KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DOKUMEN STANDARD PRESTASI SEJARAH TINGKATAN 2 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1
DRAF DSP Sejarah Tingkatan 2 28 September 2012
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
DRAF DSP Sejarah Tingkatan 2 28 September 2012
2
PENDAHULUAN Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
DRAF DSP Sejarah Tingkatan 2 28 September 2012
3
TAFSIRAN o
Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu.
o
Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran holistik tentang individu.
o
Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran.
o
Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang dapat ditaksir dan dicapai.
o
Evidens :
o
Murid
-
Instrumen
-
Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan deskriptor. Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.
Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .
DRAF DSP Sejarah Tingkatan 2 28 September 2012
4
KERANGKA STANDARD PRESTASI BAND
STANDARD
1
Tahu
2
Tahu dan Faham
3
Tahu, Faham dan Boleh Buat
4
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
5
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
6
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
DRAF DSP Sejarah Tingkatan 2 28 September 2012
5
TAFSIRAN BAND BAND
PERNYATAAN BAND
TAFSIRAN
1
TAHU
Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan respons kepada perkara yang asas.
2
TAHU DAN FAHAM
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
3
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi.
4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
6
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
DRAF DSP Sejarah Tingkatan 2 28 September 2012
6
MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan, para pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap Sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa.
OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH Kurikulum Pendidikan Sejarah membolehkan murid: OM 1 Menyatakan kepentingan Mata Pelajaran Sejarah sebagai satu disiplin ilmu dan mengamalkannya sebagai pendidikan sepanjang hayat serta mampu berdikari. OM 2 Menjelaskan perkembangan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. OM 3 Menghuraikan ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan Malaysia serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian. OM 4 Menghargai usaha dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan negara dan mempertahankan maruah bangsa. OM 5 Memiliki semangat patriotik dan melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan nega OM 6 Menjelaskan kedudukan Malaysia sebagai sebahagian daripada peradaban dunia dan sumbangannya di peringkat antarabangsa. OM 7 Mengambil iktibar daripada pengalaman sejarah untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan. OM 8 Mengamalkan nilai-nilai murni. OM 9 Menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah Malaysia dan dunia luar secara rasional.
DRAF DSP Sejarah Tingkatan 2 28 September 2012
7
BAND
PERNYATAAN STANDARD
1
Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.
2
Memahami fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.
3
Menerangkan fakta sejarah serta mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah dan mengamalkan unsur patriotisme .
4
Menghuraikan fakta sejarah dan mahir mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah serta sentiasa mengamalkan unsur patriotisme.
5
Menghubungkait sejarah negara dengan sejarah dunia, mengamalkan unsur patriotisme secara berterusan serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah.
6
Menjana idea secara rasional dan menjadi warganegara yang cinta akan negara serta berbangga sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia.
DRAF DSP Sejarah Tingkatan 2 28 September 2012
8
BAND
PERNYATAAN STANDARD
1
B1 Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme
TAHU
DESKRIPTOR B1D1 Mengetahui kemakmuran dan kekayaan negara kita menarik British untuk menjajah
EVIDENS Bab 1 B1D1E1 Menyatakan wilayah yang dikuasai oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) B1D1E2 Melorek peta lokasi Negeri-Negeri Selat (KPS) B1D1E3 Menyenaraikan pemimpin Kedah dan Johor yang menentang pertapakan kuasa luar di wilayah mereka (UP) Bab 2 B1D1E4 Menamakan Negeri-Negeri Melayu yang mengalami ketidakstabilan politik B1D1E5 Melorek peta lokasi Negeri-Negeri Melayu yang dikuasai British (KPS) Bab 3 B1D1E6 Menyenaraikan kuasa besar yang berusaha untuk bertapak di Asia Tenggara pada awal kurun ke-20
DRAF DSP Sejarah Tingkatan 2 28 September 2012
9
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS B1D1E7 Melorek peta Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor (KPS) B1D1E8 Menyenaraikan pemimpin Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor yang menentang campur tangan British (UP) Bab 4 B1D1E9 Melorek peta kawasan Sarawak pada tahun 1841 B1D1E10 Menamakan pemimpin tempatan yang berjuang mempertahankan kedaulatan Sarawak (UP) Bab 5 B1D1E11 Melorek peta kawasan Sabah pada tahun 1877 (KPS) B1D1E12 Menyenaraikan hasil kekayaan Sabah (UP) Bab 6 B1D1E13 Memerihalkan pertanian dagangan B1D1E14 Menyenaraikan kekayaan hasil bumi di Tanah Melayu (UP)
DRAF DSP Sejarah Tingkatan 2 28 September 2012
10
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS B1D1E15 Melorek peta kawasan tanaman getah dan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu pada kurun ke-20
B1D2 Mengetahui tindak balas masyarakat tempatan terhadap penjajahan British
Bab 7 B1D2E1 Menyenaraikan pemimpin setempat yang berjuang untuk kedaulatan bangsa B1D2E2 Melabel peta lokasi kebangkitan pemimpin setempat menentang British (KPS) B1D2E3 Menyenaraikan ciri patriotik pemimpin setempat yang menentang British (UP) Bab 8 B1D2E4 Menyatakan maksud semangat kebangsaan B1D2E5 Melabel peta gerakan kebangsaan di negara luar yang mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan di negara kita (KPS) B1D2E6 Menyenarai tokoh nasionalis di negara kita sebelum Perang Dunia Ke-2 (UP)
DRAF DSP Sejarah Tingkatan 2 28 September 2012
11
BAND
PERNYATAAN STANDARD
2
B2 Memahami fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme
TAHU DAN FAHAM
DESKRIPTOR B2D1 Memahami kemakmuran dan kekayaan negara kita menarik British untuk menjajah
EVIDENS Bab 1 B2D1E1 Menjelaskan faktor pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Pulau Pinang dan Singapura B2D1E2 Menjelaskan secara kronologi pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Negeri-Negeri Selat (KPS) B2D1E3 Menjelaskan usaha pemimpin tempatan untuk mempertahankan kedaulatan Kedah dan Johor (UP) Bab 2 B2D1E4 Menjelaskan faktor campur tangan British di NegeriNegeri Melayu B2D1E5 Menjelaskan keadaan di Negeri-Negeri Melayu yang membawa campur tangan British (KPS) Bab 3 B2D1E6 Menjelaskan tindakan British untuk menguasai Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor secara kronologi (KPS)
DRAF DSP Sejarah Tingkatan 2 28 September 2012
12
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS Bab 4 B2D1E7 Menjelaskan tindakan James Brooke untuk menjadi pemerintah Sarawak Bab 5 B2D1E8 Menjelaskan usaha pelabur Barat bertapak di Sabah Bab 6 B2D1E9 Menjelaskan ciri ekonomi tradisional dan ekonomi dagangan (KPS) B2D1E10 Menjelaskan perkembangan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu (KPS) B2D1E11 Menjelaskan unsur patriotisme terhadap kekayaan hasil bumi negara kita (UP)
B2D2 Memahami tindak balas masyarakat tempatan terhadap penjajahan British
Bab 7 B2D2E1 Menjelaskan sebab kebangkitan pemimpin setempat menentang British B2D2E2 Menjelaskan peristiwa perjuangan pemimpin setempat menentang British
DRAF DSP Sejarah Tingkatan 2 28 September 2012
13
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS B2D2E3 Menjelaskan iktibar daripada perjuangan pemimpin setempat menentang British (UP) Bab 8 B2D2E4 Menjelaskan faktor yang menyemarakkan kesedaran kebangsaan di negara kita
DRAF DSP Sejarah Tingkatan 2 28 September 2012
14
BAND
PERNYATAAN STANDARD
3
B3 Menerangkan fakta sejarah serta mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah dan mengamalkan unsur patriotisme
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
DESKRIPTOR
B3D1 Menerangkan kemakmuran dan kekayaan negara kita menarik British untuk menjajah
EVIDENS Bab 1 B3D1E1 Menerangkan cara Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) bertapak di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka B3D1E2 Melakar dan melorek peta pembahagian kawasan pengaruh British dan Belanda di Kepulauan Melayu pada tahun 1824 (KPS) Bab 2 B3D1E3 Menerangkan sebab dan kesan pelaksanaan Sistem Residen di Negeri-Negeri Melayu B3D1E4 Melakar dan melorek peta Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (KPS) Bab 3 B3D1E5 Melakar dan melorek peta Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor (KPS) Bab 4 B3D1E6 Menerangkan perubahan ekonomi dan sosial semasa pentadbiran keluarga Brooke di Sarawak
DRAF DSP Sejarah Tingkatan 2 28 September 2012
15
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS B3D1E7 Melakar dan melorek peta wilayah Sarawak yang dikuasai oleh keluarga Brooke secara kronologi (KPS) Bab 5 B3D1E8 Menerangkan perubahan ekonomi dan sosial di Sabah semasa pentadbiran Syarikat Borneo Utara British Bab 6 B3D1E9 Menerangkan perubahan sosial di Tanah Melayu kesan daripada perkembangan ekonomi semasa pentadbiran British
B3D2 Menerangkan tindak balas masyarakat tempatan terhadap penjajahan British
Bab 7 B3D2E1 Menerangkan kesan perjuangan pemimpin setempat menentang British B3D2E2 Membuat garis masa perjuangan pemimpin setempat menentang British (KPS) Bab 8 B3D2E3 Menerangkan peranan golongan intelektual dalam gerakan kesedaran kebangsaan di negara kita B3D2E4 Mengamalkan ciri warganegara yang patriotik (UP)
DRAF DSP Sejarah Tingkatan 2 28 September 2012
16
BAND 4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
PERNYATAAN STANDARD B4 Menghuraikan fakta sejarah dan mahir mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah serta sentiasa mengamalkan unsur patriotisme
DESKRIPTOR B4D1 Menganalisis kemakmuran dan kekayaan negara kita menarik British untuk menjajah
EVIDENS Bab 1 B4D1E1 Membandingkan cara Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) mengambil Pulau Pinang, Singapura dan Melaka (KPS) Bab 2 B4D1E2 Menganalisis campur tangan British di NegeriNegeri Melayu daripada aspek sebab, tokoh dan kesan B4D1E3 Menganalisis penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atau Persekutuan 1896 Bab 3 B4D1E4 Menganalisis kewibawaan pemimpin di NegeriNegeri Melayu Utara dan Johor dalam mempertahankan kedaulatan negeri daripada aspek tindakan dan kesan (UP) Bab 4 B4D1E5 Menganalisis tindakan keluarga Brooke memantapkan pentadbiran untuk menguasai Sarawak
DRAF DSP Sejarah Tingkatan 2 28 September 2012
17
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS Bab 5 B4D1E6 Menganalisis tindakan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) memantapkan pentadbiran untuk menguasai Sabah Bab 6 B4D1E7 Membandingkan sistem pendidikan vernakular di Tanah Melayu (KPS)
B4D2 Menganalisis tindak balas masyarakat tempatan terhadap penjajahan British
Bab 7 B4D2E1 Mengelaskan perjuangan pemimpin setempat menentang British mengikut tokoh, lokasi, sebab dan cara berjuang (KPS) Bab 8 B4D2E2 Mengelaskan perjuangan badan dan persatuan dalam gerakan kesedaran kebangsaan berdasarkan nama badan atau pertubuhan, pemimpin, matlamat, bentuk dan kesan perjuangan (KPS) B4D2E3 Selalu mengamalkan ciri-ciri warganegara yang patriotik (UP)
DRAF DSP Sejarah Tingkatan 2 28 September 2012
18
BAND 5 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
PERNYATAAN STANDARD B5 Menghubungkait sejarah negara dengan sejarah dunia, mengamalkan unsur patriotisme secara berterusan serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah
DESKRIPTOR B5D1 Boleh menghubungkait perkembangan sejarah negara dengan dunia serta mengambil iktibar
EVIDENS Bab 1 B5D1E1 Menilai keistimewaan Negeri-Negeri Selat yang menarik campur tangan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) Bab 2 B5D1E2 Menilai keberkesanan tindakan pemimpin NegeriNegeri Melayu menghadapi peluasan kuasa British Bab 4 B5D1E3 Menilai perubahan pentadbiran, ekonomi dan sosial semasa pentadbiran Brooke terhadap penduduk tempatan di Sarawak (UP) Bab 5 B5D1E4 Menilai perubahan pentadbiran, ekonomi dan sosial Syarikat Borneo Utara British (SBUB) terhadap penduduk tempatan di Sabah (UP) Bab 6 B5D1E5 Menilai perubahan ekonomi dan sosial terhadap penduduk tempatan semasa pentadbiran British di Tanah Melayu (UP)
DRAF DSP Sejarah Tingkatan 2 28 September 2012
19
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR B5D2 Boleh menghubungkait perkembangan sejarah negara dengan dunia serta mengambil iktibar
EVIDENS Bab 7 B5D2E1 Menilai keberkesanan perjuangan pemimpin tempatan dalam mempertahankan kedaulatan negeri daripada ancaman kuasa luar Bab 8 B5D2E2 Menilai keberkesanan gerakan kesedaran kebangsaan di negara kita pada awal kurun ke-20 B5D2E3 Mengambil iktibar daripada kegigihan perjuangan nasionalis mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara
B5D2E4 Sentiasa mengamalkan ciri-ciri warganegara yang patriotik (UP)
DRAF DSP Sejarah Tingkatan 2 28 September 2012
20
BAND
PERNYATAAN STANDARD
6
B6 Menjana idea secara rasional dan menjadi warganegara yang cinta akan negara serta berbangga sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
DESKRIPTOR B6D1 Menjana idea untuk kesejahteraan negara dan menjadi warganegara yang patriotik serta warga dunia yang bertanggungjawab
EVIDENS B6D1E1 Menjana idea secara rasional untuk kemajuan dan kemakmuran negara serta dunia (KPS, UP) B6D1E2 Menjadi contoh dalam pengamalan unsur patriotisme (UP): • Berbangga sebagai rakyat Malaysia • Bersemangat setia negara • Bersemangat kekitaan • Berdisiplin • Berusaha dan produktif
Nota : KPS
-
Kemahiran Pemikiran Sejarah
UP
-
Unsur Patriotisme
DRAF DSP Sejarah Tingkatan 2 28 September 2012
21