KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012
PENDAHULUAN Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum ini.
Adalah diharap dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012
TAFSIRAN o
Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.
o
Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik memberi gambaran holistik tentang individu.
o
Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.
o
Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.
o
Evidens
o
bagi
Murid
:
Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor.
Instrumen
:
Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.
Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012
KERANGKA STANDARD PRESTASI BAND
STANDARD
1
TAHU
2
TAHU, FAHAM
3
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
6
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012
TAFSIRAN BAND BAND
1
PERNYATAAN BAND
TAHU
TAFSIRAN
Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
2
TAHU, FAHAM
3
TAHU, FAHAM DAN BOLEH Murid menggunakan pengetahuan BUAT kemahiran pada suatu situasi.
4
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu TAHU, FAHAM DAN BOLEH mengikut prosedur atau secara sistematik. BUAT DENGAN BERADAB
5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan BUAT DENGAN BERADAB mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap TERPUJI positif.
6
untuk
melaksanakan
sesuatu
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta TAHU, FAHAM DAN BOLEH cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk BUAT DENGAN BERADAB mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang MITHALI sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012
MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.
OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 2, murid dapat : 1.
Mengetahui maksud komponen-komponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelenturan, kuasa, dan kelajuan;
2.
Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal;
3.
Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik artistik, gimnastik irama, gimnastik pendidikan, dan pergerakan kreatif dengan betul dan selamat;
4.
Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi menjaga keselamatan;
5.
Melibatkan diri dalam mengamalkan etika sukan yang baik;
6.
Mengurus stor alatan sukan serta dapat mengklasifikasi jenis-jenis alatan sukan; dan
7.
Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalam suasana yang riang dan menggembirakan.
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012
MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.
OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 2, murid dapat : 1.
Memahami amalan pemakanan yang tidak sihat;
2.
Memahami peranan dan tanggungjawab ahli keluarga berdasarkan gender;
3.
Menjelaskan fungsi nutrien dan kesan kekurangannya;
4.
Memahami cara mengurus stres;
5.
Menjelaskan kesan pengambilan dadah;
6.
Memahami akta dan undang-undang penderaan kanak-kanak; dan
7.
Mengaplikasi prinsip dan prosedur Talk, Observe, Touch, Active, Passive dan Skills (T.O.T.A.P.S.).
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012
BAND 1
PERNYATAAN STANDARD Tahu tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran.
2
Tahu dan faham tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran.
3
Tahu, faham dan boleh melakukan aktiviti dalam komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta boleh mengurus kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran.
4
5
6
Tahu, faham dan boleh mengaplikasikan komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan dalam aktiviti harian dengan betul dan selamat serta membentuk sikap positif terhadap kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran berasaskan pengetahuan dan pengalaman. Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan semasa beraktiviti dalam gaya hidup sihat, berkemahiran merancang, berkomunikasi, empati dengan orang lain, dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif, sihat dan selamat. Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan, menjana kreativiti minda menjurus kepada gaya hidup sihat serta sejahtera, dan berkeupayaan meningkatkan kualiti kehidupan secara keseluruhan bagi membentuk gaya hidup sihat.
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012
BAND 1 Tahu
PERNYATAAN STANDARD B1 Tahu tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran.
DESKRIPTOR
EVIDENS
B1 DJ1 Mengetahui maksud komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan.
B1 DJ1 E1 Menyatakan maksud komposisi badan.
B1 DJ2 Mengetahui tentang konsep kekhususan dan tambah beban dalam prinsip latihan.
B1 DJ2 E1 Menyatakan maksud kekhususan dan tambah beban dalam prinsip latihan.
B1 DJ3 Mengetahui kemahiran asas olahraga.
B1 DJ3 E1 Menyatakan fasa-fasa lakuan dalam merejam lembing
B1 DJ4 Mengetahui aktiviti rekreasi.
B1 DJ4 E1 Menyatakan maksud orienteering.
B1 DJ5 Mengetahui isu-isu dan etika dalam sukan dan permainan.
B1 DJ5 E1 Menyatakan jenis insentif dalam sukan.
B1 DJ5 E2 Menyatakan maksud etika dan amalan permainan bersih. DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012
B1 DK1 Mengetahui penyakit akibat amalan pemakanan yang tidak sihat .
B1 DK1 E1 Menyatakan maksud anoreksia nervosa dan bulimia nervosa.
B1 DK2 Mengetahui jenis-jenis nutrien.
B1 DK2 E1 Menyatakan enam jenis nutrien.
B1 DK3 E1 B1 DK3 Menyatakan akta perlindungan kanakMengetahui akta dan undangundang perlindungan kanak-kanak kanak. serta jenis penderaan. B1 DK3 E2 Menyatakan jenis penderaan kanak- kanak
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012
BAND 2 Tahu dan Faham
PERNYATAAN STANDARD B2 Tahu dan faham tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran.
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012
DESKRIPTOR
EVIDENS
B2 DJ1 Menyatakan faedah latihan komponen kecergasan fizikal.
B2 DJ1 E1 Menyatakan faedah-faedah latihan Par course dan latihan Fartlek.
B2 DJ2 Menjelaskan konsep tambah beban dalam program latihan.
B2 DJ2 E1 Mengenalpasti pembolehubah latihan dalam prinsip tambah beban.
B2 DJ3 Memahami undang-undang dan peraturan olahraga.
B2 DJ3 E1 Menyatakan undang-undang dan peraturan dalam acara lari berganti-ganti dan merejam lembing.
B2 DJ4 Memahami pergerakan asas gimnastik.
B2 DJ4 E1 Menyatakan ansur maju kemahiran dalam gimnastik artistik dan gimnastik irama.
B2 DJ5 Memahami faedah yang diperoleh dalam aktiviti orienteering.
B2 DJ5 E1 Menyatakan faedah-faedah yang diperoleh dalam aktiviti orienteering.
B2 DJ6 Memahami isu-isu dalam sukan.
B2 DJ6 E1 Menerangkan kesan insentif dalam sukan.
B2 DK1 Mempunyai kefahaman tentang penyakit akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.
B2 DK1 E1 Menyenaraikan kesan amalan pemakanan yang tidak sihat. B2 DK1 E2 Mengenal pasti faktor dan tanda-tanda yang mempengaruhi berlakunya anoreksia nervosa dan bulimia nervosa.
B2 DK2 Memahami peranan serta tanggungjawab setiap ahli keluarga.
B2 DK2 E1 Menyenaraikan peranan dan tanggungjawab setiap ahli keluarga.
B2 DK3 Mempunyai kefahaman tentang jenis nutrien.
B2 DK3 E1 Menyenaraikan sumber-sumber makro dan mikro nutrien.
B2 DK4 Memahami peranan agensi yang terlibat dalam akta dan undangundang perlindungan kanakkanak.
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012
B2 DK4 E1 Menjelaskan peranan agensi yang terbabit dalam kes penderaan kanak-kanak.
BAND 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
PERNYATAAN STANDARD B3 Tahu, faham dan boleh melakukan aktiviti dalam komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta boleh mengurus kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran.
DESKRIPTOR B3 DJ1 Melakukan aktiviti berdasarkan komponen kecergasan fizikal dan mengukur komposisi lemak badan.
EVIDENS B3 DJ1 E1 Melakukan aktiviti latihan Fartlek (daya tahan kardiovaskular), latihan litar atau Par Course (daya tahan otot, kekuatan otot, kuasa dan kelajuan) dengan kaedah yang betul.
B3 DJ1 E2 Mengukur komposisi lemak badan dengan kaliper sekurang-kurangnya di dua bahagian badan. B3 DJ2 Melakukan kemahiran asas permainan dan olahraga.
B3 DJ2 E1 Melakukan kemahiran-kemahiran asas dalam permainan bola baling dan badminton dengan teknik yang betul.
B3 DJ2 E2 Melakukan kemahiran lari berganti-ganti dengan teknik yang betul.
B3 DJ2 E3 Melakukan kemahiran merejam lembing dengan teknik yang betul.
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012
B3 DJ3 Melakukan aktiviti pengurusan sukan.
B3 DJ3 E1 Menyatakan langkah-langkah dan membuat penyemakan stok alatan sukan dan permainan.
B3 DK1 Mengklasifikasikan fungsi nutrien.
B3 DK1 E1 Menyatakan kesan kekurangan makro nutrien. (kekurangan karbohidrat, protein, lemak)
B3 DK2 Memahami kesan penyalahgunaan dadah.
B3 DK2 E1 Menyatakan kesan beserta contoh penyalahgunaan dadah kepada individu dan institusi kekeluargaan.
B3 DK3 Memahami pengetahuan keselamatan dan pertolongan cemas.
B3 DK3 E1 Menjelaskan prinsip dan prosedur T.O.T.A.P.S. untuk kecederaan ringan.
BAND 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
PERNYATAAN STANDARD B4 Tahu, faham dan boleh mengaplikasikan komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan dalam aktiviti harian dengan betul dan selamat serta membentuk sikap positif terhadap kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran berasaskan pengetahuan dan pengalaman.
DESKRIPTOR
EVIDENS
B4 DJ1 Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan aktiviti berdasarkan komponen kecergasan fizikal dan mengukur komposisi lemak badan.
B4 DJ1 E1 Melakukan aktiviti berdasarkan komponen kecergasan fizikal dengan betul dan selamat. (aktiviti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kuasa dan kelajuan) B4 DJ1 E2 Merekod dan menganalisis data komposisi lemak badan dengan merujuk kepada Jadual Peratusan Lemak.
B4 DJ2 Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan kemahiran permainan dan olahraga.
B4 DJ2 E1 Melakukan aktiviti kemahiran bola baling dan badminton dengan betul dan selamat.
B4 DJ2 E2 Melaksanakan langkah-langkah keselamatan dalam melakukan aktiviti lari berganti-ganti dan merejam lembing. B4 DJ3 Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan kemahiran pendidikan pergerakan.
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012
B4 DJ3 E1 Melaksanakan langkah-langkah keselamatan dalam melakukan aktiviti kemahiran gerak edar, meringkuk, melunjur dalam pergerakan kreatif dengan teknik yang betul dan selamat.
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012
B4 DJ4 Mengaplikasikan aspek keselamatan dalam aktiviti orienteering.
B4 DJ4 E1 Melaksanakan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti orienteering.
B4 DK1 Mengaplikasi pengetahuan keselamatan dan pertolongan cemas.
B4 DK1 E1 Menunjukcara pelaksanaan prosedur T.O.T.A.P.S.
BAND 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
PERNYATAAN STANDARD B5 Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan semasa beraktiviti dalam gaya hidup sihat, berkemahiran merancang, berkomunikasi, empati dengan orang lain, dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif, sihat dan selamat.
DESKRIPTOR B5 DJ1 Menguasai tatacara melaksanakan latihan fizikal.
EVIDENS B5 DJ1 E1 Menghubungkait antara beban dengan ulangan dalam latihan daya tahan otot (DTO) dan kekuatan otot (KO). * *
DTO : Ulangan Tinggi, Beban Rendah KO : Ulangan Rendah, Beban Tinggi
B5 DJ2 Menguasai kemahiran, undangundang dan peraturan dalam situasi permainan.
B5 DJ2 E1 Mengaplikasi undang-undang dan peraturan asas dalam permainan bola baling dan badminton.
B5 DJ3 Mengaplikasi pengetahuan orienteering.
B5 DJ3 E1 Merancang aktiviti orienteering.
B5 DJ4 Menguasai isu-isu dalam sukan.
(senarai semak keperluan aktiviti orienteering)
B5 DJ4 E1 Membincang isu dalam sukan dan permainan daripada pelbagai sumber. (penekanan : perancangan, kandungan, nilai positif / negatif, komunikasi)
B5 DK1 Menilai kesan stres.
B5 DK1 E1 Membincangkan kesan stres terhadap diri sendiri. (eustres, distres)
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012
BAND 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
PERNYATAAN STANDARD B6 Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan, menjana kreativiti minda menjurus kepada gaya hidup sihat serta sejahtera, dan berkeupayaan meningkatkan kualiti kehidupan secara keseluruhan bagi membentuk gaya hidup sihat.
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012
DESKRIPTOR
EVIDENS
B6 DJ1 Mengamalkan aktiviti kecergasan dan amalan pemakanan sihat.
B6 DJ1 E1 Merancang dan melaksanakan aktiviti secara sistematik dan berterusan berdasarkan jadual program kecergasan diri yang telah disediakan dan mengamalkan gaya hidup sihat. (penekanan : amalan aktiviti dan pemakanan seimbang, penerapan nilai dan sahsiah diri, kepimpinan, pengurusan diri)
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012