PERTANDINGAN DEBAT DAN PIDATO BAHASA MELAYU POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2014
SISTEM DAN PERATURAN PERTANDINGAN PIDATO
1.0
PENGENALAN
Pidato adalah satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang mengandungi idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya secara berkesan. Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara bersahaja dalam bentuk nasihat, peringatan, penegasan, sindiran dan selingan kecindan yang bertujuan untuk mempengaruhi audien. Penyampaian pidato yang juga bergantung kepada kesesuaian nada dan gaya bukannya menggunakan emosi seperti dengan nada suara yang tinggi, menyanyi, dan bersyair. Sentuhan seni pidato adalah unik tidak seperti seni bahas yang bertujuan menegakkan dan mematikan hujah lawan. Jesteru, pertandingan pidato ini dijalankan untuk memastikan kemahiran seni ini tidak terus lenyap ditelan zaman.
1.1
2.0
1.1.1
Membina keyakinan diri.
1.1.2
Meluaskan pengetahuan.
1.1.3
Memantapkan kemahiran komunikasi dan Bahasa Melayu baku.
1.1.4
Memupuk semangat patriotisme.
1.1.5
Menjana daya saing secara positif.
PESERTA
2.1
3.0
OBJEKTIF PERTANDINGAN
Setiap politeknik boleh menghantar seorang sahaja peserta.
KELAYAKAN
3.1
Untuk melayakkan diri menyertai pertandingan ini, peserta hendaklah merupakan pelajar sepenuh masa di politeknik yang diwakili mereka. Pengesahan bahawa peserta adalah penuntut Politeknik berkenaan hendaklah dilakukan oleh pihak Politeknik masing-masing. 1
4.0
FORMAT PERTANDINGAN
Pertandingan dijalankan dalam satu bahagian sahaja iaitu peserta menyampaikan pidato dengan tajuk yang telah disediakan oleh setiap politeknik menjurus kepada tema yang telah ditetapkan. Giliran peserta akan ditentukan mengikut undian. Proses undian ini akan dijalankan pada lokasi dan masa yang akan ditentukan kelak. Peserta pidato TIDAK DIBENARKAN memperkenalkan diri, politeknik dan negeri masingmasing.
4.1
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
4.1.1 Peserta diberi masa TUJUH (7 minit) untuk pidato mereka 4.1.2 Loceng akan dibunyikan sekali, SATU (1 minit) sebelum tamat, dan dua kali setelah tamat pertandingan. 4.1.3 Penyampaian pidato selepas loceng penamat tidak akan diberi markah. 4.1.4 Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong. 4.1.5 Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong. 4.1.6 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/mana-mana satu daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang. 4.1.7 Peserta pidato diwajibkan menggunakan pakaian sopan/pakaian kebangsaan. 4.1.8 Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas.
4.2
TEMA
Politeknik diberi kebebasan menyediakan cadangan tajuk pidato masingmasing dengan tema “Mahasiswa Aset Negara”.
2
4.3
PERATURAN PEMARKAHAN
4.3.1
Pembahagian Markah Pidato 4.3.1.1
Idea/Isi (30 markah) Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan tiga idea/isi. Isi/idea hendaklah bernas yang disokong oleh data / bahan yang tepat / logik sebagai peneguh huraiannya. Panduan Pemarkahan Idea/isi tepat – 2 markah Huraian – 4 markah Data / contoh – 3 markah Markah penuh bagi setiap isi/idea ialah 9 markah (9m x 3 = 27 markah + 3 markah takrifan tajuk = 30 markah
4.3.1.2
Bahasa (20 markah) Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.
4.3.1.3
Penyampaian dan Persembahan (50 markah) Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada, menyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib. Peserta WAJIB memberi salam dan kata-kata aluan sebelum memulakan pidato. Lima markah maksimum akan dipotong jika peserta tidak memberi salam / kata-kata aluan / menyentuh isu sensitif/ menunjukkan pelakuan / tutur kata yang kurang sopan.
4.4
PANDUAN KEPADA PANEL HAKIM 4.4.1
Peserta pidato setiap bahagian akan diadili dari segi isi / idea, bahasa dan persembahan. Panel hakim tidak boleh terpengaruh dengan reaksi emosi / tepuk sorak penyokong. 3
4.4.2
Panel hakim diingatkan agar tidak memilih peserta pidato yang membaca nota / teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut / mana-mana satu daripadanya) sebagai pemenang.
4.4.3
Panel hakim perlu membuat keputusan MENGGUNAKAN SISTEM JURI.
4.4.4
Keputusan panel hakim adalah muktamd.
4
PERTANDINGAN DEBAT DAN PIDATO BAHASA MELAYU POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2014
SISTEM DAN PERATURAN PERTANDINGAN DEBAT
1.0
AM 1.1
Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Debat Ala Parlimen Antara Politeknik-politeknik Malaysia.
1.2
Peraturan ini diadaptasi daripada peraturan pertandingan debat yang diasaskan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ketika menganjurkan Debat Diraja Antara Institusi-intitusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia buat julung kalinya pada tahun 1995.
1.3
Peraturan ini diterima pakai untuk Pertandingan Debat Ala Parlimen Antara Politeknik-politeknik Malaysia 2013.
1.4
Tafsiran peraturan ini merupakan hak mutlak penganjur.
1.5
Penganjur mempunyai hak untuk meminda sebarang peraturan sebelum permulaan pertandingan sebagaimana yang difikirkan sesuai.
2.0
TAFSIRAN 2.1
“Ketua Hakim” dan “Panel Hakim” bermaksud individu yang dilantik oleh pihak penganjur untuk memegang jawatan-jawatan yang tersebut.
2.2
Politeknik bermaksud semua politeknik termasuk Politeknik Metro yang bernaung di bawah Jabatan Pengajian Politeknik, KPT Malaysia.
2.3
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan adalah individu yang dilantik oleh pihak penganjur.
5
3.0
STRUKTUR PERTANDINGAN Pertandingan ini dijalankan dalam kategori Kategori Bahasa Melayu sahaja.
4.0
PENYERTAAN Setiap Politeknik dikehendaki menghantar SATU (1) pasukan sahaja yang terdiri daripada TIGA (3) orang pendebat dan seorang pendebat simpanan. DUA (2) orang peserta debat DIWAJIBKAN dari kalangan pelajar semester 1-4.
5.0
KELAYAKAN 5.1
Untuk melayakkan diri menyertai pertandingan ini, pendebat hendaklah merupakan pelajar sepenuh masa di politeknik yang diwakili mereka. Semua anggota pasukan hendaklah terdiri daripada penuntut Politekik yang sama. Pengesahan bahawa mereka adalah penuntut Politeknik berkenaan hendaklah dilakukan oleh Politeknik masing-masing.
5.2
6.0
Peserta hanya boleh berdebat untuk pasukan yang mendaftarkannya sahaja.
SISTEM PERTANDINGAN 6.1
Pertandingan ini
akan menggunakan
kaedah
sistem ‘power match’
berkumpulan (kaedah Swiss Bracket) untuk pusingan awal. Sistem ini akan digunakan untuk menentukan pasukan yang akan berlawan.
6.2
Penentuan kumpulan dan pasukan lawan untuk perdebatan yang pertama akan dilakukan secara rawak. Selepas perdebatan yang pertama, setiap pasukan akan ditentukan kedudukan mereka berdasarkan kriteria berikut:
6.3
a)
Menang/Kalah
b)
Juri
c)
Margin
d)
Markah
Untuk pusingan kedua, pasukan-pasukan yang menang dalam pusingan pertama akan dikelompokkan dalam satu kumpulan dan pasukan-pasukan yang kalah pula akan dikelompokkan dalam kumpulan yang lain. Penentuan
6
pertandingan seterusnya akan dibuat berdasarkan kedudukan dalam kumpulankumpulan yang tersebut.
6.4
Selepas setiap perdebatan, kedudukan setiap pasukan akan ditentukan semula seperti kaedah yang digunakan di atas. Pusingan awal biasanya terdiri daripada ENAM (6) perdebatan atau lebih. Ini akan memberi peluang kepada semua pasukan untuk membuktikan kebolehan mereka.
6.5
Melalui kaedah ‘power match’, ada kemungkinan bahawa pasukan akan bertanding dengan pasukan lawan yang sama lebih daripada sekali.
6.6
Penentuan peranan (kerajaan/pembangkang) akan ditentukan secara undian atau lambungan syiling di hadapan ketua pasukan masing-masing.
6.7
Lapan (8) pasukan dengan kedudukan teratas akan layak ke pertandingan suku akhir.
6.8
Pertandingan suku akhir dan separuh akhir akan dijalankan secara kalah mati. Penentuan pasukan untuk pusingan kalah mati adalah seperti berikut:
PENENTUAN PASUKAN UNTUK PUSINGAN KALAH MATI (Bermula dari Pusingan Suku Akhir) SUKU AKHIR 1 Pasukan di tangga pertama LWN Pasukan di tangga kelapan SUKU AKHIR 2 Pasukan di tangga keempat LWN Pasukan di tangga kelima SUKU AKHIR 3 Pasukan di tangga kedua LWN Pasukan di tangga ketujuh SUKU AKHIR 4 Pasukan di tangga ketiga LWN Pasukan di tangga keenam
PUSINGAN SEPARUH AKHIR 1
PUSINGAN AKHIR
PUSINGAN SEPARUH AKHIR 2
7
7.0
MASA PERSEDIAAN 7.1
Usul perdebatan akan dimaklumkan 30 minit sebelum permulaan perdebatan. Sebarang masa perjalanan adalah termasuk dalam 30 minit berkenaaan. Perbincangan hanya boleh disertai oleh EMPAT (4) pendebat yang mengambil bahagian SAHAJA. Penggunaan telefon bimbit atau alat-alat komunikasi lain selepas cabutan usul sehinggalah tamat perdebatan adalah DILARANG SAMA SEKALI.
7.2
Mana-mana pasukan yang gagal menghadiri perdebatan selepas lima belas (15) minit dari masa permulaan perdebatan akan dikira kalah.
8.0
STRUKTUR PERDEBATAN 8.1
Perdebatan dijalankan dalam Bahasa Melayu mengikut gaya ala Parlimen Malaysia.
8.2
Setiap pusingan debat mempunyai DUA (2) pasukan iaitu pasukan pencadang (kerajaan) dan pembangkang. Setiap pasukan terdiri daripada tiga (3) orang pendebat dan seorang pendebat simpanan.
8.3
Pasukan kerajaan terdiri daripada Perdana Menteri dan dua (2) orang anggota kerajaan,
manakala
pasukan
pembangkang
terdiri
daripada
Ketua
Pembangkang dan DUA (2) orang anggota pembangkang.
8.4
Setiap pendebat perlu menyampaikan ucapan substantif. Ucapan gulungan bagi pihak pencadang dan pembangkang boleh disampaikan samada oleh pendebat pertama atau kedua dari pihak masing-masing.
8.5
Had waktu dan susunan ucapan bagi setiap pendebat adalah seperti berikut:
Ucapan Substantif Perdana menteri/ pencadang pertama
7 minit
Ketua Pembangkang/ pembangkang pertama
7 minit
Anggota Pertama Kerajaan/ pencadang kedua
7 minit
Anggota Pertama Pembangkang/ pembangkang kedua
7 minit
8
Anggota Kedua Kerajaan/ pencadang ketiga
7 minit
Anggota Kedua Pembangkang/ pembangkang ketiga
7 minit
Ucapan Gulungan Gulungan/ Rumusan Pembangkang
4 minit
Gulungan/ Rumusan Kerajaan
4 minit
8.6
Untuk setiap ucapan substantif, loceng akan dibunyikan sekali setelah seminit masa berlalu bagi menandakan pasukan lawan sudah boleh melakukan celahan/ meminta penjelasan, dan sekali lagi pada satu minit terakhir bagi menandakan masa untuk membuat celahan telah tamat. Loceng akan dibunyikan dua kali apabila masa ucapan pendebat telah tamat.
8.7
Untuk ucapan gulungan, loceng akan dibunyikan sekali pada permulaan minit ketiga dan dua kali apabila masa ucapan telah tamat.
8.8
Pendebat yang melebihi had masa berucap sehingga tiga puluh saat (30) saat akan diberi amaran oleh Yang DiPertua Dewan (Speaker). Pendebat akan diminta menamatkan ucapan.
9.0
PERANAN SETIAP PASUKAN 9.1
Peranan pihak kerajaan adalah untuk menyokong usul. Mereka perlu mendefinisikan usul, memberikan hujahan/ kes yang menyokong usul, dan membidas sebarang cabaran yang diberikan oleh pihak pembangkang terhadap hujahan usul mereka.
9.2
Peranan pihak pembangkang adalah untuk membangkang usul. Mereka perlu menjawab definisi kerajaan dengan hanya sama ada MENERIMA atau MENOLAK sahaja. PINDAAN terhadap definisi adalah tidak dibenarkan. Mereka juga perlu memberikan hujahan/ kes yang membangkang usul, dan membidas sebarang cabaran yang diberikan oleh pihak kerajaan terhadap hujahan usul mereka.
9
10.0
PENGHAKIMAN 10.1
Setiap perdebatan akan dihakimi oleh satu panel hakim. Bilangan hakim mestilah ganjil. Kemenangan ditentukan mengikut sistem juri.
10.2
Para hakim mestilah: i.
Mencapai keputusan menang/ kalah. Keputusan seri tidak dibenarkan.
ii.
Tidak menyampuk atau memberikan sebarang komen semasa perdebatan berjalan.
10.3
Ketua Hakim mestilah mengisytiharkan keputusan kepada pasukan yang bertanding dan memberi alasan/ sebab terhadap keputusan yang dicapai oleh panel hakim dalam komentar yang tidak melebihi sepuluh (10) minit.
10.4
Panel juri tidak boleh berbincang dan mestilah mencapai keputusan sendiri.
10.5
Jika keputusan sebulat suara tidak dapat dicapai, maka keputusan majoriti akan diterima pakai. Pindaan terhadap sebarang keputusan tidak dibenarkan selepas penyerahan undi.
11.0
PEMARKAHAN 11.1
Setiap ucapan substantif akan diberikan markah maksimum seratus (100) markah berdasarkan kepada:
Isi
40 markah
Gaya/ penyampaian 40 markah Tatacara/ kaedah
11.2
20 markah
Isi akan diadili dari segi kesesuaian, pengembangan dan penjelasan hujah, fakta dan contoh yang digunakan serta bidasan yang berkesan terhadap hujahan pihak lawan.
10
11.3
Tatacara akan diadili dari segi: i.
Keberkesanan penyusunan dan struktur ucapan pendapat.
ii.
Keberkesanan penyusunan dan struktur kes sesuatu pasukan secara keseluruhan.
11.4
iii.
Kesinambungan hujah/ fakta
iv.
Kerja sepasukan
Gaya penyampaian akan diadili dari segi kesesuaian dan keberkesanan gaya penyampaian hujahan. Penyampaian yang mempunyai nilai bujukan yang tinggi serta dapat menarik perhatian penonton akan dipandang positif oleh hakim (dengan syarat ianya membantu hujahan).
11.5
Ucapan gulungan akan diberikan markah maksimum lima puluh (50) berdasarkan nisbah pemarkahan ucapan sustantif seperti yang tersebut di atas.
11.6
Kriteria utama pemarkahan adalah nilai bujukan ucapan iaitu sejauh mana ucapan itu benar-benar meyakinkan dan memberi sokongan terhadap usul satusatu pasukan dan konteks perdebatan.
11.7
Penggunaan bahan bantuan luar (buku, carta, majalah dan selainnya) semasa perdebatan berlangsung adalah DILARANG sama sekali.
11.8
Semua peserta hendaklah berkelakuan sopan dan penuh tertib semasa pertandingan.
12.0
FAKTA BARU 12.1
Tiada sebarang fakta baru dibenarkan untuk disampaikan dalam ucapan substantif pendebat ketiga dan ucapan gulungan mana-mana pasukan. Contoh baru ialah bukan fakta baru. Hujahan atau fakta adalah dikira ‘baru’ kecuali”:
i.
Ia telah digunakan dalam mana-mana hujahan terdahulu.
ii.
Ia merupakan bidasan terhadap hujahan pasukan lawan.
11
13.0
DEFINISI 13.1
Tugasan memberikan definisi usul perdebatan yang wajar dan boleh dibahaskan adalah hak dan tanggungjawab pihak kerajaan.
13.2
Pihak pembangkang boleh: i.
Menerima definisi kerajaan secara keseluruhan/ mutlak atau;
ii.
Menolak secara keseluruhan/ mutlak dan mengemukakan definisi alternatif.
13.3
Pihak
pembangkang
boleh
menolak
definisi
pihak
kerajaan
secara
keseluruhannya jika; i.
Definisi pihak kerajaan tidak mempunyai kaitan yang kuat dengan maksud sebenar usul. Definisi pihak kerajaan adalah ‘truistik’, iaitu tidak boleh dibangkang
ii.
dengan hujahan rasional. iii.
Definisi pihak kerajaan berdasarkan kepada pendefinisian yang terlalu spesifik atuapun hanya melibatkan masa dan tempat yang tidak masuk akal.
14.0
PENJELASAN 14.1
Penjelasan / celahan dalam konteks ini bermaksud penjelasan yang diminta oleh pihak lawan bagi memperjelaskan fakta penting yang ditimbulkan oleh pendebat yang sedang berucap. Penjelasan/ celahan hendaklah ringkas dan bersangkutan dengan apa yang sedang dibincangkan oleh pendebat tersebut. Markah akan diberikan untuk celahan dan jawapan celahan yang efektif/ berkesan.
14.2
Pendebat yang sedang berucap mempunyai hak mutlak sama ada menerima atau menolak penjelasan/ celahan yang cuba diberikan. Bagaimanapun, penolakan penjelasan yang berterusan atau penerimaan yang keterlaluan sehingga menjejaskan kualiti ucapan pendebat tersebut harus dipandang serius oleh hakim. Adalah disyorkan supya setiap pendebat menerima sekurangkurangnya dua (2) penjelasan. Walau bagaimanapun, pertandingan ini tidak
12
menetapkan had maksimum atau minimum bagi setiap pendebat menerima penjelasan/ celahan. 14.3
Penjelasan yang diberikan hendaklah tidak melebihi lima belas (15) saat. Loceng akan dibunyikan selepas lima belas (15) saat. Jika penjelasan/ celahan belum selesai, pendebat yang memberi penjelasan/ celahan hendaklah duduk serta merta.
14.4
Penjelasan tidak boleh diminta sebelum berakhir minit pertama dan pada minit terakhir mana-mana ucapan substantif. Loceng akan dibunyikan sekali menandakan permulaan dan sekali lagi bagi menandakan pengakhiran waktu meminta penjelasan yang dibenarkan. Penjelasan tidak boleh diminta dalam ucapan penggulungan.
14.5
Hanya ahli daripada pihak lawan yang boleh meminta penjelasan/ celahan. Pendebat hendaklah memberi isyarat jika ingin mencelah dengan cara yang sesuai seperti berdiri, mengangkat tangan, membuat permohonan dan sebagainya.
14.6
Pendebat yang sedang berucap boleh menerima atau menolak penjelasan dengan member isyarat fizikal atau memberitahu secara lisan. Jika ditolak, pendebat yang ingin meminta penjelasan hendaklah duduk dan menunggu peluang yang lain.
14.7
Apabila penjelasan diterima, pendebat yang sedang berucap tidak boleh menjawab selagi pendebat yang meminta penjelasan belum selesai mencelah atau peruntukan masa selama 15 saat yang diberikan belum selesai (mana yang terdahulu). Pendebat tidak wajar memotong penjelasan yang telah diminta oleh pihak lawannya apabila telah diterima.
15.0
BANTAHAN SEMASA PERDEBATAN SEDANG BERLANGSUNG 15.1
Bantahan dalam konteks ini adalah bantahan yang diajukan oleh pendebat kepada Yang Di Pertua Dewan semasa perdebatan sedang berlangsung bagi menarik perhatian beliau terhadap perlanggaran sebarang peraturan perdebatan seperti: 13
i.
Penggunaan aksi atau bahasa yang kurang sopan dalam perdebatan atau;
ii.
Pengenalan fakta baru semasa ucapan substantif pendebat ketiga atau ucapan gulungan atau;
iii.
Mana-mana pendebat yang telah melebihi tiga puluh saat (30) saat had masa yang diperuntukkan.
15.2
Menjadi tanggungjawab setiap pasukan untuk menyuarakan bantahan terhadap sebarang perlanggaran peraturan. Keputusan Yang Di Pertua Dewan sama ada untuk menerima atau menolak bantahan yang dikemukanan adalah muktamad.
15.3
Jika bantahan diterima, Yang Di Pertua Dewan boleh mengarahkan pendebat yang terbabit agar mematuhi peraturan yang dibangkitkan dan masa yang digunakan untuk membuat bantahan akan dikira dari masa pendebat yang sedang berucap.
16.0
RAYUAN 16.1
Keputusan hakim adalah muktamad.
16.2
Sebarang rayuan hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan secepat mungkin selepas selesai sesuatu perdebatan.
16.3
Jika pihak penganjur mendapati berlaku sebarang kesilapan atau kecacatan semasa pengendalian sesuatu perdebatan (yang berkaitan dengan perkara teknikal sahaja), usaha akan dibuat agar tidak ada kepentingan mana-mana pihak yang terjejas. Jika perlu, hakim dan peserta akan diberitahu tentang isu berbangkit agar tidak berulang.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Debat Dan Pidato Bahasa Melayu Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia 2014
14