SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI BOLING PADANG
1.0 PENGANJURAN & PENGELOLAAN 1.1 Kejohanan ini dianjurkan oleh Gabungan Kelab Sukan dan Kebajikan Anggotaanggota Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MAKSAK MOA) dan dikelolakan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). 2.0 PERATURAN AM 2.1 Selain daripada peraturan yang terkandung, Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Lawn Bowls Antarabangsa (Law of the Sports of Bowl Crsytal Mark Edition) dan Persekutuan Lawn Bowls Malaysia yang sedang berkuatkuasa dan akan diakui sepanjang masa kejohanan ini. 2.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka undangundang asal akan di patuhi. 2.3 Kejadian luar dugaan yang tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut: 2.3.1
Sebarang kejadian perkara-perkara bukan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola.
2.3.2
Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Undang-Undang Persekutuan Lawn Bowls Antarabangsa (Law of the Sports of Bowl Crsytal Mark Edition) dan Persekutuan Lawn Bowls Malaysia.
2.4 Selain daripada peraturan diatas, Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran kejohanan ini. 2.5 Mematuhi Peraturan Tetap dan Peraturan Am SUKAN MOA. 2.6 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah MUKTAMAD. 3.0 PENDAFTARAN 3.1 Setiap kontinjen hendaklah mendaftarkan satu (1) pasukan yang mengandungi : i. ii.
Lapan (8) pemain Lelaki & wanita (sekurang-kurangnya 2 wanita) Dua (2) orang pegawai/jurulatih
3.2 Pendaftaran nama-nama pemain, pegawai/jurulatih hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang pendaftaran yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola Sukan Tani. 3.3 Hanya pemain-pemain berdaftar sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian. 3.4 Kelayakan peserta adalah seperti dalam Peraturan Am Perkara 11.
MAKSAK MOA 2017
BOLING PADANG
1|5
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI BOLING PADANG
3.5 Pertukaran pemain iaitu pemain simpanan dan lead position semasa pertandingan dibenarkan iaitu selepas empat puluh lima (45) minit atau selepas tujuh (7) ‘ends’ yang mana terdahulu. 3.6 Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan berhak meminta kad pengenalan bagi tujuan pengesahan/pemeriksaan kesahihan pemain pada bila-bila yang difikirkan perlu. 4.0 CARA PERTANDINGAN 4.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga dan kalah singkir. 4.2 Acara yang akan dipertandingkan adalah acara: 4.2.1
Perseorangan Terbuka
4.2.2
Dua (2) sepasukan (Campuran)
4.2.3
Tiga (3) sepasukan (Campuran)
4.3 Seorang (1) pemain hanya dibenarkan bermain untuk satu (1) acara sahaja pada setiap permainan. 5.0 SISTEM PERTANDINGAN 5.1 Sebagaimana terkandung didalam Peraturan Am Perkara 15. 5.2 Masa bermain bagi acara Dua (2) sepasukan dan tiga (3) sepasukan adalah selama 1 jam 30 minit atau 15 ends yang mana terdahulu. Manakala bagi acara perseorangan masa bermain adalah 1 jam 30 minit atau apabila salah seorang dari pemain tersebut mencapai mata 21 yang mana terdahulu. 5.2 Untuk acara perseorangan, pemain di benarkan melihat perubahan pada ‘Head’ adalah selepas meleretkan bowls ketiga dan untuk acara pasukan hanya skip sahaja yang dibenarkan. Pemain-pemain yang lain tidak dibenarkan sama sekali 5.3 Peraturan ‘re-spotting’ akan digunakan iaitu apabila ‘jack’ mati/ keluar dari ‘rink’. 5.3.1
Tiada ‘dead end’ dalam permainan.
5.3.2
Jika jack telah keluar dari ’rink’ ianya akan diletakkan point T.
6.0 PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN: 6.1
Tatacara perlawanan akan ditetapkan mengikut Peraturan Pertandingan dan sekiranya terdapat hal-hal yang timbul akan dirujuk kepada undang-undang Lawn Bowl Dunia (World Bowl).
6.2
Setiap pasukan bertanding akan diberi mata berdasar kepada format berikut:a. Menang b. Seri c. Kalah
-
2 mata 1 mata 0 mata MAKSAK MOA 2017
BOLING PADANG
2|5
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI BOLING PADANG
6.3
Pasukan yang mendapat jumlah mata yang etrtinggi akan dikira sebagai pemenang.
6.4
Sekiranya setelah semua perlawanan di peringkat liga selesai, dua pasukan atau lebih didapati memperolehi jumlah mata yang sama, maka tatacara mengikut susunan kaedah berikut akan diambilkira untuk menentukan pemenang. a) Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan “shot” (margin) yang terbanyak akan dikira sebagai pemenang, jika masih seri; b) Pasukan yang memenangi perlawanan di antara mereka akan dikira sebagai pemenang, dan jika masih seri; c) Jumlah “ends” yang dimenangi antara dua pasukan yang sama akan diambilkira dan jika masih seri;
7.0 MASA PERTANDINGAN / KELEWATAN 7.1
Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.
7.2
Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di gelanggang permainan tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan dimulakan.
7.3
Pengurus atau Ketua Pasukan hendaklah menyerahkan nama pemain-pemain kepada Pengadil Rasmi tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan dimulakan.
7.4
Pasukan yang gagal hadir di gelanggang pada masa yang dijadualkan akan diberi masa tangguhan selama sepuluh (10) minit. Pasukan yang lewat lima (5) minit akan memberi satu (1) skor kepada pihak lawan. Jika setelah tamat tempoh masa yang diberikan, pasukan tersebut tidak juga hadir maka kemenangan percuma akan diberi kepada pasukan lawan yang hadir dengan skor 7 – 0.
7.5
Pasukan yang memberi kemenangan percuma (walkover) akan dibatalkan dari penyertaan. Semua keputusan sebelum ‘walkover’ akan juga terbatal.
7.6
Walau bagaimanapun, tiada sebab bagi pasukan-pasukan memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan. Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan akan mengambil tindakan dengan melaporkan kepada Ketua Kontinjen agar mengambil tindakan tegas kepada pihak yang terlibat dan bertanggungjawab.
7.7
Jika permainan telah berlangsung lebih 1 jam atau 8 end dan berlaku gangguan cuaca, keputusan permainan akan diambil kira. Jika gangguan cuaca dan perlawanan berlangsung tidak melebihi 1 jam atau 8 end, perlawanan akan dihentikan selama 30 minit dan keputusan perlawanan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan dan akan dimaklumkan 30 mint selepas dihentikan.
MAKSAK MOA 2017
BOLING PADANG
3|5
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI BOLING PADANG
8.0 PAKAIAN PESERTA 8.1
Setiap peserta boleh memakai baju berwarna seragam untuk pasukan masing-masing yang bertangan pendek atau panjang dan berkolar.
8.2
Setiap peserta dikehendaki memakai seluar panjang (slack, track bottom “loose”) seragam bagi lelaki dan wanita.
8.3
Setiap peserta dibenarkan memakai topi mengikut warna pasukan masingmasing.
8.4
Hanya kasut yang tidak bertumit dan bertapak licin sahaja yang boleh diguna dan dipakai.
8.5
Tali pinggang yang berwarna PUTIH, HITAM dan COKLAT sahaja yang dibenarkan diguna semasa pertandingan.
9.0 PENGADIL 9.1
Jawatankuasa Pengelola Sukan Tani akan melantik para pegadil / Pegawai Pertandingan yang berkelayakan setelah berunding dengan Pegawai Teknikal yang bertauliah dan tertakluk kepada Peraturan Am.
9.2
Laporan perlawanan akan dibuat oleh pengadil di dalam borang yang disediakan selepas perlawanandijalankan dan diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.
10.0 DISIPLIN PASUKAN 10.1
Setiap pengurus pasukan dan jurulatih adalah bertanggungjawab menjaga disiplin para pemain. Sekiranya terdapat sebarang salah laku atau pelanggaran disiplin yang menyebabkan kelancaran perlawanan terganggu, tindakan tatatertib akan dikenakan kepada pasukan tersebut berpandukan kepada laporan pegawai perlawanan dan pengadil perlawanan.
10.2
Lain-lain adalah sebagaimana terkandung didalam Peraturan Am.
11.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN / MENARIK DIRI / MENYERAH KALAH / MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA 11.1 Sebagaimana terkandung didalam Peraturan Am Perkara 18. 12.0 JAWATANKUASA TATATERTIB / JURI RAYUAN 12.1 Sila rujuk Peraturan Am Perkara 22, Perkara 23 dan Perkara 24.
MAKSAK MOA 2017
BOLING PADANG
4|5
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI BOLING PADANG
13.0 JADUAL PERLAWANAN 13.1 jawatankuasa Pengelola akan menetapkan jadual perlawanan mana-mana pasukan tidak dibenarkan meminda mana-manan jadual perlawanan. 14.0 UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH 14.1 Sila rujuk Peraturan Tetap Perkara 12. 15.0 PEGAWAI YANG DIHUBUNGI
Nama
: Khairul Azuar Bin Mokhtar
Jawatan
: Pengurus Pertandingan Boling Padang
No. H/P
: 012 555 7557
Nama
: Khamis Bin Harun
Jawatan
: Timbalan Pengurus Pertandingan Boling Padang
No. H/P
: 012 534 8423
MAKSAK MOA 2017
BOLING PADANG
5|5