DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DOKUMEN STANDARD PRESTASI MATEMATIK TINGKATAN 2
1
DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
2
DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
MATLAMAT KURIKULUM MATEMATIK Kurikulum Matematik Sekolah Menengah bertujuan untuk membentuk individu yang berpemikiran matematik dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi.
OBJEKTIF KURIKULUM MATEMATIK Kurikulum matematik sekolah menengah membolehkan murid: 1. 2.
Memahami definisi, konsep, hukum, prinsip dan teorem yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Ruang dan Perkaitan. Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Ruang dan Perkaitan. 3. Menguasai kemahiran asas matematik iaitu: Membuat anggaran dan penghampiran Mengukur dan membina Memungut dan mengendali data Mewakilkan dan mentafsir data Mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik Menggunakan algoritma dan perkaitan Menyelesaikan masalah Membuat keputusan 4. Berkomunikasi secara matematik. 5. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. 6. Menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain. 7. Menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai kemahiran dan menyelesaikan masalah serta meneroka ilmu matematik. 8. Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab. 9. Bersikap yang positif terhadap matematik. 10. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.
3
DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
4
DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
TAFSIRAN o
Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.
o
Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu.
o
Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.
o
Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.
o
Evidens
o
Murid
:
Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor.
Instrumen
:
Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.
Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.
5
DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
TAFSIRAN BAND BAND
PERNYATAAN BAND
TAFSIRAN
1
TAHU
Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
2
TAHU DAN FAHAM
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
3
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
6
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
6
DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
BAND
PERNYATAAN STANDARD
1
Tahu pengetahuan asas matematik.
2
Tahu dan faham konsep dalam matematik.
3
Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik.
4
Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik.
5
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah yang kompleks dengan menggunakan pelbagai kaedah.
6
Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik secara kreatif, inovatif dan berkesan.
7
DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
BAND
PERNYATAAN STANDARD
B1 TAHU
B1 Tahu pengetahuan asas matematik
DESKRIPTOR
EVIDENS
B1D1 Mengetahui asas nombor kuasa dan nombor punca kuasa
B1D1E1 Menyatakan nombor yang didarabkan dengan diri sendiri sebagai nombor kuasa dua dan sebaliknya nombor yang didarabkan dengan diri sendiri dua kali sebagai nombor kuasa tiga dan sebaliknya
B1D2 Mengetahui asas ungkapan algebra
B1D2E1 Menyatakan pembolehubah dalam sebutan algebra dalam dua pembolehubah atau lebih ungkapan algebra dalam dua atau lebih pembolehubah bilangan sebutan dalam ungkapan algebra yang diberi dalam dua atau lebih pembolehubah
B1D3 Mengetahui asas persamaan linear
B1D3E1 Menyatakan sebutan algebra linear ungkapan algebra linear
B1D4 Mengetahui asas Teorem Pythagoras
B1D4E1 Menyatakan hipotenus bagi segi tiga bersudut tegak.
8
DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
B1D5 Mengetahui perkara asas dalam satah Cartesan
B1D5E1 Menyatakan paksi-x, paksi-y dan asalan pada satah Cartesan.
B1D6 Mengetahui konsep asas bulatan
B1D6E1 Menyatakan bulatan sebagai satu set titik yang sama jarak dari satu titik tetap.
B1D7 Mengetahui asas penjelmaan
B1D7E1 Menyatakan penjelmaan sebagai padanan satudengan-satu antara titik pada satah.
9
DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
BAND 2 Tahu dan faham
PERNYATAAN STANDARD B2 Tahu dan faham konsep dalam matematik
DESKRIPTOR
EVIDENS
B2D1 Memahami konsep nombor berarah
B2D1E1 Membanding dan menyusun tertib nombor perpuluhan.
B2D2 Memahami nilai kuasa dua, kuasa tiga, punca kuasa dua dan punca kuasa tiga
B2D2E1 Mencari nilai atau anggaran nilai kuasa dua suatu nombor punca kuasa dua suatu nombor kuasa tiga suatu nombor punca kuasa tiga suatu nombor dengan / tanpa kalkulator B2D2E2 Menentukan hubungkait di antara kuasa dua dan punca kuasa dua kuasa tiga dan punca kuasa tiga
B2D3 Memahami ungkapan algebra
B2D3E1 Menyatakan sebutan algebra dalam dua atau lebih pembolehubah sebagai hasil darab pembolehubah dengan suatu nombor. pekali dalam sebutan algebra dalam dua atau lebih pembolehubah. sebutan serupa dan sebutan tidak serupa dalam dua pembolehubah atau lebih. sebutan serupa untuk sebutan algebra yang diberi. B2D3E2 Menulis ungkapan algebra bagi suatu situasi dengan menggunakan simbol huruf.
10
DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR B2D4 Memahami konsep persamaan linear
EVIDENS B2D4E1 Menyatakan hubung kait di antara dua kuantiti dengan menggunakan simbol ‘ ’ atau ‘ ’. B2D4E2 Menentukan persamaan yang diberi adalah suatu persamaan linear. suatu persamaan linear dalam pembolehubah.
B2D5 Memahami konsep nisbah, kadar dan perkadaran
B2D6 Memahami Teorem Pyhtagoras dalam segi tiga bersudut tegak
B2D7 Memahami konsep koordinat
satu
B2D5E1 Membanding
dua kuantiti dalam bentuk a : b atau
tiga kuantiti dalam bentuk a : b : c
a b
B2D6E1 Menentukan hubungan di antara panjang sisi-sisi sebuah segi tiga bersudut tegak.
B2D7E1 Menandakan nilai pada kedua-dua paksi dengan melanjutkan urutan nilai yang diberi pada paksinya. B2D7E2 Menyatakan titik tengah bagi garis lurus yang menyambungkan dua titik.
11
DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
B2D8 Memahami bahagian-bahagian bulatan
B2D8E1 Melabel bahagian-bahagian bulatan: a. pusat bulatan b. lilitan c. jejari d. diameter e. perentas f. lengkok g. sektor h. tembereng
B2D9 Memahami konsep penjelmaan dan mengenalpasti jenis-jenis penjelmaan
B2D9E1 Mengenalpasti objek dan imejnya bagi suatu penjelmaan yang diberi. B2D9E2 Mengenalpasti a. translasi. b. pantulan. c. putaran. B2D9E3 Mengenalpasti sama ada suatu penjelmaan sebagai isometri sama ada dua rajah adalah kongruen.
12
DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
B2D10 Memahami ciri-ciri pepejal geometri
B2D10E1 Menyatakan ciri-ciri geometri bagi prisma, piramid, silinder, kon dan sfera bilangan permukaan bagi prisma, piramid, silinder dan kon
B2D11 Memahami konsep asas data dalam statistik
B2D11E1 Membuat pengkelasan data berdasarkan yang mana boleh dikumpulkan secara a. mengira. b. mengukur.
13
DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
BAND 3 Tahu, Faham, Boleh buat
PERNYATAAN STANDARD B3 Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik
DESKRIPTOR B3D1 Melakukan operasi kepada nombor terarah
EVIDENS B3D1E1 Melakukan operasi : a. darab b. bahagi yang melibatkan dua integer ke atas integer. B3D1E2 Membanding dan menyusun pecahan secara tertib. B3D1E3 Melakukan operasi tambah atau tolak atau darab atau bahagi ke atas : a. pecahan. b. perpuluhan. c. dua nombor berarah.
B3D2 Melakukan operasi asas berkaitan nombor kuasa dua dan punca kuasa dua
B3D2E1 Menentukan : nilai-nilai kuasa dua sempurna. sama ada suatu nombor itu merupakan nilai kuasa dua sempurna nilai punca kuasa dua bagi kuasa dua sempurna tanpa menggunakan kalkulator B3D2E2 Melakukan operasi darab ke atas dua punca kuasa dua bagi : a. dua nombor yang sama. b. dua nombor yang berlainan.
14
DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR B3D3 Mengendalikan operasi dalam ungkapan algebra
EVIDENS B3D3E1 Mencari : a. hasil darab dua sebutan algebra. b. hasil bahagi dua sebutan algebra.
B3D3E2 Mempermudahkan ungkapan algebra dengan mengumpulkan sebutan serupa. B3D3E3 Mencari nilai suatu ungkapan algebra dengan menggantikan huruf dengan suatu nombor. B3D3E4 Melakukan operasi : a. darab dan bahagi ke atas ungkapan algebra dengan suatu nombor. b. tambah dan tolak ke atas dua ungkapan algebra.
15
DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR B3D4 Mengendalikan operasi dalam persamaan linear
EVIDENS B3D4E1 Menulis persamaan linear dalam satu pembolehubah bagi pernyataan yang diberi dan sebaliknya. B3D4E2 Menentukan : a. sama ada suatu nilai merupakan penyelesaian bagi suatu persamaan linear dalam satu pembolehubah. b. penyelesaian bagi persamaan linear dalam satu pembolehubah secara cuba jaya. B3D4E3 Menyelesaikan persamaan linear dalam bentuk : a. x + a = b. b. x – a = b. c. ax = b.
x b a di mana a, b, c ialah integer dan x ialah suatu pembolehubah. d.
B3D5 Mengendalikan operasi asas dalam konteks nisbah, kadar dan perkadaran
B3D5E1 Menyatakan sama ada nisbah yang diberi adalah setara nisbah kepada sebutan terendah nisbah yang berkaitan dengan suatu nisbah yang diberi. B3D5E2 Menyatakan sama ada kuantiti yang diberi adalah berkadaran.
16
DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
B3D6 Menggunakan teorem Phythagoras dalam segitiga bersudut tegak
B3D6E1 Menentukan sama ada sebuah segi tiga itu merupakan segi tiga bersudut tegak.
B3D7 Membuat binaan asas geometri
B3D7E1 Membina tembereng garis dengan ukuran yang diberi.
B3D8 Menggunakan ciri-ciri asas koordinat dalam satah Cartesan
B3D8E1 Memplot titik dan nyatakan a. koordinat titik-titik yang jaraknya dari paksi-y dan paksi-x diberi. b. jaraknya dari paksi-y dan paksi-x, koordinat titik-titik tersebut diberi. c. koordinat bagi titik-titik pada satah Cartesan B3D8E2 Menyatakan skala yang digunakan pada paksi-paksi di mana skala pada paksi-paksi itu adalah : a. sama. b. tidak sama. B3D8E3 Menandakan dan menyatakan koordinat bagi suatu titik berdasarkan skala yang diberi B3D8E4 Mencari jarak di antara dua titik yang mempunyai : a. koordinat-y yang sama. b. koordinat-x yang sama.
17
DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS B3D8E5 Mencari koordinat titik tengah bagi suatu garis lurus yang menghubungkan dua titik yang mempunyai : a. koordinat-y yang sama. b. koordinat-x yang sama.
B3D9 Mengendalikan konsep asas lokus dalam dua dimensi
B3D9E1 Menghurai dan melakar lokus bagi suatu titik yang bergerak. B3D9E2 Menentukan lokus bagi titik-titik dengan keadaan jaraknya sentiasa sama dari : a. satu titik tetap. b. dua titik tetap. c. suatu garis lurus. d. dua garis lurus yang bersilang.
B3D10 Melukis bulatan berdasarkan ciri-ciri yang diberi
B3D10E1 Melukis satu bulatan berdasarkan a. jejari dan pusat b. diameter c. diameter yang melalui suatu titik tertentu. dalam bulatan dan pusat d. perentas yang melalui suatu titik pada lilitan bulatan dan jarak e. sektor atau saiz sudut pada pusat bulatan dan jejari yang diberi.
18
DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR B3D11 Mengendalikan algoritma berkaitan lilitan dan luas bulatan
EVIDENS B3D11E1 Menghitung lilitan bulatan berdasarkan diameter atau jejari yang diberi B3D11E2 Menghitung panjang lengkok berdasarkan sudut sektor dan jejari yang diberi B3D11E3 Menghitung luas bulatan berdasarkan diameter atau jejari yang diberi B3D11E4 Menghitung luas sektor berdasarkan jejari dan sudut pada pusat bulatan yang diberi
B3D12 Mengenalpasti ciri-ciri penjelmaan dan menentukan imej
B3D12E1 Menentukan: a. imej suatu objek di bawah suatu translasi yang diberi. b. ciri-ciri translasi. B3D12E2 Menentukan : a. imej suatu objek di bawah suatu pantulan pada garisan yang diberi. b. ciri-ciri pantulan. c. imej suatu objek apabila paksi pantulan diberi. d. paksi pantulan berdasarkan objek dan imej yang diberi.
19
DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS B3D12E3 Menentukan : a. imej suatu objek di bawah suatu putaran berdasarkan pusat, sudut dan arah putaran yang diberi. b. ciri-ciri putaran. c. i. imej objek apabila pusat, sudut dan arah putaran diberi. ii. pusat, sudut dan arah putaran berdasarkan objek dan imej yang diberi. B3D12E4 Membina pola menggunakan isometri. B3D12E5 Mengenalpasti kekongruenan di antara dua rajah sebagai satu daripada ciri-ciri isometri. B3D12E6 Menentukan ciri-ciri sisi empat berdasarkan pantulan dan putaran.
20
DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
B3D13 Mengenalpasti pepejal berdasarkan ciri yang diberi serta menggunakan rumus untuk mencari luas permukaan pepejal geometri
B3D13E1 Menyatakan jenis-jenis pepejal berdasarkan bentangan yang diberi.
B3D14 Mendapatkan maklumat asas daripada data statistik
B3D14E1 Mengumpul dan merekod data secara sistematik.
B3D13E2 Menghitung luas permukaan bagi : a. prisma b. piramid c. silinder d. kon e. sfera dengan menggunakan rumus.
B3D14E2 Menentukan : a. kekerapan sesuatu data / nilai. b. data yang mempunyai kekerapan terendah. c. data yang mempunyai kekerapan tertinggi. B3D14E3 Memperoleh maklumat dari : a. jadual kekerapan. b. piktogram. c. carta palang. d. graf garis.
21
DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
PERNYATAAN STANDARD 4 Tahu, Faham, Boleh buat dengan beradab
B4 Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik.
DESKRIPTOR B4D1 Mengendalikan operasi gabungan dalam konteks nombor terarah
EVIDENS B4D1E1 Menyelesaikan masalah melibatkan operasi : a. darab b. bahagi bagi integer. B4D1E2 Melakukan pengiraan melibatkan gabungan operasi: a. tambah dan tolak b. darab dan bahagi bagi integer. B4D1E3 Melakukan pengiraan melibatkan gabungan dua atau lebih operasi dalam nombor berarah dengan penggunaan kurungan.
B4D2 Membuat pengiraan dalam konteks nombor kuasa dan nombor punca kuasa
B4D2E1 Melakukan pengiraan melibatkan : a. kuasa dua suatu nombor. b. kuasa dua dan punca kuasa dua. B4D2E2 Melakukan pengiraan melibatkan : a. kuasa tiga suatu nombor. b. kuasa tiga dan punca kuasa tiga.
22
DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
B4D3 Mengendalikan operasi yang melibatkan sebutan algebra
B4D3E1 Melakukan operasi darab dan operasi bahagi yang melibatkan sebutan algebra.
B4D4 Menyelesaikan persamaan linear
B4D4E1 Menyelesaikan persamaan linear dalam bentuk ax + b = c, di mana a, b, c adalah integer dan x ialah suatu pembolehubah dalam satu pembolehubah.
B4D5 Mengendalikan operasi untuk mencari nisbah, kadar dan perkadaran
B4D5E1 Mencari nilai suatu kuantiti bila diberi : a. nisbah dua kuantiti dan nilai satu kuantiti yang lain. b. nisbah dan hasil tambah dua kuantiti tersebut. B4D5E2 Mencari nisbah bagi a : b : c bila diberi nisbah bagi a : b dan b : c. B4D5E3 Mencari nilai suatu kuantiti bila diberi : a. nisbah bagi tiga kuantiti dan nilai satu daripada kuantiti tersebut. b. nisbah dan hasil tambah tiga kuantiti. c. nisbah dan beza dua daripada tiga kuantiti tersebut.
23
DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
B4D6 Menggunakan teorem Phythagoras untuk menghitung panjang suatu sisi dalam segi tiga bersudut tegak
B4D7 Membuat binaan melibatkan gabungan ciri-ciri asas pembinaan geometri
EVIDENS B4D5E4 Mencari hasil tambah dua kuantiti bila diberi nisbah bagi kuantitikuantitinya dan beza antara kuantiti tersebut. tiga kuantiti bila diberi nisbah dan beza antara dua daripada tiga kuantiti. B4D6E1 Menghitung : a. panjang sisi yang tidak diketahui bagi segi tiga bersudut tegak b. panjang sisi bagi suatu rajah dengan menggunakan Teorem Pythagoras. B4D7E1 Membina suatu segi tiga bila diberi panjang setiap sisi. B4D7E2 Membina : a. garis pembahagi dua sama serenjang bagi satu tembereng garis yang diberi. b. garis serenjang kepada suatu garis dan melalui satu titik yang terletak pada garis tersebut. c. garis serenjang kepada suatu garis dan melalui satu titik yang tidak terletak pada garis tersebut. B4D7E3 Membina : a. sudut 60o dan 120o b. pembahagi dua sama sudut.
24
DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR B4D8 Menggunakan ciri-ciri koordinat dalam satah Cartesan dalam konteks jarak dan titik tengah
EVIDENS B4D8E1 Mencari jarak antara dua titik dengan menggunakan Teorem Pythagoras. B4D8E2 Mencari koordinat titik tengah bagi garis yang menyambungkan dua titik.
B4D9 Membina lokus dalam dua dimensi berdasarkan ciri tertentu
B4D9E1 Membina lokus bagi titik-titik dengan keadaan jaraknya sentiasa sama dari : a. satu titik tetap. b. dua titik tetap. c. suatu garis lurus. d. dua garis lurus yang bersilang.
B4D10 Menggunakan rumus dan pembinaan geometri mencari ciri-ciri bulatan berdasarkan kriteria yang diberi
B4D10E1 Menentukan : a. pusat b. jejari bagi bulatan yang diberi dengan menggunakan kaedah pembinaan geometri.
25
DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS B4D10E2 Menghitung : a. jejari dan diameter diberi lilitan bagi satu bulatan. b. sudut sektor diberi panjang lengkok dan jejari bulatan. c. panjang jejari bulatan diberi panjang lengkok dan sudut sektor. d. jejari dan diameter diberi luas bagi satu bulatan. e. sudut sektor diberi jejari dan luas bulatan. f. jejari diberi luas sektor dan sudut sektor.
B4D11
B4D11E1 a. Menghuraikan translasi dengan menyatakan arah dan jarak pergerakan juga dalam bentuk
a b
Menghuraikan penjelmaan dan menentukan imej atau objek b.
Menentukan koordinat bagi : i. imej, bila diberi koordinat objek. ii. objek, bila diberi koordinat imej di bawah satu translasi.
B4D11E2 a. Menghuraikan pantulan bila diberi objek dan imej. b. Menentukan koordinat bagi : i. imej, bila diberi koordinat objek ii. objek, bila diberi koordinat imej di bawah satu pantulan.
26
DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS B4D11E3
a.
Menghuraikan putaran bila diberi objek dan imej.
b.
Menentukan koordinat bagi : i. imej, bila diberi koordinat objek ii. objek, bila diberi koordinat imej di bawah satu putaran.
B4D11E4 Menyelesaikan masalah melibatkan ciri kongruen. B4D12 Menyelesaikan masalah melibatkan pepejal geometri
B4D12E1 Melukis bentangan bagi prisma, piramid, silinder dan kon. B4D12E2 Membina model pepejal geometri apabila suatu bentangan diberi. B4D12E3 Menghitung ukuran : a. panjang sisi b. tinggi c. tinggi hipotenus d. jejari e. diameter bagi pepejal bila diberi luas permukaan dan maklumat lain yang berkenaan.
27
DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR B4D13 Mewakilkan data dalam jadual, piktograf, carta palang dan graf garis
EVIDENS B4D13E1 Penyusunan data dengan membina : a. jadual gundalan. b. jadual kekerapan. B4D13E2 Membina : a. piktograf b. carta palang c. graf garis untuk mewakilkan data.
28
DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
BAND 5 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji
PERNYATAAN STANDARD B5 Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah yang kompleks dengan menggunakan pelbagai kaedah
DESKRIPTOR
EVIDENS
B5D1 Membuat penyelesaian masalah melibatkan gabungan operasi dalam konteks nombor terarah
B5D1E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan gabungan operasi penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian bagi integer termasuk penggunaan kurungan dalam konteks nombor berarah.
B5D2 Membuat penyelesaian masalah melibatkan operasi gabungan dalam konteks nombor kuasa dan nombor punca kuasa
B5D2E1 Melakukan pengiraan yang melibatkan penambahan, penolakan, pendaraban, pembahagian dan gabungan operasi ke atas kuasa dua, punca kuasa dua, kuasa tiga dan punca kuasa tiga.
B5D3 Membuat penyelesaian masalah dalam konteks persamaan linear
B5D3E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan persamaan linear dalam satu pembolehubah.
B5D4 Membuat penyelesaian masalah dalam konteks nisbah, kadar dan perkadaran
B5D4E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan: a. nisbah dan perkadaran. b. nisbah dalam tiga kuantiti.
B5D5 Menggunakan teorem Phythagoras dalam penyelesaian masalah melibatkan segitiga bersudut tegak
B5D5E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan: a. Teorem Pythagoras. b. akas Teorem Pythagoras.
29
DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
B5D6 Membina segi tiga dan segi empat melibatkan gabungan ciri-ciri asas pembinaan geometri
B5D6E1 Membina: a. segi tiga yang diberikan satu sisi dan dua sudut. b. segi tiga yang diberikan dua sisi dan satu sudut. c. garisan selari. d. segi empat selari yang diberikan ukuran sisi dan sudut.
B5D7 Membuat penyelesaian masalah menggunakan ciri-ciri koordinat dalam satah Cartesan
B5D7E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan koordinat, jarak di antara dua titik dan titik tengah.
B5D8 Menentukan persilangan dua lokus melalui pembinaan lokus dalam dua dimensi berdasarkan ciri tertentu
B5D8E1 Menentukan persilangan dua lokus dengan melukis kedua-dua lokus itu dan menanda titik / titik-titik persilangan yang memenuhi syarat kedua-dua lokus itu.
B5D9 Membuat penyelesaian masalah dalam bulatan menggunakan rumus dan berdasarkan kriteria yang diberi
B5D9E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan : a. lilitan bulatan. b. lengkok suatu bulatan. c. luas bulatan. d. luas sektor dan luas bulatan. B5D9E2 Menghitung luas bulatan yang diberi lilitan dan sebaliknya.
30
DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
B5D10 Membuat penyelesaian masalah dalam penjelmaan
B5D10E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan : a. translasi. b. pantulan. c. putaran.
B5D11 Membuat penyelesaian masalah yang melibatkan pepejal geometri
B5D11E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan luas permukaan pepejal geometri.
B5D12 Membuat penyelesaian masalah yang melibatkan perwakilan graf dan carta statistik
B5D12E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan : a. piktograf. b. carta palang. c. graf garis.
31
DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013
BAND 6 Tahu, Faham, Boleh buat dengan Beradab Mithali
PERNYATAAN STANDARD B6 Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik secara kreatif, inovatif dan berkesan
DESKRIPTOR B6D1 Menyelesaikan masalah matematik dalam suatu situasi secara kreatif dan inovatif.
EVIDENS B6D1E1 Menyelesaikan masalah matematik dalam suatu situasi yang melibatkan gabungan pengetahuan dan kemahiran matematik secara kreatif dan inovatif. Atau Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan, penulisan, projek atau permainan yang menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik secara kreatif dan inovatif.
32