FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
MEI 2012 (SMP ambilan MAC 2011)
HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
NO. MATRIKULASI
:
820131145706001
NO. KAD PENGNEALAN :
820131145706
NO. TELEFON
:
017-6878794
E-MEL
:
[email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN :
PUSAT PEMBELAJARAN BATU PAHAT
KANDUNGAN
Muka Surat
1.0
PENGENALAN
1.1
KAEDAH PENGAJARAN
1–2
1.2
INSTITUSI TAHFIZ
3 -10
2.0
KAEDAH ATAU TEKNIK HAFAZAN AL-QURAN
2.1
MADRASAH NASIHUN AMIN
11 - 13
2.2
MADRASAH AN NUUR
14 - 17
3.0
PENILAIAN TERHADAP KAEDAH DAN TEKNIK
4.0
CADANGAN APLIKASI HAFAZAN DALAM
5.0
18
BILIK DARJAH
19
KESIMPULAN
20
LAMPIRAN
21 - 22
RUJUKAN / REFERENSI
23 - 24
1.0
PENGENALAN 1.1
KAEDAH PENGAJARAN
Sebelum melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran guru perlu menitikberatkan mengenai kaedah pengajaran. Kaedah ialah prosedur atau kaifiyat yang perlu disusun secara teratur, kemas dan lebih bersistematik.
Setiap langkah atau peringkat-peringkat perlu
disusun dan terdapat kesinambungan yang mesti dilakukan bagi memperolehi objektif yang berkesan dan dinamik. Selain itu memudahkan pengajaran dijalankan di dalam kelas dan menghasilkan tingkah laku yang positif berdasarkan kaedah yang sesuai digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara umunya , kaedah dapat memenuhi keperluan murid sekaligus dapat menggambarkan dengan jelas dalam fikiran bahawa setiap tuntutan atau langkah pengajaran dan pembelajaran lebih tersusun rapi. Oleh itu, guru perlu merancang dengan baik tentang satu-satu kaedah yang hendak digunakan bagi satu pengajaran (Ahmad Mohd. Salleh , 1997). Walaubagaimanapun pemilihan kaedah ini bergantung kepada sesuatu tajuk atau topik yang akan diajar oleh guru. Pemilihan kaedah ini perlu bersesuaian dan akan menjurus kepada penerokaan yang menarik, menyeronokkan dan berkesan kepada muridmurid. Terdapat beberapa jenis kaedah pengajaran iaitu Kaedah penyelesaian masalah iaitu kaedah penyiasatan yang saintifik dan terdapat lima langkah iaitu mengenal masalah, mengenal maklumat, membuat hipotesis, uji hipotesis, menilai dan membuat rumusan. Manakala kaedah Sokratik iaitu melibatkan kemahiran menyoalan atau pertanyaaan. Guru berperanan untuk mengemukakan soalan kepada murid-murid. Kaedah projek pula ialah murid melakukan ujikaji atau aktiviti dalam situasi sebenar untuk mendapatkan hasil. Bagi kaedah dapatan atau penyelidikan adalah melalui pemerhatian, percubaan dan ujian. Secara khususnya di dalam matapelajaran Pendidikan Islam terdapat pembahagian-pembahagian kaedah bagi memantapkan pengajaran. Terdapat beberapa kaedah iaitu kaedah soal jawab, bercerita, lakonan, bacaan, perbincangan, syarahan, tunjuk cara, simulasi dan hafazan. Semua kaedah ini dilaksanakan mengikut tajuk atau bidang yang sesuai. Bagi pengajaran dan pembelajaran Tilawah Al-Quran terdapat dua kaedah iaitu bacaan dan hafazan. Ibnu Khaldun membahaskan kaedah-kaedah pengajaran mengikut peringkat-peringkat pengajaran matapelajaran. Beliau menjelaskan bahawa bagi setiap matapelajaran itu ada kaedahnya sendiri. Pada peringkat rendah, murid perlu mempelajari matapelajaran Al-Quran terlebih dahulu bagi memperolehi berkat, menghidupkan hati dan jiwa dalam keimanan dan cahaya 1
ilahi. Bagi mengajar Al-Quran kaedah pengajaran yang sesuai ialah Qira’ah (bacaan), Hafz (hafazan), Kitabah (tulisan) dan Imlai (menyalin) Hafazan hendaklah disertakan dengan kefahaman. Tanpa pemahaman maka tidak lengkaplah kerana ia adalah satu penyelewengan (Ghazali Darusalam, 2001). 1.2. INSTITUSI TAHFIZ Dewasa ini masyarakat telah memandang fungsi dan martabat umat Islam terrhadap institusi tahfiz. Timbulnya minat terhadap Al-Quran semakin baik dan terbukti dengan pembukaan sekolah-sekolah pondok dan maahad tahfiz yang tergolong didalam institusi tahfiz atau madrasah tahfiz yang terdapat di serata negeri di Malaysia. Ia dipelopori oleh individu, perseorangan, agensi atau negeri. Guru-guru yang berpengalaman dilantik untuk mengajar di institusi berkenaan. Ada individu yang merupakan bekas pelajar tahfiz membuka madrasah tahfiz mengikut kemampuan dan pengalaman mereka untuk memantapkan institusi tahfiz. Kajian dan analisa telah dilaksanakan pada 25hb Mei 2012 di dua buah institusi tahfiz yang terletak di daerah Muar, Johor Darul Takzim. Institusi pertama ialah Madrasah Nasihun Amin yang beralamat di PRD 120, Parit Raja,Jalan Dato’ Haji Kosai, Mukim Parit Bakar, Muar, Johor. Pengetua atau mudir ialah Ustaz Mohd. Isa bin Abdul Latif. Seramai 6 orang tenaga pengajar di sini. Matlamat di madrasah ini ialah melahirkan generasi yang bertakwa, soleh dan solehah. Madrasah ini ingin melahirkan insan kamil, berbakti kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara tercinta. Selain itu melahirkan generasi contoh dan tauladan kepada masyarakat. Ia ditubuhkan sejak tahun 2000. Seramai 80 orang pelajar lelaki dan 60 orang pelajar perempuan belajar disini. Madrasah ini ditubuhkan dengan wakaf dari penduduk kampong, dana daripada luar dan pengetua sendiri. Tenaga pengajar adalah dari kalangan guru-guru yang berpengalaman didalam bidang Tilawah Al-Quran. Motto madrasah ini ialah Iman, Islam, Ehsan. Sistem pembelajaran adalah tradisional dengan menggunakan sistem pondok. Ia juga termasuk akademik dan fardhu ain. Bagi yuran dan pendaftaran dibahagikan kepada tiga iaitu sepenuh masa, separuh masa dan masa tertentu. Bagi sepenuh masa asrama, makan (pagi, tengahari dan malam), elektrik, air dan belajar percuma berjumlah RM 215.00 sebulan. Separuh masa seperti semasa cuti persekolahn pula yuran dikenakan bayaran sebanyak RM80.00 sebulan dan bagi masa tertentu seperti petang sahaja dari jam 2.45 petang hingga 5.00 petang dikenakan bayaran RM15.00 iaitu untuk mempelajari fardhu ain dan membaca Al-Quran. Antara subjek atau matapelajaran yang terdapat di sekolah ini ialah tafsir, hadis, tauhid, feqah, tasauf, nahu, tajwid dank hat. Selain itu peperiksaan awam turut dijalankan seperti biasa. Setelah lulus pelajar boleh meneruskan pengajian 2
ke peringkat diploma tahfiz di institusi tahfiz di seluruh negara. Selain itu terdapat aktiviti bagi semua pelajar di institusi ini iaitu terbahagi ke dua aktiviti. Aktiviti berkala seperti menerima jemputan mengkhatamkan 30 juz Al-Quran di rumah yang berhajat, memasuki perujian menghafaz Al-Quran peringkat negeri Johor pada setiap tahun dan mengadakan kursus kefahaman Islam semasa cuti sekolah. Manakala aktiviti tahunan pula ialah sambutan Maal Hijrah, Maulidur Rasul, Israk Mikraj, Nuzul Al-Quran, Ceramah Agama Jabatan Agama Negeri Johor dan ceramah Agama dari penceramah bebas. Disini dilampirkan gambar-gambar yang diambil semasa membuat kajian di Madrasah Nasihun Amin.
MADRASAH NASIHUN AMIN
Logo Madrasah Nasihun Amin
3
Bangunan Baru Madrasah Nasihun Amin
Dewan Makan Pelajar Madrasah Nasihun Amin
4
Suarau Madrasah Nasihun Amin
Ustazah Sumaiyah ialah wakil pengetua
5
Sesi Temubual bersama Ustazah Sumaiyah
Sijil pelajar yang menyertai bahagian dalam menghafaz Al-Quran peringkat kebangsaan.
6
Institusi kedua yang telah dijadikan kajian dan analisa ialah Madrasah An-Nuur yang terletak di alamat Pos 21 KL 100 KM 11, Jalan Kesang Laut, Muar, Johor Darul Takzim. Sejarah dan lokasi madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur adalah lahir daripada keprihatinan masyarakat Islam di Kampung Kesang Laut terhadap kepentingan pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah. Ia telah dibina dan dicetuskan oleh keluarga Tuan Haji Hamid bin Haji Samad. Permulaannya dengan 10 orang pelajar lelaki dan seorang guru tapi kini madrasah ini telah melebihi kepada 200 orang dari kalangan pelajar lelaki dan perempuan serta 18 orang guru yang berkelulusan dan berpengalaman. Madrasah ini telah beroperasi selama 10 tahun dan telah melahirkan 70 orang hafiz dan hafizah yang telah menghafaz 30 Juz Al-Quran dan ada yang telah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di dalam mahupun di luar negara.
Pada tahun 2000, YAB Menteri Besar Johor telah
meluluskan bantuan bernilai RM20,000 bagi tujuan melengkapkan keperluan asas asrama untuk madrasah ini. Lokasi awal Madrasah An-Nuur ini adalah di Surau An-Nuur 10km daripada bandar Muar iaitu di Kesang Laut. Di atas keprihatinan keluarga Tuan Haji Hamid bin Haji Samad, beliau telah menawarkan sebahagian rumah mereka untk dijadikan asrama. Pada tahun 2005, madrasah ini telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Johor. Manakala pada tahun 2007 madrasah ini membuka tempat pengajian baru di Tanjung Gading untuk pelajar tahfiz perempuan. Selain itu madrasah ini membuka cawangan di Kemboja, membuka kelas alim atau kitab aliran pondok untuk pelajar lelaki. Madrasah ini menerima bangunan baru di Parit Ponorogo hasil bantuan dari kerajaan Negeri Johor. Pada tahun 2011, madrasah ini bertapak di lima kawasan berlainan iaitu di Kesang laut, Parit Ponorogo, Tanjung Gading, Parit Bunga yang kesemuanya terletaka didalam daerah Ledang dan satu cawangan di Kemboja. Madrasah Tahfiz An-Nuur menerima bantuan baru yang bernilai RM1.2 juta. Madrasah ini mempunyai objektif tersendiri iaitu memartabatkan syiar Islam melalui Al-Quran bergerak iaitu insan yang hafaz Al-Quran dan beramal dengannya serta melahirkan para graduan dikalangan huffaz Al-Quran yang mengusai hafazan dan berdaya saing menurut kehendak semasa. Antara VISI dan MISI madrasah ini ialah melahirkan generasi yang menghayati hakikat solat yang kusyuk dan tawaduk, ketinggian ilmu dan zikrullah, cintakan persaudaraan, ikram muslimin, menghayati sifat ikhlas di dalam setiap niat dan perbuatan. Misi madrasah pula ialah melahirkan generasi Huffaz( menghafaz Al-Quran dan pemelihara agama Islam) dan para pendakwah kebenaran yang mempunyai ciri-ciri muslim dan memiliki akhlak yang tinggi di dalam mencapai kesempurnaan ilmu, iman, amal, dakwah dan istiqamah. Bagi Motto madrasah 7
ialah ‘sesiapa yang berusaha pasti dapat’ menjadi perangsang untuk melahirkan insan kamil mithali. ‘Menuntut ilmu adalah fardhu ke atas setiap orang beriman’ diletakkan dalam logo madrasah tahfiz An-Nuur sebagai pemang kin semangat para pelajar dan semua pihak yang terbabit dengan pengajian ilmu agama Allah S.W.T.
Pengetua atau mudir ialah Ustaz Hj. Noor Effendi bin Hj.
Hamid Al-Hafiz. Tenaga pengajar adalah dari kalangan mereka yang berpengalaman dan dari kalangan bekas-bekas pelajar tahfiz di seluruh negara dan luar negara. Madrasah ini mempunyai system peperiksaan tersendiri iaitu secara bertulis ( tahriri), lisan (syafawi) dan praktikal (amali). Syarat kemasukan kelas tahfiz ini ialah pelajar yang pernah mengkhatamkan bacaan Al-Quran 30 Juz dengan sempurna, bersedia menamatkan hafazan 30 Juz di madrasah ini dan memiliki kemampuan minimum untuk menghafaz bagi setiap juzu’ dalam tempoh tidak melebihi 40 hari. Selain itu terdapat juga kemasukan syahadah tahfizul Quran merupakan sijil tertinggi hanya untuk pelajar yang lulus hafazan Al-Quran.
Di dalam peperiksaan ini calon dikehendaki
memperdengarkan hafazan kepada Jemaah Tasmi’ dengan kesalahan yang sangat minimum. Sukatan pelajaran aliran tahfiz adalah Hafazan, Terjemahan Al-Quran, Tauhid, Tajwid, Surur Shihabuddin Hassan An-Nadawi Al-Hafiz, Fiqh, Bahasa Arab dan Jawi. Bagi pengajian aliran tahfiz ini 80% adalah kelas yang berkaitan dengan Al-Quran iaitu hafazan, tajwid dan terjemahan dan 20% adalah kelas fardhu ‘ain, Bahasa Arab, Tauhid dan Ibadat Amali. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun dan rutin bagi madrasah ini ialah Rehlah Tahunan, Hari Terbuka, aktiviti sukan, Qiamullail, Kem Tahfiz Cuti Sekolah dan sambutan-sambutan kebesaran Islam.
8
Bangunan Madrasah An Nuur
Asrama Madrasah An Nuur
9
Bangunan Madrasah An Nuur yang baru
Logo Madrasah An Nuur
10
2.0
KAEDAH ATAU TEKNIK HAFAZAN AL-QURAN
2.1 MADRASAH NASIHUN AMIN Di institusi tahfiz nasihun amin ini lebih kepada menghafaz Al-Quran secara tradisional dengan proses hafazan dilakukan menggunakan kaedah pengukuhan hafazan iaitu Tahfiz, pemantapan tajwid secara talaqqi dalam setiap hafazan, secara tartil dan talaqqi. Tahap satu bagi hafazan dikhususkan kepada murid yang telah mahir membaca Al-Quran tanpa bantuan guru. Kaedah talaqqi bersama guru, kaedah hafazan selepas solat Maghrib dan solat Isyak, kaedah Tasmi’ iaitu dengar hafazan bersama guru, kaedah Murajahah iaitu ulang hafazan yang telah dihafaz bersama guru. Selain itu madrasah ini mempunyai beberapa teknik tradisional yang diamalkan sejak pembukaan madrasah tahfiz ini iaitu teknik menghafaz sebelum tidur.
Teknik ini digunakan
sebelum tidur dengan membaca dan menghafaz beberapa potong ayat sebelum tidur.
Pelajar
dikehendaki mendengar bacaan ayat-ayat melalui kaset yang diperdengarkan dan membayangkan ayat tersebut di minda. Pelajar perlu teliti dan mendengar dari awal surah, juz atau hizib atau mengikut kesesuian ayat-ayat yang telah dihafaz. Pelajar perlu membayangkannya di minda untuk mempermudahkan mengingat kembali. Pelajar madrasah ini juga melaksanakan teknik mengulang iaitu menghafaz sekurang-kurangnya lima kali potongan atau sebahagian ayat tersebut. Membaca ayat-ayat tersebut berulang kali iaitu 10 atau lebih sebelum berpindah ke ayat seterusnya. Selepas menghafaz setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian kedua. Selepas pelajar menghafaz satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya dan terakhir sekali sebelum menghafaz bahagian Al-Quran seterusnya harus diulang bahagian yang sebelumnya. Selain dua teknik yang dilaksanakan, terdapat juga beberapa teknik iaitu teknik menghafaz dengan rakan.
Teknik ini merupakan teknik dimana memilih
seorang teman yang sama minat. Saling mendengar bacaan rakan iaitu rakan pertama membaca dengan disemak oleh orang kedua manakala rakan kedua membaca dengan disemak orang pertama. Ia saling menebuk ayat antara satu sama lain. Akhir sekali ialah teknik menulis adalah teknik menulis kembali muka surat yang dihafaz kemudian semak semula dengan mushaf seterusnya menulis setiap ayat pertama awal muka surat atau setiap rubu’ , setiap juz atau setiap surah dalam sehelai kertas. Bagi melengkapkan proses ini pelajar perlu Tasmi’ dengan seorang guru yang boleh memperbetulkan bacaan jika salah. Antara kekuatan kaedah atau teknik di madrasah ini ialah secara Tikrar atau ulangan. Menghafaz surah adalah mulai dari surah yang pendek iaitu Surah An-Nas 11
hingga ke Surah Al-Baqarah kerana mudah untuk mengingat. Semasa sebelum kehadiran guru, murid menghafaz secara bersendirian dan ulang-ulang bersama rakan. Semasa bersama guru, setiap pelajar dikehendaki memperdengarkan bacaan hafazan melalui guru secara berhadapan bagi memperelokkan bacaan pelajar dan guru boleh memperbetulkan bacaan supaya tiada kesalahan. Merujuk kepada jadual 2.1.1 iaitu jadual waktu belajar di bawah ini dapat disimpulkan bahawa pelajar madrasah ini mempunyai masa yang padat mulai dari awal pagi hingga ke malam. Aktiviti harian setiap pelajar dilakukan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran madrasah.
Antara kelemahan ialah kadar masa seorang guru dengan beberapa orang pelajar.
Maksudnya guru hanya dapat tasmi’ bacaan hanya dua atau tiga orang jika setiap kelas mempunyai lebih 10 orang murid. Kumpulan pelajar yang ramai dapat menghafaz dengan guru hanya seketika kerana masa itu terhad. Maka guru hanya dapat memantau dalam waktu yang singkat. Jika pelajar sedikit dalam sesuatu kumpulan maka dapat menghafaz lama. Oleh itu banyak penekanan kepada teknik menghafaz bersama kawan. (Rujuk Lampiran)
12
Jadual 2.1.1 Waktu Belajar Harian dan Mingguan Madrasah Nasihun Amin Hari /Masa
SABTU
AHAD
ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
5.00 pg
Bangun pagi
Bangun pagi
Bangun pagi
Bangun pagi
Bangun pagi
Bangun pagi
Bangun pagi
5.30 pg
Tarhim Subuh
Tarhim Subuh
Tarhim Subuh
Tarhim Subuh
Tarhim Subuh
Tarhim Subuh
Tarhim Subuh
5.45 pg
Azan, Solat Sunat Subuh, Solat Fardhu, Wirid Berjemaah lepas solat dan doa Kuliyah Subuh Tassawuf (Kitab Penawar bagi Hati) Sarapan Pagi
Azan, Solat Sunat Subuh, Solat Fardhu, Wirid Berjemaah lepas solat dan doa Kuliyah Subuh Fiqh (Kitab Hyatus Sibyan)
Azan, Solat Sunat Subuh, Solat Fardhu, Wirid Berjemaah lepas solat dan doa
Azan, Solat Sunat Subuh, Solat Fardhu, Wirid Berjemaah lepas solat dan doa
Azan, Solat Sunat Subuh, Solat Fardhu, Wirid Berjemaah lepas solat dan doa
Azan, Solat Sunat Subuh, Solat Fardhu, Wirid Berjemaah lepas solat dan doa
Azan, Solat Sunat Subuh, Solat Fardhu, Wirid Berjemaah lepas solat dan doa
Sarapan pagi
Sarapan pagi
Sarapan pagi
Sarapan pagi
Sarapan pagi
Sarapan pagi
Waktu Belajar Hafazan 7.30 – 10.30 pg
Waktu Belajar Hafazan 7.30 – 10.30 pg
Waktu Belajar Hafazan 7.30 – 10.30 pg
Waktu Belajar Kitab Pondok Nahu & Saraf 7.30 – 11.00 pg
-sda-
-sda-
-sda-
6.30 pg
7.30 pg
8.00 pg
Gotong Royong bersih asrama *Bilik air & tandas *Kawasan keliling Mandi & basuh pakaian Persediaan solat :selawat azan
Gotong Royong bersih asrama *Bilik air & tandas *Kawasan keliling Mandi & basuh pakaian Persediaan solat :selawat azan
Solat sunat, solat zohor, wirid,doa, solat sunat Makan tengahari Ulangkaji hafazan Ulangkaji Hafazan Riadah Persediaan Solat Maghrib
Solat sunat, solat zohor, wirid,doa, solat sunat Makan tengahari Ulangkaji hafazan Ulangkaji Hafazan Riadah Persediaan Solat Maghrib
7.45 mlm
Menghafaz Al-Quran
8.30 mlm
9.30 mlm
12.00 tgh
1.00 tgh
1.45 tgh 2.15 ptg 4.00 ptg 5.00 ptg 6.00 ptg 6.40 ptg
-sda-
Waktu Belajar Kitab Pondok 11.00 – 11.40
Tafsir Juzu’ Amma 11.40 – 12.30
Waktu Hafazan
Belajar
7.30 – 10.30 pg
-sda-
Waktu Belajar Kitab Pondok 11.00 – 11.40
Tafsir Juzu’ Amma 11.40 – 12.30
Waktu Belajar Kitab Pondok 11.00 – 11.40
Waktu Belajar Kitab Pondok 11.00 – 11.40
12.30 Persediaan Solat Jumaat di Masjid Parit Raja
Tafsir Juzu’ Amma 11.40 – 12.30
Tafsir Juzu’ Amma 11.40 – 12.30
2.00 makan tengahari
Menghafaz Al-Quran
SMRA 2.30-1.00 SMA Persediaan diri &Solat Maghrib Menghafaz Al-Quran
SMRA 2.30-1.00 SMA Persediaan diri & Solat Maghrib Menghafaz Al-Quran
SMRA 2.30-1.00 SMA Persediaan diri & Solat Maghrib Menghafaz Al-Quran
SMRA 2.30-1.00 SMA Persediaan diri & Solat Maghrib Menghafaz Al-Quran
Menghafaz Al-Quran Riadah Persediaan Solat Maghrib Menghafaz Al-Quran
Persediaan Solat Isyak
Persediaan Solat Isyak
Persediaan Solat Isyak
Persediaan Solat Isyak
Persediaan Solat Isyak
Persediaan Solat Isyak
Persediaan Solat Isyak
Menghafaz Al-Quran
Menghafaz Al-Quran
Menghafaz Al-Quran
Menghafaz Al-Quran
Menghafaz Al-Quran
Menghafaz Al-Qura
Menghafaz Al-Quran
13
2.2
MADRASAH AN NUUR
Kaedah dan teknik yang terdapat di Madrasah An Nuur amat banyak dan menitik beratkan cara tradisional dan moden. Ia terbahagi kepada lima tahap iaitu Tahap Satu menggunakan sistem Iqra’(Celik Al-Quran) untuk pelajar yang belum boleh membaca Al-Quran atau yang telah membaca Al-Quran tetepai masih tahap yang memuaskan sahaja iaitu dari segi sebutan huruf dan panjang pendek harkat. Tahap kedua pula membaca Al-Quran hingga Khatam 30 juzu’ (Nazirah) untuk pelajar yang menamatkan tahap iaitu sebelum masuk madrasah atau semasa di madrasah dan seterusnya bagi pelajar yang telah khatam Al-Quran sebelum belajar di madrasah tetapi tahap masih memuaskan. Pra Tahfiz Al-Quran iaitu berada di tahap ketiga dimana pelajar menghafaz surah-surah penting seperti As-Sajadah, Al-Mulk, Yasin, Al-Waqi’ah, Al-Dukhan, Ar-Rahman dan sebagainya. Tahap keempat pula adalah menghafaz dan memahami 30 juzu’ Al-Quran (Tahfiz Al-Quran) seterusnya untuk pelajar yang khatam bacaan Al-Quran dan telah mahir serta lancar membaca AlQuran. Tahap Lima adalah Syahadah Tahfiz iaitu mampu membaca Al-Quran 30 juzu’ dalam tempoh tidak melebihi 3 hari dengan cara hafazan tanpa melihat Al-Quran dan bacaan itu tidak melebihi 15 kesalahan. Tahap ini adalah paling tinggi dalam tahfiz Al-Quran sebelum menamatkan pengajian selanjutnya didalam ilmu qiraat, tarannum dan tafsir. Madrasah Tahfiz An Nuur ini mempunyai beberapa teknik menghafaz Al-Quran. Diantaranya ialah Teknik “Chunking” iaitu memisahkan sepotong ayat yang panjang kepada bahagian yang sesuai mengikut arahan guru. Selain itu pisahkan muka surat kepada beberapa bahagian yang sesuai, pisahkan surah kepada bahagian mengikut pertukaran cerita, asingkan juz’ kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu’ dan cerita dan memisahkan kelompok surah pada setiap 10 juzu’ Al-Quran. Teknik Tumpu dan Ingat digunakan dengan menumpukan perhatian kepada ayat,mukasurat dan lembaran iaitu pelajar perlu memejamkan mata dan melihat pada minda. Ulangi sehingga dapat dan jika masih kabur kembali melihat kepada mushaf.
Selain daripada itu Teknik Mendengar Kaset ialah
mendengar bacaan Qari yang terbaik , mengamati cara, lagu, tempat berhenti bacaan Qari itu sehingga ingat dan meniru gaya bacaan tersebut serta sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Quran dan tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan menganggu penghafazan. Teknik “Pointers” dan “Keyword” pula pelajar dikehendaki membuat beberapa kotak dan setiap kotak merupakan satu mukasurat.
Beberapa perkataan yang menjadi keyword dicatat mengikut mukasurat tersebut. 14
Pelajar hendaklah merenung dan membayangkan kotak trersebut dalam ingatan.
Teknik
“MindMaping” pula adalah menulis ayat pertama rubu’ tersebut bagi tiap Juz, membuat lapan cabang satu rubu’. Bagi tiap surah hendaklah bagi setiap pertukaran cerita. Bagi setiap 10 juz pelajar membuat cabang pada setiap juz dan cabang yang lebih kecil bagi rubu’. Selain itu terdapat Teknik Rakam Suara, Teknik Menulis, Teknik Menghafaz Sebelum Tidur, Teknik Mengulang, dan Teknik Menghafaz Dengan Seorang Teman. Di madrasah ini begitu banyak kekuatannya iaitu para pelajar mengamalkan panduan-panduan sebelum menghafaz iaitu mempunyai azam dan minat menghafaz. Pelajar perlu memilih masa dan tempat yang sesuai. Pelajar diingatkan supaya tenang, fikiran dikosongkan, memilih semua jenis mushaf, berselawat, beristighfar, berdoa, membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum menghafaz. Para pelajar ditekankan dengan kekuatan yang amat baik tetapi ia terdapat juga kelemahannya. Dari sudut masa, madrasah ini mempunyai masa yang agak terhad dan memerlukan tunjuk ajar daripada guru. Oleh kerana masa itu padat, maka guru sukar untuk menyemak bacaan pelajar melainkan menyemak mengikut kesesuaian masa dengan jumlah murid yang sedikit.
Guru boleh menumpukan perhatian terhadap setiap orang pelajar.
(Rujuk lampiran). Dibawah ini disertakan jadual 2.1.2 iaitu jadual waktu belajar Madrasah An Nuur.
15
Jadual 2.1.2 Waktu Belajar Madrasah An Nuur Hari /Masa
SABTU
AHAD
ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
4.30 pg
Bangun tidur dan tahajjud
Bangun tidur dan tahajjud
Bangun tidur dan tahajjud
Bangun tidur dan tahajjud
Bangun tidur dan tahajjud
Bangun tidur dan tahajjud
Bangun tidur dan tahajjud
5.15 pg
Kelas Tasmi’ sabak (hafazan baru) Solat Subuh dan kelas Tasmi’ sabak lama (pemantapan hafazan) Solat Sunat Isyrak dan zikir pagi
Kelas Tasmi’ sabak (hafazan baru) Solat Subuh dan kelas Tasmi’ sabak lama (pemantapan hafazan) Solat Sunat Isyrak dan zikir pagi
Kelas Tasmi’ sabak (hafazan baru) Solat Subuh dan kelas Tasmi’ sabak lama (pemantapan hafazan) Solat Sunat Isyrak dan zikir pagi
Kelas Tasmi’ sabak (hafazan baru) Solat Subuh dan kelas Tasmi’ sabak lama (pemantapan hafazan) Solat Sunat Isyrak dan zikir pagi
Kelas Tasmi’ sabak (hafazan baru) Solat Subuh dan kelas Tasmi’ sabak lama (pemantapan hafazan) Solat Sunat Isyrak dan zikir pagi
Kelas Tasmi’ sabak (hafazan baru) Solat Subuh dan kelas Tasmi’ sabak lama (pemantapan hafazan) Solat Sunat Isyrak dan zikir pagi
Kelas Tasmi’ sabak (hafazan baru) Solat Subuh dan kelas Tasmi’ sabak lama (pemantapan hafazan) Solat Sunat Isyrak dan zikir pagi
8.00 pg
Khidmat Kebersihan kelas dan sarapan pagi
Khidmat Kebersihan kelas dan sarapan pagi
Khidmat Kebersihan kelas dan sarapan pagi
Khidmat Kebersihan kelas dan sarapan pagi
Khidmat Kebersihan kelas dan sarapan pagi
Khidmat Kebersihan kelas dan sarapan pagi
Khidmat Kebersihan kelas dan sarapan pagi
9.00 pg
Kelas Sabki (ulangan hafazan terkini)
Kelas Sabki (ulangan hafazan terkini)
Kelas Sabki (ulangan hafazan terkini)
Kelas Sabki (ulangan Hafazan terkini)
Kelas Sabki (ulangan hafazan terkini)
Kelas Sabki (ulangan hafazan terkini)
Kelas Sabki (ulangan hafazan terkini)
11.30 pg
Solat Sunat Dhuha & tidur qailulah
Solat Sunat Dhuha & tidur qailulah
Solat Sunat Dhuha & tidur qailulah
Solat Sunat Dhuha & tidur qailulah
Solat Sunat Dhuha & tidur qailulah
Solat Sunat Dhuha & tidur qailulah
Solat Sunat Dhuha & tidur qailulah
1.00 tgh
Persiapan diri & solat fardhu Zohor Bacaan hadis dari kitab Fadail ‘ Amal dan Muntkhab Makan Kelas Manzil Kelas Tajwid
Persiapan diri & solat fardhu Zohor Bacaan hadis dari kitab Fadail ‘ Amal dan Muntkhab Makan Kelas Manzil Kelas Tajwid
Persiapan diri & solat fardhu Zohor Bacaan hadis dari kitab Fadail ‘ Amal dan Muntkhab Makan Kelas Manzil Kelas Tajwid
Persiapan diri & solat fardhu Zohor Bacaan hadis dari kitab Fadail ‘ Amal dan Muntkhab Makan Kelas Manzil Kelas Tajwid
Persiapan diri & solat fardhu Zohor Bacaan hadis dari kitab Fadail ‘ Amal dan Muntkhab Makan Kelas Manzil Kelas Tajwid
Persiapan diri & solat fardhu Zohor Bacaan hadis dari kitab Fadail ‘ Amal dan Muntkhab Makan Kelas Manzil Kelas Tajwid
Persiapan diri & solat fardhu Zohor Bacaan hadis dari kitab Fadail ‘ Amal dan Muntkhab Makan Kelas Manzil Kelas Tajwid
4.00 ptg 4.45 ptg
Kelas FATI Solat fardhu Asar dan zikir
Kelas FATI Solat fardhu Asar dan zikir
Kelas FATI Solat fardhu Asar dan zikir
Kelas FATI Solat fardhu Asar dan zikir
Kelas FATI Solat fardhu Asar dan zikir
Kelas FATI Solat fardhu Asar dan zikir
Kelas FATI Solat fardhu Asar dan zikir
5.15 ptg
Khidmat kebersihan asrama dan riadah Kebersihan diri dan makan malam Solat fardhu Maghrib dan kelas hafazan Sabak
Khidmat kebersihan asrama dan riadah Kebersihan diri dan makan malam Solat fardhu Maghrib dan kelas hafazan Sabak
Khidmat kebersihan asrama dan riadah Kebersihan diri dan makan malam Solat fardhu Maghrib dan kelas hafazan Sabak
Khidmat kebersihan asrama dan riadah Kebersihan diri dan makan malam Solat fardhu Maghrib dan kelas hafazan Sabak
Khidmat kebersihan asrama dan riadah Kebersihan diri dan makan malam Solat fardhu Maghrib dan kelas hafazan Sabak
Khidmat kebersihan asrama dan riadah Kebersihan diri dan makan malam Solat fardhu Maghrib dan kelas hafazan Sabak
Khidmat kebersihan asrama dan riadah Kebersihan diri dan makan malam Solat fardhu Maghrib dan kelas hafazan Sabak
6.00 pg
7.30 pg
1.45 tgh
2.15 ptg 2.45 ptg 3.45 ptg
6.15 ptg
7.30 mlm
16
Hari /Masa
SABTU
AHAD
ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
8.45 mlm
Solat fardhu Isyak
Solat fardhu Isyak
Solat fardhu Isyak
Solat fardhu Isyak
Solat fardhu Isyak
Solat fardhu Isyak
Solat fardhu Isyak
9.15 mlm
Muzakarah iman dan amal
Muzakarah iman dan amal
Muzakarah iman dan amal
Muzakarah iman dan amal
Muzakarah iman dan amal
Muzakarah iman dan amal
Muzakarah iman dan amal
10.30 mlm
Tidur
Tidur
Tidur
Tidur
Tidur
Tidur
Tidur
17
3.0
PENILAIAN TERHADAP KAEDAH DAN TEKNIK
Tahap kecekapan pelajar dengan kaedah dan teknik yang sesuai dapat dilihat melalui penelitian dan pemerhatian semasa kajian dan analisa. Ia berkaitan dengan keadaan tempat semasa menghafaz Al-Quran iaitu tempat yang tersorok atau sunyi sepi membolehkan pelajar tahfiz fokus bacaan denga tenang tanpa gangguan. Nisbah bilangan pelajar tahfiz yang sedikit bagi satu-satu masa hafazan dengan nisbah bilangan guru amat sesuai. Ini membolehkan guru menyemak bacaan atau Tasmi’ bacaan dengan betul dan memperbetulkan jika terdapat kesilapan dari segi hafazan. Pelajar yang cergas dan boleh membaca Al-Quran berkebolehan serta cekap menghafaz akan memudahkan pencapaian objektif atau sasaran. Pelajar yang kurang pada suatu masa memberi impak yang baik kerana guru memberi penumpuan yang banyak kepada pelajar yang ada. Maka, objektif tercapai sekaligus hafazan menjadi lancar. Pelajar lebih cekap apabila proses mendengar melalui rakaman dan merakan suara sendiri semasa hafazan agar dapat memperbaiki kelemahan hafazan. Penilaian dapat dilihat dari sesi temuramah dengan beberapa orang pelajar iaitu mengenai pemakanan yang sesuai bagi seseorang pelajar tahfiz.
Pelajar tahfiz perlu kuat dan
memperkukuhkan ingatan dengan mengurangkan makan, solat pada waktu malam, membaca AlQuran, jauhi segala dosa, kesusahan, kesedihan dan menjauhi makanan dan minuman yang tidak halal atau syubhah. Pelajar tahfiz cekap mengekalkan hafazan dengan baik kerana perlu menjauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati. Banyak berdoa terutama mustajab doa seperti ketika berbuka puasa atau selepas azan. Pelajar perlu mengerjakan solat hajat kepada Allah dan solat Taqwiyatul hifz.
Teknik yang dilaksanakan memberikan pelajar lebih berkeyakinan untuk
menghafaz dengan sebaiknya. Hafazan dibaca dari ayat satu hingga akhir sebanyak 20 kali sebelum menambah hafazan baru supaya hafazan kukuh dan mantap dalam ingatan. Semasa tempoh dua tahun pertama akan mudah lupa apa yang telah dihafaz. Tempoh ini dipanggil masa tajmi atau pengumpulan hafazan. Ini merupakan masa percubaan bagi para penghafaz Al-Quran. Pelajar tahifiz mampu menghafaz secara mutqin dalam tempoh waktu setahun.
Mengikut Sayidatina
Aisyah, Rasulullah S.A.W. menghafaz ayat-ayat Al-Quran dan disemak oleh Malaikat Jibril pada tiap-tiap tahun iaitu dalam bulan Ramadhan.
18
4.0
CADANGAN APLIKASI TEKNIK HAFAZAN DALAM BILIK DARJAH
Bagi melancarkan teknik hafazan dalam bilik darjah terdapat beberapa cadangan yang akan dihuraikan mengikut kesesuaian. Didalam matapelajaran Pendidikan Islam biasanya aktiviti hafazan dijalankan bagi menghafaz Al-Quran, hadis, isi penting dalam bidang agama seperti tauhid, ibadah, fiqh, sirah dan akhlak. Apabila dikaitkan dengan matapelajaran lain contohnya ialah teknik hafazan dijalankan dengan menghafaz formula matematik, ilmu sains dan fakta sejarah yang perlu diingat. Guru perlu bersedia sebelum mengadakan sesi pengajaran hafazan iaitu perlu menyediakan bahanbahan yang hendak dihafaz seperti ayat Al-Quran. Aktiviti hafazan diulang-ulang beberapa kali sehingga ramai antara murid dapat menyebut ayat-ayat yang diberi tanpa bantuan guru. Guru menilai dengan mendengar sebutan ayat daripada murid. Aktiviti ini dinamakan tasmi’. Bagi meneguhkan ingatan, murid dikehendaki menulis ayat dan mengulanginya dengan membaca ayat-ayat itu pada masa lapang atau sebelum memulakan aktiviti menghafaz ayat-yat lain. Selain itu adalah teknik hafazan dengan menggunakan kaedah Imla’ iaitu tulisan.
Kaedah ini berlaku diantara Malaikat
Jibril dan Rasulullah S.A.W . Rasulullah menuturkan ayat-ayat yang berbentuk rencana kepada sahabat-sahabat beliau. Pada sahabat mendengarnya terus menghafaznya dan pada masa yang sama berikutnya pula ayat-ayat yang diperoleh dicatatkan oleh sahabat-sahabat nabi yang lain. (Ghazali Darusalam, 2001).
Didalam bilik darjah guru memilih atau menyediakan teks yang hendak
direncanakan mengikut objektif. Faedah kaedah Imla’ ini memberikan impak kepada murid kerana dapat menajamkan kemahiran pendengaran, dapat kemahiran menulis, mengukuhkan daya ingatan, dapat melatih murid dalam kefahaman dan mengumpul ayat-ayat Al-Quran, hadis, fakta-fakta penting dalam bidang ilmu tertentu. Selain itu kaedah dirayah dan pemahaman dapat digunakan untuk mengaplikasi teknik hafazan didalam bilik darjah.
Pemikiran yang diperoleh daripada
hafazan, rencana,bacaan dan penulisan disebut pemahaman. Aktiviti pemahaman ini dijalankan terus menerus agar dapat memahami agar mudah untuk menghafaz.
Ahli-ahli pendidik Islam
memandang berat dan menaruh perhatian kepada kefahaman apabila menghafaz sesuatu. Kaedah Tikrar atau ulangan bersesuaian diaplikasikan di dalam bilik darjah dengan menggunakan kaedah ini untuk memberi keterangan kepada perkara-perkara yang belum difahami dan diingati murid. Aktiviti ulangan ini juga digunakan untuk menghafaz Al-Quran dan hadis serta bidang-bidang ilmu yang lain. Hasil daripada aktiviti ulangan biasanya murid dapat menyatakan perkara yang telah berulang-ulang didengari tau disebut Ihdar. Bagi bidang bahasa pula, aktiviti ulangan ini digunakan bagi membetulkan sebutan makhraj, memberi latihan menggunakan struktur nahu bahasa yang betul. 19
5.0
KESIMPULAN
Pada peringkat rendah, murid perlu mempelajari matapelajaran Al-Quran terlebih dahulu bagi memperolehi berkat, menghidupkan hati dan jiwa dalam keimanan dan cahaya ilahi. Bagi mengajar Al-Quran kaedah pengajaran yang sesuai ialah Qira’ah (bacaan), Hafz (hafazan), Kitabah (tulisan) dan Imlai (menyalin) Hafazan hendaklah disertakan dengan kefahaman. Tanpa pemahaman maka tidak lengkaplah kerana ia adalah satu penyelewengan (Ghazali Darusalam, 2001).
Kaedah hafazan atau hafalan adalah ingatan secara langsung.
Kaedah ini dianggap penting bagi pelajar tahfiz. Mengikut analisa yang dibuat ke atas dua buah sekolah tahfiz di Muar ini dapat dirumuskan bahawa kaedah dan teknik yang digunakan banyak persamaan dan kurang perbezaannya. Kaedah ini merupakan amat penting untuk menguatkan dan mengembangkan ingatan. Apa yang dihafaz dapat dikeluarkan semula dengan lengkap dan kaedah yang digunakan kedua-dua buah sekolah ini memerlukan kesungguhan dan ketekunan bagi mengingatkan apa yang telah dihafaz melalui lisan dan bertulis. Diantara kaedah yang mempunyai persamaan ialah kaedah talaqqi musyafahah, kaedah tikrar atau ulangan, kaedah Tasmi’ dan kaedah bacaan. Tetapi kedua-dua buah sekolah tahfiz ini mempunyai strategi dan tekniknya yang tersendiri iaitu seperti Teknik Rakam Suara, Teknik Menulis, Teknik Menghafaz Sebelum Tidur, Teknik Mengulang, dan Teknik Menghafaz Dengan Seorang Teman , Teknik “Chunking”, Teknik Tumpu dan Ingat, Teknik “Mindmaping”, Teknik “Pointer” dan “Keyword” dan Teknik Menulis. Semua teknik ini merupakan matlamat pihak sekolah bagi memantapkan bacaan pelajar dalam menghafaz 30 Juz Al-Quran. Bagi mencapai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran membaca Al-Quran dan penghayatannya ia memerlukan latih tubi , bermusyafahah secara individu dan berkumpulan. Aspek membaca, menghafaz, memahami dan menghayatinya memerlukan aktiviti melihat, mendengar, menyebut, memaham, mengamal dan menghayati. Aspek hafazan dapat dicapai melalui maghafaz sesudah mendengar , menghafaz sesudah melihat dan menghafaz sesudah membaca.
Bagi menjayakan hafazan ini ulama-ulama
memberi beberapa peraturan untuk mengukuhkan ingatan antaranya mengulangi beberapa kali apa yang hendak dihafaz , sebelum dapat menghafaz aktiviti mengulang dan belajar diteruskan. 3508 patah perkataan 20
LAMPIRAN Gambar pelajar tahfiz Madrasah Nasihun Amin
21
LAMPIRAN Gambar pelajar Madrasah tahfiz An Nuur
22
RUJUKAN / REFERENSI
Ahmad Mohd. Salleh. (1997). Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ahmad Mohd. Salleh. (1998). Pendidikan Islam: Dinamika Guru Jilid I. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ahmad Sonhadji Mohamad. (1998). Tafsir Al-Quran:Juz 3(Tafsir Al-Quran di Radio). Kuala Lumpur: Pustaka Al-Mizan. Dr. Gamal Abdul Nasir Zakaria. (2001). Prinsip-prinsip Pendidikan Islam. Pahang : PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Ghazali Darusalam, (2001). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Haji ’Abdul Qadir Leong. (1998). Tajwid Al-Quran:Rasm Uthmani. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Hj. Muhd. Noor bin Haji Ibrahim. (1968). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran. Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.. Kementerian Agama Republik Indonesia. (2010). Syaamil Al-Quran:Miracle The Reference: Bandung: Sygma Publishing. Maulana Abdullah Yusuf Ali. (1992). Al-Quran Nul Karim:Terjemahan dan huraian maksud. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mok Soon Sang. (2008). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi:Murid dan Alam Belajar. Mok Soon Sang. (2008). Pedagogi untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (2008). Pedagogi untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 4. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Prof. Dr. H. Mahmud Yunus. (1969). Tafsir Quran Karim 30 Juz. Kuala Lumpur: JAKIM. Kuala Lumpur: Pts Publications & Distributors. _____________. (1999). Al-Quran Mushaf Malaysia. Shah Alam: Yayasan Restu. Dr. Ismail Abas, Fadzilah Mustapha, Abu Hisham Yusof, Muzni Borhan, Noor Lizza Mohamed Said, Mohamed Zaini Yahya, Mohd Zamro Muda, Prof Madya Mohd Ridzuan Awang. (2011). HBIS1103 : Kaedah pengajaran Pendidiakan Islam. 23
Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Laman Web
Ustaz Md. Abdu bin Sahak, Sejarah Pembukuan Al-Quran , Ahad 28 Oktober 2008, http://dinulislam.saifulbahri.net,
Atas
Talian
pada
18
Jun
2012
_______, ____________, _________________,
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec =Bicara_Agama&pg=ba_02.htm , Atas talian pada 14 Jun 2012
_______, ____________, _________________,
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0413&pub=utusan_malaysia&sec= Bicara_Agama&pg=ba_04.htm&arc=hive, Atas talian pada 14 Jun 2012
_______, ____________, _________________,
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0316&pub=utusan_malaysia&sec= Bicara_Agama&pg=ba_03.htm&arc=hive, Atas talian pada 14 Jun 2012
______, ____________, _________________,
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1022&pub=utusan_malaysia&sec= Bicara_Agama&pg=ba_04.htm&arc=hive, Atas talian pada 14 Jun 2012
24