PETRONAS DAGANGAN BERHAD “RACE TO WIN” TERMA & SYARAT Peraduan 1.0
Penganjur: PETRONAS Dagangan Berhad (“PDB”) merupakan penganjur PETRONAS “RACE TO WIN” (Peraduan)
2.0
Kelayakan: 2.1
Peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan stesen minyak PETRONAS, dengan kewarganegaraan Malaysia berumur lapan belas (18) dan ke atas ("Peserta") tertakluk kepada Terma dan Syarat berikut.
2.2
Peraduan ini terbuka kepada semua Peserta, kecuali kategori-kategori berikut yang TIDAK LAYAK untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini: (a) Rakan Niaga Stesen PETRONAS, kakitangan Rakan Niaga berserta ahli keluarga yang terdekat diiktirafkan sebagai bapa, ibu, suami, isteri atau anak-anak. (b) Kakitangan agensi pengiklanan / promosi untuk PDB berserta ahli keluarga yang terdekat diiktirafkan sebagai bapa, ibu, suami, isteri atau anak-anak.
2.3
3.0
Sekiranya Peserta didapati tidak menepati syarat-syarat pada bila-bila masa semasa atau selepas Tempoh Peraduan, PDB berhak untuk membatalkan penyertaan Peserta tersebut dengan cara membatalkan / menarik balik ganjaran yang ditebus oleh Peserta. PDB mempunyai hak untuk mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan perlu terhadap Peserta tersebut.
Tempoh Peraduan:
Tempoh Peraduan akan bermula dari 23 September 2016 sehingga 13 Oktober 2016 (”Tempoh Peraduan”). 4.0
Mekanisma Peraduan: 4.1
Untuk menyertai Peraduan ini, Peserta dikehendaki : a) Pembelian terkumpul sebanyak RM200 dan ke atas untuk minyak PETRONAS Primax 97 atau PETRONAS Primax 95 (“Minyak”) di mana-mana Stesen PETRONAS dalam satu atau gabungan beberapa transaksi melalui
1
wang tunai atau kad kredit atau PETRONAS Gift Card atau SmartPay atau mata ganjaran Mesra dalam Tempoh Peraduan. b) Pembelian terkumpul sebanyak RM100 dan ke atas untuk minyak PETRONAS Primax 97 atau PETRONAS Primax 95 (“Minyak”) di mana-mana Stesen PETRONAS dalam satu atau gabungan beberapa transaksi melalui wang tunai atau kad kredit atau PETRONAS Gift Card atau SmartPay atau mata ganjaran Mesra dalam Tempoh Peraduan. c) Pembelian minimum sebanyak RM40 untuk minyak PETRONAS Primax 97 atau PETRONAS Primax 95 (“Minyak”) di mana-mana Stesen PETRONAS dalam satu transaksi melalui wang tunai atau kad kredit atau PETRONAS Gift Card atau SmartPay atau mata ganjaran Mesra dalam Tempoh Peraduan. d) Peserta dikehendaki menggunakan Kad Mesra yang telah berdaftar semasa pembelian untuk melayakkan peserta menyertai peraduan ini. (Tiada borang penyertaan diperlukan. Penyertaan adalah secara elektronik). *Kad Mesra haruslah didaftarkan secara online di www.kad-mesra.com.my untuk pihak PETRONAS mendapatkan data bagi menghubungi peserta jika peserta terpilih sebagai pemenang. 4.2
Sebanyak Empat Ratus Lima Puluh Tujuh (457) pemenang akan dipilih oleh PDB melalui sistem pemilihan berkomputer bersama-sama dengan juru audit berkecuali yang dilantik. Keputusan PDB dalam semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan ini (termasuk pemilihan pemenang) adalah muktamad. Sebarang pertanyaan mengenai pemilihan pemenang tidak akan dilayan. 4.2.1 Terdapat dua kali proses pemilihan pemenang untuk kempen ini: a) Sebanyak 7 pemenang akan dipilih pada 26 September 2016 untuk Pit Stop Activation. b) Sebanyak 450 pemenang akan dipilih sebagai pemenang pada selewat lewatnya minggu ke-empat bulan Oktober 2016.
4.3
Pihak PDB akan menghubungi pemenang bertuah dan satu soalan kelayakan akan ditanyakan untuk melayakkan pemenang memenangi hadiah – hadiah yang ditawarkan. PDB berhak menolak kelayakan kemenangan sekiranya bakal pemenang tidak dapat memberikan jawapan yang betul. Proses pemilihan yang sama akan diulang untuk mencari bakal pemenang yang lain selepas itu sehingga mendapat pemenang yang layak.
4.4
Hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah seperti yang disenaraikan dalam Klausa 5.0 di bawah.
2
5.0
Hadiah-hadiah Peraduan: 5.1
Hadiah-hadiah seperti berikut: 5.1.1: Pelan Pengaktifan Kempen (Activation On Ground)
7 Pemenang Pit Stop! *Sesi Temu Ramah Eksklusif bersama Pemandu F1!! • • • •
2x MAMGP Long/Short Sleeve Team Shirt 2x MAMGP Long/Short Sleeve driver tee 1x MAMGP Driver Flatbrim Cap Hamilton 2x MAMGP Driver Cap Rosberg
Pemenang akan dipilih pada 26 September 2016
Kelayakan untuk menang Pelanggan yang paling cepat mengumpul pembelian RM200 dan ke atas dari 23 September sehingga 25 September 2016
* Sekiranya pemenang bersetuju untuk menjadi pemenang bagi peraduan ini, segala kos berkaitan penginapan dan pengangkutan adalah di bawah tanggungan pemenang. 5.1.2: Kategori dan hadiah 100 Pemenang Hadiah Utama! • • •
• •
20x MAMGP ½ Zip Knitted Jumper 20x MAMGP Long/Short Sleeve driver tee 60x MAMGP Long/Short Sleeve Team shirt
Pembelian RM200 dan ke atas dari 23 September sehingga 13 Oktober 2016
150 Pemenang Hadiah Kedua!
Kelayakan untuk menang
80x MAMGP Driver Flatbrim Cap Hamilton 70x MAMGP Driver Cap Rosberg
Pembelian RM100 dan ke atas dari 23 September sehingga 13 Oktober 2016
200 Pemenang Hadiah Saguhati! • •
Kelayakan untuk menang
70x PETRONAS Gift Card (bernilai RM50 setiap satu) 130x PETRONAS Winning Formula T-shirt
Kelayakan untuk menang Pembelian RM40 dan ke atas dari 23 September sehingga 13 Oktober 2016
*Saiz dan warna barangan dipilih secara rawak oleh pihak PDB
3
6.0
Pelbagai: 6.1
Nama-nama pemenang www.mymesra.com.my.
akan
dipaparkan
dalam
laman
web
6.2
Hadiah-hadiah akan dihantar kepada pemenang dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh senarai pemenang dipaparkan dalam laman web PDB atau melalui cara lain seperti yang dimaklumkan oleh PDB. Pemenang dikehendaki mengisi borang pengisytiharan penerimaan hadiah.
6.3
Seorang pemenang hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah sepanjang tempoh promosi.
6.4
PDB akan menghubungi pemenang-pemenang melalui telefon (nombor telefon yang diisikan semasa pendaftaran Kad Mesra).
6.5
Dalam situasi sekiranya PDB tidak dapat menghubungi pemenang bertuah melalui telefon atas sebarang alasan di mana talian tiada dalam kawasan atau perkhidmatan, PDB akan membuat panggilan semula sebanyak satu (1) kali dalam tempoh dua (2) jam. Sekiranya pemenang tersebut tidak menjawab panggilan juga, PDB berhak untuk memilih pemenang bertuah yang lain dan proses sama akan dijalankan sehingga pemenang yang layak dijumpai.
6.6
Kesemua pemenang haruslah mematuhi segala Terma dan Syarat yang telah ditetapkan oleh pihak PDB.
6.7
Hadiah yang dimenangi haruslah ditebus dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh senarai pemenang dipaparkan dalam laman web PDB seperti yang dinyatakan dalam Klausa 6.1 di atas. Hadiah-hadiah tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai atau saiz, warna atau barangan lain atau pakej. Pemenang juga tidak dibenarkan untuk menebus hadiah selepas tempoh yang dinyatakan dalam Klausa ini.
6.8
PDB berhak pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya, tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu, untuk menggantikan mana-mana ganjaran dengan tawaran lain yang sama nilai atau lebih tinggi nilai.
6.9
PDB berhak untuk memilih spesifikasi ganjaran dan keputusan PDB dalam perkara ini adalah muktamad.
6.10
Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju dengan semua Terma dan Syarat yang terkandung di sini dan bersetuju bahawa keputusan PDB mengenai Peraduan ini dan segala perkara yang berhubungan dengan atau yang berkaitan adalah muktamad dan sebarang pertanyaan, rayuan atau suratmenyurat tidak akan dilayan.
4
6.11
PDB berhak untuk membatalkan sebarang penyertaan dan/atau membatalkan mana-mana ganjaran yang diberikan kepada Peserta dan/atau pemenang yang tidak mematuhi mana-mana Terma dan Syarat yang terkandung di sini.
6.12
PDB berhak untuk membatalkan, memendekkan, melanjutkan, menggantung atau menamatkan Peraduan pada bila-bila masa sebelum tamat Tempoh Peraduan tanpa memberi notis terlebih dahulu. PDB juga berhak untuk meminda, membatal atau menukar mana-mana Terma dan Syarat yang terkandung di sini pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Untuk mengelakkan keraguan, Peserta tidak layak untuk menuntut apa-apa pampasan daripada PDB bagi mana-mana dan semua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Peserta akibat daripada sebarang pembatalan, pelanjutan, penggantungan atau penamatan Tempoh Peraduan pada bila-bila masa sebelum tamat Tempoh Peraduan.
6.13
PDB berhak untuk menggunakan nama, alamat, gambar-gambar, maklumat dan dokumen Peserta dan / atau pemenang dalam iklan dan lain-lain bentuk publisiti untuk tujuan pemasaran semasa dan masa depan dari masa ke semasa. Penyertaan Peserta dalam Peraduan ini telah membenarkan penggunaan sedemikian, tanpa notis selanjutnya, bayaran atau seumpamanya.
6.14
PDB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan kerugian atau kerosakan kepada harta benda atau sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa oleh Peserta dan / atau mana-mana pihak akibat daripada perkara yang timbul daripada atau berkaitan dengan Peraduan ini atau ganjaran yang diberikan di bawah Peraduan ini.
6.15
PDB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau/dan kegagalan dalam penghantaran hadiah ke alamat pemenang. Pemenang harus memberikan alamat terkini semasa pemenang dikenalpasti oleh pihak PDB.
6.16
Terma dan Syarat ini mengatasi mana-mana peruntukan atau representasi yang terkandung dalam mana-mana risalah atau bahan promosi atau pengiklanan dalam Peraduan ini.
6.17
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di antara versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Terma dan Syarat dalam versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
6.18
PDB berhak untuk membuat keputusan mengenai tafsiran Terma dan Syarat serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan Peraduan ini.
6.19
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi MESRALINK di 1 300 88 8181.
5
7.0
Data Peribadi 7. 1
Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju dan menerima pengumpulan, pemprosesan, penggunaan, pendedahan dan pengekalan oleh PDB terhadap data peribadi Peserta seperti yang dinyatakan di dalam Notis Data Peribadi yang diberikan menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, yang boleh dilihat di “www.mymesra.com.my/pdpa”
6