TERMA DAN SYARAT SHELL FUELSAVE CHALLENGE 2014
1. AM Shell FuelSave Challenge 2014 (“Cabaran”) ialah acara yang dianjurkan oleh Shell Malaysia Trading Sdn Bhd (“Shell”). Dalam Cabaran ini, peserta akan memandu kereta yang disediakan iaitu Hyundai Elantra 1.6 (“Kenderaan”), mengikuti laluan ditentukan dalam masa yang telah ditetapkan. Cabaran akan berakhir selepas semua kereta kembali ke garisan penamat atau selepas tamat masa yang ditetapkan, yang mana terdahulu. Setiap peserta dinilai berdasarkan penjimatan petrol mereka di sepanjang laluan yang telah ditetapkan. Pemenang dipilih berdasarkan kadar penjimatan yang tertinggi, bukan tempoh masa yang diambil untuk menamatkan Cabaran, selagi mana mereka dapat kembali ke garisan penamat dalam masa yang ditetapkan. Bilangan kereta yang boleh menyertai akan dihadkan untuk tidak melebihi 10 buah. 2. KELAYAKAN DAN PERMOHONAN Cabaran dibuka kepada individu yang telah menerima undangan Shell. Individu yang bersetuju untuk menerima undangan perlu membuat pendaftaran dan menyertakan salinan lesen pemandu serta kad pengenalan kepada Shell sebelum memulakan Cabaran. Penetapan sama ada peserta Cabaran perlu menyertai secara individu atau kumpulan 2 orang, dalam sebuah kereta dinyatakan dalam notis undangan Shell. Shell akan memaklumkan kepada individu yang berminat sama ada pendaftaran mereka berjaya atau tidak. Shell berhak mengikut budi bicaranya untuk menolak pendaftaran sebarang individu dalam Cabaran ini. Individu yang telah berjaya mendaftar untuk Cabaran ini dirujuk sebagai “Peserta” dalam Terma dan Syarat ini. Peserta hendaklah berusia antara 21 hingga 60 tahun dan memiliki lesen memandu tempatan atau antarabangsa yang sah dengan pengalaman memandu sekurang-kurangnya 2 tahun, dan tiada rekod kesalahan memandu atau disabitkan sebarang tuduhan atau sebarang saman yang masih belum dijelaskan. 3. HARI CABARAN Hari Cabaran dibahagikan kepada dua PERINGKAT, Hari Cabaran Kawasan dan Hari Cabaran Akhir Nasional 3.1 HARI CABARAN KAWASAN Hari Cabaran Kawasan dijadualkan berlangsung pada 23hb Ogos 2014 (Halini Maju Enterprise, Johor Bahru; Kawasan Selatan), 4hb September 2014 (Milyar Mutiara Enterprise, Pulau Pinang; Kawasan Utara), 14hb September 2014 (Sentral Tiram Permai Enterprise, Kelana Jaya, Petaling Jaya; Kawasan Tengah) & 21hb September 2014 (Violet Enterprise, Kuantan; Kawasan Pantai Timur) (“Hari Cabaran Kawasan”) dan tertakluk kepada perubahan yang akan dimaklumkan oleh Shell. Shell akan menghubungi Peserta dan memberikan sebarang maklumat (jika ada) kepada Peserta menerusi e-mel sebelum Hari Cabaran Kawasan. Pada Hari Cabaran Kawasan, Peserta perlu mendaftar di lokasi pada masa yang ditetapkan oleh Shell sebelum mereka diberikan: Taklimat butiran Cabaran termasuk objektif Cabaran dan kriteria pemenang Laluan Cabaran Panduan am mengenai langkah keselamatan
3.2. HARI CABARAN AKHIR NASIONAL Hari Cabaran Akhir Nasional dijadualkan berlangsung pada 18hb Oktober 2014 di Hotel Saujana Subang, Shah Alam (“Hari Cabaran Akhir Nasional”) dan tertakluk kepada perubahan yang boleh dimaklumkan oleh Shell. Pada Hari Cabaran, Peserta perlu mendaftar di lokasi pada masa yang ditetapkan oleh Shell sebelum mereka diberikan: Taklimat butiran Cabaran termasuk objektif Cabaran dan kriteria pemenang Laluan Cabaran Panduan am mengenai langkah keselamatan Peserta akan diberikan Kenderaan yang ditetapkan oleh Shell. Semua Kenderaan dibekalkan dengan setangki penuh petrol Shell untuk menyertai Cabaran ini. Seorang marshal yang mewakili Shell atau ejennya akan menemani Peserta di dalam setiap Kenderaan (“Marshal”). Marshal akan membantu peserta di sepanjang laluan dan akan menilai serta merekodkan tahap penjimatan petrol Peserta tersebut selepas menamatkan Cabaran. Peserta akan dilepaskan dari garisan permulaan di lokasi yang telah ditetapkan. Peserta perlu memandu di sepanjang laluan yang telah ditentukan oleh Shell dan kembali ke garisan penamat di lokasi yang telah ditentukan dalam masa yang ditetapkan. Jika berlaku kerosakan kenderaan, wakil Shell atau ejennya akan menghantar peserta kembali ke garisan permulaan di lokasi yang telah ditetapkan. Bagi peserta terbabit, cabaran akan diulang semula pada hari yang sama. Jika terdapat keputusan seri, hadiah wang tunai akan dikongsi di kalangan peserta yang menang. 4. TANGGUNGJAWAB PESERTA TERHADAP KENDERAAN/PEMANDU Peserta hendaklah: tidak berada di bawah pengaruh dadah, ubat atau alkohol yang diambil sebelum atau semasa menyertai Cabaran ini; tidak mengidap sebarang penyakit yang boleh mengurangkan kebolehan memandu atau mengganggu atau membahayakan penyertaan anda dan mesti berada dalam kesihatan yang baik pada masa Cabaran; dilindungi insurans semasa penyertaan. Anda harus mengetahui bahawa Shell tidak menawarkan atau menyediakan perlindungan insurans sebagai tambahan kepada insurans sedia ada; mematuhi semua peraturan dan undang-undang jalan raya; tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu dalam Cabaran ini; dan sentiasa memakai tali pinggang keselamatan semasa memandu dalam Cabaran ini. Selanjutnya, Peserta juga bertanggungjawab untuk: menanggung denda kesalahan trafik yang diperoleh daripada penggunaan Kenderaan; menanggung sebarang kehilangan atau kerosakan Kenderaan sama ada disebabkan atau bukan disebabkan kesalahan anda. Anda perlu membayar kepada Shell dan/atau syarikat sewa kereta (seperti diarahkan oleh Shell) apabila diminta berbuat demikian, jumlah kerugian atau kerosakan pada harga pasaran serta perbelanjaan syarikat sewa kereta yang terbabit, termasuk kemusnahan total; menanggung sebarang kerugian atau kerosakan pihak ketiga, sama ada disebabkan atau bukan disebabkan kesalahan anda. membuat laporan kemalangan dan parkir atau kesalahan trafik kepada Shell dan pihak Polis.
Jika mana-mana Peserta merasa tidak sihat semasa Cabaran berlangsung, Peserta perlu berhenti dan segera memaklumkan kepada petugas Cabaran atau wakil Shell dan Peserta mungkin diminta untuk menarik diri. Setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang, Shell tidak boleh dipersalahkan terhadap sebarang kejadian atau perkara yang berlaku kepada fizikal dan/atau kesihatan mana-mana Peserta atau sebarang kecederaan atau kematian. 5. HADIAH Setelah semua kriteria dipenuhi, Pemenang akan memenangi hadiah-hadiah berikut, tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung di sini: Seorang (1) pemenang Hadiah Utama x RM20,000 tunai Empat (4) pemenang Kawasan x RM2,000 tunai Tiga Puluh Enam (36) pemenang Sagu Hati x RM300 tunai Dalam keadaan sekiranya hadiah atau mana-mana komponennya tidak boleh didapati atau terdapat perubahan keadaan, SMTSB dan Sekutunya berhak menggantikan hadiah atau komponennya dengan hadiah lain yang serupa nilainya pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
6. PEMILIHAN PEMENANG Objektif Cabaran ini ialah untuk mencapai penjimatan petrol yang tertinggi semasa memandu di laluan yang ditetapkan. Peserta teratas dari segi penjimatan tertinggi, yang tiba di garisan penamat sebelum masa ditetapkan dan telah mematuhi Terma dan Syarat dan/atau sebarang arahan yang diberi oleh Shell, kakitangannya, ejen atau wakil (termasuk Marshal), akan dipilih sebagai peserta terbaik. Shell berhak untuk menggantikan peserta terbaik yang telah dipilih sebelumnya dengan Peserta lain. Bacaan yang diambil oleh atau bagi pihak Shell oleh Marshal atau lain-lain wakil Shell, pengiraan atau penjadualan keputusan oleh Shell adalah muktamad dan mengikat Peserta dan tidak boleh dipersoalkan. Jika terdapat sebarang pertikaian berhubung mana-mana aspek dalam Cabaran ini, meskipun terdapat peruntukan sebaliknya, Shell berhak untuk membuat penentuan terakhir yang dianggap muktamad dan Peserta terikat dengan keputusan tersebut termasuk sebarang pembatalan atau pelucutan, dan Peserta dengan ini mengetepikan hak untuk sebarang prosiding undang-undang atau dakwaan terhadap Shell, staf, kakitangan, pengarah, wakil dan syarikat yang menguasai, yang dikuasai oleh dan yang bersekutu dengan Shell dan/atau mana-mana wakil atau ejen Shell (“Pihak Berkecuali”) berhubung dengan keputusan atau Cabaran ini. 7. MASA DITETAPKAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH Semua Peserta perlu kembali di garisan penamat dalam masa yang ditetapkan atau selepas menamatkan Cabaran untuk pengesahan bacaan, sama ada mereka telah atau belum menamatkan laluan yang ditetapkan. Peserta yang tiba selepas masa yang ditetapkan mungkin boleh disingkirkan. Peserta yang tiba awal perlu menunggu majlis penyampaian hadiah untuk menyaksikan pengumuman pasukan yang menang. Keputusan akan diumumkan pada akhir acara.
8. ITEM YANG WAJIB Peserta perlu membawa dan memakai item berikut pada Hari Cabaran: ID Bergambar – Kad Pengenalan, Pasport dan sebagainya Kasut yang hujungnya bertutup Lesen memandu yang sah Peserta bertanggungjawab menjaga barangan mereka. Shell tidak boleh dipertanggungjawabkan jika berlaku kehilangan atau kerosakan barangan peribadi dalam keadaan apa jua. 9. LIABILITI Semua Peserta yang menyertai Cabaran ini menanggung risiko sendiri dan bersetuju dengan terma Penafian Liabiliti yang telah digariskan dalam Deklarasi yang diperlukan untuk menyertai Cabaran ini. Semua Peserta mengesahkan bahawa petua penjimatan FuelSave yang diberikan oleh Shell hanyalah panduan dan mungkin tidak sesuai untuk semua situasi atau kenderaan. Shell tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, tuntutan, kerosakan, kos atau perbelanjaan yang timbul akibat daripada keputusan Peserta untuk menggunakan atau mengimplementasi mana-mana petua pada bila-bila masa termasuk semasa Cabaran ini berlangsung. 10. HAK CIPTA AUDIO DAN VIDEO Semasa Cabaran ini berlangsung, rakaman audio dan video (termasuk gambar foto) mungkin dibuat oleh Shell, wakilnya, ejen atau pihak ketiga. Semua Peserta mengizinkan Shell dan pihak-pihak yang berkaitan untuk menggunakan nama dan sebarang rakaman berhubung Peserta tanpa sebarang pembayaran atau sagu hati untuk sebarang bahan promosi, laporan atau pengiklanan dan semua Peserta melepaskan haknya secara kekal kepada Shell dan sekutunya berhubung dengan rakaman tersebut. 11. PENYINGKIRAN Sekalipun ada peruntukan menyatakan sebaliknya, Shell berhak mengikut budi bicaranya untuk menyingkirkan mana-mana Peserta seandainya terdapat sebarang pelanggaran atau ketidakpatuhan kepada Terma dan Syarat atau arahan yang diberi oleh Shell, kakitangan, ejen atau wakilnya (termasuk Marshal) dan dalam keadaan demikian, anda mungkin bertanggungjawab untuk menanggung kerosakan, liabiliti dan tuntutan undang-undang yang diambil oleh Shell atau pihak lain. 12. PINDAAN DAN PEMBATALAN CABARAN Sekalipun ada peruntukan menyatakan sebaliknya, Shell berhak mengikut budi bicaranya untuk meminda terma dan syarat Cabaran ini atau untuk menunda atau membatalkan Cabaran ini pada bilabila masa tanpa sebarang notis atau liabiliti apa jua. 13. PENGAMBILAN DALAM TALIAN (KEMBARA SHELL FUELSAVE) Semua individu yang telah mendaftar untuk Cabaran akan didaftarkan secara automatik untuk Kembara Shell FuelSave (“Kembara”) dan akan dirujuk sebagai “Ahli”. 13.1. TERMA KEAHLIAN (“TK”) Sebagai syarat keahlian, Ahli dengan ini merupakan dan mewajarkan: a. Mereka berusia minimum 21 tahun; b. Mereka mempunyai alamat kediaman di Malaysia; c. Semua maklumat yang dihantar adalah lengkap, benar dan tepat dan tiada unsur penipuan;
Penyertaan dalam Kembara bermakna Ahli: a. memahami dan bersetuju jika akaun mereka dibatalkan kerana pelanggaran TK, mereka akan kehilangan hak untuk menyertai Kembara; b. memahami dan bersetuju apabila Kembara menawarkan cabutan hadiah, setiap cabutan akan dikendallikan menurut terma rasmi cabutan tersebut yang diberitahu dari semasa ke semasa dalam Laman Kembara; c. tidak mempunyai lebih daripada satu akaun dalam Kembara ini dan memahami bahawa had dua (2) Keahlian adalah tertakluk kepada satu alamat pos; d. memaklumkan Shell jika ada sebarang perubahan butiran nombor untuk dihubungi, termasuk alamat e-mel dan alamat rumah. Butiran nombor untuk dihubungi perlu dikemas kini menggunakan kemudahan yand disediakan dalam Laman Kembara. e. tidak menyebarkan bahan-bahan yang mengandungi unsur lucah, fitnah, ancaman, menyakitkan atau melanggar undang-undang, atau sebaliknya yang mungkin, menurut budi bicara Shell boleh memburukkan Shell; f. memastikan butiran nama pengguna dan kata laluan akaun mereka adalah sulit dan tidak membenarkan orang lain mengakses akaun mereka. Jika mereka mengesyaki pelanggaran keselamatan, mereka perlu menghubungi Shell menerusi e-mel. Semua e-mel perlu dihantar ke
[email protected], rakan pengendali ‘online’ kami. Beberapa hadiah yang ditawarkan mungkin berupa mata ganjaran BonusLink dan sebarang penebusan mata ganjaran adalah tertakluk kepada terma berikut: a. Penebusan mata ganjaran BonusLink sah jika nombor KP dalam profil Ahli sepadan dengan nombor KP pada Kad BonusLink yang digunakan untuk membuat penebusan. b. Bagi penebusan mata ganjaran BonusLink daripada Ahli yang bukan ahli BonusLink asal, Shell akan menyerahkan data yang diperlukan untuk pemprosesan kepada pihak ketiga, BonusKad Loyalty Sdn Bhd (438200-T) (“BonusLink”) dan Ahli yang demikian akan didaftarkan secara automatik ke dalam program kesetiaan BonusLink dan akan menerima pek selamat datang daripada BonusLink. Selepas pengaktifan kad BonusLink yang terkandung dalam pek selamat datang, Ahli boleh membuat penebusan mata ganjaran BonusLink. Apabila menebus mata ganjaran BonusLink, anda bersetuju untuk tertakluk kepada Terma dan Syarat BonusLink. c. Hadiah yang ditebus akan dihantar melalui pos dalam tempoh 2 – 3 minggu, bergantung kepada faktor kesediaan hadiah tersebut. Kami memproses maklumat peribadi yang anda bekalkan selaras dengan Polisi Privasi kami (http://www.shell.com.my/pdpa). Dengan mendaftar untuk Kembara ini, anda bersetuju dengan pemprosesan ini dan mengakui bahawa semua data peribadi yang dibekalkan oleh anda adalah tepat. Ganjaran dan hadiah kepada Ahli yang relevan akan dihantar ke alamat yang tercatat dalam profil akaun mereka. Hadiah tidak boleh dipindah milik kepada orang lain. Shell tidak berkewajipan untuk memberikan hadiah atau ganjaran yang berkaitan kepada, atau disebabkan oleh salah guna Kembara atau kepada mana-mana individu yang telah menyerahkan maklumat peribadi yang salah dan/atau palsu. Shell berhak menurut budi bicaranya untuk menolak permohonan Ahli baru daripada sesiapa sahaja dengan atau tanpa sebab. Shell berhak untuk memberhentikan akaun Ahli jika Ahli yang tersebut telah memberikan maklumat keahlian yang salah dan/atau palsu pada bila-bila masa atau yang dianggap sebagai telah melanggar TK pada bila-bila masa. Ahli dengan ini mengakui bahawa dalam keadaan apa jua Shell tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan, walau bagaimanapun ia terjadi, berikutan penolakan atau pemberhentian akaun Ahli.
13.2 PENAFIAN Semua maklumat yang disediakan oleh Shell dalam Laman ini disediakan dengan jujur. Anda mengakui bahawa sebarang maklumat yang disediakan oleh Shell ialah maklumat am dan bukan berbentuk nasihat. Shell mendapatkan maklumatnya daripada sumber yang diyakini oleh Shell sebagai tepat dan mutakhir (pada tarikh penerbitan). Shell berhak untuk mengemas kini sebarang maklumat pada bila-bila masa. 13.3 MAKLUMAT DAN HAK BAHAN Ahli dengan ini mengakui bahawa sebarang maklumat atau bahan yang dihantar oleh mereka ke laman kembara ini, termasuk sebarang forum perbincangan atau sebarang laman pihak ketiga yang dipaut kepada akaun mereka, dilayan dan akan dilayan oleh Shell sebagai tidak sulit dan tiada pemilikan dan Shell boleh menggunakan bahan-bahan tersebut termasuk untuk penerbitan dalam laman mereka dan lain-lain media.
AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (“PDPA”) 1. Dengan menyertai Peraduan ini, semua pemenang Peraduan membenarkan penggunaan data peribadi mereka oleh Penganjur untuk penyertaan dalam Peraduan dan atau sebarang acara atau publisiti berkaitan Peraduan dalam apa jua bentuk atau melalui mana-mana media. 2. Para peserta mengakui bahawa SMTSB dibenarkan untuk memproses data peribadi yang telah diberikan menurut syarat Cabaran dan Kembara ini selaras dengan polisi privasinya di www.shell.com.my/pdpa 3. Kegagalan untuk mendedahkan data peribadi seperti yang diperlukan dalam borang peraduan mungkin menyebabkan pemenang alternatif dipilih. Untuk sebarang pertanyaan mengenai Klausa ini, sila hubungi 1-300-88-1808. PERINGATAN: PENIPUAN SMS MENGGUNAKAN NAMA SHELL 1. Shell Malaysia ingin memperingatkan masyarakat umum mengenai penipuan berikut: 2. Shell telah dimaklumkan bahawa mesej berteks Sistem Pesanan Ringkas (SMS) telah disebarkan secara meluas berhubung dakwaan bahawa beberapa orang telah memenangi hadiah daripada Shell Malaysia. 3. Anda dinasihatkan untuk tidak mengendahkan SMS sedemikian kerana Shell Malaysia TIDAK menghubungi para pemenang peraduan melalui SMS. 4. Semua pengumuman pemenang dalam peraduan Shell diiklankan dalam media dan dimuat naik ke laman sesawang Shell Malaysia di www.shell.com.my/fschallenge. Para pemenang juga akan menerima panggilan telefon daripada agensi yang dilantik oleh Shell. Pada masa yang tersebut, agensi yang dilantik oleh Shell akan mengesahkan nama pemenang, Nombor Kad Pengenalan dan alamat bagi memastikan hadiah dapat dihantar kepada pemenang. Shell TIDAK memerlukan sebarang nombor akaun mahupun lain-lain data. Jika anda ada kemusykilan dan pertanyaan, sila layari www.shell.com.my/fschallenge untuk memastikan bahawa anda ialah pemenang peraduan Shell yang sah.