TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI 1. 2. 3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10. 11.
12. 13.
Program Pindahan Baki Kad Kredit-i Bank Islam ini akan berakhir pada 31 Disember 2013. Program ini terbuka kepada semua Ahli Kad Utama Kad Kredit-i Visa Bank Islam / Ahli Kad Utama Kad Kredit-i MasterCard Bank Islam sahaja. Program Pindahan Baki ini hanya sah untuk permohonan Pindahan Baki yang baharu sahaja. Program ini menawarkan 3 kadar Caj Kewangan iaitu: CAJ KEWANGAN
TEMPOH
0%
6 bulan
1%
12 bulan
5%
24 bulan
JUMLAH PINDAHAN MINIMA
RM1,000
Bagi kadar 0% selama 6 bulan, Ahli Kad akan menikmati kadar caj kewangan 0% untuk tempoh 6 bulan sahaja. Sekiranya Pindahan Baki masih tertunggak selepas tempoh 6 bulan, caj kewangan sebanyak 17.5% setahun akan dikenakan ke atas baki pindahan tersebut, bermula pada bulan ke 7 (dari tarikh pindahan baki) dan seterusnya sehingga baki tersebut dijelaskan. Bagi kadar 1% selama 12 bulan, Ahli Kad akan menikmati kadar caj kewangan 1% untuk tempoh 12 bulan sahaja. Sekiranya Pindahan Baki masih tertunggak selepas tempoh 12 bulan, caj kewangan sebanyak 17.5% setahun akan dikenakan ke atas baki pindahan tersebut bermula pada bulan ke-13 (dari tarikh pindahan baki) dan seterusnya sehingga baki tersebut dijelaskan. Bagi kadar 5% setahun selama 24 bulan, Ahli Kad akan menikmati kadar caj kewangan 5% setahun untuk tempoh 24 bulan sahaja. Sekiranya Pindahan Baki masih tertunggak selepas tempoh 24 bulan, caj kewangan sebanyak 17.5% setahun akan dikenakan ke atas baki pindahan tersebut bermula pada bulan ke-25 (dari tarikh pindahan baki) dan seterusnya sehingga baki tersebut dijelaskan. Program Pindahan Baki ini hanya sah untuk tempoh 6/12/24 bulan dari tarikh Akaun Kad Kredit-i Bank Islam didebitkan atau sebelum tempoh Kontrak Kad tamat. Contoh: Jika Pindahan Baki didebitkan pada 1 Julai 2013, maka tempoh sah Pindahan Baki selama 12 bulan iaitu sehingga 30 Jun 2014. Walaubagaimanapun jika Kontrak Kad tamat pada 1 Januari 2014, tempoh Pindahan Baki akan tamat pada tarikh Kontrak Kad tamat. Permohonan untuk Program Pindahan Baki ini adalah tertakluk kepada kelulusan pihak Bank serta Terma dan Syarat yang terkandung di sini. Pihak Bank berhak untuk meluluskan atau menolak mana-mana permohonan dan menentukan pemindahan Baki Tertunggak (Amaun yang dibenarkan) mengikut budi bicara pihak Bank. Akaun Kad Kredit-i Bank Islam mestilah berada dalam keadaan semasa dengan Had Pembiayaan yang mencukupi untuk membolehkan pemindahan dilakukan. Dalam tempoh promosi, lebih daripada satu pindahan boleh dilakukan dalam satu masa. Setiap permohonan boleh mengandungi lebih daripada satu pindahan ke institusi kewangan yang lain dan jumlah pindahan keseluruhan untuk setiap permohonon mestilah menepati klausa 13. Penyata Kad terkini bagi akaun(-akaun) Kad yang dinyatakan mestilah disertakan dengan Borang Permohonan Pindahan Baki yang ditandatangani dan juga bertarikh. Bagi urusan pindahan yang akan dilakukan dalam tempoh pembayaran penyata akaun kad yang dipindahkan, permohonan tersebut hendaklah diterima oleh pihak Bank sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh tamat tempoh penyata. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perubahan caj atau fi yang mungkin dikenakan oleh institusi kewangan lain disebabkan oleh kelewatan pindahan. Ahli Kad adalah bertanggungjawab menyelesaikan sebarang transaksi yang dipertikaikan dengan institusi kewangan yang lain walaupun pihak Bank bersetuju membuat pembayaran Pindahan Baki sepertimana diminta. Ahli Kad hanya dibenarkan memindahkan sekurang-kurangnya RM1,000.00,
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23. 24. 25.
tertakluk kepada Had Pembiayaan dalam Akaun Kad Bank Islam. Jumlah maksimum pindahan bergantung kepada ketersediaan Had Pembiayaan. Amaun yang diluluskan akan menjadi sebahagian dari jumlah Had Pembiayaan untuk semua Akaun(-akaun) Ahli Kad Bank Islam, termasuk Akaun(-akaun) Kad Tambahan (jika ada). Tiada kenaikan dalam Had Pembiayaan bersamaan dengan Amaun yang dibenarkan. Amaun yang dibenarkan akan menurunkan had Pembiayaan Akaun Kad Bank Islam dengan sewajarnya. Caj Ganti Rugi Kelewatan Pembayaran (Ta’widh) sebanyak 1% dari Baki Tertunggak sepertimana pada tarikh penyata akan dikenakan, sekiranya bayaran diterima selepas tarikh matang iaitu minimum RM5.00 dan maksimum RM50.00, mengikut mana yang lebih tinggi. Tiada Caj Kewangan dikenakan ke atas Amaun yang dibenarkan atau baki tertunggak lain, dengan syarat Ahli Kad membayar amaun secara penuh pada atau sebelum tarikh tamat tempoh. Selepas tempoh 6/12/24 bulan tamat, Caj Kewangan standard sebanyak 13.5% - 17.5% setahun akan dikenakan. Tiada Fi Penyelesaian Awal akan dikenakan jika Ahli Kad menamatkan atau memilih untuk tidak meneruskan Program ini dengan membuat bayaran penuh Amaun yang dibenarkan atau baki tertunggak lain sebelum tempoh 6/12/24 bulan tamat. Sekiranya Ahli Kad (yang telah menyertai Program ini) mengarahkan pihak Bank untuk membatalkan Keahlian Kad Bank Islam sedia ada ataupun Keahlian Kad Bank Islam ditamatkan oleh pihak Bank disebabkan mana-mana alasan seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Kad, Ahli Kad bertanggungjawab menyelesaikan semua baki tertunggak, termasuk fi dan caj yang mungkin dikenakan oleh pihak Bank berikutan penutupan Akaun(-akaun) Kad Bank tersebut mengikut Perjanjian Kad. Pemberitahuan akan dihantar kepada Ahli Kad jika permohonan untuk program ini tidak berjaya. Jika permohonan ini diluluskan, pihak Bank akan membuat pindahan Amaun yang dibenarkan ke akaun(-akaun) Ahli Kad dengan institusi kewangan lain seperti yang diarahkan, mengikut cara yang difikirkan wajar oleh pihak Bank. Sehingga pembayaran (rujuk klausa 11) Amaun yang dibenarkan dibuat oleh pihak Bank ke institusi kewangan lain, Ahli Kad akan terus bertanggungjawab untuk membuat pembayaran ke akaun(-akaun) kad kredit dengan institusi kewangan lain mengikut terma pembayaran institusi kewangan tersebut. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang caj yang dikenakan ke atas mana-mana bayaran yang terhutang atau mana-mana caj kewangan atau fi lain yang ditanggung oleh Ahli Kad akibat kegagalan Ahli Kad atau kelewatan pihak Bank membuat bayaran Amaun yang dibenarkan kepada pihak institusi kewangan yang berkenaan. Kandungan Terma dan Syarat ini adalah tambahan dan tanpa prejudis kepada Terma dan Syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian Kad-i Bank Islam. Sekiranya berlaku pertikaian di antara Terma dan Syarat yang terkandung di sini dengan Terma dan Syarat dalam Perjanjian Kad, keputusan pihak Bank terhadap Terma dan Syarat yang akan diguna pakai adalah menyeluruh. Pihak Bank berhak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung program ini dengan memberikan notis. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, pembatalan, penamatan atau pergantungan Program ini yang dilakukan oleh pihak Bank tidak melayakkan Ahli Kad untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap pihak Bank disebabkan sebarang kerugian atau ganti rugi yang ditanggung oleh Ahli Kad disebabkan kesan langsung atau tidak langsung pembatalan, penamatan atau penggantungan ini. Pihak Bank berhak, mengikut budi bicara mutlaknya untuk meminda Terma dan Syarat yang terkandung di sini dengan memberi notis kepada Ahli Kad dan pindaan pada Terma dan Syarat tersebut akan berkuat kuasa pada tarikh selepas notis. Pihak Bank berhak menamatkan program ini pada bila-bila masa dengan notis dan tanpa memberi sebarang alasan. Program ini boleh digantikan dengan program lain secara keseluruhan atau sebahagian, mengikut budi bicara mutlak pihak Bank. Terma dan Syarat yang terkandung di sini dikawal selia dan diertikan mengikut undang-undang Malaysia.
Kelebihan Pindahan Baki Kad Kredit-i Bank Islam? 1.
Menggabungkan kesemua baki kad kredit tertunggak yang lain ke dalam Kad Kredit-i Bank Islam untuk pengurusan kewangan yang bijak.
2.
Nikmati caj kewangan yang rendah : CAJ
TEMPOH
0%
6 bulan
1%
12 bulan
5%
24 bulan
PINDAHAN MINIMUM
RM1,000
3.
Tiada caj kewangan berganda.
4.
Perlindungan Takaful percuma atas baki tertunggak
5.
Tiada fi pemprosesan
6.
Tiada fi penyelesaian awal.
Dokumen-dokumen yang diperlukan : Salinan penyata kad kredit daripada bank-bank lain (penyata 2 bulan terkini)
Kepada: Pusat Kad Bank Islam Tuan/Puan, Saya bersetuju untuk memindahkan baki tertunggak pada kad(-kad) kredit yang dinyatakan seperti berikut, dengan syarat jumlah yang dipindahkan tidak melebihi Had Pembiayaan pada Kad Bank Islam saya. Nama Ahli Kad ______________________________________________________________ No. Kad Kredit-i Bank Islam Tarikh Luput Kad b
b
t
t
No. Akaun Kad Kredit
Bank
Amaun (RM)
Bulan 6 (0%) 12 (1%) 24 (5%) 6 (0%) 12 (1%) 24 (5%) 6 (0%) 12 (1%) 24 (5%)
Jumlah Saya bersetuju memberi kebenaran kepada Bank Islam Malaysia Berhad (Bank) untuk memindahkan baki kad kredit tertunggak seperti yang dinyatakan di atas ke Akaun Kad Kredit-i MasterCard Bank Islam / Kad Kredit-i Visa Bank Islam saya. Saya mengesahkan bahawa pindahan yang akan dilakukan oleh pihak Bank adalah berdasarkan arahan saya dan tiada sebarang implikasi atau kaitan dengan bank yang mengeluarkan kad saya yang berkenaan. Saya juga mengesahkan bahawa pinjaman saya dari kesemua sumber di Malaysia tidak melebihi gabungan jumlah agregat RM10 juta (untuk bukan rakyat Malaysia sahaja). Saya telah meneliti dan memahami isi kandungan dan bersetuju untuk menurut segala terma dan syarat berkaitan Program PINDAHAN BAKI Kad Kredit-i Bank Islam
Tandatangan Ahli Kad (Tandatangan seperti di atas Kad)
Tarikh
Sila hantarkan kepada : Pusat Kad Bank Islam, Aras 24, Menara Bank Islam, No. 22 Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur • Email :
[email protected] • Faks : 03-27 26 7606 (Sila emel atau faks borang dan dokumen yang diperlukan ini sekali sahaja)
SIMULASI PENJIMATAN Kadar keuntungan Program Pindahan Baki Bank Islam (RM)
Penjimatan
Tempoh / Kadar
Pindahan Baki dari bank lain
Kadar keuntungan terkumpul 17.5% setahun (RM)
6 Bulan (0%)
1,000
79.55
0
79.55
12 Bulan (1%)
2,000
288.16
15.38
272.77
24 Bulan (5%)
3,000
710.12*
183.90**
526.22
Jika pelanggan memilih tempoh 24 Bulan: • Kadar keuntungan berkesan 5% setahun selama 24 bulan (bersamaan dengan kadar keuntungan bulanan sebanyak 0.4167%). * Pengiraan amaun adalah berdasarkan kadar keuntungan terkumpul sebanyak 17.5% setahun dalam tempoh 24 bulan ** Pengiraan amaun adalah berdasarkan kadar keuntungan terkumpul sebanyak 5% setahun dalam tempoh 24 bulan
Pusat Kad Bank Islam Aras 24, Menara Bank Islam No. 22 Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur Pusat Panggilan :
03-26 900 900 Email :
[email protected] Faks : 03-27 26 7606 www.bankislam.com.my