GARIS PANDUAN PERTANDINGAN INOVASI DAN REKACIPTA 2016
KELOLAAN UNIT PENYELIDIKAN DAN INOVASI KOLEJ KOMUNITI AMPANG
1. PENGENALAN Pertandingan Inovasi Dan Rekacipta Kolej Komuniti 2016 ini adalah satu program anjuran unit RnI Kolej Komuniti Ampang untuk memupuk budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan pelajar-pelajar Kolej Komuniti.
2. OBJEKTIF Pertandingan Inovasi dan Rekacipta Kolej Komuniti ini diadakan untuk : i.Mengumpulkan produk inovasi di kalangan pelajar kolej komuniti mengikut kelas yang dipertandingkan. ii.Mempertanding dan menganugerahkan produk inovasi dan rekacipta yang terbaik di kalangan peserta. iii.Meningkatkan kualiti graduan Kolej Komuniti Ampang ke tahap optimum menerusi penghayatan ke arah program yang berilmu dan menarik minat dalam arus berinovasi. iv.Menjadi platform kepada pelajar Kolej Komuniti Ampang sebagai penyumbang idea dan inovasi atau pengetahuan dalam bidang masing-masing untuk menunjukkan kemampuan mereka mencipta dan menemui sesuatu yang baru. v.Mewujudkan pusat kecemerlangan serta menjadi titik fokus bagi pembangunan dan penggalak budaya inovasi dan rekacipta dalam usaha membangunkan produk rekacipta yang kompetitif.
3. TARIKH / MASA / TEMPAT Tarikh: 27 Mei 2016
Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang Tempat: Kolej Komuniti Ampang
4. KATEGORI BIDANG Pertandingan ini terbuka kepada pelajar Kolej Komuniti Ampang bagi dua (2) kategori bidang iaitu: i. Kelas A : Teknikal (meliputi elektrik, dan komputer serta sebarang penghasilan produk/idea dalam kemahiran teknikal dan seumpamanya) ii.Kelas C: Umum (meliputi produk/idea selain dari kelas-kelas di atas)
5. TEMA PERTANDINGAN i. Tema pertandingan ialah ‘INOVASI PENERAJU MINDA KREATIF’. ii.Pemilihan tema ini dibuat bagi mewakili kepelbagaian idea inovasi daripada pelajar diterjemahkan dalam pertandingan ini.
6. SYARAT PENYERTAAN i. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Kolej Komuniti Ampang. ii. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar dengan bilangan ahli tidak melebihi tiga (3) orang peserta dan seorang pensyarah pembimbing. iii.Kos projek adalah di atas tanggungan individu dan kumpulan masing-masing. iv.Pegawai yang dilantik sebagai Juri Pertandingan tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
v.Semua penyertaan mesti menghantar borang penyertaan selewat-lewatnya pada 20 Mei 2016. 7. KATEGORI PERTANDINGAN Kategori pelajar: 3 pelajar kolej + 1 pensyarah pembimbing
8. BORANG PERTANDINGAN i. Borang penyertaan boleh diperoleh dari Pegawai Penyelidik dan Inovasi iaitu CIK WEE CHIAU YEN. ii. Peserta diminta untuk menyediakan 2 salinan laporan projek inovasi dan poster inovasi bersaiz A3 serta dihantar kepada urusetia selewat-lewatnya 20 Mei 2016. iii. Salinan kedua laporan projek inovasi akan diberikan kepada hakim sebelum waktu perjurian. Peserta dikehendaki memastikan tempat pameran inovasi ketika hari pertandingan dihias mengikut kreativiti masing-masing. iv. Sila rujuk bahagian 11 PANDUAN PENULISAN LAPORAN PORJEK INOVASI, untuk panduan penulisan laporan projek inovasi.
9. SYARAT PERTANDINGAN i. Semua anggota pasukan harus terlibat sepenuhnya dalam projek inovasi dan mengetahui semua aspek projek. Kriteria penjurian untuk projek inovasi akan dibuat berdasarkan kriteria usaha koordinasi dari semua ahli. ii. Jawatankuasa penganjur mempunyai hak menerima dan menolak penyertaan pertandingan tanpa memberi penjelasan.
10. KOD ETIKA i. Semasa pertandingan inovasi , peserta mestilah menjaga integriti dan etika pemakaian. ii. Peserta hendaklah menghindari kesalahan penipuan, seperti memalsukan data atau nota, cetak rompak atau plagiarism, menggunakan karya penyelidik lain. Projek inovasi tersebut tidak layak bertanding.
11. PANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEK INOVASI i. Menyediakan laporan projek inovasi (maksimum 10 muka surat) menggunakan tulisan jenis Arial bersaiz 12 dengan jarak baris (spacing) 1.5 dan alignment justify yang mengandungi perkara-perkara berikut : a. Nama projek dan kategori kelas produk b. Nama ahli kumpulan, pensyarah pembimbing, nama kolej , nombor telefon . c. Punca cetusan idea projek d. Gambar / lakaran idea projek e. Fungi, kendalian/pengoperasian projek f. Impak dan relevan projek g. Ciri-ciri berdaya komersial dan mesra pengguna ii. Laporan lengkap projek inovasi yang disediakan oleh peserta perlu berjilid. iii.Urusetia Pertandingan berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak lengkap dan lewat diterima.
12. KEPERLUAN SEMASA PAMERAN DAN SESI PENERANGAN: i.Setiap peserta akan disediakan tapak pameran yang merangkumi satu meja, 2 kerusi dan soket 13A untuk mempamer dan membuat demontrasi sepanjang pameran berlangsung. ii. Peserta diberi masa selama 5-7 (3 minit soal jawab minit sahaja untuk membentangkan hasil projek termasuk sesi soal jawab. iii. Peserta perlu menyediakan bahan keperluan untuk mempamerkan dan demontrasi projek. iv. Semua projek hendaklah berfungsi pada hari pertandingan. v. Setiap penyertaan digalakkan menyediakan bahan pameran yang menarik. vi. Kos persiapan booth adalah di bawah tanggungan peserta sendiri.
v. Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria seperti berikut :
KREATIVITI (30 MARKAH)
HASIL INOVASI (OUTPUT) (30 MARKAH)
IMPAK (OUTCOME) (30 MARKAH)
PERBENTANGAN
1. Kreativiti Keaslian Idea Kemampuan produk/perkhidmatan menyelesaikan masalah Rekabentuk/perkhidmatan 2. Tahap Pelaksanaan Tahap penghasilan produk Tahap pengunaan produk 3. Replicability Boleh dilaksanakan terus di pelbagai tempat Boleh dilaksanakan dengan pengubahsuaian mengikut keperluan tanpa melibatkan kos yang tinggi 4. Efisien (Kecekapan) Penjimatan yang berlaku setelah produk/perkhidmatan dihasilkan Membolehkan pemindahan teknologi. Meningkatkan produktiviti Mudah digunakan (user friendly) 5. Signifikan Potensi untuk komersial Pembentangan yang ada keyakinan dan jelas
( 10 MARKAH)
13. HADIAH PERTANDINGAN i. Hadiah pertandingan akan diberikan kepada semua pemenang. Pemenang akan
menerima pengiktirafan mengikut merit markah dari panel juri seperti berikut : Bil 1. 2. 3. 4.
Tempat EMAS (GOLD) PERAK (SILVER) GANGSA (BRONZE) SAGUHATI(CONSOLATION)
Hadiah Hadiah, Sijil Anugerah Hadiah, Sijil Anugerah Hadiah, Sijil Anugerah Hadiah, Sijil Anugerah
** Setiap peserta berpotensi menerima hadiah di atas berdasarkan merit markah. MAKLUMAT PENTING PERTANDINGAN BIL. 1.
PERKARA Tarikh akhir pendaftaran dan
TARIKH 20 Mei 2016
2. 3.
penghantaran kertas cadangan Sesi penilaian dan demotrasi Majlis perasmian penutupan
27 Mei 2016 27 Mei 2016
Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh dikemukakan kepada Urusetia Pertandingan : CIK WEE CHIAU YEN 03-42800201 (ext 1129) atau telegram (0168985927) atau melalui email
[email protected]