SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN PROGRAM UPMKB AGROTECH EXHIBITION (UAE) 2014
1.0 PENGENALAN Program UPMKB Agrotech Exhibition 2014 merupakan satu program pameran yang dirangka khas untuk memberi pendedahan dan mengenengahkan penggunaan dan aplikasi teknologi dalam bidang pertanian. Pameran yang akan dijalankan dengan tema Innovation for Sustaining Agriculture diharap dapat memberi input dan pengetahuan yang lebih terhadap penggunaan teknologi serta aplikasinya dalam bidang pertanian khususnya kepada pelajar sekolah.
2.0 OBJEKTIF Pertandingan inovasi dan rekacipta pertanian ini diadakan untuk: i.
Meningkatkan kemahiran serta menggalakkan daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan peserta dalam teknologi pertanian.
ii. Menjadi platform kepada peserta sebagai penyumbang idea dan inovasi atau pengetahuan dalam bidang pertanian untuk menunjukkan kemampuan mereka mencipta dan menemui sesuatu yang baru. iii. Mewujudkan
pusat
kecemerlangan
serta
menjadi
titik
fokus
bagi
pembangunan dan penggalakan budaya rekacipta dan inovasi dalam usaha membangunkan produk rekacipta yang kompetitif.
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014
iv. Menjadi jaringan strategik melalui pendekatan perkongsian bestari (smart partnership) dengan kementerian/agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi, persatuan usahawan dan orang persendirian di dalam dan di luar negeri. v. Menjadi penyelaras ke arah mempatenkan semua rekacipta dan inovasi yang dihasilkan oleh peserta.
3.0 TEMA PERTANDINGAN 3.1 Tema pertandingan ialah Innovation for Sustaining Agriculture. 3.2 Pemilihan tema ini dibuat bagi melihat impak inovasi dalam kelestarian bidang pertanian dan penghasilan produk yang mesra pengguna. 4.0 TEMPAT DAN MASA 4.1 Tarikh
: 21 dan 22 Jun 2014 (Sabtu dan Ahad).
4.2 Tempat
: Dewan Sri Kenyalang, UPMKB.
4.3 Masa
: 8.00 pagi – 5.00 petang.
5.0 KATEGORI PERTANDINGAN Pertandingan akan dibahagikan kepada 2 kategori utama: i.
Kategori Sekolah (Terbuka kepada pelajar – pelajar sekolah yang didaftarkan di mana – mana sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia)
ii.
Kategori Utama (Terbuka kepada individu yang berumur 13 tahun dan keatas)
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014
6.0 KATEGORI BIDANG
Pertandingan ini terbuka kepada individu yang berminat untuk menyertai program ini berdasarkan bidang kategori: i.
Pertanian
ii.
Perikanan
iii.
Penternakan
iv.
Perhutanan tani
v.
Industri asas tani
7.0 KATEGORI PRODUK YANG DIPERTANDINGKAN Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Pertanian 2014 menekankan kepada 3 kategori produk yang dipertandingkan: i.
Invention/Penciptaan – Penciptaan proses atau produk baru.
ii.
Innovation/Inovatif – Penambahbaikan kepada proses atau produk sedia ada.
iii.
Design/Rekabentuk – Rekabentuk pelan, corak 3D atau multimedia.
8.0 SYARAT PENYERTAAN i.
Pertandingan ini TERBUKA kepada semua pelajar, staf UPMKB dan manamana individu yang berminat untuk menyertai pertandingan ini.
ii. Setiap penyertaan akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM50.00 bagi setiap pasukan yang bertanding. iii. Setiap jabatan di Fakulti Sains Pertanian dan Makanan UPMKB, PERLU menghantar sekurang-kurangnya SATU (1) penyertaan bagi mewakili jabatan tersebut dalam pertandingan ini. iv. Setiap jabatan dihadkan kepada TIGA (3) penyertaan sahaja. v. Penyertaan adalah terbuka kepada penyertaan individu atau berkumpulan dengan bilangan ahli tidak melebihi EMPAT (4) dan boleh terdiri daripada gabungan pelajar dan staf.
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014
vi. Kos projek adalah di atas tanggungan individu dan kumpulan masingmasing. vii. Individu yang dilantik sebagai urusetia pertandingan tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
9.0 SYARAT PERTANDINGAN Syarat–syarat bagi menyertai Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Pertanian 2014 adalah seperti berikut: i.
Projek inovasi dan rekacipta yang dihasilkan mestilah sesuai dengan tema pertandingan.
ii. Cetusan idea projek mestilah daripada janaan idea sendiri dan bukan plagiat. iii. Keperluan bahan untuk membangunkan projek atau persiapan sebelum hari pertandingan adalah tanggungjawab peserta. iv. Penggunaan bahan-bahan terbuang atau kitar semula dalam penghasilan projek adalah sangat digalakkan. v. Adaptasi penambahbaikan idea sedia ada boleh diterima pakai selagi aspek penambahbaikan tersebut merupakan faktor utama hasil kreativiti. vi. Idea rekabentuk mestilah asli dan tidak pernah dikomersial, dipamer atau dimajukan kepada sektor pembuatan. vii. Mana-mana penyertaan yang pernah dikemukakan dalam mana-mana pertandingan luar sebelum ini atau didapati meniru / menciplak idea adalah TIDAK
LAYAK
untuk
menyertai
pertandingan
ini.
Pihak
Urusetia
Pertandingan BERHAK menolak penyertaan atau menarik balik sebarang bentuk hadiah yang diperolehi sekiranya peserta didapati mengemukakan penyertaan yang sama sebelum pertandingan ini. viii. Penggunaan sebarang perisian adalah dibenarkan selagi ia sah di sisi undang-undang pengkomputeran Malaysia.
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014
ix. Penggunaan
perisian adalah
tanggungjawab
peserta dan sebarang
kemudaratan adalah tanggungjawabnya. x. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD.
10.0
KOD ETIKA i.
Dalam semua langkah sebuah kajian ilmiah, penyelidik/peserta mestilah menjaga integriti.
ii.
Penyelidik/Peserta
hendaklah
menghindari
kesalahan
saintifik
atau
penipuan, seperti memalsukan data atau nota, cetak rompak atau plagiarisme, menggunakan karya penyelidik lain. Projek tersebut tidak layak bertanding. iii.
Sebuah projek kajian mungkin menjadi sebahagian kajian yang lebih besar dilakukan oleh para saintis profesional namun peserta hanya boleh mempamerkan hasil kajian yang terlibat aktif sahaja.
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014
11.0
FORMAT KERTAS PROJEK
PERKARA Tajuk Projek
PENERANGAN Nyatakan tajuk projek, nama peserta, penasihat dan institusi. Tajuk perlu ditulis dengan 'bold' dan mudah dibaca.
Abstrak
Sinopsis
kepada
keseluruhan
kajian.
(nyatakan
persoalan kajian, hipotesis, metodologi, hasil, analisis dan kesimpulan kajian) Pengenalan
Latar belakang projek, penyataan masalah, signifikan kajian, takrif istilah, skop dan batasan. Perbandingan kajian lepas.
Metodologi / Proses kajian
Rekabentuk dan perincian projek, bahan dan alatan,
Manual Operasi
Terangkan
rawatan dan prosedur yang dijalankan. proses
kerja
yang
digunakan
dalam
pengumpulan data dan pemerhatian. Sertakan foto serta lakaran bahan projek atau penyelidikan. Boleh direkod dalam buku data. Hasil Kajian
Analisa kajian, tafsiran keputusan dan hasil dapatan.
Perbincangan dan Keputusan
Bahagian terpenting. Keputusan dan perbincangan perlu dianalisa secara terperinci, membuat perbandingan antara nilai teori dan praktikal, semakan data di jurnal dan sebagainya. Bincangkan inovasi atau pembaharuan jika ada serta ringkasan perlu spesifik.
Rujukan
Senarai rujukan hendaklah disertakan jika melibatkan dokumentasi yang bukan hasil persendirian mengikut format tertentu. (Contoh: tajuk buku, artikel, jurnal, nama pengarang, tahun terbitan, muka surat dsb.)
* Kertas Projek hendaklah dilampirkan bersama ketika sesi penghakiman dan pameran dijalankan. * Saiz poster adalah A1 (594 mm x 841 mm). Orientasi poster adalah Potrait (Lebar : 594mm & Tinggi : 841 mm). PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014
CONTOH LAKARAN POSTER KERTAS PROJEK
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014
12.0
PROSES PENILAIAN PERTANDINGAN i.
Peserta akan diberi masa selama 10 – 15 minit bagi membentangkan hasil kajian / inovasi projek dalam Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris dan 5 minit untuk menjawab soalan yang diberikan oleh hakim.
ii. Panel Hakim akan dilantik oleh Jawatankuasa Penganjur untuk menilai dan memilih pemenang berdasarkan kriteria; keaslian, kreativiti, kegunaan dan aplikasi, potensi komersial / kebolehpasaran dan persembahan dan demonstrasi. iii. Setiap penyertaan akan dihakimi secara penilaian lisan. iv. Penghakiman akan juga mengambil kira pengetahuan penyelidik/peserta mengenai rekacipta yang disertakan termasuklah penggunaan teknologi terkini, fungsi model serta status rekacipta yang meliputi tahap penyelidikan, pembangunan dan penyediaan untuk hasil tersebut. Berikut adalah perincian kriteria pemarkahan:
BAHAGIAN
KOMPONEN
KRITERIA
Persembahan
Pameran
-Menggunakan pengetahuan
(40%)
projek (20%)
kejuruteraan, prinsip
PERATUS
sains/matematik, kaunseling. Mengaplikasikan pengetahuan ilmu sains/matematik,
10
kaunseling dan kejuruteraan yang menjurus kepada penyelesaian masalah dan penggunaan teknologi terkini. -keaslian/kreativiti/inovasi yang digunakan. -Menggunakan komputer atau teknikal grafik:
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014
05
05
Penggunaan multimedia/media cetak sebagai platform penyebaran maklumat
Penyampaian
-Kemahiran penyampaian
laporan (20%) individu/pasukan; kemahiran komunikasi, sebutan yang
10
lancar/jelas dan penerangan teratur dan sistematik. -Kemahiran saintifik dan kreativiti. Melihat kepada objektif yang disasarkan, pengembangan potensi dan kemahiran sainstifik
03
dan kemahiran dalam penyelidikan dan pembangunan inovasi. -Kemahiran interaksi dan menjawab soalan. Berkebolehan berinteraksi dan
03
kebijaksanaan dalam menghuraikan jawapan. -Personaliti keseluruhan. Kesesuaian pakaian, keyakinan diri dan penampilan yang
04
beretika. Produk
Dokumentasi
-Abstrak/ringkasan projek
(60%)
(20%)
Sinopsis keseluruhan kajian melibatkan persoalan kajian, hipotesis, metodologi, hasil analisis dan kesimpulan.
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014
02
-Pengenalan. Latar belakang projek, penyataan masalah, signifikan
03
kajian. -Metodologi dan perincian projek.
05
-Keputusan,hasil dapatan dan perbincangan. Analisis data, tafsiran keputusan
05
dan hasil dapatan serta perbincangan analisis. -Kesimpulan dan cadangan kajian. Melakukan ringkasan keputusan
05
dan perbincangan inovasi dan pembaharuan. Projek
-Pemikiran sainstifik/matlamat
Signifikan
inovasi menepati tema.
(15%)
Memenuhi matlamat inovasi dan
05
tema pertandingan. -Efisien (kecekapan). Jimat masa, jimat kos, tingkatkan produktiviti dan
05
mudah digunakan. -Kesan kepada kualiti alam sekitar masyarakat. Implikasi terhadap alam sekitar, penggunaan bahan tempatan kitar semula dan mesra alam.
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014
05
Status
-Kekemasan/warna yang ceria.
Prototaip
-Keselamatan
(25%)
Mudah, mesra pengguna, stabil,
05
kukuh dan selamat digunakan.
05
-Ciptaan inovasi.
10
-Potensi komersial/kos. Memenuhi kehendak pengguna, kebolehpasaran dan dapat meningkatkan perkembangan teknologi pertanian di Malaysia. 13.0
HADIAH PERTANDINGAN
Hadiah pertandingan akan diberikan mengikut kategori pertandingan: i.
Pemenang bagi kategori Sekolah akan menerima pengiktirafan seperti berikut: Bil TEMPAT HADIAH 1. Tempat pertama Wang tunai, hamper dan sijil penghargaan. 2. Tempat kedua Wang tunai, hamper dan sijil penghargaan. 3. Tempat ketiga Wang tunai, hamper dan sijil penghargaan.
ii.
Pemenang bagi kategori Utama akan menerima pengiktirafan seperti berikut: Bil TEMPAT HADIAH 1. Tempat pertama Wang tunai, hamper dan sijil penghargaan. 2. Tempat kedua Wang tunai, hamper dan sijil penghargaan. 3. Tempat ketiga Wang tunai, hamper dan sijil penghargaan.
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014
05
14.0
PAMERAN Setiap peserta akan disediakan tapak pameran yang merangkumi satu meja lipat dan 4 kerusi untuk mempamer dan memberi demontrasi rekacipta / inovasi sepanjang pameran berlangsung. Peserta perlu menyediakan bahan keperluan untuk mempamerkan dan memberi demontrasi rekacipta / inovasi mereka. Semua label dan abstrak mesti dipamerkan dengan jelas di setiap booth pameran. Kos persiapan booth adalah di bawah tanggungan peserta sendiri.
15.0
PENGISYTIHARAN PEMENANG i.
Hanya Jawatankuasa Penganjur berhak memutuskan anugerah dan hadiah yang diberi pada hari pertandingan.
ii.
Jawatankuasa Penganjur memelihara hak mengisytiharkan tiada pemenang jika tidak ada penyertaan yang layak menang.
16.0 i.
PENAFIAN Jawatankuasa Penganjur atau ahlinya akan bertanggungjawab untuk mengurus, mengangkut atau menyimpan model-model atau bahan-bahan lain yang diserahkan oleh peserta (jika perlu). Namun demikian Jawatankuasa Penganjur atau ahlinya tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan dan kehilangan barangan di atas.
ii.
Keputusan Panel Hakim dan Jawatankuasa Penganjur adalah muktamad. Peserta mesti akur pada keputusan Panel Hakim atau Jawatankuasa Penganjur. Peserta tidak berhak untuk menuntut bayaran atau gantirugi jika terdapat sebarang kehilangan, kos perbelanjaan atau kerosakan yang timbul, atau berkaitan dengan pengurusan organisasi dan juga keputusan pertandingan
iii.
Peserta-peserta yang bertanding dimaklumkan bahawa di kebanyakan negara lain, penyertaan dalam pameran/pertandingan akan mengakibatkan pendedahan hakcipta
di
bawah
undang-undang
hakcipta
masing-masing.
Peserta
dinasihatkan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melindungi PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014
hakcipta dan hak pendaftaran mereka untuk menghalang kemungkinan berlakunya rampasan hakcipta akaibat pendedahan rahsia ini. Jawatankuasa Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang rampasan hakcipta yang dihadapi oleh mana-mana peserta pertandingan atau pameran dalam penyertaan ini.
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN PROGRAM UPMKB AGROTECH EXHIBITION (UAE) 2014 “Innovation for Sustaining Agriculture” *Sila baca arahan berikut:
Semua peserta harus membaca terma dan syarat-syarat pertandingan. Semua maklumat mestilah diisi dengan lengkap dengan menggunakan huruf besar. Borang ini perlu dihantar dan dikembalikan semula kepada pihak uruetia pertandingan sebelum ataupun pada 3 MAC 2014.
1) Penyertaan dari: Sila tanda X pada petak yang berkenaan dan nyatakan.
Sekolah Menengah
IPTA
IPTS
Agensi Kerajaan
Agensi Swasta
Individu
Lain-lain
Nyatakan:
2) Butir-butir peserta (maksimum 4 orang): Nama peserta
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014
No. Kad Pengenalan
No. Telefon
3) Pegawai Iringan (jika ada): No Kad Pengenalan No Telefon
: _________________________________ : _________________________________
4) Kategori bidang yang dipertandingkan: Pertanian Perikanan Penternakan Perhutanan Tani Industri Asas Tani
5) Kategori produk yang dipertandingkan: Invention/Penciptaan
Innovation/Inovasi
Design/Rekabentuk
6) Nama Produk (nama yang ringkas) _________________________________________________________________________
7) Pengisytiharan: - Kumpulan kami mengisytiharkan bahawa kami telah membaca dan bersetuju mematuhi peraturan dan syarat pertandingan. - Keputusan panel hakim dan jawatankuasa penganjur adalah muktamad. - Kami bertanggungjawab untuk menanggung semua kos yang terlibat dalam menyertai pertandingan ini. - Kami juga ingin mengisytiharkan bahawa produk rekaan kami adalah asli dan sekiranya hal ini tidak berlaku kami bersedia untuk memulangkan semula anugerah dan hadiah yang kami menangi kepada pihak penganjur. Tarikh
: ______________________
Tandatangan ketua kumpulan : __________________________________ ( ) No Kad Pengenalan
: _________________________________
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014
Borang penyertaan ini boleh dihantar ke alamat berkenaan: Ketua Urusetia Pertandingan Rekacipta Inovasi Pertanian 2014, Jabatan Sains Asasi dan Kejuruteraan, Fakulti Sains Pertanian dan Makanan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Peti Surat 396 Jalan Nyabau, 97008 Bintulu, Sarawak. No Telefon
: 086 – 855217 / 019 – 9528984
No Fax
: 086 – 855428
Laman blog : upmkbagrotechexhibition.blogspot.com E-mail
:
[email protected]
Untuk Kegunaan Urusetia Penganjur Tarikh Terima
Diterima Oleh
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014
Tandatangan