SYARAT-SYARAT PERATURAN PERTANDINGAN 1. NAMA 1.1
Pertandingan Futsal terbuka De Rhu 2016
2. UNDANG-UNDANG/PERATURAN. 2.1 Kecuali apa yg tersebut didalam peraturan yg menguasai pertandingan ini, maka undang-undang permainan futsal digunakan. 2.2 Penyertaan terbuka kepada semua Warganegara Malaysia kecuali pemain-pemain yang mewakili kejohanan anjuran FAM, Liga Perdana, Liga Presiden, Piala FAM, Piala Belia, Futsal FAM/FELDA bagi tahun 2015 & 2016 TIDAK DIBERNARKAN BERMAIN. 2.3 Kad Pengenalan Asal perlulah dibawa semasa pertandingan untuk Pengesahan. 2.4 Taklimat dan Undian kumpulan akan dilaksanakan oleh pihak penganjur pada 17/4/2016 (AHAD) di De Rhu Oriental (sebelah UTC) JAM 2.00 PETANG. 2.5 Tarikh TUTUP penyertaan pada 17/4/2016 jam 2.00 petang. Segala bayaran hendak lah di buat melalui MALAYAN BANKING BERHAD, NO.AKAUN 556 011 009 145. 3. YURAN PENYERTAAN 3.1 Wang sebanyak RM200.00 dikenakan bagi setiap pasukan yang TERAWAL dan perlu dibayar dengan menghantar borang pendaftaran pemain beserta fotokopi MYKAD pemain/pegawai. 4. PEMBENTUKAN PASUKAN, TARIKH DAN TEMPAT 4.1 Setiap pasukan boleh mendaftar tidak lebih 8 orang pemain dan 2 orang pegawai. 4.2 Setiap pasukan mestilah mempunyai 5 orang pemain sebelum perlawanan dimulakan . Jika kurang daripada ini, pasukan tersebut dikira kalah dengan jaringan 3-0 4.3 Setiap pemain hanya boleh didaftar untuk SATU pasukan sahaja 4.4 Tarikh kejohanan adalah pada 24/04/2016 (AHAD) dan bermula jam 8.00 pagi 4.5 Tempat Karnival di Plaza Futsal Kg.Tiram.
5. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 5.1 Terbuka kepada semua lapisan masyarakat tidak kira bangsa, agama, pekerjaan Anggota-Anggota kerajaan dan juga taraf ekonomi seorang. 5.2 Aspek komposis kaum adalah amat digalakan untuk setiap pasukan.
6. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 6.1 Semua jadual termasuk tarikh, masa dan tempat ditetapkan oleh pihak AJK penganjur. 6.2 Semua pasukan dikehendaki berada dan bersedia untuk bermain ditempat pertandingan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan . 6.3 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguh atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu. 6.4 Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD dan sekiranya pihak penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan,pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan untuk menyertai pertandingan ini. 7. PERALATAN DAN PAKAIAN PEMAIN 7.1 Pemain dilarang menggunakan atau memakai sebarang peralatan berbahaya kepada dirinya atau pemain-pemain lain termasuk sebarang barang-barang kemas. 7.2 Alatan Asas yang diWAJIB ialah :7.2.1 Jersi WAJIB bernombor dan berlengan (Tidak dibenarkan bertukar nombor jersi). Sekiranya terdapat persamaan warna jersi antara dua pasukan yang akan bertanding, maka pasukan pelawat dikehendaki menukar jersi. 7.2.2 Seluar pendek/treksuit/Leotard warna hendaklah sama. 7.2.3 Kasut (FUTSAL) 7.2.4 Stokin Panjang/Pendek. 7.2.5 Lilitan lengan (Armband) untuk ketua pasukan. 8. SISTEM KALAH KELUAR DAN SEPAKAN DARI TANDA PENALTI 8.1 Sekiranya tamat sepenuh masa permainan keputusan masih lagi seri, maka satu (1) sepakkan dari tanda penalti akan diadakan, jika masih lagi seri penalti secara ‘Sudden Death’ dilakukan dengan ‘Toss Coin’ untuk sepakan penentuan sekali sahaja. 9. FORMAT PERTANDINGAN 9.1 Terhad kepada 48 pasukan yang terawal mendaftar sahaja. 9.2 Pasukan akan dibagikan kepada 4 pasukan dalam satu kumpulan untuk liga pusingan awal dan 2 pasukan dalam kumpulan akan keperingkat kalah keluar seterusnya.
10. MASA BERMAIN/MENUNGGU 10.1 Masa perlawanan akan dijalankan selama 10 minit sepenuh masa tanpa membuat pertukaran tempat bagi pusingan Awal dan pusingan pertama (kalah keluar). Bagi Suku Akhir,Separuh Akhir masa bermain (5m+1m+5m) ada pertukaran tempat. Untuk perlawanan Akhir bermain (7m+1m+7m). 10.2 Tempoh masa menunggu adalah 3 minit sahaja dan TIDAK akan membuat U balik dalam jadual perlawanan dan pasukan yang TIDAK HADIR dikira kalah dengan jaringan 3-0. 11. SISTEM PERKIRAAN MATA 11.1 Menang semasa penuh perlawanan 3 mata 11.2 Seri semasa penuh perlawanan 1 mata 11.3 Untuk Perlawanan pusingan Awal pasukan yang mendapat keputusan seri ,akan terus membuat 1 sepakkan dari tanda penalti, jika masih lagi keputusan seri maka penalti secara ‘Sudden Death’ dilakukan dengan lambongan ‘Toss Coin’ untuk tendangan penalti sekali sahaja bagi mendapat keputusan. 11.4 Pemenang tendangan penalti akan mendapat 2 mata dan dicampurkan dengan 1 mata seri terdahulu, jadi pemenang akan mandapat jumlah 3 mata. 11.5 Bagi pasukan yang kalah semasa tendangan penalti kekal mendapat 1 mata. 11.6 Kalah semasa penuh perlawawan 0 mata
12. PENANGGUHAN 12.1 Jika permainan dihentikan pengadil atas sebab pergaduhan atau campur tangan penonton maka kedudukan dan keputusan perlawanan akan ditentukan oleh JKP. Tatatertib begitu juga tindakan keatas pegawai/pemain yang terlibat. 13. MENARIK DIRI 13.1 Sekiranya pasukan berkenaan menarik diri atau menyerah kalah setelah perlawanan pertamanya dijalankan maka semua rekod pertemuan pasukan berkenaan akan dibatalkan dan dikenakan tindakan tatatertib. 14. BANTAHAN 14.1 Sebarang bantahan akan dikenakan sebanyak RM300.00 (Ringgit: Tiga Ratus sahaja). Tunai dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 10minit/bukti yang kukuh, selepas perlawanan kepada pihak Koordinator Perlawanan. Wang bantahan akan dikembalikan sekiranya berjaya.
15. TINDAKAN TATATERTIB PERMAINAN (KAD & PENGGANTUNGAN) 15.1 Peraturan yang ditetapkan oleh JKP adalah MUKTAMAD. 15.2 Pemain yang menerima 2 KAD KUNING di dalam perlawanan Liga pusingan awal dikenakan penggantungan secara automatic SATU perlawanan berikutnya. 15.3 Pemain yang menerima 2 KAD KUNING didalam 1 perlawanan sama akan dikenakan penggantungan secara automatik SATU perlawanan. 15.4 Pemain yang menerima 1 KAD MERAH di dalam perlawanan semasa akan dikenakan penggantungan DUA perlawanan dan TIDAK boleh duduk dalam bangku simpanan pemain dan sekiranya pemain/pegawai tersebut menyerang pengadil atau berlaku pergaduhan semasa pemain, pegawai atau pemain simpanan memasuki ke dalam gelanggang /padang permainan serta menggangu perjalanan perlawanan HUKUMANNYA DIGANTUNG TERUS DARIPADA PERTANDINGAN. 15.5 Pasukan yang menurunkan pemain yang masih di dalam tempoh penggantungan dan jika terdapat bantahan oleh pasukan lawan atau dikenalpasti oleh JKP,kemenangan 3-0 akan diberikan kepada pasukan berkenaan. 16. HADIAH 16.1
Kategori (Wang Tunai) JOHAN : Wang tunai RM2,000.00 + PIALA + MEDAL NAIB JOHAN : Wang tunai RM1,000.00 + MEDAL TEMPAT KE 3 & 4 : Wang tunai RM 500.00 TEMPAT KE 5 – 8 : HAMPER .
17. LAIN-LAIN HAL 17.1 Pihak JKP menyarankan agar pegawai/pemain menunjukkan sikap SETIAKAWAN dan semangat KESUKANAN DENGAN CARA Permainan “FAIR PLAY” yang tinggi semasa permainan diadakan. 18. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN 18.1 Segala hal tidak diperuntukan dibawah peraturan ini atau soal perbezaan tafsiran akan diputuskan oleh Pengerusi JKP ini adalah MUKTAMAD.
SEGALA PERTANYAAN SILA HUBUNGI: 1. EN.ROSSELI 2. EN.SARA 3. EN.RAZAK
013 9067676 013 9606009 013 9116208