KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DOKUMEN STANDARD PRESTASI MATEMATIK TINGKATAN 3
DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013
1
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013
2
MATLAMAT KURIKULUM MATEMATIK Kurikulum Matematik Sekolah Menengah bertujuan untuk membentuk individu yang berpemikiran matematik dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi.
OBJEKTIF KURIKULUM MATEMATIK Kurikulum matematik sekolah menengah membolehkan murid: 1.
Memahami definisi, konsep, hukum, prinsip dan teorem yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan.
2.
Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan.
3.
Menguasai kemahiran asas matematik iaitu:
Membuat anggaran dan penghampiran
Mengukur dan membina
Memungut dan mengendali data
Mewakilkan dan mentafsir data
Mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik
Menggunakan algoritma dan perkaitan
Menyelesaikan masalah
Membuat keputusan
4.
Berkomunikasi secara matematik.
5.
Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
6.
Menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain.
7.
Menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai kemahiran, menyelesaikan masalah dan meneroka ilmu matematik.
8.
Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab.
9.
Bersikap positif terhadap matematik.
10. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.
DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013
3
PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013
4
TAFSIRAN o
Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.
o
Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu.
o
Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.
o
Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.
o
Evidens
o
Murid
:
Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor.
Instrumen
:
Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.
Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.
DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013
5
TAFSIRAN BAND BAND
PERNYATAAN BAND
TAFSIRAN
1
TAHU
Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
2
TAHU DAN FAHAM
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
3
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
6
DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013
6
BAND
PERNYATAAN STANDARD
1
Tahu pengetahuan asas matematik.
2
Tahu dan faham konsep dalam matematik.
3
Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik.
4
Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik.
5
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah yang kompleks dengan menggunakan pelbagai kaedah.
6
Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik secara kreatif, inovatif dan berkesan.
DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013
7
BAND 1 Tahu
PERNYATAAN STANDARD B1 Tahu pengetahuan asas matematik
DESKRIPTOR
EVIDENS
B1D3 BULATAN II
B1D3E1 Mengenal pasti sudut pada pusat dan lilitan bulatan yang dicangkum oleh suatu lengkok.
B1D10 PENJELMAAN II
B1D10E1 Mengenal pasti sama ada bentuk yang diberi adalah serupa. B1D10E2 Mengenal pasti suatu pembesaran.
DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013
8
BAND
2 Tahu dan faham
PERNYATAAN STANDARD
B2 Tahu dan faham konsep dalam matematik
DESKRIPTOR
EVIDENS
B2D1 SUDUT DAN GARIS II
B2D1E1 Menentukan bahawa bagi garis selari: (a) sudut sepadan adalah sama atau (b) sudut berselang-seli adalah sama atau (c) hasil tambah sudut pedalaman ialah 180º.
B2D2 POLIGON II
B2D2E1 Menentukan sama ada poligon yang diberi adalah poligon sekata.
B2D3 BULATAN II
B2D3E1 Menentukan bahawa: (a) jejari yang berserenjang dengan perentas membahagi dua sama perentas tersebut dan begitu juga sebaliknya atau (b) pembahagi dua sama serenjang bagi dua perentas bersilang pada pusat bulatan atau (c) dua perentas yang sama panjang adalah sama jarak dari pusat bulatan dan begitu juga sebaliknya atau (d) perentas yang sama panjang apabila memotong suatu bulatan menghasilkan lengkok yang sama panjang. B2D3E2 Mengenal pasti sudut pedalaman bertentang sisi empat kitaran. B2D3E3 Mengenal pasti sudut peluaran dan sudut pedalaman bertentang yang sepadan bagi sisi empat kitaran.
DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013
9
BAND
2 Tahu dan faham
PERNYATAAN STANDARD
B2 Tahu dan faham konsep dalam matematik
DESKRIPTOR
EVIDENS
B2D4 STATISTIK II
B2D4E1 Menentukan mod bagi: (a) set data. (b) data dalam jadual kekerapan. (c) piktograf atau carta palang atau graf garis atau carta pai.
B2D7 RUMUS ALGEBRA
B2D7E1 Mengenal pasti perkara rumus.
B2D12 KETAKSAMAAN LINEAR
B2D12E1 Mengenal pasti hubungan: (a) lebih besar daripada (b) kurang daripada berdasarkan situasi yang diberi. Menulis hubungan antara dua nombor yang diberi menggunakan simbol “ > ” atau “ < ”. Mengenal pasti hubungan: (a) lebih besar daripada atau sama dengan (b) kurang daripada atau sama dengan berdasarkan situasi yang diberi.
DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013
10
BAND
3 Tahu, faham dan boleh buat
PERNYATAAN STANDARD
B3 Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik
DESKRIPTOR
EVIDENS
B3D1 SUDUT DAN GARIS II
B3D1E1 Menentukan nilai: (a) sudut sepadan (b) sudut berselang-seli (c) sudut pedalaman yang berkaitan dengan garis selari.
B3D2 POLIGON II
B3D2E1 Menentukan (a) paksi simetri (b) bilangan paksi simetri suatu poligon. B3D2E2 Menentukan nilai sudut peluaran apabila nilai sudut pedalaman poligon diberi dan begitu juga sebaliknya.
B3D2E3 Menentukan hasil tambah sudut pedalaman dan hasil tambah sudut peluaran poligon.
DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013
11
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR B3D3 BULATAN II
EVIDENS B3D3E1 Menentukan bahawa sudut pada lilitan yang dicangkum oleh lengkok yang sama adalah sama besar. Menentukan bahawa sudut pada (a) lilitan (b) pusat yang dicangkum oleh lengkok yang sama panjang adalah sama besar. Menentukan hubungan antara sudut pada pusat dengan sudut pada lilitan yang dicangkum oleh suatu lengkok yang sama panjang.
3 Tahu, faham dan boleh buat
B3D3E2 Menentukan nilai sudut pada lilitan yang dicangkum oleh semibulatan.
B3 Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik
B3D3E3 Menentukan hubungan antara sudut pedalaman bertentang bagi sisi empat kitaran.
B3D4 STATISTIK II
Menentukan hubungan antara sudut peluaran dan sudut pedalaman bertentang yang sepadan bagi sisi empat kitaran. B3D4E1 Memperoleh dan mentafsir maklumat daripada carta pai. B3D4E2 Menentukan median bagi set data. Menentukan median bagi data dalam jadual kekerapan.
DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013
12
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR B3D5 INDEKS
EVIDENS B3D5E1 Mempermudah pendaraban bagi: (a) nombor (b) sebutan algebra yang diungkapkan dalam tatatanda indeks dengan asas yang sama. Mempermudah pendaraban bagi: (a) nombor (b) sebutan algebra yang diungkapkan dalam tatatanda indeks dengan asas yang berlainan. B3D5E2
3 Tahu, faham dan boleh buat
B3 Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik
DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013
Mempermudah pembahagian bagi: (a) nombor (b) sebutan algebra yang diungkapkan dalam tatatanda indeks dengan asas yang sama. B3D5E3 Mempermudah: (a) nombor (b) sebutan algebra yang diungkapkan dalam tatatanda indeks yang dikuasakan.
13
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS B3D5E4
1 an
Menyatakan a n sebagai begitu juga sebaliknya B3D5E5 1
Menyatakan a n sebagai sebaliknya. B3D6 UNGKAPAN ALGEBRA III
3 Tahu, faham dan boleh buat
a dan begitu juga
B3D6E1 Menentukan kembangan yang melibatkan ungkapan algebra dalam dua tanda kurung. B3D6E2 Mendarab dua pecahan algebra yang melibatkan penyebut dengan: (a) satu sebutan. (b) dua sebutan.
B3 Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik
Membahagi dua pecahan algebra yang melibatkan penyebut dengan: (a) satu sebutan. (b) dua sebutan.
B3D8 PEPEJAL GEOMETRI III
DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013
n
B3D8E1 Menerbitkan rumus isipadu bagi: (a) prisma. (b) silinder. (c) piramid. (d) kon
14
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR B3D8 PEPEJAL GEOMETRI III
EVIDENS B3D8E2 Mengira isipadu prisma tegak dan isipadu piramid dalam unit padu apabila diberi tinggi dan (a) luas tapak. (b) dimensi tapak. B3D8E3 Mengira isipadu silinder dan isipadu kon dalam unit padu apabila diberi tinggi dan (a) luas tapak. (b) jejari tapak.
3 Tahu, faham dan boleh buat
B3 Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik
B3D8E4 Menukarkan isipadu dalam satu unit metrik kepada unit yang lain: (a) mm3 , cm 3 dan m 3 . (b) cm 3 , ml dan l. B3D8E5 Mengira isipadu sfera apabila jejari diberi.
DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013
15
BAND
3 Tahu, faham dan boleh buat
PERNYATAAN STANDARD
B3 Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik
DESKRIPTOR
EVIDENS
B3D9 LUKISAN BERSKALA
B3D9E1 Melakarkan bentuk yang (a) sama saiz dengan objek (b) lebih kecil daripada objek (c) lebih besar daripada objek menggunakan kertas grid.
B3D10 PENJELMAAN II
B3D10E1 Mengira panjang sisi yang tidak diketahui bagi dua bentuk yang serupa. B3D10E2 Menentukan faktor skala, diberi objek dan imej pembesaran apabila: (a) faktor skala > 0 (b) faktor skala < 0 B3D10E3 Menentukan pusat pembesaran apabila objek dan imej diberi. Menentukan imej objek apabila pusat pembesaran dan faktor skala diberi. B3D10E4 Mengira: (a) faktor skala (b) panjang sisi imej (c) panjang sisi objek suatu pembesaran.
DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013
16
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
B3D11 PERSAMAAN LINEAR II
B3D11E1 Menulis persamaan linear dalam dua pembolehubah daripada maklumat yang diberi.
B3D12 KETAKSAMAAN LINEAR
B3D12E1 Mewakilkan ketaksamaan linear: (a) x > h (b) x < h (c) x ≥ h (d) x ≤ h pada garis nombor dan begitu juga sebaliknya. Mewakilkan nilai sepunya bagi dua ketaksamaan linear serentak pada garis nombor.
3 Tahu, faham dan boleh buat
B3D14 B3 NISBAH, KADAR DAN KADARAN II Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik
B3D14E1 Mengira dan mentafsirkan laju. Mengira: (a) jarak, apabila laju dan masa diberi. (b) masa, apabila laju dan jarak diberi. Mengira laju purata dalam pelbagai situasi. Mengira: (a) jarak, apabila laju purata dan masa diberi. (b) masa, apabila laju purata dan jarak diberi. B3D14E2 Mengira dan mentafsirkan pecutan.
DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013
17
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR B3D15 TRIGONOMETRI
EVIDENS B3D15E1 Mengira: (a) tangen (b) sinus (c) kosinus bagi suatu sudut apabila panjang sisi segitiga diberi. B3D15E2 Menukar unit sudut daripada: (a) darjah kepada darjah dan minit. (b) darjah dan minit kepada darjah.
3 Tahu, faham dan boleh buat
B3 Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik
B3D15E3 Menentukan nilai: (a) tangen (b) sinus (c) kosinus menggunakan kalkulator saintifik. Menentukan saiz sudut apabila diberi nilai: (a) tangen (b) sinus (c) kosinus menggunakan kalkulator saintifik.
DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013
18
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
B4D1 SUDUT DAN GARIS II
B4D1E1 Menentukan sama ada dua garis yang diberi adalah selari berdasarkan ciri-ciri sudut yang berkaitan dengan garis rentas lintang.
B4D2 POLIGON II
B4D2E1 Melukis poligon sekata dengan membahagi sama sudut pada pusat. B4D2E2 Membina segitiga sama sisi, segiempat sama dan heksagon sekata.
4 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab
B4D2E3 Menentukan: (a) nilai sudut pedalaman poligon sekata apabila bilangan sisi diberi. (b) nilai sudut peluaran poligon sekata apabila bilangan sisi diberi. (c) bilangan sisi poligon sekata apabila nilai sudut pedalaman atau sudut peluaran diberi.
B4 Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik.
B4D3 BULATAN II
DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013
B4D3E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan sudut sisi empat kitaran.
19
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR B4D4 STATISTIK II
EVIDENS B4D4E1 Membina carta pai untuk mewakilkan data. B4D4E2 Mengira min bagi: (a) set data. (b) data dalam jadual kekerapan.
B4D5 INDEKS
4 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab
B4 Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik.
B4D5E1 Mempermudah pendaraban dan pembahagian bagi: (a) nombor (b) sebutan algebra yang diungkapkan dalam tatatanda indeks yang dikuasakan dengan asas berlainan. B4D5E2 1
Menentukan nilai a n . m
Menyatakan sebagai a n sebagai: (a) (b)
a m
n
1 n
atau a n .
a m atau
m
a . m
n
m
Menentukan nilai a n .
DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013
20
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR B4D6 UNGKAPAN ALGEBRA III
EVIDENS B4D6E1 Memfaktorkan ungkapan algebra menggunakan (a) faktor sepunya. (b) beza antara dua sebutan kuasa dua.
B4D6E2 Menambah atau menolak dua pecahan algebra yang penyebut satu pecahan adalah gandaan bagi penyebut pecahan yang lain.
B4D6E3
4 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab
B4 Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik.
DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013
Menambah atau menolak dua pecahan algebra yang penyebut pecahan tersebut (a) tidak mempunyai faktor sepunya. (b) mempunyai faktor sepunya.
B4D6E4 Melakukan pendaraban dan pembahagian bagi dua pecahan algebra menggunakan pemfaktoran yang melibatkan faktor sepunya dan beza antara dua sebutan kuasa dua.
21
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR B4D7 RUMUS ALGEBRA
EVIDENS B4D7E1 Menulis rumus berdasarkan: (a) pernyataan (b) situasi yang diberi. B4D7E2 Mengungkapkan pembolehubah tertentu sebagai perkara rumus dengan melibatkan: (a) satu daripada operasi asas: +, – , ×, ÷ (b) kuasa atau punca kuasa. (c) gabungan operasi asas dan kuasa atau punca kuasa.
4 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab
B4 Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik.
DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013
B4D7E3 Menentukan nilai suatu pembolehubah apabila pembolehubah tersebut ialah: (a) perkara rumus. (b) bukan perkara rumus.
22
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR B4D8 PEPEJAL GEOMETRI III
EVIDENS B4D8E1 Mengira tinggi prisma atau tinggi piramid apabila isipadu dan luas tapak diberi. Mengira luas tapak prisma atau luas tapak piramid apabila isipadu dan tinggi diberi. B4D8E2 Mengira tinggi silinder atau tinggi kon apabila isipadu dan jejari tapak diberi. Mengira jejari tapak silinder atau jejari tapak kon apabila isipadu dan tinggi diberi.
4 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab
B4 Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik.
B4D8E3 Mengira isipadu cecair dalam suatu bekas. B4D8E4 Mengira jejari sfera apabila isipadu diberi. B4D8E5 Mengira isipadu pepejal gubahan.
DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013
23
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR B4D9 LUKISAN BERSKALA
EVIDENS B4D9E1 Melukis bentuk geometri mengikut skala 1 : n , apabila n=1, 2, 3, 4, 5,
1 1 , 2 10
Melukis bentuk gabungan mengikut skala yang diberi menggunakan: (a) kertas grid. (b) kertas kosong. Melukis semula bentuk pada kertas grid yang berlainan saiz.
4 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab
B4 Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik.
DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013
B4D10 PENJELMAAN II
B4D10E1 Mengira: (a) luas imej (b) luas objek (c) faktor skala di bawah suatu pembesaran.
24
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR B4D11 PERSAMAAN LINEAR II
EVIDENS B4D11E1 Menentukan nilai satu pembolehubah apabila diberi nilai pembolehubah yang lain. Menentukan penyelesaian yang mungkin bagi persamaan linear dalam dua pembolehubah. B4D11E2 Menyelesaikan dua persamaan linear serentak dalam dua pembolehubah dengan : (a) kaedah penggantian atau (b) kaedah penghapusan.
B4D12 KETAKSAMAAN LINEAR
4 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab
B4 Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik.
DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013
B4D12E1 Membina ketaksamaan linear menggunakan simbol: (a) “ > ” atau “ < ” (b) “ ≥ ” atau “ ≤ ” daripada maklumat yang diberi.
25
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR B4D13 GRAF FUNGSI
EVIDENS B4D13E1 Mengira nilai pembolehubah bersandar, apabila nilai pembolehubah tidak bersandar diberi. B4D13E2 Membina jadual nilai bagi fungsi yang diberi. B4D13E3 Menentukan nilai y daripada graf apabila nilai x diberi dan begitu juga sebaliknya.
4 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab
B4 Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik.
B4D14 NISBAH, KADAR DAN KADARAN II
B4D14E1 Menukar daripada satu unit laju kepada unit laju yang lain.
B4D15 TRIGONOMETRI
B4D15E1 Mengira panjang sisi pada suatu segitiga apabila nilai: (a) tangen (b) sinus (c) kosinus dan panjang sisi yang lain diberi. B4D15E2 Mengira nilai nisbah trigonometri yang lain apabila nilai suatu nisbah trigonometri diberi.
DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013
26
BAND
5 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
B5D1 SUDUT DAN GARIS II
B5D1E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan ciri-ciri sudut yang berkaitan dengan garis rentas lintang.
B5D2 POLIGON II
B5D2E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan sudut dan sisi poligon.
B5D3 BULATAN II
B5D3E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan simetri, perentas dan lengkok bulatan.
B5 Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah yang kompleks dengan menggunakan pelbagai kaedah B5D4 STATISTIK II
B5D3E2 Menyelesaikan masalah yang melibatkan sudut pada pusat bulatan dan sudut pada lilitan bulatan. B5D3E3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan bulatan. B5D4E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan carta pai. B5D4E2 Menyelesaikan masalah yang melibatkan mod, median dan min.
DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013
27
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR B5D5 INDEKS
EVIDENS B5D5E1 Melakukan pendaraban, pembahagian yang dikuasakan atau gabungan operasi tersebut ke atas beberapa nombor yang diungkapkan dalam tatatanda indeks. B5D5E2 Melakukan gabungan operasi darab, bahagi dan yang dikuasakan yang melibatkan indeks positif, negatif dan pecahan bagi: (a) nombor. (b) sebutan algebra.
B5D7 RUMUS ALGEBRA
5 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji
B5 B5D8 Menggunakan pengetahuan PEPEJAL GEOMETRI III dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah yang kompleks dengan menggunakan pelbagai kaedah
B5D7E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan rumus. B5D8E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan: (a) isipadu prisma atau silinder. (b) isipadu piramid atau kon. B5D8E2 Menyelesaikan masalah yang melibatkan isipadu sfera. B5D8E3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan isipadu pepejal gubahan.
DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013
B5D9 LUKISAN BERSKALA
B5D9E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan lukisan berskala.
B5D10 PENJELMAAN II
B5D10E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan pembesaran.
28
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
B5D11 PERSAMAAN LINEAR II
B5D11E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan dua persamaan linear serentak dalam dua pembolehubah.
B5D12 KETAKSAMAAN LINEAR
B5D12E1 Membina ketaksamaan (a) x k m k atau x k m k (b) kx km atau
x m k k
daripada maklumat yang diberi.
5 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji
B5 Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah yang kompleks dengan menggunakan pelbagai kaedah
B5D12E2 Menyelesaikan ketaksamaan linear dalam satu pembolehubah menggunakan gabungan operasi. B5D12E3 Menyelesaikan dua ketaksamaan linear serentak. B5D13 GRAF FUNGSI
B5D13E1 Melukis graf fungsi dengan skala yang diberi. B5D13E2 Menyelesaikan masalah yang melibatkan graf fungsi.
DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013
B5D14 NISBAH, KADAR DAN KADARAN II
B5D14E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan laju dan laju purata.
B5D15 TRIGONOMETRI
B5D15E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan nisbah trigonometri.
29
BAND
PERNYATAAN STANDARD
6 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali
B6 Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik secara kreatif, inovatif dan berkesan.
DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013
DESKRIPTOR B6 Penyelesaian masalah matematik dalam suatu situasi secara kreatif dan inovatif
EVIDENS B6E1 Menggunakan idea kreatif dan inovatif untuk menyelesaikan masalah matematik dalam suatu situasi yang melibatkan gabungan pengetahuan dan kemahiran matematik atau Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan, penulisan , projek atau permainan yang menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik secara kreatif.
30