AKTIVITI DWI-BULANAN KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR LAPORAN KURSUS PENDEK
Tajuk
:
Kursus Pendek Asas Refleksology Tapak Kaki
Anjuran
:
JPSH, Kolej Komuniti Bandar Penawar
Tarikh/Masa
:
18 & 19 Mac 2013 ( 8.00 pagi – 5.00 ptg)
Tempat
:
Bilik Seminar, Kolej Komuniti Bandar Penawar
Bil. Peserta
:
14 orang (nama seperti di lampiran)
1.0
Pengenalan
Ketidakselesaan pada telapak dan tulang kaki boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, bahu, tengkuk dan sembelit kerana kesihatan kaki memberi kesan besar terhadap organ dalaman individu. Rawatan refleksologi kaki membantu individu mencapai tahap kesihatan yang lebih berkualiti kerana ia disifatkan sebagai terapi alternatif dengan mengaplikasi urutan pada titik tertentu di tapak kaki. Ilmu refleksologi iaitu mengurut titik refleksi yang terdapat di sekitar tapak kaki pesakit. Cara pengubatan ini berasal dari China dan telah diamalkan beribu tahun lamanya sebelum berkembang ke seluruh dunia. Antara keistimewaan pengubatan secara urut refleksi ni adalah ia selamat dan mudah cuma rasa sakit sedikit semasa diurut. Rasa sakit merupakan penunjuk kepada masalah kesihatan tubuh badan anda. Urutan refleksologi kaki ini sesuai kepada semua peringkat umur selain memberi kesegaran berpanjangan, rawatan berkenaan juga membantu meningkatkan daya ketahanan diri dan menambah keselesaan ketika bergerak. Wanita tidak boleh mengabaikan penjagaan kaki kerana ia sama penting dengan anggota badan yang lain seperti wajah, rambut dan kuku. Urutan refleksologi kaki ini dilakukan kurang daripada satu jam. Bagi individu yang mengalami masalah bisa pada bahagian tapak kaki disaran melakukan rawatan ini untuk memperoleh kelegaan. Diharapkan agar kursus ini dapat mendedahkan kepada pelajar terutama yang ingin menjalankan perniagaan Pusat Rawatan Kecantikan & Kesihatan mengetahui teknik asas refleksology kaki yang begitu mndapat permintaan yang tinggi di kalangan staf dan pelajar perempuan di Kolej Komuniti Bandar Penawar dan komuniti setempat. 1
1.1 Objektif 2.1
2.2
Memberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengenai: 2.1.1 Pengenalan kepada asas refleksology kaki 2.1.2 Melatih peserta dengan teknik yang betul 2.1.3 Membimbing peserta dalam menguasai asas teknik refleksology agar pelanggan berpuashati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Melatih peserta bersedia dan yakin untuk memberi perkhidmatan refleksology pada pelanggan sebenar.
2.0 ISI KANDUNGAN Hari Pertama Masa 7.45 8.15 10.00 1.00thari 2.00petang 5.00
Tentatif Pendaftaran Peserta Pengenalan kepada Asas Refleksology Kaki dan teknik urutan yang betul Latihan Amali Rehat Sambungan Latihan Amali Tamat Hari Kedua
Masa 8.00pagi 1.00thari 2.00petang 5.00
Tentatif Latihan Amali Rehat Sambungan Latihan Amali Tamat
2
2.1 Perjalanan Program Kursus Pendek ini disertai oleh seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti Bandar Penawar. Kursus pendek ini telah dilaksanakan selama 20 jam di Bilik Seminar Kolej Komuniti Bandar Penawar dan spa tenaga pengajar di Pulai Emas.. Tenaga pengajar bagi kursus ini ialah Puan Julaiha binti Tasman. Beliau merupakan seorang pengusaha Spa. Beliau mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam berkenaan kecantikan dan kesihatan wanita. Pada awal kursus, peserta diperkenalkan secara ringkas dengan tubuh badan manusia,. .Didalam slot ini, peserta didedahkan dengan setiap fungsi yang terdapat dalam badan. Kemudian, peserta diajar langkah demi langkah teknik mengurut tapak kaki. Kemudian peserta pula diminta untuk mempraktikkan semula segala teknik mengurut kaki sambil dibimbing oleh tenaga pengajar.
3
2.3
Gambar – gambar Sepanjang Program Peserta mendengar syarahan daripada tenaga pengajar
4
Penceramah mengajar teknik mengurut kaki
5
3.0
KESIMPULAN
Kursus ini secara amnya dapat mencapai objektif yang disasarkan. Daripada maklumbalas peserta, terdapat permintaan daripada mereka untuk mempelajari kursus dengan lebih mendalam lagi. Maka di masa akan datang, kursus pendek seperti ini akan diadakan lagi dalam usaha menggalakkan peserta untuk menambahkan kemahiran dalam pengetahuan peserta dalam urutan refleksology kaki.
Disediakan oleh:
Disahkan oleh:
…………………………………….. (FARIDAH SHARIYAH SHARUDDIN) Penyelaras Kursus Kolej Komuniti Bandar Penawar Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
………………………………. (SURIATI BINTI AHMAD) b.p KJPSH Kolej Komuniti Bandar Penawar Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
6