UCAPAN YANG BERUSAHA ENCIK AMIR BIN MD. NOOR KETUA PENGARAH JABATAN PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
“PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2013 KETUA PENGARAH JABATAN PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI”
30 JANUARI 2013 8.30 malam PICC
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Pengarah-Pengarah di Jabatan dan Kolej Komuniti, Pegawai-Pegawai Kanan di Jabatan dan Kolej Komuniti, Dif-dif jemputan, Tuan-tuan dan Puan-puan serta sidang hadirin yang dihormati sekalian. Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
1.
Terlebih dahulu, saya ingin melafazkan setinggi-tinggi rasa
penuh kesyukuran ke hadrat Allah Taala, kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, maka dapatlah kita berkumpul dalam majlis “Perutusan Tahun Baharu 2013” pada pagi yang mulia ini. Lafaz kesyukuran tersebut amat penting kerana umur kita telah dipanjangkan dan kita semua telah selamat melangkah ke tahun baharu 2013. Saya kira tidak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua warga Jabatan Pengajian Kolej Komuniti dan institusi Kolej Komuniti di bawahnya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dan terlibat dalam menguruskan persediaan majlis ini dengan jayanya.
2.
Alhamdulillah kita telah melalui tahun 2012 bersama-sama, dipenuhi
dengan bibit-bibit harapan, aspirasi, kejayaan, kegembiraan, keseronokan, kesedihan, serta cabaran. Majlis yang bersejarah ini disusun bagi tujuan menghargai sumbangan dan pencapaian
semua warga JPKK dan Kolej
Komuniti pada tahun yang lalu dan mengumpulkan warga JPKK dan Kolej Komuniti supaya dapat mengimbas kembali semua pencapaian kita bersama, sebelum mengorak langkah menyambut tahun baharu ini dengan azam, semangat baru dan kesediaan untuk menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita semua.
Saya berharap kita akan
terus bekerjasama sebagai satu pasukan, memikul dan menunaikan segala amanah yang telah disandarkan ke bahu kita ini. Sesungguhnya kekuatan kita
berteraskan
semangat
dan
iltizam
sebagai
pasukan
yang
mencerminkan kekukuhan, keteguhan dan kesepaduan pada setiap masa. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian, 3.
Sepertimana yang diketahui umum, saya mula memegang jawatan
Ketua Pengarah JPKK mulai 5 Disember tahun lalu dan pada hari ini, hampir genaplah 1 tahun 2 bulan (14 bulan) saya memikul tanggungjawab tersebut. Pengalaman saya di sini, walaupun singkat dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan kenangan manis. Berpegang teguh kepada keutamaan untuk
menangani cabaran dan rintangan, dengan sokongan
pelbagai pihak di Jabatan dan insititusi, banyak masalah dan isu diselesaikan dengan segera tanpa berlengah. Oleh itu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberi
sokongan padu di dalam semua aspek dasar, pengurusan dan pentadbiran, pembangunan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan dan penilaian,
pembangunan
akademik,
hubungan
industri,
pengesanan
graduan dan alumni, kebajikan pelajar, pembelajaran sepanjang hayat, pembangunan, promosi dan keusahawanan. Sesungguhnya anda semua telah menyerlahkan potensi yang menakjubkan dan bekerja dengan penuh dedikasi. Anda semua telah berjaya untuk menggerakkan jentera kolej komuniti ke arah landasan yang telah sama-sama kita kenal pasti dengan semangat yang gigih dan kental. Tahniah saya ucapkan. You have done
me proud. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
(Looking Back : Sepintas lalu pencapaian 2012 )
(Kebolehpasaran graduan) 6.
Tahun 2012 meninggalkan kita dengan beberapa kejayaan yang
boleh dijadikan penanda aras dan kesinambungan untuk pencapaian lebih gemilang pada tahun 2013.
Tahun 2012 telah menyaksikan Kolej
Komuniti merapatkan hubungan dengan rakan industri di mana para lulusan telah mendapat manfaat daripada hubungan strategik ini.
Tiga
kelompok industri yang telah menyumbang secara signifikan dalam High
Impact Employability Programme
ialah Industri Automotif,
Industri
Petrokimia, Minyak dan Gas , dan Industri Makanan. Seramai 400 lulusan
Sijil Modular Kebangsaan (SMK) bidang Automotif dari 11 kolej komuniti seluruh negara telah menerima tawaran pekerjaan daripada syarikat ternama seperti Proton Edar, Toyota, Volkswagen, Mitsubishi, Suzuki, Hyundai, Honda dan Chevrolet.
7.
Hubungan dengan Koridor Ekonomi, khususnya Iskandar Malaysia,
ECER, SDC, dan NCER
pula telah berjaya memberi pekerjaan kepada
seramai 400 orang lulusan dari 14 buah kolej komuniti dalam bidang Hotel dan Katering, Pendawaian Elektrik, Penyenggaraan Penyamanan Udara, Penyenggaraan Bangunan dan Teknologi Binaan.
8.
Industri Makanan pula telah memberi pekerjaan kepada seramai 115
lulusan bidang Teknologi Makanan, Bakeri, Pastri dan Kulinari dari 4 buah kolej komuniti. Syarikat-syarikat franchise yang telah bekerjasama dalam
High Impact Employability programme termasuk Big Apple, Faiza, Sushi King, Malaysia Airports Berhad, Dewina dan Bangi Kopitiam.
(Public-Private Partnership) 9.
Kolej Komuniti mengorak langkah menawarkan program pengajian
berbentuk Public-Private Partnership bersama Taylor’s University untuk meningkatkan prestasi Kolej Komuniti Langkawi sebagai Langkawi Tourism
Academy yang menyokong inisiatif Langkawi Tourism Blueprint 2011-2015. Satu MOU telah ditandatangani oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan
Taylor’s University bagi menubuhkan Langkawi Tourism Academy di bawah inisaitif Langkawi Tourism Blueprint (2011 – 2015). Projek ini dipacu oleh PEMANDU, EPU dan NCIA dan menyokong pelaksanaan Economic
Transformation Programme (ETP) di mana Kolej Komuniti Langkawi telah dikenal pasti sebagai institusi pilihan bagi membekal tenaga mahir yang diperlukan bagi meningkatkan keupayaan Pulau Langkawi sebagai salah satu daripada sepuluh destinasi pulau pelancongan terbaik dunia.
10.
Seramai 1000 pelajar terlatih dalam 3 bidang teras pelancongan iaitu
Joint Certificate in Hospitality, Joint Certificate in Culinary Arts, dan Joint Certificate in Room Division dijangka akan dihasilkan ekoran daripada inisiatif ini menjelang tahun 2015.
Perancangan pembangunan pada
tahun ini juga mensasarkan 2 projek utama bagi Kolej Komuniti Langkawi iaitu Projek menaiktaraf 8 unit homestay dan projek menaiktaraf lanskap kawasan Kolej Komuniti Langkawi.
Ini akan disusuli dengan projek
menaiktaraf dan penyelenggaraan asrama sedia ada dan mengubahsuai premis untuk asrama pelajar Akademi Pelancongan Langkawi.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
(Pengiktirafan Negara terhadap JPKK sebagai Hab Pembelajaran Sepanjang Hayat) 11.
Sejak dimartabatkan sebagai Hab Pembelajaran Sepanjang Hayat
(PSH) pada tahun 2005, Kolej Komuniti telah berjaya menyediakan pelbagai program untuk dimanfaatkan oleh komuniti setempat. Dari Julai 2001 sehingga November 2012, sejumlah 1,000,646 penyertaan program PSH telah direkod iaitu melepasi sejuta penyertaan sejak wujudnya kolej komuniti rintis pada tahun 2001. Adalah bertepatan sekali apabila JPKK telah menerima Anugerah Sijil Penghargaan IPTA Prihatin (pembelajaran sepanjang hayat) daripada YAB Perdana Menteri pada 17 Oktober 2012. Ini merupakan kejayaan cemerlang bagi semua kolej komuniti yang menjalankan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat. Syabas saya ucapkan dan harapan saya adalah supaya pencapaian ini dipertingkatkan lagi bersesuaian dengan matlamat kita untuk mengupayakan komuniti setempat. (Pelajar Kolej Komuniti mengharumkan nama di peringkat kebangsaan dan di persada antarabangsa) 12.
Selaras dengan keperluan RMK-10 untuk mengarusperdana Latihan
Kemahiran, jenama SkillsMalaysia telah diumumkan oleh YAB Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Salah satu daripada aktiviti Skills Malaysia ialah menyelaras 5 pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di peringkat serantau, nama kolej komuniti telah diharumkan apabila pelajar kita Ooi Chian Jian dari Kolej Komuniti Langkawi berjaya meraih pingat Perak dalam pertandingan ASEAN Skills
Competition, iaitu kategori Restaurant Service. Dengan kemenangan yang sangat berprestij ini, beliau akan mewakili negara ke Liepzig, Germany pada tahun 2013 untuk bertanding di peringkat World Skills Competition. Kita menaruh harapan yang tinggi agar beliau membawa pulang kejayaan sekaligus mengharumkan nama negara. 13.
Seterusnya di peringkat kebangsaan pula, kebanggaan kolej komuniti
telah terserlah apabila pelajar Kolej Komuniti Sungai Petani, Muhamad Rizuwan Bin Mohd Pauzi meraih pingat emas dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia ke-21 bagi kategori masakan. Kejayaan juga turut dicapai dalam Liga Bola Sepak IPT Piala Menteri Pengajian Tinggi yang mana Kolej Komuniti Kedah merangkul Naib Johan. Kejayaan terus ditempa dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT 2012) apabila keseluruhan Kolej Komuniti mendapat 17 emas, 18 Perak dan 14 Gangsa. (Research, I nvention , I nnovation and Design (RIID) 14.
Sebagai pendokong ilmu , pensyarah kolej komuniti tidak ketinggalan
dalam menceburi bidang kajian, penyelidikan dan pembangunan. Inisiatif ini telah diambil oleh pensyarah dari Kolej Komuniti Sabak Bernam, yang
telah menyertai pertandingan Research, Invention, Innovation & Design (RIID) 2012 anjuran Universiti Teknologi MARA, Melaka. Dua buah penyelidikan yang berunsur pengkomersialan telah meraih pingat emas, iaitu Jem Kedondong dan Aiskrim Soya Berperisa Limau Kasturi. Manakala Kajian Berinovasi Batu Asah dengan tajuk Smart Sharpening Stone telah membawa pulang pingat perak dalam pengajuran yang sama. Rentetan kejayaan ini menjadi pemangkin kepada Kolej Komuniti untuk meneruskan
Knowledge Transfer Programme (KTP) yang menjurus kepada perpindahan ilmu dan kemahiran yang bernilai komersil kepada komuniti setempat. Secara
keseluruhannya,
pencapaian
2012
haruslah
dinilai
secara
menyeluruh, dari sudut pulangan yang diterima, kesan dan impak kepada masyarakat setempat. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian, (Tahun 2013: M oving forw ard )
15.
Syukur Alhamdulillah, setelah mengecapi pelbagai kejayaan
sepanjang tahun 2012, kita menaruh harapan yang tinggi pada tahun 2013. Justeru itu, dengan pendekatan Looking back, moving forward, kita yakin dapat mengukuhkan aspek keterlihatan (visibility) kolej komuniti. Bagi memacu aspirasi ini, warga JPKK dan kolej komuniti haruslah memperbaiki budaya kerja dengan mewujudkan persekitaran kerja yang positif, pengurusan masa yang berhemah, memberi keutamaan dalam pekerjaan (prioritization) dan nilai kesegeraan dalam melakukan kerja yang
dipertanggungjawabkan (concept of urgency). Dari perspektif mewujudkan persekitaran kerja yang lebih positif di jabatan dan kolej komuniti, kita turut berbangga dengan pencapaian beberapa kolej komuniti yang berjaya dianugerahkan Persijilan 5S daripada MAMPU. Di samping itu, baru-baru ini pada 22 Januari 2013, JPKK turut dianugerahkan persijilan tersebut. Saya berharap bahawa lebih banyak lagi kolej komuniti berusaha ke arah memperoleh Persijilan 5S.
(Organisasi yang Dynam ic-Collaborative-Connected ) 16.
Sebagai institusi yang paling hampir dengan komuniti, sewajarnya
kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh kolej komuniti ditingkatkan seiring dengan tuntutan senario semasa. Bagi mencapai kejayaan dalam organisasi, konsep kerja institusi kolej komuniti yang mencerminkan
dynamism, collaboration and connectedness
mestilah dijadikan amalan.
Berpegang kepada prinsip ini, kolej komuniti haruslah sentiasa bergerak ke arah pencapaian yang lebih dinamik menggunakan modal insan dan kewangan yang diperuntukkan bagi menghasilkan kualiti perkhidmatan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional yang lebih cemerlang. Bagi tujuan tersebut, unsur kolaborasi dan jalinan dengan agensi dan industri perlu diberi keutamaan kerana sebagai organisasi alaf baru, kolej komuniti hanya akan terus maju sekiranya berganding bahu dengan industri serta agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
17. Dalam konteks ini, kolej komuniti perlu mempunyai matlamat yang jelas (crystal clear) untuk dicapai. Justeru, matlamat tersebut harus disempurnakan tanpa sebarang alasan. Bagi tujuan ini, proses birokrasi harus dipermudahkan. Beberapa pendekatan baru dan berinovatif perlu diterapkan dalam persekitaran kerja melalui pembudayaan Winning Hearts
and Minds (WHM). Warga diseru mewujudkan suasana bekerja yang harmoni dan seronok untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja. Saya amat menekankan pendekatan CCC (3C) iaitu Communication,
Communication and Communication melalui saluran komunikasi yang jelas dan berkesan ini. Aspek komunikasi harus ditekankan bagi mengelakkan sebarang
ketidaksefahaman
dan
miscommunication
yang
akan
merencatkan perancangan dan merugikan masa dan tenaga. Semua usaha ini mendorong ke arah membangunkan warga yang bekerja secara bestari dan tidak terlalu bekerja keras semata-mata, iaitu work smart, not work
hard.
Kita tidak boleh terus mengharapkan pemantauan dari pihak
pengurusan semata-mata, sebaliknya setiap warga harus menerapkan dan mengamalkan pemantauan kendiri. Sehingga disember 2012, sebanyak 24 buah Kolej Komuniti manakala pada Januari 2013, 4 buah Kolej Komuniti yang telah dilawati. Pada tahun 2013 ini, saya berazam untuk melawat 50 buah kolej komuniti lagi bagi menunjukkan pembudayaan WHM di KK. Para hadirin Sekalian,
(Pemerkasaan Kolej Komuniti )
18.
2013 juga merupakan tahun yang signifikan bagi Kolej Komuniti
kerana pelancaran dan pelaksanaan Pelan Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013-2015.
Selepas pelancaran tersebut, JPKK dengan disokong oleh
barisan kepimpinan kolej komuniti akan bergerak secara terancang untuk melaksanakan
pelan
tindakan
berdasarkan
perbatuan
dan
sasaran
(milestones and targets) yang telah dikenal pasti. Melalui pelan tersebut JPKK dan Kolej Komuniti akan memacu peranannya dengan menekankan kepada
i)
pemerkasaan
pembelajaran
sepanjang
hayat,
ii)
mengarusperdana dan meluas akses kepada TVET, iii) meningkatkan keberkesanan organisasi, iv) memperkukuh kerjasama strategik dengan rakan industri dan agensi, v) meningkatkan keupayaan dan daya saing komuniti, dan vi) meningkatkan kapasiti dan bakat. Matlamat pemerkasaan ini
akan
memberi
manfaat
kepada
lima
kelompok
utama,
iaitu
graduan/lulusan, komuniti setempat, organisasi, industri, dan negara.
(Tumpuan Memperoleh Pengakreditasian MQA)
19.
Sepanjang tahun ini, JPKK dan kolej komuniti akan memberi
tumpuan dalam usaha memperolehi pengakreditasian MQA bagi kesemua 34
program
formal
yang
ditawarkan.
Langkah
ini
adalah
bagi
meningkatkan daya saing lulusan kolej komuniti apabila memohon untuk menyambung pengajian, di samping membekal kepada mereka kompetensi
menyeluruh untuk menceburi lapangan pekerjaan, seperti mana yang disarankan dalam garis panduan MQA. Terdapat 27 bidang yang ditawarkan sebagai Sijil Kolej Komuniti Bermodular, manakala 7 lagi bidang yang ditawarkan sebagai Sijil Kolej Komuniti Berterusan. Pada tahun ini juga kita telah memperkenalkan beberapa model pengajian baharu yang mana model-model ini dibangunkan menepati konsep EFA,
Education
For
All
selain
mewujudkan
pengkreditan
pengalaman
pembelajaran terkumpul ( Accreditation of Prior Experiential Learning, APEL ).
(Penawaran pakej latihan up-skilling dan re-skilling kepada rakan industri)
20.
Program up-skilling dan re-skilling adalah landasan terbaik bagi
menyokong pengumuman kerajaan untuk menetapkan kadar gaji minimum pekerja. Sehubungan itu, pada 5 Mei 2012, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah melancarkan program kolej komuniti sebagai Pusat Up-skilling dan Re-skilling.
Berikutan daripada pengumuman kadar gaji minimum,
pekerja industri perlu meningkatkan tahap kompetensi yang telah mereka perolehi untuk mendapatkan kadar upah yang lebih tinggi atau setimpal melalui latihan modular yang dibekalkan oleh kolej-kolej komuniti seluruh tanahair. Kesinambungan kepada pelancaran tersebut, semua kolej komuniti menawarkan pakej latihan secara customised menerusi Sijil Modular Kebangsaan kepada rakan industri
pada kadar yuran yang
sangat berpatutan. Terdapat 65 program yang disenaraikan sebagai Sijil Modular Kebangsaan yang ditawarkan sebagai modul latihan up-skilling dan re-skilling.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian, (Memperkenalkan Semula W ork Based Learning )
21.
Kolej Komuniti juga mengorak langkah memperkenalkan semula
program peringkat Diploma yang menggunakan pendekatan Work-Based
Learning. Inisiatif ini adalah bagi memperkasa kerjasama dengan industri pilihan dalam pembangunan kurikulum dan seterusnya menempatkan pelajar di industri yang relevan. Usaha ini menjurus kepada peningkatan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan kolej komuniti. Sejajar dengan hasrat ini, kolej komuniti dan rakan strategiknya akan berusaha membangunkan dua bidang tujahan (niche areas) iaitu Diploma in Games
Design (Software Mobile Design) dan Diploma in Hospitality. Penawaran program Diploma WBL ini adalah khusus kepada lepasan Sijil Kolej Komuniti.
(Penawaran Program Pengajian Khusus Kepada Pelajar OKU)
22.
Kolej Komuniti juga akan menzahirkan keperihatinan kepada pelajar
golongan OKU terutamanya kepada pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran (learning disabilities). Sehingga kini Kolej Komuniti Selayang sahaja yang mempunyai program khusus bagi membantu pelajar golongan OKU ini. Maklum balas umum mendapati keperluan bagi kolej komuniti menyumbang ke arah pembangunan golongan OKU ini sejajar dengan keterangkuman (inclusiveness)
prinsip
dalam Program Transformasi
Ekonomi (ETP). Justeru itu, sebagai menyokong dasar keterangkuman negara dan prinsip keterbukaan, lima kolej komuniti disasarkan untuk membangunkan beberapa program yang sesuai. Sistem pengajaran dan pembelajaran akan mengambil kira keperluan mereka dengan matlamat menjadikan mereka insan yang mempunyai kehidupan yang
bermakna,
individu yang berdikari dan warganegara yang menyumbang ke arah kemajuan
negara.
Salah
satu
bidang
yang
disasarkan
ialah
Sijil
Perkhidmatan Perhotelan di mana program ini telah mendapat perhatian Jabatan
Kebajikan
Masyarakat
dan
kurikulum
sedia
ada
mampu
diperluaskan dengan beberapa penambahbaikan.
(Penarafan Kolej Komuniti) 23.
Pada tahun 2009, semua institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia
telah melalui proses penilaian dan penarafan kualiti pembelajaran dan pengajaran yang dikenali sebagai SETARA. Proses penarafan ini juga diteruskan di kolej-kolej swasta dengan menggunakan sistem MyQuest
manakala Penarafan Politeknik (PolyRate) dilaksanakan bagi pengajian di Politeknik
pada
tahun
2011.
Sehubungan
itu,
sewajarnya
kualiti
pembelajaran dan pengajaran di kolej komuniti turut dinilai dan diberi penarafan. Usaha ini akan menjamin peningkatan kualiti perkhidmatan, pembelajaran dan pengajaran serta kualiti graduan yang dihasilkan. Secara tidak langsung, penarafan ini akan memperbaiki persepsi awam terhadap pengajian di kolej komuniti. Daripada kaca mata dunia, inisiatif ini seiring dengan perubahan globalisasi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional yang semakin mencabar. Justeru pada tahun 2013, semua kolej komuniti akan melalui proses penarafan tersebut. Kolej-kolej yang mendapat rating terbaik, boleh diberikan beberapa fleksibiliti dan keistimewaan seperti menentukan pelan strategik sendiri dan mendapat peruntukan khas untuk pembangunan bidang khusus. Sehingga kini, pihak konsultan yang dilantik dalam proses membangunkan instrumen penarafan kolej komuniti. Semua pihak disaran untuk memberi kerjasama bagi menyokong usaha penarafan ini. Para hadirin Sekalian, (Tumpuan Kepada Graduate Em ployability ) 24.
Kolej Komuniti akan turut memberi tumpuan kepada kepesatan
pembangunan ekonomi di semua lima koridor ekonomi (EC) yang mempunyai
permintaan
khusus
pekerja
dalam
bidang
hospitaliti,
pelancongan termasuk kulinari dan bakeri, dan bidang peruncitan
(retailing). Begitu juga dengan industri minyak dan gas di Sabah dan Sarawak serta industri kenderaan ringan di Koridor Utara. Usaha ini akan memberi impak yang besar terhadap kebolehpasaran graduan kolej komuniti. (Meningkatkan Daya Saing Komuniti Melalui Keusahawanan) 25.
Keutamaan turut diberi kepada program keusahawan yang
mempunyai peranan yang besar sebagai peneraju perubahan dalam pembangunan negara.
Justeru itu,
beberapa program telah dirangka
untuk mencapai hasrat tersebut. Antaranya ialah program pembudayaan dan pemantapan keusahawanan. Beberapa program pengukuhan dan
Flagship Program akan diperkukuhkan dengan pelbagai agenda seperti cabaran keusahawanan, showcase Usahawan Kolej Komuniti: 1 e-Tech 1 Bisnes, online business challenge dan keusahawanan sosial. Bagi melahirkan
usahawan
yang
berjiwa
murni,
pendedahan
kepada
keusahawanan sosial juga akan diberi keutamaan. Pada tahun ini, Anugerah Keusahawanan akan diperkenalkan, sebagai dorongan ke arah melahirkan pelajar, tenaga pengajar, serta kolej komuniti yang cemerlang dan komited dengan usaha pembangunan keusahawanan.
(Memperkukuh Kerjasama Strategik) 26.
Selain dalam bidang keusahawanan, kolaborasi stategik dalam bidang
latihan yang relevan juga turut diperhebatkan. Tiga institusi yang terlibat
dalam kolaborasi ini ialah Lim Kok Wing University (bidang dandanan rambut),
Multimedia
Universiti
(bidang
International College (bidang Automatif).
keusahawanan)
dan
TAJ
Kita juga turut menjalinkan
kolaborasi stategik dengan pihak industri di mana sebanyak 10 industri yang terlibat, antaranya Huawei Malaysia, Prestariang, Bukit Gambang Resort City, Berjaya Group, Al-Ikhsan Sports, Malaysia Offshore Contractors
Association dan beberapa lagi industri lain.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian, (Kolej Komuniti Sebagai One-Stop Centre ) 27.
Dalam kita memperkatakan tentang pelaksanaan program-program
baharu yang akan dijalankan pada tahun ini, kita juga harus memberi penekanan terhadap sistem penyampaian yang sedia ada. Adalah menjadi harapan agar kolej komuniti menjadi pusat sehenti masyarakat (One Stop
Centre) bagi komuniti mendapatkan input untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA. Selain itu, kolej komuniti juga dijadikan sebagai pusat informasi bagi komuniti setempat mendapatkan maklumat dan tempat rujukan serta
tuition/testing centre untuk Bahasa Inggeris dan Matematik. Bagi merealisasikan hasrat ini, masih banyak yang perlu dilakukan oleh pihak pengurusan untuk menyediakan perkhidmatan tersebut. Ketua Setiausaha kita juga selalu mengingatkan agar kita mempunyai impian yang besar
(dream big) dan beraspirasi tinggi supaya dapat meraih kejayaan yang gemilang.
(Penutup) 28.
Akhir kata, saya menyeru seluruh warga JPKK dan Kolej Komuniti
untuk memberikan khidmat, sumbangan, komitmen dan kerjasama yang padu dalam memastikan setiap pelaksanaan program berjalan dengan lancar dan sempurna. Saya yakin dengan sokongan setiap warga, segala perancangan dan program yang telah dirangka pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Dengan itu saya sudahi ucapan saya kali ini dengan lafaz ; Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum W.B.T.