TERMA & SYARAT TruRewards Program ‘Loyalty’ Segala terma dan syarat TruRewards mentadbir kelayakan Ahli Kad Kredit-i Bank Islam untuk menerima TruPoints dengan menggunakan kad-kad tersebut dan menebus apa-apa perkara berkenaan yang ditawarkan oleh Bank Islam ("Terma dan Syarat"). 1.0
DEFINISI Ungkapan-ungkapan berikut hendaklah mempunyai erti masing-masing yang diberikan kepada mereka di bawah ini: "Ahli Kad Tambahan"
bermaksud sesiapa yang dicalonkan dan dibenarkan oleh Ahli Kad-i untuk mengendalikan Kad Kredit-i Bank Islam dan yang telah bersetuju untuk terikat dengan peruntukan termaterma dan syarat – syaratnya;
"Akaun Pelupusan"
bermaksud akaun tertunggak dan di bawah status tindakan undang-undang terhadap Ahli Kad untuk tujuan mendapatkan pembayaran hutang;
“Akaun TruRewards”
bermaksud Akaun Ahli Kad Utama yang digunakan untuk mengumpul dan menebus TruPoints;
“Ahli Kad Utama”
Bermaksud seseorang yang namanya dibukakan akaun Kad Kredit-i Bank Islam dibuka, dikendalikan dan diselenggarakan mengikut terma-terma dan syarat-syarat Kad Kredit-i Bank Islam;
"ATM"
bermaksud Mesin Teler Automatik yang membenarkan pelanggan untuk melaksanakan beberapa transaksi melalui mesin ATM, iaitu pengeluaran wang tunai, pertanyaan baki, pemindahan wang, permintaan penyata, pembayaran bil utiliti, permintaan buku cek dan pertukaran PIN;
“Bank Islam"
bermaksud Bank Islam Malaysia Berhad (No Syarikat 98127-X), sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan mempunyai alamat berdaftar di Tingkat 32, Menara Bank Islam, 22, Jalan Perak 50450 Kuala Lumpur;
“Bankcard”
bermaksud kad pembayaran pelbagaiguna;
"Barangan"
bermaksud barang terpilih atau item ketara yang boleh ditebus dengan menggunakan TruPoints dan Tunai (jika ada);
“Baucer”
bermaksud kertas yang telah dicetak atau baucer elektronik yang melayakkan Pemegang Kad mendapat diskaun atau menggantikan tunai atau untuk pembelian barang dan perkhidmatan;
"Borang Atas Talian"
bermaksud borang yang diisi oleh Ahli Kad-i mengisi di Laman sesawang TruRewards yang mana kemudiannya Ahli Kad-i perlu menghantarnya secara automatik melalui e-mel;
"CASA"
bermaksud akaun semasa atau akaun simpanan daripada pelanggan-pelanggan Bank Islam;
"Cukai Perkhidmatan"
bermaksud suatu bentuk cukai yang dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu;
"Fi Tahunan”
bermaksud fi tahunan yang dikenakan oleh Bank Islam;
"IPP"
bermaksud plan pembelian ansuran, suatu program yang ditawarkan oleh Bank Islam dengan peniaga yang mengambil bahagian yang membenarkan Ahli Kad Kredit –i Bank Islam untuk membayar ansuran menurut pelan yang ditawarkan bagi pembelian mereka, tertakluk kepada terma-terma dan syarat- syarat masing-masing;
“Item”
bermaksud Barangan dan Baucar;
"Kad Kredit-i"
bermaksud Kad-i MasterCard atau Kad-i Visa yang dikeluarkan oleh Bank Islam dan termasuk Kad Tambahan-i yang dikendalikan menurut terma-terma dan syarat-syarat masing-masing;
“Kad-i Tambahan”
Bermaksud Kad-i yang dikeluarkan oleh Bank kepada Ahli Kad Tambahan;
"NPF"
bermaksud akaun pembiayaan dengan Bank Islam yang masih tertunggak;
“ Pemegang Kad”
bermaksud seseorang yang mana Kad-i Bank Islam dikeluarkan kepadanya;
“PIN”
bermaksud Nombor Pengenalan Peribadi;
" Pusat Kad Bank Islam"
bermaksud Jabatan di dalam Bank Islam dan beralamat di Tingkat 24 Menara Bank Islam, 22, Jalan Perak 50450, Kuala Lumpur;
"Pusat Panggilan Bank Islam"
bermaksud pusat perhubungan Bank Islam serta boleh dihubungi dua puluh empat (24) jam di 03-26 900 900 untuk sebarang pertanyaan mengenai produk dan perkhidmatan Bank Islam;
"RSVP"
bermaksud pelan ansuran transaksi runcit, suatu program yang membolehkan Ahli Kad melaksanakan transaksi runcit dan menukar pembayaran kepada pelan ansuran menurut terma-terma dan syarat-syarat;
"TruRewards"
bermaksud tanda dagangan berdaftar untuk program kesetiaan yang diperkenalkan oleh Bank Islam sebagai ganjaran kepada Ahli Kad-i selaras menurut terma-terma dan syaratsyaratnya;
"TruPoints”
bermaksud mata ganjaran kepada Ahli Kad-i dibawah TruRewards ;
"Unit Perkhidmatan Pelanggan”
bermaksud perkhidmatan pelanggan di Pusat Kad Bank Islam untuk sebarang pertanyaan mengenai Kad-i Bank Islam yang boleh dihubungi di 03-2726 7799 dari Isnin hingga Jumaat, dari 9 pagi hingga 6 petang;
2.0 KELAYAKAN 2.1 Untuk melayakkan Pemegang Kad mengambil bahagian dalam TruRewards ("Ahli Kad yang Layak"), kriteria kelayakan seperti berikut mestilah dipenuhi: (a) Akaun Kad Kredit-i Bank Islam mestilah sah digunakan dan hendaklah berkeadaan baik sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank Islam. (b) Terbuka kepada semua Pemegang Kad Kredit-i Bank Islam.
3.0 AKSES KEPADA TRUPoints 3.1 Ahli Kad yang Layak perlu melawat laman sesawang TruRewards di https://trurewards.bankislam.com.my dan memasukkan nama pengguna dan kata laluan untuk mendaftar akaun ("Akaun TruRewards"). Akaun TruRewards digunakan untuk mengumpul dan menebus Langkah 1 :
Lawati laman web https://trurewards.bankislam.com.my, klik ke “FIRST TIME LOGIN”.
Langkah 2 :
Terima Terma- terma dan Syarat-syarat dan kemudian klik Teruskan.
Langkah 3 :
Masukkan nama pengguna, kata laluan dan sahkan kata laluan. Kemudian Klik Teruskan.
Langkah 4 :
Isi Nombor kad pengenalan, tarikh lahir dan soalan-soalan keselamatan.
Langkah 5 :
Klik AKTIFKAN.
Langkah 6 :
Lawati laman web https://trurewards.bankislam.com.my, menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan untuk melihat TruPoints terkumpul.
3.2 Akses kepada TruPoints adalah ditawarkan mengikut budi bicara Bank Islam. Bank Islam boleh memilih menolak akses Ahli Kad yang Layak ke Akaun TruRewards tanpa sebarang alasan.
untuk
4.0 CARA MENDAPATKAN TRUPoints 4.1 Ahli Kad yang Layak adalah berhak untuk mendapatkan TruPoints ke atas pembelian runcit dan pengeluaran wang tunai di luar negara. 4.2 Ahli Kad Utama boleh mendapatkan TruPoints daripada pembelian runcit dan pengeluaran tunai di luar Ahli Kad Tambahan.
negara oleh
4.3 Ahli Kad dan Ahli Kad Tambahan yang layak masing-masingnya layak mendapat TruPoints seperti berikut bagi perbelanjaan runcit (tempatan & luar negara) dan pengeluaran wang tunai luar negara:a)
satu (1) TruPoints untuk setiap RM1 yang dibelanjakan dengan Kad Kredit-i Bank Islam
4.4 Urusniaga berikut TIDAK layak untuk mendapat TruPoints: -
(a)
Kad Kredit-i
1) Pengeluaran Tunai melalui ATM Bank Islam atau ATM bank tempatan yang lain. 2) Yuran Tahunan 3) Caj Ganti Rugi Kelewatan Pembayaran(Ta'widh) 4) Caj Kewangan 5) Cukai Perkhidmatan 6) Ansuran dibawah program RSVP dan finya. 7) IPP 8) Pemindahan Baki 9)Sebarang yuran dan caj munasabah lain yang dikenakan oleh Bank bagi perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan kepada Pemegang Kad.
4.5 Pelarasan akan dibuat kepada TruPoints yang diperolehi oleh Ahli Kad yang Layak berikutan daripada pembayaran balik atau pertikaian ke atas amaun yang dibil. 4.6 TruPoints yang diperolehi tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana orang lain atau entiti. 4.8 TruPoints diperolehi tidak mempunyai nilai tunai atau wang dan TruPoints yang terkumpul tidak boleh kepada wang tunai.
ditukar
5.0 TEMPOH LUPUT TruPoints 5.1 TruPoints akan dibatalkan atau tamat tempoh selepas 36 bulan dan jika tidak ada penebusan yang dibuat oleh Pemegang Kad. Walau bagaimanapun, Bank Islam berhak untuk menukar tarikh luput dari semasa ke semasa dengan pemberian notis. 5.2 Sekiranya Ahli Kad yang Layak memilih untuk menutup akaun , TruPoints yang diperolehi mesti ditebus sebelum tarikh akaun ditutup. Jika tidak, semua TruPoints yang tidak ditebus akan dibatalkan secara automatik tanpa notis kepada Ahli Kad. 5.3 TruPoints akan dibatalkan serta-merta apabila akaun Ahli Kad Kredit-i bertukar kepada NPF. 6.0 NOTIS TruPoints TERKUMPUL. 6.1 Pemegang Kad boleh memperolehi maklumat TruPoints terkumpul mereka melalui laman sesawang TruRewards dan penyata bulanan Kad Kredit-i.
7.0 PENEBUSAN TruPoints
7.1 Semua Akaun Kad Kredit -i Bank Islam mestilah dalam keadaan baik (tidak tertunggak), tidak ditutup atau ditamatkan oleh Bank Islam pada masa permohonan penebusan barangan dibuat. 7.2 Ahli Kad yang Layak boleh menyemak TruPoints dan meneruskan penebusan secara dalam talian melalui laman sesawang TruRewards. 7.3 Bagi Ahli Kad yang Layak yang tidak mempunyai alamat e-mel, mereka boleh membuat penyemakkan TruPoints dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan atau Pusat Panggilan atau kunjungi cawangan Bank Islam yang berhampiran atau kaedah lain seperti yang ditetapkan oleh Bank Islam dari masa ke semasa. 7.4 Ahli Kad yang Layak boleh menggunakan TruPoints terkumpul mereka untuk menebus mana-mana barangan yang ada. Ahli Kad yang Layak boleh menebus Barangan dengan menggabungkan TruPoints dan penambahan nilai dengan menggunakan Kad Kredit-i Bank Islam. 7.5 Dengan menebus TruPoints, Ahli Kad yang Layak memberi kuasa kepada Bank Islam untuk mendebit dari Akaun TruRewards mereka.
TruPoints
7.6 Apabila Ahli Kad yang Layak telah menghantar borang permohonan penebusan dan telah diterima oleh Bank Islam, permohonan tersebut TIDAK BOLEH ditarik balik, dibatalkan atau ditukar ganti. Sebaik sahaja Ahli Kad yang Layak telah menebus TruPoints mereka, TruPoints tersebut dianggap terbatal dan TIDAK BOLEH diguna semula. 7.7 Sebarang
permohonan
untuk
membuat
penebusan
bagi
TruPoints
yang
tidak
mencukupi
akan
ditolak.
8.0 PERKARA UNTUK PENEBUSAN 8.1 Barangan 8.1.1
Semua Barangan adalah tertakluk kepada adanya stok.
8.1.2
Barangan penebusan yang sebenar mungkin berbeza daripada visual yang dipaparkan dalam laman sesawang TruRewards dan lain-lain bahan bercetak.
8.2 Baucar 8.2.1
Baucar adalah dikeluarkan oleh peniaga yang mengambil bahagian bagi pihak Bank Islam tertakluk kepada adanya stok dan sebarang syarat yang mungkin dikenakan ke atas mereka dan tidak boleh ditukar ganti dengan wang tunai. Senarai peniaga yang mengambil bahagian di dalam program ini boleh didapati di Laman sesawangTruRewards.
8.2.2
Baucar adalah sah untuk digunakan sehingga tarikh yang dinyatakan dalam baucar tersebut. Bank Islam tidak akan melanjutkan tarikh sah laku mahupun memulangkan mana-mana TruPoints yang tidak digunakan.
8.2.3
Baucar yang ditebus adalah sah untuk digunakan hanya pada peniaga-peniaga yang mengambil bahagian dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan oleh peniaga-peniaga tersebut masingmasingnya.
8.2.4
Semua urusan berkaitan dengan Baucar akan menjadi tanggungjawab Ahli Kad yang Layak.
8.2.5
Pengeluaran Baucar pelancongan atau hotel tidak dianggap sebagai tempahan dengan penyedia perkhidmatan yang berkenaan. Ahli Kad yang Layak bertanggungjawab untuk berurusan dengan pihak yang berkenaan untuk tempahan dan memaklumkan penyedia perkhidmatan Baucar berkenaan tentang TruPoints yang hendak ditebus.
8.2.6
Bank Islam tidak bertanggungjawab bagi Baucar yang hilang atau dicuri yang mana telah diterima oleh Ahli Kad yang Layak.
8.2.7
Bank Islam tidak bertanggungjawab bagi apa-apa caj pembatalan yang dikenakan sekiranya berlaku pembatalan tempahan pelancongan / hotel / makanan di tempat-tempat makan yang dibuat oleh Ahli Kad yang Layak.
9.0 UMUM 9.1
Dengan menyertai TruRewards, Ahli Kad yang Layak dianggap telah membaca, memahami serta bersetuju dengan Terma-terma dan Syarat-syarat yang dinyatakan di sini, termasuk keputusan Bank Islam adalah muktamad.
9.2
Semua penebusan Item memerlukan empat belas (14) ke dua puluh satu (21) hari penghantaran berkuatkuasa dari tarikh penebusan dibuat oleh Ahli Kad yang Layak dan penerimaan resit pengakuan melalui laman sesawang TruRewards.
9.3
Penghantaran Item yang telah ditebus akan dibuat ke alamat yang diberikan oleh Pemegang Kad melalui Laman sesawang TruRewards.
9.4
Bank Islam berhak untuk melantik ejen pihak ketiga atau penjual-penjual untuk mengendalikan penghantaran atau menyediakan Item dan menghantar Barangan atau Baucer kepada Ahli Kad-i dengan tujuan penebusan Item.
9.5
Penghantaran tidak akan dibuat ke alamat Peti Surat serta alamat di luar Malaysia.
9.6
Semua TruPoints yang terkumpul oleh Ahli Kad yang Layak akan dianggap sebagai batal dan tidak sah serta merta apabila Kad Bank Islam-i telah terbatal atas apa jua sebab dan tanpa mengira sama ada pembatalan tersebut dilaksanakan oleh Bank Islam atau Ahli Kad yang Layak.
9.7
Dalam apa jua keadaan, Bank Islam berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk mengubah TruPoints atau mengganti dan / atau menukar Barangan yang disenaraikan dengan notis yang munasabah.
9.8
Barangan yang diterima dalam keadaan baik tidak boleh dipulangkan dan tidak boleh ditukar. Sekiranya terdapat apa-apa kecacatan fizikal keatas Barangan yang ditebus, Ahli Kad yang Layak mesti membuat laporan berkenaan kecacatan barangan tersebut kepada ejen dan penjual yang dilantik oleh Bank Islam dalam tempoh 24 jam dari tarikh penerimaan. Produk mesti dipulangkan bersama dengan bungkusan asalnya. Bank Islam tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kecacatan fizikal yang diterima oleh Ahli Kad yang Layak.
9.9
Semua Item tidak boleh ditukar ganti dengan ganjaran hadiah lain atau ditukar dalam bentuk tunai atau kredit di dalam apa jua keadaan.
9.10
Bank Islam tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kematian, kecederaan, kerugian atau kerosakan dalam apa jua bentuk penderitaan Ahli Kad yang Layak atau orang lain timbul akibat daripada penggunaan Barangan yang ditebus.
9.11
Sebarang pertikaian mengenai barangan dan perkhidmatan yang diterima di bawah TruRewards hendaklah diselesaikan di antara Ahli Kad yang Layak dan penyedia perkhidmatan dan / atau pembekal yang membekalkan barangan dan perkhidmatan tersebut. Bank Islam tidak bertanggungjawab untuk menyelesaikan pertikaian atau perbalahan itu sendiri.
9.12
Apa-apa notis oleh Bank Islam berhubung dengan TruRewards akan diberitahu melalui pos, e-mel, SMS, penyata bulanan kad, laman web korporat Bank Islam (www.bankislam.com.my) atau www.facebook.com/ FBBankIslam dan berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Bank Islam.
9.13
Bank Islam tidak akan bertanggungjawab dalam apa cara sekalipun, berkenaan dengan kegagalan teknikal, campur tangan manusia tanpa kebenaran atau kesilapan elektronik / manusia dalam pentadbiran dan pemprosesan TruRewards.
9.14
Bank Islam tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang salah tafsir fakta, dan / atau kecederaan yang disengajakan dan / atau kehilangan nyawa dan / atau barang berharga yang terhasil daripada menyertai TruRewards. Bank Islam tidak akan lagi bertanggungjawab, sama ada secara langsung atau tidak langsung, bagi apa-apa kerugian dan kerosakan dan / atau apa-apa yang ditanggung atau dialami oleh Ahli Kad yang Layak secara langsung atau tidak langsung, secara keseluruhan atau sebahagian, daripada penyertaan mereka dalam TruRewards dan / atau akibat daripada apa-apa perbuatan atau peninggalan di pihak Bank Islam.
9.15
Bank Islam berhak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung TruRewards dengan pemberian notis. Bagi mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh Bank Islam, TruRewards tidak melayakkan Ahli Kad yang Layak untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap Bank Islam atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami atau ditanggung secara langsung dan tidak langsung daripada tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan.
9.16
Bank Islam berhak, mengikut budi bicara hak mutlak untuk meminda terma-terma dan Syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis kepada Ahli Kad-i dan terma-terma dan syarat-syarat yang telah dipinda akan berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Bank Islam.
9.17
Terma-terma dan Syarat-syarat ini adalah tertakluk kepada tatacara dan tafsiran menurut undang-undang Malaysia.