LAMPIRAN A SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN INOVASI POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN 2016 1. TUJUAN Garis panduan ini bertujuan untuk membantu Jabatan/Unit membuat permohonan untuk menyertai pertandingan tersebut. 2. DEFINISI INOVASI Inovasi adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Hasil inovasi ini boleh merangkumi apa-apa perubahan kepada sistem, prosedur, kaedah dan/atau cara bekerja. 3. OBJEKTIF PERTANDINGAN Adalah untuk: (a) Memberi pengiktirafan kepada hasil inovasi yang diperkenalkan oleh Jabatan/Unit; (b) Memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam cara bekerja yang diamalkan; (c) Memperkenalkan dan menyebarkan hasil-hasil inovasi yang boleh dicontohi untuk faedah pihak/agensi lain; dan (d) Menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. 4. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN Syarat-syarat penyertaaan pertandingan adalah seperti berikut:(a) Inovasi hendaklah dihasilkan oleh Jabatan/Unit yang terdiri daripada 2 kategori; i. Staf akademik dan; atau staf bukan akademik. ii. Staf akademik dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian, termasuk yang baru menamatkan pengajian sesi Disember 2015. Bilangan maksimum bagi setiap kumpulan adalah seramai 5 orang.
(b) Kategori pertandingan inovasi adalah seperti berikut: I. Pengajaran & Pembelajaran i. Tempat pertama ii. Tempat kedua iii. Tempat ketiga II. Proses i. Tempat pertama ii. Tempat kedua iii. Tempat ketiga III. Bebas i. Tempat pertama ii. Tempat kedua iii. Tempat ketiga (b) Penyertaan dalam pertandingan ini hendaklah melalui Ketua Jabatan/Unit; (c) Keaslian inovasi adalah tanggungjawab peserta. (d) Inovasi yang dihasilkan hendaklah memberi faedah yang jelas dari segi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dan/atau produktiviti organisasi; (e) Inovasi-inovasi berikut tidak layak untuk menyertai pertandingan : (i) (ii)
Inovasi daripada hasil penyelidikan dan pembangunan atau R&D yang tiada kaitan dengan peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran dan/atau produktiviti organisasi; Inovasi yang telah dipertandingkan tidak layak untuk dipertandingkan semula (walaupun tidak memenangi sebarang pingat) kecuali penambahbaikan yang ketara telah dilakukan kepada versi inovasi sebelumnya.
(e) Semua kos pembangunan inovasi, urusan persiapan dan yuran adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta termasuk menyediakan partition untuk booth. [Pihak Sekretariat, Pertandingan Inovasi PTSS hanya akan menyediakan ruang sahaja.] (f) Pertandingan ini akan diadili oleh juri yang dipilih oleh Jawatankuasa Pertandingan Inovasi PTSS. (g) Keputusan pengadilan oleh juri adalah MUKTAMAD.
LIMA KRITERIA PERTANDINGAN
PEMILIHAN
BAGI
TUMPUAN
DAN
KRITERIA
PENILAIAN
Tumpuan penilaian dan kriteria yang digunakan dalam proses penilaian dan pemilihan pertandingan adalah seperti berikut: Tumpuan Penilaian Pertama: Idea Idea yang dicetuskan bagi menghasilkan sesuatu inovasi itu diukur dari segi kreativitinya iaitu dengan menilai keaslian dan adaptasi inovasi tersebut. Kriteria Penilaian 1: Kreativiti Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana projek inovasi yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri keaslian dan adaptasi. Penerangan mengenai kriteria ini perlu mempunyai ciri-ciri berikut: (i) Keaslian inovasi yang dihasilkan adalah idea yang asli. (ii) Adaptasi inovasi yang dihasilkan merupakan penambahbaikan atau pengubahsuaian idea sedia ada. Tumpuan Penilaian Kedua: Hasil inovasi (Output) Hasil inovasi (output) diukur dengan mengambil kira tahap pelaksanaan dan replicability sesuatu inovasi itu. Kriteria Penilaian 2 : Tahap pelaksanaan Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap pelaksanaan inovasi yang dihasilkan sama ada ia telah berjaya dilaksanakan sehingga ke peringkat seperti berikut: (i) Secara penuh (melepasi peringkat percubaan); atau (ii) Secara percubaan (di peringkat prototaip). Kriteria Penilaian 3 : Replicability Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana inovasi yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri replicability dan terdapat bukti inovasi boleh digunapakai oleh agensi-agensi lain seperti berikut: (i) Dilaksanakan secara terus di pelbagai tempat; dan (ii) Dilaksanakan dengan pengubahsuaian mengikut keperluan tanpa melibatkan kos yang tinggi. Tumpuan Penilaian Ketiga : Impak (Outcome) Impak (outcome) dinilai dengan melihat kepada kriteria efisien (kecekapan) dan signifikan sesuatu inovasi tersebut.
Kriteria Penilaian 4 : Efisien Kriteria ini bertujuan untuk menilai sejauh mana inovasi yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri efisien iaitu yang dapat menyumbang kepada: (i) Penjimatan masa (ii) Penjimatan kos (iii) Peningkatan produktiviti (iv) Mudah digunakan (user-friendly) (v) Kebolehpasaran (marketability)
Kriteria Penilaian 5 : Signifikan Kriteria ini bertujuan untuk menilai sejauh mana inovasi yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri signifikan dan terdapat bukti yang nyata inovasi dapat memberi impak kepada keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan dalam: (i) pengajaran dan pembelajaran (ii) perkhidmatan awam (iii) organisasi FORMAT LAPORAN INOVASI 1) Laporan Inovasi hendaklah dihasilkan dalam Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris dan mengandungi perkara-perkara berikut: (a) Maklumat ringkas mengenai agensi Jabatan/Unit yang memperkenalkan inovasi; (b) Penerangan mengenai inovasi yang diperkenalkan, objektif, tempoh pelaksanaan sama ada secara penuh atau percubaan dan lokasinya; (c) Penerangan ringkas mengenai kedudukan sebelum inovasi dilaksanakan serta masalah-masalah yang dihadapi sebelum inovasi dilaksanakan; dan (d) Faedah-faedah pelaksanaan inovasi bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan mengikut kriteria penilaian yang telah ditetapkan. (Penerangan mengenai faedah perlu disokong dengan data dan bukti yang nyata): (i) Kreativiti (ii) Tahap pelaksanaan (iii) Replicability (iv) Efisien (v) Signifikan (e) Gambar-gambar inovasi (sekiranya berkaitan) berserta dengan tajuk: (i) Bersaiz 3R (ii) Minimum 4 keping (iii) Sekurang-kurangnya 1 keping gambar sebelum inovasi dan 1 keping gambar selepas inovasi.
2) Minimum 4 salinan (hard copy) dan 1 salinan (soft copy-CD) laporan perlu dihantar untuk satu projek inovasi. 3) Format penulisan laporan projek inovasi, adalah seperti berikut: (a) Jenis font – Arial (b) Saiz font – 11 (c) Spacing – 1.5 (d) Tidak melebihi daripada 15 muka surat (saiz A4)
PEMBAHAGIAN MARKAH PERTANDINGAN INOVASI POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN 2016 Pembahagian markah diberikan mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan seperti di Jadual 1. CARA PERMOHONAN Peserta daripada Jabatan / Unit yang hendak menyertai pertandingan hendaklah menyempurnakan langkahlangkah berikut: (a) Lengkapkan borang permohonan iaitu Lampiran B (warna biru muda) dengan ditandatangani oleh Ketua Jabatan / Unit; (b) Sediakan laporan inovasi dalam Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris yang mengandungi perkara-perkara berikut: (i) Tajuk projek inovasi. (ii) Maklumat ringkas mengenai Jabatan/ Unit yang memperkenalkan inovasi. (iii) Bentuk inovasi samaada: produk/proses/perkhidmatan. Penerangan mengenai inovasi yang diperkenalkan: objektif, tempoh pelaksanaan sama ada secara penuh atau percubaan dan lokasinya. (iv) Masalah-masalah yang dihadapi sebelum inovasi dilaksanakan; dan penerangan ringkas mengenai kedudukan sebelum inovasi dilaksanakan. (v) Impak selepas inovasi diperkenalkan serta faedah-faedah pelaksanaan inovasi bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan mengikut kriteria yang ditetapkan. (vi) Latar belakang penggunaan (contoh, di organisasi dan sebagainya). (vii) Penghargaan / pengiktirafan inovasi. (c) Kemukakan borang permohonan bersama-sama dengan laporan inovasi (staple binding sahaja) kepada pihak Sekretariat sebelum tarikh tutup yang ditetapkan iaitu 2 September 2016 (Jumaat).