KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 2
DRAF DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 28 SEPTEMBER 2012
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang
berilmu
pengetahuan,
berketerampilan,
berakhlak
mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
DRAF DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 28 SEPTEMBER 2012
2
PENDAHULUAN Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
DRAF DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 28 SEPTEMBER 2012
3
TAFSIRAN o
Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu.
o
Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran holistik tentang individu.
o
Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi ( qualifier ) menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan standard hasil pembelajaran.
o
Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard kualiti yang dapat ditaksir dan dicapai.
o
Evidens :
o
Murid
-
Instrumen
-
Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan deskriptor. Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.
Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain.
DRAF DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 28 SEPTEMBER 2012
4
KERANGKA STANDARD PRESTASI BAND
STANDARD
1
TAHU
2
TAHU DAN FAHAM
3
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
6
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
DRAF DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 28 SEPTEMBER 2012
5
TAFSIRAN BAND BAND
PERNYATAAN BAND
TAFSIRAN
1
TAHU
Murid mengetahui perkara asas, atau dapat melakukan kemahiran asas ataupun memberikan respons kepada perkara yang asas.
2
TAHU DAN FAHAM
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukarkan bentuk komunikasi atau menterjemahkan serta menjelaskan apa-apa yang telah dipelajari.
3
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi.
4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
6
DRAF DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 28 SEPTEMBER 2012
6
MATLAMAT KURIKULUM BAHASA MELAYU Matlamat kurikulum bersepadu Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian.
OBJEKTIF KURIKULUM BAHASA MELAYU Pada akhir pengajaran dan pembelajaran kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah, murid dapat: i.
melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;
ii.
mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat;
iii. menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan; iv. mendengar, membaca, menonton, dan memberikan respons kepada pelbagai bahan sastera dan bukan sastera; v.
melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara kreatif dan berkesan; dan
vi. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara.
DRAF DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 28 SEPTEMBER 2012
7
BAND
PERNYATAAN STANDARD
1
Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
2
Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
3
Memahami dan memberikan respons kepada maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
4
Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
5
Memproses maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
6
Menilai sesuatu perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
DRAF DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 28 SEPTEMBER 2012
8
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
1
B1 Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
B1 DL1 Berbual tentang isu semasa dengan ayat yang mudah.
B1 DL1 E1 Berbual tentang isu semasa dengan ayat yang dapat difahami.
B1 DB1 Membaca perenggan dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.
B1 DB1 E1 Membaca ayat dalam perenggan daripada sesuatu sumber dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.
B1 DT1 Menulis ayat yang lengkap.
B1 DT1 E1 Menulis ayat-ayat yang mengandungi subjek dan predikat.
Tahu
DRAF DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 28 SEPTEMBER 2012
EVIDENS
9
BAND
2 Tahu dan Faham
PERNYATAAN STANDARD
B2 Mengetahui dan memahami perkara yang didengardituturkan, dibaca dan ditulis.
DESKRIPTOR
EVIDENS
B2DL1 Mendengar dan memberikan respons secara lisan tentang sesuatu isu.
B2 DL1 E1 Memberikan respons tentang perkara yang didengar secara spontan.
B2 DB1 Membaca perenggan dan memahami maksud rangkai kata mengikut konteks.
B2 DB1 E1 Memberikan maksud rangkai kata yang sesuai mengikut konteks.
B2 DT1 Menulis pelbagai jenis ayat.
B2 DT1 E1 Mengenal pasti pelbagai jenis ayat. (Ayat penyata, Ayat tanya, Ayat seru, Ayat perintah) B2 DT1 E2 Menulis pelbagai jenis ayat dengan betul.
DRAF DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 28 SEPTEMBER 2012
10
BAND
PERNYATAAN STANDARD
3
B3 Memahami dan memberikan respons kepada maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
Tahu, faham dan boleh buat
DESKRIPTOR
B3DL1 Berbincang tentang sesuatu tajuk yang telah ditetapkan.
EVIDENS
B3 DL1 E1 Mengemukakan pendapat berdasarkan tajuk yang diberikan. B3 DL1 E2 Bersoal jawab tentang sesuatu perkara berdasarkan tajuk yang diberikan.
B3 DB1 Membaca dan menyatakan maksud tersurat dan tersirat daripada sesuatu bahan.
B3 DB1 E1 Menyatakan maksud tersurat yang betul daripada bahan yang dibaca. B3 DB1 E2 Menyatakan maksud tersirat yang sesuai daripada bahan yang dibaca.
B3 DT1 Menulis perenggan yang lengkap.
B3 DT1 E1 Menulis ayat topik yang sesuai. B3 DT1 E2 Menulis ayat huraian untuk menghasilkan perenggan yang lengkap.
DRAF DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 28 SEPTEMBER 2012
11
BAND
4 Tahu, faham, boleh buat dengan beradab
PERNYATAAN STANDARD
B4 Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengardituturkan, dibaca dan ditulis.
DRAF DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 28 SEPTEMBER 2012
DESKRIPTOR
B4 DL1 Berbincang tentang sesuatu perkara secara beradab.
EVIDENS
B4 DL1 E1 Memberikan pandangan yang rasional dalam perbincangan. B4 DL1 E2 Menggunakan kata, ungkapan dan ayat yang sesuai semasa berbincang.
B4 DB1 Membaca dan memindahkan maklumat dalam bentuk lain.
B4 DB1 E1 Menukarkan maklumat yang tersurat daripada pelbagai bahan yang dibaca kepada bentuk grafik atau sebaliknya dengan lengkap.
B4 DT1 Menulis perenggan yang koheren dan kohesi.
B4 DT1 E1 Menghasilkan penulisan yang lengkap menggunakan penanda wacana yang sesuai.
12
BAND
PERNYATAAN STANDARD
5
B5 Memproses maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
Tahu, faham, boleh buat dengan beradab terpuji
DESKRIPTOR B5DL1 Menyatakan pendirian yang jelas dengan maklumat yang relevan.
EVIDENS B5 DL1 E1 Mengukuhkan pendapat dengan memberikan alasan yang munasabah. B5 DL1 E2 Menggunakan gaya pengucapan yang bertatasusila dalam perbincangan.
B5 DB1 Membaca dan menghubungkaitkan maklumat.
B5 DB 1 E1 Menyatakan maklumat yang tersirat dengan tepat daripada bahan yang dibaca. B5 DB 1 E2 Menghubungkaitkan maklumat tersirat daripada bahan yang dibaca dengan pelbagai bahan bacaan lain.
B5 DT1 Menghasilkan pelbagai penulisan kreatif dan bukan kreatif yang lengkap.
B5 DT1 E1 Menghasilkan karya kreatif yang lengkap dengan gaya penulisan yang menarik. B5 DT1 E2 Menghasilkan karya bukan kreatif yang lengkap dengan gaya penulisan yang menarik.
DRAF DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 28 SEPTEMBER 2012
13
BAND
PERNYATAAN STANDARD
6
B6 Menilai sesuatu perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
Tahu, faham, boleh buat dengan beradab mithali.
DESKRIPTOR
EVIDENS
B6DL1 Mempertimbangkan pelbagai pendapat secara rasional.
B6 DL1 E1 Menilai pelbagai pendapat yang dikemukakan secara rasional.
B6 DB1 Membaca dan merumuskan maklumat dengan alasan yang dapat diterima.
B6 DB1 E1 Merumuskan maklumat daripada pelbagai bahan yang dibaca. B6 DB1 E2 Menilai bahan yang dibaca dengan memberikan alasan yang dapat diterima.
B6 DT1 Menyunting dan memurnikan sesebuah karya yang telah dihasilkan.
B6 DT1 E1 Menyunting kesalahan kata dan ayat dalam sesebuah karya. B6 DT1 E2 Memurnikan sesebuah karya sehingga boleh dijadikan contoh.
DRAF DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 28 SEPTEMBER 2012
14