PERATURAN PERTANDINGAN TENPIN BOLING 1.
PERATURAN TEKNIKAL 1.1 UNDANG-UNDANG PERMAINAN 1.1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini akan dijalankan mengikut Peraturan Pertandingan Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) dan World Tenpin Bowling Association (WTBA). 1.1.2 Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Teknikal Pertandingan adalah berhak meminda/ mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran KIESTA. 1.1.3 Kecuali apa yang disebut dalam peraturan yang menguasai dalam peraturan ini maka undang-undang dan peraturan Am KIESTA adalah diikuti. 1.1.4 Sekiranya timbul perselisihan dari segi pentafsirannya, Undang –Undang Dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi. 1.1.5 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut: 1.1.5.1 Semua kejadian am akan diputuskan berasaskan kepada PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN STAF UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. 1.1.5.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada peraturan WTBA. 1.1.6 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Tenpin Boling Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah muktamad. 1.2
CARA PERMAINAN (STYLE OF PLAY) Tiap-tiap satu permainan(game)akan dilangsungkan di atas sepasang lorong. Individu atau pasukan akan mengikut susunannya bermain satu frame pada satu lorong dan frame yang berikutnya pada lorong yang di sebelahnya. Cara permainan ini akan digunakan sehingga permainan itu tama
1.3
PERUBAHAN DALAM SUSUNAN PERMAINAN 1.3.1 Peserta-peserta acara beregu atau berpasukan berempat mesti bermain mengikut susunan yang didaftarkan dalam permainan(game) yang pertama. 1.3.2 Sekiranya ada didapati pasukan yang menukar peserta semasa permainan(game)berlangsung, pasukan tersebut akan hilang kelayakan bertanding tanpa sebarang amaran.
Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris 2017
1.4
GANGGUAN PERMAINAN 12.1 Pengerusi pertandingan mempunyai kuasa muktamad untuk memberi arahan supaya permainan yang terganggu disambung pada sebarang lorong baru sekiranya lorong di mana permainan itu berlangsung ditimpa masalah kerosakan mesin. 12.2 Permainan(game) yang terganggu itu mesti disambung dari frame di mana gangguan itu berlaku.
1.5
BERMAIN DI ATAS LORONG YANG SALAH 1.5.1 Bila seseorang peserta bermain dalam lorong yang salah dan kesalahan ini ditemui sebelum peserta lain membuat balingannya, maka balingan itu akan dianggap sebagai ‘bola mati’ (Dead Ball) dan peserta tersebut dikehendaki bermain frame yang kemudiannya pada lorong yang salah tadi. 1.5.2 Sekiranya kesalahan itu hanya ditemui selepas peserta kemudian membaling bolanya, maka mata yang diperoleh itu akan diambil kira dan peserta tersebut dikehendaki bermain semula frame yang kemudiannya pada lorong yang salah tadi.
1.6
‘PACER’ Pihak penganjur mempunyai kuasa untuk melantik seseorang ‘Pacer’ sekiranya ada ‘walk-over’ dalam suatu acara atau balingan peserta dalam acara itu tidak mencukupi.
1.7
MEMPERLAHANKAN PERMAINAN (SLOW BOWLING) 1.7.1 Seseorang peserta yang bersedia untuk membaling bolanya harus mengetahui tentang hal dan obligasi nya seperti berikut:1.7.1.1 Mereka berhak untuk bermain terlebih dahulu(right of way) terhadap peserta yang berada di atas lorong sebelah kirinya. 1.7.1.2 Mereka harus memberi laluan kepada peserta yang berada di atas lorong sebelah kanannya. 1.7.1.3 Semua peserta harus bersedia untuk bermain bila sampai gilirannya dan tidak harus melambatkan permainan itu. 1.7.1.4 Sekiranya didapati ada peserta yang tidak mematuhi peraturan di atas, dia akan diberikan amaran dengan isyarat kad putih untuk kedua (tiada penalti), dan kad kuning atas kesalahan yang kedua (tiada penalti). Untuk kesalahan yang ketiga dan berikutnya dalam sesuatu blok permainan, peserta tersebut akan diberikan kad merah dan sifar (0) mata untuk frame tersebut.
Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris 2017
Nota: Definisi untuk suatu blok permainan adalah enam (6) games dalam acara berpasukan, beregu dan perseorangan. Amaran yang diberikan tidak akan dibawa dari satu blok ke satu blok yang lain.
2
1.8
KEHILANGAN SKOR SEMASA GANGGUAN ELEKTRIK 1.8.1 Sekiranya berlaku sebarang ’black out’ dalam TV monitor di mana skor sesuatu permainan yang sedang berlangsung itu hilang dan tidak dapat dipulihkan, maka peserta-peserta yang berkenaan dikehendaki bermain semula nama tersebut. Akan tetapi, jika skor telah dicatatkan maka ia akan bersambung dari frame mana ia berhenti sebelum ini. 1.8.2 Game-game yang mana skornya telah direkodkan akan dikekalkan. 1.8.3 Pasukan dan peserta tidak boleh mengambil kesempatan ini untuk meminta sesuatu permainan itu dibatalkan atau dimainkan semula pada waktu ’black out’ seumpama ini.
1.9
PERUNTUKAN LORONG 1.9.2 Peruntukan lorong akan ditetapkan dalam mesyuarat pengurus pasukan setiap universiti dengan cabutan nombor.
1.10
PENENTUAN PINGAT Penentuan pingat bagi setiap kategori ditentukan oleh jumlah jatuhan pin tertinggi. Sekiranya terdapat jumlah jatuhan pin yang sama dan mana-mana kategori, jumlah jatuhan pin game terakhir akan menentukan pemenang. Jumlah keseluruhan ditentukan melalui kutipan pingat emas.
PERATURAN PERTANDINGAN 2.1
TARIKH DAN MASA PERTANDINGAN Tarikh : 25 Januari 2017 (Rabu) Masa : 10.00 pagi hingga 3.00 petang
2.2
TEMPAT PERTANDINGAN Pusat Boling : Wangsa Bowl, Setia City Mall
2.3
ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN 2.3.1 Acara-acara yang dipertandingkan dalam Pertandingan Tenpin Boling Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah:-
Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris 2017
Kategori Lelaki
Bil.
Acara
Kategori Wanita
Bil.
Acara
1.
Perseorangan
1.
Perseorangan
2.
Beregu
2.
Beregu
3.
Berpasukan Berempat
3.
Berpasukan Berempat
4.
Masters
4.
Masters
2.3.1.1 Acara Pasukan 2.3.1.3.1 Setiap kontinjen dibenarkan menghantar satu (1) pasukan lelaki dan satu (1) pasukan wanita. 2.3.1.3.2 Bagi acara ini lelaki dan wanita, setiap pasukan hendaklah mendaftar empat (4) orang peserta lelaki dan mendaftar empat (4) orang peserta wanita. 2.3.1.3.3 Peserta-peserta akan bermain untuk semua kategori ia itu perseorangan, beregu dan berpasukan berempat 2.3.1.3.4 Setiap pasukan mesti menentukan susunan pemain, kerana ini akan melibatkan markah bagi acara beregu. 2.3.1.3.5 Peserta-peserta diwajibkan bermain enam (6) games.
2.3.1.2 Acara Masters 2.3.1.2.1 Jumlah jatuhan pin tertinggi bagi pemain-pemain yang telah bermain enam (6) games dari acara yang telah dipertandingkan, sepuluh (10) peserta lelaki dan sepuluh (10) peserta wanita dengan mata tertinggi adalah layak untuk acara masters. 2.3.1.2.2 Peserta-peserta lelaki dan wanita diwajibkan bermain tiga (3) games. 2.3.1.3 Acara All-Event 2.3.1.3.1 Pemain dengan jumlah jatuhan pin tertinggi daripada enam (6) games dari acara yang telah dipertandingkan iaitu acara Perseorangan (Single), Beregu (Beregu), dan Pasukan Berempat akan diisytiharkan sebagai pemenang.
Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris 2017
2.3.1.3.2
Sekiranya terdapat jumlah jatuhan pin yang sama, jumlah jatuhan pin bagi acara Perseorangan (Single), akan diambil kira dan jika seterusnya masih sama, jumlah jatuhan pin dalam acara beregu(Double) akan diambil kira dan seterusnya.
3
MENARIK DIRI DARI PERTANDINGAN (’WALK-OVER’) 3.1 Pasukan atau individu yang enggan bermain pada waktu yang dijadualkan itu akan dianggap sebagai menarik diri (iaitu memberi ‘walk-over’). 3.2 Pasukan atau individu yang menarik diri atau memberi ‘walk-over’ dalam suatu permainan akan hilang kelayakannya untuk bermain dalam acara-acara kemudiannya dan segala kedudukan atau hadiah yang telah di menangi olehnya terlebih dahulu akan menjadi lupus. 3.3 Pasukan atau peserta individu hanya dibenarkan menarik diri atau berhenti permainan pada pertengahan sesuatu acara jika salah seorang pesertanya telah cedera atau dinasihatkan oleh Pegawai Perubatan untuk menamatkan pertandingan. Tiada permain gantian dibenarkan dan markah hanya dikira sehingga permainan (game) terakhirnya.
4
WAKTU MELAPOR DIRI 4.1 Semua peserta mesti melaporkan diri selewat-lewatnya 30 minit sebelum sesuatu acara bermula. Peserta yang terlewat akan hilang kelayakan dalam acara tersebut. 4.2 Peraturan ini akan dikuatkuasakan dalam semua acara, termasuk acara Masters.
5.
PAKAIAN 5.1 Semua peserta dimestikan memakai pakaian seragam dengan nama rumah sukan masing-masing. 5.2 Semua peserta hendaklah memakai seluar panjang sahaja (Long Slack atau Khakis).
6.
LARANGAN 6.1 Peserta-peserta adalah dilarang dari merokok, memakan atau meminum minuman keras atau di bawah pengaruh alkohol semasa pertandingan berlangsung. 6.2 Sekiranya didapati terdapat peserta yang melanggar peraturan ini, beliau akan diarahkan supaya berhenti dari pertandingan ini. Pengerusi pertandingan harus membawa ke sini kepada Jawatankuasa Teknikal supaya peserta ini digantung dari seluruhpertandingan.62 Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris 2017
6.3 6.4
7
Minuman bukan beralkohol adalah dibenarkan. Minuman dan tepung (powder) serta sebagainya tidak boleh ditinggalkan di atas meja konsole.
JAWATANKUASA BANTAHAN 7.1 Jawatankuasa ini adalah terdiri daripada ahli-ahli berikut:7.1.1 Pengerusi Kejohanan 7.1.2 Pengarah Pertandingan 7.1.3 Pengurus Teknikal
Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris 2017