BBGO 4103
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MEI 2012
BBGO 4103 GELAGAT ORGANISASI
NO. MATRIKULASI
:
700208115075003
NO. KAD PENGNEALAN
:
700208115075
NO. TELEFON
:
019-9204609
E-MEL
:
[email protected]
TUTOR’S NAME
:
ENCIK ASRI BIN MOHAMED
PUSAT PEMBELAJARAN
:
PPW KELANTAN
1
BBGO 4103
Bil 1.0
2.0
3.0
4.0
Perkara
Muka Surat
Pengenalan Pengurusan Gelagat Organisasi………………………................3 1.1
Nama Organisasi ..................................................................................3
1.2
Jenis Perniagaan Atau Perkhidmatan ...................................................3
1.3
Visi Dan Misi .......................................................................................3,4
1.4
Jenis Pekerjaan .....................................................................................4
1.5
Saiz Pekerja, Data Pekerja Dan Carta Organisasi ................................4,5,6,7,8,9
Lima Peranan Pengurus Institut Berdasarkan Model Mintzberg’s (1973)......10 2.1
Pemimpin Dan Contoh ........................................................................10,11
2.2
Lambang Dan Contoh ..........................................................................11
2.3
Jurucakap Dan Contoh .........................................................................12
2.4
Pemantau Dan Contoh .........................................................................12,13
2.5
Penyelesai Masalah Dan Contoh .........................................................13,14
Analisa Cabaran Yang Dihadapi Oleh Pengurus Institut ................................14 3.1
Cabaran Globalisasi Dan Contoh.........................................................14,15
3.2
Cabaran Tenaga Kerja Pelbagai Dan Contoh.......................................15,16
3.3
Cabaran Mengurus Perubahan Teknologi Dan Contoh........................16
3.4
Cabaran Etika Dan Contoh...................................................................16,17
Cadangan Bagaimana Pengurus Institut Boleh Menangani Cabaran Dengan Baik…..............................................................................…17
5.0
4.1
Cadangan Terhadap Globalisasi Dan Justifikasi.................................17,18,19
4.2
Cadangan Terhadap Tenaga Kerja Pelbagai Dan Justifikasi..............19,20
4.3
Cadangan Mengurus Perubahan Teknologi Dan Justifikasi ..............20,21
4.4
Cadangan Terhadap Etika Dan Justifikasi..........................................22,23
Rumusan ........................................................................................................23 Rujukan ..........................................................................................................24 2
BBGO 4103
1.0
PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI.
Gelagat Organisasi merupakan tingkah laku individu dan kumpulan dalam sesebuah organisasi. Daripada kajian yang telah dijalankan, mendapati Gelagat Organisasi lebih memberi penekanan terhadap hubungan psikososial antara perorangan dan tingkah laku dinamik dalam sesebuah organisasi.
Menurut Johns (1996), Gelagat Organisasi di rujuk kepada sikap dan perilaku individu dan kumpulan dalam sesebuah organisasi. Gelagat Organisasi menurut Robbins (2005), didefinasikan sebagai satu bidang kajian yang menyelidiki impak gelagat yang dihasilkan oleh individu, kumpulan dan struktur dalam organisasi bertujuan untuk mengaplikasikan pengetahuan tertentu bagi menjamin kemajuan dan kecekapan sesebuah organisasi.
1.1
NAMA ORGANISASI.
Organisasi yang dipilih untuk membuat analisa bagi menyiapkan tugasan bagi subjek Gelagat Organisasi ialah Institut Kemahiran MARA Besut, Terengganu.
1.2
JENIS PERNIAGAAN ATAU PERKHIDMATAN.
Perniagaan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh institut ialah memberi latihan kemahiran kepada kaum bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Program kemahiran yang ditawarkan oleh institut di tahap sijil teknologi ialah Kejuruteraan Lukisan Rekabentuk, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Komputer, Kejuruteraan Penyejukan Dan Penyamanan Udara dan Teknologi Kimpalan.
1.3
VISI DAN MISI. Visi dan misi Institut Kemahiran MARA Besut adalah sama sebagaimana visi dan misi
Institut Kemahiran MARA yang lain di Malaysia. 3
BBGO 4103
1.3.1
Visi.
Peneraju Latihan Kemahiran Negara Terunggul Bertaraf Dunia.
1.3.2
Misi. i).
Menjadikan latihan kemahiran negara sebagai peneraju dan role model kepada latihan kemahiran negara.
ii).
Melahirkan tenaga kerja bumiputera yang berdaya saing, terlatih, beretika, berinovasi dan memiliki minda kelas pertama.
iii).
Melahirkan teknopreneur global ke arah pembangunan Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera .
1.4
JENIS PEKERJAAN.
Jenis pekerjaan yang terdapat di Institut Kemahiran MARA Besut terdiri daripada pekerja di bahagian pengurusan dan pentadbiran, tenaga pengajar di bahagian pengajian am dan tenaga pengajar di bahagian teknikal.
1.5
SAIZ PEKERJA, DATA PEKERJA DAN CARTA ORGANISASI.
Jumlah kakitangan yang berkhidmat di Institut ini sehingga Mei 2012, ialah seramai 104 orang. Di bawah dilampirkan data sokongan berkenaan kakitangan institut.
4
BBGO 4103
5
BBGO 4103
6
BBGO 4103
7
BBGO 4103
Data Senarai Kakitangan Institut Kemahiran MARA Besut Terengganu
8
BBGO 4103
Carta Organisasi Institut Kemahiran MARA Besut, Terenggnau.
9
BBGO 4103
2.0
LIMA
PERANAN
PENGURUS
INSTITUT
BERASASKAN
MODEL
MINTZBERG’S (1973) .
Terdapat sepuluh peranan pengurus yang dihuraikan oleh Henry Mintzberg’s (1973). Walaubagaimanapun telah dikategorikan kepada tiga kumpulan utama iaitu:-
i.).
Peranan ‘interpersonal’,
yang berkaitan dengan lambang, pemimpin dan
penghubung.
ii).
Peranan penyampai maklumat
terdiri daripada pemantau, penyebar dan
jurucakap.
iii).
Peranan membuat keputusan menerangkan tentang keusahawanan, penyelesai masalah, pengagihan sumber dan perunding.
Daripada Model Mintzberg’s, (1973), saya telah memilih lima peranan yang perlu diberi perhatian oleh pengurus di Institut Kemahiran MARA Besut iaitu :-
2.1
PEMIMPIN DAN CONTOH.
Pengarah adalah pemimpin yang bertanggungjawab untuk memotivasi, membimbing, melatih, mengarahkan pekerja, menyediakan ganjaran, mendisiplin dan mengambil tidakan tatatertib terhadap pekerja. Sebagai pemimpin, pengarah akan memberikan kepimpinan kepada pasukan, jabatan dan juga terhadap seluruh organisasi bertujuan untuk menguruskan semua anggota dalam kumpulan.
Kepimpinan ialah satu proses eksekutif yang boleh mempengaruhi tingkah laku dan kerja – kerja lain untuk mencapaian matlamat tertentu dalam situasi yang diberikan. Kepimpinan juga merupakan keupayaan pengurus untuk mendorong orang bawahan supaya bekerja dengan lebih 10
BBGO 4103
yakin dan bersemangat. Pemimpin perlu berfikiran jauh kehadapan dan membangunkan wawasan masa hadapan organisasi. Contoh kepimpinan yang telah dilaksanakan oleh pengarah di institut ialah seperti memberikan tugas – tugas tertentu kepada pekerja bawahan. Di antara tugas – tugas tersebut ialah melantik ahli jawatankuasa disiplin, sukan, keselamatan, kebajikan dan lain – lain lagi, supaya pentadbiran institut dapat berjalan dengan lancar dan berkesan dengan meletakkan harapan agar pekerja akan memberi perhatian yang wajar terhadap tahap prestasi yang telah ditentukan.
2.2
LAMBANG DAN CONTOH.
Pengurus berfungsi sebagai lambang atau simbol yang bertanggungjawab untuk merasmi dan menutup majlis – majlis rasmi, melaksanakan tanggungjawab sosial, adat istiadat dan undang – undang.
Sebagai lambang pengurus juga perlu memperbaiki atau membina keyakinan diri dengan menjaga imej diri, tingkah laku dan reputasi. Sifat merendah diri dan empati perlu dipupuk serta meletakkan diri sebagai satu contoh yang baik di tempat kerja dan berfikir cara untuk menjadi ikutan dan contoh yang baik.
Contoh pengurus berperanan sebagai lambang di institut seperti melayani pelawat luar dan memberi taklimat berkenaan dengan institut. Selain daripada itu beliau juga berperanan untuk menandatangangi perjanjian dengan pihak luar seperti perjanjian latihan peningkatan kemahiran tenaga pengajar dengan pihak SIRIM. Di majlis – majlis rasmi atau semasa dipilih sebagai tuan rumah, pengurus akan dijemput untuk menghadiri upacara pemotongan riben dan sebagainya.
11
BBGO 4103
2.3
JURUCAKAP DAN CONTOH.
Pengurus perlu berinteraksi dengan pihak lain dan membentuk satu jaringan kerja yang efektif. Pengurus hendaklah berkomunikasi dengan kenalan di dalam organisasi dan juga pihak lain yang berada di luar organisasi dengan baik supaya kesannya akan menguntungkan organisasi itu sendiri.
Dalam konteks membentuk rangkaian kerja dengan pihak luar, pengurus perlu berbincangan mengenai sesuatu projek dengan pengurus dari institusi latihan kemahiran, jabatan atau organisasi lain. Pengurus juga perlu mengadakan perhubungan dengan pemimpin pemimpin masyarakat, pegawai kerajaan dan pengubah – pengubah polisi peringkat kebangsaan atau tempatan.
Contoh peranan sebagai jurucakap ialah apabila beliau menghadiri mesyuarat pengarah – pengarah di peringkat ibu pejabat MARA di Kuala Lumpur, segala maklumat yang diterima akan disampaikan kepada semua pekerja bawahan semasa beliau kembali ke institut. Beliau juga berperanan untuk membentangkan laporan pencapaian pelajar – pelajar institut di sepanjang sesi pengajian kepada Pengarah Bahagian Kemahiran di ibu pejabat MARA Kuala Lumpur pada hujung semester.
2.4
PEMANTAU DAN CONTOH.
Pemantau akan melibatkan kerja – kerja penapisan maklumat yang dihantar dan diterima sama ada dari luar atau dalam organisasi. Pengurus akan mencari maklumat yang berkaitan dengan organisasi mereka dan institusi latihan kemahiran lain. Pengurus akan mencari maklumat mengenai perubahan yang relevan dalam persekitaran. Pengurus juga akan memantau pasukan mereka dari aspek produktiviti dan kesejahteraan.
Pengurus perlu memperbaiki dan belajar bagaimana kaedah untuk mengumpul maklumat serta mengatasi masalah limpahan maklumat. Pendekatan yang digunakan ialah dengan 12
BBGO 4103
menggunakan strategi efektif dengan mendapatkan maklumat melalui sumber pembacaan dan menggunakan kemudahan teknologi maklumat. Setiap maklumat yang diperolehi hendaklah diproses dengan cepat dan teliti.
Contoh pemantau ialah apabila pengurus perlu menghadiri sesuatu persidangan berkaitan perubahan teknologi program latihan kemahiran di peringkat antarabangsa. Maklumat – maklumat yang berkaitan dengan perancangan strategik latihan kemahiran, perubahan teknologi dan program latihan kemahiran terkini perlu dikenalpasti dan dikumpulkan terlebih dahulu. Maklumat – maklumat melalui pembacaan akhbar, maklumat melalui laporan, menghadiri seminar – seminar dan latihan – latihan akan dipantau terlebih dahulu oleh pengurus sebelum digunapakai.
2.5
PENYELESAI MASALAH DAN CONTOH.
Pengurus akan dapat menyumbang idea untuk melaksanakan sesuatu projek dan membuat keputusan yang sesuai berkaitan dengan masalah yang di hadapi. Pengurus juga terlibat dengan usaha – usaha untuk merapatkan jurang perbezaan yang terdapat di antara pekerja dalam organisasi atau masalah yang berlaku semasa berhubung dengan pihak luar. Pengurus yang berpengalaman dan berpengetahuan akan bertindak bersendirian mengatasi masalah tersebut.
Pekerja perlu dilibatkan untuk mendapatkan jalan penyelesaian sesuatu masalah jika sekiranya dirasakan sumbangan idea daripada pekerja sesuai untuk menjayakan sesuatu keputusan. Jika berlaku konflik di antara pengurusan dengan pengurus lain atau pekerja, pembekal atau pelanggang terhadap sesuatu masalah, pengurus hendaklah bertindak menyelesaikan masalah tersebut dengan mendapatkan keputusan secara bersama atau bermuafakat.
Contoh pengurus bertindak sebagai penyelesai masalah ialah mengatasi masalah kualiti persekitaran dan latihan yang tidak tersusun. Pengurus telah membentuk satu jawatankuasa amalan persekitaran berkualiti (5S). Dengan menetapkan sasaran untuk mendapatkan sijil 13
BBGO 4103
pengiktirafan dari pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia pada oktober 2012, semua individu di dalam organisasi telah terlibat dan mengambil bahagian bagi memastikan jabatan, bahagian atau unit mereka telah memenuhi spesifikasi amalan persekitaran yang berkualiti. Kesannya pada masa kini, persekitaran organisasi telah berada dalam keadaan tersusun dengan baik dan begitu kondusif kepada kakitangan dan pelajar.
3.0
ANALISA CABARAN YANG DIHADAPI OLEH PENGURUS INSTITUT.
Pengurus akan sentiasa berhadapan dengan berbagai cabaran dan implikasi yang akan mempengaruhi keberkesanan mereka dalam mengurus institut. Ini adalah disebabkan oleh organisasi yang sentiasa terdedah kepada perubahan persekitaran. Di antara cabaran – cabaran utama yang perlu dihadapi ialah pengurus di peringkat tempatan dan antarabangsa ialah :-
3.1
CABARAN GLOBALISASI DAN CONTOH.
Globalisasi telah memberi kesan yang besar kepada pengurusan organisasi. Semua negara, institusi dan penduduk di dunia akan dihubungkan di bawah satu ekonomi global yang saling bergantungan. Mereka dapat berkongsi maklumat, sumber – sumber, kepakaran, teknologi dan lain – lain . Pengurus institut hendaklah dilengkapkan dengan individu yang mempunyai ciri – ciri berikut:
i).
Pengurus hendaklah didedahkan dengan perkerjaan yang melibatkan mereka berurusan dengan pihak dari luar negara. Dengan pendedahan ini mereka akan dapat mempelajari dan menerima pengalaman yang berbeza dari aspek kemahuan, keperluan dan aspirasi bangsa asing.
ii).
Di dalam negara pula, pengurus hendaklah diberikan tugasan yang melibatkan pegawai atasan, rakan sekerja dan kakitangan asing. Pengurus hendaklah memahami budaya pekerja yang pelbagai dan menyesuaikan perbezaan tersebut dengan bentuk pengurusan mereka. 14
BBGO 4103
Contoh cabaran globalisasi ialah ketika pengurus dikehendaki untuk membentangkan program latihan kemahiran yang ditawarkan di Institusi mereka kepada wakil belia yang datang dari negara Thailand dan Vietnam bagi tujuan untuk membuat pertukaran pelajar di antara dua pusat latihan belia dari negara tersebut dengan Institut Kemahiran MARA Besut. Pada situasi ini memerlukan pengurus mempunyai kemahiran dalam berinteraksi dengan pihak luar dan maklumat – maklumat yang disampaikan hendaklah jelas dan tepat.
3.2
CABARAN TENAGA KERJA PELBAGAI DAN CONTOH.
Organisasi biasanya dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan menjalankan tugas yang pelbagai dan berbeza untuk mencapai matlamat yang sama. Semua pekerja memainkan peranan yang tersendiri berdasarkan kelebihan yang dimiliki sama ada dari segi kebolehan, kepakaran dan pengetahuan. Tenaga kerja pelbagai terdiri daripada jantina, taraf pendidikan, umur, kaum etnik dan lain – lain.
Pengurus perlu mengagihkan tugas dan tanggung jawab berdasarkan kelebihan dan kesesuaian yang dimiliki. Pengurus perlu mengagihkan tugas sebaik mungkin terutama apabila organisasi dianggotai oleh ahli yang pelbagai budaya supaya tidak timbul konflik, salah faham dan perasaan tidak puas hati di kalangan pekerja. Kepelbagaian itu akan memberi kesan kepada sikap, kebolehan dan personaliti dalam kalangan pekerja. Pengurus tidak boleh menganggap bahawa semua kakitangan mereka mepunyai kemampuan yang sama, tetapi sebaliknya perlu mengambil peluang daripada perbezaan tersebut sebagai aset yang sangat berpotensi untuk organisasi.
Contohnya apabila umur pekerja meningkat, produktiviti kerja akan menurun, dalam situasi ini pengurus akan mengambil tindakan meningkatkan semula produktiviti pekerja dengan menghantar perkerja tersebut mengikuti kursus motivasi, menangani tekanan dan sebagainya. Faktor umur yang meningkat juga akan menyebabkan tahap kesihatan akan menurun. Kaedah
15
BBGO 4103
yang digunakan oleh pengurus untuk menangani masalah ini ialah dengan menyediakan kemudahan klinik panel bagi memudahkan pekerja institut mendapatkan rawat
3.3
CABARAN MENGURUS PERUBAHAN TEKNOLOGI DAN CONTOH.
Perubahan teknologi merupakan satu lagi cabaran yang mesti dihadapi oleh seseorang pengurus. Menurut Nelson dan Pantas (2008), teknologi ditakrifkan sebagai proses intelektual dan mekanikal yang digunakan oleh organisasi untuk menukar input kepada produk atau perkhidmatan yang boleh mencapai objektif organisasi.
Pengurus perlu memilih pekerja yang tepat untuk melakukan sesuatu tugas dengan teknologi terkini. Pekerja perlu dilengkapkan dengan pelbagai kemahiran terutama berkenaan dengan teknologi maklumat yang mempengaruhi gelagat pekerja semasa melaksanakan tugas. Penumpuan kepada teknologi meliputi penggunaan mesin dan peralatan dengan konsep pembelajaran yang sedang dilaksanakan. Ia bertujuan untuk memastikan supaya tenaga pengajar didedahkan dengan mesin terkini dan menyampaikannya kepada pelajar.
Contoh perubahan teknologi ialah membuat perubahan ergonomik dalam melakukan kerja atau dengan kata lain, hubungan pekerja dengan peralatan. pekerja – pekerja pentadbiran dihantar mengikuti kursus – kursus berkaitan dengan teknologi maklumat (IT). Mempunyai pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat (IT) ini, membolehkan pertukaran pengetahuan dan memudahkan penyelesaian masalah. Tenaga pengajar dihantar mengikuti kursus peningkatan kemahiran di pusat – pusat latihan yang diiktiraf untuk mendapatkan teknologi yang terkini. Manakala peralatan atau mesin - mesin yang menggunakan teknologi usang telah digantikan dengan perlatan terkini.
3.4
CABARAN ETIKA DAN CONTOH.
Pengurus institut juga tidak terlepas daripada cabaran etika. Organisasi yang mempunyai dasar dan amalan kerja yang jelas biasanya sangat berjaya dalam menguruskan cabaran etika ini. 16
BBGO 4103
Organisasi akan menghadapi kesukaran dalam menguruskan etika sekiranya semua individu atau pekerja tidak mempunyai pendapat yang serupa.
Kini masyarakat telah dapat menilai dan mempunyai pengetahuan untuk bertindak melalui saluran undang – undang dan peraturan – peraturan yang betul terhadap sebarang tindakan yang salah. Pengurus hendaklah sedar sekiranya berlaku perbuatan pecah amanah atau mendapatkan sesuatu perkara untuk kepentingan peribadi dengan menggunakan perbelanjaan organisasi akan mengakibatkan kesan yang buruk kepada organisasi mereka. Pengurusan etika adalah merujuk kepada keupayaan individu untuk membuat keputusan dan memilih tingkah laku yang betul iaitu tidak bercanggah dengan nilai – nilai organisasi dan perinsip umum.
Contoh dalam proses pemilihan petender, pengurus akan melantik ahli jawatankuasa pembuka tender untuk membuka tender. Semasa proses ini berlaku pengurus tidak mempunyai hak untuk menetapkan petender yang terpilih. Laporan tender akan dibentangkan kepada jawatakuasa penilai tender dan jawatankuasa ini akan menentukan petender yang berjaya dengan merujuk kepada spesifikasi yang telah ditetapkan.
4.0
CADANGAN BAGAIMANA PENGURUS INSTITUT BOLEH MENANGANI CABARAN DENGAN BAIK.
Di bawah adalah cadangan – cadangan kepada pihak Pengurus Institut untuk membuat penambahbaikan berkaitan dengan:-
4.1
CADANGAN TERHADAP GLOBALISASI DAN JUSTIFIKASI.
Pengurus institut hendaklah menyusun beberapa strategi seperti mewujudkan perkongsian bijak dengan pengurus lini untuk mewujudkan hubungan yang baik, melibatkan pengurus dalam membuat perancangan strategi korprat. Diantara cadangan – cadangan tersebut ialah:-
17
BBGO 4103
4.1.1
Meningkatkan Mobiliti Pekerja.
Organisasi perlu mencipta satu polisi yang baru untuk menjamin pekerjaan, kekananan dan pampasan. Ini bertujuan untuk menjaga kesetiaan pekerja terhadap
organisasi. Pekerja tidak akan mencari bidang yang baru kerana mempunyai mobiliti kerja yang tinggi . 4.1.2
Bersedia Menghadapi Persaingan Global.
Pengurus hendaklah mengenalpasti siapakah pesaing mereka, bagaimanakah ancaman dan kekuatan pesaing dan hasil yang diperolehi daripada persaingan. Strategi yang boleh diambil untuk menghadapi pesaing seperti melalui promosi yang agresif, pengiklanan dan membuat MOU dengan institusi latihan kemahiran dalam dan luar negara.
4.1.3
Melibatkan Pengurusan Bahagian Dalam Membuat Perancangan Strategik.
Perancangan strategik korporat digubal oleh pengurusan atasan menentukan wawasan, misi dan hala tuju institut, mengenalpasti teras latihan kemahiran, program – program latihan baru yang mampu diceburi.
4.1.4
Mengintegrasikan Teknologi Maklumat Dengan Budaya Koporat.
Penggunaan teknologi maklumat yang optimum akan mampu membantu institut untuk mengurangkan kos, menambahkan maklumat berkaitan teknologi kemahiran, kepada pengajar dan pelajar serta lain – lain.
18
BBGO 4103
4.1.5
Mengambil Faedah Daripada Pekerja Berpengetahuan.
Pengurus hendaklah berperanan membantu mewujudkan budaya yang Mengutamakan pembangunan ilmu seperti mencadangkan kepada pengurusan atasan memberi biasiswa kepada pekerja untuk melanjutkan pelajaran, memberi cuti belajar dan memberi latihan yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran pekerja.
Justifikasi.
Pekerja akan merasa mereka dihormati, dihargai dan mempunyai ketaatan terhadap organisasi. Melalui promosi yang agresif, institut akan dapat menarik ramai pelajar untuk mendapatkan latihan kemahiran di institusi ini. Institut akan sentiasa bersedia untuk bersaing dengan pihak dalam dan luar negara kerana mempunyai pekerja yang mempunyai komitmen, pengetahuan dan pengurusan yang mempunyai perancangan strategik yang baik.
4.2
CADANGAN TERHADAP TENAGA KERJA PELBAGAI DAN JUSTIFIKASI.
Kepelbagaian tenaga kerja telah banyak berkembang, memaksa pengurus untuk melihat perbezaan individu dalam cara yang segar. Pengurus hari ini perlu lebih memahami dan memenuhi kepelbagaian kakitangan dan perbezaan individu. Cadangan kepada pengurus institut ialah:
4.2.1
Sentiasa berinteraksi dengan pekerja yang mempunyai perbezaan luas pada beberapa ciri-ciri, mengelakkan konflik dan ketidakpercayaan di kalangan ahliahli pasukan.
4.2.2
Sensitif kepada keperluan pekerja yang pelbagai dan cuba untuk mengambil pendekatan yang fleksibel untuk meningkatkan pekerjaan tahap mereka seperti: 19
BBGO 4103
i).
Menyediakan pakej manfaat yang sesuai dengan keperluan pekerja yang berbeza.
ii).
Kerja yang fleksibel.
iii).
Melaksanakan perkongsian kerja.
iv).
Merekabentuk pekerjaan dan bangunan untuk menampung pekerja cacat dan pelanggan.
v).
Mewujudkan program pengurusan yang direka untuk memberikan maklum balas yang membina kepada pekerja tentang gaya peribadi mereka berurusan dengan pekerja minoriti.
vi).
Mewujudkan rangkaian tidak rasmi di kalangan kakitangan minoriti untuk memberi sokongan sosial.
Justifikasi.
Pekerja dapat membantu membina dan memperkukuhkan kelebihan persaingan dalam institut. Pengurus yang mahir dalam mengurus kepelbagaian ini akan memudahkan urusan kerja, malah juga membantu melancarkan lagi perlaksanaan ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.
4.3
CADANGAN TERHADAP MENGURUS PERUBAHAN TEKNOLOGI DAN JUSTIFIKASI.
Cadangan kepada pengurus institut untuk mengurus perubahan teknologi supaya pekerja dapat menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi yang begitu cepat ialah :20
BBGO 4103
4.3.1
Meningkatkan kualiti Dan Proses Pembaikan berterusan.
Pengurus institut hendaklah memberi penekanan kepada dua perkara iaitu pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) dan mereka bentuk semula pekerjaan. Pengurus perlu menilai sumber tenaga dan menyesuaikannya dengan persekitaran. Latihan kemahiran perlu disediakan kerana mengikut perubahan teknologi, strategi persaingan dan polisi kerajaan.
4.3.2
Proses Perkayasaan Semula Program Yang Ditawarkan Di Instutut.
Dengan teknologi maklumat hari ini, pelanggang lebih mengutamakan kualiti pembelajaran, kemudahan yang disediakan, pengiktirafan sijil dan peluang mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan pengajian. Institut hendaklah menawarkan program yang mendapat sambutan dari pelanggang dan sesuai dengan teknologi masa kini.
4.3.3
Meningkatkan Kemahiran Pekerja.
Apabila berlaku perubahan teknologi, kemahiran dan teknologi lama akan menjadi usang. Pengurus hendaklah merombak dan mereka bentuk semua kerja supaya pencapaian pembelajaran yang lebih tinggi dapat dicapai. Tenaga pengajar hendaklah menggunakan alat bantuan mengajar terkini seperti komputer, LCD, audio sistem, video simulasi dan sebagainya. Justifikasi:
Institut akan sentiasa menawarkan latihan yang memenuhi kehendak masyarakat dan berteknologi semasa. Institut akan dapat bersaing dengan pusat latihan kemahiran yang lain dan akan menjadi pilihan utama pelajar – pelajar untuk menyambung pengajian dalam bidang kemahiran. 21
BBGO 4103
4.4
CADANGAN CABARAN ETIKA DAN JUSTIFIKASI.
Untuk mewujudkan suasana beretika dalam institut dan suasana persekitaran kerja menjadi harmoni dicadangkan supaya:-
4.4.1
Mendapatkan Mereka Yang Beretika Sahaja Untuk Bekerja. Mengenakan ujian ketelusan terbuka atau ujian ketelusan berdasarkan personaliti. Ia merupakan satu ujian bertulis yang menganggarkan kejujuran calon dengan bertanya secara langsung tentang fikiran mereka terhadap kecurian dan perlakuan tidak beretika serta mengukur ciri – ciri psikologi seperti penggantungan dan kesedaran.
4.4.2
Mewujudkan Kod Etika Kerja. Institut hendaklah mempromosikan kod etika kepada anggota organisasi dan pihak di luar institut. Institut juga hendaklah membangunkan piawaian dan prosedur yang khusus terhadap amalan etika dalam mengendalikan latihan kemahiran.
4.4.3
Mengadakan Latihan Etika. Bertujuan untuk membangunkan kesedaran pekerja tentang etika, mencapai kredibiliti pekerja dan mengajar pekerja – pekerja satu model praktikal tentang membuat keputusan yang beretika.
4.4.4
Mewujudkan Suasana Etika. Pengurus atasan hendaklah menjadikan diri mereka sebagai “role model” dalam menghidupkan suasana beretika kepada pekerja bawahan. Program – program etika juga perlu diwujudkan dan dikendalikan untuk jangka waktu tertentu secara berkala.
22
BBGO 4103
Justifikasi. Pekerja tidak akan melakukan sebarang tindakan yang akan memudaratkan reputasi organisasi. Pekerja akan cuba mengelak daripada melakukan gelagat yang tidak beretika. Mereka akan memikirkan tentang akibat daripada perbuatan mereka dan kesan kepada orang lain.
5.0
RUMUSAN. Untuk memastikan sesebuah organisasi itu cemerlang dan berjaya, pengurus memainkan
peranan utama sebagai tonggak ke arah pencapaian matlamat institut. Pengurus perlu menjalankan peranannya sebagai pemimpin, lambang, jurucakap, pemantau dan penyelesai masalah. Mereka perlu membangunkan semua sumber yang dimiliki dan memastikan berlaku perubahan tambah nilai yang positif terhadap gelagat kerja pekerja dalam organisasi. Dalam mengurus sesebuah organisasi, pengurus akan berhadapan dengan globalisasi, tenaga kerja yang pelbagai, perubahan teknologi dan etika. Pengurus perlu memahami apakah cabaran yang perlu dihadapi dan bagaimana hendak menangani cabaran tersebut melalui perancangan strategik. Mereka perlu bersedia menerima cabaran ini, pengurus perlu memiliki kepakaran, perancangan yang baik dan melaksanakan perancangan dengan berkesan. Dengan melaksanakan cadangan yang telah dinyatakan terhadap globalisasi, institut akan dapat bersaing dengan pihak lain dari luar dan dalam negara. Tenaga kerja yang pelbagai pula membolehkan pengurus memahami gelagat pekerja mereka dan mengambil tindakan penyelesaian yang sesuai mengikut umur, bangsa, etnik dan sebagainya. Ini akan mengukuhkan lagi hubungan pengurusan tertinggi dengan pekerja bawahan. Pengurus perlu peka terhadap perubahan teknologi yang begitu pesat dan meningkatkan kemahiran pekerja sesuai dengan teknologi hari ini. Begitu juga dalam menjaga etika, organisasi yang beretika akan mendapat kepercayaan masyarakat luar dan mempunyai reputasi yang tinggi. Anggota organisasi akan mempunyai nilai ketaatan yang tinggi terhadap organisasi
(3098 patah perkataan) 23
BBGO 4103
RUJUKAN Shahrol Aman Ahmad, Azhari Ramli, Nasri Nalimi, Azelin Aziz, (2007), Perinsip Pengurusan, Kuala Lumpur,Universiti Terbuka Malaysia (OUM)
Dr. Fauzuniah Pangil, Dr. Fais Ahmad, Dr. Ooi Yeng Keat, Hanissah A. Razak, Naslina Zakaria, Zulkufli Aziz, Assoc Prof Dr. Husna Johari, (2011), Organisational Behaviour, Kuala Lumpur,Universiti Terbuka Malaysia (OUM)
Ab. Aziz Yusof (2010), Gelagat Organisasi Satu Pendekatan Strategik, ,Universiti Utara Malaysia (UUM)
Maimunah Aminuddin (2008), Human Resource Management Principles And Practices, Selangor Darul Ehsan,Oxford Fajar Sdn. Bhd
24