FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER 5 / MEI 2012
HBMS 1203
PENGAJARAN MUZIK 1
NAMA
:
NURAZILA BT SALLEH @ SALIM
NO. MATRIKULASI
:
801029105202
NO. KAD PENGNEALAN
:
801029105202001
NO. TELEFON
:
0133425733
E-MEL
:
[email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN
:
OUM PETALING JAYA
0
Bil
Kandungan
Muka surat
1.
Pengenalan
2
2.
Pemilihan Lagu
3
Lima Sebab Pemilihan Lagu
4
3.
Kaedah Pengajaran
5-6
4.
Konsep Muzik
5.
Rancangan Pengajaran Harian
7-9
6.
Skor lagu dan corak irama permainan alat perkusi
10
7.
(Program Encore) Kord pada papan
11
8.
Kesimpulan
12
9.
9.0 Rujukan
13
7
1
PENGENALAN Nyanyian dan permainan alat perkusi merupakan dua komponen penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik sekolah rendah. Oleh yang demikian, pengajaran yang baik dan berkesan memerlukan pendidik ataupun guru muzik yang benar-benar menguasai dan memahami bidang tersebut supaya proses pengajaran dan pembelajaran muzik menjadi lebih bermakna. Ini adalah kerana nyanyian dan permainan alat perkusi merupakan sesuatu yang menyeronokkan bagi kanak-kanak. Walaubagaimanapun, tidak memadai hanya untuk keseronokan. Secara umumnya, kedua-dua komponen ini memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan dan pengeluaran suara. Permainan alat perkusi adalah aktiviti yang menarik dan amat sesuai untuk murid sekolah rendah. Kanak-kanak pada usia ini dapat merasa konsep muzik melalui pengalaman bermain muzik. Permainan alat perkusi adalah mudah dan praktikal untuk mengiringi nyanyian hanya dengan memainkan corak irama yang dipelajari. Di samping itu, permainan alat perkusi juga membantu membina koordinasi gerakan anggota badan murid. Dalam permainan alat perkusi murid berpeluang meneroka kreativiti mereka. Seterusnya permainan alat perkusi secara ensembel memupuk semangat kerjasama dan toleransi, disiplin, dan rasa tanggung jawab. Oleh yang demikian, guru hendaklah memastikan semua murid berpeluang memainkan alat perkusi. Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut teknik yang betul agar menghasilkan bunyi yang estetik. Murid diasuh untuk mengamalkan teknik yang betul mengikut teknik yang standard agar murid dapat membina biasaan yang baik dari awal lagi untuk memainkan sesuatu alat perkusi. (Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia.(2003). Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik KBSR. Pusat Perkembangan Kurikulum.) Melalui aktiviti nyanyian dan permainan alat perkusi ini juga guru dapat menilai dan menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak. Ini kerana aktiviti ini dapat memberi peluang kepada kanak-kakak untuk menyampaikan perasaan, karya, meluahkan emosi, dan kebolehan. Di samping itu, aktiviti nyanyian dan permainan alat perkusi juga dapat membantu memberikan kepuasan dan ketenangan emosi kepada kanak-kanak terutamanya apabila mereka diberikan kebebasan berkarya secara kreatif dan berimaginasi tanpa gangguan. Dengan cara ini, mereka
2
dapat meluahkan perasaan gembira yang ditunjukkan melalui ekspresi muka semasa aktiviti nyanyian ini dijalankan.
PILIHAN LAGU KANAK-KANAK Berdasarkan kepada tugasan HBMS1203 ( Pengajaran Muzik 1 ) saya telah memilih lagu kanakkanak yang sepanjang 16 renj bertajuk ‘Ciptaan Tuhan’ . Ciptaan Tuhan Ayuh kawanku, Kita ke taman , Melihat bunga , Indah berseri, Ikan di kolam, Menari-nari, Sungguh indahnya, Ciptaan Tuhan.
3
LIMA SEBAB LAGU SESUAI DIGUNAKAN DALAM KELAS NYANYIAN Pemilihan lagu yang baik bergantung kepada aspek-aspek usia, minat dan keupayaan murid. Terdapat beberapa garis panduan yang perlu di ikuti semasa pemilihan lagu untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik. 1. Lagu sesuai dengan renj suara dan lirik yang mudah Bagi suara nyanyian, pic terendah dan pic tertinggi adalah dikenali sebagai renj suara. Pemilihan lagu ‘Ciptaan Tuhan’ untuk tugasan ini dilihat bersesuaian dengan renj suara kanak-kanak iaitu dalam lingkungan not D dan A hingga not C tengah. Dengan lirik yang mudah serta ringkas lagu ini dapat membolehkan murid menyanyi dengan mudah dan dapat meghafal liriknya dengan cepat. Selain itu bait-bait liriknya yang
mudah mampu
memberikan peluang kepada murid-murid tahap satu menyanyikan lagu ini dengan betul. 2. Nada yang tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah. Kesesuaian nada dalam penyampaian nyanyian adalah sangat penting kerana sekiranya lagu yang dipilih mempunyai nada yang terlalu rendah ataupun terlalu tinggi ia akan menyukarkan murid untuk mengawal lontaran suara sekaligus akan menyebabkan sesebuah lagu itu sumbang. Oleh itu, nada lagu pilihan ini amat sesuai sekali untuk murid tahun 1. 3. Irama yang mudah dan susunan melodi yang menarik. Jika dilihat dari segi irama, lagu ‘Ciptaan Tuhan’ ini menggunakan corak irama rentak inang yang melodinya yang menarik dan harmoni serta mudah untuk dihafal oleh murid. 4. Berkaitan dengan sesuatu perayaan ataupun peristiwa. Selain daripada menyanyi untuk keseronokan murid juga didedahkan dengan keadaan sekeliling melalui senikata lagu di mana secara tidak langsung murid belajar tentang sesuatu yang berlaku di persekitaran mereka. 5. Mud lagu yang riang dan pelbagai. Melalui lagu ini juga, murid dapat mengekspresikan mud dan membuat gerakan bebas atau berpandu untuk menunjukkan mud riang dan bersemangat. . Dengan menggunakan lagu ini 4
sebagai lagu dalam kelas nyanyian akan memudahkan guru melakukan pelbagai aktiviti sampingan ketika mengajar dan tidak hanya akan menumpukan pada nyanyian sahaja. Guru boleh mengadaptasi lagu ini dengan melakukan gerakan sambil menyanyi. Selain itu guru boleh melakukan aktiviti bermain alat perkusi ketika menyanyi. Ini akan memberikan keseronokkan pada murid.
KAEDAH PENGAJARAN Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar lagu. Kaedah kaedah yang dimaksudkan adalah bagi pembelajaran secara hafalan (rote learning). Melalui kaedah ini, murid mempelajari sesebuah lagu secara mengajuk. Daya penguasaan lagu bergantung kepada daya ingatan aural (aural memory) murid. Kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengajar lagu adalah:
a) Kaedah keseluruhan lagu b) Kaedah baris demi baris c) Kaedah solfege dengan isyarat tangan Curwen d) Kaedah menggunakan carta bola ping pong e) Kaedah solfa f) Kaedah sebahagian-sebahagian (parth method or chime in method) g) Kaedah melakar bertema
Berdasarkan kepada kaedah-kaedah mengajar lagu di atas, saya telah memilih kaedah yang pertama iaitu Kaedah Keseluruhan Lagu. Pemilihan kaedah ini dibuat kerana teknik ini adalah teknik yang berkesan dan sesuai untuk mengajar lagu pendek.
5
Langkah-langkah Mengajar Lagu ‘Ciptaan Tuhan’
a) Memperdengar lagu secara keseluruhan dengan muziknya. - Sebagai langkah pertama, saya akan memperdengarkan lagu ‘Ciptaan Tuhan’ kepada murid secara keseluruhan dengan muziknya berulang-ulang sebanyak tiga hingga empat kali supaya murid dapat mengingati corak irama dan melodi lagu tersebut.
b) Guru menyanyikan lagu secara keseluruhan dengan iringan dan tanpa iringan muzik. - Saya akan menggunakan kemahiran vokal untuk menyanyikan lagu ‘Ciptaan Tuhan’ dengan iringan dan tanpa iringan muzik. Dalam masa yang sama murid akan memerhati notasi lagu dan mendengar dengan teliti lagu yang dinyanyikan.
c) Membimbing murid menyebut lirik lagu secara keseluruhannya. - Murid akan dibimbing membaca dan menyebut lirik lagu dengan sebutan yang betul secara keseluruhan.
d) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming (atau sebutan vokal a,e,i,o,u) berulang-ulang. - Murid akan meng’humming’kan keseluruhan lagu secara berulang-ulang.
e) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik. - Akhir sekali, dengan iringan muzik murid menyanyikan keseluruhan lagu ‘Ciptaan Tuhan’
6
2 KONSEP MUZIK DAN RANCANGAN MENGAJAR Berdasarkan kepada 7 konsep asas pengajaran muzik, saya telah memilih untuk mengaplikasikan 2 konsep dalam pengajaran lagu ‘Ciptaan Tuhan’ iaitu irama dan ekspresi.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran
: Pendidikan Muzik
Kelas
: Satu Adil
Masa
: 8.45 pagi – 9.15 pagi
Bilangan murid
: 25 orang
Fokus
: Sebutan lirik - pergerakan mengikut lirik
Standand Kandungan
: Pengalaman Muzikal 1. Menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau berkumpulan. 2. Membuat pergerakan mengikut muzik.
Standard Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
1. Menyanyi dengan sebutan huruf vokal a,e,i,o,u yang betul. 2. Membuat pergerakan berdasarkan lirik dan mud muzik. - lagu aksi ( action song) : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid boleh: 1. Menyanyi lagu mengikut sebutan yang betul sambil melakukan gerakan.
Pengetahuan Sedia ada
: 1. Murid pernah menyanyi melodi lagu dengan melakukan pergerakan
Bahan Bantu Mengajar
: CD 1 Ciptaan Tuhan (vokal) Ciptaan Tuhan ( instrumental) Laptop, LCD Projector
Penyerapan Nilai
: Kerjasama, berkeyakinan 7
Masa/
Isi Kandungan
Langkah
Set Induksi
Memperkenalkan
(5 minit)
lagu
Aktiviti
Strategi
Pengajaran & Pembelajaran
P&P/ABM/Nilai
1. Guru menayangkan slaid powerpoint lirik lagu ‘ Ciptaan Tuhan’
1. Murid memerhati lirik lagu yang dipamerkan
2. Guru memainkan rakaman lagu ini secara keseluruhan.
sambil mendengar lagu yang dimainkan
BBM : Laptop, LCD Langkah 1
Menyanyikan
1. Guru memainkan notasi lagu baris
( 5 Minit)
lagu secara
demi baris melalui slaid
memerhati dan
‘humming’
powerpoint yang ditayangkan.
mendengar
2. Murid mendengar dengan teliti. 3. Guru membimbing murid
1. Murid-murid
dengan teliti. 2. Murid-murid
menyanyikan lagu dengan
meng’humming’
hummingkan ‘la’ mengikut notasi
kan lagu ini
lagu yang dimainkan.
dengan bimbingan guru.
Nilai : Berdikari, teliti, sabar. Langkah 2
Menyebut lirik
( 10 minit )
lagu “ Ciptaan Tuhan ” dengan jelas mengikut irama
1. Guru menyebut lirik mengikut irama lagu
1. Murid mendengar
2. Guru menayangkan slaid
kemudian
powerpoint baris lagu.
menyebut
3. Guru membimbing murid
8
lagu
lirik
mengikut
lagu.
membaca dan menyanyikan baris
Menyanyikan lagu
demi baris lagu yang dipaparkan.
baris demi baris
4. Guru memilih beberapa orang
irama lagu. 2. Murid-murid memerhati dan
murid menyanyikan baris lagu
mendengar
tersebut dan diulangi dengan
dengan teliti.
baris-baris berikutnya. 5. Guru membimbing murid menyanyi keseluruhan lagu. 6. Murid menyanyikan keseluruhan lagu.
3. Murid-murid ‘menyanyikan’ lagu ini. 4. Murid menyanyi sambil menepuk tangan.
Nilai : Berdikari, Langkah 3
Menyanyi sambil
1. Guru meminta murid melakukan
( 5 minit )
melakukan
gerakan bebas berpandukan lirik
gerakan
lagu dan mud riang 2. Guru menunjukkan gerakan
guru.
melakukan gerakan
kan lirik dengan lagu
gerakan yang
Contoh: gerakan ikan menari riang
4. Murid menyanyikan lagu sambil
( 5 minit )
2. Murid memerhati
dilakukan oleh
gerakan yang dilakukan oleh guru.
Mengimprovisasi
gerakan bebas.
sebenar berpandukan lirik lagu.
3. Murid meniru dan melakukan
Penutup
1. Murid melakukan
1. Guru menggunakan lagu “ Nenek Si Bongkok Tiga” 2. Guru mengimprovisasikan lagu dengan pergerakan yang sesuai
3. Murid menyanyi sambil melakukan gerakan.
1. Murid mendengar lagu. 2. Murid melakukan pergerakan yang sesuai dengan lirik lagu.
9
ANALISIS SKOR LAGU DAN CORAK IRAMA PERMAINAN ALAT PERKUSI ( PROGRAM ENCORE)
CORAK IRAMA TIGA ALAT PERKUSI TANPA PIC
10
KEDUDUKAN KORD-KORD LAGU CIPTAAN TUHAN PADA PAPAN KIBOD Kord Dm
Kord Gm
KordA7
Kord D
11
KESIMPULAN Guru merupakan individu yang bertanggungjawab memainkan peranan yang amat penting untuk mencapai objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai kaedah pengajaran perlu dilakukan agar murid tidak mudah berasa bosan dalam P&P. kaedah- kaedah pengajaran dapat membantu dan melatih guru membuat perancangan dan rancangan pengajaran muzik ( nyanyian) berperingkat-peringkat dan menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan secara menyeluruh. Kepelbagaian kaedah mengajar , pendekatan dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang menepati gaya pembelajaran murid yang berbeza akan menghasilkan pembelajaran yang efektif, menarik dan bermakna. Selain itu, guru juga harus pandai memilih, menambah, menukar dan mengubahsuai kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap keperluan dan keupayaan murid-murid di dalam bilik darjah.
12
RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Menengah Rendah (semakan). Kuala Lumpur: PPK. C.H Lee (2004). Pendidikan Muzik KBSR Tahun 4. Rhythm Distributor Sdn. Bhd Kheng L.P, (1994). A Book Of Musical Terms & Musical Instruments Malaysia: Rhythm Distributor Sdn. Bhd Loh, P.K.(1991). A handbook of music theory.Kuala Lumpur: Penerbit Muzikal. Kementerian Pendidikan Malaysia.(2003). Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik KBSR. Pusat Perkembangan Kurikulum. .
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1991). Buku Panduan Guru. Pergerakan Kreatif Pusat
Perkembangan Kurikulum.
13