I
GARIS PANDUAN PERTANDINGAN INOVASI 24 MEI 2017|KOLEJ KOMUNITI SELANDAR, MELAKA
1. PENGENALAN InoComp 2017 adalah satu program anjuran Kolej Komuniti Selandar bertujuan memupuk budaya inovasi dan kreativiti dikalangan staf dan pelajar kolej komuniti. Dengan tema ‘Membudayakan Inovasi ke Arah Kecemerlangan Kolej Komuniti’, program ini merupakan platform
bagi pensyarah, staf dan pelajar untuk
menunjukkan bakat, minat dan kreativiti dalam penghasilan produk atau idea di bawah jenama Kolej Komuniti. 2. OBJEKTIF InoComp 2017 diadakan untuk : a) Menyemarakkan budaya inovasi dan kreativiti di kalangan pensyarah, staf dan pelajar kolej komuniti. b) Mencungkil bakat dan minat yang berketrampilan dalam kemahiran. c) Menjadi platform kepada pensyarah, staf dan pelajar kolej komuniti untuk mengenengahkan idea dan inovasi dalam bidang masing-masing. d) Menjadi medan perkongsian ilmu dengan lain-lain individu, organisasi dan jabatan. 3. KELAYAKAN PENYERTAAN a) Pertandingan ini terbuka kepada semua staf dan pelajar Kolej Komuniti Selandar sahaja b) Inovasi boleh dihantar secara individu atau berkumpulan (tidak melebihi 3 orang). c) Tiada had umur peserta. 4. KATEGORI PERTANDINGAN a) Pertandingan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu: i.
Kategori staf
ii. Kategori pelajar b) Bagi penyertaan pelajar mestilah tidak melebihi 3 orang sepasukan + 1 pensyarah/ staf pembimbing. c) Bagi penyertaan pensyarah mestilah tidak melebihi 3 orang sepasukan.
5. KATEGORI PRODUK YANG DIPERTANDINGKAN a) Invention/Penciptaan Penciptaan proses atau produk baru b) Innovation/Inovatif Penambaikkan kepada proses atau produk sedia ada c) Design/Rekabentuk Rekabentuk pelan, corak 3D atau multimedia 6. PENGECUALIAN Berikut adalah penyertaan yang tidak diterima: a) Rekacipta, inovasi kepenggunaan atau rekabentuk yang digunakan oleh pihak lain
ataupun
bercanggah
dengan
kebaikan,
keselamatan
dan
moral
masyarakat. b) Rekacipta yang tidak boleh diterangkan nyata seperti prinsip sains dan teori abstrak. 7. JUMLAH PENYERTAAN a) Setiap program perlu menghantar sekurang-kurangnya 2 peryertaan dari kategori pensyarah dan 3 peryertaan dari kategori pelajar. b) Unit Pengajian am perlu menghantar sekurang-kurangnya 2 peryertaan dari kategori pensyarah dan 2 peryertaan dari kategori pelajar. c) Unit pentadbiran perlu menghantar sekurang-kurangnya 2 peryertaan dari staf. 8. TEMPAT PERTANDINGAN Tempat pertandingan adalah bertempat di Kolej Komuniti Selandar, Melaka. 9. YURAN PENYERTAAN PERCUMA 10. BORANG PERTANDINGAN a) Borang penyertaan pertandingan akan diedarkan melalui Ketua Unit / Ketua Program masing-masing.
b) Borang penyertaan pertandingan perlu dihantar bersama abstrak/ringkasan projek. (abstrak/ringkasan projek tidak melebihi 250 patah perkataan dan hendaklah ditulis/ditaip dalam satu muka surat kertas bersaiz A4) sebelum / pada 10 Mei 2017 (5.00 petang). c) Selain itu, peserta perlu menyediakan poster pembentangan dan perlu diserahkan
(dalam
bentuk
softcopy)
melalui
email
kepada
urusetia
(
[email protected])seminggu sebelum pertandingan (selewat-lewatnya 17 Mei 2017) untuk tujuan cetakan. d) Peserta perlu menyediakan laporan inovasi dan perlu menyerahkan kepada urusetia selewat-lewatnya pada hari pendaftaran (23 Mei 2017). e) Pengunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja dibenarkan. f) Jawatankuasa
penganjur
berhak
menerima
dan
menolak
penyertaan
pertandingan tanpa memberi penjelasan. 11. FORMAT LAPORAN PROJEK Kandungan laporan projek peserta mestilah mengandungi item-item berikut : a) Pengenalan b) Pernyataan Masalah c) Ciri-ciri Inovasi d) Cara Operasi / Pengendalian e) Gambarajah Inovasi / Konseptual f) Impak Inovasi g) Cadangan Penambahbaikan 12. PANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEK a) Gunakan kertas A4 b) Gunakan font Times New Roman (TNR) atau Arial c) Tajuk ditulis dengan font bersaiz 20pt TNR, bold, tengah d) Nama pelajar dan pembimbing ditulis dengan font 14pt, tengah e) Tajuk utama: 14pt TNR, bold, sebelah kiri f) Subtajuk utama: 12pt TNR, bold, sebelah kiri g) Gunakan selang 1.5 h) Pastikan margin 2 cm pada setiap sisi kiri kertas i)
Rajah dan jadual perlu dilabel dan dinomborkan dengan betul
j)
Laras bahasa dan format penulisan perlu diedit dan disemak sebelum penghantaran laporan dibuat
k) Penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja boleh digunakan 13. PENYAMPAIAN LAPORAN INOVASI Peserta diberi masa selama 10-15 minit sahaja untuk membentangkan hasil inovasi dalam Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris dan 5 minit untuk menjawab soalan yang diberikan oleh hakim. 14. PAMERAN PRODUK INOVASI a) Setiap peserta akan disediakan tapak pameran yang merangkumi satu meja dan 2 kerusi untuk mempamer dan memberi demontrasi hasil inovasi sepanjang pertandingan berlangsung. b) Selain mempamer hasil inovasi, peserta perlu menyediakan poster bersaiz A3 yang mengandungi keterangan mengenai hasil
inovasi. Peserta boleh
menggunakan template yang disediakan atau menggunakan kreativiti sendiri. Format poster adalah bebas. c) Kos persiapan adalah di bawah tanggungan peserta sendiri. 15. KRITERIA PENGADILAN a) Panel Hakim akan dilantik oleh Jawatankuasa Penganjur untuk menilai dan memilih pemenang berdasarkan kriteria berikut: i.
Kecenderungan Inovasi - 35%
ii. Kecenderungan fungsi - 25% iii. Nilai Komersial - 15% iv. Persembahan
- 15%
v. Laporan - 10% b) Setiap penyertaan akan dihakimi secara penilaian lisan. 16. ANUGERAH DAN HADIAH a) Hasil inovasi akan diberikan markah mengikut 5 kriteria yang disebut di Perkara 15 di atas. Markah maksimum adalah 100%. Pingat akan diberikan kepada 3
peserta yang mendapat markah tertinggi bagi setiap kategori (Tempat Pertama, Tempat Kedua dan Ketiga). b) Piala Penyertaan terbanyak akan diberikan kepada program / unit yang menghantar penyertaan tertinggi. c) Sijil akan dianugerahkan berdasarkan peratusan markah yang diperolehi seperti berikut: i.
EMAS : 85% - 100%
ii. PERAK : 70% - 84% iii. GANGSA : 60% - 69% d) Penyertaan yang tidak mendapat pingat akan diberikan sijil penyertaan. 17. TARIKH TUTUP DAN PENGHANTARAN PENYERTAAN Borang penyertaan pertandingan dan abstrak inovasi mestilah dihantar lengkap kepada pihak urusetia (En Fathoni) selewat-lewatnya pada 10 Mei 2017. 18. PENGISTIHARAN PEMENANG a) Hanya Jawatankuasa Penganjur berhak memutuskan anugerah dan hadiah yang diberi pada hari pertandingan. b) Jawatankuasa Penganjur berhak mengishytiharkan tiada pemenang jika tidak ada penyertaan yang layak menang. 19. PENAFIAN (‘DISCLAIMER’) a) Jawatankuasa
Penganjur
atau
ahlinya
akan
bertanggungjawab
untuk
mengurus, mengangkut atau menyimpan model-model atau bahan-bahan lain yang diserahkan oleh peserta (jika perlu). Namun demikian Jawatankuasa Penganjur atau ahlinya tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan dan kehilangan barangan di atas. b) Keputusan Panel Hakim dan Jawatankuasa Penganjur adalah muktamad. Peserta mesti akur pada keputusan Panel Hakim atau Jawatankuasa Penganjur. Peserta tidak berhak untuk menuntut bayaran atau gantirugi jika terdapat sebarang kehilangan, kos perbelanjaan atau kerosakan yang timbul, atau berkaitan dengan pengurusan organisasi dan juga keputusan pertandingan. c) Dalam kes bahan penyertaan yang belum diberikan surat hakcipta oleh pihak berkuasa tertentu, sebarang keputusan yang menggagalkan atau sebaliknya
oleh Panel Hakim atau Jawatankuasa Penganjur tidak akan terikat dari segi undang- undang atau tidak boleh digunakan untuk membantu mendapatkan “patent” atau mendaftarkan bahan tersebut mengikut undang-undang tertentu. d) Peserta-peserta yang bertanding dimaklumkan bahawa di kebanyakkan negara lain,
penyertaan
dalam
pameran/pertandingan
akan
mengakibatkan
pendedahan hakcipta di bawah undang-undang hakcipta masing-masing. Peserta dinasihatkan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melindungi hakcipta dan hak pendaftaran mereka untuk menghalang kemungkinan berlakunya rampasan hakcipta akaibat pendedahan rahsia ini. Jawatankuasa Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang rampasan hakcipta yang dihadapi oleh mana-mana peserta pertandingan atau pameran dalam penyertaan ini. 20. UNTUK PERTANYAAN LANJUT SILA HUBUNGI: Sebarang
pertanyaan,
sila
berhubung
dengan
Pertandingan seperti maklumat berikut: 1. Nama : En Mohd Noor Fathoni bin M. Gunawan No. Tel (HP) : 013-2705348 2. Nama : Pn Azlin binti Azhari No. Tel (HP) : 012-69421453 3. Nama : En Ruhaizad bin Rusli No. Tel (HP) : 017-7875764
Jawatankuasa
Penganjur