GARIS PANDUAN PERTANDINGAN INOVASI DAN REKACIPTA 2013 JABATAN PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI
Garis Panduan Pertandingan Inovasi & Rekacipta 2013
1.
PENGENALAN Pertandingan Inovasi Dan Rekacipta Kolej Komuniti 2013 ini adalah satu program anjuran Jabatan Pengajian Kolej Komuniti untuk memupuk budaya inovasi dan kreativiti di kalangan pelajar-pelajar Kolej Komuniti.
2.
OBJEKTIF Pertandingan Inovasi dan Rekacipta Kolej Komuniti ini diadakan untuk :
i.
Meningkatkan kemahiran serta menggalakkan daya kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar.
ii.
Menjadi platform kepada pelajar Kolej Komuniti sebagai penyumbang idea dan inovasi atau pengetahuan dalam bidang masing-masing untuk menunjukkan kemampuan mereka mencipta dan menemui sesuatu yang baru.
iii.
Mewujudkan
pusat
kecemerlangan
serta
menjadi
titik
fokus
bagi
pembangunan dan penggalakan budaya rekacipta dan inovasi dalam usaha membangunkan produk rekacipta yang kompetitif. iv.
Menjadi jaringan strategik melalui pendekatan perkongsian bestari (smart partnership) dengan kementerian/agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi, persatuan usahawan dan orang persendirian di dalam dan di luar negeri.
v.
Menjadi penyelaras ke arah mempatenkan semua rekacipta dan inovasi yang dihasilkan oleh pelajar.
3.
TARIKH / MASA / TEMPAT Tarikh
:
25 & 26 November 2013 (Isnin dan Selasa)
Masa
:
9.00 am – 4.30 pm
Tempat
:
Kolej Komuniti Kuala Langat
2
Garis Panduan Pertandingan Inovasi & Rekacipta 2013
4.
KATEGORI BIDANG Pertandingan ini terbuka kepada pelajar Kolej Komuniti bagi enam (6) kategori bidang iaitu : i. ii. iii. iv.
Bidang 1 : Bidang 2 : Bidang 3 : Bidang 4 :
Perisian / Perkakasan / Multimedia Elektrik dan Elektronik Pengurusan, Hospitaliti dan Pelancongan Fesyen dan Kecantikan
v. vi.
Bidang 5 : Bidang 6 :
Teknologi Pembuatan, Pertanian dan Rekabentuk Automotif
Penentuan kategori bidang adalah berdasarkan kepada projek inovasi & rekacipta yang dihasilkan. Sebagai contoh : jika projek inovasi & rekacipta yang dihasilkan adalah Sistem Kehadiran, maka bidang penyertaan adalah Bidang 1 : Perisian / Perkakasan / Multimedia.
5.
TEMA PERTANDINGAN i.
Tema pertandingan ialah ‘Berdaya Komersial dan Mesra Pengguna’.
ii.
Pemilihan tema ini dibuat bagi memastikan penyertaan dapat menghasilkan produk yang boleh dikomersialkan dan mudah untuk digunakan.
6.
SYARAT PENYERTAAN i.
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Kolej Komuniti.
ii.
Setiap kolej induk PERLU menghantar DUA (2) penyertaan bagi dua (2) kategori bidang yang berbeza manakala kolej cawangan pula PERLU menghantar satu (1) penyertaan.
iii.
Setiap kolej dihadkan kepada tiga (3) penyertaan sahaja.
iv.
Penyertaan adalah terbuka kepada penyertaan individu atau berkumpulan dengan bilangan ahli tidak melebihi tiga (3) orang beserta seorang pensyarah pembimbing.
v.
Kos projek adalah di atas tanggungan individu, kumpulan atau kolej masingmasing.
vi.
Pegawai yang dilantik sebagai Urusetia Pertandingan tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
3
Garis Panduan Pertandingan Inovasi & Rekacipta 2013
7.
SYARAT PERTANDINGAN Syarat-syarat bagi menyertai Pertandingan Inovasi dan Rekacipta 2013 adalah seperti berikut :
i.
Projek inovasi dan rekacipta yang dihasilkan mestilah sesuai dengan tema pertandingan.
ii.
Cetusan idea projek mestilah daripada janaan idea sendiri dan bukan plagiat.
iii.
Keperluan bahan untuk membangunkan projek atau persiapan sebelum hari pertandingan adalah tanggungjawab peserta.
iv.
Penggunaan bahan-bahan terbuang atau kitar semula dalam penghasilan projek adalah sangat digalakkan.
v.
Adaptasi penambahbaikan idea sedia ada boleh diterima pakai selagi aspek penambahbaikan tersebut merupakan faktor utama hasil kreativiti.
vi.
Idea rekabentuk mestilah asli dan tidak pernah dikomersial, dipamer atau diajukan kepada sektor pembuatan.
vii.
Mana-mana penyertaan yang pernah dikemukakan dalam mana-mana pertandingan luar sebelum ini atau didapati meniru / menciplak idea adalah TIDAK
LAYAK
untuk
menyertai
pertandingan
ini.
Pihak
Urusetia
Pertandingan BERHAK menolak penyertaan atau menarik balik sebarang bentuk hadiah yang diperolehi sekiranya peserta didapati mengemukakan penyertaan yang sama sebelum pertandingan ini. viii.
Penggunaan sebarang perisian adalah dibenarkan selagi ia sah di sisi undang-undang pengkomputeran Malaysia.
ix.
Penggunaan perisian adalah tanggungjawab peserta dan sebarang kemudaratan adalah tanggungjawabnya.
x.
Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD.
4
Garis Panduan Pertandingan Inovasi & Rekacipta 2013
8.
PROSES PENILAIAN PERTANDINGAN Proses penilaian pertandingan adalah mengikut peringkat seperti berikut :
8.1.
Peringkat Pertama : Tapisan Oleh Pihak Urusetia i.
Semua permohonan beserta kertas cadangan yang diterima akan dibuat tapisan di peringkat Urusetia Pertandingan untuk memastikan permohonan memenuhi syarat-syarat penyertaan dan tatacara permohonan yang telah ditetapkan.
8.2.
Peringkat Kedua : Penilaian Berasaskan Kertas Cadangan
i.
Semua kertas cadangan projek (rujuk bahagian 10 para ii) yang diterima akan dinilai oleh Panel Penilai. Panel penilai akan memilih penyertaan yang menepati elemen penilaian untuk bertanding di peringkat akhir.
ii.
iii.
Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria seperti berikut : a.
Tahap keaslian, kreativiti dan inovatif projek
b.
Tahap kegunaan dan aplikasi projek
c.
Potensi komersial / kebolehpasaran dan daya tarikan
Penyertaan
yang
berjaya
memasuki
peringkat
akhir
akan
dimaklumkan secara bertulis dan secara media elektronik pada 28 Oktober 2013.
8.3.
Peringkat Akhir : Penilaian Berasaskan Pameran dan Sesi Penerangan i.
Semua peserta peringkat akhir akan membuat pameran dan demonstrasi projek pada hari pertandingan. Pertandingan akan dinilai oleh Panel Penilai yang dilantik.
ii.
Peserta perlu menyediakan laporan lengkap projek yang berjilid dan mengandungi maklumat seperti di Lampiran B.
iii.
Keperluan semasa pameran dan sesi penerangan : a.
Setiap
peserta
akan
disediakan
tapak
pameran
yang
merangkumi satu meja dan 2 kerusi untuk mempamer dan membuat demontrasi projek sepanjang pameran berlangsung. 5
Garis Panduan Pertandingan Inovasi & Rekacipta 2013
b.
Peserta
diberi
masa
selama
5-7
minit
sahaja
untuk
membentangkan hasil projek termasuk sesi soal jawab. c.
Peserta
perlu
menyediakan
bahan
keperluan
untuk
mempamerkan dan demontrasi projek. d.
Semua projek hendaklah berfungsi pada hari pertandingan.
e.
Setiap penyertaan digalakkan menyediakan bahan pameran yang menarik.
f.
Kos persiapan booth adalah di bawah tanggungan peserta sendiri.
iv.
9.
Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria seperti berikut : a.
Penilaian Projek (60%)
b.
Penilaian Pameran (30%)
c.
Penulisan Laporan (10%)
HADIAH PERTANDINGAN i.
Hadiah pertandingan akan diberikan mengikut enam (6) bidang yang telah disenaraikan. Pemenang akan menerima pengiktirafan seperti berikut : Bil
ii.
Tempat
Hadiah
1.
Tempat Pertama
Wang tunai, plak dan sijil penghargaan
2.
Tempat Kedua
Wang tunai, plak dan sijil penghargaan
3.
Tempat Ketiga
Wang tunai, plak dan sijil penghargaan
Hadiah juga akan diberikan kepada Pameran Projek Terbaik Keseluruhan. Pemenang akan menerima pengiktirafan seperti berikut :
Bil
Tempat
Hadiah
1.
Tempat Pertama
Wang tunai, plak dan sijil penghargaan
2.
Tempat Kedua
Wang tunai, plak dan sijil penghargaan
3.
Tempat Ketiga
Wang tunai, plak dan sijil penghargaan
6
Garis Panduan Pertandingan Inovasi & Rekacipta 2013
10.
TATACARA PERMOHONAN Setiap penyertaan hendaklah mematuhi tatacara permohonan berikut :
i.
Melengkapkan borang penyertaan seperti di Lampiran A dengan disahkan oleh Pengarah.
ii.
Menyediakan
kertas cadangan projek (maksimum 10 muka surat)
menggunakan tulisan jenis Arial bersaiz 12 dengan jarak baris (spacing) 1.5 dan alignment justify yang mengandungi perkara-perkara berikut :
iii.
a.
Nama projek dan bidang
b.
Punca cetusan idea projek
c.
Fungsi projek
d.
Impak dan relevan projek
e.
Ciri-ciri berdaya komersial dan mesra pengguna
Menghantar borang penyertaan bersama-sama kertas cadangan projek kepada Urusetia Pertandingan samada melalui faks, serahan tangan atau melalui emel -
[email protected] sebelum atau pada 17 Oktober 2013. Bukti penghantaran bukan bererti bukti penerimaan. Pihak Urusetia Pertandingan tidak akan bertanggungjawab di atas borang penyertaan yang hilang, lewat atau tersalah alamat.
iv.
Urusetia Pertandingan berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak lengkap dan lewat diterima.
v.
Borang penyertaan hendaklah dihantar ke : Urusetia Pertandingan Inovasi dan Rekacipta 2013, Kolej Komuniti Kuala Langat, Jalan Sultan Suleiman Shah, Jugra, 42700 Banting, Kuala Langat, Selangor. No. Telefon : 03-31202030 No. Faks : 03-31202080 Alamat emel :
[email protected]
7
Garis Panduan Pertandingan Inovasi & Rekacipta 2013
11.
MAKLUMAT PENTING PERTANDINGAN
BIL. 1. 2.
PERKARA Tarikh akhir penerimaan borang penyertaan & kertas cadangan Tarikh pengumuman peserta yang layak ke peringkat akhir
TARIKH 17 Oktober 2013 28 Oktober 2013
3.
Sesi penilaian dan demonstrasi
25 November 2013
4.
Majlis Perasmian Penutup
26 November 2013
Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh dikemukakan kepada Urusetia Pertandingan : Pn. Nurul Mahfuzah binti Mohd Noor di talian 03-31202030.
8
Garis Panduan Pertandingan Inovasi & Rekacipta 2013
RINGKASAN PROSES PENILAIAN PERTANDINGAN INOVASI & REKACIPTA 2013
Hebahan Pertandingan
Penerimaan borang penyertaan & kertas cadangan sebelum atau pada 17 Oktober 2013
Tapisan Urusetia Pertandingan
tidak
Borang lengkap?
Penyertaan ditolak Penilaian Kertas Cadangan
tidak
Gagal ke peringkat akhir
Berjaya? (Umum 28 Okt 2013)
ya
Pertandingan Akhir pada 26 November 2013
9