KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
LAPORAN KURSUS PEMBUATAN KEK CAWAN HIASAN
TARIKH : 4 JANUARI 2013 ( JUMAAT )
TEMPAT : BILIK MASAKAN 1 KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR
ANJURAN: KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR
DENGAN KERJASAMA: AMANAH IKHTIAR MALAYSIA CAWANGAN PKMB JOHOR BAHRU
1.0 PENGENALAN Program ini adalah berdasarkan keperihatinan pihak Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Johor Bahru yang memohon perlaksanaan kursus bagi tujuan berikut: 1.1
Menambahkan kemahiran dan ilmu tambahan bagi ahli persatuan.
1.2
Membantu
pihak
perstuan
mencari
tempat
yang
boleh
menawarkan harga kursus yang murah tetapi berkualiti tinggi. 1.3
Mewujudkan kerjasama dua hala diantara Amanah Iktiar Malaysia dengan Kolej Komuniti Bandar Penawar.
2.0 OBJEKTIF 2.1
Peserta akan mempelajari kaedah menghasilkan kek cawan bermula dari mempelajari membuat kek secara asas seterusnya lengkap dengan dekorasi pada kek cawan.
2.2
Mempelajari kaedah menimbang bahan, membuat bancuhan dan membakar dengan betul.
2.3
Setiap peserta akan mendapat kemahiran menyediakan kek cawan dengan cara sistematik, menarik, lazat dan bermutu.
3.0 JUSTIFIKASI Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dikalangan komuniti merupakan teras ke 6 yang telah digariskan didalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Dimana salah satu intipati teras ke 6 tersebut ialah peningkatan bilangan penyertaan golongan dewasa terhadap kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Justeru itu, perlaksanaan kursus Pembuatan Kek Cawan Hiasan ini adalah relevan untuk dijalankan bertepatan dengan matlamat yang ingin dicapai oleh Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.
Selain itu, perlaksanaan kursus ini dapat mewujudkan satu jalinan kolaborasi diantara Kolej Komuniti Bandar Penawar dengan Aamanah Ikhtiar Malaysia bagi meningkatkan dan memperluaskan akses latihan kemahiran kepada masyarakat selaras dengan objektif yang telah dirangka dalam Pelan Strategik Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Bandar Penawar.
4.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM Tarikh
: 4 Januari 2013
Hari
: Jumaat
Tempat
: Bilik Masakan 1 KKBP
Masa
: 8.00 pagi hingga 1.30 petang
5.0 TENAGA PENGAJAR Nama Pengajar Alamat Pengalaman
: Cik Raja Faraazlina Binti Mohamed Junior : Kolej Komuniti Bandar Penawar : a) Menjadi tenaga pengajar bagi kursus : - Pembuatan Kek Cawan SMK Bandar Easter - Pembuatan Kek Cawan SMKA - Pembuatan Kek Cawan SMK Bandar Penawar
8.0 KUMPULAN SASARAN/PESERTA 20 orang peserta terdiri daripada sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan PKMB Johor Bahru.
9.0 TENTATIF PROGRAM MASA
PROGRAM
8.00 pgi
Pendaftaran peserta
8.30 pg
Mengenali bahan – bahan membuat kek cawan.
9.00 pg
Teknik menggunakan peralatan membuat kek cawan.
9.30 pg
Proses kerja membuat kek cawan secara ’hands on’.
12.00 ptg
Teknik menghias kek cawan secara ’hands on’.
1.30 ptg
Selesai
10.0 PENYELARAS KURSUS Pn. Suriati Binti Ahmad
11.0 GAMBAR AKTIVITI
Pendaftaran peserta
Pendaftaran peserta kursus
Penyediaan bahan-bahan & taklimat dari penceramah
Mengadun bahan-bahan adunan kek
Kek yang siap dimasak
Proses mendekorasi kek
Kek yang telah didekorasi
Penyampaian sijil kepada peserta-peserta kursus
Bergambar bersama Penceramah, penyelaras & peserta-peserta kursus
12.0 PENUTUP Kursus Cup cake ini nyata mampu memberi nilai tambah kepada kemahiran yang ada pada setiap peserta seterusnya dapat melahirkan idea untuk diadaptasi di kolej komuniti sendiri dan juga ketika di rumah masing-masing. Selain itu, ia juga dapat mempelbagaikan aktiviti peserta di masa lapang dan secara tidak langsung ia mampu memberi ruang untuk peserta mencari pendapatan sampingan. Sehubungan itu, kursus-kursus sebegini perlu dipelbagaikan demi untuk mencapai objektif jabatan pembelajaran sepanjang hayat.
13.0 TANDATANGAN
Penyelaras, Kursus Pembuatan Kek Cawan Hiasan Disediakan oleh: ....................................... ( Suriati Binti Ahmad )
Disemak dan Diperakui oleh:
Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Bandar Penawar
........................................ ( Kamaludin Bin Rashid )
Pengarah, Kolej Komuniti Bandar Penawar
Diluluskan oleh:
........................................................ ( Sahalani Bin Basar )