KOMPAS 1D2D3 PENULISAN BAHASA MELAYU
-13-
FORMAT BAHARU PENULISAN UPSR KERTAS 012
GARIS PANDUAN MEMERIKSA KERTAS 012 (PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH)
Panduan dan Cara Memeriksa Kertas 1. Pemeriksaan kertas Bahasa Melayu Penulisan dilakukan secara holistik iaitu melihat secara keseluruhan. Pemarkahan atau penskoran dibuat mengikut kriteria yang ditentukan. 2. isi-isi yang diberi bagi setiap soalan merupakan panduan kepada guru mata pelajaran untuk menilai atau memberi markah. Langkah-langkah Memeriksa Kertas 1. Guru mata pelajaran (pemeriksa) hendaklah membaca setiap ayat dalam sesebuah karangan dengan teliti untuk mendapatkan kesan (impression) daripada karangan tersebut. Selepas itu, nilai dan anggarkan tahap karangan tersebut. Tahap pencapaian karangan itu akan disesuaikan dengan kriteria yang telah ditentukan. 2. Guru mata pelajaran (pemeriksa) hendaklah membaca karangan itu sekali lagi. Bacaan kali kedua diikuti dengan menurunkan tanda-tanda pemeriksaan dan menetapkan skor berdasarkan jadual kriteria pemarkahan atau penskoran. 3. Karangan yang tersasar atau terpesong ialah ayat atau karangan yang tiada kaitan langsung dengan tajuk, tema, dan tugasan yang disoal. Bagi karangan yang tersasar atau terpesong ini, lima (5) markah maksimum sahaja yang layak diberi. 4. Bagi karangan yang berformat khusus, jika karangan yang dihasilkan tidak mematuhi format, tolak dua (2) markah daripada markah keseluruhan. 5. Bagi karangan yang berformat umum tetapi ditulis dalam bentuk format khusus, tidak ditolak markah. Tetapi jika format khusus tidak lengkap atau salah format khusus tersebut, tolak dua (2) markah daripada markah keseluruhan. 6. Penilaian keseluruhan (impression) bagi karangan yang kurang jumlah perkataan yang telah ditetapkan akan diturunkan pemarkahan atau penskorannya. Bagi karangan yang melebihi jumlah perkataan pula akan terus dinilai tanpa menurunkan markahnya. 7. Markah (Bahagian A) akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid memahami arahan dan menjawab soalan berpandukan gambar. Hanya terdapat dua (2) kata kunci dalam membina ayat-ayat yang gramatis berpandukan gambar, sama ada situasi atau aktiviti. Jika soalan bertanyakan tentang aktiviti, murid-murid mesti membina ayat yang mengandungi kata kerja, contoh kata kerja seperti; memotong, menyiram, menyapu, mengecat dan menyepak dan lainlain lagi. Jangan membina lebih daripada lima (5) ayat kerana markah akan ditolak. 8. Markah (Bahagian B) akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid mempersembahkan isi minimum sebanyak tiga (3) isi penting. Isi karangan yang dikuti dengan keterangan, huraian, dan contoh juga akan diberi markah. Karangan/karya yang dihasilkan juga mesti mempunyai pendahuluan dan penutup, jika tidak markah maksimum tidak akan diperoleh. Jumlah perkataan juga mesti tidak kurang daripada 80 patah perkataan. 9. Markah (Bahagian C) akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid membuat rumusan atau ulasan tentang dua (2) perkara, sama ada berbentuk pengajaran atau berbentuk nilainilai murni. Rumusan yang dinyatakan (pengajaran atau nilai-nilai murni) mesti mengandungi lima (5) isi untuk layak memperoleh markah yang cemerlang. Pengajaran atau nilai-nilai murni yang dinyatakan atau diulas mesti bertepatan dengan bahan atau teks yang diberi. Jumlah perkataan juga mesti tidak kurang daripada 50 patah perkataan. 10. Bagi keterangan yang lebih terperinci, sila rujuk jadual penskoran yang telah disediakan.
KOMPAS 1D2D3 PENULISAN BAHASA MELAYU
-14-
FORMAT BAHARU PENULISAN UPSR KERTAS 012
PANDUAN PEMARKAHAN
ITEM BAHAGIAN A
PENSKORAN
UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)
Markah
1. Menulis ayat yang gramatis dan menepati bahan grafik. 2. Ayat yang mengandungi pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta bertepatan dengan bahan grafik. 3. Pengunaan tanda baca yang betul dan bersesuaian dengan ayat. 4. Penggunaan ejaan yang tepat dan betul. 5. Mengandungi lima ayat dan lima isi yang bertepatan dengan bahan grafik.
Cemerlang
(9 – 10)
PENSKORAN
UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)
Markah
1. Menulis ayat yang jelas dan menepati bahan grafik. 2. Ayat yang mengandungi pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan grafik. 3. Terdapat beberapa kesilapan tanda baca tetapi tidak menjejaskan ayat. 4. Terdapat beberapa kesilapan ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat. 5. Mengandungi empat ayat dan empat isi yang sesuai dengan bahan grafik. 6. Menulis melebihi lima ayat, sama ada isinya berkaitan dengan bahan grafik atau isinya tidak berkaitan dengan bahan grafik.
Baik
(7 – 8)
PENSKORAN
UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)
Markah
1. Menulis ayat yang mudah dan ringkas sesuai dengan bahan grafik. 2. Ayat yang mengandungi kata dan kosa kata tetapi terhad dan masih sesuai dengan bahan grafik. 3. Terdapat banyak kesilapan tanda baca dalam ayat. 4. Terdapat banyak kesilapan ejaan dalam ayat. 5. Mengandungi tiga ayat dan tiga isi yang sesuai dengan bahan grafik.
Memuaskan
(4 – 6)
PENSKORAN
UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)
Markah Pencapaian Tahap Minimum
1. Menulis ayat yang tidak sesuai atau tidak berkaitan dengan bahan grafik. 2. Ayat yang mengandungi kata dan kosa kata yang terhad dan tidak sesuai dengan bahan grafik. 3. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dalam penulisan atau ayat. 4. Tidak menguasai kemahiran ejaan dalam penulisan atau ayat. 5. Mengandungi dua ayat dan dua isi yang tidak sesuai dengan bahan grafik.
(1 – 3)
KOMPAS 1D2D3 PENULISAN BAHASA MELAYU
-15-
FORMAT BAHARU PENULISAN UPSR KERTAS 012
PANDUAN PEMARKAHAN
ITEM BAHAGIAN B
PENSKORAN
UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)
Cemerlang
1. Karya atau penyampaian isi yang jelas dan menarik untuk dibaca. 2. Pengolahan idea yang sangat baik, menggunakan pelbagai ayat yang gramatis bertepatan dengan tema. 3. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan tema atau soalan. 4. Pengunaan tanda baca yang betul berdasarkan jenis karangan. 5. Penggunaan ejaan yang betul berdasarkan jenis karangan. 6. Mengandungi pendahuluan, minimum tiga isi, dan penutup yang bernas.
(24 – 30) (27 – 30) Tinggi (24 – 26) Rendah
PENSKORAN
UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)
Baik
1. Karya atau penyampaian isi yang jelas untuk dibaca. 2. Pengolahan idea yang baik, dengan menggunakan ayat yang gramatis bertepatan dengan tema atau soalan. 3. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan tema atau soalan. 4. Terdapat beberapa kesilapan tanda baca dan tidak menjejaskan karangan. 5. Terdapat beberapa kesilapan ejaan tetapi tidak menjejaskan karangan. 6. Mengandungi pendahuluan, minimum dua isi, dan penutup yang sesuai.
(17 – 23) (20 – 23) Tinggi (17 – 19) Rendah
PENSKORAN
UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)
Memuaskan
1. Karya atau penyampaian isi yang mudah dan ringkas untuk dibaca. 2. Pengolahan idea atau menyatakan isi dengan menggunakan ayat dasar yang bersesuaian dengan tema atau soalan. 3. Menggunakan kata dan kosa kata tetapi terhad, masih sesuai dengan tema. 4. Penggunaan tanda baca yang terhad (huruf besar, noktah, dan koma) dan terdapat banyak kesalahan tanda baca dalam karangan. 5. Terdapat banyak kesalahan ejaan dalam karangan. 6. Mengandungi pendahuluan, minimum satu isi, dan penutup yang sesuai.
(11 – 16) (14 – 16) Tinggi (11 – 13) Rendah
PENSKORAN
UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)
Pencapaian Tahap Minimum
1. Karya atau penyampaian isi yang tidak sesuai dengan tema karangan. 2. Pengolahan idea atau isi tidak tepat dan tidak berkaitan dengan tema atau sukar difahami jalan ceritanya. 3. Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan tema. 4. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dalam ayat atau penulisan. 5. Tidak menguasai kemahiran ejaan dalam ayat atau penulisan. 6. Karangan yang tidak mengikut format atau kehendak soalan. 7. Pendahuluan, isi karangan dan penutup kabur atau tidak jelas maksudnya. 8. Isi karangan tidak berkaitan atau tidak menepati kehendak soalan. 9. Karangan terpesong atau tergelincir dari landasan soalan atau tajuk.
(1 – 10) (7 – 10) Tinggi (1 – 6) Rendah
KOMPAS 1D2D3 PENULISAN BAHASA MELAYU
-16-
FORMAT BAHARU PENULISAN UPSR KERTAS 012
PANDUAN PEMARKAHAN
ITEM BAHAGIAN C
PENSKORAN
UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)
Cemerlang
1. Menulis ulasan dengan jelas dan tepat menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan. 2. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan rangsangan. 3. Pengunaan tanda baca yang betul berdasarkan bahan rangsangan. 4. Penggunaan ejaan yang betul berdasarkan bahan rangsangan. 5. Menyatakan minimum lima pengajaran atau nilai murni dengan tepat.
(17 – 20) (19 – 20) (17 – 18)
PENSKORAN
UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)
Baik
1. Menulis ulasan dengan jelas dan tepat menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan. 2. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan rangsangan. 3. Terdapat beberapa kesalahan tanda baca tetapi tidak menjejaskan ayat. 4. Terdapat beberapa kesalahan ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat. 5. Menyatakan minimum empat pengajaran atau nilai murni dengan tepat.
(12 – 16) (14 – 16) (12 – 13)
PENSKORAN Memuaskan
(6 – 11) (9 – 11) (6 – 8)
UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA) 1. 2. 3. 4. 5.
Ulasan tepat menggunakan ayat mudah dan ringkas. Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad tetapi sesuai dengan ulasan. Terdapat banyak kesalahan tanda baca ketika membuat ulasan. Terdapat banyak kesalahan ejaan ketika menghasilkan ulasan. Menyatakan minimum tiga pengajaran atau nilai murni dengan betul.
PENSKORAN
UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)
Pencapaian Tahap Minimum
1. Ulasan tidak menepati bahan rangsangan yang disediakan. 2. Penggunaan perkataan atau kosa kata yang terhad serta tidak sesuai dengan bahan rangsangan. 3. Tidak menguasai kemahiran tanda baca semasa membuat ulasan. 4. Tidak menguasai kemahiran ejaan semasa membuat ulasan. 5. Menyatakan minimum sifar hingga dua pengajaran atau sifar hingga dua nilai murni daripada bahan rangsangan. 6. Ulasan tidak berkaitan atau terpesong daripada bahan rangsangan.
(1 – 5)
KOMPAS 1D2D3 PENULISAN BAHASA MELAYU
-17-
FORMAT BAHARU PENULISAN UPSR KERTAS 012
PANDUAN MEMBINA AYAT ITEM BAHAGIAN A
A
ITEM BAHAGIAN A
A
SITUASI
AKTIVITI
KATA SIFAT
KATA SIFAT
KATA KERJA
KATA KERJA
Condong
Tinggi
Bertepuk
Belayar
Kemik
Merah
Menjual
Memagari
Hampir
Gembira
Menunggu
Mencabut
Segera
Dekat
Menagkap
Memeriksa
Pahit
Pandai
Menjual
Memilih
Contoh ayat yang mengandungi kata sifat 1. Air sungai itu mengalir dengan deras selepas hujan lebat pagi tadi. 2. Di bandar itu terdapat tiga buah restoran yang menjual makanan segera. 3. Puan Zakiah amat kecewa dengan perangai biadap segelintir anak muridnya itu. 4. Bangunan yang hampir sekali dengan pantai ialah Hotel Primula, Kuala Terengganu. 5. Tiang lampu di simpang tiga itu condong setelah dilanggar oleh kereta petang semalam. Contoh ayat yang mengandungi kata kerja 1. Shahidan sedang membawa beberapa biji bola ping pong yang berwarna kuning. 2. Pekebun sayur itu menggunakan dawai berduri untuk memagari kebun sayurnya. 3. Selepas selesai menjerang air, emak pula menguli tepung untuk membuat kuih pau. 4. Seorang hakim padang sedang mencatat sesuatu pada buku catatan yang dipegangnya. 5. Guru Besar sedang menyampaikan hadiah kepada Azlin atas kejayaan cemerlangnya itu.
KOMPAS 1D2D3 PENULISAN BAHASA MELAYU
-18-
FORMAT BAHARU PENULISAN UPSR KERTAS 012
PENYERAPAN NILAI-NILAI MURNI DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU
NILAI-NILAI MURNI
20
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
20
BAHASA MELAYU (SK & SJK)
AMANAH
KEBERANIAN
BAIK HATI
KEJUJURAN
BERDIKARI
KERAJINAN
BERSIH FIZIKAL & MENTAL
KERJASAMA
BERTANGGUNGJAWAB
KESEDERHANAAN
HEMAH TINGGI
KESYUKURAN
HORMAT-MENGHORMATI
PATRIOTISME
KASIH SAYANG
RASIONAL
KEADILAN
SEMANGAT BERMASYARAKAT
KEBEBASAN
TOLONG-MENOLONG
20
PENYERAPAN NILAI-NILAI MURNI DALAM P&P BAHASA MELAYU
20
KOMPAS 1D2D3 PENULISAN BAHASA MELAYU
-19-
FORMAT BAHARU PENULISAN UPSR KERTAS 012
KOMPAS 1D2>3 PENULISAN BAHAGIAN C MERUMUS ATAU MEMBUAT ULASAN
NILAI-NILAI MURNI & PENGAJARAN (Daripada Bahan Petikan atau Teks)
40
PENYERAPAN NILAI-NILAI MURNI DALAM P&P BAHASA MELAYU
40
EMPAT PULUH (40) NILAI MURNI ATAU PENGAJARAN BIL
NILAI-NILAI MURNI / PENGAJARAN
BIL
NILAI-NILAI MURNI / PENGAJARAN
1.
rajin / tekun / gigih
21.
bertoleransi
2.
jujur / tulus
22.
yakin
3.
berdikari
23.
berhemah tinggi
4.
berani
24.
patriotik
5.
amanah
25.
bersatu padu
6.
adil
26.
baik hati
7.
berterima kasih
27.
kebebasan
8.
berjimat-cermat
28.
kebersihan fizikal
9.
ikhlas
29.
kesederhanaan
10.
pemurah
30.
rasional
11.
bekerjasama
31.
bermaruah / harga diri
12.
berdisiplin
32.
mencintai alam sekitar
13.
bertanggungjawab
33.
sabar / penyabar
14.
bersyukur
34.
tabah / cekal
15.
patuh undang-undang
35.
menghargai masa
16.
prihatin
36.
menepati masa
17.
kasih sayang
37.
bersimpati
18.
sopan santun / peramah
38.
hati-hati / berwaspada
19.
hormat-menghormati
39.
keazaman / cita-cita tinggi
20.
tolong-menolong
40.
taat / patuh / akur