FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER MEI 2012
HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
NO. MATRIKULASI
:
730812115378001
NO. KAD PENGNEALAN
:
730812-11-5378
NO. TELEFON
:
012-9858771
E-MEL
:
[email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN
:
TERENGGANU LEARNING CENTRE
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK 730812115378001
ISI
KANDUNGAN
***************************************************************************
1.0
Pengenalan
1
2.0
Tahap Perkembangan Kreativiti
3
2.1
Tahap Perkembangan Kreativiti Fisher(1943)
4
2.2
Strategi dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran
6
2.2.1
Kemahiran Menyoal
6
2.2.2
Aktiviti Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
10
3.0
4.0
5.0
Implikasi Tahap Perkembangan Kreativiti Terhadap Perkembangan Emosi, Sosial dan Fizikal Kanak-kanak
10
Perkaitan Aktiviti Pembelajaran Dengan Kreativiti
16
4.1
Kelancaran
17
4.2
Fleksibel
17
4.3
Keaslian
17
4.4
Kepekaan
18
Penutup
19
Rujukan
20
1
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK 730812115378001
1.0
PENGENALAN
Kreativiti merupakan satu elemen penting dalam proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Ini kerana aktiviti estetika dan kreativiti memberi peluang untuk kanak-kanak menyampaikan perasaan, karya dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara. Walau bagaimanapun kreativiti itu tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan dipupuk dalam keadaan tertentu seperti melalui aktiviti dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Sebelum mengupas tentang perkaitan kreativiti dengan kanak-kanak, amatlah perlu difahami terlebih dahulu apa itu kreativiti? Siapakah yang dikategorikan kanak-kanak?
Menurut Khadijah Rohani Mohd Yunus (2011:38), Jean Piaget berpendapat bahawa kanakkanak melalui empat tahap perkembangan yang melibatkan umur 2 hingga 7 tahun untuk prasekolah dan 7 hingga 12 tahun untuk zaman persekolahan rendah. Justeru individu yang berumur 2 hingga 12 tahun dikategorikan sebagai kanak-kanak .Sementara itu, kretiviti pula melibatkan satu proses berterusan yang merujuk kepada keupayaan individu berfikir bagi menghasilkan maklumat baru, asli dan ciri-ciri yang luar biasa. Menurut Woolfolk (1998) melalui Khadijah Rohani Mohd Yunus (2011:134), kreativiti adalah pemikiran yang imaginatif, baru dan asli dalam menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk baru.
Sementara takrifan Kamus Dewan (2002), kreativiti melibatkan satu kemampuan dan kebolehan mencipta daya kreatif. Seterusnya, menurut Abdul Fatah Hasan (1998) dalam Khadijah Rohani Mohd Yunus ( 2011:134), ciri-ciri kreativiti meliputi penerokaan pelbagai alternatif, kemahiran, bakat dan teknik untuk sesuatu tujuan, usaha meneroka sesuatu yang baru dan bernilai yang belum pernah difikirkan oleh orang lain sebelumnya. Justeru, kreativiti di sini bolehlah dirujuk sebagai keupayaan dan kemampuan seseorang kanak-kanak berfikir untuk meluahkan pendapat, emosi, mengembangkan potensi dan penciptaan sesuatu yang asli, unik
dan kadang-kadang nampak seperti
sesuatu
yang ganjil
atau tidak
munasabah.Namun kadang-kadang lontaran idea itu berupaya mewujudkan satu kelainan yang mengagumkan.
2
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK 730812115378001
Dengan demikian, salah satu cara bagi meningkatkan, memupuk dan menyemai proses kreativiti ialah melalui aktiviti seni khususnya seni visual. Setiap kanak-kanak berupaya menunjukkan kreativiti dalam bentuk dan tahap yang berbeza seperti lukisan, kraf, mencorak dan sebagainya. Aktiviti melukis dan mewarna misalnya akan memberi kepuasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan apa-apa yang dilihat lalu dipindahkan dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti tersebut kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera dan lukisan yang terhasil berfungsi sebagai alat komunikasi serta refleksi pemikiran kanak-kanak.
2.0
TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI
Aktiviti seni yang melibatkan kreativiti dalam perkembangan diri kanak-kanak amatlah penting. Aktiviti seni yang terancang membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan pemahaman serta membantu memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh. Kreativiti dikatakan terbahagi kepada tahap-tahap tertentu. Justeru, adalah penting bagi guru pendidikan seni visual mengetahui tahap dan peringkat kreativiti supaya aktiviti seni visual yang dirancang lebih tersusun dan berkesan. Menurut Fisher (1943) dalam Abdul Shukor Hashim,Badrul Isa,Khairezan Rahmat dan Zuraimi Zakaria (2011), pemikiran kreatif terbahagi kepada 5 tahap seperti berikut; Rajah 1 : Perkembangan kreativiti menurut Fisher (1943)
Peringkat Rangsangan
Peringkat Penerokaan
Peringkat Perancangan
Peringkat Kajian Semula
Peringkat Aktiviti
3
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK 730812115378001
2.1
TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER (1943)
Tahap/Peringkat
Huraian
Kanak-kanak
boleh
dikemukakan
dengan
pelbagai jenis soalan seperti apa, mengapa, siapa,
bagaimana
dan
sebagainya
untuk
merangsang pemikiran yang kreatif.
Melalui aktiviti seni guru dapat melibatkan murid secara lebih aktif melalui komunikasi yang berupaya menjelaskan perasaan ingin tahu
Rangsangan
murid terhadap sesuatu isu yang dikemukakan oleh guru.
Bagi mewujudkan pembelajaran yang aktif, pemikiran kreatif tersebut boleh dirangsang menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar seperti gambar, foto, bahan maujud atau konkrit dan sebagainya.
Pada peringkat umur 6 hingga 12 tahun,pelajar mula mendapat perkembangan kepekaan deria yang membolehkan individu itu meneroka alam sekelilingnya.
Guru
membantu
pemikiran Penerokaan
ke
mencabar.Melalui
murid
agar
mempunyai
hadapan
yang
lebih
aktiviti
seni
murid
didedahkan dengan eksperimentasi, kajian atau latihan menyelesaikan masalah. Naluri ingin tahu melalui eksplorasi membolehkan murid berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan 4
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK 730812115378001
sebarang tugasan yang diberi oleh guru dengan pelbagai cara, strategi dan teknik yang sesuai.
Pada peringkat penerokaan ini, murid diberi peluang untuk mencuba dan meneroka apa-apa yang difikirkan manarik serta unik untuk menghasilkan satu idea yang kreatif.
Guru akan membantu murid merancang aktiviti melalui proses perbincangan, pemerhatian dan
Perancangan
interaksi. Melalui proses-proses tersebut, secara tidak
langsung
murid
akan
dibimbing
murid
membuat
menjelmakan idea tersendiri.
Guru
membimbing
perancangan sebelum melaksanakan aktiviti sebenar melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya.
Murid melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan, perlakuan dan curahan idea setelah merancang aktiviti
Guru membimbing murid melaksanakan aktiviti yang dirancang. Ketika menghasilkan sesuatu
Aktiviti
karya
murid
mempamerkan
kreativitinya
dengan meneroka pelbagai alat dan bahan.
Jika aktiviti secara berkumpulan, penyatuan idea berupaya menghasilkan karya yang unik dan bervariasi. Guru boleh bertindak sebagai fasilitator yang memberi pendapat dan motivasi terhadap penghasilan karya.
5
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK 730812115378001
Murid
dibimbing
oleh
guru
menilai
keberkesanan aktiviti atau tindakan yang telak dilaksanakan
agar
sepatutnya
berlaku
perkara
yang
berulang
tidak dan
penambahbaikan boleh dilakukan. Kajian Semula
Murid diberi peluang dan galakan untuk memberi pendapat serta komen yang membina sebagai refleksi kendiri.
Refleksi boleh dijalankan ketika dalam aktiviti apresiasi karya yang telah dihasilkan oleh diri sendiri dan juga rakan-rakan.
2.2
STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
2.2.1 Kemahiran Menyoal
Dalam pengajaran, guru boleh merancang untuk meningkatkan kreativiti murid. Pada peringkat rangsangan guru berpeluang mengajar murid kemahiran berfikir dengan menerapkan kemahiran bertanya. Kemahiran bertanya mempunyai fungsi penting dalam proses mengajar berfikir. Diharapkan dengan kemahiran tersebut, murid akan dapat meninggikan lagi kemahiran berfikir, menjelaskan perkara-perkara yang sudah diketahui, menajamkan lagi perasaan ingin tahu dan mencipta cabaran-cabaran baru yang akan merangsang semangat ingin tahu.
Menurut Viktor Lowenfeld dalam Abdul shukor Hashim,Badrul Isa, Khairezan Rahmat dan Zuraimi Zakaria (2011), menyatakan bahawa sistem persekitaran di sekolah tidak menggalakkan murid bertanya sebaliknya guru lebih banyak menyoal berbanding murid. Keadaan ini boleh mambantut perkembangan kreativiti kanak-kanak. Dengan demikian, 6
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK 730812115378001
untuk melahirkan individu yang mempunyai sifat kritikal dan analitikal maka murid harus diberi peluang untuk menyoal sementara guru perlu menyediakan jawapan yang bersesuaian. Bagi sesi mendorong murid berfikir, beberapa jenis soalan boleh digunakan. Setiap jenis soalan boleh digunakan untuk tujuan khusus. Antara jenis soalan tersebut adalah seperti berikut: i. Soalan Tertutup
Soalan digunakan untuk menguji ingatan murid tentang maklumat penting.
Soalan tertutup hanya mempunyai satu jawapan
Contoh soalan : Apakah warna-warna sekunder?
ii. Soalan Terbuka
Soalan digunakan untuk menambah dan menghimpunkan maklumat, menggalakkan perbincangan lanjut, mendorong murid bertanya lebih banyak dan mendapatkan jawapan-jawapan yang bersifat individu.
Jawapan yang diterima adalah pelbagai.
Contoh soalan : Apakah yang kamu boleh tafsirkan dengan warna hijau?
iii. Soalan Retoris
Soalan dikemukakan untuk membuka sesi pembelajaran atau memperkenalkan bahan pengajaran.
Fungsi soalan adalah untuk mengorentasikan fikiran murid-murid supaya bersedia.
Contoh soalan : Apakah yang anda faham dengan catan?
Sehubungan dengan itu, bagi memupuk pemikiran kreatif murid, guru boleh merangsangnya dengan mengajukan soalan pilihan berbentuk terbuka atau bercapah. Walau bagaimanapun, sesi soal jawab perlu mengambil kira peringkat kanak-kanak dan keupayaan mereka. Menurut Bloom(1976), beliau mengemukakan jenis-jenis soalan yang sesuai untuk menggalakkan murid
melakukan
pelbagai
jenis
aktiviti
berfikir
kepada
enam
peringkat
iaitu
pengetahuan,kefahaman, aplikasi, membuat analisis, membuat sentesis dan penilaian. Antara contoh soalan yang boleh dikemukakan mengikut aras tersebut seperti jadual berikut; 7
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK 730812115378001
Aras soalan
Keterangan dan contoh
Bagi aktiviti untuk belajar ilmu pengetahuan, proses yang diperlukan ialah daya ingatan. Murid haruslah menghafal dan mengingat maklumat yang diajar guru.
Pengetahuan
Dalam peringkat ini guru menguji kemahiran berfikir murid dengan soalan fakta atau jawapan yang telah dipelajari.
Contoh soalan : # Apakah warna-warna asas? # Bagaimanakah cara menghasilkan warna sekunder?
Aktiviti dalam peringkat ini memerlukan murid memahami apa yang dipelajari.
Proses yang digunakan ialah mengungkapkan semula apa yang didengar, menukarkan perkataan dengan perkataan lain dan
Kefahaman
membandingkan satu maklumat dengan maklumat lain.
Contoh soalan : # Terangkan bagaimanakah cara untuk menghasilkan corak menggunakan teknik ikatan dan celupan? # Jelaskan perbezaan antara bentuk dengan rupa.
Pada peringkat aplikasi, murid menggunakan ilmu yang diketahui dalam situasi-situasi baru dan lain sama sekali.
Murid
akan
menyelesaikan
masalah
secara
tersendiri
menggunakan pelbagai pengetahuan, pengalaman dan kaedah Aplikasi
penyelesaian yang mempunyai persamaan.
Contoh soalan : # Cuba kamu berikan contoh-contoh lain bagaimanakah cara menghasilkan corak terancang? # Binakan satu mobail menggunakan bahan-bahan terbuang. 8
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK 730812115378001
Dalam aras analisis, proses berfikir melibatkan murid mengenal pasti tujuan, punca masalah, mencari bukti dan membuat kesimpulan.
Analisis
Contoh soalan : # Kenapakah kita perlu melukis kedudukan objek di belakang lebih kecil daripada objek di depan? # Nyatakan pandangan anda sekiranya unsur-unsur seni tidak di ambil kira dalam menghasilkan karya lukisan.
Proses berfikir melibatkan pengumpulan pelbagai maklumat untuk membuat ramalan atau untuk mencari jawapan masalah.
Sintesis
Contoh soalan : # Fikirkan apa terjadi andainya air laut berwarna merah? # Apa kesan andainya bumi kita hanya diwarnai dengan satu atau dua warna sahaja?
Ketika
aras
penilaian,
proses
berfikir
yang
dilakukan
menggunakan maklumat untuk membentuk nilai, membuat keputusan dan mengemukakan pendapat. Penilaian
Contoh soalan : # Pada pengamatan kamu, apa yang boleh kamu tafsirkan dengan bilangan kelopak bunga raya dengan warna merah? # Jelakan perkaitan warna-warna sejuk dengan kehidupan kita.
9
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK 730812115378001
2.2.2
Aktiviti Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Berdasarkan penerangan dan contoh-contoh soalan tersebut, maka kanak-kanak perlu dilibatkan secara aktif ketika proses pembelajaran. Guru boleh melaksanakan beberapa aktiviti untuk mengajar kemahiran bertanya. Antara aktiviti yang mungkin guru boleh laksanakan adalah seperti berikut ; Rajah 2 : Contoh aktiviti merangsang kemahiran bertanya
AKTIVITI???
Baca Dan Tanya
Fikirkan Sendiri
Siapakah Saya?
Buat Soalannya
Tanya Soalan Susah
Temuduga
i) Aktiviti 1 : Baca Dan Tanya
Aktiviti ini boleh dilaksanakan untuk semua subjek. Bagi aktiviti ini murid akan membaca teks atau maklumat yang dipilih oleh guru. Guru akan menandakan tempat di mana murid akan disuruh bertanya. Murid diminta bertanya sesama sendiri satu soalan berkenaan apa yang telah dibaca. Soalan menggunakan jenis-jenis soalan mengikut Bloom.
10
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK 730812115378001
ii) Aktiviti 2 : Fikirkan sendiri
Aktiviti dilakukan secara kumpulan. Guru mengemukakan soalan yang boleh dilihat daripada pelbagai sudut. Sebagai contoh ‘ Patutkah hutan atau tumbuh-tumbuhan ditebang?’. Setiap kumpulan mewakili pihak yang berlainan seperti pengusaha balak, pembuat perabot, hidupan di hutan dan kumpulan keempat membuat soalan-soalan yang akan ditanya kepada ketiga-tiga kumpulan tadi.
iii) Aktiviti 3 : Siapakah Saya?
Guru menulis jawapan pada kertas. Kertas itu ditampal pada belakang baju murid. Untuk mengetahui apa yang tertulis di belakang bajunya, murid mesti bertanya kepada pelajar lain. Dia hanya dibenarkan bertanya sekali pada seorang murid. Soalan mestilah yang memberikan jawapan ‘ YA’ atau ‘ TIDAK’.
iv) Aktiviti 4 : Buat Soalan
Guru akan menyediakan jawapan manakala murid akan diminta mencipta soalan bagi jawapan tersebut. Sebagai contoh, jawapannya ialah ’ warna merah’ atau ’ bentuk konkrit’.
v) Aktiviti 5 : Tanya soalan Yang Susah
Aktiviti dijalankan secara kumpulan. Setiap kumpulan mesti mencipta soalan yang susah dijawab oleh kumpulan-kumpulan lain. Apabila satu kumpulan bertanya, kumpulan lain mesti cuba menjawab. Contoh soalan,’ Mengapakah durian berduri?’ atau ’ Mengapakah buah rambutan bersaiz Kecil?’
11
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK 730812115378001
Contoh-contoh aktiviti seperti di atas boleh membantu mengembangkan daya pemikiran yang kreatif untuk murid. Melalui proses penyoalan, murid bukan sahaja dirangsang pemikirannya malah akan rasa seronok dengan pendekatan pembelajaran berunsurkan main-main. Soalansoalan yang dikemukan akan mampu menimbulkan perasaan ingin tahu dan sekali gus menjadi pendorong kepada murid menghasilkan karya masing-masing berdasarkan kreativiti sendiri.
3.0
IMPLIKASI TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI TERHADAP PERKEMBANGAN EMOSI, SOSIAL DAN FIZIKAL KANAK-KANAK
Dalam proses pembelajaran seni visual, kanak-kanak boleh dilatih mengembangkan daya kreativiti melalui tahap tertentu. Setiap tahap yang dilalui perlulah difahami oleh seseorang guru agar pembelajaran yang diikuti oleh murid akan tersusun dan bermakna. Bagi peringkat permulaan rangsangan dalam bentuk penyoalan harus diberi tumpuan oleh guru. Soalan merupakan rangsangan atau panduan yang berupaya untuk menjelaskan kepada pelajar tentang isi kandungan yang harus dipelajari dan mengapa serta bagaimana harus dipelajari,Levin dan Long (1981). Proses penyoalan akan mengalakkan murid berfikir dan salah satu rangsangan yang guru gunakan untuk mengembangkan kreativiti murid.
Rangsangan melalui proses soal jawab guru dengan murid
Guru memberikan murid motivasi dengan mewujudkan perasaan ingin tahu melalui pelbagai aras soalan yang sesuai dengan tahap murid. Keberkesanan strategi penyoalan yang dirancang oleh guru perlu dibantu dengan contoh-contoh yang relavan. Contoh rangsangan ketika proses ini ialah guru menyoal dan menerima apa jua jawapan daripada murid seperti di bawah; 12
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK 730812115378001
` Apa tujuan televisyen dicipta? Pada pendapat kamu, apakah fungsi lain bagi televisyen pada masa akan datang? Bagaimanakah agaknya rupa televisyen 50 tahun akan datang? Cuba kamu berikan keistimewaan yang agak unik bagi televisyen pada ketika itu.’
Dalam peringkat rangsangan melalui interaksi tersebut maka perkembangan aspek sosial dapat dilihat. Murid akan membina interaksi sosial sesama rakan mahupun guru. Secara tidak langsung murid akan cuba melibatkan diri masing-masing secara aktif. Perkembangan sosial yang baik sedemikian akan menjadi satu penghargaan kepada idea yang diberi melalui rangsangan guru tersebut. Pada peringkat tersebut juga berlaku proses penerokaan yakni murid akan berusaha untuk melibatkan diri secara aktif bagi menjawab persoalan yang dikemukakan. Pada peringkat ini murid bebas meneroka, meluahkan perasaan dan kreativiti.Murid diberi peluang mencari jalan penyelesaian atau jawapan melalui pelbagai cara, gaya atau teknik.
Apabila menemui penyelesaian yang diharapkan dan memenuhi kehendak soalan atau tugasan, murid perlu dibimbing untuk membuat perancangan bagi aktiviti yang akan dilaksanakan. Murid dibimbing menjana minda secara verbal seperti mengadakan perbincangan, pemerhatian dan interaksi sesama rakan untuk menghasilkan karya yang unik mengikut kreativiti mereka. Peranan guru pada peringkat ini mungkin boleh membawa murid keluar dari bilik darjah untuk membuat pemerhatian, penyelidikan, rakaman mahu pun ujikaji. Pengalaman sedia ada boleh digabungkan dengan pengalaman baharu untuk mendapatkan hasil. Pengalaman ini dapat merangsang minda murid agar bertindak lebih kreatif dan mengalami pembelajaran yang lebih seronok. Segala perancangan yang diperoleh akan dicatat.
Seterusnya kreativiti murid akan diluahkan melalui penghasilan karya dalam aktiviti yang telah dirancang. Dalam keadaan ini, murid akan memindahkan idea kepada bentuk visual di atas kertas iaitu satu proses artistik yang penuh kreativiti. Kemungkinan dalam proses ini murid akan menggabungkan beberapa jenis deria rangsangan dan dapat merangsang minda murid agar lebih kreatif dan berkesan. Di samping itu juga, murid berpeluang mencuba, membuat eksperimen dan meneroka penggunaan bahan untuk menghasilkan karya. Kreativiti 13
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK 730812115378001
akan jelas terpamer melalui hasil kerja mereka. Contohnya murid menghasilkan kolaj berdasarkan bahan di persekitaran mereka seperti kertas surat khabar, daun-daun kering, cebisan kertas atau sebagainya.
Pada peringkat aktiviti, perkembangan murid lebih menyeluruh kerana melibatkan ketiga-tiga aspek iaitu fizikal, emosi dan sosial. Murid akan mempamerkan sikap kerjasama dan saling memerlukan jika aktiviti dijalankan secara projek. Perkongsian idea boleh mewujudkan satu hubungan yang selesa dan menyeronokkan kepada murid-murid. Perkembangan sosial murid melibatkan proses sosiolisasi
iaitu mempelajari tingkah laku sosial dalam sesuatu
persekitaran atau lingkungan sosial.
Hubungan sosial terbentuk melalui proses perkembangan kreativiti dalam tugasan kumpulan Pada peringkat kanak-kanak, persahabatan amat penting kerana membolehkan mereka melihat sesuatu perkara daripada sudut pandangan yang berbeza dan menanamkan sikap menitikberatkan perasaan orang lain khususnya ketika menjalankan aktiviti seni.
Contoh aktiviti seni yang dijalankan
Contoh hasil karya murid
14
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK 730812115378001
Ketika menghasilkan karya seni juga, kreativiti yang dipamerkan di atas kertas lukisan seperti membuat catan akan berupaya membangunkan fizikal seperti kecil atau besar otot dan membaiki koordinasi tangan dengan mata. Penggunaan berus dan pensel melibatkan kawalan bahagian lengan dan pergelangan tangan. Selain itu, ada sesetengah aktiviti seperti penghasilan menggunakan tanah liat atau doughs liat pula mampu meningkatkan kekuatan jari jemari. Perkembangan fizikal turut berlaku apabila murid kebiasaannya akan seronok untuk mengambil alat, mengangkat barangan seni dan peralatan yang sepatutnya. Secara tidak langsung pada tahap aktiviti ini berlaku perkembangan fizikal tanpa disedari.
Perkembangan aspek fizikal, koordinasi tangan dengan mata berlaku ketika aktiviti seni.
Akhirnya, pada peringkat kajian semula, daya kreatif murid dapat ditonjolkan melalui aktiviti kritikan terhadap hasil karya mereka. Guru memberi galakan agar murid berani untuk memberikan komen membina atau pendapat terhadap proses dan hasil karya masing-masing. Dengan ini minda murid akan aktif berfikir untuk memberi cadangan serta penambahbaikan sekiranya terdapat kekurangan mahupun kelemahan agar tidak akan berulang.Melalui proses ini perkembangan aspek emosi jelas terungkap.
15
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK 730812115378001
Apresiasi terhadap karya –karya murid
yang pelbagai mengikut kreativiti masing-
masingHasil atau karya yang berbeza berdasarkan tajuk yang sama mengikut kreativiti membolehkan murid meneliti dan membandingbezakan kelebihan masing-masing.
Murid
diberi peluang untuk meluahkan emosi melalui hasil karya yang dihasilkan. Murid akan berasa seronok apabila ekspresi diri yang ingin ditonjolkan dikongsi bersama rakan-rakan. Kemungkinan pujian akan diberikan terhadap kreativiti yang ditunjukkan. Keadaan ini sekali gus membina keyakinan, meningkatkan motivasi dan membolehkannya meletakkan hasrat atau harapan yang lebih terkedepan. Kesimpulannya murid pada akhir proses perkembangan kreativiti berjaya membuat satu bentuk refleksi diri.
4.0
PERKAITAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DENGAN KREATIVITI
Dalam setiap peringkat perkembangan kreativiti Fisher, guru harus meneliti akan cara bagaimana meningkatkan dan mendorong murid agar menggunakan proses berfikir dengan kreatif. Peranan yang dimainkan oleh guru akan mampu melengkapkan sebuah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Setiap langkah bermula dengan set induksi, perkembangan pembelajaran dan penutup, murid diberi dorongan dan bimbingan secara optimum menggunakan kreativiti bagi menghasilkan karya yang mencerminkan ekspresi berdasarkan ciri-ciri kreativiti seperti bersifar fleksibel, sensitif dan peka, idea yang asli dan tulen, bersifat terbuka, logik dan berfikiran bebas. Jika dilihat kepada ciri-ciri tersebut, maka proses penghasilan karya dalam satu sesi pembelajaran bagi pendidikan seni, kreativiti yang ditonjolkan oleh murid boleh diukur berdasarkan empat komponen utama,Viktor Lowenfeld melalui Abdul Shukor Hashim,Badrul Isa, Khairezan Rahmat,Zuraimi Zakaria (2011) seperti berikut; Rajah 3 : Ukuran Kreativiti oleh Lowenfeld
UKURAN KREATIVITI
Kelancaran
Fleksibel
Keaslian
16
Kepekaan
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK 730812115378001
4.1
Kelancaran
Ketika proses pembelajaran, pemikiran kreatif murid perlu dijalankan secara sistematik. Aspek-aspek seperti psikomotor, kognitif dan afektif digabungkan. Kreatif bukan hanya dilihat menerusi karya yang telah siap sahaja malahan semasa proses pra penghasilan merupakan satu elemen yang perlu dititikberatkan. Kreativiti dalam komponen kelancaran akan dapat diperhatikan apabila murid berupaya menjelmakan pelbagai pendapat, idea dan pemikiran yang terarah secara spontan dan cepat. Murid yang mempunyai imaginasi yang tinggi akan memberikan idea yang mungkin amat berbeza dengan individu lain. Menurut Lowenfeld, pada peringkat ini murid berupaya menghubungkaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain selain memikirkan kemungkinan-kemungkinan terhadap idea tersebut.
Ketika mengalami proses penghasilan sesuatu karya seni, murid tidak terbatas untuk melontarkan idea. Pemikiran murid tidak dikongkong sebaliknya akan diberi peluang untuk menjelaskan dan mengemukan alasan mengikut kreativiti mereka. Lantaran itu, murid akan berkeyakinan menyediakan alternatif dan cara penyelesaian secara berkesan dan sistematik.
4.1
Fleksibel
Seseorang murid yang kreatif akan mudah bersikap terbuka dan fleksibel. Segala cabaran yang dihadapi mampu ditangani dengan baik. Kemungkinan cabaran yang dihadapi akan lebih mematangkan pemikiran kretif dan memberikan satu pengalaman yang boleh menghasilkan idea yang unik. Kanak-kanak atau murid yang kreatif akan menujukkan sikap mudah menyesuaikan diri dalam apa keadaan sekalipun. Keyakinan yang tinggi dan sikap keterbukaannya akan mampu mewujudkan kerjasama dalam kalangan rakan sebaya dan persekitarannya.Masalah yang mungkin dialami ketika proses aktiviti seni tidak menjadikan murid cepat panik, sebaliknya boleh diatasi dengan positif mengikut kesesuaian cara,strategi dan panduan yang difikirkan terbaik.
17
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK 730812115378001
4.2
Keaslian
Apabila diteliti karya-karya murid atau kanak-kanak terutamaya kanak-kanak enam tahun ke bawah, kita dapati hasil tersebut akan mencerminkan ekspresi diri mereka yang asli. Kebiasaannya hasil yang dilihat menunjukkan perbezaan anatara satu sama lain walaupun diberi tema yang serupa. Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak berupaya menjelmakan hasil seni mengikut kreativiti sendiri tanpa meniru daripada mana-mana sumber. Ini terjadi kerana kanak-kanak cenderung untuk meluahkan hasil seni melalui cetusan apa yang dirasakan walaupun hanya dalam bentuk karya ilusi.
4.3
Kepekaan
Aktiviti menghasilkan karya seni akan melibatkan kepekaan seseorang kanak-kanak yang akan menggunakan keseluruhan pancainderanya. Pancaindera seperti deria rasa, sentuh, bau, dengar dan lihat amat mempengaruhi untuk dikaitkan dengan aktiviti seni. Berkemungkinan murid akan menghargai nilai estetika yang dilihat seperti melihat keindahan alam yang dijelmakan dalam karya-karya lukisan seperti catan, kolah dan sebagainya. Proses pengamatan dan merekod digunakan sepenuhnya melalui pencaindera tersebut. Aspek kepekaan terhadap keperluan rakan sebaya dan alam sekeliling menjadi fokus utama bagi merangsang daya kepekaan yang sangat tinggi.
18
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK 730812115378001
5.0
PENUTUP
Bak kata `melentur buluh biarlah dari rebungnya`. Demikianlah juga dengan perkembangan kreativiti bagi kanak-kanak. Kreativiti
merupakan satu elemen yang perlu diberikan
perhatian oleh pihak tertentu khususnya guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Peranan guru yang berupaya merancang sesi pengajarannya dengan mengambilkira tahap perkembangan kreativiti akan melahirkan individu yang kreatif selaras dengan kehendak falsafah pendidikan negara yang ingin melahirkan individu yang kreatif dan inovatif.
Merancang kaedah, strategi dan pendekatan yang sistematik ketika aktiviti seni mampu menanam dan memupuk kreativiti kanak-kanak. Rangsangan yang berkesan akan dapat memenuhi naluri kanak-kanak yang sentiasa mempunyai perasaan ingin tahu, meneroka melalui cabaran yang mendatangkan keseronokan sehingga berupaya meluahkan ekspresi diri melalui lakaran atau penghasilan karya yang menggambarkan apa yang dirasakan. Secara tidak langsung juga melalui proses perkembangan kreativiti dalam aktiviti seni akan merangsang perkembangan kanak-kanak yang merangkumi aspek fizikal, emosi dan sosialnya. Dengan ini, perkembangan secara menyeluruh dapat diintegrasikan.
Kesimpulannya, kreativiti kanak-kanak jelas dapat dilihat melalui penghasilan karya-karya yang unik dan tersendiri, perkongsian idea atau pendapat yang asli, kebijaksanaan menghadapi pelbagai cabaran dangan positif dan fleksibel dan mengoptimumkan penggunaan pancaindera dalam aspek kepekaan yang tinggi. Sehubungan dengan itu, komponenkomponen kreativiti haruslah diterapkan dalam proses merangsang pemikiran kreatif kanakkanak agar mereka sentiasa bersedia untuk meluahkan idea dengan penuh keyakinan.
( 3513 pp)
19
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK 730812115378001
RUJUKAN
Abdul Rashid Mohd Kassim. http://kubangpasuturn.blogspot.com/2008/04/kepentingan -iq-dan-eq.html. Dicapai pada 6 Mei 2012. Abdul Shukur Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat & Zuraimi Zakaria (2011). HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak. Open University Malaysia. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2003). Mendorong kreativiti Kanak-kanak. PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd. Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (1999). Menyelesaikan Masalah Secara Kreatif. Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd. Hasliza. http://hasliza9088.blogspot.com/2012/01/kreativiti-dan-kanak-kanak.html. Dicapai pada 2 jun 2012. Mohd Azhar Abd Hamid (2004). Kreativiti:Konsep,Teori dan Praktis. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Rousliluddin Ambia, Mohd Jamel,Mohd Taslim Abd Rahim & Manan Sarbani (2011). HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual. Open University Malaysia. Zulkifli Yaakob dan Mohd Jamel Ismail (2009). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Open University Malaysia. http://www.angkasa.coop/pelancar/index.php?p=jun015-2009. Dicapai pada 27 Mei 2012.
20
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK 730812115378001
21