PETRONAS DAGANGAN BERHAD “PROMOSI KOMBO RM5 UNTUK CUTI IDAMAN” TERMA & SYARAT Peraduan 1.0
Penganjur: PETRONAS Dagangan Berhad (“PDB”) merupakan penganjur “PROMOSI KOMBO RM5 UNTUK CUTI IDAMAN” (Peraduan)
2.0
Kelayakan: 2.1
Peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan stesen minyak PETRONAS, dengan kewarganegaraan Malaysia berumur lapan belas (18) dan ke atas ("Peserta") tertakluk kepada Terma dan Syarat berikut.
2.2
Peraduan ini terbuka kepada semua Peserta, kecuali kategori-kategori berikut yang TIDAK LAYAK untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini: (a) Kakitangan PETRONAS (termasuk syarikat-syarikat bersekutu dan berkaitannya) dan ahli keluarga yang terdekat (bapa, ibu, suami, isteri atau anak-anak) (b) Rakan Niaga Stesen PETRONAS, kakitangan Rakan Niaga, kakitangan agensi pengiklanan/ promosi untuk PDB beserta ahli keluarga yang terdekat diiktirafkan sebagai bapa, ibu, suami,isteri atau anak-anak.
2.3
3.0
Sekiranya Peserta didapati tidak menepati syarat-syarat pada Klausa 2.1 dan 2.2 di atas pada bila-bila masa semasa atau selepas Tempoh Peraduan, PDB berhak untuk membatalkan penyertaan Peserta tersebut dengan cara membatalkan / menarik balik ganjaran yang ditebus oleh Peserta. PDB mempunyai hak untuk mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan perlu terhadap Peserta tersebut.
Tempoh Peraduan:
Tempoh Peraduan akan bermula dari 1 Julai sehingga 31 Ogos 2015 (10 minggu). PDB berhak untuk melanjutkan Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu kepada Peserta. Semua penyertaan yang diterima sebelum atau selepas Tempoh Peraduan akan dibatalkan.
1
4.0
Mekanisma Peraduan: 4.1
Untuk menyertai Peraduan ini, Peserta dikehendaki : a) membuat Pembelian minimum RM5 mana-mana barangan promosi (“Kombo") di mana-mana Stesen PETRONAS dan / atau Kedai Mesra dalam satu transaksi melalui wang tunai atau kad kredit atau SmartPay atau PETRONAS Gift Card atau mata ganjaran Mesra dalam Tempoh Peraduan; dan b) menyerahkan kad Mesra semasa pembelian. Kad Mesra peserta akan dileretkan semasa pembelian untuk melayakkan Peserta untuk menyertai Peraduan ini. Kad Mesra haruslah didaftarkan secara online di www.kadmesra.com.my untuk pihak PETRONAS mendapatkan data bagi menghubungi peserta jika peserta terpilih sebagai pemenang (Tiada borang penyertaan disediakan, penyertaan secara elektronik). Bagi setiap pembelian minimum sebanyak RM5 dalam urus niaga tunggal akan melayakkan Peserta untuk satu (1) penyertaan Ilustrasi 1: Peserta membuat pembelian minimum barangan promosi sebanyak RM 10 atau lebih menggunakan Kad Mesra dalam urus niaga tunggal i. Peserta akan mendapat satu (1) penyertaan bagi setiap RM5 dibelanjakan. Contoh RM10 = 2 penyertaan, RM15 = 3 penyertaan Ilustrasi 2: Peserta membuat pembelian barangan promosi dengan menebus mata ganjaran Mesra berjumlah RM 5 (500 mata ganjaran) atau lebih menggunakan Kad Mesra dalam urus niaga tunggal i.
Peserta akan mendapat satu (1) penyertaan bagi setiap tebusan mata ganjaran Mesra berjumlah RM5 (500 mata ganjaran) Contoh:
RM10 (1,000 mata ganjaran) = 2 penyertaan RM15 (1,500 mata ganjaran) = 3 penyertaan
Ilustrasi 3: Peserta membuat pembelian minimum barangan promosi RM5 menggunakan Kad Mesra dalam pelbagai transaksi iaitu RM2 yang dibelanjakan dalam satu transaksi dan RM3 dalam urus niaga lain i. Peserta tidak akan mendapat sebarang penyertaan ii. Pembelian minimum RM5 barangan Kombo mestilah dalam urus niaga tunggal transaksi 4.4
Sebanyak Lapan Ratus Dua Puluh Empat (824) pemenang akan dipilih oleh PDB melalui sistem pemilihan berkomputer bersama-sama dengan juru audit luar yang dilantik. Pihak PDB akan menghubungi pemenang bertuah dan satu 2
soalan akan ditanya untuk melayakkan pemenang memenangi pakej percutian idaman mereka. Keputusan PDB dalam semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan ini (termasuk pemilihan pemenang) adalah muktamad. Sebarang pertanyaan mengenai pemilihan pemenang tidak akan dilayan. 4.5
5.0
6.0
Hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah seperti yang disenaraikan dalam Klausa 5.0 di bawah.
Hadiah-hadiah Peraduan: 5.1
Hadiah Utama x 12 Pemenang - Baucar percutian bernilai RM15, 000 - Wang tunai bernilai RM5, 000
5.2
Hadiah Bulanan x 6 Pemenang untuk setiap bulan (Julai dan Ogos) - Baucar percutian benilai RM3, 000 - Wang tunai bernilai RM 2,000
5.3
Hadiah Saguhati x 800 Pemenang - PETRONAS Gift Card bernilai RM200
Pelbagai: 6.1
Nama-nama pemenang akan diumumkan dalam majlis penyampaian hadiah dan/atau dipaparkan dalam laman web www.mymesra.com.my .
6.2
Pemenang-pemenang akan dimaklumkan untuk menerima hadiah-hadiah mereka di majlis atau acara-acara yang akan dianjurkan oleh PDB atau melalui cara lain yang diterima oleh PDB. Pemenang dikehendaki mengisi borang pengisytiharan penerimaan hadiah.
6.3
PDB akan menghubungi pemenang-pemenang melalui telefon (nombor telefon yang diisikan semasa pendaftaran Kad Mesra (dalam borang penyertaan atau secara online.)
6.4
PDB berhak pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu, untuk menggantikan mana-mana ganjaran dengan tawaran lain yang sama nilai atau lebih tinggi nilai.
6.5
PDB berhak untuk memilih spesifikasi ganjaran dan keputusan PDB dalam perkara ini adalah muktamad.
6.6
Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju dengan semua Terma dan Syarat yang terkandung di sini dan bersetuju bahawa keputusan PDB 3
mengenai Peraduan ini dan segala perkara yang berhubungan dengan atau yang berkaitan adalah muktamad dan sebarang pertanyaan, rayuan atau surat-menyurat tidak akan dilayan. 6.7
PDB berhak untuk membatalkan sebarang penyertaan dan / atau membatalkan mana-mana ganjaran yang diberikan kepada Peserta dan/atau pemenang yang tidak mematuhi mana-mana Terma dan Syarat yang terkandung di sini.
6.8
PDB berhak untuk membatalkan, memendekkan, melanjutkan, menggantung atau menamatkan Peraduan pada bila-bila masa sebelum tamat Tempoh Peraduan tanpa memberi notis terlebih dahulu. PDB juga berhak untuk meminda, membatal atau menukar mana-mana Terma dan Syarat yang terkandung di sini pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Untuk mengelakkan keraguan, Peserta tidak layak untuk menuntut apa-apa pampasan daripada PDB bagi mana-mana dan semua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Peserta akibat daripada sebarang pembatalan , pelanjutan, penggantungan atau penamatan Tempoh Peraduan pada bila-bila masa sebelum tamat Tempoh Peraduan,.
6.9
PDB berhak untuk menggunakan nama, alamat, gambar-gambar, maklumat dan dokumen Peserta dan / atau pemenang dalam iklan dan lain-lain bentuk publisiti untuk tujuan pemasaran semasa dan masa depan dari masa ke semasa. Penyertaan Peserta dalam Peraduan ini telah membenarkan penggunaan sedemikian, tanpa notis selanjutnya, bayaran atau seumpamanya.
6.10
Sebarang perbelanjaan mengenai pengakutan, perkhidmatan courier atau kos untuk menyertai Peraduan atau menerima hadiah adalah pada kos pemenang sendiri. Penerimaan hadiah menunjukkan pengesahan, persefahaman, perjanjian dan penerimaan Terma—terma dan Syarat terkandung di sini dan apa-apa terma-terma dan syarat yand disertakan dengan hadiah.
6.10
PDB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan kerugian atau kerosakan kepada harta benda atau sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa oleh Peserta dan / atau mana-mana pihak akibat daripada perkara yang timbul daripada atau berkaitan dengan Peraduan ini atau ganjaran yang diberikan di bawah Peraduan ini.
6.11
Terma dan Syarat ini mengatasi mana-mana peruntukan atau representasi yang terkandung dalam mana-mana risalah atau bahan promosi atau pengiklanan dalam Peraduan ini.
6.12
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di antara versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Terma dan Syarat dalam versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. 4
7.0
6.13
PDB adalah berhak untuk membuat keputusan mengenai tafsiran Terma dan Syarat serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan Peraduan ini.
6.14
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Mesralink di 1 300 88 8181 .
Data Peribadi Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju dan menerima pengumpulan, pemprosesan, penggunaan, pendedahan dan pengekalan oleh PDB terhadap data peribadi Peserta seperti yang dinyatakan di dalam Notis Data Peribadi yang diberikan menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, yang boleh dilihat di “www.mymesra.com.my/pdpa”
5