BASIKAL 1.0
PERATURAN PERTANDINGAN 1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut Peraturan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dan Peraturan-Peraturan Karnival Sukan Mahasiswa (KARiSMA UiTM) 1.2 Pihak pengelola dimestikan menyediakan pasukan perubatan (ambulans) dalam semua perlumbaan.
2.0
JENIS PERTANDINGAN Pertandingan dijalankan antara pasukan dan individu. Kategori perlumbaan adalah seperti berikut: 2.1 Perlumbaan ‘XCM’ Lelaki 2.2 Perlumbaan ‘XCM’ Wanita 2.3 Perlumbaan ‘XCO’ Lelaki 2.4 Perlumbaan ‘XCO’ Wanita # XCO : Cross Country Olympic (LAP) # XCM : Cross Country Marathon
3.0
KELAYAKAN PASUKAN Penyertaan pasukan yang mendaftar sebagai pelajar sahaja dibenarkan bermain dan pihak Jawatankuasa Pengelola dan Teknikal berhak menentukan kelayakkan pasukan serta pemainnya.
4.0
KELAYAKAN PELUMBA 4.1 Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar minimum TIGA (3) orang atau maksimum EMPAT (4) orang pelumba sahaja setiap acara berpasukan. 4.2 Sekiranya tidak mendaftar acara berpasukan, penyertaan acara individu dibenarkan sekurang – kurangnya SATU (1) atau DUA (2) orang peserta. 4.3 Setiap peserta dibenarkan menyertai 2 acara iaitu XCO dan XCM 4.4 Setiap pelumba yang menyertai pasukan hendaklah didaftarkan sebelum mewakili manamana pasukan. 4.5 Tiada pelumba gantian dibenarkan sekiranya ada pelumba yang mengalami kecederaan
dan tidak dapat meneruskan perlumbaan yang seterusnya. 4.6 Hanya TIGA (3) pelumba terbaik dikira untuk acara berpasukan 5.0
MAKLUMAT ACARA DAN PERTANDINGAN 5.1 Lapan kategori acara dipertandingkan: 5.1.1 5.1.2 5.1.3 5.1.4 5.1.5 5.1.6 5.1.7 5.1.8
‘XCM’ Individu Lelaki ‘XCM’ Individu Wanita ‘XCM’ Berpasukan Lelaki ‘XCM’ Berpasukan Wanita ‘XCO’ Individu Lelaki ‘XCO’ Individu Wanita ‘XCO’ Berpasukan Lelaki ‘XCO’ Berpasukan Wanita
5.2 Individu: Kedudukan perlumba terbaik ditentukan di garisan penamat berdasarkan masa yang terpantas. 5.3 Pasukan: Kedudukan pasukan dalam setiap kategori akan dibuat berdasarkan kepada catatan masa dari tiga pelumba yang terbaik sahaja. 5.4 Pasukan yang mengumpul masa terpantas dari ketiga – tiga pelumba dikira sebagai pemenang. 5.5 Setiap kampus hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja untuk setiap kategori.
6.0
PERATURAN PERLUMBAAN ‘XCO’ 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 6.6 6.7 6.8
6.9
Hanya basikal MTB 26/ 27.5/29 sahaja dibenarkan Tayar minimum 1.95 off road, tayar (slick) tidak dibenarkan Penggunaan “Rigid Fork” adalah tidak dibenarkan. Kesemua peserta haruslah memakai pakaian basikal dan keselamatan yang sesuai: helmet/kasut Peserta harus memastikan basikal berada dalam keadaan baik. Kerosakan basikal semasa perlumbaan haruslah di perbaiki oleh peserta itu sendiri. Bantuan ahli pasukan/mekanik dan feeding hanya dibenarkan di kawasan “Technical Zone” sahaja. Semua pelumba akan dibekalkan ‘transponder’. Pelumba wajib memastikan ‘transponder’ tidak hilang atau tercicir sebelum dan selepas perlumbaan. ‘Transponder’ akan dipasang dan ditanggalkan oleh pihak teknikal perlumbaan sahaja. Setiap kehilangan ‘transponder’ akan dikenakan bayaran gantirugi sebanyak RM250.00. Pelumba wajib mendaftar di kawasan perlepasan satu jam awal bermula dari masa perlumbaan bagi tujuan pemasangan ‘transponder’ dan pemeriksaan basikal.
7.0
6.10 Jarak perlumbaan adalah lebih kurang lebih 25 km. 6.11 Tiada peraturan 80 % zone atau overlap digunakan di dalam perlumbaan ini. PERATURAN PERLUMBAAN XCM 7.1 Hanya basikal MTB 26/ 27.5/29 sahaja dibenarkan 7.2 Tayar minimum 1.95 off road, tayar (slick) tidak dibenarkan 7.3 Kesemua peserta haruslah memakai pakaian basikal dan keselamatan yang sesuai: helmet/sarung tangan/jersi/kasut 7.4 Penggunaan “Rigid Fork” adalah tidak dibenarkan 7.5 Peserta harus memastikan basikal berada dalam keadaan baik. 7.6 No bib wajib dipakai sepanjang perlumbaan dijalankan dan mestilah dapat dilihat dengan jelas. 7.7 Peserta tidak dibenarkan menghalang peserta lain dari memotong 7.8 Pelumba yang melakukan tindakan membahayakan pelumba lain berhak untuk dibatalkan penyertaannya oleh pegawai pertandingan atau komisar perlumbaan. 7.9 Sokongan bantuan kenderaan adalah tidak dibenarkan sama sekali sepanjang perlumbaan 7.10 Peserta mesti mematuhi peraturan lalu lintas di Malaysia kecuali apabila di arahkan oleh pegawai pertandingan. 7.11 Semua pelumba akan dibekalkan ‘transponder’. Pelumba wajib memastikan ‘transponder’ tidak hilang atau tercicir sebelum dan selepas perlumbaan. ‘Transponder’ akan dipasang dan ditanggalkan oleh pihak teknikal perlumbaan sahaja. Setiap kehilangan ‘transponder’ akan dikenakan bayaran gantirugi sebanyak RM250.00. 7.12 Pelumba wajib mendaftar di kawasan perlepasan satu jam awal bermula dari masa perlumbaan bagi tujuan pemasangan ‘transponder’ dan pemeriksaan basikal. 7.13 Sepanjang perlumbaan akan diiringi marshal bermotosikal. 7.14 Kawasan merbahaya atau kawasan berisiko akan di tanda serta di awasi oleh marshal perlumbaan. 7.15 Pembatalan penyertaan akan dikenakan terhadap tindakan membahayakan peserta lain dan melanggar peraturan teknikal. 7.16 Pegawai Pertandingan dan Jawatankuasa pertandingan berhak untuk membatalkan penyertaan jika didapati terdapat peserta yang melanggar peraturan perlumbaan dan keputusan adalah muktamad. 7.17 Pemenang kategori individu ditentukan melalui peserta yang menamatkan perlumbaan dengan masa terpantas. 7.18 Pemenang bagi kategori berpasukan ditentukan melalui 3 pelumba terbaik setiap pasukan. Masa terpantas setiap pasukan dikira pemenang bagi acara berpasukan.
8.0
PEMBATALAN PENYERTAAN 8.1 Peserta boleh dibatalkan penyertaan serta merta jika didapati melakukan perkara berikut: 8.1.1
Mengambil alkahol dan dadah di dalam tempoh 24 jam perlumbaan.
8.1.2
Kegagalan mematuhi peraturan pertandingan dan arahan pegawai pertandingan
8.1.3
Tidak mengikut laluan yang ditetapkan.
8.1.4
Menggunakan kata – kata kesat dan kelakuan yang melampau terhadap pegawai pertandingan dan peserta lain.
8.1.5
Menghalang, mensabotaj dan mengganggu peserta lain daripada mara ke hadapan
8.1.6
Sentuhan fizikal yang membahayakan dengan niat menggagalkan kemenangan peserta lain kecuali sentuhan fizikal yang tidak disengaja atau membahayakan.
8.1.7
Menerima bantuan dan pertolongan dari pihak luar hingga memberikan kelebihan
kepada
peserta
berkenaan
kecuali
bantuan
pegawai
pertandingan(perubatan) di dalam perlumbaan 8.1.8 8.1.9
Tidak mematuhi arahan pegawai pertandingan Meninggalkan peralatan atau kegunaan peribadi di kawsan perlumbaan hingga membahayakan peserta lain (tayar, plastik dan botol) Ianya perlu dibuang ditempat yang selamat.
8.1.10
Menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan untuk memberikan kelebihan serta membahayakan peserta lain.
9.0
JADUAL PERTANDINGAN 9.1 Hari Pertama
–
XCO
9.2 Hari Kedua
–
Rehat
9.3 Hari Ketiga
–
XCM
10.0
KELEWATAN Semua pasukan diwajibkan berada di kawasan permulaan perlumbaan satu jam sebelum perlepasan.
11.0
PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) yang berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.