KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Seluruh warga Kolej Vokasional Sungai Buloh mengucapkan tahniah dan syabas kerana anda terpilih antara ribuan pemohon untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Vokasional Sungai Buloh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila baca keseluruhan Maklumat Pendaftaran ini. Tarikh Pendaftaran : 21 Januari 2013 (Isnin) Tempat : Dewan Murni Masa : 8.30 pagi – 11.00 pagi 1.0
Peringatan Sebelum Mendaftar i. Pelajar yang mendaftar sebagai pelajar Kolej Vokasional TIDAK boleh kembali semula ke sekolah menengah harian biasa. Sehubungan dengan itu sila buat pertimbangan sewajarnya SEBELUM mendaftar sebagai seorang pelajar Kolej Vokasional Sungai Buloh. ii. Semasa pendaftaran, pelajar mesti memakai baju sekolah (putih) yang sedia ada dan seluar slack hitam. iii. Pelajar perlu membawa SEMUA dokumen asal semasa datang mendaftar. iv. Pelajar TIDAK akan didaftarkan TANPA Sijil Berhenti Sekolah. v. Pelajar perlu melengkapkan borang PT, borang TED 4, borang TED 5 dan borang yang berkaitan. vi. Pelajar perlu membawa Buku Rekod Kokurikulum, kad 001, Buku Nilam dan laporan SSDM dari sekolah lama. (Dokumen akan diserahkan kepada koordinator kursus masing-masing.) vii. Bagi pemegang biasiswa, sila bawakan surat pertukaran biasiswa dan buku akaun bank (dari sekolah asal).
2.0
Peraturan Sekolah Antara peraturan-peraturan penting yang perlu diberi perhatian: 2.1
Peraturan Pemakaian
2.1.1 Sepanjang pengajian tahun 2013, semua pelajar tingkatan 5 dan pelajar semester 1 & 2 KV diwajibkan memakai pakaian alternatif. Reka bentuk pakaian seragam telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ( sila rujuk Lampiran 1). Pakaian seragam ini akan dipakai di bilik kuliah, bengkel dan majlis rasmi. - Warna utama adalah oren yang merupakan lambang teknikal dan membawa maksud semangat kerja berpasukan.
- Warna sampingan (piping) biru pula merupakan warna rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia yang melambangkan industri Jenis kain - campuran kapas dan polyster (40% kapas dan 60% polyster). Baju (Lelaki dan Perempuan) Ciri-ciri : Kemeja lengan pendek (Lelaki) , Kemeja lengan panjang (Perempuan) a. Kolar, piping – Biru b. Depan, belakang dan lengan – oren c. Poket di lengan – untuk meletak tools d. Dua poket depan (atas) – keselamatan 2.1.2
Seluar (Lelaki dan Perempuan)
Jenis slack warna hitam. Reka bentuk seluar mengikut pekeliling yang sedia ada. Seluar panjang sama seperti sekolah menengah biasa dan tidak terlalu ketat atau longgar. Buka kaki hendaklah di antara 16 inci – 18 inci sahaja. Labuh seluar mestilah berukuran sehingga mata kaki (buku lali ). Pinggang seluar mesti di atas pusat. Seluar bentuk ‘baggy’, ‘carrot look’ , ‘bell bottom’ dan yang menyerupai jeans tidak dibenarkan. Hujung kaki seluar tidak boleh dilipatkan. Pelajar juga diingatkan supaya tidak mengecilkan seluar sama sekali.
2.1.3 Tali Pinggang (Lelaki) Jika bertali pinggang hendaklah jenis kanvas berwarna hitam dan berkepala aluminum / besi yang tidak berhias dan beranika bentuk. Tali pinggang seluar mestilah antara 1½ inci – 2 inci lebar dan panjang dari kepala hingga hujung 400mm. 2.1.4 Kasut Sekolah dan Kasut Sukan Semua pelajar diwajibkan memakai kasut kulit atau PVC atau kanvas berwarna hitam. Bagi pelajar lelaki kasut hitam bertali. Kasut Sukan mestilah berwarna putih dan bertali untuk kegunaan aktiviti sukan dan riadah 2.1.5 Sarung Kaki (Lelaki dan Perempuan) Pelajar juga diwajibkan memakai sarung kaki yang keseluruhannya berwarna hitam tanpa gelang berwarna atau tulisan berjenama. 2.1.6
Rambut
Pelajar Lelaki Panjang rambut mestilah mengikut ukuran no.4. Potongan rambut ‘punk’, mewarna rambut, stail rambut berekor serta seumpamanya dan mengeriting rambut tidak dibenarkan. Misai dan janggut adalah dilarang. * Bagi mengelakkan daripada kelewatan ketika pendaftaran, pelajar diingatkan untuk memotong rambut mengikut ukuran no. 4 sebelum datang mendaftar.
Pelajar Perempuan i. Tudung Pelajar-pelajar Islam wajib memakai tudung kepala berwarna putih dan “awning oren” (tanpa sulaman dan manik) dengan ukuran bahagian tepi tudung hendaklah berada 10cm di bawah paras kedua-dua bahu.(Tudung boleh dibeli di koperasi sekolah untuk keseragaman warna oren). ii. Tidak bertudung Rambut hendaklah disikat kemas. Pelajar yang berambut panjang hendaklah diikat dengan memakai reben yang berwarna biru (turquoise), hitam atau putih. Sebarang hiasan rambut adalah tidak dibenarkan. Pelajar juga tidak dibenarkan mewarna rambut. 2.1.7 Lencana Kolej dan Tanda Nama Lencana sulam kolej wajib dijahit di sebelah kiri bahagian atas uniform sekolah.Tanda nama pelajar wajib dijahit di sebelah kanan bahagian atas uniform kolej 2.1.8 Perhiasan Diri Pelajar Lelaki Pemakaian sebarang jenis perhiasan diri adalah dilarang. Pelajar Perempuan i. Pengunaan ‘Make-Up’ - Tidak dibenarkan sama sekali. ii. Barang Kemas - Tidak dibenarkan memakai barang kemas dan sebarang perhiasan diri. 2.1.9 Kuku (Lelaki dan Perempuan) Semua pelajar lelaki dan perempuan tidak dibenarkan menyimpan kuku panjang atau mewarnakan kuku dengan sebarang pewarna termasuk inai. 2.2 Lain-Lain 2.2.1 Kad Pelajar Semua pelajar diwajibkan memakai kad pelajar sementara sebagai pengenalan diri sepanjang waktu persekolahan /pengajian sebelum kad matriks dikeluarkan. 3.0 Tatacara Pendaftaran Proses pendaftaran pelajar semester 1 akan dilangsungkan di Dewan Murni mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Semua pelajar yang mendaftar sebagai seorang pelajar KV Sg Buloh perlu melalui proses pendaftaran berikut : 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 4.0
Semakan dokumen (Kaunter kursus di hadapan sisi kiri Dewan Murni) Pendaftaran Kursus (Koordinator Kursus di Dewan Murni) Pendaftaran Asrama (bagi pelajar yang ditawarkan tempat asrama) di Dewan Murni Urusan Koperasi Sekolah Taklimat . (semua pelajar / penjaga)
Khidmat sokongan / semakan dokumen pendaftaran 4.1 Meja pertanyaan dan sebagainya akan disediakan di bahagian depan sisi kiri Dewan Murni bagi membantu pelajar dalam proses pendaftaran.
5.0
Taklimat Semua ibu bapa/waris diwajibkan menghadiri taklimat yang akan diadakan selepas waktu pendaftaran bertempat di Dewan Murni.
6.0
Keperluan Kolej dan Asrama 6.1 Berikut disenaraikan keperluan kolej yang perlu disediakan SEBELUM hari pendaftaran oleh semua pelajar dan keperluan asrama bagi pelajar yang ditawar tempat asrama sahaja. Jantina Bil.
Jumlah
Barang Keperluan (L / P)
1
Pakaian Seragam Kolej
L&P
2 pasang
2
Stoking hitam (tanpa tanda jenama)
L&P
2 pasang
3
Kasut Sekolah Warna Hitam (kulit / PVC / kanvas)
L&P
2 pasang
P
2 helai
5
Tudung Kepala Warna Putih awning oren (pelajar Islam) (Tudung boleh dibeli di koperasi sekolah untuk keseragaman warna oren). Kasut Sukan Warna Putih
L&P
1 pasang
6
Alatan Tulis (pen, pensil dan sebagainya)
L&P
Mengikut keperluan
7
Selipar Getah, Tuala Mandi, Penyangkut baju
L&P
Mengikut keperluan
8
Baju Tidur
L&P
1 pasang
9
Garpu dan sudu
L&P
1 pasang
10
Surah Yasin (pelajar Islam)
L&P
1 buah
11
Alatan Permainan (seperti raket badminton,tenis )
L&P
Jika perlu
12
Selimut
L&P
1 helai
L
1 pasang
L&P
2 helai
L
1 buah
4
Pakaian Melayu Lengkap Warna Putih (pelajar Islam) 13 – tanpa sampin 14
Kain Pelekat / sarung (pelajar Islam)
15
Songkok Hitam (pelajar Islam)
L&P
Mengikut keperluan
Tudung Kepala Lain-lain Warna
P
2 helai
18
Telekung (pelajar Islam)
P
1 pasang
19
Bantal
L&P
1biji
20.
Track Bottom (Biru tua / hitam)
L&P
2 helai
L&P
2 helai
16
Keperluan Mencuci Pakaian
17
Kemeja T berkolar warna putih 21. (Lelaki: Lengan Pendek, Perempuan Lengan panjang) Bil. 1,2,3,4,5, 6,13 : Semua Pelajar
Bil. 7 hingga 21 : Pelajar Asrama Sahaja
6.2 PERKARA-PERKARA YANG DILARANG i.
Talipon bimbit (talipon awam disediakan di sekitar asrama, kad i-talk ada dijual di koperasi sekolah / talipon bimbit merupakan punca utama kecurian, pergaduhan, ugutan,buli di asrama)
ii.
Alat pemanas air/water heater. (Berlaku litar pintas dan boleh menyebabkan kebakaran bilik / bangunan)
iii.
Membawa barang-barang kemas dan pakaian yang berharga mahal.(pakaian berjenama seringkali berlakunya kehilangan/kecurian dan pecah loker).
iv.
Membawa senjata tajam yang boleh menyebabkan kecederaan. (Kegiatan vandalisme dan pergaduhan mudah berlaku).
v.
Tali pinggang yang yang berkepala besar melebihi 30mm (punca pergaduhan menggunakan talipinggang).
vi.
Semua jenis seluar jeans / baldu.
vii.
Pakaian yang tidak sopan T-shirt bergambar atau melambangkan parti politik / kumpulan muzik dan lain-lain
viii.
Buku-buku dan bahan-bahan berunsur lucah / judi.
ix.
Lain-lain barangan yang terlarang