TERMA DAN SYARAT PROGRAM HAPPY REWARDS BSN 1.
DEFINISI (a)
“BSN” bermaksud Bank Simpanan Nasional yang mempunyai ibu pejabat di Wisma BSN, 117 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
(b)
“Laman Web Happy Rewards BSN” bermaksud www.bsnhappyrewards.com.my
(c)
“Laman Web Rasmi BSN” bermaksud www.mybsn.com.my
(d)
“Hari Bekerja” bermaksud suatu hari perniagaan (tidak termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) di mana BSN dibuka untuk perniagaan di Kuala Lumpur.
(e)
“Kad” bermaksud semua Kad Kredit/-i yang dikeluarkan oleh BSN.
(f)
“Akaun Kad” bermaksud akaun Ahli Kad yang disenggarakan di BSN menurut Perjanjian ini.
(g)
“Ahli Kad” bermaksud individu kepada siapa Kad dikeluarkan oleh BSN.
(h)
“FFP” bermaksud Program Frequent Flyer yang ditawarkan atau disediakan oleh Syarikat Penerbangan Terpilih yang mana Ahli Kad boleh memohon daripada Syarikat Penerbangan Terpilih berkenaan.
(i)
“FFP Miles” bermaksud Program Frequent Flyer yang ditawarkan dalam Program Frequent Flyer Syarikat Penerbangan Terpilih di mana Ahli Kad boleh menebus dengan Happy Points mereka.
(j)
“Ganjaran Hadiah” bermaksud ganjaran di bawah Program yang merangkumi barangan, baucer, produk dan/atau keistimewaan lain yang terkandung di dalam Katalog Program Happy Rewards BSN dan/atau Laman Web Happy Rewards BSN.
(k)
“Happy Points” bermaksud Happy Points yang diperolehi oleh Ahli Kad menerusi Program Happy Rewards BSN.
(l)
“Program Happy Rewards” bermaksud program yang membenarkan Ahli Kad mengumpul Happy Points bagi perbelanjaan kad dan boleh ditukar dengan pelbagai pilihan produk dan ganjaran.
(m)
“Syarikat Penerbangan Terpilih” bermaksud syarikat penerbangan dimana Ahli Kad akan menebus FFP Miles dengan Happy Points mereka.
2.
KELAYAKAN & PENYERTAAN 2.1
Program Happy Rewards BSN (“Program”) adalah terbuka kepada semua Ahli Kad dimana Akaun Kad hendaklah sah, dalam kedudukan yang baik, tidak ditutup, dibatalkan, digantung atau ditamatkan oleh BSN untuk menyertai Program ini.
3.
HAPPY POINTS YANG DIPEROLEHI 3.1
Happy Points yang diperolehi oleh Ahli Kad melalui Transaksi Runcit Yang Layak hendaklah untuk tujuan penggunaan peribadi sahaja, iaitu penggunaan yang tiada kaitan dengan perniagaan atau komersial yang dicaj ke Akaun Kad mereka selaras dengan peruntukan yang terkandung di sini. BSN berhak untuk tidak memberikan Happy Points pada perbelanjaan runcit yang BSN anggap adalah pembelian bagi tujuan perniagaan dan komersial.
3.2
Transaksi Runcit Yang Layak merujuk kepada pembelian tempatan dan antarabangsa, termasuk transaksi atas talian (online).
3.3
Happy Points tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana akaun lain/pihak ketiga dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai, kredit, cek atau dalam apa jua bentuk.
3.4
Transaksi-transaksi berikut tidak layak untuk peruntukan Happy Points:(a)
Pendahuluan Tunai/Pengeluaran Tunai/Pulangan Tunai;
(b)
Program Pindahan Baki BSN/ Pelan 0% EasyPay BSN/ Pelan Instalment-Pay BSN/ Pelan EasyCash BSN;
(c)
Bayaran yuran tahunan, caj faedah/kewangan, caj pembayaran lewat, yuran pendahuluan tunai, yuran pemprosesan dan bayaran lain, yuran dan/atau penalti yang sama ada yang dikenakan oleh BSN atau sebaliknya;
(d)
Pembalikan/Bayaran Balik;
(e)
Pertikaian, Transaksi Runcit yang tidak dibenarkan dan/atau Penipuan Transaksi Runcit;
(f)
Pecahan dan/atau Transaksi tidak sah;
(g)
Cukai Perkhidmatan Kerajaan dan cukai-cukai lain yang dikenakan oleh undang-undang;
(h)
Premium untuk Credit Shield atau Perlindungan Kad Kredit atau mana-mana insurans kredit yang lain;
(i)
Pembayaran kadar, caj, denda kepada Kerajaan, badan berkanun dan badanbadan kehakiman;
(j) 3.5
Transaksi yang dilakukan di stesen minyak.
Happy Points diberikan kepada Ahli Kad berdasarkan jumlah amaun Ringgit Malaysia (“RM”) bagi pembelian runcit (di dalam dan/atau di luar Malaysia) yang dicaj kepada Kad Ahli Kad dan dinyatakan dalam penyata bulanan Kad:(a)
Setiap RM1.00 ‐ satu (1) Happy Points (untuk transaksi runcit di dalam Malaysia, dibayar dalam Ringgit Malaysia (RM))
(b)
Setiap RM1.00 ‐ dua (2) Happy Points (untuk transaksi runcit di luar Malaysia, dibayar dalam matawang asing)
Kadar Pengumpulan satu (1) Happy Points atau dua (2) Happy Points untuk setiap RM1.00 mungkin tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa seperti yang ditentukan oleh BSN. Happy Points yang diperolehi bagi pembelian runcit yang dilakukan di luar Malaysia akan dikira berdasarkan RM setara dengan jumlah yang diurusniagakan. 3.6
Jika Ahli Kad mempunyai lebih daripada satu (1) Kad Utama, Happy Points terkumpul bagi setiap Kad boleh digabungkan untuk menebus Ganjaran Hadiah.
3.7
Sekiranya Kad gantian dikeluarkan, Happy Points yang diperolehi pada Kad lama akan dipindahkan secara automatik ke Akaun Kad baru. Mana-mana penebusan oleh Ahli Kad akan hanya diproses apabila Kad baru dikeluarkan.
3.8
Jika Ahli Kad membatalkan mana-mana Akaun Kad Utama dengan BSN atas sebarang alasan, sebarang Happy Points terkumpul dalam Akaun Kad Utama termasuklah Akaun Kad Tambahan yang dikeluarkan di bawah Akaun Kad Utama tersebut akan dibatalkan dan tidak layak untuk sebarang pemindahan atau penebusan Happy Points.
4.
TEMPOH TAMAT HAPPY POINTS 4.1
Mulai 1 Jun 2016, Happy Points akan mempunyai tempoh tamat selama tiga (3) tahun. Happy Points yang diperolehi dalam bulan tertentu adalah sah sehingga akhir
tahun ketiga (3) bulan kalendar tersebut. Berikut adalah contoh jadual yang menggambarkan Happy Points terkumpul dan tarikh luput: Tahun
4.2
Happy Points
Happy Points
Terkumpul
Tarikh Luput
Sebelum 31 Mei 2016
Sehingga 31 Mei
31 Mei 2019
Jun 2016
1 hingga 30 Jun
30 Jun 2019
Disember 2017
1 hingga 31 Disember
31 Disember 2020
Semua Happy Points mesti ditebus sebelum tarikh luput. Tempoh lanjutan tidak akan diberikan kepada mana-mana Happy Points yang telah luput.
4.3
Ahli Kad akan dimaklumkan mengenai jumlah Happy Points terkumpul dalam penyata bulanan Kad. Baki Happy Points juga boleh didapati melalui saluran berikut:(a)
Log masuk ke Laman Web Happy Rewards BSN untuk menyemak Happy Points atas talian; atau
(b)
Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (luar negara).
4.4
BSN berhak mengubah, dari semasa ke semasa, tarikh luput Happy Points dengan memberikan Ahli Kad sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari notis awal.
5.
PENEBUSAN HAPPY POINTS 5.1
Akaun Ahli Kad mesti dalam kedudukan yang baik (kini tiada hutang tertunggak), tidak ditutup, dibatalkan, digantung atau ditamatkan oleh BSN atau Ahli Kad semasa permohonan penebusan.
5.2
Happy Points yang terkumpul dalam Akaun Ahli Kad Utama dan Kad Tambahan hanya boleh ditebus oleh Ahli Kad Utama.
5.3
Happy Points hanya boleh digunakan selepas dimasukkan ke dalam Akaun Ahli Kad.
5.4
Happy Points terkumpul boleh digunakan untuk menebus Ganjaran Hadiah dan juga untuk penebusan FFP Miles dan BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) di Katalog Happy Rewards BSN ("Katalog") yang dipaparkan di Laman Web Happy Rewards BSN tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung di dalam ini.
5.5
Ahli Kad boleh menggunakan Happy Points terkumpul mereka untuk menebus Ganjaran Hadiah dengan mana-mana kombinasi pilihan berikut yang telah dinyatakan secara khusus bagi setiap Ganjaran Hadiah :-
5.6
(a)
Penebusan penuh melalui Happy Points; atau
(b)
Penebusan separa Happy Points dengan Bayaran Tunai; atau
(c)
Penebusan separa Happy Points dengan Pelan Ansuran.
Sekiranya Ahli Kad memilih pilihan penebusan yang disediakan, bahagian yang memerlukan jumlah perlu dibayar akan dicajkan ke dalam Akaun Ahli Kad.
5.7
Ahli Kad memberi kuasa kepada BSN untuk mendebit daripada Akaun Ahli Kad bagi amaun yang perlu dibayar jika Ahli Kad membuat keputusan untuk memilih cara penebusan yang dinyatakan dalam fasal 5.5.
5.8
Ahli Kad boleh menebus Ganjaran Hadiah melalui saluran berikut:(a)
Log masuk ke Laman Web Happy Rewards BSN untuk penebusan atas talian; atau
(b)
Lengkapkan borang penebusan Happy Rewards BSN yang boleh didapati di mana-mana cawangan BSN atau Laman Web Rasmi BSN dan (i)
faks kepada 03- 2162 2659, atau
(ii)
emel kepada:
[email protected]/
[email protected], atau
(iii)
hantar melalui pos kepada: Bank Simpanan Nasional Unit Redemption, Jabatan Perniagaan Kad Tingkat Bawah, Blok A No 117, Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur.
5.9
Borang penebusan Happy Rewards BSN yang lengkap hendaklah dihantar oleh Ahli Kad dan apabila diterima oleh BSN, borang penebusan tersebut TIDAK DIBENARKAN untuk ditarik balik, dibatalkan, dikembalikan atau ditukarkan. Semua Happy Points yang digunakan dalam Program ini tidak akan dikreditkan ke dalam akaun Ahli Kad.
5.10
BSN berhak untuk mengubah kadar penukaran Happy Points mana-mana barang atau perkhidmatan dalam Katalog, dengan memberikan notis sekurang-kurang dua puluh satu (21) hari kepada Ahli Kad di Laman Web Happy Rewards atau Laman Web Rasmi BSN atau apa-apa kaedah lain yang difikirkan sesuai oleh BSN. BSN berhak mengikut budi bicara mutlaknya dan sebagaimana yang dianggap perlu untuk membenarkan penebusan Happy Points pada kadar pertukaran yang sama jika penebusan itu dibuat sebelum notis tersebut.
6.
CARA PENEBUSAN ATAS TALIAN HAPPY POINTS ANDA MELALUI LAMAN WEB HAPPY REWARDS BSN 6.1
Untuk bukan ahli Happy Rewards BSN, Ahli Kad boleh mendaftar di Laman Web Happy Rewards BSN berdasarkan langkah-langkah berikut:
Langkah 1
Pada halaman utama (www.bsnhappyrewards.com.my), klik pada "Register", pergi ke “First Time Registration”.
Langkah 2
Daftar sebagai ahli dengan nombor pengenalan anda (Nombor Pengenalan Baru/ Nombor Pengenalan Lama/ Pasport/ lain-lain) dan nombor telefon bimbit yang didaftarkan pada Kad Kredit/-i BSN.
Langkah 3
Selepas penyerahan, anda akan menerima One Time Password (OTP) di telefon bimbit anda. Masukkan OTP dan cipta ID Pengguna anda, Kata Laluan Baru & alamat E-mel.
Langkah 4
Setelah penciptaan selesai, emel pengesahan akan dihantar ke alamat emel yang berdaftar.
Langkah 5
Apabila menerima emel pengesahan, sila klik pada pautan yang diberikan untuk mengaktifkan akaun anda.
Langkah 6
Setelah berjaya, teruskan ke "Login" dengan memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan untuk menikmati faedah Happy Rewards!
6.2
Untuk ahli Happy Reward BSN, Ahli Kad boleh mengikuti langkah-langkah berikut untuk penebusan Happy Points:
7.
Langkah 1
Pada halaman utama, pergi ke "Redeem Rewards" dan anda boleh melihat semua ganjaran penebusan di katalog atas talian (online) kami.
Langkah 2
Untuk menebus, log masuk dengan ID Pengguna berdaftar dan Kata Laluan.
Langkah 3
Pilih item ganjaran yang anda kehendaki dan klik "add to cart".
Langkah 4
Pilih kaedah penebusan dan sahkan alamat penghantaran anda.
Langkah 5
Setelah selesai, teruskan ke "check out", sahkan butiran penebusan dan mesej akan dipaparkan untuk pengesahan tempahan penebusan.
GANJARAN HADIAH 7.1
BSN tidak memberi sebarang perwakilan atau jaminan berkenaan dengan apa-apa barang atau perkhidmatan yang disediakan di bawah Katalog khususnya, kualiti barangan atau perkhidmatan yang diterima. Apa-apa pertikaian berhubung dengan barangan dan/atau perkhidmatan di bawah Katalog ini hendaklah diselesaikan di antara Ahli Kad dan pengeluar atau pembekal yang terlibat. BSN tidak akan bertanggungjawab untuk menyelesaikan pertikaian tersebut.
7.2
Ganjaran Hadiah tidak boleh ditukar dengan ganjaran lain atau dipindahkan untuk wang tunai atau kredit dalam apa jua keadaan.
7.3
Ganjaran Hadiah boleh didapati sementara stok masih ada. BSN berhak tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu atau tidak memberikan apa-apa sebab kepada Ahli Kad, untuk menghentikan dan/atau menarik balik apa-apa Ganjaran Hadiah yang dipaparkan di dalam Katalog pada bila-bila masa mengikut budi bicaranya. Sekiranya pilihan Ahli Kad mengenai Ganjaran Hadiah tertentu tidak tersedia atas alasan tiada stok buat sementara waktu atau telah dihentikan pengeluarannya, pengeluar atau pembekal berhak untuk menggantikannya dengan Ganjaran Hadiah yang sama atau lebih nilainya.
7.4
BSN tidak akan bertanggungjawab ke atas
kematian, kecederaan, tuntutan,
kerugian langsung atau berbangkit, kecurian, perbelanjaan atau gantirugi yang mungkin timbul ke atas Ahli Kad disebabkan oleh penebusan Ganjaran Hadiah sama ada secara material dan tidak material.
7.5
Tiada "TEMPOH PERCUBAAN" untuk semua Ganjaran Hadiah daripada Program ini. Oleh itu, Ahli Kad dikehendaki memeriksa barangan sebaik sahaja menerima baranganyang ditebus.
8.
PENGHANTARAN GANJARAN HADIAH 8.1
Penghantaran Ganjaran Hadiah akan dibuat ke alamat Ahli Kad yang diberikan oleh Ahli Kad dalam pesanan penebusan Happy Rewards BSN.
8.2
Tiada penghantaran Ganjaran Hadiah akan dibuat kepada Peti-Surat, alamat 'Zon Perdagangan Bebas', alamat yang tidak diservis oleh penyedia kurier atau alamat di luar Malaysia.
8.3
Ganjaran Hadiah akan dihantar dalam tempoh tiga (3) sehingga empat (4) minggu (dengan mengambil kira apa-apa keadaan yang tidak dijangka) selepas penerimaan pesanan penebusan Happy Rewards BSN Ahli Kad. Bukti penghantaran pesanan penebusan Happy Rewards BSN bukan bukti penerimaan oleh BSN.
8.4
Penghantaran Ganjaran Hadiah disifatkan telah dibuat apabila suatu pengakuan penerimaan bertulis Ganjaran Hadiah diakui terima dengan keadaan fizikal Ganjaran Hadiah adalah memuaskan mana-mana penghuni atau penerima di alamat penghantaran dan di mana alamat tersebut adalah alamat pejabat, penerimaan oleh mana-mana penghuni atau penerima di pejabat. Pengakuan penerimaan adalah disifatkan sebagai penerimaan oleh Ahli Kad dan BSN tidak lagi bertanggungjawab selepasnya.
8.5
Jika Ganjaran Hadiah dikembalikan kepada BSN kerana kegagalan penghantaran atau kerana tiada akuan penerimaan oleh penerima atau kerana alamat yang diberikan oleh Ahli Kad adalah tidak sah atau tidak betul, BSN mungkin (tetapi tidak diwajibkan) untuk membuat penghantaran semula Ganjaran Hadiah tersebut tertakluk segala kos penghantaran semula akan ditanggung oleh Ahli Kad.
8.6
Sekiranya Ganjaran Hadiah masih dikembalikan kepada BSN selepas percubaan penghantaran kali kedua, BSN tidak lagi bertanggungjawab untuk membuat
penghantaran seterusnya. Selepas itu, adalah menjadi kewajipan Ahli Kad untuk menuntut Ganjaran Hadiah tersebut daripada BSN. 8.7
Caj kurier akan dikenakan ke atas Akaun Kad Ahli Kad bagi arahan penghantaran ke alamat yang lain daripada alamat penghantaran pertama.
8.8
Semua Ganjaran Hadiah yang dibekalkan akan dilindungi dengan terma perniagaan biasa yang terpakai kepada pengeluar atau pembekal. BSN tidak akan bertanggungjawab ke atas kualiti atau kesesuaian barangan atau perkhidmatan atau untuk sebarang kelewatan penghantaran, kecuali diperuntukkan selainnya.
8.9
Apa-apa permintaan Ahli Kad untuk apa-apa perubahan, pembatalan atau pemulangan Ganjaran Hadiah tidak akan dilayan sekiranya Ganjaran Hadiah tersebut telah diterima dan diperakui oleh Ahli Kad. Melainkan jika Ganjaran Hadiah diterima dalam keadaan seperti di bawah dan dilaporkan dalam tempoh masa yang dibenarkan daripada tarikh penerimaan. (a)
Kerosakan disebabkan oleh penghantaran (rosak/kemek):(i)
Sila hubungi Khidmat Pelanggan BSN dalam tempoh tiga (3) hari bekerja
daripada tarikh
penerimaan Ganjaran Hadiah
untuk
melaporkan kerosakan, atau (ii)
Kembalikan barangan tersebut kepada Unit Redemption BSN, Jabatan Perniagaan Kad, Tingkat Bawah Blok A, No 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh penerimaan Ganjaran Hadiah.
(iii)
Khidmat
Pelanggan
Profesional
akan
membuat
pengaturan
peniaga/pembekal berkenaan untuk menghubungi pelanggan. (b)
Kerosakan disebabkan oleh Pengilangan:(i)
Terdapat kad jaminan disertakan, sila hubungi syarikat berkenaan.
8.10 BSN dengan ini mempunyai hak untuk melantik mana-mana pihak yang berkaitan bagi penghantaran barangan kepada Ahli Kad. BSN boleh memproses maklumat Ahli Kad untuk tujuan yang berkaitan dengan Program ini dan mendedahkan maklumat
yang berkaitan kepada pihak ketiga untuk memudahkan penghantaran Ganjaran Hadiah tersebut. 9.
TERMA DAN SYARAT PENEBUSAN DAN PEMINDAHAN HAPPY POINTS KEPADA FFP MILES DAN BSN SSP 9.1
Frequent Flyer Programme (FFP) Miles (a)
Ahli Kad MESTI mempunyai akaun keahlian Frequent Flyer yang sah.
(b)
Hanya Ahli Kad yang telah berjaya mendaftar dengan Syarikat Penerbangan Terpilih/Syarikat Penerbangan FFP akan layak untuk menebus Happy Points kepada FFP Miles.
(c)
Ahli Kad yang ingin mendaftar boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang Permohonan Keahlian, yang boleh didapati di pejabat-pejabat syarikat penerbangan berkenaan atau muat turun melalui laman web korporat mereka.
(d)
Ahli Kad adalah tertakluk kepada dan mesti mematuhi terma dan syarat yang berkaitan dengan Syarikat Penerbangan Terpilih FFP yang seterusnya akan ditadbir oleh terma dan syarat, kaedah, peraturan, polisi dan prosedur syarikat penerbangan tersebut.
(e)
Penebusan dan/atau pemindahan Happy Points kepada FFP Miles akan mengambil masa lebih kurang empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh penerimaan BSN untuk pesanan penebusan Happy Rewards BSN.
(f)
BSN tidak akan menyemak semula dan/atau menarik balik sebarang penebusan dan/atau pemindahan Happy Points yang berjaya kepada FFP Miles.
(g)
Jika pemindahan Happy Points tidak berjaya/ditolak, BSN tidak akan bertanggungjawab untuk melaksanakan pindahan secara manual.
9.2
BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) (a)
Ahli Kad MESTI mempunyai akaun simpanan BSN Giro/-i yang sah.
(b)
Ahli Kad MESTI membuka akaun BSN Giro/-i sekiranya Ahli Kad tidak mempunyai akaun.
(c)
Penebusan dan/atau pemindahan Happy Points kepada BSN SSP akan mengambil masa lebih kurang empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh penerimaan BSN untuk pesanan penebusan Happy Rewards BSN.
(d)
BSN tidak akan menyemak semula dan/atau menarik balik sebarang penebusan dan/atau pemindahan Happy Points yang berjaya kepada BSN SSP.
(e)
Jika pemindahan Happy Points tidak berjaya/ditolak, BSN tidak akan bertanggungjawab untuk melaksanakan pindahan secara manual.
10.
TERMA DAN SYARAT AM 10.1
Dengan menyertai Program ini, Ahli Kad bersetuju:(a)
Untuk terikat dengan Terma & Syarat Program dan/atau mana-mana Terma & Syarat yang berkaitan yang BSN boleh mengenakan dari semasa ke semasa.
(b)
Untuk mengakses Laman Web Happy Rewards BSN pada setiap masa bagi memastikan Ahli Kad dikemas kini dengan apa-apa perubahan atau pindaan dibuat kepada Terma & Syarat.
(c)
Bahawa keputusan BSN ke atas semua perkara berkaitan dengan Program ini adalah muktamad, konklusif dan terikat kepada semua Ahli Kad. Sebarang surat menyurat dan/atau rayuan untuk mempertikaikannya tidak akan dilayan.
10.2
Ahli Kad juga bersetuju dan membenarkan maklumat peribadi mereka termasuk dan tidak terhad kepada data dan maklumat peribadi yang dikumpul, diproses dan digunakan dan/atau didedahkan oleh BSN kepada pihak ketiga termasuk dan tidak terhad kepada pembekal, peniaga atau pengeluar yang mengambil bahagian untuk Program ini dan promosi lain yang berkaitan dengan produk, perkhidmatan atau komunikasi BSN.
10.3
Ahli Kad dengan ini memberi kebenaran kepada BSN, mengikut budi bicaranya, menerbitkan dan/atau memaparkan bahan dan/atau maklumat termasuk tetapi tidak terhad kepada nama dan/atau gambar Ahli Kad untuk tujuan pengiklanan dan promosi semasa dan akan datang dalam apa cara yang difikirkan sesuai oleh BSN.
10.4
BSN berhak untuk mengubah, memotong, membatal, menambah atau meminda mana-mana Terma & Syarat yang terkandung disini, keseluruhan atau sebahagian dengan memberikan notis awal sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar. BSN boleh memberikan notis itu atau apa-apa cara komunikasi yang lain kepada Ahli Kad dengan memaparkan di Laman Web Happy Rewards BSN, Laman Web BSN, melalui pos, melalui pemberitahuan dalam media masa, dengan memaparkan notis di Cawangan BSN atau melalui penghantaran elektronik atau apa-apa kaedah lain yang dianggap sesuai oleh BSN.
10.5
Apa-apa perubahan, pemotongan, pembatalan, penambahan, penamatan atau penggantungan Terma dan Syarat Program ini tidak memberi hak kepada manamana Ahli Kad untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap BSN.
10.6
BSN berhak untuk menggantung atau menamatkan Program ini pada bila-bila masa yang difikirkan perlu mengikut budi bicara mutlaknya dengan memaklumkan kepada Ahli Kad dengan memberikan notis sekurang-kurang dua puluh satu (21) hari kalendar melalui laman web BSN atau mana-mana saluran lain yang dianggap sesuai oleh BSN.
10.7
Sekiranya BSN bercadang untuk menamatkan Program dengan apa jua alasan, Ahli Kad boleh menebus sebarang Happy Points terkumpul dalam tempoh dua puluh satu (21) hari daripada tarikh notis penamatan. Semua Happy Points terkumpul akan dibatalkan secara automatik setelah tamat tempoh dua puluh satu (21) hari kalendar tersebut.
10.8
BSN tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam pengeposan transaksi dan/atau akruan Happy Points yang dilakukan semasa tempoh Program.
10.9
BSN tidak akan bertanggungjawab dan/atau bertanggungan juga tidak menerima sebarang bentuk liabiliti walau apa pun sifatnya dan walau bagaimana sekalipun timbul atau dialami oleh Ahli Kad yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada penyertaan Ahli Kad dalam Program ini atau sebaliknya. Tambahan pula, BSN tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang keingkaran
obligasi di bawah Program ini disebabkan oleh apa-apa kejadian force majeure yang termasuk tetapi tidak terhad kepada bencana alam, peperangan, rusuhan, sekatan, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, kemarau, ribut atau sebarang kejadian di luar kawalan munasabah BSN. 10.10 Terma & Syarat ini akan dikawal dan ditafsirkan selaras dengan Undang-Undang Malaysia dan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.
TAMAT TERMA DAN SYARAT PROGRAM HAPPY REWARDS BSN Versi bertarikh 01/06/2016