FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER MEI 2012
KOD KURSUS : HBIS 1203
TAJUK KURSUS PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1
MATRICULATION NO
:
810104035641001
NO. KAD PENGNEALAN
:
810104-03-5641
NO. TELEFON
:
0192677109
E-MEL
:
[email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN :
TERENGGANU LEARNING CENTER
KAJIAN KAEDAH ATAU METHOD HAFAZAN ANTARA DUA INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA
1.
PENDAHULUAN
Menghafaz adalah salah satu kaedah yang penting di dalam mendalami ilmu al-Quran. Hafazan adalah proses yang digunakan untuk menyimpan pengetahuan (Ab.Fatah Hasan:15). Menghafaz memerlukan suatu kekuatan fikiran pada orang yang melakukannya. Sementara menghafaz sesuatu yang dipelajari dan mengasah ingatan melalui hafazan adalah cara yang paling baik untuk mengekalkan ingatan dan kecerdasan otak.
Senario yang berlaku pada hari ini menampakkan bahawa, kesedaran umat Islam terhadap kepentingan dan kebaikan menghafaz al-Quran mendorong ibubapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama yang menyediakan pengajian tahfiz al-Quran di samping mata pelajaran agama dan akademik. Di samping sekolah-sekolah agama yang sedia ada, lebih banyak pusat-pusat pengajian dan institut al-Quran didirikan bagi memenuhi permintaan terhadap pengajian tahfiz al-Quran. Para dermawan dan orang berada tampil ke hadapan untuk menjadi penaja pelajar hafiz dan kelas-kelas tahfiz alQuran yang ditubuhkan.
2.
SKOP KAJIAN
Kajian ini tertumpu kepada pelajar-pelajar yang belajar di pusat tahfiz al-Quran, di Institut al-Quran Terengganu (IQT) dan Maahad Tahfiz al-Quran Kubang Bujuk, Serada, Terengganu. Di samping itu kajian ini juga melibatkan guru-guru dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses pembelajaran penghafazan alQuran.
Beberapa set soal selidik telah digubal khas untuk mengumpul data tentang kaedah hafazan yang digunakan di samping temuramah dan pemerhatian/tinjauan dipusat-pusat tahfiz berkaitan dengan cara pembelajaran dan pengajaran di samping aktiviti-aktiviti harian yang dilalui di Madrasah/Maahad/Institut/tahfiz dalam membantu pelajar menghafaz keseluruhan al-Quran.
3.
OBJEKTIF KAJIAN i)
Mengenalpasti minima dua (2) kaedah hafazan yang digunakan oleh keduadua institusi ini dalam melahirkan para huffaz.
ii) Mendalami keistimewaan yang wujud dalam kaedah yang digunapakai untuk diaplikasi dalam pendidikan hafazan di sekolah rendah iii) Mengkaji kaedah-kaedah yang digunakan untuk menjaga dan memelihara hafazan al-Quran melalui kaedah ini.
4.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini diharapkan akan dapat memberi sumbangan kepada pihak institusi hafazan khususnya dan institusi hafazan al-Quran lain umumnya agar dapat memperkukuh dan menambahbaikkan lagi sistem ini agar dapat melahirkan para huffaz yang berkebolehan dan berkualiti. Selain itu juga, kajian ini diharap mampu menambahkan lagi institusi tahfiz di seluruh negara. Hal ini kerana kita ingin melihat hafazan al-Quran ini menjadi suatu agenda yang diminati generasi muda khususnya untuk mendekati dan menghayati al-Quran. Ini kerana bilangan para huffaz ini masih kecil berbanding dengan jumlah umat Islam di negara ini. Selain itu juga, menghafaz al-Quran dilihat sebagai satu agenda yang mampu menjadi benteng utama kepada golongan remaja khususnya dari terjebak dengan aktiviti yang tidak bermoral kerana al-Quran ini merupakan penawar dan pelindung bagi setiap manusia yang mengamalkannya. Semoga hasil tulisan ini menjadi inspirasi buat para huffaz dalam mempelbagaikan teknik hafazan mereka sekaligus membantu mereka memartabatkan kesucian al-Quran.
5.
LATAR BELAKANG INSTITUT HAFAZAN
5.1
Institut Al-Quran Terengganu (IQT)
Sejarah Institut al-Quran Terengganu bermula dari penubuhan Maahad Tahfiz al-Quran pada 15 April 1984 di Masjid Abidin dengan bilangan pelajar seramai 15 orang di bawah bimbingan 5 orang tenaga pengajar. Yang Berbahagia Tan Sri Dato‟ Sheikh Ismail bin Mohamad al-Hafiz merupakan pengasas dan pengetua yang pertama Maahad Tahfiz alQuran (1984–1993) dengan dibantu oleh Yang Berbahagia Ustaz Ahsin bin Wijaya, Yang Berbahagia Ustaz Auza bin Omar dan Yang Berbahagia Ustaz Ibrahim bin Tambu.
Pada awal 1986, Maahad Tahfiz al-Quran telah berpindah ke sebuah bangunan di Kg. Pengadang Baru, Kuala Terengganu dengan pertambahan bilangan pelajar dari seramai 15 orang kepada 30 orang. Pada 14 Julai 1993, pembinaan fasa 1 kompleks bangunan Maahad Tahfiz al-Quran di Padang Midin yang terdiri daripada 2 blok bangunan kuliah, 3 blok asrama, sebuah bangunan perpustakaan dan sebuah dewan makan telah berjaya diselesaikan. Sehingga kini, Kampus Padang Midin telah dilengkapi dengan beberapa buah bangunan tambahan iaitu sebuah surau, sebuah bangunan pentadbiran, dewan dan satu blok asrama.
Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Terengganu mula dikenali sebagai Institut al-Quran Terengganu (IQT) pada 2 Januari 2007. Institut al-Quran Terengganu yang bermula pada tahun 2005 telah beroperasi di premis sementara di Kompleks Seri Iman, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan berpindah ke bangunan baru di Kampus Padang Midin, Marang, Terengganu pada 1 Januari 2008.
Program pengajian yang ditawarkan di IQ Terengganu ialah Program Persijilan Syahadah dan Diploma lepasan SPM serta program pengajian al-Furqaan. Setelah beroperasi selama 25 tahun, seramai 721 orang pelajar telah berjaya memperolehi sijil tahfiz dan telah diterima untuk melanjutkan pengajian di institusi-institusi pengajian tinggi dalam
dan luar Negara diantaranya ialah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Sains Islam (USIM), Universiti al-Azhar dan lainlain.
5.2
Maahad Tahfiz al-Quran, Kubang Bujuk, Terengganu (MTQKB)
Maahad Tahfiz, Kubang Bujok, Serada, Kuala Terengganu merupakan sebuah pusat pengajian tahfiz al-Quran yang dikendalikan secara persendirian ataupun secara swasta. Madrasah ini merupakan pusat pengajian tahfiz swasta yang kedua tertua di negara ini selepas Raudhatul Tahfiz Al-Quran yang kemudiannya dikenali dengan Maahad Tahfiz Quran Wal Qiraat yang terletak di Pusat Dakwah Islamiah, Jeram, Selangor. Maahad Tahfiz Quran Wal Qiraat, Pusat Dakwah Islamiah, Jeram, Selangor ini diasaskan oleh Ustaz Haji Nasoha Bin Ahmad pada bulan Januari 1981. Madrasatul Quran yang lebih dikenali dengan nama Madrasatul Quran Kubang Bujok ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Muda Bin Haji Deraman pada 1 Oktober 1982 di Kubang Bujok, Serada, Kuala Terengganu.
Penubuhan Madrasatul Quran Kubang Bujok adalah hasil cetusan daripada Ijtimak (Perhimpunan) Tabligh Dunia yang diadakan di Padang Hiliran pada bulan November/Disember 1982. Hadraji (Ketua Jemaah Tabligh Sedunia) iaitu Maulana Hassan (Ketua Jemaah Tabligh India) juga datang ke Ijtimak ini dan beliaulah yang merasmikan Madrasah ini dengan meletakkan batu asas di Masjid Madrasatul Quran Kubang Bujok. Hingga kini, Madrasah ini telah melahirkan lebih dua ribu para 50 Huffaz sejak ia ditubuhkan 23 tahun yang lalu.
6.
PENGERTIAN HAFAZAN
Pengertian “ hafazan “ diambil dari perkataan “ hafaz” yang bererti sudah masuk betul ingatan, dapat mengucapkan pelajaran (ayat al-Quran dan lain-lain) dengan ingatan semata-mata, tanpa melihat buku, kitab dan sebagainya. Hafazan adalah proses yang digunakan untuk menyimpan pengetahuan.
Menghafaz al-Quran bukan bermakna mengingat ayat-ayatnya sahaja, malah ia mempunyai maksud yang lebih daripada itu. Tidak ada bahasa lain yang dapat menterjemahkan perkataan hafaz atau (hifz) dalam Bahasa Arab. Hifz dari segi bahasa bermaksud menjaga dan memelihara. Justeru, orang yang menghafaz al-Quran ialah orang yang memelihara al-Quran daripada hilang. Ia menyimpannya di dalam dada dan ia membacanya selalu supaya tidak lupa dan tidak hilang. Firman Allah SWT: Maksudnya: “ Sesungguhnya al-Quran ini menunjukkan ke jalan yang paling lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh, bahawa bagi mereka ganjaran yang besar”. surah Al-Isra ayat 9:
7.
KAEDAH HAFAZAN IQT
Institut Al-Quran Terengganu menggunakan kaedah sebagaimana penerangan berikut :
7.1
Kaedah Permulaan Bacalah ayat pertama sebanyak 20 kali. Bacalah ayat kedua sebanyak 20 kali. Bacalah ayat ketiga sebanyak 20 kali. Bacalah ayat keempat sebanyak 20 kali Keempat ayat di atas dari awal hingga akhir digabungkan dan dibaca ulang sebanyak 20 kali. Bacalah ayat kelima sebanyak 20 kali. Bacalah ayat keenam sebanyak 20 kali. Bacalah ayat ketujuh sebanyak 20 kali. Bacalah ayat kedelapan sebanyak 20 kali. Keempat ayat (ayat 5-8) di atas dari awal hingga akhir digabungkan dan dibaca ulang sebanyak 20 kali. -
Bacalah ayat pertama hingga ayat ke 8 sebanyak 20 kali untuk memantapkan hafalannya. Demikian seterusnya pada setiap surah hingga selesai menghafal seluruh surah dalam Al-Quran. Jangan menghafal
dalam sehari lebih dari seperlapan (1/8) juz, kerana akan menyebabkan hafalan bertambah berat dan sukar.
7.2
Kaedah Menambah Hafalan
-
Jika ingin menambah hafalan baru (halaman selanjutnya) pada hari berikutnya, maka sebelum menambah dengan hafalan baru dengan kaedah yang sebutkan di atas, maka anda harus membaca hafalan lama (halaman sebelumnya) dari ayat pertama hingga ayat terakhir (muraja‟ah) sebanyak 20 kali supaya hafalan ayat-ayat sebelumnya tetap kukuh dan kuat dalam ingatan. Kemudian setelah mengulangi (muraja’ah) maka memulai hafalan baru dengan kaedah yang disebutkan di atas.
7.3
Kaedah Menggabungkan Antara (Muraja’ah) Dengan Menambah Hafalan Baru -
Jangan sekali-kali kamu menambah hafalan Al-Qur`an tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya. Ini boleh menyebabkan banyak kehilangan hafalan yang pernah dibuat sebelum ini. Oleh itu, kaedah yang paling tepat dalam menghafal adalah dengan menggabungkan antara murajaah (mengulang) dan menambah hafalan baru.
-
Bahagilah isi Al-Qur`an menjadi tiga bahagian, dimana mana satu bahagian mengandungi 10 juz. Jika dalam sehari telah menghafal satu halaman maka ulangilah dalam sehari empat halaman yang telah dihafal sebelumnya hingga menyelesaikan 10 juz. Jika telah menhabiskan 10 juz maka berhentilah menghafal selama satu bulan penuh dan isi dengan mengulang apa yang telah dihafal, dengan cara setiap hari mengulangi (meraja‟ah) sebanyak 8 halaman.
-
Setelah selesai satu bulan kamu mengulangi hafalan, sekarang mulailah kembali dengan menghafal hafalan baru sebanyak satu atau dua lembar tergantung kemampuan, sambil kamu mengulangi setiap harinya 8
halaman hingga kamu bisa menyelesaikan hafalan 20 juz. Jika kamu telah menghafal 20 juz maka berhentilah menghafal selama 2 bulan untuk mengulangi hafalan 20 juz, dimana setiap hari hendaklah mengulangi (meraja‟ah) sebanyak 8 halaman. Jika sudah mengulang selama dua bulan, maka mulailah kembali dengan menghafal hafalan baru sebanyak satu atau dua lembar mengikut kemampuan, sambil mengulangi setiap hari 8 halaman sehingga menyelesaikan keseluruhan Al-Qur‟an.
-
Jika telah selesai menghafal semua isi Al-Qur`an, maka ulangilah 10 juz pertama secara tersendiri selama satu bulan, dimana setiap harinya mengulangi setengah juz. Kemudian pindahlah ke 10 juz berikutnya, juga diulang setengah juz ditambah 8 halaman dari sepuluh juz pertama setiap harinya. Kemudian pindahlah untuk mengulang 10 juz terakhir dari AlQur`an selama sebulan, dimana setiap harinya mengulang setengah juz ditambah 8 halaman dari 10 juz pertama dan 8 halaman dari 10 juz kedua.
7.4
Kaedah Muraja’ah Al-Quran (30 Juz) Setelah Menyelesaikan Kaedah Muraja’ah di atas -
Mulailah mengulangi Al-Qur‟an secara keseluruhan dengan cara setiap harinya mengulang 2 juz, dengan mengulanginya 3 kali dalam sehari. Dengan cara ini, mudah untuk mengkhatamkan Al-Qur‟an sekali dalam setiap dua minggu.
-
Dengan kaedah seperti ini maka dalam jangka satu tahun (insya Allah) telah mutqin (kukuh) dalam menghafal Al-Qur‟an, dan lakukanlah cara ini selama setahun penuh.
8.
KAEDAH HAFAZAN MTQKB
Kebanyakan kedah yang diamalkan untuk hafalan atau hafazan kepada huffaz di Maahad Tahfiz al-Quran Kubang Bujuk (MTQKB) adalah diambil daripada India dan Pakistan dan diubahsuai mengikut kesesuaian.
8.1
Kaedah menghafaz mengikut tertib juzuk dalam al-Quran -
Hafazan juzuk dalam al-Quran dimulakan dari hadapan iaitu bermula juzuk pertama (surah al-Baqarah) hinggalah seterusnya ke belakang sampai ke juzuk yang ke-30 (surah An-nas)
8.2
Kaedah menghafaz juzuk yang pendek terlebih dahulu. -
kaedah menghafaz al-Quran bermula dengan menghafaz juzuk yang ke-30 terlebih dahulu. Setelah juzuk yang ke-30 selesai dihafaz oleh para pelajar, maka mereka akan kembali semula menghafaz juzuk yang pertama, kedua dan seterusnya. Kaedah ini dilaksanakan bagi memudahkan para pelajar menghafaz al-Quran dengan mula menghafaz dari surah yang pendekpendek terlebih dahulu dan setelah itu barulah diikuti dengan surah-surah yang panjang.
-
Dari segi kesan psikologinya, cara ini penting untuk memupuk terlebih dahulu minat kepada suka menghafaz al-Quran. jika para pelajar didedahkan terus dengan surah yang panjang seperti surah al- Baqarah di juzuk yang pertama, mereka akan berasa terbeban dan tidak seronok untuk menghafaz. Tambahan pula, menghafaz bermula dengan juzuk yang ke-30 ini memudahkan para pelajar untuk menghafaz dengan senang dan mudah kerana mereka sudah sentiasa mendengar dan mengamalkannya dalam solat fardhu lima waktu
8.3
Kaedah melancarkan bacaan secara sendirian terlebih dahulu -
Pelajar perlu membaca ayat yang ingin dihafaz berulang kali dengan bacaan yang betul dari segi sebutan huruf dan tajwid.
8.4
Kaedah tasmi’ bersama kawan -
pelajar dikehendaki memperdengarkan hafazan mereka sesama mereka (iaitu seorang pelajar memperdengarkan bacaannya kepada seorang rakannya yang lain) .Ia adalah bertujuan untuk mengetahui sama ada bacaan mereka betul atau salah
8.5
Kaedah tasmi’ bersama guru Para pelajar sekali-kali tidak dibenarkan untuk menyemak bacaannya di hadapan guru jika tidak menyemak bacaannya terlebih dahulu dengan rakan-rakannya. Ini untuk mengelakkan para pelajar melakukan banyak kesilapan semasa menyemak bacaannya di hadapan guru. Jika didapati pelajar tersebut masih lupa atau tidak lancar bacaannya, maka guru akan memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk kembali melancarkan bacaannya terlebih dahulu. Selepas itu pelajar tersebut dikehendaki menyemak bacaannya di hadapan guru untuk kali yang kedua.
8.6
Kaedah sabaq Pelajar akan memperdengarkan bacaan baru kepada guru dan para pelajar kebiasaannya menghafaz satu hingga dua muka surat sehari. Guru akan mencatatkan dalam sebuah buku catatan jumlah bilangan ayat hafazan yang telah dihafaz oleh seseorang pelajar pada hari tersebut beserta dengan tarikh pada hari tersebut. -
Bagi pelajar yang belum khatam menghafaz 30 juzuk, mereka dikehendaki menghafaz ayat baru (sabaq) selepas selesai membaca surat Yasin selepas waktu Subuh sehinggalah jam 7.30 pagi. Selepas makan pagi, pelajar akan membaca sabaq pada bahagian belakang sebanyak satu juzuk bermula pukul 8.30 hingga 11.00 pagi.
8.7
Kaedah amokhtah -
diambil dari India dan Pakistan ini jarang diamalkan di Ma‟ahad-Ma‟ahad Tahfiz Negeri di Malaysia di mana para pelajar di Ma‟ahad-Ma‟ahad Tahfiz Negeri hanya menghafaz ayat-ayat baru sahaja. Manakala ayat-ayat lama yang telah dihafaz tidak diberi penekanan oleh guru, sebaliknya bergantung kepada kerajinan para pelajar itu sendiri untuk mengulangi hafazannya. Jika pelajar itu rajin mengulanginya, maka hafazan lama akan kekal. Jika sebaliknya, ayat-ayat lama yang telah dihafaz lama-kelamaan akan hilang dan pelajar akan lupa ayat-ayat tersebut.
-
Selepas waktu zohor, para pelajar dikehendaki mengulang hafazan ayatayat yang telah dihafaz sebelum ini. Sebagai contoh, jika pelajar telah menghafaz sebanyak lima juzuk, maka pelajar tersebut perlu mengulang hafazan juzuk pertama yang telah dihafaznya pada hari ini, juzuk kedua pada hari esok, juzuk ketiga pada lusa dan juzuk keempat pada tulat dan seterusnya.
8.8
Kaedah khatam 30 juzuk terlebih dahulu -
Prinsip yang dipegang oleh MQKB adalah „satu perkara dalam satu masa‟ iaitu pelajar dikehendaki menghafaz al-Quran sehingga khatam 30 juzuk terlebih dahulu barulah dibenarkan untuk meneruskan pengajian dalam ilmu-ilmu diniah yang lain (pengajian kitab-kitab). Ini untuk mengelakkan timbul masalah kepada para pelajar kerana mereka akan lupa hafazan yang lama kerana tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulang hafazan tersebut. Jika sebulan masih tidak menghafaz 1 juzuk, akan diambil tindakan.
8.9
Kaedah halaqah -
Setiap kelompok terdapat lebih kurang 20 orang pelajar bersama seorang guru, mereka duduk dalam keadaan halaqah berbentuk segi empat
8.10
Kaedah deobandy -
Bertujuan untuk menarik minat serta memudahkan pelejar-pelajar mereka dalam menghafaz al-Quran. Kaedah ini kebiasaannya dimulakan dengan menghafaz al-Quran bermula dari 5 juzuk yang belakang terlebih dahulu. Selepas itu barulah diikuti dengan Surah al-Baqarah.
9.
PERBANDINGAN TENTANG KEKUATAN DAN KELEBIHAN KAEDAH YANG DIGUNAPAKAI
Kaedah Hafazan
Kelebihan
Kekuatan
Kaedah Tasmi’ bersama i) pertemuan antara guru i) guru
dan
murid
bersemuka
secara di
murid
mana
Guru
dapat
memperbetulkan bacaan murid dengan tepat;
menerima ii) Guru dapat memastikan
pengajaran
dengan
melihat
pergerakan
murid tidak melakukan kesilapan;
bibir guru dan mengikut iii) Guru
dapat
bacaan guru.
tahap
mengenalpasti
ii) Pelajar akan memastikan bacaan
lancar
secara
kebolehan
sebenar
murid;
sendirian terlebih dahulu iv) Guru dapat mengesan sebelum mendengarkan
kelemahan
bacaanya kepada guru.
murid; dan
Memastikan bacaan yang v)
Guru
dapat
lancar
mendisiplinkan
murid
tajwidnya
dan kan
betul dihafal
bacaan
dengan baik.
oleh pelajar tersebut Kaedah Ulangan hafalan i) Boleh disamakan dengan iii) Guru yang baru/yang lama.
kaedah
latih
tubi.
Pendekatan kaedah ini
dapat
mengenalpasti kemahiran
yang
adalah
melakukan
pembacaan
atau
mengingat
oleh
setiap
ini
sesuai
murid;
secara iv) Kaedah
berulangkali.
digunakan
ii) Memastikan yang
dikuasai
hafalan
lama
aktiviti pemulihan; dan
tidak v) Kaedah
ketinggalan.
untuk
ini
membina
dapat
keyakinan
murid.
Kaedah penentuan had Guru masa/catatan oleh guru
dapat
memantau
hafalan pelajar dan boleh mengenalpasti pelajar yang bersungguh atau tidak.
i) Guru
dapat
mendisiplinkan pelajar ii) Guru
boleh
mengenalpasti kelemahan pelajar
10.
APLIKASI DI SEKOLAH
Kesukaran murid untuk memahami konsep dan kaedah hafazan yang sebenar dan mudah merupakan cabaran utama yang perlu saya rungkaikan untuk membantu mereka meningkatkan keyakinan diri mereka terhadap bidang hafazan ini. Justeru itu hasil daripada kajian ini, saya akan menerapkan beberapa teknik didalam kaedah ini untuk menjayakan pembelanjaran pelajar saya.
Saya akan menggunakan kaedah tasmi‟ bersama guru dan kawan-kawan serta ulangan bacaan sebelum hafalan dilakukan. Antara teknik yang akan dilakukan adalah: (i)
Selepas guru membaca, murid akan mengikut bacaan guru;
(ii)
Kemudian, seorang murid membaca dan diikuti oleh murid murid lain lalu murid murid membaca secara kelas; dan
(iii)
Seterusnya, murid membaca beramai ramai mengikut kumpulan, sementara kumpulan lain mendengar atau seorang sahaja murid membaca, sementara yang lain mendengar bacaan murid tersebut.
(iv)
Dijalankan sama ada di dalam atau di luar kelas.
Kaedah-kaedah ini boleh saya aplikasikan di dalam kelas dengan cara memberi contoh bacaan kepada sekumpulan murid, kemudian murid mengikut bacaan guru secara beramai ramai atau guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid dan murid mengikut contoh bacaan guru secara individu. Untuk menjadikan suasana
pembelajaran
lebih
menarik,
kita
boleh
memperdengarkan
bacaan ayat ayat Al Quran dari kaset atau bahan bahan media yang lain. Carta ayat ayat Al Quran pula boleh ditulis sama ada di papan gulung, kad manila dan sebagainya.
11.
PENUTUP
Daripada analisis kajian yang telah dilakukan, kesimpulan yang dapat dibuat bahawa disiplin dan motivasi yang tinggi di kalangan para pelajar dan tenaga pengajar menjadi salah satu tunjang dalam merealisasikan setiap teknik dan kaedah yang diterapkan. Kesemuanya memerlukan kepada banyak pengorbanan dari semua pihak kerana untuk memperolehi sesuatu yang baik natijahnya memerlukan banyak pengorbanan. Hal ini adalah penting bagi golongan yang terpilih ini, kerana merekalah yang bakal menegakkan dan memelihara kesucian kalamullah dari sebarang bentuk penyelewengan. Oleh yang demikian, membaca al-Quran untuk tujuan menghafaz dengan cara yang betul dan dengan niat yang ikhlas akan menjadi amal soleh yang diberi pahala di sisi Allah.
Lampiran A Kaji Selidik Pelajar Maahad Tahfiz Quran kubang Bujuk
Nama :
Khalil Khusory Zainol
Asal
Arau, Perlis, Malaysia
:
Kaji Selidik Bekas Pelajar Institut al-Quran Terengganu
Nama :
Muhammad Firdaus bin Abu Bakar
Asal
Marang, Terengganu.
:
lampiran C Gambar Institut Al-Quran Terengganu
Gambar Madrasah Quran Kubang Bujuk, Terengganu.
Rujukan
Abdul Hafiz Bin Haji Abdullah et.al (2005). Sistem Pembelajaran Dan Kaedah Hafazan Al-Qur’an Yang Efektif: Satu Kajian Di Kuala Lumpur Dan Terengganu. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia Abdul Hafiz Bin Abdullah (2006). Minda, PPIPS, Kaedah Hafazan Al-Quran Yang Sistematik, Skudai: Universiti Teknologi Malaysia Sheikh 'Abdullah Basmeih (2000). Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian alQuran (30 Juz). Kuala Lumpur: DarulFikir. Norlita Binti Mohd Alias (2003). “ Kaedah Hafazan al-Quran: Satu Kajian Di Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat Addin, Tualang Sekah, Daerah Malim Nawar, Perak Darul Ridzuan”.: Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syuhbah (2003). Etika Membaca dan Mempelajari al-Quran al-Karim. Bandung: Penerbit Pustaka Setia. Syed Ahmad Tarmizi, et all (2003). Kertas Kerja: Tahfiz al-Quran: Sejarah dan Perkembangannya.
Laman Internet http://www.islam.gov.my/en/buku-kaedah-hafazan-al-quran http://www.freewebs.com/madrasatulquran/ http://www.iqt.terengganu.gov.my/ http://fauzanibrahim.files.wordpress.com/ http://www.darulquran.gov.my/