Kamaria Binti Saburahim 810108125732001
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI 2012 SMP (KHAS) HBIS 1203 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1
NAMA
:
KAMARIA BINTI SABURAHIM
NO. MATRIKULASI
:
810108125732001
NO. KAD PENGENALAN
:
810108125732
NO. TELEFON
:
019-8040735
E-MAIL
:
[email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN
:
PUSAT PEMBELAJARAN TAWAU
Page 1 of 21
HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
Kamaria Binti Saburahim 810108125732001
ISI KANDUNGAN
BIL 1.0 2.0
3.0
PERKARA
MUKA SURAT
Pendahuluan
3
Maklumat Institut Tahfiz 2.1
Maahad Tahfiz Ashabissyahid, Tawau Sabah.
4-8
2.2
Maahad Tahfiz Al-Quran Wasunnah, Sandakan Sabah.
8-11
Kaedah/Teknik Hafazan 3.1 Kaedah Tasmiq
11-12
3.2 Kaedah Talaqqi Mussyafahah
13-14
4.0
Penilaian Terhadap Kaedah/Teknik Hasil Daripada Temu Bual
14-16
5.0
Cadangan Aplikasi Kaedah/Teknik Hafazan Dalam Bilik Darjah
16-17
6.0
Rumusan
17
7.0
Rujukan
18
8.0
Lampiran
19-21
Page 2 of 21
HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
Kamaria Binti Saburahim 810108125732001
1.0
PENDAHULUAN
Dewasa ini, pembacaan al-Quran sering dipinggirkan dan tidak lagi diambil berat oleh sebilangan besar umat Islam. Ini kerana tanggapan sesetengah pihak yang berpendapat bahawa bacaan al-Quran sudah lapuk dan tidak lagi releven untuk generasi moden pada masa kini. Oleh itu dalam usaha memartabatkan penguasaan bacaan dan hafazan al-Quran beberapa faktor perlu dititikberatkan. Untuk mencapai usaha itu adalah menjadi tanggungjawab dan peranan kami guruguru Pendidikan Islam dalam merealisasikan matlamat berkenaan. Adalah menjadi tanggungajawab setiap guru untuk memilih kaedah dengan bijaksana dan memastikan ianya bersesuaian dengan tahap dan keupayaan pelajar agar dapat mencapai hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Dengan menggunakan pelbagai kaedah, ianya dapat menimbulkan minat murid untuk membaca, menghafaz dan memahami ayat-ayat serta surah-surah dalam Al-Quran dengan lebih mudah. Dalam pengajaran tilawah al-Quran terdapat beberapa kaedah dan teknik yang boleh dipilih dan digunakan oleh guru. Tidak kira apa juga kaedah yang diguna dan diaplikasi oleh guru dalam pelaksanaan pengajarannya, ianya adalah bertujuan demi memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran-kemahiran dalam Asuhan Tilawah Al-Quran yang merangkumi bacaan, hafazan dan kefahaman ayat-ayat Al-Quran. Oleh itu dalam melahirkan hafiz yang berkualiti terdapat beberapa kaedah yang bersesuaian dengan kemahiran hafazan al-Quran yang sering digunakan di pusat-pusat tahfiz antaranya ialah kaedah hafazan, kaedah tasmiq dan kaedah imla’i (tulisan). Disamping kaedah yang bersesuaian, teknik yang pelbagai juga adalah menjadi prioriti dalam menghafaz ayat-ayat al-Quran seperti teknik mengulang, teknik tumpu dan ingat, teknik chunking, teknik mendengar kaset dan lain-lain lagi.
Page 3 of 21
HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
Kamaria Binti Saburahim 810108125732001
2.0
MAKLUMAT INSTITUSI TAHFIZ Pada semester ini tugasan yang harus dilaksanakan oleh saya dan rakan-rakan lain ialah
berkenaan dengan kaedah yang digunakan oleh pusat tahfiz di Malaysia dalam melahirkan para mufaz yang berkualiti. Oleh itu bagi menyiapkan tugasan ini saya telah membuat lawatan ke sebuah pusat tahfiz iaitu Maahad Tahfiz Ashabissyahid yang terletak di Daerah Tawau dan mendapatkan maklumat daripada rakan berkaitan Maahad Tahfiz Al-Quran Wasunnah yang terdapat di Daerah Sandakan. Saya telah berkunjung ke Maahad Tahfiz Ashabissyahid bersama 2 orang rakan iaitu Haslinda Binti Jamaluddin dan Normah Binti Bacho pada hari jumaat tanggal 22 Jun 2012 . Maahad tahfiz ini terletak di kawasan Bombalai iaitu lebih kurang 40 kilometer daripada Bandar Tawau. Walaupun kami tiba agak lewat iaitu lebih kurang pukul 4.10 minit petang, tetapi kami sempat menebual salah seorang tenaga pengajarnya iaitu Ustaz Akhie Bin Hj. Tawile. Manakala maklumat berkaitan Maahad Tahfiz Al-Quran Wasunnah pula telah saya dapatkan daripada seorang rakan yang mengajar di daerah Sandakan iaitu Nurazreenah Binti Amir. Berikut adalah hasil maklumat dan dapatan yang telah saya dan rakan-rakan perolehi semasa membuat kunjungan ke pusat tahfiz berikut: 2.1 Maahad Tahfiz Ashabissyahid, Tawau Sabah. 2.1.1
Sejarah Penubuhan Maahad tahfiz ini telah ditubuhkan pada tahun 2003. Manakala perasmiannya telah
dilaksanakan pada tahun 2004. Selepas 6 bulan pertama ditubuhkan dan beroperasi, maahad tahfiz ini hanya mempunyai lebih kurang 6 orang pelajar sahaja. Menurut Ustaz Akhie Bin Hj. Tawile, maahad tahfiz ini ditubuhkan atas dasar kesedaran dan inisiatif daripada seorang individu yang berpendapat bahawa Daerah Tawau kekurangan institusi yang memfokuskan kepada hafazan Al-Quran serta membudayakan Al-Quran. Justeru, pengasasnya iaitu Y.M Tuan Hj. Walid Khairuddin Bin Hj. Mohd. Arif AL-Hafiz telah membuat permohonan sebidang tanah daripada pihak Golden Hope Plantation bagi membangunkan maahad tahfiz ini. Pada masa sekarang, maahad tahfiz ini masih lagi menggunakan tapak asal yang telah disumbangkan oleh Golden Hope Plantation pada masa itu dan dikenali sebagai Sime Darby Plantation pada masa kini. Setelah beroperasi selama hampir 9 tahun, bilangan pelajar maahad tahfiz ini telah meningkat seramai 130 orang pelajar bagi tahun 2012. Pelajar yang belajar di maahad ini adalah berasal dari seluruh negeri Sabah seperti Daerah Kunak, Lahad Datu, Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan mahupun daerah Tawau sendiri. Page 4 of 21
HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
Kamaria Binti Saburahim 810108125732001
2.1.2
Latar Belakang Pelajar Berikut adalah maklumat tentang pelajar yang diambil untuk belajar di maahad ini. 1) Umur
: 8 Hingga 19 tahun
2) Jantina
: Lelaki Sahaja
3) Kebolehan
: Boleh membaca Al-Quran dengan fasih (ciri utama)
4) Kesihatan
: Sihat tubuh badan
(Hasil maklumat daripada Ustaz Akhie Bin Hj. Tawile pada 22 Jun 2012)
2.1.3
Sumber Kewangan Sumber kewangan bagi membiayai segala kos perbelanjaan dan perjalanan operasi di maahad ini adalah atas sumbangan daripada pihak: 1) Orang perseorangan. 2) Agensi Swasta. 3) Syarikat-syarikat sekitar Daerah Tawau. 4) Penduduk sekitar kawasan Bombalai. 5) Brig. Jeneral Tan Sri Datuk Liew Yun Fah (Mantan ADUN Merotai) Sumbangan yang diberikan tidak dihadkan dalam bentuk wang ringgit sahaja
tetapi pihak penyumbang bebas untuk memberikan bantuan tidak kira dalam apa jua bentuk seperti bahan mentah bagi makanan iaitu beras, pakaian dan peralatan asas seperti katil dan tilam untuk asrama kediaman pelajar.
Page 5 of 21
HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
Kamaria Binti Saburahim 810108125732001
2.1.4
Sistem & Sukatan Pembelajaran Sistem Pembelajaran Maahad ini menetapkan beberapa peraturan bagi sistem pembelajaran antaranya ialah: 1) Setiap pelajar dikehendaki menetap di asrama kediaman yang telah disediakan untuk pelajar bagi mengurangkan risiko kelupaan. 2) Sistem pembelajaran murid haruslah mengikut sukatan pembelajaran yang telah dipilih oleh pihak pentadbiran maahad tetapi berbeza dengan pelajar yang mengikuti sekolah harian biasa (sekolah kerajaan). 3) Sesi pengajaran dan pembelajaran bermula sebelum masuk waktu subuh dan berakhir pada waktu malam. Kaedah Hafazan Yang Digunapakai Maahad tahfiz ini memilih dan mengaplikasikan 2 kaedah dalam memastikan
penguasaan hafazan sehingga 30 Juzuk Al-Quran oleh pelajarnya. Antara kaedah dan teknik tersebut ialah: 1) Teknik Chunking Bagi teknik ini, pelajar diarahkan untuk memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai. Selain itu, sekiranya pelajar mendapat ayat yang panjang mereka diarahkan untuk membahagikan kepada 3 bahagian (dipisahkan kepada 5 ayat) dan dihafaz mengikut bahagian pertama, kedua hinggalah bahagian ke 3. Pelajar juga boleh memisahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizab, rubu’, cerita dan sebagainya.
2) Kaedah / Teknik Tikrar (Mengulang) Pembelajaran di maahad ini juga ialah dengan menggunakan teknik tikrar atau pengulangan. Di mana pelajar boleh membaca sepotong ayat atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula untuk menghafal. Disamping itu pelajar bebas untuk membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat yang seterusnya. Selepas menghafal setiap setengah muka surat pelajar diarahkan untuk mengulang beberapa kali kemudian boleh diteruskan kepada bahagian yang kedua. Manakala setelah menghafal satu muka surat mereka perlu mengulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya. Page 6 of 21
HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
Kamaria Binti Saburahim 810108125732001
Matlamat dalam Pencapaian Adalah menjadi matlamat setiap tenaga pengajar di maahad ini agar pelajar dapat menghabiskan pengajian mereka dalam tempoh 3 tahun sahaja. Oleh yang demikian pelajar diharuskan untuk menghafal 10 juzuk al-Quran dalam tempoh satu tahun. Dengan itu setiap pelajar perlu menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh 3 tahun pengajian mereka di maahad ini. Sebaliknya jika sekiranya mereka tidak dapat menghafaz 30 juzuk sehingga tempoh yang telah ditetapkan tenaga pengajar akan membuat mesyuarat khas bagi membincangkan tindakan yang sepatutnya diambil untuk membatu pelajar tersebut. Jadual Pembelajaran 1) Sesi dan tempoh pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar d maahad ini adalah berlangsung sepenuhnya di maahad ini sepenuhnya di maahad tahfiz ini sahaja. Walau bagaimanpun terdapat 2 orang pelajar yang mengikuti sekolah aliran perdana di Sekolah Menengah Kebangsaan Abaka, Tawau pada sebelah pagi dan mengikuti sesi pembelajaran di maahad pada sebelah malam. 2) Jadual dan sesi pembelajaran yang ditetapkan di maahad ini ialah: Masa / Waktu
Aktiviti Pelajar
4.00 pagi – 5.00 pagi
Menghafaz Al-Quran
Solat Subuh secara berjemaah & Tazkirah Subuh 5.45 pagi – 6.30 pagi
Menghafaz Al-Quran
6.30 pagi – 8.00 pagi
Persiapan diri dan sarapan pagi
8.00 pagi – 10.00 pagi
Menghafaz Al-Quran
10.00 pagi – 12.30 petang Kelas Bahasa arab Makan tengahari &Solat Zuhur secara berjemaah 2.00 petang – 4.00 petang Kelas Fiqah / Kelas Hadis (Silih berganti) Solat Asar secara berjemaah 4.30 petang – 5.30 petang Riadah / Bersenam / Aktiviti Bebas 5.30 petang – 6.00 petang Persiapan diri dan makan malam Solat Maghrib secara berjemaah & Tazkirah Maghrib Pelajar wajib menghafaz Al-Quran sambil menunggu masuk waktu Isyak secara Kaedah Tasmik. Page 7 of 21
HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
Kamaria Binti Saburahim 810108125732001
Solat Isyak secara berjemaah Masa / Waktu
Aktiviti Pelajar Kelas mengaji Al-Quran terbuka kepada
8.00 malam – 10.00 malam penduduk sekitar kawasan maahad ini, terutama yang berada kawasan Bombalai. Pelajar yang belajar dalam kelas mengaji Al-Quran pada waktu malam tidak ditetapkan untuk menghafaz.
Cara Penilaian Pelajar 1) Bermula pada tahun 2012, setiap pelajar dikehendaki untuk menduduki peperiksaan Bahasa Arab. 2) Penilaian tahap hafazan pula dilaksanakan 2 kali setahun menggunakan kaedah tasmik. Bacaan direkodkan dan laporan akan diberikan kepada ibu bapa. 3) Setelah pelajar berjaya menghafaz 30 Juzuk Al-Quran, Sijil Hafaz akan dikeluarkan dan pelajar akan disyorkan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang hafazan .
Pencapaian Terbaik 1) 13 orang pelajar telah dihantar untuk melanjutkan pelajaran dalam Kelas KITAS menghafaz Peringkat Alim di Madrasah Munawiah Wal Ulum, Pulau Pinang menggunakan dana yang dikutip oleh maahad tahfiz ini. 2) Tahun 2008 : Adik Mohd Najmi Bin Kamaruddin berjaya menghafaz 30 Juzuk Al-Quran pada usia 11 Tahun dan merupakan hafiz termuda di negeri Sabah pada masa itu. 3) Supriadi Bin Abdul Rahman telah Berjaya menghafaz 30 Juzuk Al-Quran dalam hanya tempoh 1 tahun 6 bulan sahaja dan ketika itu berusia 14 tahun. Beliau juga merupakan salah seorang pelajar cemerlang STAM di Malaysia. (Sekarang merupakan salah seorang tenaga pengajar)
Page 8 of 21
HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
Kamaria Binti Saburahim 810108125732001
2.2 Maahad Tahfiz Al-Quran Wasunnah, Sandakan Sabah. 2.2.1
Sejarah Penubuhan Maahad tahfiz ini telah dibuka pada 31 Oktober 2008 atas cadangan dan idea
daripada Dato’ Hj. Daning Bin Bajau yang merupakan pengerusi MTQS pada masa itu. Pada peringkat awalnya, maahad tahfiz ini mempunyai seramai 8 orang pelajar sahaja. Maahad tahfiz ini adalah sebuah rumah berkeluasan 50 X 50 kaki persegi. Merupakan sebuah rumah yang dipinjamkan oleh Imam Daerah Sandakan iaitu Ustaz Rafeah Bin Mohd. Enargi, merupakan salah seorang tenaga pengajar di maahad ini. Sehingga tahun ini, maahad tahfiz telah mempunyai 7 orang pelajar dan 4 orang tenaga pengajar iaitu : 1) Ustaz Rafeah Mohd. Enargi 2) Syeikh Habib Muhsin 3) Ustaz Razifyanto Amit @ Kamsiran 4) Imam Azizul Ramli Saparuddin Di maahad ini juga, diadakan kelas bagi kanak-kanak sekitar kawasan perumahan untuk belajar membaca Al-Quran. Manakala yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM5.00 sebulan.
2.2.2
Latar Belakang Pelajar Kriteria yang ditetapkan dalam pemilihan pelajar di maahad ini adalah seperti
berikut:
2.2.3
5) Umur
: 16 tahun hingga 20 tahun
6) Jantina
: Lelaki Sahaja
7) Kebolehan
: Boleh membaca Al-Quran dengan fasih
Sistem & Sukatan Pembelajaran Sistem Pembelajaran Maahad ini melaksanakan sistem pembelajaran yang terancang seperti : 1) Setiap pelajar dikehendaki menetap di asrama kediaman yang telah disediakan untuk pelajar bagi mengurangkan risiko kelupaan. 2) Sistem pembelajaran murid haruslah mengikut sukatan pembelajaran yang telah dipilih oleh pihak pentadbiran maahad tetapi berbeza dengan pelajar yang
Page 9 of 21
HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
Kamaria Binti Saburahim 810108125732001
akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu membuat ulangkaji sendiri. 3) Masa senggang yang terluang sebelum masuk waktu solat subuh dan selepas solat Maghrib adalah waktu yang diperuntukkan kepada pelajar untuk melatih tubi hafazan Al-Quran.
Kaedah Hafazan Yang Dipraktikkan Mempraktikkan 2 kaedah dalam memastikan pelajar menguasai hafazan 15
Juzuk Al-Quran, kaedah tersebut adalah : 3) Kaedah Takrir / Latih Tubi Cara pelaksanaan kaedah ini adalah melakukan pembacaan dan mengingat secara berkali-kali. 4) Kaedah Talaqqi Musyafahah Cara pelaksanaan kaedah ini adalah pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka. Murid dapat mempelajari bacaan dengan mengikut bacaan dan gerak bibir guru.
Sukatan Pembelajaran Terdapat beberapa kelas lain yang diajarkan di maahad tahfiz ini. Antaranya: 1) Kelas hafazan
4) Kelas Hadis
2) Kelas bahasa arab
5) Kelas Sorof
3) Kelas Fikah
Penilaian Pelajar 1) Pelajar belajar dalam dua semester setahun dan penilaian tahap hafazan dilaksanakan menggunakan kaedah tasmik dan menjawab soalan subjektif. 2) Ibu bapa akan dipanggil dan dimaklumkan tentang tahap pencapaian anak mereka. 3) Setelah pelajar berjaya menghafaz 15 Juzuk Al-Quran, akan menyambung pelajaran dalam peringkat diploma.
Pencapaian Terbaik 1) Terdapat 6 orang pelajar yang telah dihantar untuk melanjutkan pelajaran peringkat diploma di Maahad Tahfiz Wal Qiraat, Kepayan Kota Kinabalu . 2) Mohd. Al Amin Bin Abd. Aziz mendapat tempat ketiga dalam Acara Hafazan Peringkat Negeri Sabah Kategori Juzuk 1-10.
Page 10 of 21
HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
Kamaria Binti Saburahim 810108125732001
3.0
KAEDAH/TEKNIK HAFAZAN AL-QURAN Terdapat beberapa kaedah dan teknik di dalam hafazan al-Quran antaranya ialah:
3.1 Kaedah Tasmi Kaedah ini dipraktikkan semenjak zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi. Pada masa tersebut, baginda telah mendengarkan/menyemak bacaan Al-Qurannya di hadapan Jibril a.s. Rasulullah s.a.w juga telah mengkhususkan beberapa sahabat untuk mempelajari Al-Quran secara mendalam untuk menjadi tempat rujukan kepada sahabat yang lain dan para tabi’in. Baginda juga memperdengarkan bacaan baginda kepada para sahabat untuk memperbetulkan bacaan mereka. Hal ini terbukti berdasarkan hadis berikut :
Pelaksanaan
kaedah
ini
adalah
dengan
meminta
murid
membaca
dan
memperdengarkan bacaan mereka dihadapan guru. Setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid akan terus diperbetulkan oleh guru. Selain itu, guru juga boleh bertanya kepada murid mengenai hukum-hukum bacaan dan bacaan serta maksud tanda bacaan pada ayat yang dibaca/dihafaz. Kaedah ini juga boleh digunapakai oleh guru untuk menguji kelancaran bacaan/hafazan murid Kaedah ini boleh dilakukan dengan 3 cara iaitu: Guru meneliti dan mendengar bacaan murid. Murid bergilir-gilir membaca secara kumpulan atau individu. Murid menyaringkan suara semasa membaca. 3.1.1
Contoh Pelaksanaan Kaedah Tasmiq
1) Murid-murid membaca Surah Al-Ikhlas secara kelas dan berkumpulan. 2) Guru perbetulkan bacaan atau hafazan murid sekiranya terdapat kesalahan. 3) Murid membaca atau menghafaz Surah Al-Ikhlas secara individu dihadapan guru. Page 11 of 21
HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
Kamaria Binti Saburahim 810108125732001
4) Guru perbetulkan bacaan atau hafazan murid sekiranya terdapat kesalahan. 5) Guru merekodkan bacaan atau hafazan murid di dalam Buku Rekod Bacaan.
3.1.2
Kelebihan Kaedah Tasmik
1) Guru dapat mengesan kesalahan bacaan/hafazan Al-Quran yang dilakukan oleh muridmurid secara terus dan tepat. 2) Guru dapat memastikan murid tidak melakukan kesilapan semasa membaca atau menghafaz ayat-ayat Al-Quran. 3) Guru dapat memperbetulkan kesilapan pada bacaan/hafazan Al-Quran murid secara tepat semasa sedang mendengar bacaan/hafazan mereka secara individu, kumpulan ataupun kelas. 4) Guru dapat mengenalpasti kebolehan sebenar yang dimiliki oleh murid dalam penguasaan asuhan tilawah Al-Quran ini. 5) Guru dapat mengesan kelemahan pada bacaan murid sama ada dari aspek hukum tajwid, tanda baca dan makhraj huruf. 6) Murid dapat diperkenalkan dengan hukum-hukum tajwid kepada murid semasa mendengar ayat Al-Quran yang dibaca. 7) Kesalahan tajwid murid-murid dapat diperbetulkan dan penerangan mengenainya dapat diberikan oleh guru. 8) Murid-murid dapat didisiplinkan dari segi bacaan yang betul dan mengikut hukum-hukum bacaan seperti hukum-hukum tajwid dan juga tanda-tanda bacaan.
3.1.3
Kelemahan Kaedah Tasmik
1) Kaedah ini hanya bersesuaian untuk sesetengah murid sahaja, khususnya murid-murid yang boleh membaca Al-Quran dengan baik. Namun begitu, tidak semua murid berkebolehan membaca Al-Quran dengan baik.
2) Semasa guru sedang mendengar bacaan/hafazan seorang murid, murid-murid yang lain tidak memberi penumpuan yang sepenuhnya dalam apa yang sedang dibaca.
3) Kawalan kelas guru adalah kurang baik kerana ketika guru mendengar bacaan/hafazan seorang murid atau satu kumpulan, murid lain atau kumpulan lain mungkin akan membuat bising dan tidak menumpukan perhatian terhadap bacaan/hafazan masing-masing.
4) Apabila mengaplikasikan kaedah ini, memerlukan bilangan guru yang ramai kerana kaedah tasmik ini sangat berkesan jika dilakukan secara individu. Namun begitu, bilangan guru agama di setiap sekolah adalah terhad. Page 12 of 21
HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
Kamaria Binti Saburahim 810108125732001
3.2 Kaedah Talaqi Musafahah Talaqqi musyafahah bermaksud pertemuan antara gutu dan murid secara bersemuka di mana murid menerima pengajaran dengan melihat pergerakan bibir guru dan mengikut bacaan guru. Kaedah ini merupakan kaedah yang tertua dalam mempelajari al-Quran. Ia dipraktikkan oleh Malaikat Jibril a.s kepada Nabi Muhammad S.A.W sewaktu menurunkan wahyu yang pertama. Pada ketika itu, Malaikat Jibril a.s membacakan ayatayat al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W dan baginda mengikut bacaan tersebut lalu menghafaznya. Kemudian, Rasulullah S.A.W membacakan ayat-ayat tersebut kepada para sahabat, para sahabat menulis lalu menghafaznya. Sebagaimana firman Allah dalam alQuran:
Surah Al-Qiyamah,75:16-18
3.2.1
Kelebihan Kaedah Talaqqi Musyafahah
1) Amat berkesan sekiranya ingin mengenalpasti secara amali tahap kefahaman dan pelaksanaan murid terhadap hukum tajwid dalam bacaan al-Quran yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid. 2) Isi Pembelajaran tidak diragui akan kesahihannya 3) Meningkatkan keyakinan murid terhadap guru 4) Boleh dijalankan sama ada di bilik darjah mahupun di luar kelas. 5) Pembelajaran secara bersemuka antara dengan guru secara langsung. 6) Murid dapat memerhatikan cara pergerakan bibir guru semasa membuat bacaan. Seterusnya murid dapat mengikuti cara sebutan guru dengan tepat. 7) Guru dapat memperbaiki dan memperbetulkan bacaan murid secara terus cepat dan tepat. 8) Guru dapat mengenalpasti kebolehan murid, khususnya yang mempunyai kebolehan dalam bacaan atau hafazan mengesan kebolehan mereka. 9) Guru dapat mengenalpasti murid yang lemah dan tidak menguasai bacaan AlQuran.
Page 13 of 21
HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
Kamaria Binti Saburahim 810108125732001
3.2.2
Kelemahan Kaedah Talaqqi Musyafahah
1) Suasana pembelajaran yang kurang kondusif kerana murid menjadi pasif dan kurang aktif. 2) Pembelajaran lebih kepada berpusatkan guru sahaja. 3) Terjadi keciciran pada murid kurang menguasai bacaan Al-Quran berbanding murid yang telah menguasai. Menyebabkan guru sukar melaksanakan kaedah ini secara kelas. 4) Penumpuan guru perlu diberikan secara sepenuhya ketika murid-murid membaca/menghafaz. Guru tidak boleh melakukan aktiviti lain semasa mengaplikasikan kaedah ini kerana perlu membetulkan bacaan/hafazan murid sekiranya berlaku kesalahan. 5) Mengambil masa yang panjang untuk membetulkan bacaan murid secara individu. Terdapat murid lain yang tidak dapat didengar dan diperbetulkan bacaan pada satu-satu masa. 6) Kelemahan bacaan guru akan menimbulkan kesan yang besar terhadap murid. 7) Kawalan kelas tidak berjaya kerana apabila guru memberikan tumpuan terhadap bacaan seorang murid, murid lain akan kurang diberikan perhatian maka terjadilah suasana pembelajaran yang tidak baik.
4.0
PENILAIAN TERHADAP KAEDAH/TEKNIK HASIL DARIPADA TEMU BUAL
Dalam kajian ini saya telah menebual beberapa orang pelajar bagi tujuan membuat penilaian terhadap keberkesanan kaedah yang mereka gunakan di maahad. Berikut adalah soalan yang telah saya ajukan di dalam Borang Soal Selidik yang telah dijawab oleh 3 orang pelajar:
BORANG SOAL SELIDIK ARAHAN : Berikut disenaraikan beberapa pernyataan tentang kaedah hafazan sama ada ia membantu atau tidak pencapaian hafazan anda. Sila nyatakan darjah persetujuan anda mengikut skala yang diberikan dengan membulatkan satu angka paling sesuai di hujung pernyataan. SKALA :
Page 14 of 21
1
-
Sangat Tidak Setuju (STS)
2
-
Tidak Setuju (TS)
3
-
Kurang Setuju (KS) HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
Kamaria Binti Saburahim 810108125732001
BIL
4
-
Setuju (S)
5
-
Sangat Setuju (SS)
KAEDAH MENGHAFAZ
STS
TS
KS
S
SS
1.
Mengkhususkan satu mashaf Al-Quran sahaja.
1
2
3
4
5
2.
Kaedah membahagi-bahagikan ayat (Chunking).
1
2
3
4
5
3.
Bahagikan ayat atau juzuk yang hendak dihafaz.
1
2
3
4
5
4.
Kaedah Minda Fotografi (Tumpu dan ingat).
1
2
3
4
5
5.
Kaedah Mengulang Bacaan (Takrir).
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
6.
Apabila mengulang-ulang bacaan berkali-kali memudahkan saya untuk menghafaz.
7.
Kaedah menghafaz sebelum dan selepas bangun tidur.
1
2
3
4
5
8.
Kaedah Tasmi’
1
2
3
4
5
9.
Mendengar bacaan Hafiz Al-Quran.
1
2
3
4
5
10.
Mengulang hafazan bersama orang lain.
1
2
3
4
5
11.
Mengulang bacaan di hadapan guru.
1
2
3
4
5
12.
Selalu membaca ayat yang dihafaz di dalam solat.
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
13.
14.
15.
Saya akan memastikan terlebih dahulu baris, sifat huruf dan hukum tajwid setiap ayat yang hendak dihafaz. Saya akan melancarkan ayat yang hendak dihafaz terlebih dahulu sebelum mula menghafaz. Saya menghafaz dan mengulang bacaan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Maahad.
Hasil dapatan daripada temubual terhadap beberapa orang pelajar dapat dibuktikan bahawa teknik bagi menghafaz terbaik dan adalah dengan adanya bimbingan yang berterusan daripada tenaga pengajar. Guru atau tenaga pengajar memainkan peranan utama dalam memberikan bimbingan dan membantu meningkatkan motivasi setiap pelajar. Di samping itu menggunakan teknik chunking dan teknik pengulangan adalah sangat membantu mereka dalam menghafaz ayat al-Quran dengan lebih mudah dan cepat. Manakala masa yang sangat sesuai adalah pada waktu subuh dan malam. Walaubagaimanpun teknik yang yang paling penting adalah dengan membaca dahulu ayat alQuran barulah seseorang pelajar itu akan mudah mudah untuk mengingati dan menghafaz ayat tersebut. Page 15 of 21
HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
Kamaria Binti Saburahim 810108125732001
5.0 CADANGAN APLIKASI KAEDAH/TEKNIK HAFAZAN DALAM BILIK DARJAH Antara cadangan bagi aktiviti pengajaran dan pembejalaran hafazan yang boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah ialah: 5.1 Penerangan dan huraian Guru perlu menjelaskan panduan menghafaz al-Quran. Guru menerangkan teknik menghafaz al-Quran dengan betul. Guru menghuraikan kaedah pengajaran dan pembelajaran hafazan Guru menjelaskan aspek penting yang perlu diberikan penekanan dalam kemahiran hafazan.
5.2 Bacaan / Tilawah Guru membaca ayat al-Quran dengan kuat. Pelajar mengikut bacaan guru secara kuat juga. Pelajar membaca perlahan secara individu dan membacanya beberapa kali secara berulang sehingga lancar dan fasih
5.3 Mendengar bacaan ayat daripada pita rakaman Pelajar mendengar bacaan ayat daripada pita rakaman. Pelajar mengikut bacaan ayat daripada pita rakaman sehingga tamat secara berulang kali. Pelajar di minta melihat carta ayat. Pelajar membaca ayat secara beramai-ramai dengan bacaan yang kuat. Pelajar membaca secara berkumpulan dengan bacaan kuat. Pelajar membaca secara individu secara senyap.
5.4 Melihat Mashaf Uthmani Pelajar membaca secara senyap individu dengan melihat mushaf. Mereka membaca secara berulang-ulang sehingga senyap. Pelajar membaca berpandukan teks ayat merujuk atau melihat mushaf bagi memastikan hafazan yang tepat.
5.5 Hafazan Pelajar menghafaz secara individi Pelajar mentasmiqkan hafazan di hadapan guru.
Page 16 of 21
HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
Kamaria Binti Saburahim 810108125732001
6.0 KESIMPULAN Sebagai seorang pendidik adalah menjadi tanggungjawab kita dalam memilih kaedah dan teknik yang bersesuai bagi setiap pengajaran yang akan diaplikasi di dalam bilik darjah. Tidak mengira apa jua cara yang yang digunakan matlamatnya hanyalah bertujuan untuk mencapai objektif dan hasil pembelajaran yang paling optimum. Walau bagaimanapun kegagalan seseorang guru itu memilih kaedah atau teknik yang bersesuaian akan menjadi faktor yang menyebabkan anak murid gagal menguasai pengajaran yang disampaikan oleh guru. Oleh itu guru perlu menggunakan kebijaksanaan dan kepakaran yang ada dalam merancang dan melaksanakan pengajaran yang berkesan mengikut aras, pengetahuan mahupun latar belakang murid yang berada di dalam bilik darjah. Begitu juga halnya di dalam pengajaran bacaan dan hafazan al-Quran tidak kira di bilik darjah mahupun di pusat pembelaran al-Quran seperti maahad tahfiz, sekolah pondok dan sebagainya pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai adalah merupakan tunjang utama dalam menjadikan suasana pembelajaran yang dapat mencapai aras pencapaian yang optimum. Bukan itu sahaja pemilihan kaedah dan teknik yang baik dan pelbagai sudah pasti dapat menarik minat murid untuk mempelajari bacaan dan hafazan al-Quran. Oleh sebab itu jelas di sini bahawa sebagai guru Pendidikan Islam, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memainkan peranan utama dalam membimbing generasi muda iaitu anak didik kita di sekolah agar minat dan suka mempelajari al-Quran. Bukan hanya suka dan minat membaca dan menghafaz tetapi mendalami pengajaran seterusnya mencintai al-Quran seiring dengan kepesatan dan perkembangan teknologi masa kini.
Page 17 of 21
HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
Kamaria Binti Saburahim 810108125732001
RUJUKAN 1)
Noor Lizza Mohamed Said, Zamro Muda (2012). Modul HBIS 1203 : Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran. Kuala Lumpur : Open University Malaysia.
2)
Dr. Ismail Abas, dll (2011). Modul HBIS 1103 : Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Open University Malaysia.
3)
Ghazali Darusalam (2004). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors.
4)
Sistem Pembelajaran & Kaedah Hafazan Al-Quran Yang Efektif : Satu Kajian Di Kuala Lumpur Dan Terengganu. Dimuat Turun Pada 20 Jun 2012 Daripada http://www.tutor.com
5)
Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Tilawah Al-Quran. Dimuat Turun Pada 20 Jun 2012 Daripada http://ummahmud.blogspot.com
Page 18 of 21
HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
Kamaria Binti Saburahim 810108125732001
LAMPIRAN
Maahad Tahfiz Ashabissyahid, Tawau Sabah. Pandangan hadapan maahad tahfiz yang menempatkan masjid, asrama, ruang akademik, dewan makan dan bilik pentadbiran.
Pejabat pentadbiran dan pengurusan
Page 19 of 21
Ruang pembelajaran merangkap Dewan Makan
HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
Kamaria Binti Saburahim 810108125732001
Temubual bersama wakil maahad
Gambar dan sijil penderma
Carta organisasi pentadbiran dan pengurusan Maahad Tahfiz Ashabisyahhid, Bombalai Tawau
Page 20 of 21
HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1
Kamaria Binti Saburahim 810108125732001
Papan tanda menunjukkan Pusat Tahfiz AlQuran Wassunnah
Suasana dan sesi pembelajaran yang berlansung di Pusat Tahfiz Al-Quran Wassunnah
Page 21 of 21
HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1