HBIS 4203 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 WAHAINIBI BINTI MUSTAFA ( 700105115988 )
FAKULTI FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER / TAHUN MEI / 2012
KOD KURSUS HBIS 4203
TAJUK KURSUS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 IJARAH
NO. MATRIKULASI
: 700105115988002
NO. KAD PENGNEALAN
: 700105115988
NO. TELEFON
: 0168229602
E-MEL
:
[email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN
: OUM, KOTA KINABALU, SABAH
SEMESTER MEI 2012
-0-
HBIS 4203 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 WAHAINIBI BINTI MUSTAFA ( 700105115988 )
ISI KANDUNGAN
BIL
ISI KANDUNGAN
1.0
1.0 PENDAHULUAN
2.0
2.0 MAKSUD DAN SYARAT SEWA MANFAAT
MUKA SURAT
2 3–8
DAN UPAH BEKERJA
3.0
4.0
3.0
9 – 10
UPAH
4.0 SEBAB TERBATALNYA AKAD TRANSAKSI
10 – 13
SEWA 5.0
5.0 KEPENTINGAN TRANSAKSI SEWA
13 – 14
MENYEWA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN. 6.0
15
6.0 PENUTUP
16
RUJUKAN
-1-
HBIS 4203 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 WAHAINIBI BINTI MUSTAFA ( 700105115988 )
1.0 PENDAHULUAN Allah s.w.t menjadikan umat manusia atas asas saling perlu di antara satu sama lain. Tidak ada seorang pun yang boleh hidup bersendirian tanpa bantuan dari orang lain. Ada orang yang mempunyai sesetengah alat-alat kemudahan sedangkan orang lain tidak memilikinya, ada sesetengah orang yang mempunyai bahan makanan sedangkan sesetengahnya tidak mempunyainya. Ada orang yang mempunyai kemahiran tetapi tidak ada modal, begitulah sebaliknya. Demikianlah sistem kehidupan atau sunnah Allah di dunia ini. Oleh yang demikian Allah s.w.t. telah memberi ilham kepada manusia agar bergaul dan saling bertukar ganti sama ada benda-benda, atau faedah-faedah atau jasa – jasa antara mereka baik dengan cara jual beli, pinjam- meminjam, upahmengupah, sewa-menyewa, gadai-mengadai dan berbagai-bagai cara lagi yang dilakukan dalam kehidupan sehari-hari. Tujuannya semata-mata untuk memperkemaskan dan melicinkan urusan kehidupan supaya dengan jalan itu manusia dapat menghindarkan kesulitan-kesulitan yang timbul dalam kehidupan manusia dari semasa ke semasa. Oleh kerana Allah s.w.t hendak memajukan kehidupan manusia menurut erti kata yang sebenar, maka Allah telah menetapkan beberapa dasar yang dapat dijadikan panduan dan bimbingan oleh umat manusia. Dengan dasar-dasar itu dapatlah manusia mengatur cara hidup mereka menurut lunas-lunas yang baik agar mereka dapat melaksanakan corak hidup kehidupan dan aliran tamadun yang diredhai Allah dan Rasul-Nya. Ketika Nabi Muhammad saw diutuskan ke dunia, memang masyarakat Arab telah menjalankan pelbagai cara kira bicara atau urusan hidup, lalu baginda mengakui sesetengah cara mereka yang baik yang tidak bertentangan dengan lunas-lunas Islam dan sebaliknya membatalkan sesetengah cara mereka itu kerana tidak menepati dengan kehendak-kehendak Allah s.w.t. daripada mengikut lunas-lunas yang murni.
-2-
HBIS 4203 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 WAHAINIBI BINTI MUSTAFA ( 700105115988 )
2.0 MAKSUD DAN SYARAT SEWA MANFAAT DAN UPAH BEKERJA
Manusia adalah makhluk ciptaan Allah s.w.t. yang terbaik dan paling mulia. Tarafnya diangkat sebagai khalifah di muka bumi ini. Tidak ada yang lebih mahal selain nilai-nilai yang ada pada manusia. Semua perubahan dan kemajuan yang berlaku, bermula daripada jiwa dan akal lantas manusia mencari akal untuk membangunkan alam serta berperanan mencorakkan ekonomi supaya lebih maju. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t :
ٌُ اوشاكم مه االءرض َاستعمركم فيٍا فاستغفرَي ثم تُبُا اليً ان ربي . قريب مجيب Maksudnya : ”Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu mamakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya”. ( Surah Hud : ayat 61 )
Oleh sebab itu, untuk menjaga kemaslahatan umum umat Islam, Islam membenarkan Ijarah iaitu sewa menyewa dilakukan. Ijarah atau sewa menyewa ialah satu transaksi yang membolehkan mana-mana individu mendapat faedah atau manfaat daripada barang atau harta tertentu dengan jumlah bayaran yang telah dipersetujui.
2.1 Pengertian sewa Sewa menurut pengertian bahasa ialah penggunaan sesuatu dengan membayar wang. Sewa menurut pengertian istilah syara’ pula ialah akad yang lazim ke atas satusatu manfaat yang tertentu masanya dengan bayaran harga yang maklum. Dalam pengertian lain ialah pertukaran manfaat atau faedah terhadap sesuatu benda atau harta sebagai perkhidmatan dan tukaran dengan nilai. Sewa menurut pengertian istilah yang lebih luas ialah sesuatu penyerahan manfaat dan faedah yang tertentu yang dikehendaki oleh orang lain dan boleh diberikan serta barang tersebut sah disisi syara’ dengan imbuhan dan imbalan pembayaran tertentu pula oleh penyewa. Oleh itu dalam konteks sewa yang
-3-
HBIS 4203 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 WAHAINIBI BINTI MUSTAFA ( 700105115988 )
disyariatkan oleh Islam tersebut, tidak sah menyewa pokok untuk tujuan mendapatkan buah.
2.2
Pembahagian manfaat
1. Manfaat ain, seperti mendiami di dalam rumah, menunggang kenderaan dan sebagainya. 2. Manfaat amal seperti amal, kerja, tukang-tukang rumah, tukang tenun kain, tukang kasut, tukang jahit, tukang dobi dan sebagainya. 3. Manfaat individu tertentu yang mengeluarkan usaha dan tenaga seperti orang gaji, buruh-buruh dan sebagainya.
2.3
Hukum Sewa Sewa menyewa ini dibolehkan oleh syariat Islam selagi ianya tidak
bercanggah dengan syariat Islam dan berlandaskan hujah-hujah daripada Al-Quran, sunah dan ijmak. Contohnya, seseorang yang mempunyai sebidang tanah telah menyewakan tanahnya kepada seseorang untuk bercucuk tanam, manakala penyewa mestilah membayar sewaan tersebut seperti yang telah diakadkan di antara mereka. Sewa adalah harus hukumnya berdasarkan dalil nas al-Quran dan dalil Hadith : Firman ALLAH s.w.t:
فَف ِإ ْنن َفرْن َف ْنعهَف لَف ُك ْنم فَف تُكٌُُك َّنه ُك ُكُ َفرٌُك َّنه Maksudnya : ”Kemudian jika mereka menyusukan ( anak-anak) mu untukmu, maka berikanlah kepada mereka upah ”. ( Surah at- Talaq : ayat 6 ) Sunah Nabi Muhammad saw seperti sabda baginda :
. ًعطوا اال ير ا ري قبل ان يجف عرق Maksudnya : ” Berilah olehmu orang yang kamu sewa perkhidmatannya, ganjarannya sebelum peluhnya kering ”. Mengikut ijmak ulama pula, keharusan sewaan disebabkan keperluan manusia terhadap sesuatu benda atau harta. Oleh sebab akad jual beli terhadap barang itu dibolehkan, wajiblah dibenarkan juga akad sewaan terhadap manfaat-manfaat sesuatu barang.
-4-
HBIS 4203 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 WAHAINIBI BINTI MUSTAFA ( 700105115988 )
2.4
Syarat – syarat sah sewaan
1. Keredaan kedua-dua pihak yang berakad sewaan. 2. Hendaklah perkara yang diakadkan itu sesuatu perkara yang diketahui dalam bentuk yang boleh menghalang perbalahan. Sama ada tentang tempoh sewaan, tempat manfaat itu akan diperoleh dan sifat-sifat harta yang disewa dan cara pembayaran sewa tersebut. 3. Hendaklah perkara yang hendak disewa itu boleh diperoleh manfaatnya dari sudut syarak dan sudut realiti. 4. Manfaat yang diakad itu merupakan suatu perkara yang diharuskan ( ) المباحdari sudut syarak. 5. Perkhidmatan yang hendak disewa itu tidak menjadi satu tanggungjawab fardu atau wajib seseorang yang disewa perkhidmatannya sebelum akad sewa menyewa itu dibuat. 6. Orang yang disewa tenaganya itu tidak boleh mengambil manfaat daripada amal atau perkhidmatan yang disewakannya itu. 7. Manfaat yang disewa itu sesuatu yang menjadi maksud sewaan serta biasa diperoleh manfaatnya menerusi akad sewaan.
2.5 Rukun Sewaan
Sewa yang dijalankan mestilah mempunyai rukun tertentu iaitu :1. Mu’ajir -
مؤجر
2. Musta’jir -
4. Ujrah -
مستا ر
ماجو ر
3. Ma’jur -
orang yang memberi manfaat atau orang yang memberi sewa. orang yang membayar sewa atau penyewa.
suatu barang yang disewa / Manfaat.
اجرةbayaran yang dibayar oleh musta’jir.
5. Sighah -
ص يغة
iaitu lafaz ijab dan qabul
Bila sahaja aqad ijarah dilakukan dengan sah, maka sabitlah bagi musta’jir memiliki manfaat yang disewa dan sabitlah bagi orang yang memberi sewa – ma’jur memiliki ujrah iaitu bayaran yang dibayar oleh musta’jir.
-5-
HBIS 4203 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 WAHAINIBI BINTI MUSTAFA ( 700105115988 )
2.6
Syarat pemberi sewa dan penyewa
Apa yang dimaksudkan dengan tuan punya atau pemberi sewa ialah orang yang memiliki manfaat dan manfaatnya diserahkan kepada penyewa dengan kadar bayaran tertentu pula. Syarat pemberi sewa dan penyewa ialah : 1. Cukup umur 2. Waras 3. Pilihan sendiri 4. Ahli tasarruf 5. Islam dan bukan Islam
2.7
Bayaran sewa
Apa yang dimaksudkan dengan sewa pula ialah harga atau nilai dan bayaran yang dikenakan kepada penyewa kerana mengambil manfaat daripada barangan pemilik sewa yang diserahkan kepada penyewa.
2.8
Bayaran sewa juga mempunyai syarat tertentu iaitu :
1. Hendaklah bersih dari segi syara’ 2. Hendaklah boleh di manfaatkan. 3. Boleh diserahkan pada bila-bila masa 4. Milik sendiri, iaitu boleh diserahkan bayaran sewa itu sama ada menyerahkannya sendiri atau mewakilkan kepada orang lain. 5. Bayaran itu hendaklah diketahui dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
2.8
Manfaat
Manfaat tersebut juga mestilah memenuhi syarat tertentu iaitu : 1. Barang yang hendak di sewa itu hendaklah bernilai di segi syara’ dan adat seimbang dengan bayaran yang dikenakan seperti menyewa rumah untuk tinggal, kenderaan dan sebagainya. Tidak harus menyewa alat yang melalaikan seperti gitar dan piano kerana manfaatnya adalah haram.
-6-
HBIS 4203 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 WAHAINIBI BINTI MUSTAFA ( 700105115988 )
2. Barang itu boleh diserahkan oleh orang yang hendak menyewa pada bila-bila masa. Sebagai contohnya tidak harus menyewa barang yang telah dirampas atau kenderaan yang rosak. 3. Tidak harus sewa dengan tujuan untuk mendapatkan ’ain barangan itu dan bukan manfaatnya. Contohnya tidak harus menyewa binatang kerana hendakkan bulunya atau susunya atau anak dalam kandungan ibu binatang itu.
4. Tidak boleh menyewa untuk kepentingan orang yang memberi sewa agar melakukan sesuatu ibadat diniatkan kepadanya seperti mengadakan ibadat puasa atau sembahyang dan niatnya hendaklah ditujukan kepada orang yang memberi sewa. Ini adalah kerana ibadat itu wajib dilakukan sendiri oleh seseorang mukallaf bukan dengan mengupah orang lain melakukannya.
5. Barang yang hendak disewa itu hendaklah diketahui jenis, kadar serta sifatnya.
2.9 Ijab dan Qabul
Apa yang dimaksudkan dengan ijab dan qabul ialah kedua- dua pihak saling reda meredai. Syarat Ijab dan Qabul ialah : 1. Ijab diikuti dengan qabul dan tidak diselangi perkataan lain 2. Ijab dan Qabul di dengar oleh orang yang hampir. 3. Sama Ijab dan qabul maksud dan maknanya. 4. Tidak ada ta’lik atau sebarang syarat 5. Ijab tidak berubah sebelum ada qabul
2.10
Jenis sewa
Terbahagi kepada 2 :1. Sewaan yang ditentukan Maksud sewaan yang ditentukan ialah seperti benda atau barang yang ada dihadapan sewaktu akad. Sewa jenis ini pembayarannya boleh disegerakan atau sebaliknya menurut apa yang dijanjikan antara kedua belah pihak waktu akad. Pada umumnya sewaan jenis inilah yang biasanya dilakukan dalam masyarakat dan -7-
HBIS 4203 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 WAHAINIBI BINTI MUSTAFA ( 700105115988 )
penyewa menerima barang untuk dimanfaatkan sewaktu akad. Seperti sewa rumah, kereta dan sebagainya. Jenis ini boleh dinamakan dengan kontrak sewa bagi penggunaan barangan dan ia terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :i. Sewa harta tak alih seperti sewa bangunan dan tanah. ii. Sewa barangan dagangan seperti sewa pakaian dan alat perkakas. iii. Sewa binatang tunggangan.
2. Sewaan secara tangguh Sewa secara tangguh ialah sesuatu yang belum ada di hadapan sewaktu akad. Sewa seperti ini diisyaratkan tunai pembayarannya di majlis akad. Ijarah ini lebih menjurus ke arah perkhidmatan, iaitu kerja yang menggunakan tenaga dan kepakaran seperti pembantu rumah, mengajar dan sebagainya yang melibatkan upah mengupah. Kategori ini dinamakan dengan kontrak upah dimana orang yang mengambil upah ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu :i. Pengambilan upah khas ( al-Ajir al-Khas ) iaitu orang yang bekerja hanya kepada pihak tertentu atau majikannya sahaja. ii. Pengambil upah bersekutu ( al-Ajir al-Musytarak ) iaitu orang yang mengambil upah tidak khusus kepada seseorang majikan sahaja.
2.11
Menyerah balik barang yang disewa
Hukumnya adalah wajib orang yang menyewa satu-satu barang supaya ia menyerah balik barang sewaannya kepada mu’ajir iaitu orang yang memberi sewa. Kalaulah barang sewaan itu harta tetap seperti bangunan, maka serahlah bangunan itu setelah dikosongkan barang-barang di dalam rumah itu kepada mu’ajir. Kalaulah tanah pertanian serahlah tanah itu kepada tuannya sesudah dikosongkan dan dibersihkan dari tanamannya, kecuali kalau terdapat sebarang keuzuran. Tanah itu kekal dalam tangan orang yang menyewa sehingga ia tuai atau pungut hasil tanamannya dan dikenakan bayaran sewa dengan harga yang sepatutnya (
-8-
اجر المثل
)
HBIS 4203 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 WAHAINIBI BINTI MUSTAFA ( 700105115988 )
3.0
UPAH
Adalah menjadi suatu lumrah hidup manusia bahawa kita bekerja untuk mencari rezeki. Rezeki yang diperolehi biasanya dalam bentuk makanan, barangan atau dalam zaman ini lebih berbentuk wang atau upah (gaji). Upah adalah hak pekerja atau buruh yang diterima dan dinyatakan dalam bentuk wang sebagai imbalan dari majikan atau pemberi kerja kepada pekerja atau buruh yang ditetapkan dan dibayarkan menurut suatu perjanjian kerja, kesepakatan atau peraturan undangundang termasuk tunjangan bagi pekerja atau buruh dan keluarganya atas sesuatu pekerjaan atau jasa telah atau akan dilakukan.
3.1
Definisi Upah adalah perjanjian antara pihak yang mengambil upah dan pihak yang
mengupah, pihak yang mengambil upah melaksanakan sesuatu khidmat dan pihak yang mengupah membayar upah mengikut kadar yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
3.2
Hukum Kegiatan ini dibenarkan oleh syariat Islamiah berdasarkan hujah Al-Quran dan
Sunah serta akal. Dalil al-Quran dan Sunah adalah seperti berikut. Firman Allah s.w.t :
. اءبً حمل بعير َاوابً زعيم
فالُ اوفقد صُاع الملك َلمه
Maksudnya : “ Orang-orang menteri menjawab: “ Kami kehilangan cupak raja. Dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi ( benda-benda makanan ) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjmin pemberian itu ”. ( Surah Yusuf : ayat 72 )
Sabda Nabi Muhammad saw dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abi Said Al-Khudri, bahawa sekumpulan sahabat-sahabat Nabi Muhammad saw telah mendatangi satu perkampungan Arab, tetapi penghuni kampung tersebut tidak melayani mereka sebagai tetamu. Kemudian secara kebetulan, penghuni kampung tersebut telah disengat oleh binatang bisa lalu mereka datang menemui sahabat ( selepas mereka kehabisan ikhtiar untuk menyembuhkannya) untuk meminta pertolongan mengubati ketua mereka. Para sahabat telah menggunakan kesempatan -9-
HBIS 4203 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 WAHAINIBI BINTI MUSTAFA ( 700105115988 )
ini untuk memperoleh upah daripada penduduk kampung itu jika mereka dapat menyembuhkan penghulu tersebut. Lalu mereka dijanjikan dengan bayaran sekumpulan kambing. Seorang daripada para sahabat kemudiannya telah menjampikan penghulu tersebut dengan cara membaca surah Al-Fatihah dan kemudian menghembushembuskannya kepada tubuh si sakit, lalu penghulu tersebut sembuh. Maka mereka pun dibayar dengan uoahaa terdahulu. Upah itu diambil sesudah direstui oleh nabi Muhammad saw dengan sabdanya : ”Tidakkah kamu mengetahui itulah jampi, ambillah upah tersebut dan peruntukkan sedikit daripadanya untuk saya.” Dari sudut akal pula, kegiatan upah amat diperlukan oleh sebahagian manusia seperti upah mendapatkan perkhidmatan golongan yang mempunyai kemahiran, kebolehan tertentu yang tidak mampu dilakukan sendiri oleh pihak mengupah.
3.3.
Syarat – syarat upah
1. Pihak yang berakad mestilah terdiri daripada mereka yang memiliki keahlian atau kekuasaan melangsungkan akad upah ini. 2. Bayaran upah itu mestilah terdiri daripada harta yang diketahui. 3. Manfaat yang hendak diperoleh menerusi kegiatan pengupahan itu diketahui oleh hakikat serta harus permanfaatan dengannya dari sudut syarak bukan seperti pengupahan mensihir seseorang manusia atau kegiatan-kegiatan maksiat yang membawa kepada permusuhan dan perseteruan.
4.0
SEBAB TERBATALNYA AKAD TRANSAKSI SEWA
* Pendapat Imam Syafie.
Kegiatan ekonomi adalah merupakan komponen penting dalam sistem hidup Islam. Mrlaksanakan peraturan dan hukum- hakam ekonomi Islam adalah sama tarafnya dengan amalan-amalan lain yang terdapat dalam Islam. Bahkan dikira sebagai ibadah, kerana ia di beri pahala jika dilakukaan mengikut rukun dan syarat serta diniat dengan ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t. Sepatutnya apa jua yang
- 10 -
HBIS 4203 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 WAHAINIBI BINTI MUSTAFA ( 700105115988 )
dilakukan oleh manusia merupakan pengabdian diri kepada Allah s.w.t, jelas berdasarkan firman Allah :
. َما خلقت الجه َاالءوس اال ليعبدَن Maksudnya: “ Dan ( ingatlah ) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. ( Surah al-Dzariyyat : ayat 56 )
Transaksi sewa menyewa memang diharuskan dalam Islam, walaupun begitu transaksi ini boleh terbatal dengan sebab – sebab yang berikut ;-
1. Ijarah menjadi batal atau terpasakh dengan sebab rosak atau binasa semua sekali benda yang disewakan itu. Umpamanya rumah yang disewakan telah runtuh sama sekali, haiwan tertentu yang disewakan telah mati, maka terbatallah ijarah yang telah dibuat itu.
2. Kontrak sewa telah tamat tempohnya atau upah yang dipersetujui. Jumhur fuqaha menyatakan akad terbentuk daripada lafaz tawaran, penerimaan, pemberi tawaran, penerima dan subjek tawaran itu sendiri. Ini bermakna sesuatu kontrak mesti menepati rukun-rukun yang terdapat di dalam rukun-rukun kontrak. Contohnya seseorang itu telah menyewa sebidang tanah untuk selama tempoh satu tahun. Bila sudah cukup tempoh satu tahun, dia hendaklah kembalikan tanah yang disewakan itu kepada yang empunya tanah. Jika penyewa itu mahu kembali tanah itu, dia boleh berbincang dengan tuan tanah dan memperbaharui kontraknya semula.
3. Berlakunya kematian atau ditimpa keuzuran ke atas pihak yang berkontrak. Kelayakan juga menjadi faktor penting untuk membolehkan sesorang sah atau tidak untuk menjalankan sesuatu akad atau kontrak. Akad transaksi menjadi batal bila penyewa tersebut meninggal dunia atau di timpa keuzuran. Contohnya seorang penyewa rumah telah meninggal dunia sebelum habis tempoh kontrak sewaan rumah sewanya. Jadi akad sewa menyewa itu terbatal dengan sendirinya bila penyewa tersebut telah meninggal dunia.
- 11 -
HBIS 4203 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 WAHAINIBI BINTI MUSTAFA ( 700105115988 )
4. Membatalkan kontrak sewa dan menamatkannya. Pembatalan sesuatu kontrak sewa boleh berlaku dan berkuatkuasa disebabkan oleh beberapa keadaan. Ini termasuklah :-
i. Pembatalan kerana rosaknya kontrak Perkara ini berlaku apabila sesuatu kontrak itu dibatalkan oleh salah satu pihak yang berkontrak atau oleh pihak qadi. Ini berlaitan dengan kontrak yang didapati rosak seperti kontrak penjualan yang terikat dengan masa.
ii. Apabila sesuatu kontrak yang dipersetujui itu telah tamat tempoh masanya, maka ia dengan sendirinya terbatal. Keadaan ini seperti telah tamat tempoh sewaan atau hutang gadaian itu telah pun dilunaskan.
iii. Disebabkan khiar Dalam persoalan ini pihak yang dianggap sebagai pemilik khiyar sama ada khiyar syarat atau khiyar aib umpamanya berhak untuk membatalkan kontrak itu berasaskan kuasa khiyar yang ada padanya.
iv. Gagal melaksanakan kewajipan dalam kontrak Pembatalan boleh dilakukan apabila salah satu pihak yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak itu gagal atau tidak lagi mampu untuk malaksanakan apa yang terkandung dalam kontrak itu. Kontrak ini boleh berlaku seperti barang yang dijual musnah dan masih belum lagi diserahkan kepada pembeli ataupun seseorang yang menyewa telah diistiharkan muflis.
iv. Kematian Dalam beberapa jenis kontrak, kematian juga boleh menamatkan sesuatu kontrak. Umpamanya dalam kes kematian salah satu daripada dua pihak yang bersyarikat. Syarikat ini akan terbatal sebaik sahaja kematian itu berlaku.
Kesimpulannya, kegiatan ekonomi dalam Islam berpandukan kepada asas I’tibar al-musoleh iaitu memperhitungkan kepentingan manusia di dunia dan akhirat sama ada mereka mendapat manfaat atau mudhorat daripadanya. Oleh itu, setiap kegiatan ekonomi dalam Islam ialah untuk mencapai kebaikan dan kemaslahah - 12 -
HBIS 4203 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 WAHAINIBI BINTI MUSTAFA ( 700105115988 )
manusia sama ada ia berbentuk peribadi atau umum, material atau spiritual, ataupun di peringkat dhoruriyyat ( keperluan asas ), hajiyyat ( keperluan kecekapan ) atau tahsiniyyat ( keperluan senang ) / kamaliyyat ( keperluan mewah ). Asas syariat Islam ialah setiap individu bebas untuk menggunakan barangan dan perkhidmatan yang dihalalkan Allah s.w.t. dengan syarat ia tidak mendatangkan kerugian kepada maslahah umum.
5.0 KEPENTINGAN TRANSAKSI SEWA MENYEWA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.
Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia, dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukarmenukar, pinjam-meminjam dan sebagainya. Ini merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masingmasing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam . Manusia disuruh memiliki harta yang di sediakan oleh Allah s.w.t melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang di anugerahkan kepadanya. Mereka yang memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanat Allah s.w.t dan bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut.
Firman Allah S.W.T :
ض َف لُكُال فَفا ْنم ُكشُا فِإي َفمىَفا ِإكبِإٍَفا َفَ ُككلُكُا ِإم ْنه ِإر ْنزقِإ ِإً َفَ ِإلَف ْني ِإً الىُّن ُكشُ ُكر َف َفع َفل لَف ُك ُكم اارْن َف
ٌُك َفُ الَّن ِإ
Maksudnya : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dan ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaannya) (Surah Al-Mulk Ayat 15) Mencari harta kekayaan amat di galakkan oleh Islam, kerana harta merupakan alat bagi mencapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dengan harta tersebut seseorang itu dapat memenuhi keperluan hidupnya di samping dapat menunaikan tanggungjawabnya terhadap agama.
- 13 -
HBIS 4203 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 WAHAINIBI BINTI MUSTAFA ( 700105115988 )
Dalam mencari harta kekayaan, umat Islam di kehendaki menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan kebaikan dan kebajikan untuk faedah bersama. Bagi memastikan kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh manusia dilaksanakan dengan baik dan mencapai keredhaan Allah s.w.t. Islam telah menggariskan beberapa peraturan bagi mencapai matlamat tersebut.
Kepentingan transaksi sewa - menyewa dalam kehidupan seharian tidak dapat di sangkal lagi. Sewaan juga dapat dilihat sebagai sejenis kegiatan perniagaan yang bertujuan mengumpulkan keuntungan dan penyuburan modal harta-harta pengusaha bidang itu. Ia bergiat dalam bidang penjualan manfaat-manfaat serta perkhidmatanperkhidmataan daripada harta benda sewaan tersebut. Kegiatan-kegiatan ini juga merupakan satu kegiataan perniagaan yang menghasilkan pendapatan bersih yang lumayan tanpa menanggung risiko kerugian yang amat ketara sewaktu kegiatan-kegiatan seumpama ini diwujudkan
dan
dilahirkan sejajar dengan keperluan masyarakat dan suasana serta lingkungan masa itu. Contoh-contoh kepada kegiatan ini ialah penyewaan kemudahan-kemudahan yang terdapat dalam milik sseseorang atau sesebuah negara seperti kemudahan tempat tinggal atau pengangkutan yang dapat disediakan oleh seorang individu. Begitu juga sewaan daripada penggunaan kemudahan pelabuhan dan lapangan terbang yang terdapat dalam sesebuah negara seperti Malaysia khususnya. Selain itu upah - mengupah juga merupakan sejenis kegiatan perniagaan yang bertujuan mewujudkan pendapatan untuk setengah-setangan manusia terutama dari golongan yang mempunyai kemahiran atau kebolehan tertentu untuk dimanfaatkan oleh sebahagian manusia yang lain yang tidak mempunyai keistimewaan tersebut. Kegiatan ini juga merupakan satu kegiatan yang banyak menolong menyelesaikan masalah pengangguran dan mewujudkan pekerjaan.Gaji yang dibayar kepada setiap pekerja sesebuah negara sama ada menerusi institusi kerajaan atau swasta merupakan bayaran upah terhadap perkhidmatan yang dilakukan oleh pekerja tersebut. Tanpa kegiatan yang bersifat pendorong ini perjalanan sesebuah firma, industri, perniagaan, institusi pelajaran dan kemasyarakatan tidak dapat bergerak. Bahkan perjalanan pentadbiran sesebuah negara juga bergantung rapat dengan kegiatan – kegiatan ini.
- 14 -
HBIS 4203 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 WAHAINIBI BINTI MUSTAFA ( 700105115988 )
6.0
PENUTUP
Islam amat menggalakkan umatnya agar berusaha memperbaiki dan memantapkan ekonomi diri dan keluarga serta juga umat Islam seluruhnya. Justeru, dalam menjalankan kegiatan sewa – menyewa dan upah mengupah ini, kita perlu berwaspada agar ianya dilaksanakan berdasarkan syariat Islam yang telah menggariskan etika dan peraturan yang perlu dipatuhi dalam menjalankan kegiatan ini. Islam amat menitikberatkan soal keadilan dalam semua perkara, dengan mengharamkan segala bentuk penindasan, amalan riba, penipuan, rasuah, monopoli yang tidak seimbang, manipulasi pasaran dan segala bentuk penyelewengan atau perkara-perkara yang menzalimi dan merugikan pihak-pihak yang tertentu. Bagi mencapai dan memperolehi sesuatu, umat Islam perlu berusaha dan bekerja kerana kerja adalah sebagai fitrah bagi memenuhi keinginan. Tanpa bekerja lazimnya seseorang tidak dapat memenuhi keperluan diri dan keluarga.
( Lebih kurang 3000 patah perkataan )
- 15 -
HBIS 4203 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 WAHAINIBI BINTI MUSTAFA ( 700105115988 )
RUJUKAN
1. Al-Quran al-Karim. 2. Abdullah Basmeih. (2001). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian AlQuran. Kuala Lumpur. Jabatan Kemajuan Malaysia (JAKIM). Jabatan Perdana Menteri. 3. Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, ( 1997 ). Pengantar Fiqh. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 4. Ahmad Mohd Saleh. ( 1998 ). Pendidikan Islam, Dinamika Guru Jilid ll, Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Shah Alam, Selangor. 5. Basri Abd. Ghani, Sayuti Abd. Ghani. ( 2008 ). Pengurusan Ekonomi Islam. Percetakan Perlis ( 1990) Sdn.Bhd. Kangar, Perlis. 6. Muhammad Md.Daud, Ahmad Kamarudin Hamzah. ( 2001 ). Fiqh Muamalat dan Jenayah/ Fiqh ll. Pusat Pengajian Jarak Jauh, UKM Bangi Selangor. 7. Rabiatul Adawiyah Mohd@ Amat, Norzulaili Mohd Ghazali. ( 2011 ). Pendidikan Islam : Tingkatan 4, Open University Malaysia, Kuala Lumpur. 8. _________ ( 2007). Sewa menyewa ( atas talian ). Diperolehi pada Jun 10. 2012 daripada http://hikmatun.wordpress.com/2007/07/17/khiar-riba-jual-salamgadaian-syarikat-sewa-dan-cagaran/ 9. _________ ( t.th ). Upah ( atas talian ). Diperolehi pada Jun 10. 2012 daripada http://dululainsekaranglain.com/undang-undang/undang-undang-buruh-upahatau-gaji. 10. __________ ( 2009).Konsep Ijarah ( atas talian). Diperolehi pada Jun 11, 2012 daripada http://cayangdqte.blogspot.com/2009/12/konsep-ijarah-dan-sewamenyewa.html 11. __________ ( 2010). Sewa menyewa ( atas talian). Diperolehi pada Jun 11, 2012 daripada http://pasar-islam.blogspot.com/2010/10/bab-8-ijarah-sewamenyewa-dan-upah.html
- 16 -