dibatalkan serta merta. Hadiah dan Penebusan Hadiah 13. Hadiah untuk peraduan dibahagikan kepada [2] kategori. a. Kategori 1 Hadiah Utama: -
Pakej pelancongan ke Jepun Tokyo DisneyLand 4 hari 3 malam (Pakej ini termasuk penerbangan pergi dan balik, Hotel 4 Bintang, dan tiket masuk ke Disneyland)
-
Pakej ini hanya untuk 2 orang sahaja. Wang perbelanjaan untuk seorang adalah sebanyak RM1,000. Hadiah Kedua:
-
HONDA WAVE ALPHA 110 x 3 unit (Spesifikasi Asal)
-
Semua kos seperti: cukai jalan, insurans, kos pendaftaran dan lain-lain tidak akan ditanggung oleh Penganjur. Penganjur hanya menanggung ke atas kos hadiah sahaja.
Hadiah Ketiga: -
40” LED TV yang berjenama x 1 unit
b. Kategori 2 Hadiah Baucar membeli-belah yang bernilai RM100 x 15 Minggu (Setiap minggu x 10 pemenang) Pemenang Hadiah Mingguan akan dipilih dalam skop masa seperti berikut: Minggu
Tempoh
01
01 April 2016 12:00 tengah malam – 07 April 2016 11:59 malam
02
08 April 2016 12:00 tengah malam – 14 April 2016 11:59 malam
03
15 April 2016 12:00 tengah malam – 21 April 2016 11:59 malam
04
22 April 2016 12:00 tengah malam – 28 April 2016 11:59 malam
05
29 April 2016 12:00 tengah malam – 05 May 2016 11:59 malam
06
06 May 2016 12:00 tengah malam – 12 May 2016 11:59 malam
07
13 May 2016 12:00 tengah malam – 19 May 2016 11:59 malam
08
20 May 2016 12:00 tengah malam – 26 May 2016 11:59 malam
09
27 May 2016 12:00 tengah malam – 02 June 2016 11:59 malam
10
03 June 2016 12:00 tengah malam – 09 June 2016 11:59 malam
11
10 June 2016 12:00 tengah malam – 16 June 2016 11:59 malam
12
17 June 2016 12:00 tengah malam – 23 June 2016 11:59 malam
13
24 June 2016 12:00 tengah malam – 30 June 2016 11:59 malam
14
01 July 2016 12:00 tengah malam – 07 July 2016 11:59 malam
15
08 July 2016 12:00 tengah malam – 14 July 2016 115:59 malam
14. Semua pemenang Hadiah Mingguan perlu mempamerkan resit rasmi dan asal kepada Penganjur untuk membuat semakan. Resit yang dihantar perlulah bertarikh seperti di dalam skop masa di atas. Manakala, resit yang telah tamat tempoh iaitu bertarikh kurang dari tarikh hadiah mingguan diumumkan dalam skop masa berikut tidak akan diterima dan kelayakkan untuk memenangi hadiah mingguan akan dibatalkan. 15. Pihak Penganjur akan mengumumkan pemenang mingguan pada setiap hari Rabu minggu berikutnya di laman Facebook Mighty White. 16. Hadiah tidak boleh dipindah milik, ditukar atau diganti dengan sebarang hadiah lain atau wang tunai (bagi Hadiah Kategori 1 dan 2), kredit, atau baucar. 17. Para pemenang akan dihubungi melalui SMS/panggilan kepada nombor telefon yang digunakan untuk tujuan Penyertaan Peraduan. Sekiranya Pemenang tidak dapat dihubungi/gagal memberi sebarang respon dalam tempoh lima (5) hari dari pengumuman pemenang, Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan berhak untuk memilih pemenang yang seterusnya. 18. Jangkamasa bagi peruntukan Hadiah Utama, Kedua dan Ketiga adalah TIGA PULUH (30) hari setelah tamatnya tempoh Peraduan, dan bergantung kepada bekalan stok. Pihak Penganjur berhak untuk menukar mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua hadiah akan diberikan dengan keadaan "sedia ada" dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai, kredit, barangan lain atau baucar sama ada sebahagiannya atau sepenuhnya. 19. Hadiah dalam katogeri dua [2] akan dihantar oleh Pihak Penganjur melalui pos pada hari ketiga selepas hari pengumuman pemenang. Untuk memastikan hadiah-hadiah yang berkenaan selamat dihantar, pemenang diminta untuk memberitahu alamat rumah yang sah/tepat supaya pihak Penganjur dapat mengirim hadiah-hadiah tersebut. Pengiriman yang bermasalah, hilang atau tidak sampai, dan rosak tidak akan ditanggung oleh pihak Penganjur. 20. Semua hadiah dalam katogeri satu [1] perlu ditebus oleh pemenang sendiri pada atau sebelum tarikh/tempoh TUJUH (7) hari dari notis pemberitahuan. Sekiranya gagal, hadiah-hadiah yang tidak ditebus akan dilupuskan.
21. Pihak Penganjur tidak akan melayan sebarang permintaan untuk melanjutkan tempoh penebusan hadiah. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang tidak atau lewat menerima notis pemberitahuan melalui SMS/panggilan. Senarai para pemenang akan diumumkan di laman web Mighty White atau Facebook Penganjur(Mighty White) atau mana-mana media lain yang dianggap sesuai oleh Penganjur. 22. Peserta boleh memenangi hanya satu [1] Hadiah Utama, atau satu [1] Hadiah Kedua, atau satu [1] Hadiah Ketiga sepanjang tempoh peraduan. Sekiranya terdapat pemenang berulang, nombor siri selepas nombor bersiri pemenang berulang akan diisytiharkan sebagai pemenang hadiah tersebut. 23. Bagi hadiah mingguan, peserta berpeluang untuk memenangi hadiah setiap minggu sepanjang tempoh peraduan ini. 24. Para pemenang dikehendaki mengemukakan resit/invois asal dan rasmi ketika menebus Hadiah yang dalam katogeri satu [1], dan sebarang duplikasi resit/invois tidak akan dilayan. Sekiranya resit/invois yang dikemukakan adalah salinan/duplikasi, pihak Penganjur berhak untuk menarik semula hadiah dengan serta merta. 25. Semua cukai, yuran dan kos-kos lain untuk perbelanjaan berkaitan dengan Penyertaan dalam Peraduan ini dan untuk menebus hadiah adalah tanggungjawab penuh para Peserta dan pemenang. 26. Keputusan Penganjur dalam segala yang berkaitan dengan Peraduan (termasuk pilihan Pemenang) adalah muktamad. Sebarang pertanyaan berkenaan pilihan pemenang tidak akan dilayan sama sekali. Liabiliti & Tanggungjawab: 27. Semua pemenang akan dimaklumkan melalui Facebook, laman web atau panggilan. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya pemberitahuan di Facebook atau panggilan tidak diterima atau lewat diterima oleh pemenang. Pemenang mesti mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak yang mengatur atau menyediakan semua Hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama semua Hadiah berkenaan, jika ada. Senarai pemenang akan diumumkan di laman web Penganjur [www.mightywhite.com.my] dan Mighty White Facebook. 28. Penganjur berhak menggunakan nama dan gambar pemenang untuk tujuan pengiklanan, perdagangan, dan publisiti, tanpa sebarang notis terdahulu kepada pemenang dan pemenang tidak layak untuk menuntut pemilikan atau apaapa bentuk pampasan atas penggunaan tersebut. 29. Penganjur (termasuk segala syarikat berkaitan dengannya) tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian, kecederaan, atau kemalangan yang mungkin berlaku akibat penyertaan Peraduan. 30. Penganjur (termasuk segala syarikat berkaitan dengannya) berhak membatalkan penyertaan mana-mana peserta yang disyaki telah menyalahi atau melanggar sebarang Terma & Syarat, dan berhak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sepatutnya terhadap mana-mana individu yang dipercayai telah menjalankan aktiviti penipuan atau sebarang aktiviti lain yang menjejaskan Peraduan serta Laman Web. 31. Dengan menyertai peraduan, para peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan Terma & Syarat Peraduan ini.
32. Sebarang percubaan untuk merosakkan Laman Web dengan sengaja atau menjejaskan operasi sah Peraduan ini adalah satu pelanggaran undang-undang jenayah dan sivil, pihak Penganjur berhak untuk mendapat ganti rugi daripada mereka yang membuat cubaan tersebut setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang. 33. Pihak Penganjur berhak untuk megubah terma dan syarat peraduan ini pada bila-bila masa atas budi bicara tunggal dan mutlaknya tanpa sebarang notis. 34. Produk dan hadiah-hadiah yang ditunjukkan di dalam bahan cetakan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. PERHATIAN: Sebarang SMS yang dihantar oleh Penganjur kepada para pemenang tidak akan mengandungi sebarang permintaan butiran kewangan, kad kredit, atau akaun bank. Jangan sesekali mendedahkan butiran peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa pengesahan. Jika terdapat sebarang kecurigaan, sila hubungi pihak Penganjur, Mighty Bakery Sdn. Bhd. melalui Talian Peraduan di 603-8945 7889 untuk pengesahan SMS yang diterima.