Garis Panduan Kod Kursus dan Parameter Kursus
GARIS PANDUAN KOD KURSUS DAN PARAMETER KURSUS 1. KOD KURSUS Kod kursus mengandungi 6 aksara di mana 3 aksara pertama ialah abjad dan 3 aksara terakhir adalah nombor, contohnya ABC123, di mana abjad dan nombor boleh berulang-ulang. Abjad dalam kod kursus memberikan maklumat tentang bidang ilmu kursus tersebut contohnya MAT ialah untuk matematik dan BIO ialah untuk biologi; manakala nombor memberikan maklumat tentang tahap dan semester pengajian di mana kursus tersebut ditawarkan. Jadual 1 menyenaraikan pembahagian nombor untuk tahap-tahap pengajian yang ditawarkan di UiTM. Jadual 1 NOMBOR 001-099 100-399 400-699 700-799 900-999
Sistem penomboran Kod Kursus mengikut tahap pengajian TAHAP PENGAJIAN Pra Diploma dan Asasi Diploma Sarjana Muda Sarjana Doktor Falsafah
Jadual 2 memperincikan sistem penomboran kod kursus bagi program Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana, masing-masing. Jadual 2
Sistem Penomboran Kod Kursus Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana
NOMBOR KOD KURSUS DIPLOMA SARJANA MUDA 1 100 hingga 149 400 hingga 449 2 150 hingga 199 450 hingga 499 3 200 hingga 249 500 hingga 549 4 249 hingga 299 549 hingga 599 5, [6]* 300 hingga 349 600 hingga 649 6, [7, 8]* 350 hingga399 650 hingga 699 Nota: *[ ] adalah untuk program 8 semester (4 tahun) SEMESTER
SARJANA 700 hingga 729 730 hingga 769 770 hingga 799 -
Sistem ini membolehkan sesuatu kursus dikenali dengan mudah. Sebagai contoh, kursus CHM676 dapat dikenalpasti dengan serta-merta sebagai kursus dalam bidang kimia yang ditawarkan pada semester 06 program Sarjana Muda.
Hal Ehwal Akademik, Universiti Teknologi MARA, 2013 Tarikh Kemaskini: 23 Julai 2013
1
Garis Panduan Kod Kursus dan Parameter Kursus 2.
PARAMETER KURSUS Parameter kursus ialah ciri-ciri sesuatu kursus yang terdiri dari perkara-perkara berikut: a) b) c) d) e) f) g) h) i) j)
Kod Kursus Nama kursus (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) Unit Kredit Jam Syarahan/ Tutorial/ Makmal/ Studio Ada/Tiada Peperiksaan Akhir Jam Peperiksaan Akhir Jenis Kursus Jenis Markah Kod Setara Kod Sama Periksa
Penerangan ciri parameter kursus adalah seperti Jadual 3 . Jadual 3 1
Kod Kursus
2
Nama Kursus
3
Unit Kredit
4
6
Jam Pertemuan Peperiksaan Akhir Jam Peperiksaan
7
Jenis Kursus
8
Jenis Markah
9
Kod Setara
10
Kod Sama Periksa
5
Penerangan parameter kursus Fakulti Perlu mencadangkan sendiri (3 huruf dan 3 nombor) BHEA akan menyemak dan sekiranya berlaku pertindanan, akan maklumkan kepada Fakulti untuk mencadangkan kod kursus baharu. Perlu dinyatakan dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Unit kredit adalah pemberat yang diterjemahkan berdasarkan SLT – Student Learning Time berdasarkan garispanduan MQA dan OBE. Jam Pertemuan (Syarahan/ Tutorial/ Makmal/ Studio dll.) dalam seminggu. Ada atau tiada peperiksaan akhir. Jika Tiada Peperiksaan Akhir, Jam Peperiksaan adalah '0'. Jika Ada Peperiksaan Akhir, Jam Peperiksaan perlu ditetapkan kepada sama ada 2 atau 3 jam. Setiap kursus perlu dinyatakan Jenis Kursus sama ada Kursus Ilmiah atau Projek Ilmiah atau Latihan Amali atau Latihan Praktik. HANYA kursus berjenis Projek Ilmiah , Latihan Amali dan Latihan Praktik SAHAJA boleh diberi Keputusan Peperiksaan 'TL' iaitu status markah Tidak Lengkap. Setiap kursus perlu dinyatakan Jenis Markah sama ada Markah Bergred atau Lulus/Gagal. Kod kursus lain yang setara dengannya di mana terdapat pertindanan silibus sekurangkurangnya 75%. Jam peperiksaan semua kursus yang disetarakan hendaklah sama, walaupun jam kredit tidak semestinya sama. Semua kursus yang disetarakan mempunyai satu kertas soalan peperiksaan akhir yang sama. Kursus-kursus yang disetarakan di antara satu sama lain tidak semestinya mempunyai nombor pada tahap yang sama, contohnya ABC456 boleh disetarakan dengan ABC556 sekiranya pertindanan kandungan melebihi 75%. Kod kursus lain yang perlu dijadualkan peperiksaan pada hari dan masa yang sama dengannya, walaupun kandungan keseluruhan kursus tidak setara. Kertas soalan peperiksaan akhir adalah berbeza bagi setiap kursus, walaupun mungkin ada beberapa soalan yang sama.
Parameter kursus adalah ibarat cap jari sesuatu kursus dan maklumat tersebut disimpan di dalam sistem pengkalan data UiTM setelah mendapat pengesahan dari Jawatankuasa Akademik Fakulti berkenaan. Hal Ehwal Akademik, Universiti Teknologi MARA, 2013 Tarikh Kemaskini: 23 Julai 2013
2
Garis Panduan Kod Kursus dan Parameter Kursus Paparan Parameter Kursus dalam SIMS (Skrin 0.4) adalah seperti berikut:
Definisi Common Paper/Course: Kursus yang ditawarkan kepada pelajar lebih daripada 1 program sama ada dalam fakulti/kampus yang sama atau berbeza.
Hal Ehwal Akademik, Universiti Teknologi MARA, 2013 Tarikh Kemaskini: 23 Julai 2013
3
Garis Panduan Kod Kursus dan Parameter Kursus Parameter kursus dirujuk dan digunakan dalam pelbagai proses pengurusan akademik seperti contoh-contoh berikut: a) b) c) d) e) f) g)
Pengiraan GPA/CGPA pelajar Penjanaan Jadual Waktu Kuliah Penjanaan Jadual Waktu Peperiksaan Penyediaan kertas soalan peperiksaan Pemarkahan Jumlah jam kredit dalam pelan pengajian sesuatu program Pendaftaran kursus
Memandangkan bahawa semua proses yang menggunakan data parameter kursus adalah prosesproses tunjang akademik, maka sebarang perubahan parameter kursus hendaklah dikaji dengan teliti dan diluluskan oleh Jawatankuasa Akademik Fakulti (JAF) dan seterusnya Majlis Kurikulum Universiti (MKU). 3.
PERUBAHAN KOD KURSUS DAN PARAMETER KURSUS Dalam proses penyemakan kurikulum, fakulti disyorkan agar meminimakan bilangan perubahan kod kursus memandangkan bahawa UiTM sekarang ini mempunyai melebihi 11,000 kod kursus aktif yang terdaftar di dalam SIMS. Nombor ini adalah amat besar dan pengurusannya begitu rumit. Sebarang perubahan kod kursus dan parameter hendaklah berdasarkan sebab yang kukuh dan munasabah. Sila ambil perhatian bahawa sebarang perubahan parameter kursus adalah melibatkan pelan pengajian semua kohort pelajar yang menggunakan kursus berkenaan. Oleh itu, sekiranya perubahan parameter tersebut hanya dimaksudkan untuk pelajar kohort baharu sahaja, adalah dicadangkan bahawa suatu kod kursus baharu diberikan kepada kursus tersebut, walaupun kandungan kursus tidak banyak berubah. Parameter kursus hanya boleh diubah dalam tempoh yang ditetapkan yang berakhir lebih kurang seminggu sebelum bermulanya proses penyerahan kertas soalan peperiksaan kepada Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan. Sebarang permohonan perubahan parameter kursus selepas tarikh yang ditetapkan hanyalah boleh dilaksanakan pada semester hadapan. Sebarang perubahan kod kursus sebaik-baiknya disertai dengan perubahan nama kursus. Tetapi sekiranya nama yang sesuai tidak dapat diberikan kepada kod kursus baharu tersebut, maka fakulti bolehlah menggunakan nama lama. Garis panduan umum perubahan kod kursus adalah seperti yang diperincikan dalam Jadual 4 .
Hal Ehwal Akademik, Universiti Teknologi MARA, 2013 Tarikh Kemaskini: 23 Julai 2013
4
Garis Panduan Kod Kursus dan Parameter Kursus Jadual 4
Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Garis panduan perubahan Kod Kursus
Kriteria / Parameter Kursus yang Berubah Nama Kursus (kecuali perubahan sangat minor e.g. pembetulan ejaan/terjemahan/ bahasa/nahu) Unit Kredit Jam Syarahan/ Tutorial/ Makmal/ Studio Ada/Tiada Peperiksaan Akhir Jam Peperiksaan Akhir Jenis Kursus Jenis Markah Kod Setara Kod Sama Periksa Pemunya Kursus (Course Owner) Kandungan Kedudukan Kursus dalam Kurikulum (Semester / Bahagian ke berapa)
Perubahan Kod Kursus Boleh Ubah, Wajib Tetapi Tidak Ubah Semestinya
Walau bagaimanapun, perubahan kod kursus perlu dilakukan sekiranya unit kredit sesuatu kursus berubah. Perubahan ini penting kerana sekiranya kod kursus tidak diubah dengan berubahnya unit kredit, maka: a) b)
4.
Program di fakulti lain yang menggunakan kod tersebut juga akan mengalami perubahan secara tidak disengajakan walaupun ia tidak disemak bersekali. Pengiraan GPA dan CGPA pelajar-pelajar yang telah memperolehi gred bagi kursus tersebut di seluruh sistem UiTM akan perlu diubah juga. Perkara ini mustahil dilakukan lebih-lebih lagi bagi graduan yang telah tamat pengajian.
PEMBENTUKAN KOD KURSUS BAHARU Sebarang pembentukan silibus baharu sesuatu kursus hendaklah diikuti dengan pemberian kod kursus baharu dan pendaftaran di dalam pengkalan data UiTM melalui skrin SIMS yang disediakan. Kursus tersebut boleh disetarakan dengan kursus sedia ada sekiranya pertindanan kandungan melebihi 75%.
5.
PERANAN JAWATANKUASA AKADEMIK FAKULTI (JAF) Sebarang perubahan, pelupusan atau mengwujudan kod kursus dan/atau parameter kursus hendaklah dibentangkan di Jawatankuasa Akademik Fakulti berkenaan untuk diteliti bagi tujuan kelulusan. Setelah diluluskan di peringkat JAF, ia mestilah dibawa ke Majlis Kurikulum Universiti (MKU) untuk kelulusan. Hal Ehwal Akademik, Universiti Teknologi MARA, 2013 Tarikh Kemaskini: 23 Julai 2013
5